nota asas kepimpinan & perkembanagan profesional

118
Pengurusan Berkualiti Menyeluruh Hal Ehwal Murid Di Peringkat Sekolah Peranan Dan Ketrampilan Kerja "You can delegate authority, but not responsibility." ~ Stephen W. Cominsky Pendahuluan Apa pun nama atau label yang kita letakkan kepada sekolah-sekolah yang dikenalpasti sebagai sekolah-sekolah yang cemerlang seperti sekolah berkesan, sekolah bestari, sekolah berwatak, sekolah perdana atau sekolah harapan negara tidak akan wujud secara kebetulan atau secara bernasib baik sahaja atau diberi layanan istimewa daripada pihak-pihak tertentu tanpa wujudnya orang-orang yang bekerja keras meletakkan kepentingan organisasi dan misi ke satu tahap yang sukar ditandingi oleh sekolah-sekolah lain. Siapakah yang memainkan peranan sehingga organisasi mencapai tahap yang gemilang dan cemerlang itu kalau bukan para pentadbir dan guru-gurunya? Organisasi yang tersohor tentulah dianggotai oleh orang-orang yang juga tersohor. Kejayaan orang-orang inilah yang membawa organisasi mereka mencapai matlamat dan objektif dengan berkesan. Kecemerlangan pengurusan sering diukur menerusi kecekapan dan keberkesanan para pengurusnya dalam mencapai objektif organisasinya. Kecemerlangan pengurusan ini hendaklah dilihat sebagai kecemerlangan dan kejayaan semua ahli organisasi terutama di kalangan 'pengurusan' iaitu para penolong kanan terutamanya Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dalam konteks kertas ini. Sebagai 'ketua' di bidang hal ehwal murid ini bererti Penolong Kanan Hal Ehwal Murid juga adalah seorang 'pemimpin'. Antara ciri-ciri pemimpin yang berkesan adalah: Unit atau organisasinya berfungsi dengan lancar. Dapat jadikan orang-orang lain lakukan apa yang dikehendakinya. Dihormati dan dikagumi oleh orang-orang lain.

Upload: khoili

Post on 22-Jun-2015

1.257 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

Pengurusan Berkualiti Menyeluruh                               Hal Ehwal Murid                             Di Peringkat Sekolah                      Peranan Dan Ketrampilan Kerja                              "You can delegate authority, but not responsibility."                                                ~ Stephen W. Cominsky Pendahuluan Apa pun nama atau label yang kita letakkan kepada sekolah-sekolah yang dikenalpasti sebagai sekolah-sekolah yang cemerlang seperti sekolah berkesan, sekolah bestari, sekolah berwatak, sekolah perdana atau sekolah harapan negara tidak akan wujud secara kebetulan atau secara bernasib baik sahaja atau diberi layanan istimewa daripada pihak-pihak tertentu tanpa wujudnya orang-orang yang bekerja keras meletakkan kepentingan organisasi dan misi ke satu tahap yang sukar ditandingi oleh sekolah-sekolah lain.

Siapakah yang memainkan peranan sehingga organisasi mencapai tahap yang gemilang dan cemerlang itu kalau bukan para pentadbir dan guru-gurunya? Organisasi yang tersohor tentulah dianggotai oleh orang-orang yang juga tersohor. Kejayaan orang-orang inilah yang membawa organisasi mereka mencapai matlamat dan objektif dengan berkesan. Kecemerlangan pengurusan sering diukur menerusi kecekapan dan keberkesanan para pengurusnya dalam mencapai objektif organisasinya.

Kecemerlangan pengurusan ini hendaklah dilihat sebagai kecemerlangan dan kejayaan semua ahli organisasi terutama di kalangan 'pengurusan' iaitu para penolong kanan terutamanya Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dalam konteks kertas ini. Sebagai 'ketua' di bidang hal ehwal murid ini bererti Penolong Kanan Hal Ehwal Murid juga adalah seorang 'pemimpin'. Antara ciri-ciri pemimpin yang berkesan adalah:

Unit atau organisasinya berfungsi dengan lancar. Dapat jadikan orang-orang lain lakukan apa yang dikehendakinya. Dihormati dan dikagumi oleh orang-orang lain. Pihak lain sebulat suara menganggapnya seorang pemimpin yang berkesan.

Kepemimpinan yang berkesan ialah kebolehan mencapai sebahagian atau semua ciri di atas. Oleh itu setiap dari kita wajar mengetahui dan menghayati beberapa ciri dan aspek yang bersangkutan dalam membentuk dan mewujudkan pengurusan Hal Ehwal Murid yang 'tip-top' di sekolah masing-masing berdasarkan objektif-objektif kertas ini seperti berikut:

Mengetahui, memahami "pengurusan" bidang tugas dengan lebih komprehensif. Meningkatkan kesedaran peranan yang dimainkan oleh GPK HEM. Mampu menterjemahkannya kepada 'kerja-buat' dan produktiviti berkualiti. Meningkatkan kewibawaan dan ketrampilna personel.

Page 2: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

Menggarap Kualiti Menyeluruh (TQM) dalam pengurusan amnya dan pengurusan Hal Ehwal Murid khasnya.

Sedia menghadapi bidang tugas dan peranan yang lebih berat dalam hubungan prestasi dan kemajuan serta peningkatan kerjaya.

Untuk lebih menjamin kejayaan apa jua urusan yang kita hadapi dan tangani jangan lupa aspek SIKAP; yang menentukan kita sedia atau tidak untuk 'berubah'; sedia atau tidak untuk menukar strategi dan pendekatan; dan bersikap optimistik bahawa kita adalah seorang GPK HEM yang lebih berwibawa dan lebih berkesan. 1. Menget a hui, memahami 'pengurusan' bidang tugas dengan lebih komprehensif.

Tahu dan faham semua Bidang Tugas , Senarai Tugas dan Pentadbiran  seperti yang dikeluarkan oleh Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) seperti yang disertakan.

Kena faham betul-betul istilah "penolong kanan" yakni orang kanan, orang harapan Guru Besar, orang penting dalam heirarki organisasi sekolah dalam urusan hal ehwal murid.

Ketahui apa yang dibuat itu tepat dan betul dari segi falsafah, konsep, prinsip dan prosedurnya serta memahami batas-batas dan implikasinya dari segi perundangan dan keharmonian organisasi dan masyarakat setempat.

Memiliki salinan-sallinan pekeliling dan siaran-siaran berkaitan Hal Ehwal Murid terutamanya Pekeliling-Pekeliling Ikhtisas dengan lengkap dan kemaskini serta mudah diakses apabila diperlukan.

Sentiasa tingkatkan pengetahuan dan kemahiran, perbaiki kelemahan dan jangan lupa selaku seorang pemimpin hal ehwal murid di sekolah kita tidak boleh menyalahkan guru-guru di bawah kita sebleum kita 'menyalahkan diri sendiri' terlebih dahulu.

2. Meningkatkan kesedaran peranan GPK HEM Sedar bahawa perkataan 'hal ehwal' itu sendiri menunjukkan segala-gala hal

mengenai murid di sekolah; semua hal bersangkutan murid dengan agensi-agnsi luar sekolah...adalah 'kerja kita!'

Aspek-aspek yang GPK HEM kena bertanggungjawab iaitu disiplin, kaunseling, kebajikan, keselamatan, motivasi, komunikasi dan sebagainya.

Kena sedar betapa 'beratnya' peranan yang GPK HEM patut dan boleh mainkan. Seorang GPK HEM berperanan dalam situasi dan keadaan yang berbeza-beza, sebagai seorang; suri teladan, pemudahcara, penyelesai masalah, kaunselor, motivator, idola, jurulatih, instruktor, bahkan sebagai ibu, bapa, abang atau kakak kepada murid-muridnya.

3. Mampu menterjemahnya kepada 'kerja-buat' dan produktiviti berkualiti Apa yang diketahui, apa yang difahami tidak cukup dengan mengakuinya sahaja;

ia mesti dibuktikan dengan 'kerja-buat' kita berdasarkan ciri-ciri;               1. sentiasa on-time               2. sentiasa berkualiti               3. menampakkan unsur imaginatif, kreatif dan inovatif.

Kerja-buat yang dimaksudkan meliputi:               1. Pelaporan retan, data dan maklumat, banci, diagnosis dan anlisis               2. Pengelolaan program dan aktiviti berkaitan di sekolah

Page 3: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

               3. Penyeliaan, pemantauan serta semakan tindak ikut berhubung RMT/PSS,                   SPBT, Buku Setok, Rekod dan Fail, Jadual Kedatangan, Buku Daftar Sekolah                   dan Buku Resit Yuran Khas, Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM1),                   Hapuskira Perabot dan Buku Teks dan lain-lain yang seumpamanya.               4. Penglibatan Total dalam semua AJK peringkat sekolah, Pasukan Petugas,                   Program Khas Untuk Guru atau Murid, Majlis dan Upacara, dan sebagai wakil                   Guru Besar jika diarahkan. 4. Meningkatkan kewibawaan dan ketrampilan personel

Personel yang berwibawa bercirikan:                i. ilmu pengetahuan & pengalaman               ii. kemahiran: mengurus dan teknik              iii. sikap positif: fikir positif dan buat positif              iv. komunikasi: interpersonal dan intrapersonal

Ketrampilan adalah isu pokok berhubung dengan 'bakat' dan 'kebolehan' seseorang ketika menjalankan tugas. Bakat adalah potensi kebolehan, sementara kebolehan adalah pengetahuan dan kemahiran yang sedia dimiliki oleh seseorang.

Ketrampilan juga bermakna 'sentiasa ke depan' dalam banyak aspek tidak hanya 'penonton' tetapi  menjadi 'teraju utama' dalam menyempurnakan tugas dan tanggungjawab.

Apabila kita sudah 'boleh' melaksanakan tugas dengan sempurna dan tepat, betul serta kemaskini dan menepati piawaian yang ditentukan barulah kita membuktikan kewibawaan kita dalam bidang di bawah tanggungjawab kita itu tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

5. Menggarap Kualiti Menyeluruh (TQM) dalam pengurusan amnya dan dalam pengurusan    Hal Ehwal Murid khasnya.

Konsep kualiti secara keseluruhan yang dipamerkan dalam semua aspek di dalam organisasi di mana Hal Ehwal Murid adalah salah satu komponen yang amat penting.

Menyeluruh bererti:              i. semuanya terlibat (sistem, personel, unit, prosedur)             ii. melibatkan pendekatan jangka pendek dan jangka panjang            iii. tidak ada aspek, walau bagaimana kecil sekali pun dibiarkan tanpa ditangani            iv. diketahui dan difahami oleh seluruh warga organisasi.

Tiga prinsip perlu dipatuhi bagi capai kualiti:         Prinsip 1 : Kualiti ialah sebarang produk atau servis yang memuaskan hati pelanggan.                          Ia bukan soal lebih baik atau lebih mahal. Ia soal menepati kehendak                          pengguna. Untuk capai kualiti semua pelanggan (luar dan dalam)                           organisasi mestilah berpuas hati.          Prinsip 2:  Standard kerja ialah 'defect free' (tiada kecacatan). Setakat hampir-                          hampir belum cukup. Untuk capai kualiti setiap orang mesti ada sikap                          'defect free'  dalam apa sahaja yang dibuat.

Page 4: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

          Prinsip 3 : Kualiti diukur dengan 'price of non quality' (PONQ). PONQ ialah apa                          yang jadi kos kepada organisasi dari segi masa, kewangan atau peluang                          apabila perkara-perkara tidak dilakukan dengan cara yang paling baik.  

Tujuh ASAS KUALITI  menyeluruh yang mesti dan perlu dilaksanakan bagi mencapai kualiti menyeluruh di sekolah adalah sebagaimana berikut:

                       Asas # 1 : Menepati Standard                       Asas # 2 : Mengongsi Visi                       Asas # 3 : Pencegahan                       Asas # 4 : Buat Betul Kali Pertama (DIRFT)                       Asas # 5 : Pengukuran                       Asas # 6 : Penglibatan Total                       Asas # 7 ; Penambahbaikan Berterusan (KAIZEN)

Asas # 1 : Menepati Standard dimaksudkan sebagai mencapai standard yang telah ditetapkan serta mempunyai sistem yang dapat memenuhi keperluan klien (pelanggan) yang menjurus kepada; fokus kepada pelajar, boleh dicapai; komunikasi dan persetujuan bersama.

Asas # 2 : Mengongsi Visi membawa maksud membina perkongsian padu dalam dan luar sekolah dan tumpuannya kepada keperluan-keperluan, dialog serta usaha-usaha menghapuskan halangan-halanan mencapai penambahbaikan dengan menghapuskan halangan, mengamalkan kesamarataan layanan dan tindakan di dalam dan diluar sistem sekolah bagi mewujudkan faedah bersama.

Asas # 3 : Pencegahan membawa pengertian baru di mana perlunya ketrampilan 'mencegah masalah' bukan hanya 'menyelesaikan masalah' dengan jadikan proses-proseseyan boleh ramal, mulakan dengan perancangan, terapkan dan mantapkan bahawa pencegahan adalah sikap dan dengan menambah masa belajar.

Asas # 4 : Buat Betul kali Pertama (DIRFT) jadikan ianya satu standard prestasi tunggal dalam semua kerja-buat sama ada kerjaya atau peribadi yang bermaksud tidak ada standard alternatif, buat betul dalam kekmampuan kini serta mengikat keberkesanan dan kecekapan.

Asas # 5 : Pengukuran pula bererti dan meliputi mengenalpasti peluang-peluang, membantu tetapkan matlamat penambahbaikan, membantu menetapkan kemajuan, memfokus kepada usaha  penambahbaikan sahaja dan mestilah digunakan dalam aspek operasi melibatkan kualiti program, kecekapanan sekolah, kemajuan projek dan budaya kualiti.

Asas # 6 : Penglibatan hendaklah dimaksudkan sebagai satu situasi di mana semua orang dan semua tahap terlibat dalam proses menggarap kualiti menyeluruh ini berdasarkan pasukan kualiti dan penglibatan dicirikan dengan menggembleng sumber utama iaitu manusia, berkongsi dalam membuat keputusan, menghargai 'teamwork' dan akhirnya menimbulkan rasa kepunyaan (sense of ownership)

Asas # 7 : Penambahbaikan Berterusan (KAIZEN) yang bererti usaha-usaha menggarap kualiti menyeluruh dilakukan tanpa henti dan tanpa penghujungnya. Oleh itu penambahbaikan berterusan mestilah menghapuskan rasa 'selesa', merupakan kunci dan juga menjadi satu tabiat kejayaan, dapat merangsang

Page 5: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

inovasi tanpa takut dan tidak kurang pentingnya terhapusnya budaya dan sindrom 'hangat-hangat tahi ayam.'

Indikator menunjukkan kualiti pengurusan wujud dan dihayati: Aspek ADA;

Ada perancangan program dan jadual aktiviti (seperti SKT) berdasarkan tahunan, bulanan, penggal dan mingguan atau harian.

Ada instrumen pengesanan boleh merupakan senarai semak (tugas, petugas dan tarikh); pelaporan (perkembangan dan proses); rekod kerja (buku-log, senarai kehadiran, fail khas); penilaian (berkala, berterusan); dan tinddkan (baiki kelemahan dan tidak mengulanginya lagi).

Ada dokumentasi yang dijilid kemas sama ada dalam bentuk buku, risalah, hand-out, buletin, news-letter dan sebagainya. termasuk dalam dokumentasi ini juga gambar foto, flow chart, carta Gantt, carta organisasi dan tidak kurang pentingnya mestilah disokong oleh sistem fail yang kemaskini dan lengkap.

Aspek TIADA; Tiada surat ulangan, teguran atau peringatan yang diterima daripada JPNP, PPD,

KWSP, Audit Sekolah dan seumpamanya. Tiada aduan, sungutan dan rungutan daripada pihak-pihak berkepentingan sampai

melibatkan media massa. Tiada sebarang kelewatan dalam memberi respon sama ada ianya bersifat rutin

atau berkala apatah lagi melibatkan klien terdekat kita iaitu murid dan penjaga mereka.

Tiada berlakunya buat kerja dua kali yang melibatkan pembetulan dan menyebabkan pembaziran dari segi sumber, masa dan tenaga.

Tiada wujudnya sindrom elak-mengelak dalam menerima tugas dan tanggungjawab atau melaksanakan sebarang tugas yang telah dipertanggungjawabkan.

Tiada 'clique' di sekolah yang menularkan pengaruh-pengaruh negatif dan merosakkan organisasi, masing-masing dengan falsafah "aku-aku", "engkau-engkau" seperti kata perumpamaan Melayu "Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing".

6. Sedia Menghadapi Tugas Yang Lebih Berat Pengetahuan dan pengalaman kerja adalah prasyarat kepada peningkatan prestasi

yang dijangkakan apabila seseorang itu memegang jawatan-jawatan naik pangkat dalam kerjanya. Pengetahuan dan pengalaman kerja yang dimaksudkan itu tidak akan diperolehi jika kita tidak didedah, dilatih dan dibimbing dalam kerja-kerja kita sewaktu kita masih di peringkat awal perkhidmatan kita.

Mampu menjadi seorang 'ketua' yang bertanggungjawab malah berani menghadapi 'risiko' dalam segala keputusan dan tindakannya. Seorang ketua sejati tidak melepaskan segala-galanya kepada orang-orang bawahannya sahaja. Ingatlah "You can delegate authority, but not responsibility".

Mampu berfikir secara rasional berdasarkan prinsip yang betul dalam mengambil sebarang tindakan, tidak terpinga-pinga atau tenggelam punca apabila berhadapan dengan kerenah staf dan anak buah.

Page 6: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

Mampu memimpin organisasi atau unitnya dengan berkesan dan cemerlang dan dengan semangat "kesejawatanan" yang tinggi akhirnya dapat melahirkan 'sekolah berwatak' yang ditunjukkan dalam semua aspek iklim sekolah yang unggul dan berkesan.

Mampu menyumbang buah fikiran, tenaga dan kepakaran serta bakat istimewa yang dimiliki bagi membantu sekolah-sekolah atau rakan-rakan yang lain di peringkat kelompok atau pun daerah.

Iklim Sekolah Selaku seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, kita merupakan orang penting (selepas Guru Besar) yang dijangkakan dapat membantu dan membimbing guru-guru dan murid-murid kita mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik dan bukan akademik melalui portfolio yang kita sandang. Di samping organisasi pengajaran yang merupakan 'teras' kepada matlamat  dan objektif mengapa sesebuah sekolah tu diwujudkan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid perlu berfungsi membina dan memupuk iklim sekolah yang sihat, kondusif, ceria, bersih, cantik, kemas, seronok, selamat serta menjadi kebanggaan guru dan murid. Unsur-unsur tidak formal dan normatif di sekolah seperti disebutkan itu amat mempengaruhi malah menyokong pembelajaran serta pembentukan sikap diri insan yang amat tinggi nilainya. Sewajarnyalah kita membetulkan sikap dan tingkah-laku terutamanya dari segi penyempurnaan tugas-tugas seharian kita di sekolah. Kepemimpinan yang paling berkesan ialah kepemimpinan melalui teladan. Oleh itu sebelum memimpin orang lain, pimpinlah diri kita dahulu. Di sinilah sikap dan ketrampilan kita dalam memberi teladan kerja memainkan peranan penting dalam membentuk dan memupuk 'school-wide improvement' yang melibatkan semua orang dan berjalan secara berterusan. Mencapai tahap pengurusan atau budaya kerja yang berkualiti tinggi memerlukan satu kekuatan jiwa dan mental bagi melakukan perubahan dan menangani kemelut dan konflik yang sama ada telah lama wujud atau yang baru 'diimport' yang terdapat di sekolah kita sekarang. Menangani perubahan tidak bermakna sekadar 'bertukar sekolah' tetapi kita masih tidak ' bertukar sikap, pemikiran dan amalan' kita selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Menangani perubahan memerlukan penglibatan semua orang di sekolah. Salah satu pengaruh menghalang pelaksanaan pembaharuan ini adalah pengaruh negatif kumpulan tidak formal (informal group) di kalangan guru-guru atau kakitangan bukan guru yang lain di sekolah. Tidak sukar mencapai keberkesanan kerja-buat atau mempertingkatkan kefahaman dan amalan kita kepada 'kerja sebagai ibadah' atau 'amalan soleh' dalam hubungan tugas-tugas hakiki kita selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah jika kita membetulkan dan memperluas konsep 'ibadah' dan 'amal soleh' itu sendiri. Prof. Hassan Langgulung (1991) menyebut; "Sebagai contoh apa yang dimaksudkan daripada ungkapan itu adalah pandangan yang menyeleweng tentang makna "soleh". Pengertian manusia soleh, sepeti yang kita fahami sekarang adalah orang yang tidak

Page 7: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

mencuri, tidak minum arak, tidak berzina dan lain-lain. Sekan-akan kita lupa sama sekali tentang apa dia akhlak yang luhur itu. Seakan-akan akhlak yang luhur dan mulia itu  sekadar menjauhi perkara-perkara haram itu. Sedang akhlak luhur seperti kesungguhan, kesiapsiagaan, disiplin, tolong-menolong dan lain-lain tidak bermakna apa-apa. Kenapa?" Majid Ersan Al-Kailani dalam bukunya Mendidik Peribadi Muslim (1997) mentakrifkan 'amalan soleh' sebagai:      "Amalan soleh bukan sahaja terbatas kepada berbuat kebajikan dan memberi manfaat; akan tetapi ia juga menolak hal yang buruk dan mengatasi bahaya. Amalan soleh, dengan demikin, terbahagi kepada dua, iaitu amalan dengan tujuan memberi manfaat kepada umat manusia dan di redhai Allah s.w.t., dan amalan dengan tujuan mengenepikan bahaya daripada umat manusia dan kemurkaan Allah s.w.t. Manusia yang melaksanakan dua bahagian amalan soleh ini disebut sebagai orang soleh dan muslih (baik sekaligus memperbaiki), manakala orang yang hanya mengerjakan bahagian pertama disebut sebagai orang soleh sahaja."

Cabaran kerja kini memerlukan setiap penjawat awam memperlengkapkan diri masing-masing bukan sahaja dalam aspek-aspek profesionalisme tetapi juga dalam aspek-aspek pengurusan yang bekesan, kemahiran interpersonal, pengurusan konflik dan 'stress' dalam kerjaya dan kehidupam sosial dan peribadi, yang boleh membantu kita selaku penolong kanan yang mempunyai ciri-ciri integriti, watak dan jatidiri yang dapat menjadi role-model dan sumber inspirasi kepada seluruh warga organisasi di mana kita bertugas.

 

Penutup

Begitu besar dan beratnya amanah dan tanggungjawab yang kita pikul selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid  di sekolah hendaklah benar-benar diinsafi. Saiz sekolah bukan jadi ukuran; tidak juga dijadikan alasan untuk tidak menyempurnakan amanah, tanggungjawab atau pun tugasan. Betapa kecil sekolah yang kita tadbirkan atau betapa sekali pun keadaan rupa fizikal sekolah kita, tidak patut sama sekali kita meremehkan bidang tugas dan tanggungjawab hakiki kita. Apa yang perlu kini ialah kita mengubah paradigma dan pemikiran, menambah ilmu pengetahuan dan paling penting mengamalkan apa yang kita sudah pelajari dan buktikannya melalui kerja-buat kita setiap waktu dan ketika.

Tak tahu dan tak pandai hendak melakukan sesuatu boleh dipelajari, tetapi jika sudah tahu dan sudah pandai tapi tak mahu buat kerja amatlah malang sekali. Ringkasnya sekadar tahun dan 'mengaku pandai' tidak ada gunanya; yang penting apa yang dibuat dan apa yang diurus, dan apa yang telah kita buktikan melalui kerja-kerja kita selama ini. Bruce Lee seorang aktor kung fu terkenal pernah disebut sebagai berkata: "Knowing is not enough, you must apply. Willing is not enough, you must do".

Page 8: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

Buatlah refleksi diri masing-masing agar segala kelemahan dan ketidakketrampilan kita sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dapat diatasi dan perbaiki ke tahap yang paling tinggi. Sepatutnya tidak wujud lagi ulasan dan teguran daripada 'stakeholders' kita berhubung dengan pengurusan hal ehwal murid yang sering dilaporkan tidak cekap, tidak berkesan, lewat malah terus tidak diambil tindakan sewajarnya walaupun perkara-perkara tersebut berulang kali diutarakan di dalam setiap taklimat, bengkel atau mesyuarat yang dikelolakan sama ada oleh Jabatan Pendidikan Pahang atau pun Pejabat Pendidikan Daerah sendiri.ٱ

 

 

Rujukan

 

_____________ Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Rendah (1991). Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Hassan Langgulung (1991) Falsafah Pendidikan Di Malaysia: Suatu Analisis Permulaan; dalam Reformasi Pendidikan Di Malaysia, Mohd Idris Jauzi (editor), Nurin Enterprise, Kuala Lumpur.

Hussein Mahmood (1993) Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur.

Majid Ersan Al-Kailani (1997) Mendidik Peribadi Muslim. Berita Publishing Sd. Bhd., Kuala Lumpur.

Mohd. Kamal Hassan (1988) Pendidikan dan Pembangunan: Satu Perspektif Bersepadu. Nurin Enterprise, Kuala Lumpur.

Ramaiah, AL. (1992) Kepimpinan Pendidikan: Cabaran Dan Masa Kini. IBS Buku Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (1994) Pentadbiran Pendidikan. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

 ( * Ceramah dalam Program In-House Sekolah-Sekolah Kelompok Daerah bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Maran pada 14 Mac 2000)

 

Page 9: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

Peranan Guru Besar                                   dan Penolong Kanan Dalam                                    Meningkatkan Kualiti Staf    Pendahuluan Senario pendidikan negara hari ini harus dapat dilihat secara menyeluruh dalam konteks merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan Pendidikan supaya rakyat dan negara tidak terpinggir dalam arus globalisasi dan ledakan teknologi maklumat yang begitu pantas berkembang. Segala perubahan yang sentiasa berlaku khususnya dalam pendidikan negara kita memerlukan para Guru Besar dan Penolong Kanan sama-sama bersedia untuk berubah, bersedia untuk menerima cabaran-cabaran baru di peringkat akar umbi iaitu sekolah agar kualiti dan kecemerlangan pendidikan yang menyeluruh dapat dicapai dengan berkesan. Kecemerlangan perlukan reformasi di peringkat sekolah terutama menumpukan kepada faktor-faktor dalam sekolah itu sendiri yang merangkumi dasar sekolah, amalan-amalan, tanggapan, sikap dan motivasi staf, matlamat dan kesetiaan serta pencapaian organisasi. Reformasi perlukan penglibatan total seluruh staf yakni bukannya bersifat individualistik atau melibatkan sekumpulan guru sahaja. Jika tidak kemajuan adalah sedikit sahaja dan tidak berjaya dari segi 'school wide improvement.' Perubahan ke arah peningkatan kualiti staf dan organisasi perlukan kefahaman dan kesediaan pihak-pihak berikut;    1. Pengurusan atasan (pemimpin)   2. Seluruh kakitangan/Staf (Total Involvement)   3. Pasukan-pasukan kerja. QC (Quaity Control) mula-mula dilaksanakan dalam tahun 1920 di Amerika Syarikat sebagai satu alat statistik dalam usaha penambahbaikan pengeluaran industri pada waktu itu. Jepun kemudiannya menggunakannya di dalam semua operasi sesebuah organisasi sebagai kawalan kualiti yang dikenali kemudiannya sebagai Total Qualty Control (TQC). A.V. Feigenbaum (1920 -      ) orang yang memperkenalkan TQC mendefinisikan TQC sebagai;               "Total quality control is an effective system for integrating                 the quality-development, quality-maintenance, and quality                 -improvement efforts of the various groups in an organization                  so as to enable production and service at the most economical                 levels which allow for full customer satisfaction." 

Page 10: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

Sheh Seow Wah dalam Chinese Management (1995) menyenaraikan tujuh ciri yang digelarnya sebagai 'kesakitan-kesakitan menular' di dalam organisasi:            1. Kurangnya sistem operasi dan mekanisme kawalan.           2. Struktur aktiviti yang rendah.           3. Stail Kepemimpinan.           4. Ketrampilan dan kemahiran pengurusan.           5. Kurangnya Arahtuju.           6. Ketidakberkesanan Mesyuarat.           7. Cakap Sahaja Tiada Tindakan. Situasi ini akhirnya mewujudkan semangat bekerja yang rendah di kalangan staf ditambah pula suasana kerja yang pasif dan tahap motivasi yang juga rendah. Keadaan ini seterusnya timbul budaya kerja yang jadi faktor penghalang kepada penyuburan, kemajuan dan perkembangan organisasi. Hubungan Individu dengan Organisasi Setiap individu adalah anggota organisasi. Tingkah-laku individu merupakan tingkah-laku organisasi. Jika setiap individu di dalam sesuatu kumpulan bekerja dengan baik maka prestasi kumpulan itu menjadi baik. Jika setiap kumpulan dalam bahagian/unit dapat bekerja dengan baik, seluruh prestasi bahagian/unit itu juga akan jadi baik. Begitulah seterusnya jika setiap bahagian/unit dalam sesuatu organisasi bekerja dengan baik, nescaya organisasi akan mencapai kecemerlangan, menjadi lebih kompetetif dan makmur. Para pengurus mestilah dapat menentukan arahtuju dan dengan itu dapat menukar dan membentuk tingkahlaku staf ke arah yang lebih berkualiti dan cemerlang. Dalam situasi di mana tiadanya objektif dan arahtju serta tiada pula pelan tindakan organisasi itu menuju kehancuran. Bagi yang ada objektif tetapi tiada pelan bertindak ia seolah-olah bermimpi di siang hari. Begitu juga halnya jika organisasi mempunyai pelan bertindak yang baik tetapi kurang pula aspek objektif dan arahtuju yang jelas, organisiasi sedemikian dikatakan berjalan dalam tidur. Mod Tingkah-laku : Pengurus personel perlu sediakan role-model dalam interaksi harian dengan manusia, respon kepada peristiwa dan membuat keputusan. Nilai dan norma haruslah serasi dengan perkembangan polisi dan prosedur yang diperkenalkan. Mengubah tingkah-laku selalunya sukar dan menyulitkan Perubahan tingkah-laku hanya boleh berlaku apabila manusia mempunyai pengetahuan dan kebolehan  menterjemah nilai-nilai dan norma-norma baru di samping boleh menerimanya. Jika pekerja tidak mempercayai kepentingan nilai-nilai dan norma-nroma tersebut, mereka tidak akan mengamalnya. Oleh itu mengubah tingkah-laku individu, kumpulan dan organisasi lazimnya memakan masa, dari  tahap ke tahap serta secara beransur-ansur. Menurut Sergiovanni (1984) Guru Besar mestilah memainkan peranan pemimpin yang berketrampilan (competent leader). Beliau senaraikan lima kelompok peranan tersebut sebagai berikut:

Page 11: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

  1. Pemimpin Teknikal:      - Tumpukan kepada teknik pengurusan yang cekap dan mahir memanipulasi strategi dan        keadaan bagi jamin keberkesanan yang maksimum.  2. Pemimpin Manusia:     -  mahir dan cekap dalam aspek perhubungan manusia, perhubungan individu dan        manusia menggerakkan (motivate) stafnya, membina dan mengekalkan moral        yang tinggi, galakkan inovasi dan kreativiti di samping beri sokongan yang perlu.   3. Pemimin Pendidikan:     - main peranan sebagai 'clinical practitioner' iaitu sumbangkan kepakaran dalam       pendidikan dan persekolahan. Mahir dalam aspek kurikulum, diagnosis keperluan       pelajar, penilaian dan penyeliaan atau pencerapan yang berkesan.  4. Pemimpin Simbolik:       - mainkan peranan sebagai penghulu (chief) yang memberi isyarat tentang nilai,        kepentingan atau tujuan sesuatu yang hendak dicapai. Perlu punyai wawasan yang         disampaikan kepada staf dan pelajar di sekolahnya.  5. Pemimpin Budaya:      - main peranan sebagai 'high priest' - dilihat dari usaha-usahanya mencari, mentafsir        dan memperkukuhkan nilai, kepercayaan dan unsur budaya yang dapat menjadikan        sebuah sekolah yang unik. Kepemimpinan ini selalunya memperlihatkan usaha bagi        mengekal imej dan prestij sekolah. Hussein Mahmood (1993) menyenaraikan peranan-peranan berikut sebagai menyumbang kepada kejayaan, kecemerlangan dan kualiti sekolah.  1. mempunyai wawasan tentang sekolahnya; 2. menetapkan falsafah, misi (mission) dan matlamat serta objektif sekolahnya; 3. menjelaskan wawasannya kepada semua staf dan pelajar termasuk ibu bapa dan      masyarakat sekitar; 4. menetapkan objektif dan strategi pengajaran dan kurikulum; 5. menyelia, mengesan dan menilai kurikulum dan program pengajaran; 6. menyelaras program pengajaran dan aktiviti kurikulum sekolah; 7. mengawasi waktu pembelajaran murid; 8. menggalak dan memberikan sokongan perkembangan profesional kepada guru; 9. membantu dan memberi sokongan kepada guru dalam pengajaran serta menyediakan     intensif dan sumber;10.mengawal mutu pengajaran di sekolah; dan11.mewujudkan iklim sekolah yang kondusif bagi meningkatkan proses pembelajaran Membina Hubungan Interpersonal/ Organisasional 

Page 12: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

Mewujudkan hubungan interpersonal dalam sesebuah organisasi amat penting dilakukan secara profesional bagi menentukan kejayaan objektif yang telah ditentukan. Satu situasi hubungan yang dinamakan Menang/Menang (Win/Win) harus dapat diwujudkan dan ini sekaligus melibatkan prinsip-prinsip kepemimpinan interpersonal. Kepemimpinan interpersonal yang berkesan perlukan:             1. Visi            2. Inisiatif proaktif            3. Bimbingan            4. Kebijaksanaan dan Hikmah            5. Kuasa Situasi menang/menang mempunyai lima dimensi yang penting;              1. Watak             2. Hubungan             3. Persetujuan             4. Sistem sokongan             5. Proses 1. Watak : Asas kepada menang/menang dan terdiri daripada tiga ciri penting iaitu:      a. INTEGRITI  - nilai kepada diri sendiri                             - bina sedar-diri dan kebebasan memilih dan bertindak                               dengan menunaikan janji dan komitmen.      b. KEMATANGAN - ditakrifkan sebagai imbangan antara keberanian dengan                                pertimbangan.                              - tinggi keberanian dan pertimbangan adalah perlu untuk capai situasi                                 menang/menang.      c. ABUNDANCE MENTALITY - satu paradigma bahawa terdapat banyak ruang dan                                 peluang bagi semua orang.                              - hasilnya berkongsi prtestasi, pengiktirafan, keuntungan, membuat                                keputusan dan sebagainya. 2. Hubungan : Terbina selepas asas kepada watak dan kepercayaan.                       walaupun kita melihat sesutau berbeza tetapi oleh kerana kita mempercayai                       satu sama lain, kita sedia mendengar dan komited bagi memahami                        pandangan masing-masing dan kerana itu sedia untuk bekerjasama. 3. Persetujuan : Terdapat lima unsur bagi wujudkan persetujuan menang/menang.      (a) Hasil yang dikehendaki (bukan kaedah) iaitu kenalpasti apa perlu dilakukan dan bila.     (b) Bimbingan; perincikan batasan-batasan )(prinsip dan polisi) di mana hasil perlu          disempurnakan.

Page 13: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

     (c) Sumber; kenalpasti bantuan dari segi kemanusiaan, kewangan, teknikal atau          organisasional bagi membantu mencapai hasil.      (d) Akauntabiliti; tetapkan standard prestasi dan waktu penilaian akan dibuat.     (e) Kesan-Akibat; perincikan antara baik dan buruk; natural atau logikal; apa akan           berlaku sebagai kesan daripada penilaian tersebut.  4. Sistem Sokongan:         - Bagi mencapai matlamat dan nilai, kita perlu selaraskan sistem ganjaran dengan           matlamat dan nilai-nilai tersebut.        - Libatkan staf di peringkat akar umbi untk membina dan memupuk jenis-jenis sistem           yang boleh memotivasi mereka.         - Untuk kejayaan menang/menang, sistem-sistem yang perlu ada:                             - sistem latihan                             - sistem perancangan                             - sistem komunikasi                             - sistem belanjawan                             - sistem informasi                             - sistem ganjaran        - Lazimnya sering berlaku masalah di dalam sistem, bukan orangnya. Jika kita           letak orang yang baik di dalam sistem yang buruk, kita akan mendapat hasil           yang buruk!   5. Proses: Proses dilihat sebagai satu cara bagaimana mencapai situasi menang/menang.     Unsur kepada rundingan berprinsip ialah dengan mengasingkan orang daripada masalah,      tumpuan kepada kepentingan bukan kepada kedudukan, mencipta pilihan berfaedah      bagi kedua-dua belah pihak di samping menekankan kepentingan objektif.       Oleh itu penyelesaian menang/menang patut melibatkan proses berikut:        1. Lihat masalah daripada sudut pandangan yang lain. Benar-benar cuba memahami dan         beri pendapat kepada keperluan pihak yang satu lagi.      2.Kenalpasti isu-isu kunci dan perkara-perkara yang berkenaan dan bukan kepada         kedudukan.        3.Tentukan apa hasil yang diperolehi dalam sesuatu penyelesaian yang diterima         sepenuhnya.      4.Kenalpasti pilihan-pilihan baru yang boleh mencapai hasil-hasil tersebut. Penutup Adalah jelas betapa pentingnya hubungan tugas dan peranan di antara individu dengan organisasi bagi menentukan kualiti dan kecemerlangan secara menyeluruh. Individu dan organisasi perlu mempunyai disiplin yang utuh bagi menempa kejayaan.

Page 14: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

             "Organization and discipline can give strength to the weak and small.              The role of organization and discipline is not confined to the military              forces and to war, though in these areas they play a most vital role.              In other fields too organization and discipline are important in ensuring              success."                               ~ (Mahathir Mohamad - The Challenge, 1986) Oleh itu mengejar kualiti dan kecemerlangan organisasi adalah bermula dengan kualiti diri setiap individu sesebuah organisasi dan sewajarnyalah kita sebagai guru besar dan  penolong kanan dapat memainkan peranan yang positif secara lebih dinamik dan dengan penuh semangat jaya diri yang unggul dan tinggi setiap waktu.                               Knowing others is intelligence;                              knowing yourself is true wisdom.                              Mastering others is strength;                              mastering yourself is true power.                               If you realize that you have enough,                              you are truly rich...                                              - Taoism      Rujukan Bremer, Sydney Newton. Ph.D (1989) 366 Self-Motivating Essays For Students & Adults. Thinker's Library Sdn. Bhd. Selangor D.E. Brinkman, Rick and Krischner, Rick (1994) Dealing With People You Can't Stand. Mc Graw-Hill, Inc. New York. Covey, Stephen R. (1989) The Seven Habits Of Highly Effective People. Simon & Schuster, New York. Covey, Stephen R. & Merill, A. Roger & Merill, Rebecca R. (1994) First Things First. Simon & Schuster, New York. Hussein Mahmood (1993) Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. Mahathir Mohamad (1986) The Challenge. Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Selangor D.E. 

Page 15: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

 Mizuno, Shigeru (1988) Company-Wide Total Quality Control. Asian Productivity Organization, Tokyo. Novak, Philip 91994) The World's Wisdom. Harper Collins Publishers, New York. Sheh Seow Wah (1995) Chinese Management. MPH Distributors Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Selangor D.E.        ______________________________________________________________________(* Ceramah disampaikan sewaktu Kursus Pengurusan Pendidikan Sekolah Rendah bagi Guru Besar dan           Penolong Kanan (Kurikulum) Daerah Temerloh, bertempat di Institut Latihan Risda Kg. Awah,                                                  Temerloh  pada 26-29 Disember 1995)

Page 16: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

                        Kepastian Kualiti Proses Bagi                         Output yang Cemerlang                   "Pengetahuan bukan merupakan kebaikan intelektual yang tertinggi,                       yang lebih tinggi nilainya ialah kefahaman, dan selepas itu,                                                        ialah hikmah."                                                                                          ~ Mortimer J.Adler Pendahuluan Hari ini manusia begitu prihatin mengenai mutu atau kualiti dalam semua aspek kehidupan.  Semua orang mengejar kualiti. Begitulah juga dengan perkhidmatan pendidikan negara kita kini yang begitu pesat berkembang dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran. Semua perkembangan ini memerlukan para pendidik negara bersedia menghadapi dan menyahut cabaran terutama dalam aspek memberikan pendidikan yang berkualiti di semua peringkat persekolahan. Tuntutan sosial kepada kaum guru bagi mencapai satu tahap kualiti perkhidmatan yang cemerlang hendaklah dilihat secara positif. Seluruh warga pendidikan termasuk kakitangan bantu yang bukan akademik juga mesti sama-sama dapat mengongsi visi yang sama bagi mencapai matalamat negara untuk menjadikan pendidikan kita bertaraf dunia. Erti Kualiti Secara ringkas pengertian kualiti boleh dimakudkan dan meliputi ciri-ciri berikut:

memenuhi kehendak pelanggan keadaan yang terbaik tanpa kecacatan sentiasa menepati piawaian jaminan kepuasan dan kebolehpercayaan dari segi penggunaan/perkhidmatan tidak statik malah sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa (R&D);

(contohnya: piring hitam kepada pita kaset; kemudian pita video; seterusnya CD; DVD; HDTV ...)

Kualiti Dalam Pendidikan Apa yang dimaksudkan dalam perkara ini antaranya adalah:

engajran dan pembelajaran yang berkesan dan bermutu Proses P&P yang mengembangkan potensi insan dari segi psikomotor, kognitif

dan afektif ke tahap yang optimum Kadar celik huruf yang tinggi Pencapaian akademik tinggi dan cemerlang Penyertaan kokurikulum yang aktif dan bermakna Pengurusan hal ehwal murid, kebersihan dan keceriaan mewujudkan suasana yang

kondusif bagi membina budaya ilmu dan budaya sekolah yang tinggi Pengurusan keseluruhan yang telus dan cekap lagi berkesan.

Petunjuk-petunjuk "Kemerosotan Prestasi' Sesebuah Organisasi

Page 17: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

 Mencapai kecemerlangan berdasarkan kualiti dalam semua aspek organisasi bergantung kepada tahap kualiti diri personel dan kualiti pengurusan amatlah perlu diberi tumpuan yang sewajarnya terutama bagi sesebuah organisasi yang berada di dalam situasi dan di tahap yang lemah dan rendah. Apakah petunjuk-petunjuk membolehkan kita mengenalpasti 'kedudukan prestasi' organisasi kita? Petunjuk-petunjuk berikut boleh dijadikan sebagai panduan berguna:

Produktiviti yang  menurun Mutu kerja yang rendah  Sering terlepas tarikh akhir Mendahulukan tugasan-tugasan kecil Mengelak tugas-tugas lebih besar dan  mencabar Tidak teratur (disorganized) Tiada di meja terlalu lama Ponteng

Negaholik Dalam Organisasi Sindrom negaholik banyak berlaku dalam organisasi. Ringkasnya seorang yang negaholik bersikap negatif di mana orang-orang bersikap sedemikian sentiasa ' menafikan' dengan 'saya tak boleh'. Dengan demikian orang negaholik tidak mahu menerima hakikat dan pendkatan 'saya boleh' bagi mengubah paradigma dan tingkah-laku yang lebih positif ke arah perubahan yang lebih baik. Siapa Negaholik? Cherie Carter-Scott mengungkapkan orang negaholik seperti berikut:         "A corporate negaholic is one who is victimized by inner forces which          manifest themselves through various negative attitudes, thoughts, words,          or behaviours. Corporate negaholics unconsiously sabotage not only          their own actions, but those of their co-workers and the mission of the           organization." Petunjuk-petunjuk Wujudnya Negaholik Dalam Organisaasi Berlaku bila terdapat petanda-petanda berikut:

Tingkah-laku ahli organisasi bermotifkan kehendak melindungi diri sendiri, atau mengekalkan status qou lebih daripada memenuhi misi organisasi.

Nafsu, ketagihan dn kemurungan neurotik individu mulai menguasai dan menentukan strategi, aktiviti malah hala tuju organisasi.

Individu-individu negaholik ini meletakkan semua punca keadaan negatif ini kepada organisasi yang menggaji mereka.

Para pekerja habiskan masa mereka mengkritik dan menghakimi rakan sejawat mereka sendiri, pihak pengurusan, polisi-polisi organisasi atau cara-cara setiap perkara dilaksanakan daripada mengambil tindakan yang membina.

Menganjak Paradigma

Page 18: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

 Paradigma adalah satu set tatacara kita melakukan penilaian terhadap maklumat-maklumat dan kemudiannya menjadi pegangan hidup. Paradigma berguna dalam banyak  hal tetapi ia juga boeh menghalang sesuatu peluang daripada kita hanya kerana rangka rujukan kita (atau paradigma) tidak menyedari kewujudan peluang-peluang tersebut. Hidup dalam satu paradigma seperti melihat dari sebuah jendela yang  sama higga akhirnya kita hanya melihat segmen yang kesil sahaja daripada keseluruhna dunia. Mengubah paradigma samalah seperti menemui jendela baru di mana kita 'melihat' semua perkara  yang baru  atau perkara yang lama tetapi dengan berbagai-bagai cara dan dari beberapa sudut yang berlainan. Kepastian Kualiti Budaya kerja cemerlang berteraskan kualiti bertujuan bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing. Bagi mencapai maksud ini tiga aspek iaitu pengurusan, kualiti dan kawalan kualiti mestilajh disepadukan bagi mewujudkan kepastian kualiti ini. Oleh itu ringkanya kepastian kualiti bermakna kualiti  mestilah disepadukan bagi mewujudkan kepastian kualiti ini. Oleh itu ringkasnya kepastian kualiti bermakna kualiti produk memenuhi jangkaan pelanggan Output yang cemerlang dan berkualiti tidak mungkin dicapai tanpa melibatkan kawalan kualiti sewaktu melalui berbagai proses. Inilah yang menjadi aspek penting dalam pengajaran dan pembelajran di mana sering dipandang remeh. Banyak petunjuk yang boleh kita lihat aspek ini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang antara lain:

berlaku defisit pembelajaran yang ketara di kalangan murid-murid utama menghabiskan sukatan pelajaran daripada penguasaan kemahiran kerja-kerja murid banyak atau lambat diperiksa. kurang latihan yang sewajarnya (sehingga tahun akhir) sindrom tunggu sampai tahun enam baru semua proses diambil kira diagnosis tidak digunakan seperti sepatutnya.

Oleh itu kepastian kualiti terutama dalam semua proses dapat dicapai apabila konsep Tanpa Cacat (Zero Defect) dapat direalisasikan. Prasyarat bagi Tanpa Cacat 

Ada wawasan organisasi yang jelas bagi semua orang. Mempunyai budaya perancangan strategik berdasarkan matlamat. Semua ahli mesti komited. Semua ahli organisasi sedia mengubah paradigma. Wujud sistem pengesanan yang berkesan, cekap dan berterusan.

Kecacatan boleh berlaku sama ada dari segi teknikal, manusia, persekitaran, input, proses., output, atau imej. cacat Input

1. Murid: tanpa pengetahuan, kemahiran atau nilai.

Page 19: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

2. Guru: kurang kepakaran, tidak guna ABM/BBM, lemah nilai diri, tidak cekap mengurus masa, rancang pengajaran yang stereotaip dan tidak aktif.

Cacat Proses1. Kecacatan boleh bertambah dan berlaku di peringkat kedua ini.2. Kesalahan tidak diperbetulkan segera.3. Pemulihan tidak dibuat.4. Pemeriksaan tidak teliti5. Pengukuhan dan pengayaan tidak ditekankan.6. Tabiat murni dan baik tidak diutamakan.

Cacat Output:1. Standard atau mutu kerja murid tidak memuaskan.2. Tahap pengetahuan yang rendah.3. Sikap dan nilai diri yang tidak menggalakkan.4. Keputusan pencapaian akademik di tahap rendah.

Ciri-ciri Tanpa Cacat Sebagai guru-guru yang terlatih dan berpengalaman kita harus sedia mengakui apa-apa kekurangan atau kelemahan yang wujud dalam organisasi sekolah kita dan dengan  pemikiran yang positif sama-sama bertekad bagi mengatasi keadaaan ini. Percayalah sesebuah organisasi itu pasti mencapai kecermerlangan apabila seluruh anggotanya sanggup meletakkan kepentingan organisasi di atas segala-galanya. Organisasi yang berhasrat mencapai keadaan tanpa cacat ini haruslah menunjukkan ciri-ciri berikut:

Mengamalkan DIRFT (Do It Right  First Time). Mengamalkan konsep penambahbaikan yang berterusan. Melakukan tindakan pencegahan. Menekankan kepastian kualiti. Penglibatan seluruh anggota organisasi. Mengongsi visi yang sama.

Penutup Bagi orang-orang cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan mereka, sesuatu gagasan yang pada kebanyakan orang dilihat sebagai mustahil tetapi tidak demikian bagi mereka ini. Sesuatu yang dianggap sukar dan berat bagi orang lain, bagi mereka ianya merupakan cabaran yang sedia mereka hadapinya. Orang-orang seperti ini selalunya berjaya dengan cemerlang. Kita juga boleh menjadi demikian tinggal lagi kita perlu mengubah paradigma dan meningkatkan motivasi kendiri dengan semangat jaya diri yang baru.                "Shall I teach you what knowledge is? When you know a thing,                to hold tahat you know iti, and when you do not know a thing,                to allow that youy do not know it. Thisn is knowledge."                             ~ (The Sayings of Confucius)ٱ   

Page 20: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

    Rujukan Abdul Shukor Abdullah (1994). Penilaian Semula Situasi Pengurusan Sekolah. Jurnal Pengurusan Pendidikan IAB, Kementerian Pendidikan Malaysia. Jilid 04, Bil. 01 m.s. 1 - 6. De Potter, Bobbi & Hernacki, Mike (1992). Quantum Learning Unleashing The Genius In You. Dell Publishing, New York Ibrahim Ahmad Bajunid (1995). Peningkatan Pelbagai Jenis Literasi., Khususnya Literasi Saintifik Dan Teknikal: Ke Arah Pemantapan Martabat Kepimpinan. Jurnal Pengurusan Pendidikan IAB, Kementerian Pendidikan Malaysia. Jilid 04, Bil. 2 - 15. _______________ (1993). Pakej Latihah Bengkel Pengurusan Kualiti Menyeluruh. Institut tadbiran Awam negara (INTAN) Malaysia, Kuala Lumpur.  ______________________________________________________________________        (* Ceramah  Motivasi Perkembangan Staf  Sekolah Kebangsaan Jengka Batu 13, Chenor                                                                           pada 18.09.1997)  

Page 21: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

Kepemimpinan Dan Ketrampilan                                   Penolong-Penolong Kanan                                        Dalam Mewujudkan

                Pengurusan Sekolah Yang Berkesan 

            "It is not pleasing people that matters. It is performance that counts."                                                ~ Parkinson & Rustomji

Pendahuluan

Penolong-penolong Kanan merupakan personel yang amat penting dalam menentukan segala matlamat dan objektif sekolah sebagai sebuah organisasi pendidikan yang cemerlang dari aspek budaya dan iklim sekolah berkesan lebih-lebih lagi dalam memenuhi cabaran millenium yang akan menjelang tiba. Sebagai satu kumpulan personel yang penting di sekolah maka penolong-penolong kanan haruslah benar-benar memahami serta memiliki ciri-ciri kepemimpinan yang unggul di samping ketrampilan dalam bidang pengurusan yang bersepadu dan menyeluruh. Oleh itu setiap penolong kanan haruslah sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran-kemahiran yang berkaitan, dan paling penting sikap positif terhadap bidang tugas dan tanggungjawab selaras dengan jawatan yang disandang. Definis Pengurusan dan Organisasi Pengurusan ialah proses bekerja dengan dan  melalui orang lain untuk mencapai objektif  organisasi dalam alam keliling yang berubah-ubah. Tumpuan kepada proses ini ialah keberkesanan dan kecekapan (effectiveness and efficiency) terhadap pengurusan sumber-sumber yang terhad. Keberkesanan ialah pencapaian ke atas objektif yang telah dicatat/persetujui dengan melaksanakan dan berjaya menyiapkan tugas tersebut. Kecekapan pula ialah sumber-sumber yang dikehendaki atau yang diperlukan untuk mencapai objektif dan ditimbang dengan apa yang sebenarnya telah tercapai. Lagi tinggi ratio/kadar keuntungan dengan kos, bertambah tinggilah kecekapan. Oleh itu pengurus mestilah mampu mengimbangkan antara keberkesanan dan kecekapan. Pengurus mesti berkesan di dalam melaksanakan dan menyiapkan kerja  di samping pula cekap mengawal kos dan menjimatkan sumber-sumber yang terhad itu. Apa Pengurus Buat? Ada dua pendekatan bagi menjelaskannya. a) Fungsi-fungsi Pengurusan: Tugas-tugas am pentadbiran yang dilakukan /dilaksanakan dalam semua organisasi. Antaranya:

Perancangan Membuat keputusan

Page 22: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

Pengelolaan (Organizing) Staffing Komunikassi Motivating Memimpin (Leading) Pengawalan

b) Peranan Pengurus: Peranan Interpersonal: sebagai tonggak; pemimpin; dan perkembangan Peranan maklumat: sebagai pengawas; pengembang dan jurucakap Peranan membuat Keputusan: sebagai usahawan; pendamai; penguntuk sumber

dan perunding. Proses Organisasi Setiap organisasi melaui proses berikut iaitu input - proses - output. Yang menjadi  input adalah sumber bahan mentah, manusia, wang, mesin dan teknik. Proses pula merangkumi tujuh perkara iaitu staffing, struktur, gaya pengurusan, strategi pelaksanaan dan kemahiran yang wujud dalam organisasi. Ini digembleng dengan erat/lemah oleh perkongsian nilai. Ciri-ciri Pemimpin Yang Baik Parkinson dan Rustomji (1986) dalam buku mereka "Understanding Management" menyenaraikan ciri-ciri berikut sebagai yang biasa terdapat serta menjadi amalan seseorang pemimpin yang baik;

Eksekutif berkesan mengawal ketat masa mereka. Fokus kepada sumbangan "keluar". Mereka capai hasil bukan bekerja dalam

suasana serba sukar, tetapi melalui satu arah yang baik lagi sesuai. Kekuatan diri sendiri, kekuatan rakan sejawat dan juga kekuatan pegawai atasan

dan kakitangan bawahan. Mereka tidak berdukacita atau memaafkan kelemahan-kelemahan.

Beri perhatian kepada beberapa aspek penting prestasi yang boleh keluarkan hasil cemerlang. Mereka melakuakan "First things first" dan tidak ada sama sekali 'second things first'.

Mengetahui bahawa membuat banyak keputusan tergesa-gesa akan sebabkan keputusan-keputusan yang salah; apa yang perlu ialah keputusan yang sedikit tetapi amat fundamental.

Mereka lakukan delegasi sebanyak mungkin supaya mereka bebas untuk berfikir rancangan masa depan organisasi mereka.

David McClelland berpendapat pemimipn yang baik ialah yang dapat keyakinan dan amanah yang wujud di kalangan pengikut-pengikut. Ciri-ciri pemimpin yang berkesan ialah:1. Ia membuat orang lain merasa yakin dan kuat. Pekerja merasakan mereka cekap.2.Ia menggunakan kewibawaan untuk membina amanah pekerja-pekerja kepada dirinya. Ia tidak gunakan ancaman dan ketakutan sebagai alat.3.Ia dapat membina perhubungan kerjasama dan saling mengerti di antara pekerja-pekerja supaya semua berusaha untuk tujuan yang lebih tinggi.

Page 23: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

4.Ia menggunakan kuasanya untuk menggalakkan penyelesaian masalah secara berhadapan (confrontation).5.Ia tidak akan mengatakan masalah yang ada itu tidak wujud atau pun menyimpannya di bawah permaidani. Blake & Mouton melihat keberkesanan seseorang pemimpin melalui 'Grid Pengurusan' atau 'Gaya 9,9'.                                                                                   Gaya 1,1 : Tidak menitikberatkan pekerja dan pengeluaran, beri pengurus kerja yang senang, menjauhkannya daripada masalah.Gaya 1,9 : Titikberatkan pekerja dan kurang kepada tuags, pengurus ini nilaikan persahabatan lebih tinggi daripada pengeluaran.Gaya 9,1 : Titikberatkan pengeluaran, abaikan pekerja; tidak seimbang antara pekerja dan pengeluaran.Gaya 5,5 : Jenis bertolak-ansur; tujuan seberapa banyak pengeluran yang boleh sambil tinggalkan pekerja bersukaria.Gaya 9,9 : Dapatkan produktiviti yang tinggi melalui kesetiaan pekerja, menggunakan individu dan kumpulan untuk menjayakan pekerjaan. Gaya ini dianggap gaya yang paling baik. Realiti dalam Organisasi Walaupun semua mengakui bahawa semua sekolah menerima pakai peraturan dan undang-undang yang sama di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri-Negeri, namun kebanyakan sekolah tidak serupa dalam melaksanakan peraturan, undang-undang dan kehendak-kehendak yang dihasratkan menerusi Pekeliling Ikhtisas misalnya yang dikeluarkan dari masa ke semasa. Akibat dari keadaan ini maka wujudlah berbagai-bagai tingkah dan ragam yang dapat kita kenal pasti berlaku di sekolah-sekolah yang melambanakan budaya mediocrity dan sub-standard sama ada dari segi prestasi akademik, tahap pengurusan pejabat, pengurusan personel, disiplin, kebersihan dan keceriaan, penyelesaian masalah dan pengurusan konflik. Kes 1. Seorang guru penolong menceritkan bahawa di sekolahnya disiplin guru dan iklim sekolah yang sangat tidak kondusif. Katanya, "Lebih 80% guru-guru datang lewat, Guru Besar pula datang pukul sepuluh. Ramai guru berborak di kantin sampai murid-murid jemput ke kelas. Mesyuarat guru pula sekali saja setahun kerana Guru Besar takut menghadapi guru-guru yang tidak puas hati dengan keadaan sekolah. Seorang GPK sering tidak hadir bertugas...kerja dia tidak buat, dan kokurikulum sampai sekarang belum berjalan." Kes 2. Seorang guru penolong di sebuah sekolah berkata, "Saya tidak puas hati dengan cara GPK buat pencerapan pengajaran saya. Mana tidak, masuk kira-kira lima minit terus keluar kelas, dan top-top minta saya tandatangan borang pencerapan begitu sahaja. Perbincangan dua hala tentang pengajaran saya langsung tak ada. Mana jadi."

Page 24: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

 Kes 3. Seorang Ketua Panitia dan juga merupakan guru yang berpengalaman menyuarakan sikapnya di dalam mesyuarat guru apabila Guru Besar menyentuh prestasi penulisan Tahun Enam yang tidak memuaskan, dengan kata-kata, "Tuan Pengerusi, di sini kami tidak mementingkan pemeriksaan. Apa yang kami buat ialah membuat pemeriksaan secara rawak..." Kes 4. Seorang GK1 mengadu kepada Guru Besar, "Cikgu, saya rasa tak puas hati tentang pembahagian waktu mengajar saya yang disusun oleh jawatankuasa jadual. Mereka ini tak patut buat saaya macam ini, sedangkan GPK-GPK yang lain kurang jumlah waktunya berbanding saya..." Kes 5. Seorang GPK pernah berkata kepada salah seorang guru penolong yang menumpang keretanya, "Maaflah cikgu, tumpang kereta saya ni tak dapatlah nak cepat sebab saya datang awal pun tak guna kerana saya tak ada kerja nak buat..." Kes 6. Seorang pesara guru mengadu katanya, "Tak patut betul tingkah-laku seorang guru di sekolah XYZ, adakah patut ada penjaga datang nak jumpa guru ini tapi dia tak berada dalam kelas. Rupanya balik ke rumah bertanak nasi...Saya pun hairan dengan Guru Besar dia." Kes 7. Seorang guru penolong yang sangat berpengalaman tetapi sayang mengamalkan double standard terhadap layanan kepada murid-muridnya dengan cara mana-mana murid yang ibu bapanya orang-orang bernama, berpangkat, berkedudukan maka sempurnalah buku-buku latihan murid berkenaan diperiksanya lengkap dengan cop (bagi ibu bapa tanda tanga) pengesahan. Tapi sayang mana-mana murid yang ibu bapanya miskin, orang kampung atau golongan tidak berada, buku-buku murid-murid tersebut tidak diperiksa langsung! Apakah maknanya semua 'kisah benar' di atas? Tujuh kes yang diberikan di atas hanyalah secebis dari realiti apa yang berlaku sebenarnya terutama di dalam bilik-bilik darjah sekolah-sekolah kita. Mungkinkah hal-hal seumpama ini masih berlaku sampai sekarang? Hanya kitalah sebagai penjawat-penjawat awam yang diberi tugas dan tanggungjawab dan amanah mulia ini yang dapat memberikan jawapan kepada semua kebejatan profesionalisme ini. Teori Hambatan Woodcock dan Francis (1993) mengemukakan satu teori berhubung satu faktor yang menghalang potensi dan keluaran hasil daari satu "sistem" - umpamanya satu organisasi secara keseluruhan, satu pasukan kerja, atau pun individu. Para pengurus mempunyai potensi untuk mengembangkan dan menyelaras kedayagunaan mereka, tetapi kerana banyak sebab, terdapat bidang-bidang yang kurang dikembangkan. Dan ini kita namakan sebagai "hambatan".

Page 25: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

 Teori ini menyatakan bahwa cara paling cepat untuk mencapai perkembangan diri (personal development) ialah dengan menyelidiki, memahami dan mengatasi hambatan yang menghalangi kejayaan seseorang dan pertumbuhan peribadi. Kemampuan Pengurus yang Berkesan Pengurusan yang berkesan menuntut ketrampilan dan kemampuan yang berikut;

Kemampuan mengatur diri. Nilai-nilai peribadi yang sihat. Cita-cita peribadi yang jelas. Mengusahakan pertumbuhan peribadi terus-menerus. Ketrampilan menyelesaika masalah. Kemampuan unutk menjadi kreatif dan inovatif. Kemampuan yang tinggi untuk mempengaruhi orang lain. Pemahaman terhadap gaya pengurusan. Kemampuan menyelia. Kemampuan mendidik dan mengembangkan orang lain. Kemampuan membangun dan mengembangkan pasukan yang efektif.

Oleh itu seseorang yang ingin menjadi seorang pengurus yang berkesan haruslah mengenal pasti sebelas jenis hambatan yang menjejas keberkesanan dan ketrampilan diri, dan berusaha bagi mengatasinya secara penuh sedar-diri dan dengan will power yang tulen. 1. Ketidakmampuan Mengatur DiriPengurus yang tidak memanfaatkan waktu, tenaga, dan ketrampilan sebaik-baiknya, dan juga pengurus yang baik tidak mampu menghadapi tekanan, cabaran serta desakan tugas, tanggugjawab sebagai seorang pengurus (penolong kanan), dikatakan terhambat oleh ketidakmampuan mengatur diri sendiri. 2. Matlamat Peribadi yang Tidak jelasMenentukan perjalanan hidup profesional dan peribadi dengan menilai keinginan dan pilihan ke atas semua kemungkinan, termasuk cita-cita (yang mustahil, atau tidak sesuai). Kerap kali kurang timbangkan alternatif, lalaikan pilihan penting sedangkan hal-hal kecil dan remeh menghabiskan waktu dan tenaga. Orang seperti ini sulit mencapai keberhasilan dan gagal memuji keberhasilan orang lain kerana terhambat oleh cita-cita peribadi yang tidak jelas. 3. Nilai-nilai Peribadi yang Tidak JelasPengurus diharapkan mengambil keputusan berdasarkan nilai dan prinsip. Kalau nilai peribadinya tidak cukup jelas, tiada landasan yang kuat membuat penilaian, ia akan dipandang lemah. Nilai yang konsisten dengan konsep pengurusan kini menekankan pada dayakegunaan, menyedari potensi manusia dan dengan mengembangkan keterbukaan terhadap pembaharuan. Pengurus yang tidak jelas, tidak konsisten akan keyakinan dasar atau nilainya tidak sesuai lagi, terhambat oleh niali-nilai pribadi yang tidak jelas. 

Page 26: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

4. Perkembangan Peribadi yang KerdilRamai pengurus mencapai perkembangan peribadi tapi ramai pula yang gagal bertindak mengatasi kelemahan mereka dan berusaha agar peribadinya berkembang. Cabaran selalu dihindari, kemampuan dibiarkan tidak berkembang, tiada lagi keghairahan yang wajar, dan kehidupan bekerja jadi hal rutin kerana risiko selalu dihindari dan lebih suka berasa aman, dan pengurus jenis ini terhambat oleh perkembangan peribadi yang kerdil 5. Kemampuan yang Tidak Memadai Untuk Menyelesaikan MasalahMenyelesaikan persoalan (masalah) adalah sartu ketrampilan pengurusan yang utama. Banyak pengurus tidak dapat menyelasaikan pekerjaan secara berkaedah dan menjimatkan - sering menghadapi kesulitan memimpin mesyuarat, menentukan sasaran, menangani maklumat, merancang dan menilai. Oleh sebab permasalahan tidak diselesaikan dengan cepat dan tegas, permasalahan tersebut akan bertambah (semakin kusut) serta menganggu benak dan tindakan si pengurus, yang terhambat oleh kemampuan yang tidak memadai untuk menyelesaikan masalah. 6. Kreativiti RendahPengurus yang rendah kreativitinya tentu akan lemah dalam memulakan gagasan, mengajak orang bekerja secara kreatif, serta melaksanakan pendekatan baru. Kreativiti tinggi menuntut kesediaan menghadapi kemunduran dan kegagalan secara konstruktif. Oleh itu pengurusan yang enggan melakukan percubaan, mengambil risiko, atau mengusahakan tindakan kreatif dalam menghadapi kegagalan terhambat oleh daya kreativiti yang rendah. 7. Wibawa RendahPengurus harus selalu berwibawa terhadap orang lain yang tidak langsung bertanggungjawab padanya. Ramai pengurus tidak punya wibawa bagi meminta orang bersedia bekerjasama atau membantunya, dan kerana itu gagal menemukan sumber yang perlu untuk hasil yang baik. Pengurus yang tidak menunjukkan kemampuannya tidak akan melakukan hubungan dengan orang lain dan penampilan diri serta kemampuan mendengarnya lemah, pengurus ini terhambat sebab dia bersasa tidak disegani orang. 8. Tidak Memahami Pemahaman PengurusanPengurus yang tidak fikir dan timbangkan akibat tindakan pengurusannya, tidak akan dapat hubungan yang bererti daripada orang lain. Pengurus yang tidak boleh meneliti pendekatan mereka, kemampuan untuk menjelaskan secara lioik pandangan pengurusannya rendah sekali. Ciri yang ditunjukkan ialah tidak banyak mencari maklumbalas, tidak mampu memberi dorongan kepada orang bawahan, untuk maju dalam kerja, dan sulit  memberikan tugas. Pengurus yang tidak cukup memahami motivasi manusia dan gaya kepimimpinannya kuno, tidak sesuai, tidak manusiawi -- di terhambat oleh tidak adanya pemahaman pengurusan. 9. Kemampuan Penyeliaan yang RendahPengurus berkesan menuntut banyak ketrampilan yang dapat digambarkan sebagai ketrampilan penyeliaan. Pembaziran waktu dan kaedah kerja yang tidak efektif membuat orang puas dan bekerja di bawah standard kualiti. Kecenderungan seperti ini ialah kerana

Page 27: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

tugas dan peranan tidak dirumuskan dengan baik, sistem kerja yang membazir, dan kelemahan hubungan. Seorang pengurus yang tidak memiliki ketrampilan praktis untuk mencapai hasil melalui usaha orang lain terhambat kerana ketrampilan penyeliaan yang rendah. 10.Kemampuan Melatih yang RendahSetiap pengurus juga berperanan sebagai jurulatih. Tanpa ketrampilan melatih, seorang pengurus tidak dapat mendorong orang lain mencapai standard yang dituntut dan tidak dapat membantu mereka mengembangkan diri. Pengurus yang tidak memiliki kemampuan membantu orang lain berkembang, terhambat oleh ketidakmampuan melatih. 11.Kurang Mampu Membina PasukanUntuk mencapai sasaran bersama, seorang  pengurus harus berkejasama dengan orang lain. Kerana sikap stereotaip peranan pengurus, seseorang pengurus mungkin tidak berbuat apa pun untuk mendorong kelompok atau anggota kelompok untuk berkembang. Dan jika ia tidak mampu mengembangkan orang menjadi satu pasukan yang kuat - mesyuarat yang biasanya sulit, tidak berfaedah, tidak tercipta suasana positif atau prosedur kerja berkesan, - kerana pengurus tersebut terhambat oleh ketidakmampuan membina pasukan. Perilaku dan Integriti Diri Mailah kita renungkan keadaan perilaku profesional dan integriti diri kita masing-masing selaku penolong-penolong kanan ketika bertugas dan berinteraksi dengan rakan sejawat dan anak didik kita sehari-hari. Adakah ciri-ciri kepemimpinan dan ketrampilan diri cukup terbukti atau masih banyak yang perlu dipelajari dan dipertingkatkan? Max De Pree menyatakan. "The first job of a leader is to define reality." Blaine Lee mengungkapkan integriti sebagai, "Integrity means we are commited to matching words, feelings, thoughts, and actions so that we live with congruence and without duplicity." Amatlah pentingnya kita menyedari realiti dan perilaku kita dalam konteks penyempurnaan tugas dan haruslah berani mengakui sebarang kelemahan yang wujud di samping berusaha memperbaiki diri, dan antara beberapa soalan yang patut kita jawab; 1. Sudah cukup mampukah  kita sebagai penolong-penolong kanan (pembantu pengurus kepada Guru Besar) berdasarkan aspek-aspek kemampuan sebagai pengurus yang berkesan di atas?2. Jika belum, sedarkah kita aspek-aspek mana yang merupakan hambatan-hambatan kepada perkembangan diri untuk menjadi penolong-penolong kanan yang berkesan?3.  Adakah kita sudah cukup jelas dan benar-benar faham betapa besar dan beratnya memikul tugas dan tanggungjawab penolong-penolong kanan dari segi amanah, akauntabilti, ketekalan dan ketrampilan melaksanakan tugas-tugas kita sendiri (bukan serah pada orang lain) serta menunjukkan contoh teladan yang terbaik dan unggul bagi membantu dan mengembangkan potensi guru-guru di bawah kita? 

Page 28: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

Prinsip-prinsip Membina Ketrampilan Dan Kewibawaan Sebenarnya tidak ada sesiapa pun yang terlewat untuk belajar, dan belajar, dan belajar, dan dengan kemajuan teknologi maklumat hari ini semua sumber pengetahuan berada di hujung jari sahaja. Cuma yang perlu ada ialah kesedaran diri (tak cukup ilmu), kehendak (desire), dan sikap "do it now." 1. DIRFT (Do It Right First Time)2. Kaizen (Penambahbaikan berterusan)3. Usaha Pencegahan (Prevention Is Better Than Cure)4. Kepastian Kualiti (Tiada Istilah No.2)5. Tanpa Cacat (Tak Main Barang Reject)6. Total Involvement (Tak Ada Orang Yang Terkecuali)7. Walk Your Talk (Cakap Serupa Bikin)8. First Things First (Perkara Pertama Didahulukan)9. Proaktif (Bukan Tunggu dan Lihat)10.Fikir Menang/Menang (Abundance Mentality)11.Apa Yang Disemai Itulah Yang Dituai. Oleh itu marilah kita mengubah 'skrip hidup' kita kepada satu skrip yang baru, belajar meningkatkan kemahiran interpersonal kita, kemahiran komunikasi  dan ketrampilan menyelesaikan masalah yang merupakan ciri-ciri dan kemahiran tinggi yang diperlukan bagi memperoleh integriti dan martabat diri peribadi dan organisasi yang kita dukungi. Penutup Hanya satu perlu kita ingat bahawa janganlah sikap menganggap diri sudah amat mengetahui segalanya maka kita 'terhambat' daripada belajar untuk pengembangan diri. Epictetus berkata, "It is impossible for anyone to begin to learn what he believes he already knows." Untuk itu kita perlu menilai semul perhatian dan sikap  kita selama ini seperti kata Philip Cosby dalam bukunya Quality Without Tears; "Lack of attention must be corrected by the person himsef, through an acute reappraisal of his or her moral values. Lack of attention is an attitude problem. The person who commits himself or herself to each detail and carefully avoid error take the giant step toward setting a goal of Zero Defects in all things." Sebagai kumpulan yang dijangkakan dapat memimpin, menunjuk arah dan menjadi teladan kepada semua warga sekolah, penolong-penolong kanan perlu sedar mereka harus sanggup dan dapat memahami cabaran-cabaran dunia pendidikan di abad ke-21 di mana perkembangan dan pembangunan diri insan anak didik kita bukan lagi kemahiran-kemahiran asas semat-mata, tetapi penguasaan pengetahuan, sikap dan kemahiran-kemahiran yang dapat membantu mereka bersaing dan berjaya melalui pengembangan dan pembangunan pelbagai kecerdasan (multiple intelligence). Hanya dengan kesedaran diri yang tinggi sahaja kita bersama-sama mewujudkan sebuah sekolah yang berkesan melalui ketrampilan dan kepemimpinan kita dalam pengurusan

Page 29: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

yang berkualiti, mencapai objektif serta menunaikan mission statement kita, dan akhirnya  merealisasikan visi (vision) yang kita kongsi  bersama seperti kata Naisbitt, "Strategic plans are worthless unless there is first strategic vision." Dan nama kita akan terpahat sebagai seorang guru yang unggul dan berjasa, walaupun kita tidak diisytihar sebagai seorang 'Tokoh Guru'.ٱ   Rujukan John Arul Philips Ph.D. (1997) Pelbagai Kecerdasan: Kewujudan Sistem Penaksiran yang Lebih Saksama dan Menyeluruh dalam Mengenal Pasti Kebolehan Intelek dan Potensi Pelajar Sekolah. Jurnal Suara Pendidik, Persatuan Pendidikan Malaysia Jilid 19 No.1 m.s. 55-65. ITM Shah Alam, Selangor D. E. ____________________ (1997) Kursus Induksi Umum Untuk Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia,. Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Kuala Lumpur. Parkinson, C.Northcote & Rustomji, M.K. (1986). Understanding Management. Federal Publications, Kuala Lumpur. Parkinson, C. Northcote & Rustomji, M.K. (1992). Kenyataan Dalam Pengurusan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Parkinson, C.Northcote & Rustomji, M.K. (1992). Pengurus yang Baik. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Woodcock, Mike & Francis, Dave (1993). Pengurus Tanpa Hambatan - Suatu Panduan Praktis Bagi Kemajuan Diri. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.  ______________________________________________________________________                        (Ceramah dalam Siri Motivasi Personel anjuran Majlis Guru Besar Daerah Maran                                               dan Pejabat Pendidikan Daerah Maran 1999) 

Page 30: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

Pembangunan Sekolah Berkesan                                       Dalam Konteks                                    Sekolah Berwatak

                     Konsep Dan Komitmen  

             "Imagination is the beginning of creation. You imagine what you desire,                  you will what you imagine; and at last you create what you will."                                          ~George Bernard Shaw    Pendahuluan   Perubahan dan pembaharuan di dalam bidang pendidikan negara berlaku begitu pesat sejak beberapa  dekad  yang lalu telah memberikan dampak yang bukan sedikit terhadap keseluruhan perancangan,  pembangunan, dan presatasi melibatkan semua peringkat dan tahap pendidikan sama ada pendidikan  rendah, menengah atau pun pendidikan tinggi. Isu-isu pendidikan tidak jemu-jemu dan tidak putus-putus  diperkatakan dan dibahaskan oleh semua lapisan masyarakat menggambarkan bahawa pendidikan adalah  satu aspek yang amat penting dalam pembinaan satu negara-bangsa yang bersatu, bersetia, beretika dan  beragama, berkeupayaan dan berketrampilan memainkan peranan aktif dan produktif dalam masyarakat  antarabangsa.   Semuanya ini bermula dari satu 'tempat' yang dinamakan sekolah. Inilah tempatnya kalau kita mahu ianya  diberi nama jolokan sebagai 'kilang mendidik dan membangun insan'. Sekolah tidak sahaja dijangkakan  menghasilkan produk dalam bentuk insan yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran yang relevan  dengan kehidupan dan zaman tetapi lebih dari itu adakah insan-insan ini benar-benar terdidik dalam erti  kata menjadi insan yang berperikemanusiaan, berhati perut dan berperasaan, berbudi dan berakal, berani  menegakkan kebenaran dan membasmi kemungkaran, seorang yang soleh lagi muslih, dan tunduk dan  patuh kepada khaliknya, Tuhan seru sekalian alam.

Page 31: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

    Masanya Akan Tiba...   Harapan dan jangkaan ibu bapa dan penjaga khasnya serta masyarakat amnya hari ini terhadap prestasi  dan kecemerlangan sekolah tidak dapat dipandang remeh lagi. Setiap ibu bapa mengharapkan segala yang  terbaik bagi pendidikan anak-anak mereka daripada pihak sekolah. Sekarang pun sudah berlaku  terdapatnya ibu bapa yang terlalu memilih sekolah. Mengapa wujud kecenderungan ini? Sedarkah kita  bahawa suatu masa nanti akan berlaku fenomena ada sekolah-sekolah dikategorikan sebagai sekolah  'laris', 'sederhana laris' atau 'sekolah tak laku'?   Di negara maju sendiri berlaku dan meningkatnya ketidakpuasan hati dengan keadaan sekolah-sekolah  awam kini. Salah satu alternatif yang popular sekarang ialah apa yang dipanggil 'home schooling'. Di  Saskatchewan, bilangan murid-muird yang mengikuti 'home schooling' telah meningkat sehingga 30% setiap  tahun sejak 1993. The Saskatchewan Home-Based Educators menjangkakan bilangan murid-murid 'belajar di rumah' akan mencapai 3,000 orang menjelang alaf baru. Tidak mungkinkah senario seumpama  ini akan wujud di negara kita satu masa nanti?   Rasa tidak puas hati dan rasa kecewa dengan sekolah-sekolah awam bukannya omong kosong. Masyarakat  mengejar keputusan; mereka hendak melihat sekolah-sekolah yang baik dan berkesan. "In schools, treading  water is no longer an option. School people must either propel themselves in some direction, be towed, or sink" (Barth,  1990). Dengan itu jelas sekali aliran sebegini membuktikan betapa mendesaknya sekolah-sekolah menilai  dan mengambil langkah-langkah perlu dalam konteks menjadi sekolah-sekolah yang lebih dan betul-betul  berkesan.     TINJAUAN KAJIAN   Kritikan terhadap persekolahan semakin ketara sekitar tahun 60-an, sikap masyarakat menjadi pesemistik  kepada pemikiran yang mengatakan latar belakang dan pengaruh sosial menentukan pencapaian murid-

Page 32: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

  murid lebih daripada pengajaran rasmi di sekolah (Madaus, Airasian & Kellaghan, 1980). Kemudian  sekitar tahun-tahun 70-an dan 80-an daripada kajian-kajian oleh Edmonds (1979) dan Goodlad (1984)   mendapati bahawa tanpa mengambil kira latar belakang murid sesetengah sekolah lebih 'berkesan' atau  'memuaskan' daripada yang lain. Di Britain, Rutter, Maughan, Mortimore dan Oustan (1979) telah   mengenepikan mitos bahawa  sekolah-sekolah mempunyai pengaruh terhad ke atas pembentukan diri   insan (murid). Daripada kajian-kajian ini beberapa ciri sekolah berkesan telah dikenalpasti.   Semua ini berkait rapat dengan apa yang kita panggil 'profesionalisme'. Inilah aspek yang patut ditekan dan  diutamakan dalam seluruh ruang dan masa setiap orang guru ketika bertugas di sekolah lebih-lebih lagi    bagi Guru Besar sebagai pemimpin institusi.   Abdul Rahman Arshad (1989) mengatakan, "Kalau kita hendak menebus mutu pendidikan negara ini, yang paling  penting bukan di sekolah menengah. Apa  sebabnya?" Bagi beliau beberapa keadaan di sekolah-sekolah rendah   memerlukan 'perubahan' dan 'pembangunan' yang amat mendesak jika 'keberkesanan' sekolah  sekaligus mutu pendidikan dan pencapaian para pelajar hendak dipertingkatkan. Keadaan-keadaan yang  beliau sebutkan ialah:

suasana di sekolah rendah ini dari segi persekitarannya tidak begitu menggalakkan;

oleh kerana tahap akademik juga rendah, maka profesionalismenya juga rendah;

sekolah-sekolah itu kecil; oleh itu kaitan dan perhubungan dari segi membangunkan fikiran hampir tidak ada;

terdapat guru-guru di sekolah rendah yang kurang mendapat latihan dalam perkhidmatan. Majlis Guru Besar hendak dibangunkan secaras lebih luas, jangan jadi satu badan yang "ceremony"; badan yang bertemu hanya untuk melantik jawatankuasa, tetapi majlis ini mempunyai orang yang perlu melihat dari segi kesesuaian buku teks, sistem mengajar, kaedah-kaedah yang digunakan, perbincangan mengenai pencapaian. Inilah keutamaan untuk meningkatkan profesionalisme.

   KONSEP PEMBANGUNAN SEKOLAH BERKESAN 

Page 33: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

  Istilah sekolah berkesan bukan baru bagi kita di Malaysia kerana telah sering diwar-warkan oleh  pemimpin-pemimpin pendidikan kita sama ada di dalam persidangan, kolokium, seminar-seminar,  taklimat-taklimat atau pun sesi dialog dan mesyuarat yang sering diadakan. Kajian-kajian yang dijalankan  di Amerika Syarikat (Edmonds, 1979; Goodlad, 1984), Eropah (Creemers, 1992), Britain (Rutter,  Maughan, Mortimore & Ouston, 1979; Mortimore, Sammons, Stoll, Lewis & Ecob, 1998) dan di Kanada  (Renihan, Renihan & Waldron, 1986) telah mendapati bahawa sesebuah sekolah di mana seseorang  murid itu belajar sebenarnya memberi kesan kepada pembentukan dan pencapaian (Rutter  et.al.1979).   Sekolah tidak beroperasi dalam satu vakuum. Ianya merupakan komposit perhubungan pengajaran dan  pembelajaran dan interaksi antara murid-murid, antara guru-guru dengan murid-murid, antara staf dan  kakitangan lain, dan hubungan serta peranan aktif dan positif di pihak ibu bapa dan masyarakat setempat.  Imej sebuah sekolah yang berkesan dipengaruhi oleh 'keberkesanan pengajaran dan pembelajran di  dalam sekolah itu.'   Aspek atau ciri-ciri yang ditunjukkan dalam sekolah berkesan dan seterusnya pembangunan berterusan  adalah:

kepemimpinan pengajaran yang berkesan tujuan yang jelas iklim sekolah yang teratur, tertib dan selamat jangkaan penguasaan minima semua murid ujian digunakan bagi penilaian dan 'membetulkan arah'

program matlamat akademik yang jelas penglibatan ibu bapa dan penjaga wujudnya kesejawatanan (collegiality)

  Kini perhatian lebih tertumpu kepada budaya organisasi dan pembangunan keadaan-keadaan yang   merangsang penciptaan budaya sekolah berkesan. Ini menjadi cabaran dan satu tanggungjawab ke atas  bahu kepemimpinan sekolah yang sepatutnya boleh menjadi 'transformational school leaders' yang   membangun dan memantapkan budaya kolaboratif, mengupayakan guru-guru menerusi perkongsian bijak

Page 34: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

   dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara kolektif.   Sesungguhnya kepemimpinan adalah fungsi kunci di dalam keberkesanan sekolah, budaya dan imej  sekolah. Fullan (1992) menyatakan bahawa peranan Guru Besar wajar dibentuk semula daripada 'jaga'   kepada 'pemimpin pengajaran'. Ciri-ciri yang terdapat di kalangan pemimpin-pemimpin sekolah yang   berkesan antaranya, pertama ada sikap berani menghadapi risiko, tidak berpuas hati dengan status quo,   tidak pula dihalang oleh sekatan-sekatan organisasi. Selain itu pemimpin seperti ini menjadi teladan   kepada guru-gurunya dan berpegang kepada keyakinan  bahawa sekolah akan mencapai kejayaan. Dengan   menggunakan pendekatan 'empowerment' yang betul dalam membuat keputusan, pemimpin begini   berjaya mempengaruhi "the capacity to improve from within". Keduanya pemimpin berkesan   mempunyai satu komitmen yang amat kuat kepada pengupayaan guru-guru melalui permuafakatan.   Sergiovanni (1992) menggariskan matlamat-matlamat seorang pemimpin transformasional di dalam satu   budaya sekolah seperti berikut:

1. komitmen kepada nilai-nilai teras (core values) yang dipersetujui dan dilaksanakan oleh semua staf,

2. mengamalkan etika penyayang, 3. mewujudkan visi yang jelas dan hala tuju dengan staf, 4. menggalakkan lebih banyak membuat keputusan secara

permuafakatan.   BUDAYA SEKOLAH BERKESAN   Schein (1985) mendefinisikan budaya sesebuah organisasi sebagai "tanggapan dan kepercayaan yang dikongsi  bersama oleh ahli-ahli organisasi, berlaku secara tidak disedari, dan dalam bentuk 'taken-for-granted' sesebuah  organisasi itu melihat persekitaran dan dirinya sendiri". Manakala Holly dan Southworth (1989) mentakrifkan   budaya sekolah sebagai "konteks dan setting sekolah, proses dalamannya dan makna di mana ahli-ahli organisasi   menyatakan dunia pekerjaan mereka". Ringkasnya kedua-dua definisi menunjukkan suatu proses yang   berterusan dan bersifat evolusi, dan digerakkan oleh tekanan luaran, potensi dalaman, respon kepada hal-

Page 35: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

   hal kritikal...dan faktor-faktor peluang. peranan penting (antara peranan-peranan lain) pemimpin dalam   membangun budaya yang wajib disedari ialah; pemimpinlah yang menggerak dan mengekalkan wawasan   yang jelas, visi yang dikongsi dan dibangunkan bersama oleh seluruh ahli organisasi sekolah. Sekolah-  sekolah yang menuntut 'mengongsi visi' digelar sebagai 'high consensus schools'.   Apakah ciri-ciri yang boleh kita lihat di sekolah ini?

Menghargai permuafakatan: di mana semua guru mesti mengambil berat terhadap 'kesihatan' sekolah sebagai organisasi. Permuafakatan dapat menghindarkan keterasingan guru, sikap pentingkan diri sendiri sehingga tidak mahu mengakui wujudnya masalah atau tidak mahu melihat masalah orang lain. Dengan permuafakatan guru-guru bersama-sama menyelesaikan masalah dan membuat keputusan di samping menghargai kesaling-bergantungan dan bantu-membantu sesama staf.

Dalam sekolah berkesan budaya berjalan lebih mirip kepada komuniti berbanding organisasi. Dalam komuniti kejayaan dan kegagalan dikongsi bersama, saling tolong-menolong, dan bertingkah-laku menurut norma-norma dan kepercayaan dalaman. Satu komuniti bertindak berdasarkan kepercayaan teras yang dipersetujui dan berdiri tegak di atas tapak yang satu. Keresahan dan ketidaktentuan tentang apa yang patut dibuat apa tidak patut dibuat, apa yang wajar atau apa pula yang tidak wajar, tidak wujud. Guru-guru tidak hilang punca dengan hal-hal yang tidak  dijangka atau perkara-perkara bukan rutin, tidak juga mereka menyalahkan orang lain jauh sekali daripada memejamkan mata kepada situasi-situasi yang bermasalah. Sebaliknya guru-guru mempamerkan sikap keyakinan yang tinggi, mereka tahu di mana mereka berpijak dan langit mana yang mereke junjung.

Ciri ketiga budaya sekolah berkesan ialah keyakinan guru. Guru-gurunya penuh yakin dalam tugasnya setiap hari, mereka lebih bersedia menerima cabaran-cabaran, mengambil risiko, dan melahirkan idea-idea kreatif serta rumusan-rumusan. Ekoran daripada keyakinan ini akan wujud optimisme dan iltizam.Tempat kerja menjadi lebih menyeronokkan sementara guru-guru mendapat penyempurnaan dan kepuasan profesionalisme daripada kerja-kerja mereka menerusi kawalan kepada penyelesaian masalah dan membuat keputusan, sokongan dari rakan sejawat dan bertambahnya peluang-peluang belajar dengan berkongsi pengetahuan dan pengalaman serta kepakaran.

Page 36: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

  MEMBANGUN SEKOLAH BERKESAN   Pembangunan tidak sahaja kepada sesuatu yang sudah runtuh dan musnah, pembangunan kepada situasi  dan keadaan yang sedia adalah juga termasuk dalam pengertian pembangunan. Pembangunan perlukan  perubahan pemikiran dan sikap, perubahan pendekatan dan strategi, perubahan alat dan instrumen serta  perubahan nilai dan norma. Budaya sekolah harus boleh mengadaptasi 'permintaan' dan 'konflik'.  Perubahan yang paling berkesan adalah perubahan dari dalam sekolah itu sendiri.   Peranan menangani perubahan bagi membangun budaya sekolah berkesan yang harus dimainkan oleh para  pemimpin sekolah adalah seperti berikut: 

Pemimpin sekolah melakukan perubahan dengan melihat pengaruh-pengaruh luaran dan dalaman serta isu-isu berkaitan, dan dalam melaksanakannya bertindak secara responsif bukan bertindak secara menghalang.

Pemimpin bertanyakan soalan-soalan bukan memberikan jawapan-jawapan.

Pemimpin menggalakkan dan memudahkan perbincangan dan pertimbangan mendalam bagi menuju perubahan daripada sekadar merancang atau mengarahkannya sahaja.

Kegagalan dan kesilapan dikongsi bersama. Memegang prinsip "The first rule of leadership, everything is my fault."

Pemimpin mengekalkan berpegang kepada teras kepercayaan yang merupakan asas kepada kewujudan komuniti sesebuah sekolah.

   Membangunkan suatu budaya sekoah yang sihat berkait rapat dengan amalan-amalan kepemimpinan yang   berkesan di pihak Guru Besar. Budaya ialah nadi yang menggerak dan mengarahkan serta menggambarkan   segala komitmen yang ditunjukkan oleh komuniti sesebuah sekolah itu. Di satu segi, sekolah akan   mempersembahkan suatu imej yang menggambarkan budaya sekolah itu kepada seluruh warganya iaitu   murid-murid, ibu bapa mereka dan masyarakat umum.    IMEJ SEKOLAH : SEKOLAH BERWATAK   Renihan dan Renihan (1998) mendefinisikan imej sekolah seabagai "keseluruhan pandangan-pandangan yang

Page 37: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

  subjektif mengenai kualiti pembelajaran dan persekitaran sosial..'perasaan' kolektif yang terbina oleh masyarakat  sebagai hasil daripada pemerhatian dan pengalaman terhadap sesebuah sekolah itu."   Membaiki dan membangunkan imej sekolah mesti ada keazaman yang kuat kepada keberkesanan imej  yang sedia ada. Renihan dan Renihan membahagikan imej sekolah kepada lima jenis, masing-masing jenis  itu pula diperjelaskan dengan dua dimensi yakni: cakna pastoral (memupuk perhubungan berkesana,  hormat-menghormati, keterbukaan) dan cakna kosmetik (mempromosikan kejayaan sekolah dalam  masyarakat, beri perhatian kepada penampilan). Jenis-jenis imej sekolah yang dimaksudkan itu seperti  berikut:

1.  sekolah synergistik      - tinggi kedua-dua pastoral dan kosmetik 2.  sekolah 'candy store'      - tinggi penampilan, rendah

perhubungan 3.  sekolah 'disaffected'       - rendah kedua-dua aspek pastoral dan

aspek kosmetik 4.  sekolah monastik         - rendah penampilan, tinggi aspek

perhubungan 5.  sekolah 'survivor'           - sederhana dalam kedua-dua dimensi.

  Jadi tugas dan peranan Guru Besar ialah memantau dan membuat pengukuran secara berterusan terhadap  imej sekolahnya, secara formal dan tidak formal, menerusi 'stakeholders'. Soalan-soalan yang harus dijawab  seperti apa imej yang dikehendaki? Adakah unsur-unsur tertentu terdapat di sekolah? Bagaimanan unsur-  unsur ini dapat bersepadu dengan visi dan kepercayaan sekolah? Patutkah dilakukan perubahan?  Bagaimana perubahan hendak dipantau?   Dengan demikian seseorang Guru Besar sebagai pemimpin transformasional mestilah berkeupayaan dan  mampu menangani perubahan, walaupun ianya tidak popular tetapi amat kritikal dan genting dalam  konteks meningkatkan imej dan seterusnya 'keberkesanan sekolah' secara menyeluruh dalam semua aspek  iklim dan budaya sekolah. Pemimpin sekolah mestilah mengenalpasti apakah 'penyakt-penyakit' yang  sedang menular di kalangan staf atau kakitangan terutamanya yang perlu dibanteras dan diperbetulkan  'kiblat' dan 'arahnya' supaya semua orang tidak tersasar daripada tugas hakiki dan bagi mendapatkan

Page 38: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

  sepenuh komitmen merealisasikan sekolah berwatak dan berkesan ini. Menangani perubahan dan  mendapatkan komitmen padu seluruh ahli organisasi adalah salah satu cabaran besar yang perlu dihadapi  dan di atasi jika kita mahu melihat kejayaan dan keberkesanan program pembangunan yang dilakukan.  Segala-galanya hendaklah diurus dan ditangani dengan bijak dan penuh hikmah.   KOMITMEN   Kajian-kajian yang dijalankan mendapati secara konsisten telah membuktikan bahawa terdapatnya  perkaitan yang amat rapat antara iklim sekolah yang positif dengan lain-lain ciri pengukuran terhadap  kejayaan dan keberkesanan sesebuah sekolah itu seperti; pencapaian akademik, disiplin yang tinggi,  produktiviti staf dan pengurusan yang berkesan.   Eugene Howard (1987) menggariskan sebelas faktor (lapan ciri khusus dan tiga lagi ciri umum) yang  menyumbang kepada pembangunan iklim sekolah yang positif.   Faktor khusus:

1. Pertumbuhan akademik dan sosial yang berterusan. 2. Hormat: murid dan staf punyai 'harga-diri' dan saling

bertimbang rasa. 3. Kebolehpercayaan: rasa percaya yang tinggi kepada orang lain. 4. Morale yang tinggi: murid dan staf berasa selesa dan baik

berada di situ. 5. Kejelekitan: adanya rasa kepunyaan dan kekitaan. 6. Peluang kepada input: mampu dan boleh menyumbang idea dan

mengambil bahagian. 7. Pembaharuan: adanya keterbukaan kepada perubahan dan

penambahbaikan. 8. Penyayang: murid dan staf merasakan orang lain mengambil

berat tentang mereka.    Faktor umum:

1. Program-program kurikulum, aktiviti-aktiviti dan polisi-polisi. 2. Proses mengajar dan stail pembelajaran, penyelesaian masalah

dan komunikasi. 3. Sumber-sumber bahan dan kemudahan-kemudahan di sekolah.

  Apa pun faktor dan keadaan atau ciri-ciri yang telah kita kenal pasti, atau yang sedia kita ketahui dan

Page 39: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

  alami sebelum ini tidak akan memberi apa-apa erti dan makna jika kita  sebagai pemimpin di peringkat  sekolah tidak berupaya  memberikan komitmen yang bulat dan padu dalam membentuk, membangun dan  seterusnya melahirkan sekolah berkesan apatah lagi sekolah berwatak yang dapat dikenali daripada  sesuatau ciri atau aspek yang menonjol, tersendiri dan unik. Pemimpin transformasional yang berkesan  mesti menyedari dan menghayati ungkapan watak General Hopper dalam  filem animasi In A Bug's Life: "  The first rule of leadership, everything is your fault." Dengan kata-kata lain kemunduran, kegagalan,  ketidakberkesanan, kelewatan, kelederan dan ketidakcaknaan adalah salah diri kita, berpunca daripada diri  kita selaku pemimpin yang tidak berkesan, pemimpin yang tidak berwawasan; ringkasnya peminpin yang  lemah.    Pentingnya kepemimpinan yang berkesan tidak dapat dinafikan dalam mempengaruhi secara positif  kepada kualiti imej sekolah secara keseluruhan, dan biasanya Guru Besarlah orangnya yang diletakkan  segala harapan bagi menjadikan sesebuah sekolah itu maju, berjaya, meningkat dan cemerlang dari masa  ke semasa. Omar Hashim (1993) dalam Pendidikan: Persoalan, Penyelesaian dan Harapan menyebut; " Bahawa  bagaimana guru besar, begitulah sekolahnya! Kenyataan ini sedikit sebanyak memberikan gambaran kepada kita betapa  besarnya tanggungjawab seseorang guru besar dalam urusan untuk melahirkan "corak" sekolahnya itu, sama ada untuk  kebaikan atau pun sebaliknya."   Di sekolah guru-guru bergantung kepada kepemimpinan seorang pemimpin dalam aspek berikut:

Visi; Komitmen kepada nilai dan norma; Bersikap asertif, menghargai usaha guru-guru; dan Pemupukan unsur kesejawatanan yang berkesan. 1. VISI: Visi adalah 'gambaran mental' atau bersifat imaginatif di

mana sseseorang pemimpin itu 'melihat ke depan' tentang rupa bentuk, iklim, budaya dan imej sekolahnya yang hendak dibentuk, dibangun dan dicapai menerusi pelan tindakan yang terancang, dan tersusun menggunakan pelbagai pendekatan dan strategi yang rasional dan praktikal.

2. KOMITMEN kepada nilai dan norma; visi tanpa komitmen samalah dengan 'bermimpi di siang hari'. Komitmen adalah satu

Page 40: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

sikap diri yang ditunjukkan dalam segala tingkah-laku dan cara berfikir seseorang dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Komitmen yang tinggi terhadap kelangsungan organisasi dan kebajikan murid umpamanya dapat dilihat daripada perilaku guru-gurunya yang datang awal, mengajar dengan semangat, tidak curi tulang, tumpuan kepada kerja dan mutu kerja, menepati masa dan paling utama meletakkan kepentingan organisasi mengatasi kepentingan peribadi. Orang-orang yang berkomitmen  yang tinggi juga sentiasa dapat mematuhi dan menepati norma-norma organisasi atau masyarakat sama ada norma-norma yang tersurat atau pun yang tersirat. Ringkasnya komitmen adalah manifestasi kepada 'second creation' di mana visi adalah 'first creation'nya.

3. BERSIKAP ASERTIF, menghargai usaha guru-guru; merupakan satu lagi aspek penting yang perlu ada pada seseorang pemimpin transformasional, iaitu imbangan di antara ketegasan dan desakan. Seorang yang asertif bijak dalam 'mendesak dan menggesa' daripada orang-orang bawahnya supaya sesuatu perancangan dan tindakan dapat dipenuhi dan dilaksanakan seperti yang dikehendaki. Oleh kerana 'pemimpin' tidak wujud tanpa 'pengikut', seorang pemimpin yang berkesan sentiasa menyedari bahawa kerjasama apatah lagi komitmen yang padu tidak mungkin diperolehi tanpa 'kesetiaan' dan 'kesediaan' pengikut-pengikut untuk bekerja bersama-samanya bagi mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan; maka pemimpin berkesan sentiasa menunjukkan penghargaan kepada sumbangan guru-gurunya dalam pelbagai bentuk dan cara.

4. PEMUPUKAN unsur kesejawatanan yang berkesan; di dalam sesebuah organisasi manusia tidak bekerja seorang diri, apa pun tugas dan peranannya seseorang itu tetap perlukan orang lain membantunya atau terlibat sama. Kesejawatanan atau "collegiality" bermaksud satu budaya kerja yang ada kaitannya dengan perpaduan, kerjasama, bantu-membantu, hormat-menghormati, nasihat-menasihati atau tegur-menegur di antara ahli-ahli kumpulan atas dasar profesionalisme. Jadi pemimpin yang berkesan mestilah berkeupayaan mewujudkan suasana kesejawatanan ini di kalanngan guru-gurunya, mengekalkan suasana harmoni dan perpaduan sepanjang masa di samping mengelakkan dan mencegah unsur-unsur kronisme, nepotisme, favouritisme, rodongisme, pilih-kasih, berat sebelah, adu-domba, fitnah-memfitnah, hasad dengki, dan iri hati; di dalam interaksinya dengan staf dan kakitangan lain di sekolah.

   KESIMPULAN 

Page 41: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

  Menjadi seorang pemimpin di peringkat sekolah, sama ada sebagai Guru Besar, Penolong Kanan atau pun  Guru Kanan Mata Pelajaran, tidak semudah yang disangka. Sifat-sifat terpuji diri peribadi berserta  beberapa ciri kepemimpinan perlulah ada dan dikuasai pada tahap yang cemerlang dan tinggi supaya  matlamat, misi dan visi sekolah, masyarakat dan negara dapat dicapai. Merealisasikan sebuah sekolah yang  berkesan dan berwatak, dengan iklim yang positif dan budaya yang tersohor tidak mungkin dicapai dengan  berangan-angan sahaja. Semua warga sekolah mestilah memahami konsep berhubung keberkesanan dan  kecemerlangan in secara menyeluruh di samping menumpahkan segala komitmen dengan semangat  kesejawatanan yang tinggi dalam menggarap dan mewujudkan sekolah berkesan dan berwatak.   Adalah menjadi tugas utama seorang pemimpin trasnformasional pendidikan berupaya dan  berkebolehan menjadi role-model yang dapat memberi inspirasi dan motivasi kendiri kepada anak didik  dan guru-gurunya di sekolah dan kepada ibu bapa dan penjaga  murid-murid. Pemimpin berkesan mesti  boleh menunjukkan 'keikhlasan' dalam melaksanakan tugas, di samping dapat mengenalpasti mana-mana  guru yang bekerja dengan tidak ikhlas; yakni melakukan sesuatu dengan mengharapkan 'balasan' atau  imbalan. Orang-orang hipokrit amat merbahaya kepada organisasi. Perbuatan tidak ikhlas ini akan  mendatangkan bibit-bibit tidak puas hati, sakit hati dan iri hati di kalangan staf-staf yang lain pula.  Bagaimana kesejawatanan dan keberkesanan sekolah hendak diwujudkan jika keadaan ini berlaku dan  mencengkam hati dan perasaan mereka yang melihatnya sebagai satu 'ketidakadilan' di pihak  kepemimpinan sekolah?   Pemimpin yang berkesan mestilah memiliki ciri-ciri akauntabiliti dan kredibiliti dalam semua tindak-  tanduknya di sekolah. Edmund R. Murrow menyatakan: " To be persuasive, we must be believable; to  be believable, we must be credible; to be credible, we must be truthful." Orang yang tidak berkata  benar, tanda hatinya tidak ikhlas; juga tandanya seorang yang tidak dapat dipercayai dan tidak ada

Page 42: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

  kredibiliti dan akuntabilti. Bagaimana jika orang macam ini jadi pemimpin organisasi?   Sebagai pemimpin transformasional pendidikan, kita sangat wajar mengenalpasti hati dan budi guru-guru  kita dalam melaksanakan tugas mengajar  dan mendidik, adakah guru-guru kita bekerja kerana 'takut' atau  kerana 'cinta'? Orang yang bekerja kerana takut walau nampak taat dan rajin namun jauh di lubuk hatinya  masih bersarang perassn ria' halus, dan akan melahirkan emosinya apabila tidak mendapat anugerah  'menegak' atau pun 'melintang'. Rabi'ah al-Adawiyah diriwayatkan menjawab pertanyaan Sufian al-Thauri  apabila dipersoalkan hakikat iman, sebagai berkata; "Aku menyembah-Nya bukan takut kepada  neraka-Nya dan bukan cintakan kepada syurga-Nya. Kalau itulah tujuannya samalah seperti  buruh yang tidak baik, jika dia takut dia bekerja, bahkan aku menyembah-Nya kerana cinta dan  rinduku kepada-Nya."   Hanya apabila 'cinta' kepada tugas dan cinta kepada organisasi di mana seseorang itu berkhidmat, tanpa  berselindung dan berpura-pura, barulah wujud komitmen sejati yang akan melahirkan warga pendidik yang  menepati ciri seorang yang soleh lagi muslih. Omar Hashim (1993) menyebut; "Kalaulah kita mahukan  pendidikan kita pada hari ini berperanan serta bertujuan untuk mengangkat martabat kemanusiaan anak-anak kita  masa depan supaya menjadi individu-individu yang soleh dan berbudi, maka kita sebagai pendidik "wajib" membentuk  diri kita terlebih dahulu sebagai manusia yang soleh dan berbudi. Bagaimanakah kita hendak mendidik anak-anak  kita supaya bermoral sedangkan kita sendiri tidak bermoral? Bagaimana kita hendak mendidik supaya  anak-anak  kita gemar membaca, sedangkan kita sendiri tidak mempunyai minat membaca? Bagaimana kita hendak mendidik  anak-anak kita supaya berperikemanusiaan, sedangkan kita sendiri bersikap kasar dan tidak bertimbang rasa?"   Kerja memimpin dan membimbing adalah suatu kerja yang tidak ada penghujungnya perlu dijadikan  keutamaan dalam senarai tugas kepemimpinan pendidikan di sekolah. Mengenali ciri dan memahami  konsep serta mewujudkan komitmen dalam membangun diri (dan organisasi) agar dapat menjadi guru

Page 43: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

  sebenar guru, ke sekolah tidak jemu, mengajar tidak lesu; patut menjadi agenda utama dalam  merealisasikan sekolah berkesan dan sekolah berwatak.ٱ   Rujukan   Abu al-Wafa' al-Ghanimi al-Taftazani (Dr.) (1996). Perkembangan Tasawwuf Islam. Terjemahan Prof. Dr.  Abdul Shukor Hj. Husin dan Dr. Mudasir Rosder. Bahagian Hal Ehwal Agama Islam, Jabatan Perdana  Menteri, Kuala Lumpur.   Howard, Eugene (1987). The Importance of Positive School Climate, in Handbook for Conducting School  Climate Improvement Projects. Phi Delta Kappa Educational Foundation, 1987.   Bolender, Mary (1997). A Study of  The Evolving Image of A New School Within the Context of School  Effectiveness. SSTA Research Centre.   Omar Mohd Hashim (1993). Pendidikan: Persoalan, Penyelesaian dan Harapan. Dewan Bahasa Dan  Pustaka, Kuala Lumpur.   Ramaiah, AL. (Dr.) (1992). Kepimpinan Pendidikan Cabaran Masa Kini. IBS Sdn. Bhd. Petaling Jaya,  Selangor Darul Ehsan.   _____________________ Suara Pendidik Keluaran Khas 1988/1989; Sempena Ulang Tahun ke-20.    Persatuan Pendidikan Malaysia, Institut Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. 

 

 

_____________________________________________________________________________________                      ( *Ceramah yang disampaikan di dalam Program In-House Kelompok Bandar Jengka B                               pada 25 Mac 2000 bertempat di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Bandar Jengka ) 

Page 44: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

MEMPERKASA GURU SEBENAR GURU                                       KE SEKOLAH TIDAK JEMU                                   MENGAJAR TIDAK LESU

  

                         "The mediocre teacher tells. the good teacher explains.                      The superior teacher demonstrate. the great teacher inspires."                                                   ~ William A. Ward 

Pendahuluan

Mempersiapkan generasi pelajar hari ini bagi menghadapi dan menangani cabaran-cabaran baru terutama tuntutan-tuntutan sebagai "knowledge worker" dalam era revolusi informasi abad ke-21 terletak di tangan dan dibahu seluruh kaum guru dan pendidik di pelbagai peringkat lebih-lebih lagi peringkat persekolahan rendah, amat memerlukan kesedaran yang tinggi bagi memperkembangkan dan mempertingkatkan setiap aspek profesionalisme keguruan ke suatu tahap yang tidak mungkin lagi dipertikai dan diperlekehkan oleh masyarakat dan negara,.

Usaha terbaru Kementerian Pendidikan Malaysia dengan memperkenalkan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan mulai tahun 2001 adalah manifestasi dan bukti kepada komitmen bagi menggerakkan semua pihak untuk mencapai kecemerlangan pendidikan negara sebagai pusat kecemerlangan ilmu, sekali gus memartabatkan pendidikan yang bertaraf dunia.

Oleh kerana sifat sesuatu yang baru itu sering dipandang serong dan diragui, maka begitu juga persepsi sebahagian golongan pendidikan dan pentadbir pendidikan sehinggakan

Page 45: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

wujud semacam 'desakan' bagi mempermudahkan dan pengubahsuaian kepada instrumen Penarafan Kendiri Sekolah Berasaskan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan ini, adalah suatu sikap yang kurang wajar dalam konteks kita hendak memartabatkan pendidikan dan profesion keguruan.

Bagaimana Fenomena Pendidikan dan Pengurusan Sekolah masa kini?

Menurut Penyataan Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Jemaah Nazir Sekolah (2001) menyebut bahawa; "Orang ramai semakin kerap mempersoalkan kualiti pendidikan di sekolah, seolah-olah tidak lagi menaruh keyakinan kepada kewuibawaan sekolah dalam hal ehwal mendidik, terutama apabila mendapati kelakuan murid lepasan sekolah tidak seperti yang diharapkan oleh masyarakat dan negara. Kecemerlangan pada sijil peperiksaan mereka secara realitinya tidak memperlihatkan kematangan berfikir, kepetahan berkomunikasi, ketokohan sebagai pemimpin, kemurnian tingkah laku, keupayaan mencipta dan menyumbang kepada pemajuan negara-bangsa dan global," (hlm.24).

Fenomena lain ialah wujudnya keadaan kepakaran dan profesionalisme guru tidak kemas kini dan relevan ke arah pembangunan diri insan yang menyeluruh dan seimbang seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kajian pihak Nazir Sekolah juga mendapati kelesuan proses pendidikan ini ada kaitan secara sebab-akibat dengan amalan pentadbiran organisasi persekolahan yang lebih menguruskan hal-hal mekanikal seperti pengendalian perjawatan, gaji dan bangunan.

Oleh  itu kesempurnaan yang menonjol di sekolah bukan pada pelakuan manusianya tetapi pada hal-hal kebendaan, maka terhasillah keluaran sekolah yang berkembang di tahap persepsi atau tanggapan fenomena luaran sahaja sehingga kurang upaya menyelesaikan masalah dan membuat keputusan rasional dan membangun.

Fenomena "Low Performing Schools"?

Salah satu kayu ukur bagi menentukan sesebuah sekolah itu baik, maju, meningkat dan membangun hingga ke tahap cemerlang (atau sebaliknya) adalah menerusi pencapaian peperiksaan. Berdasarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolh Rendah (UPSR) tahun 1999, sejumlah 1,919 buah sekolah rendah telah dikenalpasti sebagai "sekolah prestasi rendah" yakni sekolah-sekolah yang pencapaian peratus kelulusannya di bawah 30%

Dalam hubungan penarafan sekolah di bawah Standard Tinggi Kualiti Pendidikan ini pula pihak Jemaah Nazir Sekolah telah mendapati bahawa penilaian keseluruhan sekolah-sekolah setakat ini berada pada tahap tiga iaitu lemah dalam indeks komposit tahap sekolah dengan skor antara 30 hingga 49 peratus.

Kemudian kita didedahkan pula dengn dapatan hasil kajian sepasukan penyelidik Universiti Malaya terhadap "keberkesnan 3M" di antara sekolah-sekolah kebangsaan dengan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina khasnya, yang juga sekali lagi

Page 46: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

menampakkan "kelemahan dan ketidakberkesanan" yang ketara sekali berlaku di sekolah-sekolah kebangsaan kita.

Lama sebelum ini pun YAB Perdana Menteri Dato' Seri Doktor Mahathir Mohamad pernah "menyelar" sikap "tidak serius" yang terdapat di kalangan segelintir Guru Besar di sekolah-sekolah kebangsaan dan senario negatif dan "kurang menarik" yang wujud dan berlaku di sekolah-sekolah ini. Apakah tidak ada kaitannya apabila  kita memperkatakan prestasi dan kualiti pendidikan ini dengan masalah dan dilema yang dihadapi seperti isu-isu kegagalan memenuhi kuota 55% kemasukan pelajar-pelajar Melayu ke IPTA kerana pencapaian yang rendah di dalam peperiksaan SPM dan STPM?

Rumusan kajian-kajian ini menyatakan bahawa pelajar-pelajar Melayu tertinggal dalam pelajaran seawal di bangku sekolah rendah lagi. Untuk mengatasinya kita perlu berpatah balik jauh ke belakang. Usaha membentuk pelajar-pelajar Melayu yang berdaya saing perlu bermula di peringkat sekolah kebangsaan (Isahak Haron, 2001). Nah begitu lantang sekali seruan ini dan sudah sewajarnya disambut bukan sahaja dengan semangat ingin menebus maruah malah memartabatkan pendidikan berkualiti di kalangan anak-anak Melayu. Maka inilah yang hendak dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan menerusi Standard Tinggi Kualiti Pendidikan.

Ke Arah Pembaharuan Tema dan Sistem Pendidikan

Seperti yang diketahui abad ke-21 adalah era maklumat maka amatlah perlu kita dapat "melihat jauh ke depan" dalam konteks Wawasan 2020 dan perubahan-perubahan yang dibawa oleh era cyberspace, dalam usaha mewujudkan generasi pelajar yang berminda saintifik, kreatif, inovatif, mencintai ilmu, progresif, berbudaya fikir, di samping berakhlak dan beradab (Wan Liz Ozman Wan Omar, 2000).

Pembaharuan perlukan perubahan. Perubahan yang sangat utama dan penting ialah perubahan paradigma, sikap dan perlakuan agar setiap orang mampu berfungsi dan bersaing secara cekap dan berketrampilan. Satu daripadanya ialah konsep 'belajar sepanjang hayat' perlu menjadi amal budaya setiap pelajar menguasai 'belajar cara belajar' (UNESCO, 1995) dari segi:

Belajar untuk mengetahui (Learning to Know) Belajar untk membuat (Learning to Do)

Belajar untuk menjadi insan sempurna (Learning to Be)

Belajar untuk hidup bersama (Learning to Live Together) 

Noor Azman Ibrahim (1998) menyenaraikan enam tema penting sistem pendidikan abad ke -21 dengan pembelajaran cara baru di mana pembelajaran tidak lagi merupakan satu proses yang dikendalikan oleh institusi pendidikan (Tapscott, 1996) Enam tema tersebut adalah:

Page 47: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

Tema 1 : Pekerjaan dan pembelajaran makin menjadi perkara yang sama. Tema 2 : Pembelajaran makin menjadi cabaran seumur hidup.

Tema 3 : Pembelajaran beranjak dari sekolah dan universiti formal.

Tema 4:  Beberapa institusi pendidikan bekerja keras ke arah kesesuaian dengan               perubahan. Tema 5 : Kesedaran organisasi diperlukan untuk mewujudkan organisasi

pembelajaran               (learning organization).

Tema 6 : Media baru boleh mengubah pendidikan dengan mewujudkan infostruktur               bekerja belajar.

                                              Kewibawaan yang Dipersoalkan Apakah ertinya apabila Tapscott (1996) menyatakan bahawa pembelajaran tidak lagi dikendalikan oleh institusi pendidikan awam (sahaja)? Di Amerika Syarikat murid-muird yang belajar di rumah (home schooling) semakin meningkat  dari tahun ke tahun; merupakan fenomena baru sejak  beberapa dekad lalu sebagai manifestasi kepada 'ketidakpercayaan' ibu bapa dan orang awam  terhadap mutu dan prestasi pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah-sekolah awam. Patricia M. Lings (1999) melaporkan sesi persekolahan tahun 1990-1991 terdapat 250,000 hingga 350,000 orang; sesi tahun 1995-1996 pula seramai  700,000 hingga 750,0000 orang kanak-kanak yang mengikuti homeschooling ini, dan manakala bagi sesei 1997-1998 telah mencecah seramai 1,000,000 orang kanak-kanak menyertai kaedah dan pendekatan belajar di rumah ini. Salah satu daripada rtiga sebab mengapa berkembangnya konsep belajar di rumah (homeschooling) ini menurut Erica Clery (1998), ialah wujudnya kebimbangan berlakunya 'kerosakan' mental, fizikal dan spiritual ke atas kanak-kanak yang belajar di sekolah-sekolah di bawah tadbiran dan seliaan kerajaan. Tidakkah 'bunga-bunga' kepada senario yang sama akan berlaku suatu hari nanti di negara kita sendiri, apatah lagi setelah mencapai status negara maju seperti yang diwawaskan? Tidakkah juga 'gejala-gejala kerosakan' ini sudah pun wujud dan berlaku dan saban tahun ianya semakin parah dan berdarah sehingga sistem pendidikan kita didakwa 'sudah ketinggalan zaman' oleh kesatuan perguruan kebangsaan Malaysia? Dengan yang demikian kita selaku guru-guru perlulah menyedari, memahami, dan menghayati betapa konsep penambahbaikan yang berterusan itu perlu dilaksanakan tanpa garis penamat sebagaimana gagasan yang dibawa menerusi Standard Tinggi Kualiti Pendidikan. 

Memperkasa  Diri 

Page 48: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

Guru adalah nadi kepada sekolah. Profesionalismenya adalah kunci kepada peningkatan kualiti (Jemaah Nazir, 2001). Kualiti yang dimaksudkan bukan sahaja kepada kualiti proses malah yang lebih utama ialah kualiti outputnya (hasil). Perkara ini tidak mungkin dicapai jika individu, kumpulan, kelompok dan organisasi tidak cekap dan tidak berkesan. Maka itulah sumber manusianya perlu dibangunkan secara bersepadu menerusi latihan-latihan tertentu bagi memastikan setiap individu itu dapat mengembangkan potensi dan bakatnya. Pengalaman-pengalaman yang diterima menerusi program pembangunan profesional ini sama ada ianya bersifat latihan-latihan khusus atau pun pengalaman sebenar di tempat kerja sudah barang tentu membolehkan atau mengupayakan guru-guru    bertindak atau berpelakuan secara berkesan untuk meningkatkan kualiti pendidikan sekolahnya.

Menjadi guru yang perkasa bukanlah bererti perkasa dari segi fizikal dan tenaga sahaja tetapi yang lebih penting ialah keperkasaan dari aspek profesionalismenya, prinsipnya, keutuhan keperibadiannya, kecekapan dan ketrampilannya, mental dan keintelektualannya, kestabilan emosi dan spiritualnya serta kebijaksanaan dan kepemimpinannya. Oleh itu menjadi seorang guru yang perkasa amat dipengaruhi oleh tahap tinggi atau rendahnya ciri-ciri dan prestasi profesionalismenya; teguh, tegas dan utuh atau rapuh, lemah dan tidak tegas pegangan hidup dan prinsipnya; luas, tinggi dasn mendalam atau sebaliknya dari segi intelektualnya yang digambarkan menerusi kesedaran-diri dan faham-kendiri yang mendasari kebijaksanaan dan hemah dalam kepimpinan. Seorang guru yang perkasa juga seorang guru yang cekap dan berkesan.

Eilane (2000) ytelah mengenalpasti beberapa ciri seseorang guru yang amat berkesan (highly effective) yang dikategorikan kepada tiga aspek iaitu:

Ciri peribadi yang menjelaskan perwatakan. Ciri mengajar yang memberikan hasil.

Ciri intelek yang menunjukkan ilmu, sedar-diri dan faham-kendiri.

1. Ciri Peribadi: seorang yang 'bermatlamat' (mission-driven) dan juga seorang yang 'asyik' dalam pekerjaannya. Kedua , ianya bersikap positif dan 'real' yakni yakin dalam apa pun yang dilakukan di samping sabar menerima 'kenyataan' biar pun pahit untuk ditelan. Ketiganya ia merupakan seorang 'guru-pemimpin'; di samping mengajar ia juga membimbing dan menunjuk ajar bukan sahaja anak didik malah rakan sejawat dan siapa sahaja.

2. Ciri Mengajar: seorang yang memiliki dan sentiasa menerapkan aspek 'dengannya' ("with-it-ness") dalam apa jua yang dibuat atau apa jua yang murid-muridnya mesti buat. Ia juga mempunyai stail yang tersendiri, sesuai dengan semua keadaan dan persekitaran, nilai dan budaya, peraturan dan undang-undang. Ianya juga memiliki kepakaran memotivasi serta kebekesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 49: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

3. Ciri Intelektual: seorang yang suka 'membaca buku', dan mempunyai 'mental life' yang segar, berkembang dan bersifat 'berpenyugnguhan kendiri' (self-actualization) dengan minda yang sihat dan terbuka, melihat alam dan kehidupan di dalam ruang lingkup yang luas dan menyeluruh (banyak) di samping melihat, menganalisis, mensintisis dan menilai satu di dalam yang banyak.

Memperkasa dengan Penilaian dan Berpusatkan Prinsip

Guru sering menilai anak didiknya tetapi pernahkah kita menilai diri sendiri? Sedarkah kita sebagai guru yang kerjanya 'mengajar sepanjang hayat' (sebelum bersara wajib) kita telah tidak cukup melakukan satu perkara sepenting ini? Kalau begitu bagaimana kita tahu dan boleh meningkatkan tahap profesionalisme kita?

L. Dee Fink (1999), dalam satu artikelnya "Evaluating Your Own Teaching" menyebut:

          " Assuming that no one is perfect and therefore everyone has room for             improvement, evaluation is the means by which ewe try to identify which             aspects of our teaching are good and which need to be changed. The             question then arises as two who should take responsibility for doing this             evaluation. My believe is that evaluation is an inherent part of good teaching.             Therefore it is the teacher himself or herself who should take primary             responsibility for doing the evaluation."  "To improve is to change. And to be perfect is to change often", demikian ujar Winston Churchill. Jadi titik tolak bagi melakukan perubahan, dan kemudian mencapai kemahiran dan kesempurnaan memakan masa dan dayausaha. Bagi mencapai perubahan yang berjaya dan berkesan perlukan seseorang itu bukan sahaja menambah pengetahuan dan kemahiran baru malah sering pula memerlukan kita belajar semula sesuatu konsep, kaedah dan teknik yang mungkin kini sudah usang. Tidak ada orang yang tidak boleh melakukan aspek belajar semula ini kecuali seseorang itu sudah merasa dirinya sudah lengkap segala-galanya seperti kata Epictetus (55-135 M); "It is impossible for anyone to begin to learn what he believes he already knows." Pengalaman berserta beraneka kemahiran yang dititipkan oleh guru menerusi proses pengajaran dan pembelajaran umpamanya bermaksud melalukan perubahan sikap, seterusnya mengubah pemikiran dan paradigma sehingga  terciptalah tangkah-laku yang dihasratkan itu tercapai. Menurut Dee Fink lagi penilaian bagi menghasilkan perubahan ke arah peningkatan  profesionalisme individu seseorang guru itu amat besar faedahnya berdasarkan tiga sebab.

1. Pertama, tanpa mengambil kira bagaimana baik atau buruk kita sebagai guru-guru, kita semua mempunyai potensi, menjadi lebih baik lama-kelamaan. Sementara sebahagian guru-guru bertambah baik dan hampir menemui potensi mereka, sayang sebahagian yang lainnya mengalami peningkatan yang kecil sahaja sewaktu peringkat awal kerjaya dan kemudiannya seolah-olah 'mendatar' kualitinya malah kadang-kadang 'merosot'. Kenapa? Natijahnya terdapat perbezaan pokok di antara mereka yang berjaya dengan mereka yang gagal meningkat, adalah disebabkan golongan pertama itu mengumpul maklumat

Page 50: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

mengenai pengajaran mereka dan mengambil daya usaha bagi penambahbaikan sesetengah aspek daripadanya - setiap kali mereka mengajar.

2. Sebab kedua mengapa perlunya membuat penilaian adalah bagi mendokumentasikan kualiti seseorang bagi rujukan pihak lain, yang perlu mengetahui track record seseorang sepanjang kerjayanya. Satu cara sahaja guru-guru boleh membekalkan maklumat seumpama ini iaitu dengan cara  mengumpulnya, dan inilah penilaian. Dengan kaedah ini juga dapat membantu seseorang guru itu memahami keberkesanan pengajarannya dengan lebih baik lagi.

3. Sebab ketiga pula merupakan satu keperluan yang bersifat peribadi dan keinginan manusia untuk menilai. Hal ini adalah bagi kepuasan mental dan psikologikal diri sendiri. Melakukan sesuatu kerja dengan baik adalah satu perkara; manakala satu perkara lagi dengan memiliki maklumat yang padu, kita tahu kita telah melakukan kerja dengan baik. Pengetahuan dan kepastian ini hanya mungkin jika kita membuat penilaian yang rapi dan telus.

                                    Antara "Powerful" atau "Powerless"

Selepas kita melakukan penilaian baharulah kita tahu status atau kedudukan tahap dan taraf ketrampilan kita selaku guru yang bagaimana; cergas dan cerdas; pantas dan tangkas; cekal dan tabah; mengurus masa atau membuang masa? Kemudian baru kita boleh "memilih" ada untuk menjadi guru yang "powerful" atau "powerless". Tentulah bagi menjadi seorang guru yang perkasa kita mestilah seorang yang "powerful" bukan sebaliknya. Jadi pilihan di tangan kita.

Perasaan dan perlakuan "tidak berdaya" ("powerless") boleh berlaku daripada sekecil-kecil insiden atau peristiwa sehingga kepada masalah atau perkara yang besar. Jika kita gagal mengatsasi atau membiarkan keadaan "tidak berdaya" ini kita akan menjadi lebih tidak berdaya saing, lemah jiwa dan raga, lemah mental dan spiritual akhirnya kita melihat dunia dan kehidupan tidak memberi erti apa-apa, selanjutanya kita kecewa dan sengsara serta merintih nasib dan takdir. Apa yang kita buat apabila kita memilih menjadi seorang yang "powerless" ialah; tak kisah, tunggu, lengah atau lewatkan, tidak ambil tindakan atau "buat de' "sahaja, hampa, jadi tidak peduli, abaikan dan jadi seorang yang acuh tak acuh.

Kemudian apa pula yang kita dapat bila kita merasa "powerless"; status quo, hubungan yang Kalah/Menang (Lose/Win), tidak dijangka/hasil yang tidak diketahui, ketidakpastian, hasrat dan angan-angan (fantasi), dan merosot keupayaan seterusnya prestasi jadi rendah.

                                           Jadilah Seorang Yang Powerful

Jelas menjadi seorang yang "powerless" tidak menjanjikan sebarang kebaikan dan faedah sama ada dari segi peribadi, kumpulan, kelompok atau pun organisasi dan kerjaya yang kita ceburi. Tentulah kita memilih untuk menjadi "powerful" dan berjaya dalam semua

Page 51: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

bidang dan aspek kehidupan berkeluarga, sosial dan kerjaya dan dapat menyumbang kepada kesejahteraan bangsa dan negara menerusi tugas mendidik yang kita hayati ini.

Dalam menajdi "powerful" kita perlu kenal tiga "kuasa" yang masing-masing ada baik dan buruknya iatu i) kuasa paksaan, ii) kuasa utiliti dan iii) kuasa berpusatkan prinsip (principle-centered).

Fokus kita ialah kepada kuasa berpusatkan prinsip (principle-centered power) bagi mencapai hasrat menjadi guru yang perkasa; guru sebenar guru -- ke sekolah tidak jemu mengajar tidak lesu! Kuasa berpusatkan prinsip adaah berasaskan apa yang anda boleh buat dengan orang-orang lain. Kuasa berpusatkan prinsip juga ertinya berasaskan 'hormat': individu yang dihormati akan dipercayai, disegani dan menjadi inspirasi kepada orang-orang lain, dan oleh itu kepemimpinannya diterima sepenuh hati. Oleh itu guuu-guru yang perkasa berpusatkan prinsip ini akan menjurus kepada kawalan-kendiri, tingkah-laku beretika dan kehidupan yang proaktif (Blaine Lee, 1997).

Salah satu prinsip penting dalam mengurus diri dan organisasi ialah prinsip samarata atau adil (kepada orang lain dan kepada diri). Oleh itu satu keperluan yang mesti ada ialah keberanian menghadapinya, serta kemampuan dan keupayaan membuat teguran dan ulasan bagi membetulkan mana-mana individu yang tersasar dari landasan dan terkeluar dari tujuan dan matlamat organisasi. Di sini prinsip 'Bukan Kepada Siapa Betul Tetapi Kepada Apa Yang Betul' hendaklah menjadi pegangan. Intipati kepada prinsip ini ialah apa yang betul atau apa yang tidak betul bukan berdasarkan seseorang itu ketua (boss) atau penngikut (subordinate), tetapi kepada apakah persoalannya, apakah kesan atau implikasinya, atau apakah tafsiran dari segi falsah, peraturan, dan objektivitinya, di mana matlamat akhirnya semua orang akan buat perkara yang betul dan tidak dipertikaikan lagi.

                           Kesan dan Hasil Kuasa Berpusatkan Prinsip

Guru-guru yang perkasa berpusatkan prinsip ini akan memberi pengaruh kepada berlakunya transformasi budaya belajar dan mengajar yang hebat. Transformasi ialah perubahan, yakni perubahan yang disebabkan wujudnya perhubungan di mana 'hormat' menjadi asasnya. Manusia tidak setia kepada logo -- mereka setia kepad orang lain (pemimpin berprinsip). Blaine Lee (1997) dalam bukunya The Power Principle: Influence With Honour menyenaraikan empat kesan yang terhasil daripada kuasa berpusatkan prinsip ini sebagaimana berikut:1. Kuasa berkekalan : Apabila kesan dan pengaruh orang perkasa ini tetap bersama atau di alam diri walaupun orang itu sudah tiada di dunia ini. Ertinya pengaruh orang yang perkasa ini meninggalkan kesan yang bukan sedikit malah berterusan sehingga pengaruh ini di 'turunkan' pula keapada generasi seterusnya. Tidak seperti kesan daripada kuasa paksaan yang cuma berkesan selagi orang takut. Juga  tidak seperti kesan kuasa utiliti, ia datang dan ia pergi dan sangat bersifat sementara. Tetapi kuasa berpusatkan prinsip mewujudkan perhubungan yang berkekalan -- ia tidak terhenti bila pengurusan baru mengambil alih, tidak juga menjadi ketinggalan zaman bila muncul sesuatu yang baru.

Page 52: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

2. Tingkah-laku Proaktif : Kuasa berpusatkan prinsip menggalakkan tingkah-laku proaktif yang membina dan membawa perhubungan yang bukan bersifat situasional tetapi transformasional yang bererti kita membuat  pilihan kepada  mana yang lebih penting dan mana yang lebih bernilai dan berharga. Tingkah-laku proaktif melahirkan tingkah-laku yang dihormati: tak perlu penyeliaan, tak perlu mandur. Guru-guru yang bertingkah-laku proaktif dalam konteks ini sebenarnya memiliki standard dalaman yang lebih tiggi daripada apa yang diletakkan  kepadanya. Ia tidak memikirkan untuk buat perkara lain, kerana bertentangan dengan jiwanya. Jika tingkah-lakunya merosot ke bawah paras yang ditentukan (standard), guru yang proaktif ini mampu 'membetulkan dirinya'. Falsafahnya "Saya boleh buat lebih baik. Saya boleh jadi lebih baik."3. Kawalan-kendiri : Ini bukan lagi kuasa yang datang dari luar. Kuasa berpusatkan prinsip fokusnya ke dalam diri. Ianya bergantung kepada keupayaan dalaman masing-masing bagi lebih tabah, lebih giat, lebih bersungguh-sungguh bila mengesampingkan apa yang mereka mahu berbanding apa yang lebih besar dan mustahak. Ini akhirnya membuatkan seseorang itu sanggup berkorban; iaitu melupakan apa yang kita hendak sekarang kerana hendakkan perkara-perkara yang lebih mendesak.4. Membina Kesaling-bergantungan : Dalam kehidupan manusia tidak boleh hidup dan bekerja seorang diri, tidak kira sekaya mana atau selemah atau semiskin mana sekalipun, apatah lagi di dalam organisasi dan institusi zaman sekarang. Menerusi kuasa paksaan kita memupuk dan menggalakkan pelbagai jenis kebergantungan, manakala dalam kuasa utiliti ianya memupuk dan menggalakkan kebebasan -- kebebasan untuk memilih seperti kita boleh memilih untuk bersatu atau kita memilih untuk berpisah. Oleh itu kesaling-bergantungan adalah kesan daripada kuasa berpusatkan prinsip: yang boleh menjawab soalan, "Apa yang boleh dan apa yang akan jadi bila kita bersatu?" Kesaling-bergantungan juga melahirkan sinergi daripada seluruh individu agar matlamat dan objektif institusi dan organisasi tercapai dengan cemerlang dan gemilang. Aspek-aspek yang kita buat daripada budaya berpusatkan prinsip ini adalah: meyakinkan; jadi sabar; jadi penyantun; mengajar; menerima; baik hati; menyayangi; belajar; berdisiplin; jadi istiqamah dan hidup dengan keutuhan. Ini pula kesan atau hasil yang kita dapat dengan budaya berpusatkan prinsip: rakan dan perkongsian, transformasi yang bertimbal balik, sinergi, risiko yang diambil kira, pertambahan keupayaan, kawalan dalaman yang positif, kawalan-kendiri, tingkah-laku beretika, hubungan yang saling bergantung, proaktiviti, kepercayaan, penyelesaian secara Menang/Menang (Win/Win), persetujuan rakan-kongsi dn kepuasan mendalam hubungan jangka-panjang.     Siapa Guru Sebenar Guru: Ke Sekolah Tidak Jemu Mengajar Tidak Lesu? Sebagai golongan orang-orang yang berilmu pengetahuan dan terlatih guru-guru bukan sahaja perlu mahir dalam bidang masing-masing tetapi juga mestilah berkebolehan menggunakan teknologi komputer secara kreatif dan inovatif. Mereka hendaklah melihat revolusi sistem pendidikan ini sebagai satu peluang untuk meningkatkan kualtiti dan produktiviti  pendidikan bukannya sebagai ancaman kepada masa depan karier mereka (Wan Liz Ozman, 2000). Jadi menyediakan diri menjadi guru yang perkasa perlukan

Page 53: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

latihan dan latihan-latihan semula secara berterusan atau bila-bila sahaja jika ada peluang dan kesempatan. Hanya dengan sikap proaktif, semangat dan keinginan yang tinggi bagi memperlengkapkan diri sahajalah seseorang itu guru itu mampu menyesuaikan dirinya dengan pelbagai cabaran, tuntutan dan tekanan tugas dan kerja yang sering berubah dalam proses peningkatan dan pembaharuan seperti tersirat di dalam Standard Tinggi Kualiti Pendidikan hari ini.] Guru sebenar guru ialah seorang guru yang memiliki  sifat dan ciri-ciri unggul sebagai penyampai ilmu (yang benar), sebagai penyemai nilai luhur, pembimbing, penunjuk ajar dan pemberi pedoman hidup serta yang paling penting dan berkesan sebagai contoh dan teladan kepada setiap anak didiknya. Guru ynag perkasa bukan sahaja sihat tubuh badan dan sihat pula mental dan pemikirannya tetapi seorang yang penuh dengan sifat-sifat iltizam, dedikasi, bertanggungjawab, komited, tekun, sabar, bertimbang rasa, rajin, ceria, amanah, berpegang kepada janji; tetap tidak akan mengkhianati tugasnya atau murid-muridnya. Prinsip utamanya seorang guru yang perkasa mesti faham bahwa tugas 'mengajar dan mendidik serta meneladan' adalah pekerjaan yang sangat mulia. Guru sebenar guru mestilah dapat menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad (menentang, membasmi dan mencegah kejahilan, kebodohan, kebebalan, kelemahan, kealpaan, kemunduran dan kehinaan akibat tidak berilmu pengetahuan) dan kerja mengajar  pula (tanpa sebarang muslihat dan tipu helah) sebagai suatu ibadah. Oleh itu seseorang guru itu akan memainkan peranan mengikut keadaan dan situasi secara penuh tanggungjawab, jujur dan ikhlas; yang di dalam Islam guru sebenar guru ini dikelaskan sebagai:

Al-mu'allim       : menyampaikan ilmu yang benar Al-murabbi       : menjayakan proses tarbiah Al-mu'addib      : mengajarkan adab dan budi pekerti Al-mursyid        : membentuk kepimpinan insan Al-mudarris       : menitipkan pelajaran dan kemahiran

Seorang guru yang perkasa tidak akan cepat  menyalahkan keadaan dan tempat sebelum ia menyalahkan dirinya terlebih dahulu, dan di samping itu pula berusaha meningkatkan ketrampilan dan kewibawaan diri ke tahap yang paling tinggi.                                                              Penutup    

Tugas murni lagi mulia kita sebagai guru seharusnya jangan dicemari dengan gejala-gejala buruk yang merosakkan sehingga kelemahan, kemunduran dan kegagalan pendidikan yang kita pikul hari ini dari segi menyediakan pengalaman-pengalaman berguna bagi kegunaan masa hadapan anak-anak didik kita nanti, akan menyebabkan adanya individu yang ingin maju tetapi hanya berlegar sekitar mediocrity, dan tidak pun berupaya menggunakan peranan mereka untuk citarasanya apatah lagi memenuhi citarasa bangsa dan negaranya. Kegagalan ini juga nanti menghasilkan individu yang menjalankan sekerja separuh hati, atau sekadar makan gaji (Jemaah Nazir, 2000).

Page 54: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

Oleh itu selaku guru-guru kita sewajarnya menyedari hal ini dan oleh kerana itu juga amat penting diingat bahawa apa jua yang kita buat dan apa jua yang kita tidak buat akan mencerminkan siapa diri kita sebenarnya. Dalam banyak senario kita boleh lihat dan nilai sendiri bagaimana guru yahg dikatakan seorang guru yang tidak jemu apabila sentiasa menampilkan sikap dan perlakuan positif seperti datangnya awal baliknya lewat; atau seorang guru yang tidak jemu mengajar biarpun berhadapan dengan segelintir murid yang lemah., lambat dan dengan berbagai karenah; guru yang tidak lesu tetapi tetap bertenaga dari pagi sampai ke tengah hari (atau petang); ia tidak membezakan murid atau kelas yang cerdas dengan murid atau kelas yang kurang cerdas.

Jangan sekali-kali ada perasaan apatah lagi tersimpan niat di hati, akibat dari sikap dan perbuatan kita, kita sangka yang rosak dan buruk hanyalah organisasi atau sekolah kita sahaja; malah kerosakan yang lebih besar ialah rosaknya nama baik, cemarnya maruah, buruknya perangai diri sendiri akibat mengikutkan hati dan nafsu ammarah kita sehingga kita tidak mampu lagi mengenal atau membezakan mana kaca mana intan, mana emas sepuluh mana emas sepuh.

Kita harus berani dan secara gentleman mengakui bahawa apa jua kelemahan dan kebejatan profesionalisme yang wujud dan berlaku di sekolah kita  masing-masing (apatah lagi jika kita peneraju atau primadonanya) sehingga senario dan fenomena yang terpancar di kava TV atau di dada-dada akhbar masalah-masalah sosial yan berkaitan dengan sistem pendidikan negara mendesak agar usaha pihak institusi pendidikan perlu diletakkan pada landasan yang lebih efisien lagi. Dan kita tidak mungkin menjadi efisien jika kita bukan seorang guru yang perkasa; jika kita seorang guru yang "powerless"; jika kita seorang guru yang tidak ada prinsip; jika kita seorang yang buta mata hati; jika kita seorang guru yang tahu tapi tidak mahu; atau jika kita seorang guru yang ada ilmu tapi tidak beramal dengan ilmunya. Setiap dari kita pasti mampu dan berjaya  menjadi seorang guru yang perkasa: ke sekolah tidak jemu mengajar tidak lesu jika kita menghayati sabda Rasulullah s.a.w. yang mafhumnya;

"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam;dia adalah orang yang beruntung.

Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam,dia adalah orang yang  rugi.

Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam,dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T." ٱ

  Rujukan Lee, Blaine (1997). The Power Principle: Influence With Honor. Simon & Schuster, New York, USA. Elaine, McEwan (1998-2001). Ten Traits of Highly Effective Teachers, McEwan-Adwin Groups. http://www.elainemcewan.com/ten_traits_teachers.htm  30.09.2001 

Page 55: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

Clery, E.(1998). Home Schooling : The Meaning That The Homeschooled Child Assigns to This Experience. Issues in Educational Research, 8(1), 1-13. http://cleomurdoch.edu.au/gen/iir/iier8/clery.html Fink, L.Dee (1999). Evaluating Your Own Teaching. Terbit dalam Improving College Teaching oleh Peter Seldin (ed.). University of Oklahoma Instructional Development Program, July 20, 1999. Leblanc, Richard (1998). Good Teaching: The To Ten Requirements. Terbit dalam The Teaching Professor. Noor Azmi Ibrahim (1998). Kurikulum Abad Ke-21: Pengembangan dan Penekanan, Jurnal Kurikulum Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Kuala Lumpur. M.Lings, Patricia (1999). Homeschoolers: Estimating Number and Growth. National Institute on Student Achievement, Curriculum, and Assessment, Office of Educational Research and Improvement, U.S. Department of Education. Web Edition, 1999. http://www.nfie.org/2000/htm Wan Liz Ozman Wan Omar (2000). Mengurus Agenda Abad 21 : Cabaran Dan Persiapan Dalam Era Globalisasi, Golden Books Centre Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.   ______________________________________________________________________________________________

(Ceramah yang disampaikan dalam Program Motivasi Sekolah-sekolah Kelompok Bandar Jengka B Tahun 2001 bertempat di SMK Jengka 16, pada 27 Oktober 2001)

Ciri-Ciri Dan Potensi Diri                                 Guru Berkesan Dalam Merealisasikan                                             Pendidikan Cemerlang                             "If  they aren't learning...then you aren't teaching."                                                             ~ Anon Pendahuluan Antara persoalan yang sering timbul di benak kita ialah mengapakah berlaku prestasi sebuah sekolah itu lebih baik daripada sebuah sekolah yang lain? Apakah pula faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya senario demikian? Atau adakah perbezaan yang wujud itu disebabkan 'nasib' semata atau kurangnya usaha-usaha melakukan perubahan dan penambahbaikan yang berterusan (Kaizen) kerana tidak wujudnya misi (mission), visi (vision), komitmen (committment) atau contoh ikutan (role model), sama ada dari aspek diri individu atau pihak pengurusan sekolah yang boleh mencetuskan inspirasi dan halatuju (direction) yang jelas, betul dan tepat.

Page 56: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

 Ramai orang inginkan kemajuan, peningkatan, kecemerlangan dan kegemilangan seterusnya apa yang kita namakan sebagai kejayaan. Kejayaan pula berlaku dalam banyak bentuk sama ada kejayaan peribadi, kejayaan organisasi atau pun kejayaan kelompok dan komuniti. Phillip Van Hooser (1998) mendapati bahawa ada tiga unsur penting dalam menentukan kejayaan. Tiga unsur ini  berkait  rapat antara satu sama lain dan ianya digelar sebagai "Triangle of Success" (yang merangkumi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap). Ilmu Pengetahuan: Apakah pengetahuan? Adakah pengetahuan sahaja sudah cukup? Phillip Van Hooser menyatakan bahawa pengetahuan bukan dimanifestasikan oleh sijil dan diploma, ia juga bukan satu ukuran yang tepat berdasarkan angka gred mata purata atau dengan kekananan dan kelamaan seseorang itu berada di tempat kerja. Pengetahuan sebenar ialah kefahaman (understanding). Dalam kepimpinan, kefahaman terhadap apa yang diperlukan dan dijangkakan oleh pengikut-pengikut daripada pemimpin merupakan pengetahuan kerja yang praktikal. Kemahiran: Pengetahuan dan kemahiran sama-sama penting. Kedua-duanya sangat diperlukan bagi pembangunan kepemimpinan personal. Ringkasnya, kemahiran sama erti dengan aplikasi (application). Kebolehan mengaplikasi sesuatu konsep atau idea kepada sesetengah 'task' merupakan satu kelebihan kepimpinan yang tidak dapat dipertikaikan. Kemahiran-kemahiran khusus termasuklah keberanian profesionalisme, ketegaran (decisiveness) dan kesabaran serta kemahiran mendengar. Sikap: Sikap adalah kunci kepada segalanya. Sikap dapat disamakan dengan kehendak (desire). Sesiapa jua boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran yan tertentu bagi melaksanakan perkara-perkara besar lagi hebat, tetapi jika tanpa kehendak yang mendorong dan menggerakkan tingkah-laku dan perbuatan maka hasil akhirnya adalah potensi yang tidak dapat direalisasikan. Didapati juga individu-indidvidu yang kurang pengetahuan dan kemahiran tetapi mereka memiliki sikap, kehendak dan dorongan yang cukup kuat dapat mengatasi sebarang halangan yang mereka hadapi dengan jayanya. Cabaran kita ialah secara sedar membuang perasaan berpuas hati (complacency) dan terlalu yakin (overconfidence) sewaktu kita mengembangkan satu atau lebih unsur-unsur di atas. Kejayaan dan kecemerlangan sekolah terletak pada keberkesanan seluruh sistem, nilai, kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang diamal dan dipamerkan setiap waktu oleh setiap orang pelajar, guru, kakitangan bukan guru dan juga pentadbir dan pengurus kurikulum sesebuah sekolah itu. Pihak yang amat besar kesan dan pengaruhnya terhadap kemajuan dan kecemerlangan ini tidak lain tidak bukan ialah guru-guru sendiri. Guru Berkesan 

Page 57: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

Bagaimana dan apakah  ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:

Bersikap profesional. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori. Kaya ilmu. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja. Bermoral teguh. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai

pendidik unggul pada setiap masa. Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas. Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai

kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri

(bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).

Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.

Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

Kenyataannya adakah semua ciri tersebut telah kita miliki? Atau sekurang-kurangnya sebahagian besarnya telah kita amalkan dalam diri peribadi mahu pun dalam organisasi? Tetapi yang nyata masih ramai atau sebahagian besar dari kita amat kurang memiliki ciri-ciri tersebut. Jadi bagaimana kita hendak melahirkan pengajaran dan pembelajaran yan berkesan dan seterusnya sekolah berwatak dan sekaligus pendidikan cemerlang? Untuk menjadi guru berkesaan kita perlu berubah. Kita perlu menganjak paradigma, kita perlu melakukan lonjakan quantum dengan merobah dan meruntuh tembok penghalang yang pertama dan utama iaitu Menolak Perubahan (Resist Change). Ken Blanchard, pengarang buku "The One Minute Manager" menyatakan bahawa kita lumrahnya liat dan sukar menerima perubahan. Beliau menyatakan bahawa;

Bila memikirkan perubahan kita sering fikirkan perkara-perkara yang kita kena kepaskan, bukan kepada perkara-perkara yang akan kita dapat .

Setiap orang mempunyai toleransi yang berbeza terhadap perubahan kendatipun kepada mereka yang memiliki tahap toleransi yang tinggi akan ada satu titik di mana perubahan tidak berupaya ditanggungi.

Selali pun perubahan telah berlaku kita secara fitrahnya mahu meletakkan perkaarap-perkara kembali kepada keadaan asalnya.

Mengubah Diri Mengubah Sikap 

Page 58: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

Plato berkat, "Kemenangan yang utama dan pertama ialah menakluki diri." Garfield pula berkata, "Di dunia ini benda-benda tidak berubah, kecuali ada orang yang mengubahnya." Jelas sekali perubahan tidak terjadi tanpa penggeraknya atau pun penyebabnya, dan perubahan yang paling berat dan paling sukar ialah perubahan diri peribadi. Stephen Covey (1989) dalam bukunya "The Seven Habits of Highly Effective People" menyatakan ada dua tahap  proses perubahan yang perlu dilalui bagi mencapai status 'orang-orang yang paling berkesan' iaitu tahap 'memenangi peribadi' dan 'memenangi publik'. Tiga tabiat (habit) yang fundamental bagi seseorang memenangi diri peribadi adalah:

Jadilah Proaktif (Be Proactive) Mulai dengan yang akhir di dalam minda (Begin with the End in  Mind) Buat dahulu perkara pertama (Put First Things First)

Bagi memenangi publik (dalam hubungan interpersoal) tabiat (habit) yang perlu diamalkan adalah:

Fikirkan Menang/Menang (Think Win/Win) Fahami dahulu, kemudian minta difahami (Seek first to understand, and then to be

understood) Sinergi (Synergize) Tajamilah mata gergaji (Sharpen the Saw)

Memenangi Peribadi Dalam hubungan interpersonal kita sentiasa berinteraksi dengan orang-orang di dalam organisasi rasmi kita iaitu sekolah di mana personaliti dan perwatakan memainkan peranan dan pengaruh yang kuat terutama ke atas anak didik kita dan juga rakan sejawatan. Peribadi yang positif  dan kuat mudah memberi kesan dan pengaruh serta dapat menjalin hubungan interpersonal yang baik dan harmonis. Antara rangsangan (stimulus) dan tindakan (response) terdapat satu ruang di mana kita boleh membuat pilihan. Apa jua tindakbalas/tindakan yang diambil bergantung kepada sedar-diri (self-awareness), imaginasi, hati nurani (conscience) dan keazaman-diri (independent will) setiap individu itu. Oleh itu sebelum berlakunya sebarang tindakbalas, setiap orang mempunyai satu ruang untuk membuat pilihan, dan di ruangan  'kebebasan memilih' inilah pula manusia sebenarnya memiliki 'anugerah istimewa' iaitu sedar-diri -- keadaan setiap orang sedar situasi sekeliling dan juga implikasi terhadap tindakbalas yang mungkin diambilnya. Di samping sedar-diri ini manusia juga dianugerahkan imaginasi -- kebolehan menjana sesuatu di dalam minda yang melangkaui realiti semasa. Hati nurani (consceince) pula merupakan kesedaran dalaman (suara hati) terhadap salah dan betul, benar dan palsu, terhadap prinsip-prinsip yang mengawal tingkah-laku serta kesedaran wujudnya harmoni antara pemikiran dan tindakan. Akhir sekali ialah satu anugerah kepada 'kemerdekaan' dan keazaman diri -- satu kebolehan bertindak berdasarkan sedar-diri dan bebas daripada segala bentuk pengaruh. Ciri kedua  memenangi peribadi ialah 'mulai dengan gambaran akhir di dalam minda' yang bererti setiap kita dapat melihat diri di akhir episod hidup kita sama ada kemajuan

Page 59: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

dalam kerjaya atau kejayaan peribadi dan keluarga. Ringkasnya apakah kita mahukan 'husnul khatimah' atau pun 'su'ul khatimah'. Dan ciri ketiga ialah buat dahulu perkara pertama  (Put First Things First) yang maksudnya kita mengamalkan 'pengurusan masa' yang kemas dan sistematik, mengutamakan prioriti tindakan serta tidak suka menanggguh kerja. Insya Allah setelah tiga unsur penting ini kita kuasai maka tidaklah sukar untuk menjadi seorang yang lebih berkesan baik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru yang cemerlang mahupun sebagai seorang ahli organisasi yan boleh menjadi role model kepada orang-orang lain. Pendidikan Cemerlang Aristotle berkata, "We are what we repeatedly do. Excellence, then, is not an act, but a habit." Sesungguhnya kecemerlangan bukan terjadi secara begitu sahaja tanpa faktor-faktor yang menggalak dan merangsang setiap guru dan pelajar berusaha  mencapai matlamat dan kepuasan kendiri yang tinggi setelah bekerja keras, berkorban masa dan tenaga yang bukan sedikit. Oleh itu sekolah dan guru-guru perlu pertamanya melakukan sesuatu bagi menghapuskan atau mengurangkan faktor-faktor dalaman sekolah yang menyekat kemajuan pelajaran pelajarnya. Usaha-usaha memperbaiki kemajuan dan sekaligus kecemerlangan pendidikan di sekolah mestilah berfokuskan pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik darjah. Semua ini perlukan perubahan sikap dan kepercayaan para guru (termasuk pelajar-pelajar). Hussein Mahmood (1993) dalam bukunya "Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah" berkata;       "Walau bagaimanapun , di peringkat sekolah pada keseluruhannya,        seluruh cara hidup atau cara bekerja - yang dikatakan budaya         sekolah serta sistem-sistem tertentu yang menghalang kejayaan         sekolah perlu dikaji semula dan diperbetulkan segera. Jika tidak,        segala apa juga usaha untuk memajukan sekolah, kemungkinan         matlamat yang sepatutnya dicapai tidak dicapai." Menurut beliau usaha untuk memajukan sekolah hendaklah berfokuskan;

a. Pencapaian matlamat sekolah, iaitu pelajaran dan pencapaian akademik para pelajar;

b. Penyelesaian punca-punca masalah yang menyebabkan keadaan sekolah demikian;

c. Membentuk atau mewujdukan budaya baru bagi menggantikan budaya yang sedia ada  melalui (b) atau memperkukuhkan budaya yang didapati produktif; dan

d. Menggerakkan segala tenaga di sekolah dan di luar sekolah ke arah pencapaian matlamat-matlamat sekolah melalui kepemimpinan pengetua.

Page 60: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

Kajian terhadap Program Peningkatan Kurikulum dasn Kemajuan Pendidika (PKKP) Jabatan Pendidikan Pahang, Edisi Kedua (1999); Satu Penilaian dan Cadangan Pembaharuan menyebut faktor-faktor berikut sebagai penghalang kepada peningkatan dan dengan itu mstilah dibasmi dan dielakkan:

Visi bersama tidak dijelaskan dan tidak dihayati oleh setiap anggota; Mesyuarat/perbincangan mengenai strategi yang terlalu kurang; Sikap tidak cakna; Anggota yang masih tidak mahu berubah dari 'zon selesa'; Cepat berpuas hati atau puas hati yang melampau; Pemimpin organisasi tidak terlibat dan tidak ikut serta untuk membuat perubahan; Tiada usaha yang lebih atau tiada pengorbanan; Terlalu cepat mengisytiharkan kemenangan; Tiada kemenangan jangka pendek yang boleh diraya atau dibanggakan oleh

organisasi menyebabkan hilang momentum untuk berubah dan anggota yang kecewa akan memasuki kumpulan yang menolak perubahan.

Menempa Kejayaan Persekolahan dan pendidikan hari ini bukan sahaja menuntut para guru menyempurnakan tugas dan tanggunjgjawab mereka dalam mempastikan setiap anak didik menguasai tulis baca dan mengira, malah menguasai pengetahuan dan kemahiran-kemahiran baru. Oleh itu tugas dan tanggungjawab serta komitmen guru juga haruslah bertambah dan meningkat  dari sebelumnya dan ini sudah tentu memerlukan satu sikap baru dan 'pandangan baru' dalam menempa kecemerlangan pendidikan secara keseluruhannya. Untuk mencapai matlamat ini guru-guru mestilah mempunyai kesedaran diri yang tinggi bahawa apa jua faktor yang memghalang hendaklah dibanteras  di samping membuat perubahan pendekatan, strategi dan teknik serta secara berfikir yang positif. Salah satu aspek penting menempa kejayaan ialah pendekatan positif terhadap disiplin  dalam hubungan meningkatkan mutu kerja, mutu pengajaran dan pembelajaran, dan akhirnya mutu output iaitu pencapaian anak didik di dalam penilaian dan peperiksaan. Blaine Lee dalam bukunya The Power Principle (1989) menyebut bahawa "The positive approach to discipline focuses 20% on what went wrong, and 80% on what could be different next time." Yang demikian kita seharusnya menumpukan lebih perhatian dan tenaga kepada aspek "next time" ini dan sekaligus menghapuskan segala amalan, tabiat dan tingkah-laku negatif yang merugikan semua orang. Satu daripada pendekatan dan konsep yang boleh diamalkan ialah Shewhart Cycle atau lebih dikenali sebagai PDCA (yakni Plan - Do - Check - Act). Plan (Rancang) : Semua aktiviti (sekolah, kelas, kokurikulum, zon dan daerah) mestilah dirancang dengan rapi. Elakkan sekali-kali mentaliti ad-hoc, buat sesuatu secara tangkap muat, atau ikut sahaja kerana ramai orang lain buat begitu. 

Page 61: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

Do (Buat) : Semua yang telah dirancang  mesti dilaksanakan sepenuhnya. Inilah aspek paling penting dan kritikal kerana pada peringkat inilah yang menentukan kejayaan setiap perancangan itu. Apa makna dan apa gunanya jika perancangan tinggal pernacangan sahaja? Soal balik diri sendiri apakah perancangan yang kita buat telah semuanya dilaksanakan? Lihat kembali Folio B dalam Program PKKP selama ini sudahkah dibuat sebagaimana dirancang? Jujurlah kepada diri sendiri, dan jika belum, nah inilah puncanya mengapa kita begitu sukar mengatasi kelemahan dan kemerosotan. Check (Semak) : Semakan amat penting kerana setiap perancangan dan pelaksanaan perlukan; penilaian bagi melihat keberkesanannya atau pun sebab-sebab mengapa ianya tidak mencapai objektif yang ditentukan. Banyak kerja guru-guru kita perlu disemak  dengan teliti dan rapi seperti buku latihan murid diperiksa atau tidak, pembetulan dibuat atau tidak, diagnosis mata pelajaran dibuat atau tidak dan jika dibuat tindakan susulan dibuat atau tidak, keputusan mesyuarat guru atau mesyuarat panitia mata pelajaran dibuat atau tidak, pencerapan pengajaran guru dalam bilik darjah dibuat atau tidak; atau laporan-laporan berkala yang diminta oleh JPNP dan PPD dibuat atau tidak, dan dihantar mengikut masanya atau tidak? Satu cara berkesan memastikan sistem semakan yang praktikal ialah dengan mewujudkan satu Senarai Semak Komprehensif yang  melibatkan semua perancangan aktiviti di sekolah. Act (Bertindak) : Setelah semakan dibuat dan jawapannya diketahui sama ada ianya positif atau sebaliknya, tindakan yang amat penting seterusnya ialah mengambil tindakan. Cari puncanya, cari mana silapnya dan cari siapa culpritnya (afritnya). Adakah puncanya kerana sikap manusia atau sistem dan prosedur atau tidak jelas  bidang tugas? Tindakan seterusnya memastikan tidak berulang lagi perkara-perkara tidak memuaskan ini dan personnel yang terlibat mestilah disedarkan melalui nasihat, teguran, bimbingan dan kaunseling malah amaran dan tindakan selanjutbya sekali pun jika sudah sampai kepada tahap yang serius dan kritikal. Penutup Menjadi guru berkesan, sekolah berkesan dan pencapaian pendidikan yang gemilang dan cemerlang bukan suatu yang mustahil dicapai. Prasyarat yang utama dan pertama ialah kesediaan dan keanggupan guru-guru sendiri mengubah paradigma, mengubah stail berfikir dan bertindak secara orang-orang profesional dan yang paling penting menjadi seorang guru yang tidak mudah patah semangat. Guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu dan bertingkah-laku dengan keluhuran etika kerja serta menuntut kefahaman yang jelas dan mendalam, kesungguhan dan komitmen yang tinggi kepada penyempurnaan tugasnnya di sekolah setiap masa dan waktu. Guru yang berjiwa waja tidak mudah mengaku kalah dalam kehidupan kerjayanya di sekolah, dan mempunyai sikap optimistik dalam semua tindakan, serta sedia belajar dari kesilapan dan kelemahan. Orang-orang yang berfikiran dan bersikap optimistik tidak mudah melatah, merungut dan menyalahkan orang lain dan keadaan semata-mata, orang yang optimistik melihat

Page 62: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

semuanya dari sudut yang serba berkemungkinan berjaya dan meningkat maju, sama ada dari aspek diri peribadi mahu pun aspek organisasi. Seperti kata Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Abdul Shukor Abdullah di dalam perutusan Hari Guru 1999, beliau menyebut;                   " Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara                    berkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan                    diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh                     itu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklah menampilkan                     watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai                    pendidik yang unggul."ٱ   Rujukan Covey, Stephen R. (1989) The Seven Habits of Highly Effective People. Simon and Schuster, New York. Fox, John (1998) Back to the Future - Management of Change. Anne Fox & Associates, Australia. Hussein Mahmood (1993) Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. ____________ (1999) Program Peningkatan Kurikulum Dan Kemajuan Pendidikan (Edisi Kedua), Satu Penilaian Dan Cadangan pembaharuan. Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Van Hooser, Phillip (1998) Triangle of Success. Van Hooser Associates, Ocala, Florida, USA. _____________________________________________________________________            (Ceramah Siri 1 Motivasi Personel anjuran Majlis Guru Besar Daerah Maran dan                                           Pejabat Pendidikan   Daerah Maran 1999)  

Page 63: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

Memperkasa Guru Sebenar Guru                                                    Dalam

                          Membangun Diri Menunaikan Amanah                                Guru Mengajar Murid Belajar 

       "Tidak akan kamu berperasaan gundah walau sekali, jika kau tahu apa yang dicari."

                                                  ~ Umar Al-Khattab    Objektif Sesi Hari Ini 

Mengenal dan menilai diri dari aspek profesionalisme dan profesionaliti

Page 64: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

Antara keunggulan dan realiti wujud ruang (jihad) membangunkan potensi diri

Antara iman, amal dan bual, mana satu menjadi bekal? Jadilah Guru Sebenar Guru: Ke Sekolah Tidak Jemu

Mengajar Tidak Lesu Memenuhi tuntutan Guru Mengajar Murid belajar

   "Profesionalisme" (bagi Eric Hoyle,1980) adalah sikap dan tindakan yang menyentuh aspek-aspek yang berkaitan dengan pekerjaan seperti hal-hal tentang syarat-syarat kerja, soal   gaji dan upah, jadual tugas dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya. Semuanya adalah hal-hal yang selalu dihubungkaitkan dengan perjuangan kesatuan sekerja.  "Profesionaliti" pula ialah sikap dan tingkah-laku yang ditunjukkan oleh seseorang terhadap "profesionnya" serta taraf pengetahuan dan ketrampilan dalam bidang pekerjaan itu.    Seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti pengajarannya dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan murid-muridnya dikatakan mempunyai "profesionaliti" yang tinggi. Dengan kata lain, guru itu  melihat perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu "pekerjaaan" tetapi sebagai satu "profesion" (Omar    Hashim,1993).    Sifat dan Ciri-Ciri Seorang Guru Yang Perkasa   Terhadap Murid: 

1. punyai empati dan komitmen dalam menghargai maruah orang lain (iaitu anak didik, ibu bapa dan rakan sejawat) dalam mengejar hasil dari segi afektif dan juga kognitif

2. hubungkan 'mata plajaran' dengan kehidupan murid-murid 3. kenal, hormati dan percayai murid-murid 4. mengajar murid-murid bagaimana hendak belajar, menganalisa

dan berfikir secara kritis 5. menjana idea-idea baru dan menarik bagi murid-murid berfikir

mengenainya 6. menggalakkan murid-murid bertanyakan soalan mengenai

pelajaran 7. hadir dalam lain-lain aktiviti di mana murid-murid terlibat

seperti sukan, persembahan musikal dn kebudayaan.    Terhadap Mengajar: 

Page 65: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

1. melakukan refleksi dan kritik-kendiri, mercu tanda profesionalisme seorang guru

2. berfikir secara sistematik mengenai amalannya dan belajar daripada pengalaman

3. adil dalam menilai dan menggred 4. fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan

pembelajaran 5. bersemangat dalam mengajar , murid-murid dalam sesuatu

mata pelajaran 6. seorang komunikator yang cemerlang; mampu menjadikan idea-

idea yang kompleks mudah difahami dengan itu murid-murid dapat memahami dan menghargainya

7. sering mengukur kemajuan dan memberikan maklumbalas kepada murid-murid

8. merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap tajuk, dan menyepadukan mata pelajaran

9. secara berterusan mengukur pendekatan, syarahan dan ujian-ujian bagi memastikan kurikulum yang sentiasa 'baru dan segar' serta relevan

10. menyertai jawatankuasa-jawatankuasa bagi menambahbaik sekolah, jabatan atau dirinya sendiri.

   Terhadap Disiplin: 

1. seorang yang pakar dalam bidang yang dia ajar 2. seorang yang 'laparkan' ilmu; sentiasa up to date dalam

bidangnya dengan membaca; menghadiri konferens, konvensyen, bengkel dan seminar; dan mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan

3. juga seorang yang suka 'belajar' perkara-perkara di luar bidangnya

4. aktif dalam penubuhan profesional dan menggalakkan rakan sejawat menyertainya

5. menjadi ahli kepada komuniti yang belajar 6. bina dan mengekalkan perhubungan profesional 7. bekerja dalam organisasi sekolah yang luas

   Secara Peribadinya: 

1. tunjukkan contoh dan teladan yang utuh di dalam atau di luar bilik darjah dan mengajar kebertanggungjawaban murid-murid serta standard yang tinggi

2. berfikiran terbuka, rendah diri, dan bersikap optimistik.   

Page 66: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

  Antara "Keunggulan" dengan "Realiti" wujud ruang lakukan "Perjuangan"   Apa yang "unggul" itu?  Boleh diukur dan dinilai menerusi aspek i) Diri Peribadi  2) Organisasi  3) Iklim dan  Budaya Kerja.

1. Diri peribadi: bersikap positif dan memiliki ketrampilan pengetahuan dan kemahiran yang tidak dipertikai; berfikiran terbuka (tidak sempit, jumud dan beku); pengurusan masa dan diri yang tinggi (selalu on time, datang awal, masuk kelas cepat, mengajar dengan penuh dedikasi dan penuh sifat dan ciri-ciri profesionalisme dan profesionaliti yang tinggi);suka bekerjasama dengan rakan sejawat (tidak lokek ilmu); hasil kerja yang berkualiti (dari segi isi kandungan, format, gaya dan persembahan) memenuhi sifat-sifat seorang yang inovatif, kreatif dan produktif; sabar dalam melayani karenah anak didik dan juga rakan sejawatan; berpegang kepada prinsip yang jelas, betul, benar, dan utuh di dalam semua keadaan dan situasi.

2. Organisasi: dapat dilihat sebagai sebuah organisasi yang sistematik, teratur dan tertib; jelas susun atur heirarki tugas dan kuasa; wujud kolaborasi, kolegialiti dan partisipasi; masing-massing individu faham dan menyumbang kepada kegemilangan organisasi.

3. Iklim dan Budaya Kerja: diri peribadi yang jadi ahli organisasi akan tentukan senario, suasana atau pun iklim seluruh premis yang akhirnya wujud sebagai satu budaya kerja berkualiti dan cemerlang; persekitaran yang bersih, ceria dan selamat; suasana yang kondusif kepada pembelajaran bermakna; anak didik yang aktif dan responsif tetapi bukan bising tak tentu hala.

   Tetapi "realitinya" bagaimana?   1. Aspek peribadi: bersikap yang tidak sesuai dan tidak cerminkan seorang (atau guru-guru) yang sejati dengan tingkah-laku dan gelagat yang merendahkan martabat diri dan organisasi;          datang lewat, lambat masuk kelas mengajar, atau kalau masuk tidak mengajar, atau masuk sekejap kemudian tinggalkan murid buat kerja sendiri, suka buang masa (berborak dan     bersembang semasa bertugas), buat sibuk pada masa dia tidak sibuk; semuanya ini jadi amalan dan tak rasa malu apatah lagi rasa berdosa.Pengetahuan dan kemahiranyang tidak           berkembang; walau dah lama menjadi guru tetapi kerja masih comot, kabur, salah sana salah sini, tak faham format dan kandungan, sangat lewat siapkan laporan data dan

Page 67: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

     maklumat (termasuk analisis dan diagnosis) dan masih tak pandai buat minit mesyuarat atau belum faham-faham bezakan antara laporan dan minit; dokumen murid sering tidak        kemaskini; buku-buku latihan murid sangat lama tidak diperiksa; dan paling buruk sikap bodoh sombong, besar diri dan sangka diri paling betul hingga kerja wajib sebagai seorang     guru ditinggalkan dan melebihkan kerja-kerja lain yang bukan wajib (direct selling dan seumpamanya); bagaimana kita hendak jadi Guru Sebenar Guru?   2. Aspek Organisasi pula kenyataannya datangnya daripada sikap dan perlakuan para ahlinya; sering wujud senario nafsu-nafsi (tidak landaskan prinsip dan peraturan)  akhirnya         terbentuk organisasi yang kalut, caca-marba, ikut suka; hingga berlarutan bertahun-tahun maka wujudlah beberapa status organisasi seperti: i) Organisasi  Bermasalah,  ii)        Organisasi Terbiar,  iii) Organisasi Berpenyakit,  iv) Organisasi Bebas-Cukai dan v) Organisasi Mentaliti "Mengajar sebagai Kerja Bodoh."   3. Aspek Iklim dan Budaya Kerja: Reaitinya iklim yang gambarkan "budaya organisasi" yang sentiasa di bawah standard dan jangkaan semua pelanggan dalaman dan luaran atau tidak        memenuhi aspirasi masyarakat dan negara. Maka terdengarlah segala macam rungutan, komen dan kritikan daripada rakyat jelata di desa sampailah kepada Perdana Menteri yang     memerintah negara; antarnya seperti "Kita tidak serius sebagai Guru Besar..."; "..sekolah kebangsaan tidak menarik dan kurang berdisiplin.'; "3M tidak berkesan di sekolah kebangsaan       berbanding SJK Cina."; "Sebanyak 1,919 buah sekolah dikenalpasti sebagai sekolah prestasi rendah (SPR) kerana pencapaian bawah 30% kelulusan UPSR (1999)"; " Pelajar-pelajar Melayu tertinggal     dalam pelajaran seawal di bangku sekolah rendah lagi...."; adalah fakta dan faktor yang mesti kita terima dan akui bagi membanteras dan memperbaikinya melalui ruang yang luas di mana     kita bebas membuat pilihan...yakni pilihan perjuangan menghapuskan kealpaan, kelederan, kelewatan, ketidakakuran, kelemahan dan kehinaan akibat dari kebejatan      profesioanlisme.    Kita sebagai Apa yang Kita Fikirkan   Apa yang kita percayai dan yakini itulah yang kita buat dan lakukan (amalan hidup); dan apa yang kita buat dan apa yang kita tidak buat akan jadi "warisan" (legacy) setelah kita

Page 68: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

  berpindah sekolah. Apabila kita secara tekal berfikir, bertindak (beramal) dan mengutamakan motif diri kita inilah kemudiannya yang digelar sebagai sikap. Oleh itu kaitan antara  pemikiran, perbuatan atau tingkah-laku dan kepercayaan (beliefs) amatlah saling berkait rapat dalam membezakan seseorang personaliti dengan personaliti yang  lain.   Jika kita fikirkan mengajar bersungguh-sungguh tidak penting (asal ajar sudah) maka kerja mengajar kita jadilah sebagaimana seadanya sahaja, dan di mata anak didik kita  dilabel   sebagai "guru malas". Begitu juga jika kita fikir datang awal atau masuk kelas segera sebagai tidak penting maka jadilah kita orang yang sentiasa 'lengahkan waktu' dan seolah-olah   tidak berminat dalam pekerjaan kita sendiri. Atau apa yang kita asyik lebihkan masa berborak dan bersembang (termasuk adu domba, fitnah, hasut-menghasut, apatah lagi berpolitik)  daripada mengajar anak didik sebaik-baiknya, maka jadilah kita orang-orang yang utamakan kerja yang tidak berkenaan dan mengabaikan kerja utama dan kerja yang wajib ke atas   kita.Pendeknya  inilah yang dikatakan segala yang kita fikir, yakni menjadi 'kepercayaan kita' maka kita pasti melakukan segala 'kebejatan' ini yakni apa yang kita amalkan setiap hari  sehingga menepati Hukum Ganjaran yakni "Apa Yang Disemai Itulah Yang Dituai"; dan inilah menjadi "warisaan" kita yang kita tinggalkan nanti.     Jadilah Guru Sebenar Guru: Ke Sekolah Tidak Jemu Mengajar Tidak Lesu    Setiap sesuatu di dunia ini mempunyai dua wajah; positif atau negatif; hitam atau putih; buruk atau baik; cemerlang atau kecundang; begitu juga sikap dan perlakuan kita   sebagai   guru-guru yang bukan sahaja profesional sifatnya malah menunjukkan ciri-ciri profesionaliti yang tinggi sepanjang masa. Antara ciri-ciri membezakan antara guru yang  profesional   dengan guru yang tidak; rujuk senarai semak berikut, dan marilah kita menukar sikap, persepsi dan posisi kita agar menjadi lebih perkasa dan berwibawa dalam melaksanakan tugas   mulia sebagai seorang guru.     Guru yang Profesional                                    Guru yang tidak Profesional        Mula kerja awal pagi                                       Mula kerja setelah loceng berbunyi 

Page 69: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

  Sedia bergerak awal hari                                 Sudah pun letih di awal pagi   Mengurus dengan merancang                          Mengurus dengan krisis     Ada perancangan & matlamat                         Ada berbagai alasan   Berpakaian secara 'profesional'                          Berpakaian selekeh   Guna waktu luang sebagai waktu                   Guna waktu luang mengumpat dan mengeji  'kerja'    Suka ikuti latihan kerana berikan perkem-      Komplen tentang latihan dan pelik menga-  bangan profesional                                           pa ianya perlu   Dalam mesyuarat mereka duduk di mana        Dalam mesyuarat mereka duduk di tepi   mereka boleh belajar                                        pintu   Cari perkara-perkara untuk dipuji                    Cari perkara-perkara untuk dikomplen   Berusaha cari punca sesuatu tidak berjalan      Salahkan orang lain bila sesuatu tidak ber-                                                                           jalan   Sedia buat keputusan dan selesai masalah       Bertanya  "Apa patut saya buat?"   Lihat pentadbir sebagai rakan kongsi                Lihat pentadbir sebagai tempat    dalam pendidikan                                              melepaskan  geram   Melanggan dan membaca jurnal profesional     Fikir jurnal profesional sebagai membazir-                                                                            kan wang sahaja   Mendapat penghormatan setiap hari                 Merungut kerana tidak dapat penghor-                                                                            matan   Buat yang terbaik                                              Buat apa orang lain buat

Page 70: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

   Kembangsuburkan kerjaya mereka                   Bimbang tentang kerja mereka   Rasa dan bertindak 'empowered'                         Rasa dan bertindak seperti mangsa   Sedia untuk belajar dan dapatkan bantuan       Tidak sedia belajar atau terima bantuan   Belanja wang untuk perkembangan profesio-   Enggan belanja untuk perkembangan  nal atau untuk bilik darjah                                profesional atau untuk bilik darjah   Percaya anak didik boleh belajar, dan lihat       Percaya anak didik degil, tidak  tugas mereka membantu proses ini                    bertanggungjawab, dan malas                    Melihat pekerjaan 'mengajar' sebagai satu         Melihat kerja mengajar sebagai satu kerja  profesion paling mulia.                                      dengan gaji lumayan sahaja.    Memenuhi Tuntutan "Guru Mengajar Murid Belajar"   Objektif kita akhirnya ialah memenuhi tuntutan konsep "guru mengajar murid belajar" dapat direalisasikan pada tahap paling optimum dan dapat pula kita buktikan menerusi  kerja-buat  kita setiap hari dan waktu. Bagi mencapai tahap ini semua kita mestilah membetulkan iman (kepercayaan), bual (percakapan), dan amal (segala perlakuan) kita sentiasa selaras antara  ketiga-tiga aspek tersebut.   Memenuhi tuntutan "Guru Mengajar Murid Belajar" pula perlukan semua kita menjadi guru-guru yang sebenar guru "Ke Sekolah Tidak Jemu Mengajar Tidak Lesu"; yang  membawa erti seseorang guru itu penuh iltizam, dedikasi, komited dan bertanggungjawab tidak akan mengkhianati tugasnya dan murid-muirdnya. Prinsipnya ialah guru-guru mesti  faham bahawa tugas 'mengajar dan mendidik' pekerjaan yang sangat mulia. Janganlah rosakkan 'kemuliaan tugas' ini dengan perangai dan gelagat yang tersasar  jauh daripada etika dan adab

Page 71: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

  seorang guru yang mursyid. Guru-guru mestilah menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar (tanpa muslihat dan tipu helah) sebagai suatu ibadah.  Guru-guru begini tidak akan cepat menyalahkan keadaan dan tempat sebelum menyalahkan diri terlebih dahulu di samping berusaha meningkatkan ketrampilan dan kewibawaan diri.   Guru Sebenar Guru tidak akan melakukan sesuatu yang akan merosakkan organisasi seperti: selalu ponteng; banyak beri alasan dan helah; sering mengelakkan diri daripada   menerima  tugas dan tanggungjawab; menganggap sekolah hanya tempat kerja 'sementara' atau selalu beri alasan 'tidak cukup masa'. Guru sebenar guru tidak menunjukkan ciri-ciri 'orang malas'  ketika di dalam kelas tetapi sebaliknya mengajar dengan penuh ceria dan  dengan penuh semangat serta bersungguh-sungguh, memeriksa buku-buku tanpa bertangguh.   Penutup   Fahamlah kita bahawa kecemerlangan organisasi dan institusi amat bergantung kepada mutu jatidiri individu yang berada di dalamnya sama ada ia seorang guru, pembantu  tadbir,  pembantu am rendah atau pun pekerja rendah awam; yang semuanya mempunyai 'amanah tugas' dan tanggungjawab yang sudah jelas dan terperinci yang tidak boleh kita  dakwa bahawa  kita tidak tahu mengenainya.   Marilah kita menginsafinya dengan setulus ikhlas bahawa sebarang 'defisit  pembelajaran' misalnya adalah kerana kita selaku guru-guru yang tidak mengutamakan  masa sebaik  mungkin semasa mengajar selama ini. Bagaimana pula kita akan dapat memenuhi tuntutan bekerja 8 jam sehari seperti yang sedang diura-urakan oleh pihak Kementerian Pendidikan  jika waktu bekerjas 5½ jam sekarang ini pun kita sudah "lesu dan layu?"ٱ     Rujukan   Omar Mohd Hashim (1993). Pendidikan: Persoalan, Penyelesaian dan Harapan. Dewan     Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.    William E. Schneider, Ph.D., (1998). Why Good Managements Ideas Fail   -  Understanding Your Corporate Culture. Paradigm Shift International USA.

Page 72: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

    ___________________(2001); Penyataan Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan.   Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.    ________________________________________________________________________________________  Ceramah yang disampaikan di dalam Program Perkembangan Staf Sekolah Kebangsaan  Telok Sentang, Temerloh pada 23 Mac 2002   Ceramah yang sama disampaikan pula di dalam Program Perkembangan Staf Sekolah  Kebangsaan Kampong Tengah, Temerloh pada 20 September 2002   Ceramah yang sama (dengan beberapa tambahan kandungan) disampaikan di dalam  Program Perkembangan Staf Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jenderak Selatan, Kuala  Krau pada 25 Januari 2003.    

                  MEMPERKASA SEKOLAH KEBANGSAAN                                                 dengan              PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

                            MENJANA INSAN GEMILANG                              MENJADI GURU SEBENAR GURU                                                                 Oleh                                                   Hamzah B. Mohamed 

Page 73: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

       "Kita tidak begitu suka untuk mengakui kebenaran jika ianya mendedahkan   kesilapan kita.Tetapi jika kita ingin memperbetulkan sesuatu, kita perlu mengenalpasti                 sebab yang sebenar dan bertindak memperbetulkan kesilapan itu."                                               ~ Dr. Mahathir Mohamad    Pendahuluan   Dalam pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Kementerian Pelajaran Malaysia 2006-2010 salah satu fokus  penting ialah usaha Memperkasakan Sekolah  Kebangsaan (SK) termasuk sekolah rendah dan menengah harian berbahasa penghantar Bahasa Melayu sebagai sekolah aliran perdana memupuk perpaduan rakyat  Malaysia.Dasar Memperkasakan SK bertujuan supaya SK kekal sebagai pilihan utama masyarakat Malaysia. Fokus kepada SK (rendah dan menengah) menjadikan    lebihberaspirasi nasional, meningkatkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan meningkatkan kualiti prasarana.    Apakah ciri-ciri yang dikatakan Sekolah Perkasa itu?Menurut PIPP,KPM ciri-cirinya adalah seperti berikut:

Infrastruktur lengkap dan berkualiti    Pemimpin dan Guru Cekap, Terlatih dan Berkualiti Kurikulum berasaskan pelanggan Pelaksanaan Kokurikulum yang berkesan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil Pencapaian Akademik cemerlang Pencapaian Sahsiah cemerlang Iklim dan Budaya Sekolah yang sihat Semua pelajar menguasai 3M Sistem sokongan yang kuat dan cukup Beraspirasi nasioal

Namun begitu PIPP,KPM mengakui terdapatnya beberapa kelemahan yang perlu di atasi bagi menjadikan SK sekolah pilihan utama rakyat. Sehingga ini masih terdapat SK  yang  mempunyai prasarana yang kurang memuaskan. Selain itu terdapat anggapan masyarakat bahawa pencapaian akademik di SK adalah lebih rendah berbanding rendah aliranCina.Masyarakat bukan Bumiputra mempunyai tanggapan bahawa SK juga terlalu bercirikan Islam manakala masyarakat Islam pula menyatakan sebaliknya.Dasar memperkasakan

Page 74: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

SK difokuskan untuk menjadikan SK sebagai pusat kecemerlangan pendidikan daripada semua segi (prasarana, disiplin dan keselamatan pelajar, pencapaian kokurikulum dan sukan,penguasaan ICT, kualiti guru dan kepemimpinan sekolah). Seterusnya SK yang telah diperkasa akan diterajui oleh GB yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan berkesan, mempunyai kumpulan guru yang cekap, terlatih dan komited bagi menjamin budaya sekolah yang sihat dan kondusif, serta dapat mengeratkan perhubungan dan penglibatan masyarakat,ibubapa dan sekolah. Status Semasa Sehingga Jun 2005 ada 5,761(75.8%) SK daripada keseluruhan sekolah rendah. Dari segi enrolmen  pula 2.3 juta (74.2%) murid di SK daripada 3.1 juta murid sekolah rendah. 33.2% SK berada di bandar manakala 66.8% lagi terletak di luar bandar. Dari segi prasarana pula, daripada 5,761 SK masih wujud:

1,642 - SKM (sekolah kurang murid) 1,513 - tiada bekalan air paip 1,639 - tiada makmal/bilik komputer    767 - tiada bekalan elektrik 24 jam    858 - pula sekolah dua sesi

Fokus dan Strategi Pelaksanaan 'Memperkasakan SK'     Dalam tempoh PIPP ini iaitu 2006-2010, fokus dan strategi pelaksanaan diberi tumpuan bagi memperkasakan SK kepada unsur-unsur berikut:

Meningkatkan kecemerlangan SK Pemantapan Kepimpinan GB dan Kualiti Guru Pengukuhan Budaya Sekolah:- SK yang berbudaya cemerlang, iklim dan

budaya sekolah yang sihat Pemantapan Kurikulum:- pastikan semua murid Tahap I menguasai 3M Pemantanpan aktiviti Kokurikulum dan Sukan Penambahbaikan sistem sokongan Peningkatan prestasi akademik SK Meningkatkan prasarana dan prestasi SK     

Di antara unsur-unsur tersebut di atas, sekurang-kurangnya ada empat unsur yang paling penting dan utama jika gagasana hendak memperkasakan SK benar-benar menjadikenyataan. Empat aspek atau unsur tersebut ialah i) Pemantapan Kepimpinan GB dan Kualiti Guru; ii) pengukuhan Budaya Seklah yang cemerlang, dengan iklim danbudaya sekolah yang sihat;  iii) Pemantapan Kurikulum iaitu semua murid Tahap I menguasai 3M; dan iv) Peningkatan Prestasi Akademik SK. i. Pemantapan Kepimpinan GB dan Kualiti Guru   Apakah senarionya kini? Cuba teliti dan kaji bagaimana gaya pengurusan, bagaimana kebolehan para pengurus pendidikan ini menangangi perubahan? Bagaimana wujud tidak

Page 75: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

kepemimpinan melalui teladan dan sebagainya. Begitu juga aspek kualiti guru di sekolah; bagaimana atau apa ciri-cirinya yang kita boleh kata guru yang berkualiti atau guru cekap itu?Cekap bukan bererti mampu  habiskan sukatan pelajaran tetapi tahap penguasaan atau kemahiran murid tidak meningkat? Guru-guru terlatih pula jangan sampai ada berlaku sindromguru "letih" dan tiada arah tujuan sebagai "guru sebenar guru"? Begitu juga yang kita kata guru berkualiti itu adakah sekadar memiliki diploma/ijazah sudah berkualiti? Bagaimana tahap "ilmunya" jika tidak mampu memperbetulkan kelemahan murid dalam pelbagai aspek P&P seperti aspek ejaan, sebutan, tulisan atau lain-lain bidang kemahiran yangberkaitan?   "Kurang kreativiti dan kegagalan mengurus dengan baik oleh pihak sekolah terutama guru besar dikenalpasti punca utama pelajar Melayu di Pulau Pinang terkandasdalam pelajaran, sekaligus gagal bersaing dengan pelajar kaum lain." Prof.Dr. Aminah Ayob (Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM) ketika itu dilapor sebagaiberkata bahawa berdasarkan pemerhatian pihak mereka di beberapa buah sekolah di luar bandar di negeri tersebut mendapati pentadbiran sekolah gagal mencorakkanpembelajaran murid-murid apabila guru tidak hadir di sekolah, dan mendapati (di sebuah sekolah rendah) pelajar berkeliaran dalam kelas dan bermain-main sesama sendiri\berikutan guru kelas tidak hadir pada hari berkenaan. "Apa yang dikesalkan tiga kelas tersebut ditinggalkan begitu sahaja tanpa pengawasan. Murid-muridnya tidak bukabeg ataupun membaca buku." (Utusan Malaysai 5.02.2003) Bagaimana boleh dikatakan seseorang guru itu guru yang berkualiti jika ketrampilan ilmunya dipertikai oleh muridnya sendiri. Email seorang pelajar seperti tersiar di dalam akhbar TheStar (25.03.2007) menerangkan maksudnya dengan jelas:                                   "I am in Form One. I would like to write about my English language teacher.                                    I think my friends and I speak better English than her. She cannot even                                    pronounce simple words, for example, the word "crow" is pronounced as                                  "crew". Most of the time she speaks as if she is a saleperson at the supermarket.                                   Her command of the language is very bad. When we read correctly, she stops                                   us and repeats the word wrongly.She confuses us most of the time. She always                                    tells us to talk only in English and not Tamil or Malay but she speaks in Malay.                                   I think she should go for tuition to improve her English. My friends and I often                                   make fun of her but she doesn't understand a thing. I feel sorry for her."

Page 76: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

                                                                                                               ~ Shureen Raj  ii. Pengukuhan Budaya Sekolah Apa yang dimaksudkan dengan iklim sekolah? Ringkasnya suasana yang menggambarkan sekolah yang teratur, terkawal, tenang, tertib yang memungkinkan atau menyediakan satusuasana yang kondusif kepada proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dan positif, bukan suasana sebaliknya seperti riuh-rendah ikut suka, kelam-kabut, hingar-bingar danseumpamanya.Apa dia budaya sekolah? Terry Deal dan Kent Peterson (1993) mentakrifkannya sebagai "realiti dalaman". Robbins dan Alvy (1995) pula meluaskan definisinya sebagai "Thisinner reality reflects what organizational members care about, what they are willing to spend time doing, what and how they celebrate, and what they talk about."Manakala Gary Phillips (1993) menyatakan budaya sekolah sebagai,"beliefs,attitudes, and behaviours that characterizes a school in terms of: how people treat and feel about each other; the extent to which people feel  included and appreciated; and rituals and traditions refelecting collaboration and collegiality."Kajian-kajian mengenai budaya sekolah yang mengenalpasti ciri-ciri berikut sebagai dianggap perlu wujud di sesebuah sekolah yang iklim dan budayanya sihat dan berkesan:

Strong and professional principal Strong and professional teachers Clear positive philosophy Environment condusive to learning Effective student welfare framework Strong organizational framework Broad balance curriculum Meaningful assessment and reporting on student progress Support for parent and community participation

Renungilah ciri-ciri tersebut adakah wujud dan menjadi amalan semua pihak sama ada di pihak pengurusan atau pun di pihak staff dan guru-guru termasuk murid-murid dan ibubapa mereka. iii. Pemantapan Kurikulum: Pastikan Semua Murid Menguasai 3M Ini suatu aspek yang sangat penting dan utama untuk kita sedari dan hayati sepenuh hati bagi merobah senario dan situasi kelemahan-kelemahan murid di dalam penguasaaankemahiran asas 3M. Bolehkah senario "semua muird Tahap I menguasai 3M" yang menjadi salah satu ciri menjadikan sesebuah sekolah itu sekolah perkasa dapat dicapai?Menurut PIPP,KPM sehingga 2005 terdapat 4.4.% (atau bersamaan kira-kira 136,400) murid sekolah rendah belum menguasai 3M! Satu daripada punca pelajar Melayu lemah adalah disebabkan tabiat mengajar guru yang tidak mampu menarik minat mereka dan banyak berlaku di sekolah-sekolah luar bandar

Page 77: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

yang pelajarnya 100% Melayu. "Mentaliti dan sikap mengajar di sekolah dibuat sambil lewa padahal sekolah-sekolah di luar bandar inilah yang perlu diberi perhatianlebih disebabkan kemudahan  yang serba-serbi kurang." (Prof.Dr. Aminah Ayob, 2003) Senario 'mentaliti dan sikap mengajar guru-guru yang sambil lewa' ini tentulah menghalang sesebuah sekolah itu mencapai tahap berkesan malah malang sekali apabila kita gagalmenjadi 'insan cemerlang' dalam melaksanakan tugas terutama tugas P&P di dalam bilik darjah; gagal mendidik dan meneladan anak didik, yang akhirnya dibuktikan dengankeputusan peperiksaan atau pencapaian kemahiran yang tidak menyerlah. Inilah apa yang Jemaah Nazir Persekutuan namakan sebagai 'kelesuan proses pendidikan' yang wujud disekolah-sekolah. iv. Peningkatan Prestasi Akademik Sudahkah kita ketahui status (majoriti SK) di dalam pencapaian dan seterusnya prestasi akademik, terutama sekolah kita sendiri? Sudahkah kita kaji dan selidik statistik pencapaianpeperiksaan UPSR sekolah tiga tahun, lima tahun, tujuh tahun atau 10 tahun lepas? Bagaimana kita melihat dan mentafsir setiap angka dan data berhubung P1, P2, P3 dan seterusnya,atau bagaimana berlaku tidak sikap dan perbuatan tidak beretika dan tidak bertanggungjawab bila ada berlaku "manipulasi" angka dan data apabila melapor ke pihak PPD/JPN;kerana kita malu dengan pencapaian  murid-murid kita? Inilah penyakit yang melanda segelintir daripada orang-orang yang hanya suka "mengubah angka dan data" tetapi tidakmahu "mengubaha sikap dan diri." Hakikat bahawa prestasi akademik SK masih belum pada tahap yang berkualiti tinggi tidak dapat dinafi: "Yang lebih malang ialah prestasi sekolah kebangsaan tidak meningkatdarisegi kelulusan peperiksaan. Ada guru yang lebih mengutamakan politik daripada pengajaran ilmu yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Walaupun terdapatbanyak sekolah kebangsaan yang cemerlang tetapi prestasi kebanyakannya adalah rendah." (Dr.Mahathir Mohamad, 2001) Tinjau balik penekanan dan penumpuan kita terhadap kawalan proses P&P itu sendiri: bagaimana dengan Ujian Bulanan, aspek kualitinya bagaimana, aspek kesahannya bagaimana?Ada tidak pelaporan kepada ibubapa dan penjaga (yang lengkap dan kemaskini) atau ada tidak tindakan susulan membaiki kelemahan setiap aspek kemahiran murid dilakukansecara bersungguh-sungguh? Lihat pengurusan kurikulum kita betul-betul di beri fokus utama atau tidak: bagaimana "allocated time" dan "enganged time"; peranan Panitia Mata

Page 78: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

Pelajaran berfungsi atau tidak; pengesanan P&P dibuat tidak; pencerapan pengajaran guru di dalam bilik darjah dibuat tidak; buku latihan murid diperiksa atau tidak; JawatankuasaKurikuklum Sekolah berfungsi dan bergerak secara betul-betul profesional atau tidak? Semuanya ini jawabnya ada pada kita. Oleh itu dalam gagasan dan konsep 'memperkasakan SK' ini kita tidak dapat lari dari aspek memperkasakan individu guru-guru yang menjadi tenaga pengajar yang paling utamadan penting menenrusi ciri dan sifat-sifat yang menunjukkan 'profesionalisme' dan 'profesionalitinya'. Sifat dan ciri-ciri seseorang guru yang perkasa atau berkesan terutama dalamP&Pnya sangat mudah dikenali oleh setiap orang muridnya dan juga oleh rakan-rakan sejawatan dalam setiap interaksi dan aktiviti pembelajaran di sekolah. Antaranya dapatdibahagikan kepada tiga aspek: iaitu aspek terhadap murid; terhadap mengajar dan terhadap disiplin. Sifat dan Ciri-ciri Seorang Guru Yang Perkasa Terhadap Murid: Guru ini menunjukkan

punyai empati dan komitmen dalam menghargai maruah orang lain (iaitu anak didik, ibu bapa dan rakan sejawat) dalam mengejar hasil dari segi afektif dan juga kognitif

hubungkan 'mata plajaran' dengan kehidupan murid-murid kenal, hormati dan percayai murid-murid mengajar murid-murid bagaimana hendak belajar, menganalisa

dan berfikir secara kritis menjana idea-idea baru dan menarik bagi murid-murid berfikir

mengenainya menggalakkan murid-murid bertanyakan soalan mengenai

pelajaran hadir dalam lain-lain aktiviti di mana murid-murid terlibat

seperti sukan, persembahan muzikal dn kebudayaan.   Terhadap Mengajar: Guru Yang Perkasa

melakukan refleksi dan kritik-kendiri, mercu tanda profesionalisme seorang guru

berfikir secara sistematik mengenai amalannya dan belajar daripada pengalaman

adil dalam menilai dan menggred fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan

pembelajaran bersemangat dalam mengajar , murid-murid dalam sesuatu

mata pelajaran

Page 79: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

seorang komunikator yang cemerlang; mampu menjadikan idea-idea yang kompleks mudah difahami dengan itu murid-murid dapat memahami dan menghargainya

sering mengukur kemajuan dan memberikan maklumbalas kepada murid-murid

merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap tajuk, dan menyepadukan mata pelajaran

secara berterusan mengukur pendekatan, syarahan dan ujian-ujian bagi memastikan kurikulum yang sentiasa 'baru dan segar' serta relevan

menyertai jawatankuasa-jawatankuasa bagi menambahbaik sekolah, jabatan atau dirinya sendiri.

  Terhadap Disiplin: Guru Yang Perkasa

seorang yang pakar dalam bidang yang dia ajar seorang yang 'dahagakan' ilmu; sentiasa up to date dalam

bidangnya dengan membaca; menghadiri konferens, konvensyen, bengkel dan seminar; dan mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan

juga seorang yang suka 'belajar' perkara-perkara di luar bidangnya

aktif dalam penubuhan profesional dan menggalakkan rakan sejawat menyertainya

menjadi ahli kepada komuniti yang belajar bina dan mengekalkan perhubungan profesional bekerja dalam organisasi sekolah yang luas

 Secara Peribadinya: Seorang Guru Yang Perkasa itu sentiasa menunjukkan menunjukkan contoh dan teladan yang utuh di dalam atau di luar bilik darjah dan mengajar kebertanggungjawaban murid-murid serta standard yang tinggi. Peribadi guru yang perkasa lagi berkesan berfikirn terbuka, berlapang dada, merendah diri dan bersikapoptimistik.   Cegah Sebelum Parah: Rawat Diri Bina Kecemerlangan Organisasi    Menjana insan 'guru sebenar guru' sekaligus dalam usaha menjulang kecemerlangan organisasi sekolah kita tidak ada orang lain yang dapat membantunya kecuali diri kita sendiri.Setiap orang guru memiliki potensi yang amat besar menjadi seorang guru yang profesional dengan sikap profesionaliti yang tinggi jika kita sedia, mahu dan sanggup mengubahparadigma dan pendekatan kita terutama sekali di dalam aspek pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan berkualiti.

Page 80: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

 Namun tetap berlaku beberapa kelemahan atau wujudnya 'kebejatan profesionalisme' di mana-mana yang menjadi penghalang diri dan organisasi kita mengubah budaya kepada satu budaya sekolah yang lebih sihat. Seorang guru penolong di sebuah sekolah memberikan pendapat dan pandangannya di dalam slot Hari Profesional Sekolah berhubung budaya dan amalan-amalan yang tidakmenggalakkan wujud bertahun-tahun di sekolahnya dan ini menyebabkan prestasi sekolahnya yang tidak menggalakkan sama sekali. Beliau merasa 'malu' apabila sekolahnya seringdipandang rendah di kalangan rakan guru dari sekolah-sekolah berdekatan. Apakah yang menjadi 'barah' dan 'petualang' di sekolah beliau? Antaranya beliau menyenaraikanfaktor-faktor berikut yang menjadi penyebabnya:

Tidak ada 'fokus': hendak semua; semua hendak 4A, 5A, tapi GB tidak berperanan, menekan guru sahaja (guru jadi takut).

Panitia Mata Pelajaran: Tidak wujud panitia-panitia; yang selalu nampak sedikit ialah Panitia Bahasa Inggersi, Matematik dan Bahasa Melayu sahaja. Tidak ada mesyuarat secara khusus. Cari maklumat bila diperlukan sahaja.

Ujian Bulanan: memang tidak ada, kecuali peperiksaan. Ada guru panggil murid untuk tolong 'staple' kertas soalan di Bilik Guru. Ini tidak betul dari segi etika dan kesahan.

UPSR: Zaman itu 4A; bila sampai waktu keputusan orang tak tanya pun sekolah dia. Beliau selalu tak puas hati, kerana murid tidak belajar, ibubapa tidak peduli.Pernahkah kita salahkan diri sendiri? Pernah tergolong dalam kelompok sekolah "top ten bawah". Keputusan UPSR sekitar 25-30 % sahaja. Puncanya kerana pengedalian kita silap!

Masa P&P: Ada guru main ping-pong waktu mengajar (kebetulan meja ping-pong diletakkan di kantin). Malah guru lain pula boleh 'tumpang sekaki'.Budaya 'negaholik' yang amat ketara dan tidak ada sesiapa yang hendak larang! Kes guru tak masuk kelas memang biasa; bila masuk duduk sahaja, dan sebabkan murid kita kecundang.

Sikap: Guru mengajar salah fakta, dan tidak pula betulkan, biarkan sahaja. Inilah 'guru palsu' namanya dan paling buruk wujudnya "guru mengajar menipu".

Disiplin: Ada staf yang ambil kesempatan, rehat ke kedai Pak R******, pukul 9.00 pergi beli ikan semasa bertugas. Bagi beliau ini 'salah'.

Mesyuarat: Tidak seperti sekarang, dibuat secara 'ad hoc' sahaja, tidak tersusun, dan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat sering pula tidak dilaksana atau dipinda sesuka hati pihak pengurusan.   

Demikianlah senario dan situasi sebuah sekolah yang lebih menampakkan budaya sekolah yang tidak positif malah mirip kepada satu budaya 'nafsu-nafsi'; dan oleh keranakegagalan peneraju utama dalam menangani karenah dan tingkah segelintir orang yang tidak bersikap dan berwatak sebagai 'guru sebenar guru' maka menyebabkan kelemahanberlarutan dan bertimpa-timpa dan tentulah memerlukan daya usaha dan kekuatan semangat yang luar biasa bagi mengatasinya. 

Page 81: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

Pemimpin dan juga seluruh staf sekolah perlu berganding bahu dan bersatu tekad dan kekuatan supaya sekolah yang kita berkhidmat di dalamnya dapat muncul sebagai sebuahsekolah perkasa dan berkesan. Satu daripada caranya ialah dengan mencipta, membentuk dan menggilap satu budaya sekolah yang baru, yang positif dan berkesan melalui SembilanPrinsip Kitaran Proses Kualiti(Quality Cycle of Process). Sembilan Prinsip QCoP tersebut adalah: 1. Do It Right First Time (DIRFT): Ertinya setiap kerja mesti bebas daripada buat salah dan silap kerana salah dan silap 'boleh dielak dan dicegah'. Pada tahap yang lebihtinggi ertinya guru-guru mesti mengajar dengan betul dan murid-murid mesti belajar dengan betul dan sentiasa buat betul. Ringkasnya semua guru dan murid-murid mesti faham danmesti jadikan prinsip utama mencapai kejayaan cemerlang.  2. Guru Mengajar Murid Belajar: Ertinya semua guru mesti faham dulu bahawa 'kerja kita ialah mengajar' bukan berborak, duduk di kantin, tidak masuk kelas, keluar kekedai, tidur atau lainnya.Mengajar  pula mesti penuh persediaan dari segi mental, fizikal dan spiritual, penuh semangat dan berwibawa. Prinsip paling utama 'tidak ada kelas yangdibiarkan tanpa guru'. Kemudian murid-murid pula mestilah belajar dengan betul, bersungguh-sungguh dan tidak main-main, tidak ganggu rakan-rakan yang lain serta belajardengan penuh keriangan dan kefahaman. 3. Mengongsi Visi Yang Sama: Ertinya semua guru mesti faham dan hayati halatuju sekolah yakni hendak menjadikan sekolah suatu organisasi yang berkesan, sekolah berwatakdan boleh menjadi sekolah model. Prinsip utamanya semua murid adalah 'normal' dan berpotensi mencapai prestasi akademik yang cemerlang dan gemilang. Apa jua visi yanghendak direaliasasikan bukan hak kepunyaan Guru Besar seorang tetapi menjadi hak kepunyaan semua guru, dan berpegang teguh kepada kata-kata keramat "Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh". 4. Apa Yang Disemai Itu Yang Dituai: Ertinya apa jua yang guru-guru ajar (dan buat) itulah yang akan jadi hasilnya. Apatah lagi kalau guru-guru tidak mengajar dengansepenuhnya. Prinsip utamanya apa jua yang guru buat (dan atau tidak buat) akan tentukan prestasi atau pencapaian murid seterusnya. Ini kena ingat baik-baik. 5. Penambahbaikan Berterusan: Ertinya mencapai kualiti tidak ada had dan sempadan. Guru mesti sentiasa lakukan Kaizen (Continuous Improvement) dalam semua aspek kerja terutama P&P.Prinsip utamanya mesti tidak mudah merasa berpuas hati dengan status kini tetapi sentiasa memikir dan mencari jalan bagi meningkatkan segala-galanya supaya

Page 82: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

 hasil kerja kurikulum, kokurikulum, pengurusan data dan maklumat, kebajikan dan keselamatan serta keceriaan fizikal dan persekitaran sentiasa dipertingkatkan sepanjang masa. 6. Mencegah Masalah Lebih Utama Daripada Menyelesai Masalah: Ertinya tidak cukup sekadar boleh 'menyelesaikan masalah' sahaja lebih-lebih lagi sudah tahu bendayang akan jadi masalah.Jadi yang diutamakan ialah kebolehan 'mencegah masalah' supaya tindakan awal yang bersifat 'preventive' bukan 'remedial' dapat dibuat dengan berkesan.Prinsipnya amalkan pendekatan PDCA secara total dalam semua aktiviti. Ringkasnya mesti ada sikap proaktif dan hasilnya semua orang tidak hadapi masalah dan organisasi yngiklimnya sangat kondusif kepada proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan lagi berkualiti.  7. Bukan Kepada Siapa Betul Tetapi Kepada Apa Yang Betul: Ertinya apa jua isu yang ditimbulkan dalam menangani perubahan dan melakukan penambahbaikan adalahberdasarkan 'perkaranya' bukan kepada 'siapa orangnya'. Prinsipnya ialah apa yang betul atau tidak betul bukan berdasarkan dia itu Guru Besar atau Penolong Kanan atau GuruPenolong, hatta Pekerja Rendah Awam sekalipun, tetapi kepada apakah persoalannya, apakah kesan dan implikasinya, atau apakah tafsiran dari segi falsafah, peraturan, danobjektivitinya. Matlamat akhirnya semua orang akan buat perkara yang betul dan tidak boleh dipoertikaikan oleh sesiapa pun.  8. Permuafakatan Dan Kesejawatanan: Ertinya dalam organisasi tidak ada orang boleh buat kerja berseorangan, pendeknya setiap orang perlukan orang lain bagi memenuhi ataumenyempurnakan sesuatu tugas atau sesuatu bidang tanggungjawab. Prinsipnya semua guru mesti faham bahawa tanpa kerjasama atau permuafakatan banyak kerja  lebih-lebih lagiusaha meningkatkan prestasi murid dan sekolah tidak tercapai. Oleh itu perasaan dan pemikiran 'kesejawatanan' maka perlu dihayati sepenuh jiwa dan raga. Aspek permuafakatandan kesejawatanan in jelas dilihat apabila sikap dan semangat tolong-menolong, sanggup berkorban, ingat-mengingati, nasihat-menasihati dan sebagainya wujud dengan penuhharmoni. 9. Guru Sebenar Guru~Ke SekolahTidak Jemu Mengajar Tidak Lesu: Ertinya seorang guru yang penuh iltizam, dedikasi, komited dan bertanggungjawab tidak akanmengkhianati tugasnya dan murid-muridnya. Prinsipnya ialah guru-guru mesti faham bahawa tugas 'mengajar dan mendidik' satu pekerjaan yang sangat mulia. Guru mestilahmenganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar (tanpa muslihat dan tipu helah) sebagai suatu ibadah. Guru-guru begini tidak akan cepat melatah atau

Page 83: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

menyalahkan keadaan dan tempat sebelum menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu di samping berusaha meningkatkan ketrampilan dan kewibawaan diri. Guru sebenar guru tidakakan melakukan sesuatu yang akan merosakkan organisasi seperti: selalu ponteng, banyak beri alasan dan helah, sering mengelakkan diri daripada menerima tugas dantanggungjawab, mengganggap sekolah hanya tempat kerja 'sementara' atau selalu beri alasan 'tidak cukup masa'. Guru sebenar guru tidak menunjukkan ciri-ciri 'orang malas'ketika berada di dalam kelas tetapi sebaliknya mengajar dengan penuh ceria, penuh semangat serta bersungguh-sungguh. Penutup Kejayaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dalam usaha membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia adalah satu tugas besar yang perlu dihayatidan mendapat sokongan dan kerjasama seluruh anggota pendidikan negara bagi membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi disamping melahirkan modal insan yang berpengethauan dan berkemahiran. Yang demikian PIPP, selaras dengan Misi Nasional, memberikn penekanan tinggi ke atas pembangunanmodal insan "Minda Kelas Pertama". Oleh it selaku guru-guru hari ini yang sedang bertugas dan berkhidmat di sekolah-sekolah perlulah sedar bahawa kita mempunyai tugas besar dan mencabar bagi memperkasakanbukan sahaja sekolah kebangsaan tetapi yang lebih penting lagi dapat memperkasakan diri sendiri menjadi 'guru sebenar guru; ke sekolah tidak jemu mengajar tidak lesu'.Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri masing-masing. Jangan sekali-kali ada perasaan apatah lagi tersimpan niat di hati, akibat dari sikap dan tindakan tidak profesional kita, kita sangka yang rosak dan bobrok hanyalah organisasi atausekolah kita sahaja; malah kerosakan yang lebih besar ialah rosaknya nama baik, cemarnya maruah, buruknya perangai diri kita sendiri di mata anak-anak didik atau rakan sejawatankita yang lain. Marilah buangkan segala unsur yang negatif (jika ada) dan binalah jatidiri 'guru sebenar guru'; seorang guru baru yang berkualiti; guru yang berkesan di dalam urusan "corebusiness" kita bagi proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sepanjang masa. Memetik kata-kata Dr. Bob Kizlik (2002) dalam artikelnya Tips On Becoming a Teacher; "Make no mistake; as a teacher, your day doesn't necessarily end when the schoolbell rings. If you're conscientious, you will be involved in after school meetings, committees, assisting students, grading homework, assignments and projects, and calling

Page 84: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

parents. All of this demand some sacrifice of your personal time."      Rujukan Kizlik, Bob Dr. (2002). Tips On Becoming a Teacher.http://www.adprima.com.tipson/html 16.01.2003    _________________ Center for Improving School Culture (2004) Bowling Green' KY, USA Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad (2001); Ucapan Perasmian Kongres Pendidikan Melayu Pertama, Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur. _________________ (2007) Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Kementerian Pelajaran malaysia, Kuala Lumpur. ___________________(2001); Penyataan Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan.Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. The Star, Edisi 25.03.2007, Kuala Lumpur, Malaysia Utusan Malaysia, Edisi 5.02.2003, Kuala Lumpur, Malaysia   ____________________________________________________________________________________________Ceramah yang disampaikan di dalam Program Latihan Dalam Perkhidmatan Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 2426400 Bandar Jengka, Pahang Darul Makmur, pada 26 April 2008

Page 85: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

Pengenalan Kepimpinan Profesional merujuk kepada peranan pengetua

melaksanakan tanggungjawab dan amanah kepimpinannya dengan cemerlang ke

Arah pencapaian Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Dalam konteks lebih

khusus, pengurusan Profesional menjurus kepada kepemimpinan pengetua dalam

mencapai wawasan dan misi sekolah. Ini bermakna pengetua bertanggungjawab terhadap

perkembangan profesionalisme dalam perguruan. Menurut Mortimore kepimpinan

professional menekankan kepimpinan sekolah yang tegas dan bertujuan . Sekolah –

sekolah harus mempunyai pentadbir proaktif yang menekankan permuafakatan dan

persamaan tujuan yang mengusaha dan mengekalkan proses pemajuan sekolah.

Seterusnya , ialah sama ada sekolah mengamalkan musyawarah, berkongsi

tanggungjawab serta melibatkan guru dalam membuat keputusan dan menekankan

kepimpinan ketua jabatan atau panitia. Ciri ini juga menekankan sama ada pengetua

sekolah sebenarnya seorang yang profesional dan berilmu yang dapat menawarkan

kepimpinan kurikulum, merancang strategi kurikulum, memantau kemajuan pelajar,

serta sedar dan tahu apa yang berlaku di dalam bilik darjah dan dapat membantu

membaiki amalan dan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Page 86: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

Definasi istilah Istilah-istilah berikut adalah definisi bagi tujuan rujukan

sepanjang kajian ini; Kepimpinan Kepimpinan sebagai kemahiran untuk mempengaruhi

kakitangan menyelesaikan tugas masing-masing denganpenuh minat dan

keyakinan.Kepimpinan juga merupakan satu proses mempengaruhi orang lain untuk

melakukan sesuatu yang dikehendaki.Kepimpinan ini perlu dihubungkaitkan proses-

proses pentadbiran seperti perancangan , pengelolaan dan pengawasan.(Koontz dan

O’Donnel.1972)

Kepimpinan

Kepimpinan wujud dalam semua profesion termasuklah profesion perguruan.Tetapi

dalam konsep profesion perguruan, kepimpinan adalah salah satu daripada unsur-unsur

yang terpenting.Dengan yang demikian,unsur kepimpinan dalam profesion perguruan

perlu dipupuk dan dipertingkatkan kualitinya supaya proses pendidikan memperolehi

keberkesanan untuk mencapai matlamat-matlamatnya.

Konsep kepimpinan Konsep Kepemimpinan Terdapat banyak definisi berkenaan

dengan kepemimpinan. Sorotan kajian mendapati lebih daripada lima ribu artikel dan

buku-buku dalam topik kepemimpinan ini (Bass, 1981). Antaranya adalah seperti yang

dikemukan oleh Tead (1953), Stogdill (1974), Hemphill (1955), Limpham (1964),

Cummings (1971), Greenfield (1992), Robbins (1993) dan Ogawa dan Bossert (1995).

Di kalangan para sarjana tempatan pula adalah seperti Robiah (1988), Wan Mohd Zahid

(1993) dan Zaidatol Akmaliah (1993). Menurut Tead (1953) kepemimpinan merupakan

satu proses menolong dan membimbing kumpulan mencapai matlamat yang bertepatan

dan bersesuian dengan hasrat kumpulan itu. Menurut Lipham dan Hoeh (1974)

kepemimpinan merupakan satu usaha melalui penggunaan prosedur-prosedur dan

struktur-struktur tertentu ke arah penyempurnaan objektif dan matlamat organisasi.

Page 87: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

Seterusnya beliau menyatakan bahawa dalam usaha untuk menjadi pemimpin, terdapat

tiga faktor yang perlu ada iaitu wujudnya satu kumpulan yang mempunyai dua orang atau

lebih ahli kumpulan yang mempunyai matlamat dan tujuan yang sama dan ahli

kumpulan mestilah mempunyai tanggungjawab yang berlainan. Sekiranya salah satu

daripada faktor di atas tidak ada maka kepemimpinan tidak wujud. Morpet et al. (1974)

pula mendefinisikan kepemimpinan sebagai pengaruh ke atas tindakan, kekuatan dan

kepercayaan dan perasaan seseorang dalam satu sistem

Sosial oleh seseorang pelaku lain, dengan kerelaan dan kerjasama pelaku yang

dipengaruhi itu. Cumming (1971), Stogdill (1955), Hersey dan Blanchard (1977), dan

Robbins (1993) sependapat bahawa kepemimpinan bermaksud satu proses di mana

seseorang atau kumpulan secara sengaja atau langsung mempengaruhi orang lain di

dalam perkembangan dan pencapaian matlamat kumpulan atau organisasi.

Dalam hal ini Greenfield (1992) telah memberi definisi kepemimpinan yang lebih

terperinci. Menurut beliau kepemimpinan ialah satu proses atau usaha yang bertujuan

untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang menghalang kebolehan sesuatu

kumpulan pekerja dan organisasi supaya matlamat-matlamat organisasi dapat dicapai

dengan berkesan dan cekap. Beliau menambah asas kuasa seseorang pemimpin terletak

kepada kebolehan pemimpin itu mempengaruhi orang lain untuk melakukan dan

melaksanakan sesuatu dan kepemimpinan bertujuan untuk perubahan, memperbaiki serta

memajukan sesebuah organisasi tertentu. Mengikut Nanus (1992), kepemimpinan ialah

enjin yang lebih bertenaga memandu sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan dan

kejayaan jangka panjang yang lebih menarik. Manakala mengikut Ogawa dan Bossert

(1995) kepemimpinan berfungsi untuk mencapai kejayaan organisasi dengan

menpengaruhi minda dan gelagat orang yang berada di dalam organisasi tersebut.

Sementara itu para sarjana tempatan, Abdullah dan Ainon (1997), menyatakan bahawa

kepemimpinan ialah sejenis tingkah laku bertujuan untuk mempengaruhi orang lain

supaya mereka sanggup dan secara sukarela melakukan apa yang dikehendaki oleh orang

yang memimpin. Para pemimpin ialah orang yang mempunyai keupayaan menolong

orang lain supaya patuh dengan secara rela hati, iaitu tanpa tekanan dan paksaan.

Menurut Robiah (1988), kepemimpinan ialah mengenai usaha untuk membimbing tenaga

Page 88: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

di dalam sesuatu kumpulan. Ia berfungsi sebagai asas tindakan di kalangan anggota-

anggota membimbing kegiatan mereka dan mempengaruhinya bagi memenuhi matlamat

tertentu. Wan Mohd Zahid (1993), menyatakan bahawa kepemimpinan adalah kebolehan

untuk mendorong manusia berusaha dengan penuh keghairahan bagi mencapai matlamat

yang telah dikenal pasti. Zaidatol Akmaliah (1993), berpendapat bahawa kepemimpinan

merupakan satu proses mempengaruhi orang lain melakukan sesuatu yang dikehendaki.

Sebagai rumusan daripada definisi-definisi di atas, kepemimpinan ialah

kemampuan mempengaruhi minda dan gelagat anggota organisasi untuk mencapai tujuan

organisasi melalui struktur dan prosedur baru. Pada kebiasaannya seseorang pemimpin

menggunakan hanya teknik pengaruh yang tidak ada unsur paksa. Penggunaan pengaruh

tanpa unsur paksaan ini membawa kepada hubungan yang positif di antara pemimpin dan

pengikut. Ini bermakna bahawa subordinat menerima pengaruh daripada pemimpin

kerana mereka menghormati, menyukai atau mengagungi pemimpin tersebut. Didapati

bahawa definisi-definisi serta rumusan di atas memperkatakan definisi dalam bidang

pengurusan atau pentadbiran organisasi. Oleh sebab sekolah adalah organisasi , maka

definisi-definisi tersebut adalah sesuai digunakan dalam menjelaskan konsep kepemimpin

sekolah. Campbell, et al. (1983) mengatakan bahawa pemimpin sekolah juga boleh

didefinisikan sebagai satu proses bagi seseorang pengetua mendapatkan kerjasama

daripada kakitangan ke arah penyempurnaan matlamat tertentu. Sergiovanni (1984: 1- 4)

memberi definisi pemimpin pendidikan sebagai: “ Pemimpin pendidikan adalah berkaitan

dengan perkembangan dan kebolehan memajukan program-program pendidikan. Ini

termasuklah kebolehan mentafsir kurikulum dan menentukan objektif pengajaran,

kepelbagaian kaedah mengajar, menentukan pengurusan bilik darjah, menyediakan iklim

pembelajaran, mengadakan inovasi pengajaran, kebolehan mempengaruhi dan

mengkodinasi guru-guru dan pelajar-pelajar bagi mencapai matlamat pendidikan

sekolah. ” Oleh itu berdasarkan definisi-definisi yang diberikan di atas konsep pemimpin

atau pemimpin pendidikan yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah proses menolong

atau mengarah kumpulan untuk mencapai matlamat dan objektif khasnya sekolah. Ia juga

merupakan aktiviti, inisiatif atau prosedur untuk menyelesaikan masalah kumpulan dan

ahlinya. Seseorang pemimpin yang mempunyai status dan kedudukan rasmi mesti

Page 89: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

mempunyai minat dan hasrat untuk memimpin kumpulannya. Begitu juga pengetua

sebagai pemimpin sekolah mesti mempunyai minat, visi dan matlamat bagi memimpin

guru-guru untuk mencapai matlamat sekolah dan negara.

Konsep kepimpinan yang sesuai dan tepat kepada profesion perguruan ialah

kepimpinan yang positif,dinamik,progresif,berfungsi dan produktif. Kelima-lima unsur

kepimpinan yang merupakan punca usaha mencapai kejayaan dan matlamat-matlamat

pendidikan. Guru besar atau pengetua seringkali memainkan peranan sebagai pemimpin

dan pengurus.Menurut Abdul Aziz (2003) , mereka adalah pemimpin profesional yang

memainkan dua peranan yang saling bergantungan antara satu sama lain.Peranan ini

dinamakan sebagai kepimpinan dan pengurusan.Hughes(1988) telah mencadangkan

Model duaperanan bagi guru besar dan pengetua iaitu peranan pemimpin profesional

dan peranan ketua ekskutif.Manakala Bell(dalam Bell dan Bush 2002) menyatakan

bahawa kepimpinan dan pengurusan tidak boleh dipisahkan dan sebarang langkah

untuk memisahkan peranan tersebut adalah tidak tepat.Ini adalah kerana peranan sebagai

pemimpin profesional dengan peranan pengurusan adalah saling lengkap melengkapi

antara satu sama lain.(Hussein Mahmood. 1993)

Kepimpinan Pengajaran Sungguhpun Sergiovanni (1977) membezakan antara

kepemimpinan pengajaran dengan kepemimpinan pendidikan,kajian tentang sekolah

efektif menggunakan konsep kepimpinan pengajaran, yang termasuk unsur-unsur

pendidikan.Konsep kepimpinan pengajaran termasuklah kedua-dua jenis kepimpinan

iaitu kepimpinan pengajaran dan kepimpinan pendidikan.Di sekolah sebagai satu unit

organisasipendidikan,guru besar dikatakan perlu melibatkan diri dalam kedua-dua aspek

tersebut.dari segi teorinya,tanggungjawab guru besar terhadap pengajaran ialah

memastikan segala tenaga dan usaha para guru ke arah pencapaian program pendidikan

yang berkesan.Tanggungjawab ini termasuklah mengadakan falsafah

sekolah,mengadakan matlamat dan objektif sekolah,membimbing para guru supaya

kecekapan mereka dalam pengajaran dan lain-lain bidang kurikulum dapat

dipertingkatkan.Di samping itu juga guru besar seharusnya melaksanakan program

perkembangan staf ,menyelaras segala aktiviti pendidikan serta lain-lain usah yang

dijalankan oleh pihak sekolah, dan pelbagai lagi(Duke,1982; Bevoise,1984) Selain

Page 90: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

tanggungjawab tersebut ,diperkatakan juga bahawa tanggungjawab guru besar

termasuklah memberi penegasan terhadap pencapaian matlamat dan hasil

keluaran,output sekolah membuat keputusan,mengelolakan aktiviti-aktiviti serta bekerja

dengan guru supaya matlamat sekolah dapat dicapai.(Bossert,etal.,1982).Bevoise(1984)

pula memberi pandangan bahawa dalam mencapai matlamat sekolah dan

pengeluaran,para guru besar juga harus memberi penekanan terhadap pencapaian

akademik dengan cara menentu dan menetapkan matlamat pengajaran.Ini melibatkan

nenetapan piawai prestasi yang harus dicapai oleh pelajar.Bagi mencapao matlamat

tersebut,para guru besar disarankan agar dapat membina dan mewujudkan iklim dan

suasana yang kondusif dan yang menggalakkan di sekolah.Secara ringkasnya kedua-dua

orang penulis,Bevoise,(1984) dan Duke (1987) telah menganalisis kepemimpinan

pengajaran itu.Mereka mendapati aspek kepemimpinan melibatkan empat bidang utama

iaitu pembangunan staf, bimbingan atau pengurusan pengajaran, sokongan

pengajaran,serta kawalan mutu yang dilakukan melalui pengesanan dan penilaian

terhadap prestasi guru dan pelajar dengan kerjasama semua staf di sekolah.

Kepemimpinan pengajaran merupakan satu idea atau gambaran dalam fikiran yang telah

dipertanggungjawab terhadap kejayaan sekolah-sekolah sepanjang tahun 1980 an dan

awal tahun 1990 an (Leihwood, Kenneth A , 1992). Begitu juga isu kepemimpinan

pengajaran telah menjadi agenda utama bagi para pengetua di sekolah-sekolah yang

berkesan. Drake dan Roe (1986) menganggap kepemimpinan pengajaran sebagai tugas

utama pengetua sekolah. Menurutnya lagi dengan berperanan sebagai kepemimpinan

pengajaran mereka dapat meningkat dan memajukan pembelajaran para pelajar. Bagi

Harris (1977) pula, kepemimpinan pengajaran dikaitkan dengan pelaksanaan program

inovasi oleh pengetua di sekolah. Avi-Itzhak dan Peretz (1987) telah mendefinisikan

konsep kepemimpinan pengajaran pengetua sebagai pencetus dan pelaksana inovasi

kurikulum. Bevoise (1984) menggambarkan kepemimpinan pengajaran sebagai tindakan-

tindakan yang diambil oleh pengetua, atau menugaskan kepada kakitangannya

bermatlamatkan untuk memajukan pembelajaran pelajar. Rallis dan Highsmith (1986)

telah menyatakan bahawa kepemimpinan pengajaran ialah kepemimpinan yang

berwawasan dan berdaya maju. Mereka telah mengariskan fungsi kepemimpinan

pengajaran sebagai: (i) model yang berperanan bagi menjana visi dan idea kepada

Page 91: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

tindakan (ii) pemimpin yang meransang guru-gurunya untuk mencapai kecemerlangan

(iii) pemimpin yang membantu guru-guru menjadi pembuat keputusan yang bijak

(mengenal pasti dan menyelesaikan masalah) dan memberi tunjuk ajar dalam hal-hal

pengajaran. (iv) menggunakan sumber dan mengenal pasti sumber yang ada dan

menggunakannya dengan secara efektif. (v) meningkatkan iklim sekolah dan

mengekalkan kemudahan serta memajukan proses pengajaran, dan (vi) memeta dan

mewujudkan struktur organisasi dan mekanisme untuk memajukan pengajaran di

kalangan guru.

Smith dan Andrew (1989) mendefinisikan kepemimpinan pengajaran sebagai

beberapa tugas bersepadu seperti penyeliaan pengajaran di bilik darjah, perkembangan

staf dan perkembangan kurikulum. Glickman (1985) dan Pajak (1993) secara ringkas

menerangkan konsep dan tanggungjawab kepemimpinan pengajaran seperti di bawah.

Glickman (1985) menyenaraikan lima tugas utama kepemimpinan pengajaran iaitu

pembantu terus kepada para guru, menggerakkan kumpulan, perkembangan staf,

perkembangan kurikulum, dan kajian tindakan. Beliau mencatatkan bahawa tugas tugas

ini merupakan kesepaduan yang menyatukan keperluan guru dengan matlamat sekolah.

Mengikut Pajak (1989) amalan umum kepemimpinan pengajaran ialah memperkukuhkan

secara khusus penentuan perlakuan dan kemahiran para guru, membuka ruang dialog

berkenaan masalah-masalah yang berlaku semasa pengajaran di bilik darjah,

perkembangan kurikulum dan staf dan membantu para guru membina pengetahuan

profesional dan kemahiran-kemahiran pedagogi. Begitu juga konsep kepemimpinan

pengajaran yang dikemukakan oleh Schon (1988) yang menekankan kepada pemerhatian

pengajaran di bilik darjah dan fokus secara khusus kepada bantuan, bimbingan dan

menggalakkan pengajaran secara reflektif. Manakala Reitzug dan Cross (1993) telah

membincangkan amalan kepemimpinan pengajaran iaitu menggalakkan guru

menyuarakan pendapat tentang kesulitan-kesulitan semasa pengajaran, sebagai fasilitator

dalam menyelesaikan kesulitan-kesulitan tersebut dan memberi penghargaan kepada para

guru. Bagi Smyth (1997) konsep kepemimpinan pengajaran merupakan kepelbagaian

kerjasama dan kajian kritikal berkaitan dengan interaksi di bilik darjah untuk mencapai

matlamat pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Walaupun fakta-fakta kepada

Page 92: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

pendekatan konseptual kepemimpinan pengajaran sejak 150 tahun adalah menjurus

kepada permuafakatan secara tabie ( Cogan, et al.1993), namum amalam kepemimpinan

pengajaran adalah terbatas secara primer kepada salah satu daripada amalan penyeliaan,

penjagaan dan pertimbangan kepada pengajaran di bilik darjah. (Gordon, 1997).

Pengetua merupakan individu yang paling berpengaruh dan penting bagi memainkan

peranan sebagai pemimpin pengajaran yang berkesan di sekolah. Hasil-hasil kajian telah

membuktikan bahawa pengetua perlu mengaktifkan diri dalam kepemimpinan pengajaran

di sekolah. Kajian oleh Trump dalam Goldhammer (1971) berpendapat bahawa pengetua

ialah individu yang paling penting untuk mewujudkan sekolah berkesan. Para pengetua

sekolah seharusnya melaksanakan program pembangunan staf, menyelaras dan

mengelola aktiviti sekolah, penjelasan dan penegasan terhadap pencapaian matlamat,

bertanggung jawab terhadap hasilan pelajar, membuat keputusan serta bekerjasama

dengan guru-guru supaya matlamat sekolah dapat dicapai (Bossert et al., 1982; Duke,

1982; Bevoise, 1984). National Association of Secondary School Principal (NASSP)

telah menyenaraikan ciri-ciri kepemimpinan pengajaran yang berkesan dalam “Handbook

on Effective Instructional Leadership”. Ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut:

(i) berkeyakinan dan menaruh sepenuh kepercayaan serta pengharapan yang tinggi

terhadap para guru dan kakitangan sekolah

(ii) menghabiskan sebahagian besar waktu kerja bersama guru-guru berbincang,

membantu dan mendorong mereka bagi memajukan program pembelajaran dan

pengajaran

(iii) berusaha mengesan dan mengenal pasti masalah-masalah dalam proses pengajaran

dan pembelajaran, dan

(iv) terlibat secara langsung bagi mempastikan iklim serta budaya sekolah dapat

mempengaruhi guru ke arah mencapai matlamat sekolah yang telah ditetapkan.

Analisis daripada kajian tentang kepemimpinan pengajaran pengetua di

sekolahsekolah yang menghasilkan pencapaian akademik yang cemerlang membuktikan

bahawa pengetua di sekolah tersebut telah menyelaras program pengajaran,

Page 93: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

menitikberatkan pencapaian akademik pelajar, sentiasa menilai kemajuan pelajar,

mewujudkan suasana sekolah yang aman dan tenteram, memeta dan merencanakan

strategi program pengajaran, dan memberi sokongan terhadap aktiviti-aktiviti yang

dijalankan oleh para guru. Hakikatnya tidak terdapat satu pun kerangka konsep

kepemimpinan pengajaran yang dipersetujui oleh para pengkaji dan penulis dan bidang

ini. Walau bagaimanapun mengikut Hallinger, et al. (1983); Murphy et al. (1984);

Hallinger dan Murphy, (1985) dan Duke, (1987), terdapat persamaan dan persetujuan

antara para pengkaji dan para penulis mengenai fungsi-fungsi kepemimpinan pengajaran

iaitu;

(i) menetapkan misi, matlamat dan dasar sekolah

(ii) menjelaskan misi, matlamat dan dasar sekolah kepada warga sekolah, ibu

bapa dan komuniti setempat,

(iii) memeta dan merancang objektif pengajaran dan kurikulum

(iv) penyeliaan, pemantauan, penilaian kurikulum dan program-program

pengajaran

(v) menyelaras program-program pengajaran dan aktiviti-aktiviti kurikulum

(vi) melindungi dan mengawal waktu pengajaran

(vii) perkembangan/latihan staf bagi memajukan profesianalisme mereka

(viii) membantu dan menyokong guru

(ix) mengawal mutu pengajaran

(x) mempastikan iklim sekolah yang positif.

Konsep Kepimpinan Islam Menurut Hisham AI- Talib (1992) kepimpinan adalah satu

proses menggerakkan sekumpulan manusia menuju ke suatu arah yang telah ditentukan

melalui dorongan yang tidak memaksa. Kepimpinan yang baik menggerakkan manusia

Page 94: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

untuk memenuhi kehendak jangka panjang. Sementara itu, Mustafa Daud (1994)

berpendapat kepimpinan adalah satu proses untuk menyelaraskan arahan, mengatur dan

mengelakkan penggunaan pendapat sendiri yang boleh merosakkan sesebuah organisasi.

Dengan kata yang lain, pemimpin adalah bertanggung jawab untuk menjaga keperluan

organisasi secara keseluruhannya. Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991) berpendapat

kepimpinan ialah penyusun interaksi seluruh anggota organisasi untuk mencapai

matlamat bersama. Fungsi pemimpin ialah menyatu dan menyelaras semua pendapat,

usaha dan tenaga untuk mencapai matlamat organisasi. Menurut beliau lagi, terdapat tiga

asas utama dalam sesuatu kepimpinan iaitu: 1. Kumpulan manusia itu mesti

mengandungi sekurang-kurangnya dua orang atau lebih; 2. Kumpulan yang dibentuk

mempunyai tujuan dan hasrat yang sama; dan 3. Seorang ketua yang mendapat sokongan

dari semua pihak dan dilantik untuk menjayakan tujuan kumpulannya. Ini menunjukkan

konsep kepimpinan di dalam Islam memberi lebih fokus kepada menggerakkan anggota

organisasi dengan dorongan yang tidak memaksa. Selain dari itu, kepimpinan Islam juga

bertindak mengajak anggota-anggota organisasi dan menyelaras serta menyusun interaksi

ahli-ahli organisasi. Bagi penulis, semua aktiviti ini menunjukkan kepimpinan di dalam

Islam lebih bersifat terbuka; lebih menekankan konsep persaudaraan serta hubungan

kemanusiaan (antara pemimpin dan anggota organisasi) dalam usaha untuk mencapai

matlamat organisasi. Menurut Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991) ketua hendaklah

menunjukkan kemampuan bekerjasama dalam mengurus organisasinya menuju matlamat

yang dicita-citakan. Perkara ini tidak akan dapat dicapai melainkan wujud hubungan yang

erat antara pemimpin dengan yang dipimpin tanpa ada sebarang garis pemisah antara

mereka. Malah, seorang pemimpin perlu menjadi contoh, tidak kira dalam aspek

kebajikan ataupun tindak tanduknya. Perbincangan tersebut menunjukkan ada hubungan

dua hala antara yang memimpin dengan yang dipinpin, selain wujudnya elemen sentiasa

memberi galakan satu sama lain. Ini bererti, pemimpin bukan sahaja bertanggungjwab

untuk memberi galakan bahkan sanggup menerima teguran, cadangan dan pandangan

daripada kakitangannya. Sikap saling memberi dan menerima inilah yang menjadi salah

satu unsur penting, dan perlu ada dalam apa juga institusi kepimpinan kita hari ini,

selain ini juga selaras dengan tuntutan Allah ke atas hamba-hambaNya:"Orang-orang

mukmin itu adalah bersaudara. Oleh itu, damaikanlah antara dua saudaramu dan takutlah

Page 95: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

kepada Allah mudah-mudahan kamu mendapat rahmat" (Mak!lud AI -Qur' an 49: 10)

dan juga: Sesungguhnya ini, umat kamu, umat yang satu dan Aku Tuhanmu, sebab itu

takutlah kamu kepadaKu" (Maksud AIQur'an 4O:S2). Penekanan terhadap konsep

persaudaraan di dalam sesebuah organisasi menjadikan seseorang pemimpin ltu bukan

untuk ditakut tetapi untuk ditauladani; mudah dibawa ber bincang (proses perbincangan

ini akan mewujudkan pula rangkaian maklum balas yang efektif di antara yang

memimpin dengan yang dipimpin), Pemimpin -pemimpin yang mengamalkan sikap -

sikap positif ini di dalam pentadbiran mereka sebenarnya mendorong ke arah pencapaian

matlamat organisasi, selain memperolehi ganjaran di hari akhirat. Strategi Pendidikan

Konsep ini memberi penekanan kepada pendidikan untuk mengubah tingkah laku ahli

organisasi. Bagi memenuhi kehendak konsep ini, seseorang pemimpin perlu mempunyai

kekuatan ilmu agama dan ilmu kontemporari. Gabungan kedua-dua ilmu ini penting

kerana saling melengkapi satu sama lain. Ilmu agama membantu mengawal peribadi

seseorang sementara ilmu kontemporari itu pula akan memudahkan pelaksanaan tugasan

semasa.

Sekiranya, seseorang pemimpin hanya memberi penekanan kepada salah satu

sahaja ilmu, mungkin akan berlaku kepincangan dalam organisasi tersebut. Contohnya,

jika seseorang pemimpin sebuah organisasi itu hanya mahir ilmu kontemporari tetapi

tidak bagi ilmu agama, mungkin akan berlaku penyelewengan dalam organisasi tersebut.

Selain itu, bijaksana dan cekap berfikir dapat membantu pemimpin mengubah tingkah

laku pengikut mencapai matlamat pembangunan organisasi. Belajar Melalui Pengalaman

dan Mengurus Masalah yang Sebenar Dua konsep ini memberi penekanan kepada ahli

organisasi supaya menjadikan realiti di dalam organisasi sebagai satu proses

pembelajaran dan penyelesaian masalah. Dua konsep ini sukar dilaksanakan kerana

pengalaman setiap individu adalah berbeza. Di sini ciri-ciri kepimpinan Islam seperti

memuliakan hak setiap individu; memahami perbezaan individu; bertimbang rasa;

menerima perbezaan pendapat; memberi kebebasan; memberi dan menerima nasihat;

dan tidak melayan umpatan amat penting untuk memastikan setiap ahli organisasi berani

belajar memperbaiki diri dan seterusnya membangunkan organisasi melalui pengalaman-

pengalaman harian tanpa perasaan takut. Keadaan ini boleh membantu ke arah

Page 96: Nota Asas Kepimpinan & Perkembanagan Profesional

kecemerlangan organisasi tersebut. Penglibatan Pentadbiran Atasan dan Agen Perubahan

Dua konsep ini boleh dikaitkan kerana peranan pentadbir memulakan idea-idea ke arah

pembangunan organisasi dan idea ini tidak akan berjaya dilaksanakan sekiranya tiada

pengikut yang ingin melaksanakannya dan juga tiada pandangan pakar bagi menilainya.

Oleh itu, peranan pemimpin merangkumi mewujudkan satu kumpulan untuk

melaksanakan perubahan-perubahan dan sentiasa berbincang bagi mencari idea-idea

yang terbaik. Di sinilah ciri-ciri kepimpinan Islam seperti mengamalkan syura, boleh

berbeza pendapat, bertimbang rasa, boleh memberi dan menerima nasihat antara ciri

yang penting ke arah pencapaian matlamat pembangunan organisasi.