penulisan esei

36
1.0 Pengenalan Makmal sains merupakan tempat melakukan atau mengadakan aktiviti percubaan, penyeliaan, penyelidikan yang menghubungkait dengan ilmu sains iaitu Fizik, Biologi dan Kimia. Makmal sains dibina dan dilengkapi dengan segala peralatan untuk proses pengajaran dan pembelajaran amali sains diperingkat sekolah rendah dan menengah. Definisi Pengurusan Pengurusan menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat ( 2010 ) bermaksud suatu perihal atau kerja mengurus sesuatu seperti mengurus syarikat atau sektor – sektor perniagaan. Menurut Kamus Webster’s New Collegiate Dictionary ( 2004 ) pengurusan atau management bermaksud tindakan atau seni pengurusan ( management ) , mengarah ( directing ) dan pengawasan ( controlling ) Pengurusan Makmal Sains Menurut Grove dan Wallace ( 1993 ) menyatakan pengurusan makmal adalah tanggungjawab bakal guru sains dalam mengetahui dan menyedari aspek – aspek pengurusan makmal sains. Aspek – aspek makmal sains yang diutarakan ialah : i. Pengurusan organisasi ii. Susun atur makmal iii. Peraturan pengstoran dan peralatan iv. Mengurus pembelian dan penyelenggaraan barangan makmal 1

Upload: ryanboolalayahoocom

Post on 02-Oct-2015

262 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

xf

TRANSCRIPT

1.0 Pengenalan Makmal sains merupakan tempat melakukan atau mengadakan aktiviti percubaan, penyeliaan, penyelidikan yang menghubungkait dengan ilmu sains iaitu Fizik, Biologi dan Kimia. Makmal sains dibina dan dilengkapi dengan segala peralatan untuk proses pengajaran dan pembelajaran amali sains diperingkat sekolah rendah dan menengah.Definisi PengurusanPengurusan menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat ( 2010 ) bermaksud suatu perihal atau kerja mengurus sesuatu seperti mengurus syarikat atau sektor sektor perniagaan. Menurut Kamus Websters New Collegiate Dictionary ( 2004 ) pengurusan atau management bermaksud tindakan atau seni pengurusan ( management ) , mengarah ( directing ) dan pengawasan ( controlling )Pengurusan Makmal SainsMenurut Grove dan Wallace ( 1993 ) menyatakan pengurusan makmal adalah tanggungjawab bakal guru sains dalam mengetahui dan menyedari aspek aspek pengurusan makmal sains. Aspek aspek makmal sains yang diutarakan ialah :i. Pengurusan organisasiii. Susun atur makmaliii. Peraturan pengstoran dan peralataniv. Mengurus pembelian dan penyelenggaraan barangan makmalMenurut Shaharom Noordin dan Junainah Othman ( 2007 ), pengurusan makmal sains merangkumi aspek organisasi, fail dan rekod, penstoran peralatan, penyelenggaraan dan susun atur makmal. Melalui beberapa pandangan yang dikemukakan dapatlah disimpulkan bahawa pengurusan makmal sains ialah aspek yang melibatkan struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab, fail dan rekod ( stok ) , belanjawan,pesanan dan pembayaran, perancangan dan reka bentuk, prosedur pelupusan dan penyelenggaraan dan susun atur makmal.

Rajah 1 : Pengurusan Makmal Sains Sekolah RendahPengurusan makmal sains sekolah merujuk kepada sesuatu badan yang bertanggung jawab melaksanakan sesuatu tugas sehingga mencapai objektif yang dirancang. Badan yang dimaksudkan ditubuhkan secara formal atau bukan formal. Penubuhan pengurusan secara formal sudah tentu mempunyai tanggung jawab yang besar kerana terletaknya ketetapan atau peraturan bertulis yang jelas dimana kuasa menubuhkan badan tersebut. Makmal sains adalah satu bentuk organisasi pengurusan yang formal. Makmal sains mempunyai peraturan dan ketetapan bertulis dan ini menggambarkan tanggungjawab yang wajar dipenuhi bagi menyokong kepada matlamat pelaksanaan kurikulum sains sekolah. Terdapat lima aspek pengurusan yang menjadi tunggak kepada sesuatu pengurusan agar mencapai matlamat dikehendaki iaitu : a) penentuan matlamat b) perancangan c) perkhidmatan dan penyelenggaraan sumber d) pemonitoran e) penentuan piawai. Kelima-limanya saling berkaitan membentuk pertalian erat. Pertalian erat diterjemahkan kepada fungsi yang saling menyokong antara satu sama lain dalam membentuk pengurusan yang cekap dan berkesan untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Beberapa aspek perlu dilaksanakan dalam pengurusan makmal sains. Pertama, penentuan matlamat memberi panduan supaya semua ahli di dalam organisasi ini mengetahui hala tuju yang jelas. Penulisan matlamat menjelaskan gerak balas dan tanggungjawab ahli untuk mendorong ke arah yang ditetapkan. Kedua, perancangan yang bererti merancang untuk melaksanakan bagaimana untuk mencapai matlamat. Perancangan memerlukan pemikiran strategik mencari jalan dan beusaha untuk melaksanakan agar mencapai matlamat yang ditentukan. Ketua Panitia perlulah memainkan peranan bersama barisan jawatankuasa sains bagi memikirkan langkah yang sesuai untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.Ketiga, perkhidmatan dan penyelenggaraan sumber adalah merujuk kepada sumber daripada manusia dan peralatan yang diberi tanggung jawab di bawah pengurusan yang ditetapkan. Di dalam sesuatu pengurusan penggunaan sumber manusia adalah perlu digunakan secara bijak untuk memberi kesan positif kepada pembangunaan organisasi. Peralatan dan bahan menjadi sumber menyokong kepada kerja - kerja yang hendak dilaksanakan. Perkara yang amat penting adalah peralatan dan bahan berada pada tahap kesediaan memuaskan dari aspek kecukupan dan kebolehgunaan pada masa yang diperlukan. Namun aspek piawai dengan maksud kualiti dan kuantiti perlu juga dilihat supaya memenuhi dengan keperluan sesuatu tindakan. Piawai termasuklah nisbah bilangan pelajar bagai setiap ujikaji, nisbah peralatan bagi bilangan tertentu pelajar, saiz kerusi dan meja makmal, bilangan kipas penyedut udara bagi setiap bilik dan banyak lagi. Keempat adalah merujuk kepada pengawalan pelaksanaan. Pelaksanaan menggambarkan tindakan bagi menggunakan keseluruhan sumber yang ada untuk mencapai matlamat pengurusan ditetapkan. Kejayaan sesuatu badan pengurusan terletak kepada keupayaan dan kemampuan pelaksanaan. Makin cekap dan berkesan pelaksanaan memberi hasil atau pulangan yang berkualiti. Kelima adalah pengawalan piawai. Pengawalan piawai meletakkan tahap tertentu bagi menentukan mutu pengurusan mencapai tahap memuaskan pelanggan. Contohnya meletak tanda arahan peraturan dan label tertentu untuk keselamatan dan pematuhan penggunaan bahan-bahan kimia tertentu. Pengurusan Makmal Sains perlu selaras dengan pendekatan pembelajaran masa kini yang mengutamakan penglibatan aktif pelajar. Pelajar kini diberi peluang untuk berinteraksi dengan menggunakan kemahiran proses sains dengan optima. Kaedah yang mengutamakan pemerhatian dan melakukan amali dirancang dalam pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah. Dengan kata lain kegiatan pengajaran dan pembelajaran yang utama adalah memerhati, membuat atau melakukan sesuatu atau hand-on di samping mind-on. Kegiatan tersebut sepatutnya mempunyai persediaan persekitaran fizikal yang menyokong aktiviti tersebut. Oleh itu bilik yang dikenali sebagai makmal sains perlu disediakan. Konsep makmal sains memberi peluang pelajar mempelajari sains menerusi kegiatan amali, pemerhatian, penyiasatan dan penemuan dalam persekitaran terkawal. Makmal sains seharus mempunyai kemampuan menyediakan peluang pembelajaran sains secara maksima. Pelajar didedahkan dengan pengetahuan serta kemahiran sains yang baru mengikut tahap mereka menerusi penyepaduan penggunaan peralatan, bahan dan persekitaran fizikal yang sesuai. Penggunaan makmal sains adalah sebagai penyokong sebarang aktiviti pembelajaran yang ingin dilaksanakan oleh guru. Aspek utama pengurusan makmal sains ialah keselamatan. Justeru beberapa alatan perlu disediakan. Antaranya ialah peti pertolongan cemas dan alat pemadam api. Kedua dua alatan ini amat penting apabila menghadapi situasi kecemasan dan kebakaran di makmal sains. Selain itu, peraturan keselamatan juga perlu dipamerkan, diterangkan kepada pelajar dan memastikan ia dipatuhi. Beberapa aspek keselamatan yang lain seperti pengudaraan dan pencahayaan turut perlu diberikan perhatian dalam pengurusan makmal sains. Integrasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains memerlukan aktiviti seperti menjalankan ekperimen, demonstrasi dan projek. Dengan itu aktiviti ini akan meningkatkan kemahiran saintifik. Bagi tujuan tersebut panduan yang dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia boleh menjelaskan perkara tersebut. Umumnya aliran tindakan yang memerlukan guru meneliti keperluan. bermula dengan meneliti isi kandungan. Kebanyakan tajuk sains memerlukan penerokaan dengan penglibatan pelajar. Guru seharusnya wajar berfikir keperluan yang dilihat dari perspektif pelajar bukan sekadar melihat dari perspektif guru yang mempunyai banyak pengalaman dan mengetahui tentang sesuatu tajuk. Guru seharus tidak terlalu mengikut modul semata-mata di mana kebanyakannya modul dalam bentuk gambar. Guru mampu menggunakan kreativiti menjadikan pengajaran dan pembelajaran sains lebih menarik. Adalah wajar diingatkan bahawa pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya guru boleh merancang aktiviti yang melibatkan kesemua deria di samping kemahiran proses sains yang sesuai. panduan yang dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia boleh menjelaskan perkara tersebut. Umumnya aliran tindakan yang memerlukan guru meneliti keperluan. Bermula dengan meneliti isi kandungan. Kebanyakan tajuk sains memerlukan penerokaan dengan penglibatan pelajar. Amat wajar berfikir keperluan yang dilihat dari perspektif pelajar bukan sekadar melihat dari perspektif guru yang telah banyak pengalaman dan mengetahui tentang sesuatu tajuk. Pembelajaran sains yang menekankan kepada kontektual dan inkuiri memerlukan pendedahan pelajar kepada perkara sebenar. Di sinilah keperluan guru membawa pelajar untuk melakukan ujikaji di makmal sains. Melalui isi kandungan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 6 yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 2003, menjelaskan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum sains mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah adalah satu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang murid ke tahap yang optimum. Aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran berfikrah mesti yang dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid dan bukan berbentuk rutin. Murid perlu sedar secara eksplisit kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang digunakan dalam pembelajaran. Soalan atau masalah yang beraras tinggi ditanyakan kepada murid dan murid diminta menyelesaikan masalah menggunakan daya kreatif dan kritis mereka. Murid dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murni dan sikap. Pembelajaran berfikrah boleh berlaku melalui pendekatan seperti inkuiri, konstruktivisme, sains, teknologi dan masyarakat, pembelajaran kontekstual, pembelajaran masteri, Bagaimanakah melaksanakan pendekatan-pendekatan tersebut? Dokumen tersebut menjelaskan pendekatan pengajaran dan pembelajaran tersebut boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, penggunaan sumber luar bilik darjah, kajian masa depan dan penyelesaian masalah. Dalam dokumen ini, cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif pembelajaran yang tertentu dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk cadangan aktiviti pembelajaran. Walau bagaimanapun guru boleh mengubahsuai cadangan aktiviti pembelajaran jika perlu.2.0 Struktur Organisasi , Peranan dan TanggungjawabStruktur organisasi makmal sains di sekolah rendah adalah sedikit berbeza dengan sekolah menengah. Struktur organisasi di sekolah rendah tidak bercampur dengan panitia matematik seperti di sekolah menengah. Malahan ketua bagi panitia sains sekolah menengah digelar Ketua Bidang manakala sekolah rendah sebagai Ketua Panitia. Pengurusan bilik sains di sekolah rendah melibatkan beberapa unit iaitu unit keceriaan bilik sains, unit penyimpanan stok, unit keselamatan bilik dan unit penyimpanan bahan bantu mengajar. Berikut merupakan contoh carta organisasi pengurusan makmal sains di Sk Jengka 10, Maran, Pahang.

Rajah 2 : Carta Organisasi Sekolah RendahKetua panitia merupakan individu penting yang menguruskan panitia sains di peringkat sekolah.

Antara tugas bagi ketua panitia sains ialah :a. Membantu merancang perbelanjaan tahunan bagi perolehan peralatan dan bahan sains.b. Menyemak dan mengemaskini stok makmal dan bilik sains dari segi keperluan peralatan dan bahan sains sepanjang tahun.c. Merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk tujuan hapus kira dan pelupusan.d. Memastikan kaedah penyimpanan peralatan, bahan sains dan manual operasi peralatan sains mengikut prosedur dan bersistem.e. Menyemak dan mengemas kini rekod pengurusan makmal dan bilik sains seperti pesanan peralatan / bahan, stok makmal sains, pinjaman atau pemindahan peralatan, kerosakan/ kehilangan, penyelenggaraan dan pemeriksaan, kemalangan dan rekod penggunaan makmal sains.f. Menyelenggara bahan dan peralatan eksperimen g. Memastikan persekitaran fizikal makmal sains seperti keceriaan,bekalan api dan air serta kemudahan lain menepati ciri ciri keselamatan.h. Memastikan peraturan keselamatan makmal sains dipatuhi dan diamalkan oleh semua pihak yang menggunakan makmal sains.i. Memberi bimbingan dan menyelia kerja berkaitan makmal sains.j. Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.k. Memberi bimbingan professional kepada ahli panitial. Membantu merancang anggaran perbelanjaan tahunan panitiam. Menjalankan tugas lain yang diamahkan oleh guru besar.Guru sains yang juga merupakan ahli panitia sains juga mempunyai peranan dan tanggungjawab. Antara peranan guru sains ialah :a. Mematuhi jadual penggunaan makmal sainsb. Memastikan murid mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan makmal sainsc. Memastikan makmal sains sentiasa bersih dan ceriad. Mengenalpasti keperluan peralatan dan bahan sains yang akan digunakan dalam kerja amali serta mengisi borang atau buku pesanan untuk tindakan ketua panitiae. Mengawasi penggunaan peralatan dan bahan sains supaya digunakan dengan betul,cermat, jimat dan mematuhi langkah keselamatanf. Membantu ketua panitia merekod, menyemak dan mengemaskini stokg. Mengendalikan sistem maklumat bagi senarai dan bahan sains3.0 Belanjawan, Pesanan dan PembayaranBelanjawan merupakan satu proses yang melibatkan perancangan sistematik pembelian bahan kimia dan peralatan sains serta pejabat berdasarkan peruntukan. Ia memerlukan kebijaksanaan bagi memastikan penggunaan yang optimum oleh sekolah. Terdapat dua komponen yang perlu diambilkira sebelum anggaran perbelanjaan iaitu keperluan dan peruntukan. Bagi komponen keperluan, ia dirancang berdasarkan stok semasa dalam simpanan makmal dan sistem rekod yang sentiasa dikemaskini. Sementara bagi komponen peruntukan,ia dirancang berdasarkan peruntukan semasa yang dikemaskini supaya perbelanjaan tidak melebihi peruntukan.Perancangan belanjawan dibuat dua atau tiga bulan sebelum akhir tahun. Ini membolehkan pertimbangan tentang apa yang perlu dibeli dan membuat pesanan awal. Perancangan adalah tanggungjawab ketua panitia sains dan guru guru sains. Keputusan akhir belanjawan akan dibuat oleh guru besar. Terdapat beberapa perkara yang perlu diambilkira semasa membuat belanjawan. Antaranya ialah membuat semakan semua stok dalam setiap makmal untuk menentukan kuantiti item. Selain itu,semakan beberapa perkara juga perlu dilakukan seperti :a. Menentukan kegunaan tahunan item item pakai habisb. Waktu item pakai habis diperlukanc. Jenis jenis peralatan yang sangat kurangd. Peralatan baru yang diperlukan bagi tahun hadapane. Item yang rosak dan kecurian.Kemudahan dalam setiap makmal seperti bekalan air, elektrik, gas, perabot dan lain lain perlu diperiksa semasa membuat belanjawan. Senarai keperluan seperti bahan dan peralatan perlu dibuat bagi urusan mendapatkan harga daripada pembekal. Ketua panitia juga perlu mendapatkan peruntukan PCG tahunan serta membuat anggaran belanjawan mengikut senarai keutamaan. Proses terakhir semasa membuat belanjawan ialah menyemak samada senarai keperluan terdapat dalam kontrak pusat. Ketua panitia perlu mengambilkira PCG dan kedudukan kewangan semasa membuat perancangan belanjawan.Pemberian PCG adalah merupakan bantuan kewangan di bawah peruntukan belanja mengurus Kementerian Pelajaran kepada setiap murid sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan (KPM, 2005). Pemberian PCG merangkumi PCG prasekolah, PCG mata pelajaran dan PCG bukan mata pelajaran. Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5 Tahun 2002 menyatakan bahawa tuntutan atau pemberian PCG ditetapkan sekali setahun berasaskan bilangan murid pada 1 Oktober tahun sebelumnya dan borang tuntutan hendaklah diserahkan oleh pihak sekolah kepada PTJ masing-masing selewat-lewatnya pada 30 November tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, sekolah boleh membuat tuntutan penyelarasan sekiranya mengalami perubahan bilangan murid. Sekolah yang mengalami pertambahan bilangan murid sekurang-kurangnya 5% atau 100 orang murid berbanding bilangan murid pada tarikh asas tuntutan boleh memohon peruntukan tambahan sekali sahaja kepada bahagian kewangan melalui Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) masing-masing. Tuntutan tambahan ini perlu dikemukakan kepada Bahagian Kewangan sebelum atau pada 30 Ogos tahun semasa dan permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tersebut tidak akan diberi pertimbangan (Pindaan Pertama Kepada Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5, 2002, bertarikh 11 Februari 2004). Sekolah yang mengalami kekurangan bilangan murid sekurang-kurangnya 5% atau 100 orang murid berbanding bilangan murid pada tarikh asas tuntutan dikehendaki mengembalikan peruntukan lebihan PCG kepada JPN sebelum atau pada 30 Ogos tahun semasa. Mengikut Tambahan Pertama Kepada Surat Pekeliling Kewangan Bil 5, 2002, pengiraan PCG bagi mata pelajaran Sains Teras adalah bergantung kepada enrolmen murid di sesebuah sekolah. 60% daripada jumlah PCG Teras adalah diperuntukkan untuk mata Pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Jumlah sebenar untuk Sains Teras adalah 40% daripada 60% tersebut.Perbelanjaan Yang Dibenarkan Menggunakan Bantuan PCG Anggaran perbelanjaan untuk pembelian peralatan dan bahan Sains hendaklah disediakan pada bulan Oktober setiap tahun. Ini memberi masa yang cukup untuk membuat pertimbangan awal ke atas anggaran ini dengan mengurangkan atau menambahkan jenis dan bilangan peralatan dan bahan Sains yang hendak dibeli. Anggaran perbelanjaan ini hendaklah mendapat kelulusan daripada Guru Besar. Ketua Panitia Sains perlu mengetahui jumlah PCG Sains yang diperolehi bagi tahun berkenaan termasuk baki pada tahun lepas supaya agihan perbelanjaan dapat dirancang. Pengagihan ini hendaklah berdasarkan keutamaan berikut: a. Membeli peralatan dan bahan Sains untuk penilaian amali.

b. Mengganti peralatan dan bahan Sains yang rosak, pecah atau hilang.

c. Menambah bilangan peralatan dan bahan Sains.

d. Membeli peralatan baru termasuk bahan bantu mengajar.

e. Memperbaiki dan menyelenggara peralatan.

Selain itu, PCG juga boleh digunakan untuk perbelanjaan berikut: a. Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna (termasuk kertas Braille) bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

b. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, video tape dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

c. Keceriaan berunsurkan pendidikan seperti taman sains, taman herba dan lain-lain yang boleh memberi pengukuhan kepada program pengajaran dan pembelajaran.

Pemberian bantuan PCG haruslah diurus dan diguna secara berhemah dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Keutamaan pengunaan adalah untuk proses pengajaran dan pembelajaran berkesan. Keperluan bilik dan makmal Sains yang lengkap dan mencukupi serta keadaan yang selamat akan membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

Kadar Bantuan PCG Mata Pelajaran Teras ( MP Teras ) Bagi Sekolah Rendah Harian/ Sekolah Rendah Sukan Mengikut Surat Pekeliling Kewangan Bil 5,2006.bertarikh 31 Julai 2006.

Jadual 1 : Kadar Bantuan PCG Mata Pelajaran Teras Bagi Sekolah RendahCara pengiraan PCG bagi sekolah rendah :PCG Sains Teras = 40% x [60% x Jumlah PCG Mata Pelajaran Teras]Berdasarkan jadual 1 dan cara pengiraan PCG,berikut disertakan PCG Sk Lktp Jengka 10, Maran, Pahang bagi tahun 2015 :Sk Lktp Jengka 10 mempunyai bilangan murid seramai 249 orang. Tuntutan PCG bagi mata pelajaran teras adalah seperti berikut :Asas Pengiraan PCGJumlah PCG MP Teras

200 murid pertama = RM 2900.0049 murid berikutnya X RM 8.00 = RM 392.00RM 3292.00

Jumlah tuntutan PCG Sains= 40 % X ( 60 % x 3292 )= RM 790.08Perancangan Belanjawan Panitia Sains Sk Jengka 10, Maran , Pahang berasaskan PCG ( Rm 790.08 ).Sumber kewangan : PCG bagi tahun 2015 ( Rm 790.08 )A. Peralatan / bahan makmal / bahan bantu mengajarItem / PerkaraHarga SeunitKuantiti diperlukanJumlah ( RM )

Jam Randik

Carta Dunia Sains Tahun 1Set MagnetSet BongkahRm 40.00

Rm 200.00

Rm 150.00Rm 70.00

2

1

12Rm 80.00

Rm 200.00

Rm 150.00Rm 140.00

Jumlah = Rm 570.00B. Program Kecemerlangan / Peningkatan AkademikPerkaraTarikh PelaksanaanKos

Kuiz Sains

Pertandingan Reka Cipta Sains Abad ke 21

Feb, Mei, Julai, SeptemberMeiRm 100.00

Rm 120.00

Jumlah = Rm 220.00Jumlah Keseluruhan perbelanjaan berasaskan PCG = Rm 790.00 , berbaki Rm 0.8 sen.Perancangan Belanjawan Panitia Sains Sk Jengka 10, Maran , Pahang berasaskan sumbangan PIBG sebanyak RM 50,000.a. Projek Taman Sains dan Herba

Item / PerkaraHarga SeunitKuantiti diperlukanJumlah

Set meja / gazeboJaringPasirSimenTumbuhan herbaIkan kecilBatu hiasanUpah

Rm 500.00Rm 40/ mRm 60/ elaRm 50.00Rm 5.00Rm 4.00Rm 30/ bungkus220 m2650505Rm 1000.00Rm 800.00Rm 120.00Rm 300.00Rm 250.00Rm 200.00Rm 150.00Rm 1180.00

Jumlah = Rm 4000.00b. Bahan bantu mengajar / alatan makmalPerkara / itemHarga SeunitKuantiiti diperlukanJumlah

Kit Model DST Tahun 1Kit Model DSTTahun 2Kit Model DSTTahun 3Rm 250.00

Rm 250.00

Rm 250.004

4

5Rm 1000.00

Rm 1000.00

Rm 1250.00

Jumlah = Rm 3250.00c. Program Peningkatan Akademik dan Panitiai.) Program Motivasi Murid= Rm 2000.00ii.) Program Cemerlang Sains= Rm 2000.00iii.) Teknik Menjawab UPSR= Rm 1000.00iv.) Lawatan ke Pusat Sains Negara= Rm 4000.00v.) Lawatan Belajar ke Zoo Negara= Rm 6000.00vi.) Pertandingan Saintis Muda= Rm 500.00vii.) Tabungan Kelab Dr Muda= Rm 1000.00viii.) Aktiviti mingguan persatuansepanjang tahun ( Koko )= Rm 1000.00Jumlah= Rm 17500.00d. Pengubahsuaian Makmal Sains Abad ke 21ItemHarga Seunit/ kosKuantiti diperlukanJumlah

PC ( com )Skrin layarLCDPapan putihberodaPenghawa dingin Jubin seramikAlmari pameranPancuran pencuci mataRm 3000.00Rm 200.00Rm 500.00Rm 400.00

Rm 600.00Rm 1500.00Rm 200.00Rm 300.00

7111

1

11Rm 21000Rm 100.00Rm 500.00Rm 400.00

Rm 600.00Rm 2150.00Rm 200.00Rm 300.00

Jumlah = Rm 25250Ringkasan belanjawan duit sumbangan PIBG :i.) Projek Taman Sains dan Herba= Rm 4000.00ii.) Bahan Bantu Mengajar / Alatan makmal= Rm 3250.00iii.) Program Peningkatan Akademik / Panitia= Rm 17500.00iv.) Pengubahsuaian Makmal Abad ke 21= Rm 25250.00Jumlah Keseluruhan= Rm 50000.00Pesanan dan PembayaranPembelian keperluan makmal adalah diluluskan oleh guru besar. Jika anggaran harga melebihi Rm 500,000.00 maka ia mestilah melalui tender. Bagi pembelian bagi satu jenis item/ jenis atau satu kelas item antara Rm 50,000.00 hingga Rm 500,000.00 pembelian adalah melalui sebut harga. Bagi pembelian bagi satu item/jenis atau satu kelas item/ jenis kurang daripada Rm 50,000 pembelian terus ( direct award ) secara sebut harga ( Rm 500.00 Rm 50,000.00 ) atau petty cash ( Rm 500.00 ke bawah ). Bekalan pusat dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia semasa sekolah baru dibina, kurikulum baru diperkenalkan atau program peruntukan khas diperuntukkan oleh kerajaan. KPM akan menyelaras kontrak bekalan pusat dari segi mengenalpasti, membeli,menghantar, memasang dan menguji radas dalam satu jangka masa. Sekiranya peralatan atau bahan sains terdapat dalam senarai kontrak pusat tetapi sekolah ingin membuat pembelian dengan kuantiti yang minimum,maka pembelian secara terus boleh dilakukan dari syarikat yang lain.Prosedur Pembelian Secara Sebut Harga :a. Mendapatkan sebut hargab. Pemilihan pembekalc. Mengisi borang pesanan dan menghantar kepada pembekald. Pesanan Tempatan ( LO ) kepada pembekale. Surat / nota tanda terimaf. Penerimaan barangang. InvoisProsedur Pembelian Secara Terus ( Petty Cash )a. Guru mengisi borang permohonan dan ditandatangani ketua panitiab. Pihak makmal / guru boleh membeli dahulu dan mengemukakan resit pada pihak pentadbir sekolah bagi mengeluarkan wang dari petty cash.Prosedur Pembelian Secara Terus Secara Sebut Harga ( Direct Award )a. Mengisi borang permohonan dan ditandatangan oleh ketua panitiab. Pihak pentadbiran sekolah meminta sebut harga daripada syarikatc. Pemilihan dibuat dan menghubungi syarikat terpilihd. Pihak sekolah menghantar borang pesanan dan syarikat akan menghantar barangan bersama invois serta Delivery Ordere. Pihak sekolah memeriksa alatan sebelum menandatangani invois.

4.0 Penyimpanan Stok Makmal SainsPenyimpanan stok merupakan salah satu aspek pengurusan makmal sains yang amat penting. Terdapat beberapa cara penyimpanan stok. Antaranya ialah menyimpan bahan kimia.Bahan bahan kimia samada organik atau bukan organik hendaklah dipisahkan dari bahan dan peralatan yang lain kerana terdapat bahan kimia yang beracun,mudah terbakar,menghakis dan sebagainya. Stok perlu sentiasa disemak kerana terdapat bahan yang mudah rosak jika disimpan lama. Stok lama perlulah digunakan terlebih dahulu. Tarikh penerimaan setiap barangan atau botol perlu ditulis dengan terang. Stok baru perlu disimpan di belakang stok lama pad arak.Bagi bahan kimia tidak organik,haruslah dilabel pada botol mengikut nama logam. Botol botol bahan kimia tak organik disusun mengikut abjad di dalam almari bertutup. Bahan tidak boleh disusun di rak yang terdedah kerana mudah dihingapi habuk. Penambahan di,tri,ortho dan meta diabaikan dan disimpan mengikut nama logam. Contohnya , triammonium orthophosphate disimpan di bawah nama ammonium. Bahan bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara dengan yang boleh menghilangkan air hablur ke udara perlu diasingkan. Antara contoh bahan kimia yang menyerap air dari udara ialah asid sulfurik pekat, barium klorida, kalium hidroksida dan zink klorida. Manakala antara contoh bahan kehilangan air habluran ke udara ialah ammoniumkarbonat, boraks dan magnesium sulfat. Bagi bahan kimia cecair iaitu asid dan alkali yang bersifat mengakis tidak boleh diletakkan di rak yang tinggi. Logam alkali yang sangat aktif dan mudah teroksida jika bersentuhan dengan udara hendaklah direndam dalam minyak paraffin. Jika hendak dikeluarkan, perlu menggunakan penyepit dan dipotong dengan pisau yang tajam. Bahan tersebut tidak boleh disentuh dengan tangan. Bagi Fosforus ,ianya sangat berbahaya dan aktif. Maka bahan ini perlu disimpan di dalam air sejuk. Sementara bagi bahan kimia yang terurai oleh cahaya seperti argentums nitrat dan asid nitrik pekat, ianya perlu disimpan di dalam botol kaca berwarna gelap. Bahan kimia yang mudah rosak oleh panas seperti vitamin C ( asid askorbik ) dan hidrogen peroksida,ianya perlu disimpan di dalam peti sejuk. Almari berkunci diperlukan untuk menyimpan bahan kimia yang sangat berbahaya seperti sebatian arsenic dan garam sianida.Bahan bahan yang larut dalam air dan tidak reaktif boleh dibuang terus ke dalam sistem saliran air yang banyak. Bahan organic hendaklah dikumpulkan di dalam botol dan dilabelkan. Bahan kimia berasid pula hendaklah dicairkan sehingga 10 molar dan kemudian dineutralkan sebelum dibuang ke saliran air yang banyak.

5.0 Pelupusan Bahan KimiaPelupusan bahan kimia atau stok bernilai rendah biasanya dilakukan apabila bahan kimia tersebut telah sampai ke tarikh luput, berlebihan, tercemar, bocor atau tidak digunakan lagi. Pihak sekolah perlu mengisi borang laporan stok bernilai rendah KEW PS-19 dan mendapat tandatangan pemeriksa stok yang terdiri daripada guru sains. Pelupusan ini hendaklah mendapat kelulusan daripada guru besar. Maklumat kemudianya dihantar kepada pihak berkuasa melulus beserta dokumen seperti Borang KEW PS-19, surat daripada Jabatan Alam Sekitar dan surat daripada syarikat yang dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar. Pelupusan hanya akan dilakukan selepas mendapat kaedah yang ditentukan samada buang, tanam atau bakar. Bagi pelupusan aset alih kerajaan, bahan peralatan sains yang terdiri daripada harta modal dan inventori perlu dilupuskan mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil 05 tahun 2007 ( Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan ) dan Pekeliling Perbendaharaan Bil 05 tahun 2009. Pelupusan aset alih merupakan satu tindakan mengeluarkan aset dari milikan, kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah kaedah yang ditetapkan. Aset ini dilupuskan sekiranya mengalami kerosakan dan tidak ekonomik untuk dibaiki, tidak boleh digunakan, melebihi keperluan, tidak bergerak dan disyorkan selepas verifikasi atau pemeriksaan aset dijalankan. Jabatan perlu mengenalpasti aset yang perlu dilupuskan dan menyediakan Perakuan Pemeriksa melalui borang KEW PA 16 ( jika perlu ). Kemudian lembaga pemeriksa melengkapkan borang KEW PA 17 dan menghantar maklumat kepada urusetia pelupusan untuk dihantar ke Jawatankuasa Melulus samada JPN atau KPM mengikut nilai aset tersebut. Selepas keputusan diterima, maka pelupusan perlu dilakukan segera dan sekolah perlu melengkapkan borang KEW PA 19 dan menghantar semula ke kuasa melulus dan rekod aset di sekolah pula perlu dikemaskini di borang KEW PA 2 atau KEW PA 3.

6.0 Susun Atur dan Reka Bentuk Makmal Sains

Makmal atau Bilik Sains merupakan tempat yang penting dan kondusif bagi guru dan murid meneroka tentang sesuatu konsep dengan menjalankan amali sesuai dengan pendekatan inkuiri penemuan yang sangat ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Definisi makmal atau Bilik Sains adalah seperti berikut: Makmal Sains ialah ruang yang digunakan untuk mengajar, membuat analisis, penyelidikan, menjalankan eksperimen dan penghasilan bahan di sekolah menengah ( Laboratory.Design.com ) Makmal ialah tempat mengadakan percubaan atau penyelidikan segala sesuatu yang berhubung dengan ilmu sains (fizik, kimia, dan lain-lain). Kamus Dewan edisi keempat Bilik Sains ialah ruang yang digunakan untuk mengajar, membuat analisis, penyelidikan, menjalankan eksperimen, dan penghasilan bahan bagi sekolah rendah.

Keperluan Makmal / Bilik Sains

Kurikulum Sains memerlukan murid menjalani aktiviti hands-on menggunakan pendekatan inkuiri semasa proses pembelajaran. Pembelajaran melalui penerokaan dan menjalankan sendiri eksperimen dapat mencetuskan perasaan ingin tahu dan seterusnya memberi kefahaman mendalam yang menjadi asas kepada prinsip Sains. Pembelajaran sains perlu dijalankan di Makmal Sains atau Bilik Sains untuk: i. Memastikan p&p mata pelajaran sains lebih efektif kerana sesuatu konsep itu akan lebih mudah difahami dengan membuat bukan setakat mendengar.

ii. Mengembangkan kemahiran saintifik yang meliputi kemahiran proses sains serta kemahiran manipulatif

iii. Membolehkan eksperimen dijalankan dengan selamat dan berkesan, dengan menyediakan tempat yang sesuai.

iv. Memperkembangkan lagi semangat ingin tahu dan minat terhadap sains dan membentuk serta mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.

v. Memberikan ruang yang lebih kondusif dan sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran Sains pada setiap peringkat sekolah persekolahan.

vi. Memudahkan capaian Internet (di makmal yang tersedia Internet).

6.1 Pengubahsuaian Bilik Sains Sk Jengka 10 ke arah Abad Ke 21Bilik sains abad ke 21 perlu mempunyai elemen teknologi maklumat seperti penggunaan komputer dan kemudahan capaian internet bagi memudahkan murid mengakses maklumat yang dikehendaki pada masa pembelajaran itu juga. Malahan guru juga boleh menggunakan rangkaian yang diwujudkan di dalam bilik berkenaan untuk memberikan latihan atau tugasan, menerangkan prosedur amali dan sebagainya. Melalui pelan lantai yang telah diubahsuai, sebanyak tujuh buah komputer diletakkan di dalam bilik berkenaan. Sebuah komputer dikhaskan untuk guru yang bertindak sebagai admin kepada komputer yang diletakkan di setiap meja murid. Kemudahan wifi internet turut dipasang agar murid dapat mengakses kepada internet dengan mudah dan pantas. Selain itu, pengubahsuaian lantai bilik daripada simen kepada jubin turut dilakukan agar kerja kerja pembersihan lebih mudah dilakukan setiap kali selepas murid melakukan amali dan sesi pembelajaran. Skrin LCD turut dipasang bagi menggalakkan penggunaan LCD yang merupakan teknologi masa kini. Murid juga digalakkan melakukan aktiviti secara berkumpulan dengan setiap kumpulan dilengkapkan dengan sebuah komputer untuk tujuan perbincangan dan sebagainya.Pemasangan penghawa dingin turut dilakukan di bilik sains dan hanya digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang tidak melibatkan amali. Penggunaan computer dan LCD juga memerlukan penghawa dingin yang bertindak sebagai pengawal suhu haba daripada kedua dua objek tersebut. Selain itu, bilangan sinki juga ditambah bagi memudahkan murid untuk membersihkan alatan yang telah digunakan dan menyalirkan bahan kimia yang perlu. Sebagai langkah keselamatan, sebanyak dua alat pemadam api diletakkan di bahagian pintu bilik agar mudah diambil jika berlaku kecemasan dan kebakaran. Kit pertolongan cemas juga diletakkan di kawasan berhampiran meja guru bagi memudahkan ia diambil dan digunakan apabila perlu. Bilik sains yang sedia ada juga tidak dilengkapi dengan alat pancuran pencuci mata. Justeru penambahan alat ini dilakukan agar ia dapat digunakan apabila menghadapi situasi kecemasan jika berlaku kepada murid. Langsir juga akan dipasang bagi mengahalang sinaran cahaya berhampiran kawasan layar dan LCD supaya tayangan di layar lebih jelas. Almari pameran yang diperbuat daripada kaca turut diwujudkan bagi mempamerkan hasil kerja dan tugasan murid. Perkara ini akan menimbulkan rasa semangat dan bangga di kalangan murid serta menjadi inspirasi kepada murid lain.Kaedah pembelajaran secara berkumpulan juga perlu dijalankan dimana murid menjalankan aktiviti perbincangan, eksperimen dan uji kaji secara bersama. Susun atur meja di dalam bilik sains ini juga memudahkan aktiviti berkumpulan dijalankan.

6.2 Penyelenggaraan Makmal dan Bilik SainsPenyelenggaraan bangunan makmal dan bilik sains merangkumi sembilan aspek yang perlu diberikan penekanan iaitu dari segi keretakan dan kerosakan, ketahanan warna cat, pendawaian elektrik, pengudaraan, saluran paip gas, singki, paip dan longkang, masalah kerosakan yang disebabkan oleh anai-anai dan bubuk, kebersihan dan juga keceriaan makmal. 1. Keretakan dan Kerosakan a. Kenalpasti jenis keretakan dan kerosakan yang berlaku. b. Jika terdapat keretakan dan kerosakan, kakitangan makmal hendaklah membuat laporan segera kepada Ketua Bidang Sains dan Matematik. c. Jika keretakan atau kerosakan adalah teruk, pastikan kawasan tersebut dipasang pita rentangan keselamatan. d. Laporan segera hendaklah dibuat kepada Unit Pembangunan di PPD dan JPN.

2. Kelunturan Cat a. Kenalpasti bahagian makmal dan bilik sains yang luntur catnya. b. Jika cat luntur terlalu serius, permohonan baikpulih segera perlu dibuat supaya proses mengecat semula dapat dijalankan dengan mengisi borang kerosakan dan dilaporkan kepada pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya. c Peruntukan pembaikan cat boleh dipohon dari pihak sekolah di bawah peruntukan LPBT atau dari PPD. e. Kerja mengecat tembok bahagian dalam serta luar makmal dan bilik sains perlu dilakukan secara tender. 3. Pendawaian Elektrik a. Pastikan pelan kedudukan suis utama, kuasa dan lampu disediakan bagi setiap makmal. b. Pastikan peralatan elektrik berfungsi. c. Suis, soket dan pendawaian hendaklah kerap diperiksa supaya tidak ada sebarang kerosakan. d. Fius hendaklah diganti segera apabila rosak. e. Jika berlaku kerosakan sistem pendawaian elektrik, sila buat laporan kepada pihak sekolah secara mengisi borang aduan. f. Dilarang membaiki sendiri kerosakan sistem elektrik yang berlaku untuk mengelakkan sebarang kemalangan tidak diingini. 4. Pengudaraan Makmal dan Bilik Sains. a. Pastikan cermin tingkap atau langsir berwarna hitam atau berwarna gelap. b. Pastikan tingkap makmal dan bilik sains sentiasa terbuka untuk pengudaraan dan pencahayaan yang sempurna. c. Jika berlaku kerosakan yang menjejaskan pengudaraan makmal, sila laporkan segera kepada pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya. d.Pastikan tingkap makmal dan bilik sains sentiasa terbuka untuk pengudaraan dan pencahayaan yang sempurna. e Alat pengedar udara hendaklah sentiasa dipasang terutama di bilik penyimpanan bahan kimia. 5. Saluran Paip Gas a. Bilik penyimpanan silinder gas perlu mempunyai pengudaraan yang baik dan hendaklah sentiasa dikunci untuk mengelakkan diceroboh oleh mana- mana pihak. b. Sistem saluran gas hendaklah sentiasa diperiksa untuk mengenal pasti atau mengelakkan kerosakan dan kebocoran gas. c. Jika disyaki berlaku kebocoran, injap utama hendaklah ditutup dengan serta merta. d. Laporkan sebarang kerosakan ke pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya.

6. Singki, Paip dan Longkang a. Pastikan singki sentiasa bersih. b. Pasangkan alat penapis yang bersesuaian pada singki untuk menapis sisa pepejal supaya singki tidak tersumbat. c. Jangan membuang bahan pepejal (bahan kimia reaktif dan bahan kimia tidak reaktif) dan cecair organik (bahan kimia organik dan bahan kimia tak organik) ke dalam singki. d. Paip air hendaklah sentiasa diperiksa dari masa ke semasa dan jika berlaku kebocoran dan kerosakan, hendaklah dilaporkan kepada pihak sekolah untuk tindakan susulan. e. Longkang di dalam makmal dan bilik sains hendaklah sentiasa bersih dan tidak tersumbat. Sementara longkang di kaki lima bangunan yang tersumbat hendaklah dilaporkan kepada pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya. f. Jika longkang tersumbat, hendaklah dibersihkan segera dengan menggunakan pancutan air yang kuat untuk membersih bahan buangan yang terdapat di dalam longkang. g. Sekiranya masih tersumbat, laporan segera perlulah dibuat kepada pihak sekolah untuk diajukan kepada unit Pembangunan dan Perolehan PPD dan JPN beserta dengan laporan dan gambar bukti.

7. Kerosakan yang disebabkan oleh anai-anai dan bubuk. a. Sebagai langkah pencegahan, semburan racun anai-anai hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali. b. Pemeriksaan berkala perlu dilakukan ke atas lantai dan dinding makmal sekurang-kurangnya dua bulan sekali. c. Jika serangan anai-anai dan bubuk mulai dikesan semula, tindakan pembersihan hendaklah dibuat segera diikuti dengan semburan baru racun anai-anai.

7.0 KesimpulanPelbagai aspek yang menjadi tunjang pengurusan makmal dan bilik sains perlu dilaksanakan dengan baik. Pihak pentadbir dan ketua panitia khususnya harus memainkan peranan bagi memastikan pengurusan sumber dan makmal sains dapat membantu dalam meningkatkan proses pembelajaran sains di sekolah. Aspek seperti penyimpanan stok,belanjawan, struktur dan organisasi,reka bentuk dan susun atur harus dititikberatkan agar sistem pengurusan makmal sains sekolah lebih sistematik. Penyediaan bilik sains abad ke 21 seharusnya dapat meningkatkan minat murid terhadap sains disamping meningkatkan pencapaian mereka dalam matapelajaran sains. Guru harus peka dengan perkembangan teknologi semasa dan mengaplikasikanya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka.

1

Sheet1Kadar PCG SetahunJenis bantuan101 - 150 murid151 - 500 murid501 - 1000 murid1001 dan ke atasPCG MP rm 2100 + rm 16.00rm2900 + rm8.00rm5700 + rm10.00rm10700 + rm9.00Terasseorang muridseorang muridseorang muridseorang muridmelebihi 100 orangmelebihi 150 melebihi 500melebihi 1000 orangorangorang