esei p.seni

6
WAJ 3073 SENI DALAM PENDIDIKAN 1 1.0 Pengenalan Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya adalah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, invenif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistikdan menyeluruh. Seni dalam pendidikan akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran di sekolah menjadi lebih seronok. Pendidikan Seni dapat membantu kita memahami diri sendiri. a juga dapat membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah. Seni dalam Pendidikan dapat memotivasikan kita agar menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. a juga dapat membantu perkembangan insan se!ara seimbang dan menyeluruh. 2.0 Matlamat Seni dalam Pendidikan Matlamat Seni dalam Pendidikan adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang !elik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginative, kritis, kreatif, inovatif dan inv "andungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran kepada #uhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang kea rah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negera selaras dengan hasrat $alsafah Pendidikan %egara. 3.0 Obeki! Seni Dalam Pendidikan Seni dalam pendidikan di sekolah bertujuan untuk menghargai keindahan !iptaan #uhan. a juga dapat memupuk budaya pengamatan, &'()*'* +%# ' 'S '*M') S*''& /0 12 - 0-34356

Upload: syahrulsksk

Post on 07-Oct-2015

42 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

WAJ 3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

WAJ 3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

4

1.0 Pengenalan

Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya adalah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, invenif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik dan menyeluruh.Seni dalam pendidikan akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran di sekolah menjadi lebih seronok. Pendidikan Seni dapat membantu kita memahami diri sendiri. Ia juga dapat membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah. Seni dalam Pendidikan dapat memotivasikan kita agar menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Ia juga dapat membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh.

2.0 Matlamat Seni dalam PendidikanMatlamat Seni dalam Pendidikan adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginative, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran kepada Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang kea rah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negera selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.3.0 Objekif Seni Dalam PendidikanSeni dalam pendidikan di sekolah bertujuan untuk menghargai keindahan ciptaan Tuhan. Ia juga dapat memupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan. Pendidikan Seni ini juga dapat meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kita juga dapat menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mengekspresikan hasilan kerja. Guru dan pelajar juga akan membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni yang dibuat. Kita juga akan mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata murid. Murid juga begitu menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Akhir sekali, menjadikan Seni dalam Pendidikan sebagai tunjang dalam kerjaya keguruan.4.0 Penghasilan Lakaran dan lukisan MuralSaya telah memilih tema Sukan dan Permainan bagi penghasilan lakaran dan lukisan mural di dinding sekolah. Saya memilih tema Sukan dan Permainan setelah melihat senario negara kita yang begitu meminati aktiviti sukan dan permainan. Rakyat Malaysia begitu meminati sukan badminton, bola sepak, squash, dan renang. Seringkali saya lihat ketika berlansungnya temasya sukan yang besar, masing-masing sanggup bersengkang mata untuk menonton dan memberi sokongan walaupun di hadapan televisyen atau pun dipelbagai lokasi strategik seperti di kedai makan. Semua penonton tanpa mengira usia, bangsa dan agama mencapai kata sepakat dan bersatu padu. Menerusi aktiviti sukan dan permainan, perpaduan dapat diwujudkan. Sukan bola sepak, contohnya Piala Dunia mempunyai penyokong bukan sekadar di stadium tetapi ditonton merata dunia. Sementara itu jika di Malaysia, saya lihat stadium akan dipenuhi jika Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicole David atau Pandelela Rinong beraksi. Hasil daripada pemerhatian ini telah memberi idea kepada saya untuk melukis aksi-aksi athlit ini dalam lukisan mural saya. Saya berharap lukisan ini nanti akan menjadi motivasi kepada pelajar untuk berjaya dalam aktiviti sukan dan menjadikan sukan sebagai cara untuk menjaga kesihatan dan berjaya dalam pelajaran.Idea untuk melukis gambar serta membuat pemilihan warna banyak menggunakan kemudahan ICT. Saya mencantum gambar-gambar aksi sukan terlebih dahulu. Setelah puas hati dengan gambar barulah saya lakarkan dalam lukisan. Lukisan yang dilakar dan dilukis dengan art pen. Saya telah melukis dua buah lukisan yang sama. Satu untuk dihantar sebagai lakaran dan satu lagi diwarnakan. Pemilihan untuk aktiviti menggambar, berbagai media telah saya gunakan dan disatukan dalam hasil kerja. Antara bahan yang saya gunakan ialah lukisan saiz B3, art pen, dan pelbagai jenis pensil. Berbagai saiz berus turut digunakan serta mewarna poster. Bagi pemilihan warna pula, saya menggunakan warna poster.Harga warna poster ini agak mahal tetapi sangat berkualiti. Alatan dan media yang berbagai digunakan ke atas sesuatu bahan dapat menghasilkan satu hasil kerja seni yang pelbagai. Saya melekatkan kertas lukisan di atas mounting board agar kemas menggunakan gam spray mount. Gam ini dapat mengelak lukisan yang dilekatkan pada mounting board tidak berkedut. Lukisan ini tampak kemas seolah-olah ada frame. Kertas lukisan yang akan dihantar ditutup dengan sugar paper yang berwarna hitam. Tujuannya untuk menjaga kualiti lukisan serta mengelak lukisan rosak. 5.0 RumusanKesimpulannya, melalui lukisan mural yang dipaparkan samada di sekolah dapat memberikan motivasi ataupun galakan kepada pelajar untuk mencontohi tokoh-tokoh tanah air yang mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Selain daripada itu, melalui lukisan mural ini dapat menggambarkan nilai-nilai yang baik kepada pelajar dalam membentuk kesungguhan dan disiplin supaya mereka maju dalam bidang sukan dan permainan mengikut jejak langkah tokoh-tokoh tersebut. Di samping itu juga, ianya dapat memberi kesedaran kepada pelajar bahawa dengan bersukan kita dapat kecergasan fizikal dan mental sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

LAMPIRANGambar menunjukkan proses membuat lukisan Mural atas kertas B3 menggunakan art pen dan warna poster.

Memilih gambar dari internet dan lakarkan di atas kertas lukisan.

Hasil lukisan setelah diwarnakan dengan warna poster.

Mengemaskan lukisan dengan melekatkan kertas lukisan di atas mounting board dan melekatkan gambar menggunakan spray mount untuk mengelakkan lukisan berkedut dan basah.

Spray mountLukisan yang telah dilekatkan atas mounting board dan ditutup dengan sugar paper untuk mengelak lukisan dari kotor.

RAUDHAH BINTI ALIAS@ AHMAD SHAARI (680130-08-5754)