titas esei

44
Pengenalan Di negara ini terdapat pelbagai jenis agama. Salah satu daripadanya ialah agama Islam Agama islam merupakan agama rasmi bagi negara ini dan diperuntukkan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Islam juga menjadi anutan yang tidak boleh dipisahkan daripada tamadun Melayu dan orang melayu. Tamadun melayu didefinisikan sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang melayu dan bertempat di suatu wilayah di asia tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu, gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah jawi. Dalam perkembangannya agama islam, tamadun Melayu semakin mantap dengan kedatangan Agama Islam dan mewujudkan adat istiadat Melayu. Islam dan adat budaya Melayu telah berinteraksi antara satu sama lain serta saling melengkapi antara keduanya dalam tamadun Melayu. Kedatangan Islam telah menyebabkan berlaku proses Islamisasi di Alam Melayu dengan kesan-kesannya sebagaimana yang dilihat dalam sejarah. Antaranya ialah berlaku perubahan akidah Melayu kepada kehidupan kerohanian. Namun, masih ada unsur-unsur budaya Hindu-Buddha dan animisme yang masih diamalkan. Proses Islamisasi dalam masyarakat Melayu telah merubahkan pelbagai aspek kehidupan seperti rohani, intelektual dan kemasyarakatan.

Upload: kohila-kohilavani

Post on 26-Nov-2015

246 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

kjkz

TRANSCRIPT

TAJUK 1

Pengenalan Di negara ini terdapat pelbagai jenis agama. Salah satu daripadanya ialah agama Islam Agama islam merupakan agama rasmi bagi negara ini dan diperuntukkan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Islam juga menjadi anutan yang tidak boleh dipisahkan daripada tamadun Melayu dan orang melayu. Tamadun melayu didefinisikan sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang melayu dan bertempat di suatu wilayah di asia tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu, gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah jawi. Dalam perkembangannya agama islam, tamadun Melayu semakin mantap dengan kedatangan Agama Islam dan mewujudkan adat istiadat Melayu. Islam dan adat budaya Melayu telah berinteraksi antara satu sama lain serta saling melengkapi antara keduanya dalam tamadun Melayu.

Kedatangan Islam telah menyebabkan berlaku proses Islamisasi di Alam Melayu dengan kesan-kesannya sebagaimana yang dilihat dalam sejarah. Antaranya ialah berlaku perubahan akidah Melayu kepada kehidupan kerohanian. Namun, masih ada unsur-unsur budaya Hindu-Buddha dan animisme yang masih diamalkan. Proses Islamisasi dalam masyarakat Melayu telah merubahkan pelbagai aspek kehidupan seperti rohani, intelektual dan kemasyarakatan.Peranan Islam Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia Penerimaan Islam oleh masyarakat Melayu dilakukan secara damai dan sejahtera. Tiada bukti sejarah yang boleh mengatakan bahawa masyarakat Nusantara menerima kemasukan Islam secara paksaan. Jika ada pun, perselisihan yang wujud adalah bersifat setempat dan tidak menyeluruh disebabkan faktor keengganan menerima perubahan. Misalnya, peperangan di antara Raja Raden Fattah yang telah memerintah ciri dengan Prabu Udara yang memerintah Majapahit pada awal abad ke-16 M. Islam datang ke Nusantara pada awal abad 1 Hijrah (kurun 7 dan 8M) . Islamisasi berlaku semakin pesat apabila kerajaan Islam berpusat di Baghdad jatuh ke tangan tentera Monggol pada tahun 1258M. Ini menyebabkan usaha Islamisasi terbuka ke kawasan-kawasan baru termasuklah Nusantara. Selepas 1258M, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam di Nusantara tidak dapat dibendung lagi. Antaranya ialah Kerajaan Aceh, Terengganu, Melaka, Patani, Banten, Mataram, Brunai, Sulu dan sebagainya. Secara keseluruhannya, Islam telah membawa perubahan besar kepada masyarakat di Nusantara selepas itu. Contoh yang paling jelas adalah Kerajaan Melaka, Aceh dan Johor-Riau yang secara terang menyerang telah membuka minda atau fikiran masyarakat Nusantara dari pelbagai sudut seperti pentadbiran, 'pendidikan, perundangan, ekonomi dan agama. Kesan perubahan ini masih berterusan walaupun Nusantara selepas itu melalui proses penjajahan Barat bagi satu tempoh masa yang panjang bermula kejatuhan Kerajaan Islam Melaka pada tahun 1511 di tangan Portugis sehingga mendapat kemerdekaan daripada British pada tahun 1957. Selain itu, beberapa bahagian wilayah Nusantara yang lain turut mengalami kemerdekaan sebelum dan selepas itu. Pengaruh Islam tetap bertapak dan terus diasimilasi bersama-sama dengan kehidupan masyarakat Nusantara sehingga Islam dijadikan 'ad-deen' sebagai cara hidup dari semua aspek keperluan masyarakatnya. Contoh yang dapat digambarkan menerusi wasiat Sultan Mansur Syah kepada anaknya iaitu Sultan Alauddin Riayat Syah adalah seperti berikut:

u...hendaklah engkau berbuat sabar serta adil sangat-sangat, dan jangan tamakkanharta orang..... Melainkan dengan izin tuannya. Jangan lagi khali engkau,keluar dihadap orang, kerana hamba Allah banyak terserah kepadamu, jikalau kesukaran baginya hendaklah engkau tolong; jikalau teraniaya ia, hendaklah engkauperiksa baik-baik....... kullukum ra'in wa kullukum mas'ulun 'an ra'iyatihi ... u

Gambar ini menunjukkan Sultan Mansur Syah Wasiat ini menjelaskan bahawa ajaran Islam dihayati dan diamalkan oleh masyarakat sebagai satu cara hidup mereka.Teori Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

Tidak dapat dipastikan bilakah Islam mula datang dan sampai ke Tanah Melayu. Bukti-bukti sejarah juga masih tidak jelas dan bersimpang-siur. Namun, terdapat beberapa bahan sejarah yang boleh membantu untuk menentukan tarikh kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Pertama dari sudut riwayat yang dicatat oleh para pengembara dan pedagang yang sampai ke Asia Tenggara. Catatan telah dibuat oleh pengembara Arab dan juga Parsi.

Mengikut riwayat Cina, telah ada orang Islam di Sriwijaya pada tahun 674 Masihi/ 55 Hijrah. Kemudian Al-Masudi meriwayatkan bahawa pada 887 telah ada petempatan orang Islam di Khanfu (Canton), negeri Cina. Oleh yang demikian terdapat sarjana yang melihat kedatangan Islam ke Tanah Melayu melalui pelbagai teori. Tidak cukup dengan itu, beberapa penemuan batu bersurat dan catatan sejarah yang dibaca, ahli-ahli sejarawan tempatan telah membuat pelbagai teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Selain itu, berdasarkan catatan sejarah Cina yang menyebut bahawa pada abad ke-7 Masihi, orang-orang Arab telah sampai ke Tanah Jawa.Pada tahun 684, mereka telah mendirikan sebuah perkampungan di pantai barat Pulau Sumatera dan telah mula menyebarkan Islam ke Nusantara ini.

Gambar ini menunkukkan batu bersurat Namun begitu, teori utama yang dapat disimpulkan berkaitan kedatangan Islam ke Tanah Melayu adalah melalui negara India, China dan perdagangan serta diplomatik. Islam datang melalui India dan para pembawanya ialah para saudagar yang berniaga terutamanya dari Gujerat . Islam datang melalui negeri China seperti yang didukung oleh S.Q. Fatimi, seorang penyelidik dari Pakistan. Serta penyebaran melalui hubungan perdagangan yang wujud dalam masa yang sama penyebaran Islam telah berlaku tanpa disedari antara para pedagang yang telah datang ke Tanah Melayu dengan rakyat tempatan.

Hubungan India dengan beberapa negara di Nusantara telah lama terjalin.Pada abad ke-13 Masihi, apabila kerajaan umat Islam di Arab menguasai bahagian barat dan timur India, mereka menjadikan Gujerat sebagai pangkalan penting bukan sahaja sebagai pelabuhan, bahkan sebagai pusat perhubungan antara timur dengan barat. Dengan adanya kemudahan tersebut, saudagar-saudaugar Muslim dari Gujerat dikatakan sering berkunjung ke Nusantara untuk berdagang dan sekaligus menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk tempatan. Ada pendapat menyatakan kedatangan Islam ke Nusantara ialah melalui daerah Bengal yang terletak di Malabar, India bukan Gujerat.

Teori kedatangan Islam dari Gujerat dan Malabar atau India ini diperkuatkan lagi dengan temuan batu nisan di Pasai yang bertarikh 1428M dan di Gerisik yang bertarikh 1419M oleh Morquette. Bentuk fizikal kedua-dua batu nisan ini mempunyai ciri persamaan dengan batu nisan di Gujerat. Realiti ini membawa pada kesimpulan sejarah oleh sejarawan; iaitu Islam sampai keTanah Melayu pada awal kurun ke-15M.

Kata Syed Muhammad Naquib al-Attas, asas jumpaan dan persamaan fizikal batu nisan sebagai di atas tidak munasabah. Sepatutnya, jumpaan dan persamaan tersebut hanya dilihat sebagai hujah tempat asal batu nisan tersebut adalah dari Gujerat, India.Penolakan satu-satu teori akan membawa kepada lahirnya satu teori sejarah yang lain. Teori sejarah terkemudian ini juga sebenarnya masih dan tetap disokong oleh sumber-sumber sejarah di samping rasionalisme sejarawan itu sendiri.

Gambar ini Menunjukkan Syed Muhamad Naquib al-AttasMenurut S.Q Fatimi, kedatangan Islam di Tanah Melayu datangnya dari Bengal, Coromandel, India. Kedatangan Islam ini dilakukan oleh para pedagang dari sana. Bengal lebih awal menerima Islam berbanding Gujerat dan Malabar. Maka, sudah tentu proses islamisasi Tanah Melayu itu dilakukan oleh wilayah yang lebih awal menerima Islam ini.Pandangan ini telah didokong oleh Arnold dalam buku akademinya, The Muslim World. Menurut beliau, para pedagang Bengal ini bermazhab Shafie; sama dengan mazhab umum di Tanah Melayu.

Kesimpulannya, paling awal kedatangan Islam dari India ini pada awal kurun ke 11M.Paling lewat Islam sampai ke Tanah Melayu dari India pada awal kurun ke-15. Para Pedagang dari India bertanggungjawab membawa Islam di Tanah Melayu berdasarkan sumber-sumber sejarah sebagaimana di atas. Realiti ini memberi jawapan bahawa betapa tingginya Islam sehingga wujud suatu interaksi sihat antara dua bangsa yang lain darah, budaya dan lain-lain; namun masih boleh bersatu dan membangunkan tamadun Nusantara atas asas yang sama iaitu Islam.

Kedatangan Islam dari negara China juga merupakan salah satu teori utama yang menjadi perbahasan antara para sejarawan berkaitan penyebaran dan kedatangan Islam ke Tanah Melayu ini. Oleh itu beberapa bukti sejarah yang telah berjaya dikemukan dan dikaji oleh sejarawan menjadi bukti dalam menghuraikan dan menerangkan teori kedatangan Islam dari negara China ini.Hujah Josselin De Jong bertitik-tolak pada jumpaan batu nisan di wilayah jiran Perlak iaitu Pasai. Pada fizikal sumber artifak tersebut terukir nama sultan Malik al-Salih, iaitu nama Sultan Pasai. Pada batu nisan tersebut juga terdapat tarikh meninggal Malik al Salih iaitu pada 1297M. Secara logiknya, kedatangan Islam ke Tanah Melayu pasti lebih awal dari tarikh tersebut. Asas jumpaan batu nisan ini dilengkapkan dengan catatan sejarah di China sendiri berhubung hubungan diplomatik China-Pasai. Menurut Josselin De Jong, pada kurun ke-13M telah berlaku hubungan diplomatik tersebut dapat dilihat apabila pengutusan 2 diplomat Pasai iaitu Hasan dan Sulaiman ke negara China tersebut. Peristiwa bersejarah tersebut berlaku pada 1282M.

Gambar ini menunjukkan Batu nisanMasih dalam perwacanaan teori Islam sampai ke AM dari China, sejarawan Gardener dan Emmanuael menyinggung pandangan yang berbeza. Menurut 2 sejarawan tersebut, Islam sampai ke China dari jalan darat oleh para pedagang Arab lembah Arabia sendiri sejak zaman Khalifah Uthman al-Affan lagi. Dalam catatan sejarah China, seawal kurun ke-8M, sudah wujud penempatan masyarakat peranakan Arab di Canton. Kewujudan masyarakat Arab tersebut bukan sahaja dapat dilihat pada wujudnya penempatan-penempatan tetap, malah pada kewujudan Jabatan Kira-Kira yang diselenggarakan oleh para pedagang Arab itu sendiri. Hal ini menjadi hujah bahawa Islam yang sampai ke alam Melayu dilakukan oleh para Pedagang Arab yang tinggal di Canton (China) paling lewat pada kurun ke-8M dengan Tanah Melayu. Dakwah Islamiyyah tersebut dilakukan sendiri oleh pedagang-pedagang Arab, bukan para pedagang berketurunan Cina. Maka, secara teorikalnya Islam itu bukan datang daripada rantau Arabia, tetapi datang daripada China. Teori kedatangan Islam di Tanah Melayu dari China turut diketengahkan oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas. Menurut al-Attas, pada sekitar tahun 878-879M, iaitu pada zaman Hsi Tzung peristiwa krisis etnik di Pelabuhan Canton. Lebih 100 000 nyawa termasuk daripada para pedagang Arab telah menjadi korban dalam peristiwa berdarah tersebut. Implikasi tersebut membawa pada penghijrahan para pedagang yang terselamat ke Kedah dan Parlembang demi mendapatkan perlindungan. Kedatangan mereka ke Kedah dan Parlembang ini dijadikan asas teori Islam datang dari China.

Kesimpulanya teori kedatangan Islam dari China ke Tanah Melayu dapat dilihat berdasarkan artifak dan juga penceritaan berkaitan yang telah berlaku di negara China dan akhirnya telah memberikan kesan terhadap penyebaran Islam ke Tanah Melayu, di mana pada asalnya kedatangan islam itu bermula daripada negara-negara arab yang memberi kesan kepada negara China dan akhirnya tersebar ke Tanah Melayu. Manakala teori kedatangan Islam dari negara India adalah terus dari India ke Tanah Melayu dimana hubungan diplomatik dan perdagangan menjadi satu platform utama dalam menyebarkan agama Islam yang terdapat di India ke Tanah Melayu.

Kesan, Pengaruh Dan Peranan Islam Dalam Tamadun Melayu

Agama dan kepercayaanKehadiran agama Islam di negara ini telah memberi impak yang besar terhadap penduduk Melayu di negra ini. Hal ini dapat dilihat dengan jelas di dalam kehidupan" seharian masyarakat Melayu di negara ini. Kehidupan masyarakat Melayu banyak didasari oleh adat dan ajaran Agama Islam. Kesan dan pengaruh Islam dalam tamadun Melayu adalah pertama Agama dan Kepercayaan Kesan utama yang dibawa oleh Islam ialah terhadap akidah dan kepercayaan. Sebahagian daripada masyarakat Melayu telah meninggalkan ajaran agama Hindu Buddha yang mereka menganuti selama ini dan kepercayaan animisme. Mereka percaya kepada konsep ketuhanan, hormat-menghormati antara manusia dan menitikberatkan soal persamaan taraf. Cara kehidupan mereka juga telah berubah kepada cara hidup beragama dengan mengamal dan menghayati ajaran Islam dalam kehidupan mereka.

Kepercayaan dan agama merupakan dua aspek sosial yang agak sukar untuk dipisahkan kerana sebahagian besar daripada kepercayaan termasuk dalam agama. Kepercayaan masyarakat Melayu pada peringkat permulaan adalah berbentuk animisme. Dalam kepercayaan ini mereka menganggap benda-benda mempunyai semangat dan kuasa ghaib. Sehubungan dengan itu, wujudlah pemujaan atau penyembahan kepada batu-batu, pokok-pokok, sungai-sungai dan fenomena alam yang lain. Kuasa ghaib itu disifatkan sebagai hantu, jembalang atau jin yang menjadi penunggu objek tersebut

Islam telah mengubah pandangan atau kepercayaan masyarakat Melayu daripada mempercayai roh, semangat dan dewa-dewa kepada mempercayai Tuhan Yang Maha Esa, percaya adanya nabi-nabi, rasul-rasul, malaikat dan kitab-kitab sud. Keimanan mereka diikuti dengan amal ibadat seperti sembahyang, puasa, menbayar zakat dan menunaikan rukun haji. Masyarakat Melayu juga merayakan hari-hari kebesaran Islam seperti mengadakan sambutan Maal Hijrah, sambutan Maulidur Rasul dan Nuzul al-Quran.

Gambar ini menunjukkan sambutan maal hijrah

Perubahan yang paling utama ialah daripada sudut kepercayaan yang mana masyarakat Melayu telah diperkenalkan dan diyakinkan dengan keyakinan yangberteraskan tauhid. Fahaman tauhid telah mengubah fikiran orang Melayu daripada zaman Hindu-Buddha dengan metodologinya, penyembahan rajanya, ciri tertentu dan masyarakatnya, alam khayalannya, penyembahan berhalanya, kepada ajaran tauhid yang murni .

Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah membawa banyak perubahan seperti yang disebut oleh Syed Naquib al-Attas. Perubahan yang dibawa merupakan perubahan menyeluruh berteraskan kepada tauhid. Impak tauhid ini menyebabkan berlakunya perubahan terhadap 'rupa dan jiwa' masyarakat melayu di Alam Melayu ini. Ledakan tauhid ini telah meninggalkan zaman kehidupan Hinduisme dan Buddhisme yang tiba pada abad ke-4 dan ke-5M, di mana perintah-perintah dan ajaran Islam itu diterima melalui pelbagai jenis-jenis aktiviti pendidikan yang formal

Agama Islam di Melaka telah dihayati oleh masyarakat ketika itu sejak agama ini diterima oleh Raja Mahkota Iskandar Shah. Masyarakat Melaka telah reIa menerima Agama Islam yang telah dianuti oleh raja mereka. Dengan penerimaan ini, mereka berusaha pula untuk mengamalkan serta menghayati ajaran dan hukum Islam dengan sebaiknya. Kegiatan kemasyarakatan telah berubah dan menggambarkan penerimaan dan penghayatan mereka terhadap ajaran Islam. Kegiatan keagamaan diadakan seperti muzakarah, kuliah dan ceramah. Perayaan dalam Islam disambut dengan penuh penghayatan seperti sambutan Hari Raya Haji dan Hari Raya Puasa. Mereka sudah mula mempelajari al-Quran dan ilmu tafsir daripada ulama yang ada di Melaka ketika itu. Anak-anak pula dididik dengan cara hidup Islam Penyerapan ajaran Islam juga berlaku tanpa mengganggu masyarakat yang ada sehingga akhirnya menjadikan orang Melayu di Alam Melayu beragama Islam. Tauhid juga membuahkan kepada kehidupan beribadah, menghiasi akhlak serta mencetus perubahan lain dalam bidang politik, perundangan, pendidikan dan sebagainya. Berasaskan konsep tauhid ini juga lahirlah hubungan antara manusia dengan manusia dan manusia dengan Pencipta.

. Perubahan sosial berlaku dengan adanya revolusi mental yang diketengahkan oleh Islam dan masyarakat. Beberapa aspek pemikiran yang wujud dapat membuktikan hakikatnya. Ajaran Islam mengandungi unsur-unsur rasionalisme, di mana Islam telah menekankan konsep persamaan taraf sesama manusia di sisi Allah SWT. Semua manusia adalah berasal dari Adam a.s. dan Adam a.s. dijadikan dari tanah. Berpandukan kepada konsep rasionalisme inilah masyarakat Nusantara dengan sendirinya menolak kepercayaan tahyul Hindu dan fahaman animisme

Pendidikan Dalam sistem pendidikan juga telah berlaku perubahan disebabkan oleh kedatangan islam ke negara ini. Antara kebaikan yang diperolehi melalui kedatangan islam ialah golongan bawahan mendapat peluang untuk menerima pendidikan yang sama seperti golongan atasan. Sistem pendidikan yang bermula dan bertapak di istana mula berkembang ke beberapa institusi pendidikan Islam seperti pondok dan madrasah. Hal ini disebabkan oleh islam memberi penekanan terhadap tradisi keilmuan. Tradisi keilmuan turut berkembang kepada tradisi pendidikan dan pengajaran secara lebih tersusun dan sistematik. Pada peringkat pertama pengajaran bermula dengan pengajaran membaca al-Quran, kitab-kitab dan seterusnya berkembang. Golongan pemerintah dan pembesar-pembesar juga turut memainkan peranan dalam mengembangkan ilmu pengetahuan.

Melalui sistem pengajian ilmu tersebut dapat melahirkan para ulama-ulama dan cendiakawan Melayu yang menjadi pegawai-pegawai pemerintah, guru-guru dan ahli agama. Antara senarai tokoh-tokoh Melayu yang terkenal pada masa itu ialah Syeikh Abdul Malik Abdullah, Sheikh Wan Hasan Wan Ishak dan ramai lagi. Tokoh-tokoh ini telah banyak menberi sumbangan ke arah perkembangan ilmu pengetahuan di Tanah Melayu. Islam memberi kedudukan yang paling tinggi dalam bidang intelektual dan keilmuan. Hai ini dapat dibuktikan dengan memperkenalkan metod ilmu berteraskan ilmiah dan rasional sejajar dengan tuntutan Islam. Keilmuan rasional dan intelek yang diperkenalkan oleh Islam adalah pendekatan baru dan ia sangat berguna dalam cara berfikir masyarakat melayu. Contohnya masyarakat melayu mula meninggalkan sesuatu yang bersifat tahyul serta memuja sesuatu yang bersifat estetik, kepada sesuatu yang mementingkan akal, pemahaman ilmu metafizik serta pandangan hidup yang munasabah dengan memiliki pada akal yang sihat dan cergas. Di Melaka juga Islam membawa pengaruh yang besar terhadap sistem pendidikan contohnya, aktiviti pendidikan berlangsung di istana dan istana juga berfungsi sebagai perpustakaan atau tempat penyalinan dan terjemahan. Di samping itu tempat-tempat lain juga telah digunakan sebagai tempat pengajian seperti rumah-rumah ulama, masjid, madrasah dan surau. Kebanyakan guru-guru agama pula terdiri dari bangsa Arab yang berasal dari arab. Antara ilmu-ilmu yang dipelajari ialah ilmu usuluddin, fiqh dan tasawwuf. Kitab-kitab utama yang menjadi pegangan hidup masyarakat di Melaka pada masa itu ialah aI-Oar al-Manzum yang dihasilkan oleh Abu Ishak aI-Shirazi, Ihya Ulumuddin oleh al-Ghazali dan Minhaj al- Talibin oleh al-Nawawi. kedatangan Islam ke sesuatu tempat menybabkan ilmu pengetahuan dan pendidikan berkembang. Di Melaka sendiri, sultan yang pertama pada masa itu yang bermula dari Megat Iskandar Shah pada tahun 1414M hingga sultan-sultan terakhir sebelum 1511M, telah mengambil begitu berat dalam perkembangan pendidikan. Pengajian Islam tidak terhad di rumah-rumah, masjid-masjid dan surau-surau, bahkan juga di istana sultan. Terdapat beberapa ulama-ulama yang berasal dari luar negara datang ke Melaka sejak awal hingga zaman kejatuhan melayu Melaka. A ntaranya ialah Makhdum Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Qadi Yusuf, Qadi Menus, Qadi Menawar Syah, Maulana Sadar Johan, Maulana Jalal aI-Din dan lain-lain lagi Mereka bukan sahaja dijadikan sebagai seorang guru bahkan diberi kedudukan yang tinggi dalam hierarki sosial di Melaka, sama seperti dengan pembesar dan pentadbir.

Bahasa Dan Kesusasteraan Pengaruh ajaran agama Islam juga telah diserap masuk dalam bahasa melayu. Hal ini bermula dari abad ke-14 Masihi dan berkembang sehingga akhir abad ke-18 Masihi. Pada awal abad ke-14 kedudukan Agama Islam menjadi semakin teguh dan kukuh serta penyebarannya semakin meluas di Asia Tenggara. Bukti keteguhan kedudukan Agama Islam dapat dilihat dengan mata kasar melalui kewujudan penggunaan tulisan Jawi dalam kalangan orang-orang Melayu ketika itu. Semasa pemerintahan kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1400 hingga1511M bahasa melayu telah mendapat kedudukan yang istimewa kerana bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca daripada lapan puluh empat bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Melaka ketika itu. Daripada zaman peralihan iaitu pada abad ke-19M hingga zaman moden pada abad ke-20M Bahasa melayu telah berkembang iaitu bahasa melayu klasik kepada bahasa yang mempunyai nilai peradaban yang tinggi .

Selepas kedatangan Islam tulisan jawi mula diperkenalkan. Perubahan besar yang berlaku dari segi bahasa ialah apabila masyarakat Melayu mula menyesuaikan perkataan Arab kepada bahasa Melayu. Perubahan ini dipermudahkan lagi setelah tulisan Arab diubahsuai dan dikenali sebagai tulisan Jawi. Melalui sistem tulisan ini bahasa Melayu telah memainkan peranan yang lebih penting. Contohnya ialah bahasa melayu digunakan untuk menulis kitab-kitab agama, hikayat-hikayat, undang-undang dan pentadbiran.

Bahasa Melayu juga turut dipilih sebagai bahasa pengantar dalam persuratan dan juga dikenali sebagai alat penyebaran dan penyampaian ajaran Agama Islam di seluruh Tanah Melayu. Antara punca yang mempengaruhi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, penyebaran, penyampaian persuratan Islam di Alam Melayu ialah sifat dalaman yang dimiliki oleh bahasa Melayu. Wilayah dan daerah Melayu di Sumatera dan di Semenanjung Tanah Melayu juga telah memainkan peranan yang penting dalam penyebaran Agama Islam ke seluruh kepulauan Melayu. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Agama Islam telah menaikkan lagi taraf, kecekapan dan kewibawaan bahasa tersebut. Antara sumbangan terbesar Islam kepada masyarakat di Alam Melayu ialah pengaruhnya terhadap perkembangan bahasa Melayu di negara ini. Sebagai bahasa komunikasi di Tanah Melayu, bahasa Melayu merupakan aspek terawal yang menerima pengaruh agama Islam. Pemindahan ilmu telah berlaku kepada ajaran Islam daripada al-Quran dan al-Hadith yang kedua-duanya berasal dalam bahasa Arab. Pemindahan ilmu berlaku hasil daripada gerakan dakwah secara langsung yang dijalankan oleh pendakwah-pendakwah dari negara Arab, India dan China.

Pemindahan ilmu dari bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu juga telah menyebabkan berlakunya perkembangan keilmuan yang pesat di Alam Melayu. Kedatangan Islam telah mengangkat martabat bahasa Melayu ke arah mengungkapkan sesuatu yang bersifat ilmiah dan saintifik sehingga mencapai taraf lingua franca yang digunakan secara meluas di Alam Melayu. Terdapat penggunaan kata dari bahasa Arab yang dipinjam dan digunapakai dalam bahasa Melayu.

Kedatangan Agama Islam juga telah membawa perubahan yang besar terhadap warisan kesusasteraan Melayu. Banyak hasil kesusasteraan Melayu telah dihasilkan seperti Hikayat Nabi Muhammad S.A.W Hikayat Para Nabi dan Rasul, Hikayat Para Sahabat, Hikayat Para Pahlawan Islam dan Hikayat Ahli-ahli Sufi dan Orang-orang Yang Salih. Selain kesusasteraan melayu, puisi juga turut dihasilkan. Antara puisi yang terkenal dan dipengaruhi oleh sastera Islam ialah Syair Perahu, Syair Burung Pingai oleh Hamzah Fansuri dan Syair Makrifat oleh Abdul Rauf Fansuri. Melalui tulisan jawi agarna Islam telah dapat diperkembangkan. Bahasa dan kesusasteraan Melayu juga berkembang melalui tulisan jawi. Pada masa yang sama bahasa Melayu telah diperkayakan lagi dengan kata-kata pinjaman serta istilah yang berasal daripada bahasa Arab. Perkembangan ini bukan sahaja dapat dilihat dalarn kitab atau karya sastera malah, buku-buku Sejarah yang digunakan juga mempunyai tajuk asal dalam bahasa Arab seperti Sulalatus Salatin, Tuhfat al-Nafis, Bustanus-Salatin dan lain-lain lagi Selain membawa perubahan dari sudut akidah oleh kedatangan islam, ia juga membawa perubahan dari sudut kesusasteraan. Kesusasteraan Melayu bukan sahaja mengalami perubahan dari aspek pendokumentasian, malah turut mengalami perubahan dari aspek tema, bentuk, genre malah matlamat sastera itu pun sendiri. Para sasterawan telah menghasilkan karya-karya yang sangat luas dalam pelbagai bidangnya bukan sahaja bercorak fiksyen, tetapi turut meliputi cabang-cabang ilmu fekah, ilmu tasawwut ilmu kalam, falsafah dan sebagainya. Pelbagai hasil kesusasteraantelah dipengaruhi oleh ajaran Islam yang bertemakan sejarah Islam atau ajaran Islam itu sendiri. Antara contoh sastera prasa ialah Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan Berbelah, Hikayat Nabi Bercukur dan Hikayat Nabi Mikraj.

Perundangan Kedatangcm agarna Islam telah memberi impak kepada sistem perundangan di Alam Melayu. Sistem perundangan tempatan juga turut mengalami perubahan seperti yang tercatat dalam Hukum Kanun Melaka, Adat Pepatih dan Adat Temenggung. Undang-undang adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Agama Islam masih dikekalkan lagi. Contohnya hakim boleh menggunakan budi bicaranya sarna ada menjatuhkan hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri ataupun didenda dan dipenjara sahaja.

Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara sistem perundangan masyarakat Melayu juga berubah kepada sistem adat dan Islam. Contohnya Melaka mempunyai Hukum Kanun Melaka yang meliputi tanah, sungai, dusun dan setiap tanah jajahan takluk Melaka. Undang-undang Laut Melaka pula meliputi perusahaan perkapalan, perdagangan di laut dan di darat dan kegiatan yang berkaitan dengannya. Kedua-dua jenis undang-undang ini adalah didasarkan kepada hukum syariah dan juga hukum adat yang telah wujud sejak dahulu lagi. Tradisi pemerintahan berdasarkan perundangan Islam dilanjutkan dalam pemerintahan Malaysia hari ini. Perlembagaan Malaysia menjadikan urusan Islam sebagai urusan negeri. Bidang kuasa tersebut sangat terbatas dan dinyatakan secara terperinci satu persatu. Manakala di peringkat negeri terdapat beberapa undang-undang yang telah dikuatkuasakan seperti undang-undang pentadbiran Islam, undang-undang mahkamah syariah, undang-undang pentadbiran keluarga Islam, undang-undang prosedur dan keterangan, undang-undang sivil, jenayah Islam dan lain-lain lagi.

Hukum kanun Melaka juga boleh dijadikan sebagai contoh yang mengandungi pengaruh islam dalam perundangan kerana hukum kanun melaka meliputi undang-undang lain di dalam negeri-negeri Melayu. Beberapa orang sejarawan barat seperti William R. Roff dan Alfred P. Rubin telah berpendapat bahawa Hukum Kanun Melaka atau Undang-Undang Melaka diasaskan berasaskan Undang-undang Islam di samping berpegang kepada hukum akal dan hukum adat. Pendapat-pendapat tersebut adalah sejajar dengan perkataan-perkataan yang terdapat di dalam undang-undang tersebut antaranya ialah "...Mengikut hukum Allah, pada hukum Allah, menurut dalil al-Quran dan menurut amr bi al-ma'ruf wa nahyi'ani al-munkar". Politik Dan Pemerintahan Kedatangan Islam telah memberi perubahan terhadap sistem politik. Antaranya ialah Agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi di Melaka. Hasil daripada itu, beberapa institusi Islam telah didirikan bagi membantu mengukuhkan lagi sistem pentadbiran yang berasaskan Islam. Antara institusi yang didirikan adalah Jabatan Agama Islam dan Syariah. Selain itu kitab Undang-undang Laut dan Hukum Kanun Melaka dihasilkan untuk panduan masyarakat. Beberapa jawatan seperti kadi, imam dan sebagainya juga diwujudkan bagi melaksanakan peraturan-peraturan yang ditetapkan.

Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara, sistem politik dan pentadbiran masyarakat Melayu telah berubah dan dipadankan dengan ajaran Islam. Contohnya gelaran raja ditukar kepada sultan dan disamakan dengan khalifah seperti yang diperkenalkan dalam sistem politik Islam. Kedatangan Islam juga telah mewujudkan suatu unsur kekuasaan rakyat dalam menentukan penubuhan sistem beraja. Rakyat boleh mempunyai kuasa untuk mengubah kerajaan, sultan atau perjanjian jika syarat-syarat dilanggar oleh raja. Keadaan ini bertentangan dengan asas penubuhan yang diwujudkan oleh Tajus-Salatin dan Bustanus Salatin yang menitiberatjkan fardhu dalam penubuhan sistem beraja sebagai kurniaan Tuhan kepada manusia dan merupakan suatu pekerjaan yang hanya dapat ditanggung oleh orang yang terpilih sebagai pewaris dalam kedudukan khalifah.

Konsep dewaraja juga bertukar kepada konsep sultan. Ia merupakan suatu gelaran kepada orang yang diamanahkan untuk mentadbir sesebuah negeri dan pada masa yang sama berperanan sebagai khalifah Allah SWT di bumi ini. Kepatuhan dan ketaatan kepada sultan adalah kepatuhan yang bersyarat, bukan kepatuhan mutlak seperti konsep dewaraja. Dalam konteks sosial, Islam pula mengajar menggelakkan sistem pengkastaan dalam masyarakat seperti dalam pengaruh Hindu-Buddha, sebaliknya pembentukan masyarakat mestilah diasaskan pada keadilan yang berasaskan agama. Raja dan rakyat, tua dan muda, kaya dan miskfu semuanya mempunyai peranan dalam masyarakat

Dari segi pentadbiran, kerajaan Melayu Melaka ditadbir oleh seorang sultan yang mempunyai kuasa penuh dalam urusan pentadbiran negara. Sultan juga berperanan sebagai ketua dalam Agama Islam dan ketua negara. Sultan juga bertanggungjawab untuk memastikan pentadbiran negeri dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Buktinya, di zaman pemerintahan Melayu Melaka, kerajaan amat maju dan stabil. Antara langkahlangkah yang diambil untuk menjadikan Melaka menjadi makmur, aman dan stabil ialah pertama, Penghulu Bendahara mempastikan kelicinan perbelanjaan negara, pengutipan cukai berjadual, perbelanjaan juga perlu berhemah. Kedua, Bendahara menjadi penasihat utama kepada sultan. Ketiga, Temenggung dilantik sebagai Ketua Pasukan Keselamatan. Keempat, Laksamana dilantik sebagai Ketua Angkatan Tentera. Kelima, Para pembesar membantu sultan dalam pentadbiran. Keenam, Syahbandar menguruskan pentadbiran pelabuhan dan perdagangan asing. Kerajaan Melaka telah menyediakan tapak yang subur bagi perkembangan Islam di Tanah Melayu. Bukti-bukti sejarah menjelaskan bahawa Islam bertapak di Tanah Melayu seawal kurun ke-9M dan selewat-Iewatnya pada kurun ke-15M. Islam telah bertapak di Kelantan, Terengganu dan Kedah sebelum terbentuknya Kerajaan Melaka. Keagungan Melaka mula terserlah apabila ia mengamalkan dasar luar yang pragmatik iaitu dasar berbaik-baik dengan kuasa besar asing pada ketika itu seperti Siam, Majapahit dan China. Dasar ini mampu menstabilkan politik Melaka serta memberi peluang kepada perkembangan ekonomi dan pentadbirannya.Sistem KekeluargaanKedatangan Islam turut menyumbang kepada sistem kekeluargaan masyarakat Melayu. Dalam masyarakat Melayu, pembentukan jati diri dan peribadi Melayu yang baik, beragama, berakhlak dan berbudi diberi keutamaan. Keluarga merupakan agen sosialisasi. Tujuan utama pembentukan keluarga ialah mendidik dan mengajar seseorang anak supaya dapat menjadi anggota masyarakat yang baik. Sistem kekeluargaan masyarakat Melayu berteraskan kepada Islam dan adat istiadat melayu. Sejak lahir lagi seseorang insan itu akan dididik berteraskan Islam dan adat sehinggalah insan tersebut dewasa. Contohnya sebaik sahaja seseorang itu dilahirkan, bapa atau datuk akan mengazankan bayi lelaki, atau mengkamatkan bayi perempuan. Tujuannya ialah untuk memperdengarkan buat pertama kalinya kepada bayi itu seruan azan dan kalimah syahadah dan meniupkan roh dan semangat Islam kepada bayi tersebut. Proses sosialisasi pada tahap kanak-kanak juga membantu dalam penerapan unsur-unsur Islam yang berterusan. Seseorang kanak-kanak itu dari kecil lagi akan diajar atau didedahkan dengan konsep-konsep dosa, pahala, haram dan sebagainya. Setelah meningkat umur lima tahun ke atas kanak-kanak tersebut akan diajar cara bersembahyang, berpuasa dan lain-lain. Selain itu mereka juga akan diajar supaya hormat-menghormati, bertolak ansur dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Kedatangan Islam ke Melaka telah merubahkan sistem kekeluargaan dalam masyarakat Melayu. Antaranya ialah dalam sistem perkahwinan hukum syarak mempunyai pengaruh yang besar. Hal ini dapat dibuktikan dalam Hukum Kanun Melaka. Contohnya perkara-perkara yang berkaitan dengan syarat pernikahan, telah ditetapkan adanya wali bagi pengantin perempuan hadirnya saksi Fasal26, upacara ijab dan kabul Fasal 25.2, kontrak perkahwinan Fasal 27, talak Fasal 28.1, dan wanita-wanita yang boleh dikahwini Fasal 28.2 Islam menyusun institusi kekeluargaan dengan meletakkan pembentukan keluarga sebagai asas kepada kehidupan. Ini digambarkan di dalam surah al-Tahrim (66) ayat 61 yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhaka kepada Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."

Perkahwinan merupakan suatu mekanisme pemeliharaan maruah dan pengembangan zuriat dan keturunan. Ibu bapa berperanan penting dalam pembentukan institusi keluarga. Ajaran Islam telah menggariskan peranan ibu bapa dalam menjaga dan mendidik anak-anak dengan didikan Islam. Selain memberikan perhatian dan kasih sayang anak-anak hendaklah dididik dengan ajaran agama seperti bersembahyang, berpuasa, menghormati orang tua dan sebagainya.

Kedatangan Islam juga telah menyusun institusi kekeluargaan masyarakat Melayu dengan lebih teratur. Islam telah menentukan garis panduan dalam membina keluarga berasaskan ajaran Islam. Contohnya dalam pemilihan jodoh, tanggungjawab suami, tanggungjawab isteri dan tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa. Selain itu pelbagai adat dan budaya Islam perlu diamalkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak seperti meletakkan nama yang baik kepada anak mereka, mengadakan akikah, menyusukan anak sehingga berumur dua tahun, mendidik anak-anak supaya menjadi manusia yang beriman, bertaqwa, berakhlak mulia dan menghormati kedua ibu bapa mereka.

Adat Dan Cara Hidup Selepas kedatangan islam tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti dengan adat dan cara hidup Islam. Islam telah mengubah corak hidup masyarakat Melayu di dalam segala aspek kehidupan manusia. Adat resam masyarakat Melayu telah diperkemaskan lagi dengan ajaran Islam. Walau bagaimanapun, setelah kedatangan ajaran Islam, adat dan cara hidup masyarakat Melayu yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam masih diteruskan.

Adat adalah suatu perbuatan atau perlakuan menurut kebiasaan masyarakat atau bangsa yang berkenaa.Masyarakat Melayu menganggap adat sebagai undang-undang hidup mereka. Mereka mematuhi adat serta menghormatinya dengan memercayai bahawa melanggar adat dianggap sebagai suatu sikap atau perbuatan yang buruk dan akibatnya akan merosakkan diri dan sekaligus mencemarkan kesejahteraan hidup masyarakat. Adat resam pula ialah kebiasaan cara hidup individu dan masyarakat yang secara nyata menggambarkan corak budaya sesuatu bangsa.

Adat masyarakat Melayu juga telah mengalami perubahan dengan kedatangan ajaran Islam di rantau ini. Selain daripada mengubah sistem kepercayaan kita, Islam juga telah mengenepikan adat yang dianggap bercanggah dengan akidah dan kepercayaan Islam.

Dalam proses sosialisasi masyarakat Melayu, tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti dengan adat Islam yang dilakukan sejak individu itu lahir sehinggalah hari kematiannya. Contoh-contoh Perubahan dalam adat dan Cara Hidup ialah pertama kelahiran bayi disambut dengan persiapan tujuh lapis kain kuning, hiasan katil berwarna kuning, pulut kuning dan putih. Kelahiran bayi disambut dengan azan dan kamat. Kedua, Perkahwinan dilakukan oleh kadi dan dua orang saksi, upacara khatam al-Quran dan berzanji. Mengadakan majlis bacaan Yasin dan doa selamat. Ketiga, membaca ayat-ayat al-Quran untuk mengelak gangguan syaitan. Perubahan yang jelas telah berlaku terhadap masyarakat Melayu dari segi adat resam dalam kehidupan mereka. Islam telah mengatur kehidupan masyarakat agar kehidupan yang mereka dilalui itu berterusan dalam suasana aman dan harmoni. Islam telah megubah adat resam masyarakat Melayu dengan adat-adat Islam. Tujuannya adalah untuk kesejahteraan dan keharmonian hidup masyarakat. Kesan daripada perubahan adat ini telah mewujudkan suasana hidup yang lebih teratur, seperti adat berkeluarga, berjiran tetangga, adat menuntut ilmu, adat berkampung dan sebagainya. Adat Melayu yang bersendikan agama menjadi amalan masyarakat Melayu. Islam juga telah mengangkat taraf manusia dan menyamakan kedudukan mereka di sisi Allah SWT. la membentuk suatu sistem masyarakat yang saling mengasihi dan menghormati anatara satu sama lain. Sejajar dengan realiti tersebut, kedatangan Islam ke Alam Melayu menjadikan golongan bawahan mula mendapat perhatian dan penghormatan. Tiada lagi sistem kasta yang berasaskan ajaran agama Hindu diamalkan dalam masyarakat Melayu. Komunikasi antara kelompok masyarakat berjalan dengan baik menerusi sifat hormat-menghormati, bergotong-royong dan bantu-membantu.

Kesimpulan Islam telah memberi pengaruh yang besar kepada masyarakat dan tamadun Melayu. Proses penyerapan Islam ini berlaku secara berperingkat-peringkat di dalam kalangan masyarakat Melayu yang bermula daripada golongan istana, pembesar sehinggalah kepada rakyat biasa. Proses Islamisasi ini menjadikan masyarakat Melayu akhirnya dapat menerima ajaran Islam dengan baik. Ini kerana keistimewaan ajaran Islam yang sederhana dan tiada paksaan. Kedatangan Islam bukan sahaja mengubah pegangan hidup masyarakat Melayu, malah telah membentuk cara hidup baru dalam amalan seharian masyarakat. Amalan-amalan Islam yang berunsur tahyul dan khurafat telah ditinggalkan secara beransuransur oleh masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu juga telah berubah daripada masyarakat yang buta huruf kepada masyarakat yang mengamalkan tradisi keilmuan. Contohnya galakan daripada golongan pemerintah telah menjadikan Melaka suatu ketika dulu sebagai pusat pembudayaan ilmu

Setelah berlakunya penyebaran Agama Islam ini, maka Agama Islam dijadikan sebagai teras dalam pembinaan tradisi budaya Melayu. Orang-orang Melayu yang menganut Agama Islam menyedari dan memahami nilai-nilai yang telah ditetapkan oleh Islam dan berusaha menyesuaikan warisan tradisi budaya dan kehendak-kehendak Islam. Mereka menekankan usaha memupuk nilai-nilai Islam sebagaimana yang dikehendaki dari satu generasi kepada generasi seterusnya. Malah, institusi-institusi sosial dan agama dalam masyarakat memainkan peranan penting dalam usaha memupuk dan mempertahankan nilai-nilai sosial dan agama yang mereka bina.

Kesan, pengaruh dan peranan islam

Agama dan kepercayaan

Pendidikan

Bahasa dan kesusasteraan

Perundangan

Politik dan pemerintahan

Sistem Keluarga

Adat dan cara hidup

China

India

Arab

Teori kedatangan islam