emosi guru

14
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN KERJA KURSUS PENDEK GURU DAN CABARAN SEMASA ( EDU 3109 ) NAMA AHLI KUMPULAN DINESH A/L CHANDRAMOHAN ANBARASAN A/L SUNDRAM SHURES A/L GOBALAKRISHNAN SUGUMAR A/L GANESAN UNIT BAHASA TAMIL

Upload: jivendra-pandian

Post on 15-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Page 1: Emosi Guru

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN

KERJA KURSUS PENDEK

GURU DAN CABARAN SEMASA

( EDU 3109 )

NAMA AHLI KUMPULAN

DINESH A/L CHANDRAMOHAN

ANBARASAN A/L SUNDRAM

SHURES A/L GOBALAKRISHNAN

SUGUMAR A/L GANESAN

UNIT BAHASA TAMIL

SEM / KURSUS / AMBILAN SEM 8 / PISMP IPGM / AMBILAN JAN 2007

Page 2: Emosi Guru

PENGERUSI - Sehingga ini, anda sekalian telah menghayati isu tekanan emosi dalam

kalangan murid. Pelbagai aspek telah disentuh sebagai satu gambaran pencegahan isu

tersebut. Seterusnya, kita akan membincangkan isu tekanan emosi guru. Sebelum kita

memulakan perbincangan pada hari ini saya ingin memberikan suatu gambaran ringkas tentang

tajuk perbincangan kami. Falsafah Pendidikan semakin hari semakin bermutu dengan

perangkuman pelbagai kriteria dan tuntutan yang perlu diterapkan dalam objektif pendidikan.

Perubahan semasa di kalangan arus modenisasi dan globalisasi menjadikan keperluan bidang

pendidikan perlu dipertingkat dan dipertambahkan cakupannya kepada pengkayaan multi

bidang. Berdasarkan permintaan yang tinggi tersebut, kita terpaksa membayar harganya yang

wujud dalam bentuk bebanan terhadap pelaksanaan dan menghadapi permasalahan

sampingannya. Arus pendidikan hari ini semakin mendesak para profesional pendidikan untuk

bekerja keras dan lebih masa demi mencapai permintaan tinggi pendidikan tersebut. Di

samping usaha peningkatan dan pelaksanaan, guru-guru semakin mula tertekan atau

sekurang-kurangnya pernah merasa tertekan dengan ‘demand’ tinggi bebanan kerjaya

pendidikan ini. Hasilnya, secara tidak sedar para guru mengalami tekanan yang dianggap

sebagai suatu keuzuran berpotensi mengganggu kelancaran operasi pendidikan. Justeru,

simptom ketegangan atau tekanan di kalangan guru ini adalah suatu fitrah semula jadi

kemanusiaan yang perlu ditangani dengan bijak dan bertimbang rasa. Adalah suatu tindakan

yang rasional untuk memikir dan melaksanakan resolusi penyelesaian bagi masalah-masalah

guru disamping melaksanakan pelbagai pelan peningkatan terhadap pendidikan. Sekarang

tibalah masanya untuk kita memanggil tetamu - tetamu khas agar mereka dapat berkongsi idea

mereka dengan kita semua. Dipersilakan Panel pertama kita yang pertama. Bolehkah anda

jelaskan apakah maksud sebenar tekanan ?

KETUA UNIT KAUNSELING, JPN

Terima kasih Tuan Pengerusi. Setahu saya tekanan guru ditakrifkan sebagai

pengalaman kurang disenangi oleh seorang guru dari segi emosi, seperti tension, tertekan,

kebimbangan, kemarahan, dan segala sesuatu yang berkaitan dengan aspek pekerjaan

sebagai seorang guru. (Kyriacou and Sutclifee, 1978a). Menurut Kyricaou dan Sutcliffle

(1978a), tekanan kerja guru ialah emosi negatif yang dialami oleh seorang guru semasa

menjalankan tugas. Emosi negatif berkenaan umpamanya kemarahan, keresahan, ketegangan,

kekecewaan dan kemurungan yang dialami oleh seseorang guru itu. Keadaan ini dipersepsikan

sebagai ancaman terhadap kebahagian/kesejahteraan psikologi dan fizikal.

Page 3: Emosi Guru

Di sini apa yang kita boleh rumuskan adalah, tekanan guru boleh didefinisikan sebagai

kesan tindak balas negatif seperti kemarahan dan tekanan oleh seseorang guru. Ia

kebiasaannya merangsang potensi perubahan fisiologi seseorang guru seperti peningkatan

kadar degupan jantung dan perembesan hormon tertentu ke dalam salur darah. Seterusnya ia

memberi kesan terhadap aspek tugas perguruan yang merangkumi kesungguhan menjalankan

tugas, keyakinan diri dan kerasionalan tindakan.

PENGERUSI : Terima kasih Panel kita yang pertama. Memang tidak dapat dinafikan bahawa

tindak balas negatif yang merangsang potensi perubahan fisiologi dikatakan tekanan emosi

pada ketika ini. Seterusnya, kita tujukan soalan ini kepada Panel kedua kita iaitu Setiausaha

Kementerian Sumber Manusia.

SETIAUSAHA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis. Salam Satu Malaysia saya ucapkan kepada para

hadirin. Terlebih dahulu saya akan menyentuh tentang Tekanan di Kalangan Guru. Dunham

(1976) melaporkan hasil kajiannya mengenai tekanan guru berdasarkan analisis data yang

mengandungi 658 orang guru di sekolah rendah dan sekolah menengah di United Kingdom.

Para responden, iaitu guru diminta untuk menerangkan situasi tekanan yang dihadapi dan

bagaimana mereka mengatasi masalah tersebut.

Daripada kajian tersebut, kesimpulan yang boleh dibuat ialah ‘lebih banyak guru yang

mengalami tekanan guru’, ‘hanya angka sedikit sahaja di kalangan guru yang tidak mengalami

tekanan guru’. Tekanan dihadapi terutamanya dalam organisasi, konflik yang dialami dalam

pembahagian tugas, dan keadaan tempat kerja. Untuk itu, antara tindakan guru yang

menghadapi tekanan guru yang berlebihan telah memillih langkah untuk meletakkan jawatan

dalam sesuatu organisasi; guru memilih untuk mengajar pelajar yang kurang kemampuan

belajar atau kelas yang kurang cerdik. Komunikasi di kalangan guru semakin kurang berkesan

dan guru memilih untuk mendiamkan diri. Guru yang memiliki karakter atau personaliti yang

baik berubah sama sekali kepada seseorang yang langsung tidak dikenali dan kepuasan kerja

yang rendah.

Page 4: Emosi Guru

PENGERUSI : Terima kasih Panel yang kedua kita. Ya, memang benar apa yang dikongsi

oleh tetamu kedua kita yang mana komunikasi di kalangan guru semakin kurang jika

menghadapi tekanan emosi dalam kerjaya mereka. Satu lagi soalan ‘email’di sini. Soalannya…

(SOALAN 3)

PENGERUSI : Seterusnya, kita lihat tentang apakah punca - punca yang menyebabkan

tekanan di kalanagan guru wujud.

KETUA UNIT KAUNSELING, JPN

Terima kasih Tuan Pengerusi. Salam Sejahtera kepada semua. Pada masa ini, tekanan

emosi yang dihadapi oleh sesetengah guru merupakan masalah utama dalam penyanpaian

P&P di sekolah. Sebagaimana yang dibincangkan oleh kedua panel kita, terdapat beberapa

punca utama yang menyebabkan tekanan dalan kalangan guru. Rudd & Wiseman (1962)

menyatakan di antara punca-punca tekanan di kalangan guru mengikut kajiannya adalah

Intensif perguruan, Gangguan hubungan komunikasi sesama kakitangan pendidikan, Faktor

persekitaran tempat kerja yang melibatkan prasarana dan kelengkapan, Beban mengajar,

Latihan atau kursus perguruan yang banyak, Kelas atau jumlah murid yang ramai, Perasaan

minat diri terhadap profesyen perguruan, Waktu kerja yang tidak terhad dan yang terakhir

Status guru dalam masyarakat. Guru merupakan anggota utama dalam sekolah. Ini adalah

kerana guru memainkan peranan yang paling penting untuk mendidik murid-murid di sekolah

menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu dan berakhlak mulia. Secara

ringkasnya guru memainkan peranan penting dalam merealisasikan strategi Kementerian

Pendidikan Malaysia demi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan

seterusnya membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia . Walau bagaimana pun tugas

dan tanggungjawab guru tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna sekiranya para guru

menghadapi tekanan kerja.

PENGERUSI : Terima kasih atas pandangan anda. Memang tidak dapat dinafikan bahawa

wujudnya beberapa punca tekanan dalam kalangan guru di sekolah. Bolehkah panel kedua kita

berkongsi pendapatnya dalam hal ini ?

GURU CEMERLANG NEGERI SEMBILAN 2009

Ya, sebagai seorang pendidik yang berdedikasi, akauntabiliti guru yang merangkumi

bidang pekerjaan, sekolah, tingkah laku kendiri, murid dan profesion telah member tekanan

Page 5: Emosi Guru

yang berat kepada guru. Sejak kebelakangan ini, sekolah baru banyak ditubuhkan di merata

tempat di Malaysia. Sebagai contohnya, di negeri Johor sahaja pada tahun 2004, 14 buah

sekolah menengah dan 12 buah sekolah rendah telah beroperasi (Laporan Mesyuarat

Penyelarasan Jawatankuasa Pengoperasian Sekolah Baru Kali 1/2004 JPNJ Johor Darul

Takzim). Para guru yang mengajar di sekolah baru biasanya diberi beban tugas yang berlipat

ganda memandangkan keperluan bilangan guru adalah berdasarkan bilangan pelajar. Dengan

bilangan guru yang kurang tetapi segala pentadbiran sekolah, kurikulum, kokurikulum, disiplin

perlu dikendalikan dari peringkat permulaan hingga peringkat yang mantap seperti sekolah-

sekolah lain. Keadaan ini ditambahkan lagi dengan pelbagai kemudahan canggih yang perlu

dilengkapkan dengan sumber kewangan yang terhad. Bilik komputer, Bilik Sejarah/Geografi,

Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Seni, kesemua bilik ini perlu dihias dan diperlengkapkan untuk

P&P. Seseorang guru diberi beberapa tugas seperti guru disiplin, guru rumah sukan, guru

penasihat persatuan, guru komputer, ketua panitia, guru kantin, guru keselamatan, guru

tingkatan dan guru SPBT. Selain daripada menghadapi beban tugas yang berat itu, seseorang

guru juga perlu menghadapi masalah hubungan interpersonal dengan rakan seperjuangan yang

baru dikenali, salah laku pelajar, peraturan/pentadbiran sekolah , persekitaran sekolah baru dan

kekangan masa serta sumber.

PENGERUSI : Memang benar apa yang dikatakan oleh panel kita tadi. Situasi yang telah

dialami di negeri Johor telah menjadi satu teladan kepada warga sekolah lain di Negara kita.

Seterusnya, adakah sebarang kajian lama khas telah dijalankan unkuk mengkaji tekanan dalam

kalangan guru ? Dipersilakan panel ketiga kita.

SETIAUSAHA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Setahu saya, Kyricaou dan Sutcliffle telah membentuk model tekanan kerja guru

sebagai asas kepada kajian mengenai tekanan kerja dalam kalangan guru seperti ditunjukkan

pada Rajah 1. Anda boleh lihat rajah tersebut dalam skrin di depan.

Page 6: Emosi Guru
Page 7: Emosi Guru

PENGERUSI : Begitu jelasnya rajah yang telah dipaparkan dalam skrin tadi yang

menunjukkan model tekanan stress guru. Rajah menggambarkan urutan tekanan dalam

kalangan guru hingga ke implikasinya. Seterusnya, soalan ini khas ditujukan kepada panel

pertama kita. Adakah kerjaya guru membebankan ?

KETUA UNIT KAUNSELING, JPN

Setiap guru tidak seharusnya memikirkan isu ini sebenarnya. Memang tidak dapat

dinafikan profesion keguruan ini jurusan yang sukar. Banyak kajian yang membuktikan bahawa

bidang perguruan merupakan satu profesion yang sangat mencabar. Contohnya, kajian-kajian

Peklaj & Puklek, 2000; Friedman, 2000; Philip, 1999, mendapati satu pertiga daripada

responden mendapati mengajar sebagai satu pekerjaan yang tinggi tahap tekanannya (Sapora,

2005). Selain mengajar dalam aktiviti pengajaran seharian, guru pula menghabiskan 38 hari

bekerja setahun untuk menghadiri pelbagai kursus atau latihan. Lebih membebankan lagi ialah

320,000 guru di lebih 9,000 buah sekolah seluruh negara perlu mengisi 108 jenis borang bagi

menyempurnakan tugas pengajaran, kokurikulum dan kerja pentadbiran. Sebelum ini, ada yang

mempertikaikan bahawa cuti guru agak panjang dan menyifatkan guru golongan kakitangan

bertuah. Namun ini disangkal oleh ramai guru yang mendedahkan walaupun kelihatan guru

bekerja separuh hari, tetapi sebenarnya mereka bekerja hampir sepanjang hari. Bezanya,

semua kerja itu dibuat di rumah pada waktu siang dan malam atau mereka akan ke sekolah

lebih awal untuk meneliti lebih 100 buku atau tugasan bergantung jumlah pelajar dalam

sesebuah kelas iaitu minimum 37 pelajar untuk satu kelas dan lima kelas diajar setiap hari.

PENGERUSI : Terima kasih panel pertama yang membincangkan tentang isu bebanan

kerjaya guru dengan contoh yang paling sesuai. Sekarang kita lihat tentang implikasi tekanan

guru terhadap pendidikan masa kini. Selaku Guru Cemerlang Negeri Sembilan 2009, apakah

pendapat anda mengenai isu ini ?

GURU CEMERLANG NEGERI SEMBILAN 2009

Terdapat laporan yang menyatakan bahawa tekanan guru telah dikaitkan dengan

penyakit sakit mental. (Fletcher dan Payne, 1982). Menurut Blase’s (1982) berdasarkan jurnal

yang ditulis oleh Kyriacou (1987), sebilangan besar guru menunjukkan tahap penglibatan kerja

yang rendah akibat tekanan yang berlebihan. Tenaga tidak digunakan untuk meneruskan kerja

berkaitan dengan pengajaran, sebaliknya melepaskan tenaga secara tindakan fizikal atau

melepaskan geram terhadap pelajarnya. Sesetengah guru yang tidak melepaskan geram pula

Page 8: Emosi Guru

memilih jalan dengan tidak hadir ke sekolah akibat tekanan guru yang berlebihan. Tekanan di

kalangan guru menyebabkan potensi berlakunya masalah salah guna kuasa guru terhadap

murid-murid. Terutamanya yang berlaku dalam aspek hukuman yang boleh mengakibatkan

penderaan.

PENGERUSI : Begitu jitunya pandangan daripada panel kita tadi. Memang betul apa yang

dikatakan beliau mengenai impak tekanan guru dalam pendidikan. Gurulah yang menjadi agen

perubahan dalam merialisasikan arus pendidikan ini. Seterusnya, apakah anda fikirkan tentang

cara mengatasi masalah serius ini ?

SETIAUSAHA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Perlu diberi perhatian ke atas soalan tuan pengerusi ini. Terdapat beberapa isu yang

perlu diberi perhatian dalam usaha pencegahan tekanan dalam kalangan guru ini. Pertamanya,

Sokongan Pihak Pengurusan. Young (1978) mencadangkan sokongan pihak pengurusan untuk

melegakan kekecewaan guru-guru yang meningkatkan tahap kegelisahan/kerisauan. Guru-guru

yang terpaksa berhadapan dengan murid yang mengganggu memerlukan sokongan pihak

pengurusan dan rakan sekerja. Pada ketika itu, kemudahan yang lebih baik dianggap sebagai

perubahan yang dapat meningkatkan keberkesanan guru, dan imbuhan yag lebih tinggi dan

kenaikan pangkat dilihat sebagai perubahan yang boleh meningkatkan kepuasan kerja.

PENGERUSI : Adakah hal itu sahaja memadai untuk mengatasi masalah ini tuan ?

SETIAUSAHA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Bukan itu sahaja tuan pengerusi, Peningkatan Suasana kerja juga akan menyebabkan

seseorang guru memperbaiki keadaan emosinya. Persekitaran tempat kerja guru seperti

suasana persekolahan dan bilik-bilik guru juga perlu diberi perhatian supaya persekitaran kerja

guru dapat diwujudkan dalam keadaan yang lebih selesa. Pendidikan adalah komunikasi di

antara pelajar dan pengajar di mana kedua-dua pihak turut serta untuk bersama perlu kepada

keselesaan. Contohnya, seorang guru di Sawarak yang menyuarakan tentang suasana

kerjanya di salah sebuah sekolah membuktikan bahawa dalam era pemodenan pendidikan ini

masih terdapat suasana tidak selesa pada tempat kerja guru. Apa yang digambarkan adalah,

isu kepadatan guru dalam bilik guru, masalah kongsi meja dan penyediaan perabut yang tidak

sesuai serta mencukupi. Suasana kerja perlu selesa dan sesuai dengan status mereka sebagai

pegawai dalam kumpulan pengurusan dan profesional.

Page 9: Emosi Guru

PENGERUSI : Apakah yang anda fikirkan panel kedua kita ?

GURU CEMERLANG NEGERI SEMBILAN 2009

Jika kita kaji menerusi hak warga guru, Penyataan intensif yang jelas merupakan salah

satu daripada faktor yang mampu merangsang pengekalan kualiti kerja dan mengurangkan

tekanan dalam bidang pendidikan. Akhir-akhir ini pihak kerajaan telah mengubah jumlah hari

bekerja di mana para kakitangan awam kini tidak lagi bekerja pada hari Sabtu dan jam bekerja

pada hari selainnya bertambah sedikit. Apa yang perlu dinilai semula adalah mengenai tugas

guru yang terpaksa bekerja pada hari Sabtu kerana tugas-tugas tertentu berkaitan pendidikan.

Setakat ini, kerajaan tidak memperuntukan sebarang elaun tambahan kepada guru kerana

terpaksa bekerja pada hari Sabtu walau pun ada kakitangan lain yang dibayar elaun khas jika

bekerja lebih masa.

PENGERUSI : Ya, memang benar pendapat beliau. Cara kehidupan yang lebih mementingkan

kebendaan memaksa kita jatuh ke lembah tekanan. Jika adanya insentif tambahan maka, corak

penyampaian guru di sekoalah akan pasti berubah. Apakah pandangan anda panel pertama

tentang isu ini ?

KETUA UNIT KAUNSELING, JPN

Pada pandangan saya, Pendedahan menangani dan mengawal tekanan perlu wujud

khas bagi warga guru. Sebagaimana para profesional dalam bidang lain, para guru juga perlu

diberi pendedahan untuk menangani tekanan sebagai usaha bekerjasama menyelesaikannya

sendiri. Pertamanya, para guru perlu diberi pengetahuan mengenai kemahiran mengenal pasti

dan peka terhadap punca-punca yang menyebabkan tekanan. Teknik tenang diri juga boleh

didedahkan kepada para guru di mana teknik ini adalah baik untuk mengurangkan tekanan

harian.

Tambahan pula, Sesi sukan khas untuk warga guru juga boleh diadakan bagi mengawal

tekanan emosi mereka. Sepertimana kita sedia maklum, bersenam dan melakukan latihan

jasmani dapat membantu manusia melupakan tekanan yang dihadapi. Badan yang segar akan

mempunyai otak yang cerdas. Dengan cara ini, mereka yang berkenaan dengan tekanan dapat

memikirkan cara yang sesuai untuk berhadapan dengan tekanan tersebut tanpa diri mereka

tersekat dalam suasana yang tertekan. Para guru perlu ditegaskan oleh Kementerian atau pihak

Page 10: Emosi Guru

sekolah untuk terlibat dalam aktiviti sukan seperti J-Robik dan beberapa jenis sukan ringan

yang diwajibkan pada hari tertentu dengan jadual tertentu.

PENGERUSI : Soalan terakhir kita. Soalannya… (SOALAN 4)

PENGERUSI - Terima kasih. Profesion guru adalah salah satu daripada tugas yang sukar dan

perlu kepada usaha pengorbanan yang tinggi. Sememangnya boleh dikatakan bahawa semua

bidang mampu menyebabkan tekanan kepada individu. Tetapi tidak bermakna bahawa tekanan

pada tahap tinggi sehingga menyebabkan gangguan pada operasi pendidikan itu perlu

dipandang sebagai suatu insiden biasa. Perkara ini perlu diberi perhatian sekurangkurangnya

melalui tindakan atau pelaksanaan penyelesaian secara berperingkat. Isu ini perlu dipandang

serius supaya bidang pendidikan yang sentiasa diperbaharui dan dipertingkatkan mutunya ini

dapat selari dengan keperluan dan kepentingan semua pihak yang terlibat. Meningkatkan mutu

pendidikan bukan bermakna perlu mengorbankan atau menuding hanya kepada sesuatu pihak.

Tetapi perlu dengan usaha serta penglibatan semua pihak dan memenuhi kepentingan setiap

pihak yang terlibat. Penyelesaian yang ditekankan perlu merangkumi penglibatan semua pihak

termasuk kementerian, sekolah dan individu guru itu sendiri. Segalanya adalah usaha demi

mempertingkat dan memartabatkan status pendidikan Malaysia. Selaku Pengerusi Forum

Perdana ini saya berbangga mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada ketiga - tiga panel

yang sanggup berkongsi masa serta pandangan masing - masing. Saya selaku pengerusi pad

hari ini, percaya bahawa segala idea dan pebincangan akan menjadi teladan dan tunjuk ajar

kepada selurih warga sekolah. Sekian, terima kasih.