meningkatkan kecerdikan emosi

29
Objektif 1) Mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar terhadap kecerdikan emosi (EQ). 2) Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan EQ pelajar. 3) Mengenalpasti kesan-kesan perkembangan EQ terhadap pelajar. 4) Mewujudkan kesedaran pelajar mengenali kepentingan perkembangan EQ. Pengenalan Kecerdikan emosi ataupun EQ (Emotional Quotient) berkaitan dengan emosi mental seseorang dan juga disebut sebagai “kiraan kepintaran emosi”. Menurut Goleman dalam buku Emotional Intelligence (1995), tahap kecerdikan emosi seseorang individu adalah merupakan faktor utama

Upload: mandalina-landy

Post on 15-Jan-2015

8.167 views

Category:

Technology


3 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Meningkatkan Kecerdikan Emosi

Objektif

1) Mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar terhadap kecerdikan emosi (EQ).

2) Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan EQ pelajar.

3) Mengenalpasti kesan-kesan perkembangan EQ terhadap pelajar.

4) Mewujudkan kesedaran pelajar mengenali kepentingan perkembangan EQ.

Pengenalan

Kecerdikan emosi ataupun EQ (Emotional Quotient) berkaitan dengan emosi

mental seseorang dan juga disebut sebagai “kiraan kepintaran emosi”. Menurut

Goleman dalam buku Emotional Intelligence (1995), tahap kecerdikan emosi

seseorang individu adalah merupakan faktor utama kejayaan seseorang individu,

terutamanya pelajar.

Merujuk kepada Goleman dalam buku Emotional Intelligence (1997)

berpendapat bahawa kecemerlangan seseorang individu adalah bergantung kepada

20% daripada kecerdikan intelek dan 80% lagi adalah bergantung kepada pengurusan

emosi secara berkesan. Kecerdikan emosi bukan merupakan lawan kepada kecerdikan

intelektual yang biasa dikenali sebagai IQ, namun kedua-duanya saling berinteraksi

antara satu sama lain.

Adakah EQ boleh dipelajari?

EQ boleh dipelajari tetapi bukan melalui cara membaca buku, pembelajaran

daripada peperiksaan. Manakala dapat melalui penilaian kendiri, matlamat yang

ditetapkan oleh sendiri, berusaha meneruskan ke arah pencapaian matlamat. Penilaian

kendiri adalah memerlukan seseorang memahami dimana kekuranganya EQ. Adalah

dicadangkan menerima pandangan daripada orang lain ( mereka yang mempunyai EQ

yang tinggi). Apabila mengenalpasti dimana kekuranganya EQ boleh menetapkan

matlamat yang sesuai untuk meningkatkan EQ.

Definisi Kecerdikan Emosi (EQ: Emotional Quotient)

Page 2: Meningkatkan Kecerdikan Emosi

Istilah kecerdikan emosi pertama kali diperkenalkan oleh Jack Mayer dan

Peter Salovey pada tahun 1990 (dalam artikel Imagination, Cognition, and

Personality).

Menurut Mayer & Salovey (Dalam Stein & Book, 2002), kecerdikan emosi

adalah kemampuan untuk mengenali perasaan, meraih dan membangkitkan perasaan

untuk membantu fikiran, memahami perasaan dan maknanya serta mengendalikan

perasaan secara mendalam sehingga membantu perkembangan emosi dan intelektual.

Goleman dalam buku bernama Emotional Intelligence (1997) mengatakan

bahawa kecerdikan emosi adalah kemampuan lebih yang dimiliki seseorang dalam

memotivasi diri, ketahanan dalam menghadapi kegagalan, mengendalikan emosi dan

menunda kepuasan, serta mengatur keadaan jiwa, berempati dan berdoa. 3 (tiga) unsur

penting kecerdikan emosi terdiri dari : kecekapan peribadi (mengelola diri sendiri);

kecekapan sosial (menangani suatu hubungan) dan keterampilan sosial (kepandaian

menggugah tanggapan yang dikehendaki pada orang lain).

Faktor-faktor yang mempengaruhi EQ

Faktor internal ini memiliki dua sumber iaitu dari segi jasmani dan segi psikologi.

Segi jasmani adalah faktor fizikal dan kesihatan individu, apabila fizikal dan

kesihatan seseorang diganggu mungkin adalah dipengaruhi oleh proses kecerdasan

emosinya. Segi psikologi merangkumi pengalaman, perasaan, kemampuan berfikir

dan motivasi.

Faktor external adalah stimulus dan lingkungan dimana kecerdasan emosi

berlangsung. Faktor external meliputi stimulus itu sendiri dan daripada persekitaran

luar seperti perlakuan seseorang.

Kepentingan Kecerdikan Emosi

Page 3: Meningkatkan Kecerdikan Emosi

Dr. Daniel Goleman (dalam buku berjudul Emotional Intelligent, 1995)

mengungkapkan 5 (lima) wilayah kecerdikan emosi yang dapat menjadi pedoman

bagi individu.

A) Kebolehan Intrapersonal

Kebolehan Intrapersonal bertindakbalas terhadap mod, perasaan, keinginan dan suka

kepada orang lain.

1) Mengenali emosi sendiri ( to know your own emotion )

Ini meliputi kemampuan diri untuk identifikasi apa yang sesungguhnya diri rasakan.

Setiap kali suatu emosi tertentu muncul dalam fikiran, kita sendiri harus dapat

menangkap apa pesanan yang ingin disampaikan. Contoh pesanan dari emosi ialah

takut, sakit hati, marah, frustasi, kecewa, rasa bersalah, kesepian. Penguasaan

seseorang dalam ini akan memiliki kepekaan atas pengambilan keputusan-keputusan

masalah pribadi.

2) Mengelola emosi diri

Kemampuan individu dalam  menangani perasaan agar dapat terungkap dengan tepat

atau selaras, sehingga tercapai keseimbangan dalam diri individu. Ini ditunjukkan

dengan menghibur diri sendiri, melepaskan kecemasan, dan kemurungan.

3) Memotivasi diri sendiri ( self-motivation )

Kebolehan untuk mengawal dan mengimbang tenaga, pendirian, desakan dan

kepuasan diri bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Aspek self-motivation ini

sangat penting kepada pelajar kerana dengan mempunyai kebolehan EQ ini mereka

akan dapat mengawal diri dan menetapkan pendirian sendiri walaupun menghadapi

cabaran yang besar dan hebat daripada luar.

B) Kebolehan Interpersonal

Page 4: Meningkatkan Kecerdikan Emosi

Manakala kebolehan Interpersonal adalah kebolehan merasai perasaan orang

lain dan memandu tingkah laku mereka serta memahami kekuatan, kelemahan,

keinginan dan kebolehan orang lain.

1) Mengenali emosi orang lain (empati)

Mengenali emosi orang lain bererti kita memiliki empati terhadap apa yang dirasakan

oleh orang lain. Penguasaan ini membuat kita lebih efektif dalam berkomunikasi

dengan orang lain. Empati dibangun berdasarkan pada kesedaran diri. Jika seseorang

terbuka pada emosi sendiri, maka dapat dipastikan bahwa ia akan terampil membaca

perasaan orang lain.

2) Membina hubungan (kerjasama)

Menunjukkan seni membina hubungan, menuntut kecerdasan dan keterampilan

seseorang dalam mengelola emosi orang lain. Tanpa memiliki keterampilan seseorang

akan mengalami kesulitan dalam pergaulan sosial.

Kesan Kecerdikan Emosi yang rendah

Seorang akan terlalu bergantung kepada pelajar lain seperti bertindak

mengikut cara dan keputusan. Kemampuan yang rendah dalam mengurus

kemahiran komunikasi. Kemahiran berkomunikasi yang baik adalah penting untuk

setiap pelajar kerana ia merupakan asas dalam kehidupan harian dan

memerlukannya untuk membina hubungan dengan rakan, guru dan ahli keluarga.

Kelemahan dalam menghadapi kebimbangan akan menyebabkan sesuatu

masalah tidak dapat diatasi dan sebaliknya akan menyebabkannya bertambah

buruk. Kebimbangan yang serius akan menyebabkan pelajar tidak dapat memupuk

tenaga dalam pelajaran dankeputusan yang kurang memuaskan.

Pelajar yang EQ rendah adalah lebih suka meleter. Apabila menghadapi

Page 5: Meningkatkan Kecerdikan Emosi

masalah atau berkonflik dengan pelajar lain hanya bertindak meleter kepada orang

ketiga. Masalah tidak dapat diselesaikan dan akan menambah buruk.

Mudah dipengaruhi oleh pelajar keranan tiada pandangan sendiri. Keadaan

adalah bahaya semasa mengikuti pandangan negatif daripada pelajar lain seperti

ponteng kelas dan menipu dalam peperiksaan

Mudah berkonflik dengan pelajar kerana kegagalan mengurus emosinya.

Berkonflik yang negatif akan memburukkan keadaan atau hasil sesuatu perkara.

Contohnya, pelajar selalu berkonflik dalam kerja kumpulan kerana terdapat

pandangan dan sifat peribadi yang berbeza yang disebabkan rendahnya EQ.

Tidak berupaya mengawal emosi dengan rasional kerana tidak memahami emosi

sendiri dan juga emosi pelajar lain. Pelajar mungkin terlibat dalam perbuatan negative

seperti pertelingkahan dan pergaguhan dengan pelajar lain semasa berkonflik.

Selalu menghadapi kekalahan dalam membuat sesuatu perkara kerana

tidakberkemahiran dalam komunikasi, tidak memahami emosi sendiri dan pelajar lain

yang akan menyebabkan keputusan dan tindakan yang tidak menjayakan sesuatu

perkara.

Cara meningkatkan Kecerdikan Emosi

Memahami kekuatan & kelemahan diri akan membolehkan diri lebih memahami

sifat sendiri. Ini membolehkan diri sendiri mengukur potensi sendiri dalam

melaksanakan sesuatu perkara. Pelajar perlu memberi perhatian terhadap kelemahan

dan cuba meningkatkan dengan cara yang betul.

Memahami emosi diri dengan mengetahui kepekaan terhadap sesuatu stimula

atau rangsangan. Mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan emosi menjadi tidak

tenang, bimbang, marah dan sedih.

Tarik nafas sehingga berasa tenang membolehkan diri sendiri menenangkan

Page 6: Meningkatkan Kecerdikan Emosi

emosi yang tidak selesa dan tidak rasional. Pelajar boleh memarik nafas semasa

menduduki peperiksaan kerana dapat menghilangkan ketegangan.

Meninggalkan tempat semasa emosi tidak rasional untuk tujuan menenangkan

emosi dan mengelakkan berkonflik dengan orang lain. Pelajar boleh meninggalkan

tempat perbincangan dengan sopan semasa terdapat pertelingkahan dengan ahli

kumpulan lain.

Memotivasi diri sendiri dengan cakap sesama diri seperti “ saya dalam keadaan

tenang”. Ini merupakan dorongan yang positif untuk mendapat tenang dan keyakinan.

Pelajar boleh memberitahu sendiri yang berada dalam ketegangan untuk membuat

presentation dengan memberitahu kepada sendiri bahawa dia perlu tenang.

Mempunyai perasaan empati terhadap orang lain. Pelajar perlu memikir sesuatu

peristiwa dengan sudut yang berbeza dan perlu berdasarkan pemikiran orang lain

semasa menilai dan membuat keputusan.

Melepaskan emosi negatif dengan rasional seperti mendengar lagu gemari dan

bermain game. Menjadikan diri yang optimistik bermaksud memikir sesuatu peristiwa

dengan sudut yang baik walaupun sebenarnya tidak baik.

Mengurus emosi dengan Kecerdikan emosi

Page 7: Meningkatkan Kecerdikan Emosi

Setiap orang mempunyai sebab mengapa marah tetapi sering kali adalah

bermunasabah.nUntuk mengurangkan marah, sebarang provokasi harus dielakkan.

Pemarah perlu berusaha mengalihkan perasaan marahnya dengan melibatkan diri

dengan sesuatu aktiviti yang diminatinya, misalnya mendengar lagu yang disukai.

Bertujuan untuk memberi tempoh menyejuk, demi mengurangkan kadar kemarahan,

membiarkan pemikiran rasionalnya meninjau situasi dalam perspektif positif.

Mengikut kajian ahli psikologi, Tice mendapati usaha menarik diri dari perasaan

marah, seperti membaca, menonton TV dan makan sedap adalah dapat mengurangkan

kadar kemarahan.

Kebimbangan merupakan pemikiran berulang-ulang ke atas sesuatu peristiwa

yang kurang baik dan kurang keyakinan untuk memulihkannya. Mengikut Borkovec

dalam kajiannya terdapat beberapa langkah untuk mengawal emosi yang tidak

diingini. Langkah pertama adalah kesedaran diri, iaitu mengenalpasti situasi yang

menimbulkan kitaran kebimbanga. Orang yang membimbang akan belajar

menggunakan kaedah mengendur (relaxation) untuk mengurangkan kadar

kebimbangan. Langkah kedua ialah memikir cara yang membina untuk mengatasi

kebimbangan dengan soal-jawab. Ini adalah keranan kebimbangan adalah

digambarkan dalam hati-telinga dengan bahasa lisan dan bukan imej melalui mata.

Cara melepaskan perasaan sedih dengan cara mengurung diri dalam bilik yang

senyap adalah tidak berfungsi dan sebaliknay akan memanjangkan perasaan

kesedihan mengikut kajian yang dijalankan. Mengikut Tice, cara berkesan untuk

menentang kesedihan adalah membuat sesuatu dengan kawan atau keluarganya seperti

bersama-sama melibatkan diri dalam sesuatu permainan. Mengikut kajian, orang yang

optimistik biasanya mempunyai kecerdikan emosi yang tinggi. Mereka sentiasa dilihat

gemdira, tenang dan tidak terganggu walaupun menghadapi masalah konflik, tekanan.

Page 8: Meningkatkan Kecerdikan Emosi

Mengikut Albert Bandura, orang yang bersifat self-efficacy boleh belajar daripada

kekalahan, mengambil insiatif mencari punca kekalahan, memikir bagaimana

membaikinya demi menukarnya kepada kemenangan dan bukan membimbang atau

menyedik kerana kekalahan.

Kesimpulan

EQ menjana pemikiran otak kanan yang menghasilkan pertimbangan yang

wajar, secara mudah, bebas dan bersahaja ke arah penyelesaian masaalah. Manakala

pemikiran IQ yang menggunakan otak kiri sebenarnya lebih terhad kepada analisa

logikal yang memerlukan langkah demi langkah dan berturutan.

Individu yang mempunyai pencapaian tinggi dalam akademik atau IQ tidak

semestinya mempunyai EQ yang tingginya. Kecerdikan emosi dilihatkan sebagai

salah satu elemen yang penting dalam kehidupan individu.

Aktiviti Lakonan

Page 9: Meningkatkan Kecerdikan Emosi

Cerita: Berlaku satu kejadian yang berkaitan dengan seorang murid membunuh anak

guru tuisyen dengan kejam di rumah guru itu. Punca berlakunya adalah anak

guru itu sering mengejeknya dan akhirnya murid itu tidak dapat tahan dan

mengawal emosinya lalu bunuh anak itu dengan kejamnya dalam bilik guru

tuisyen itu.

Manfaat daripada lakonan:

-Pelajar dapat memahami apa yang menyebabkan kejadian ini iaitu kegagalan

mengawal emosi.

-Pelajar juga dapat mengetahui kesannya sekiranya tidak dapat mengawal emosi

sendiri dan melakukan sesuatu yang tidak diingini dan menyesal.

-Pelajar juga menyedari kepentingan pengurusan emosi (EQ) dalam kegiatan

hariannya.

Aktiviti yang dijalankan : Cerita

Page 10: Meningkatkan Kecerdikan Emosi

Terdapat seorang budak yang sangat mudah marah dan bersifat angin. Pada satu

hari, Bapa budak tersebut telah memberi satu beg paku, dan memberitahu kepada dia :

memaku satu paku pada dinding dibelakang halaman rumah bagi setiap kali anda

menjadi marah. Pada hari pertama, budak tersebut telah memaku sebanyak 37 paku di

dinding)

Pada hari seterusnya, Jumlah paku yang dipaku semakin berkurang. Budak

tersebut mendapati dia dapat mengawal anginnya dengan lebih mudah berbanding

hendak memahu satu paku.)

Akhirnya, budak tersebut tidak akan menghilangkan kesabarannya dan mudah berasa

marah. Budak tersebut memberitahu keadaan ini kepada bapa dia, dan bapa dia pula

memanggil dia mencabut paku yang sebelum dipakukan apabila budak dapat

mengawal anginnya.

Selepas satu tempoh masa, budak tersebut bercakap dengan bapanya bahawa dia

telah mencabut semua paku di dinding itu.

Bapa budak memegang tangan budak dan membawa dia ke halaman belakang rumah,

dan bercakap kepada dia : Kamu telah bertindak dengan baik, tetapi dapatkan nampak

lumbang-lumbang di atas dinding? Budak mendapati dinding itu tidak dapat

membalik kepada rupa asalnya.

Bapa budak memberitahu kepada budak :percakapan semasa marah pun semacam

dengan parut paku tersebut.Jika anda menggunakan pisau menikam satu orang, luka

tersebut akan wujub selama-lamanya, walaupun anda meminta maaf berkali-kali.

Ajaran daripada cerita:

Kesakitan daripada perkataan sama dengan kesakitan daripada luka, ia adalah tidak

dapat ditanggung oleh sesiapa

Dalam kehidupan kami sememangnya terdapat peristiwa yang tdk menyeronokan,

tetapi semakin tidak sudi untuk menerima kemarahan, akan menyebabkan anda

semakin sukar nak menanggungnya

Kesabaran sewajarnya dipelajari oleh semua orang

Aktiviti 2 : EQ Test

Page 11: Meningkatkan Kecerdikan Emosi

EQ Test : Test tentang kestabilan emosi

1) Ada kemampuan untuk menghadapi segala masalah

Ya Tidak Tentu Tidak

2) Dalam sepanjang kehidupan anda selalu berasa dapat mencapai matlamat yang ditetapkan

Ya Tidak Tentu Tidak

3) Pada setakat ini, anda masih menghormati guru di sekolah rendah

Ya Tidak Tentu Tidak

4) Adakah anda berniat mengelakkan pertemuan dengan orang tidak disukai oleh anda

Tidak pernah Kadang-kala Selalu

5) Semasa memberi tumpuan mendengar lagu, tetapi orang lain bercakap kuat ditepi anda

Anda membiarkan Tengah antara kedua pilihan Berasa marah

6) Tidak mengira pergi ke tempat mana, anda dapat mengenalpasti semua arah dengan betul

Ya Tidak Tentu Tidak

7) Anda gemar dalam bidang pengajian yang diikuti

Ya Tidak Tentu Tidak

8) Anda tidak akan dipengaruhi oleh perubahan cuaca

Ya Tengah antara kedua pilihan Tidak

9) Anda berasa takut walaupun binatang liar telah ditutup dalam kotak besi

Ya Tidak Tentu Tidak

10) Jika dapat sesuatu keadaan yang baru, anda akan menyusun kehidupan dengan

berlaian dengan cara lama Tidak Tentu Sama dengan cara lama

11) Tidak mengetahui kenapa terdapat orang yang mengelak berhubung dengan anda

Ya Tidak Tentu Tidak

12) Walaupun anda melayan orang dengan ikhlas tetapi masih tidak mendapat balasan yang baik

Ya Tidak Tentu Tidak

13) Anda diganggu oleh mimpi

Selalu Kadang-kala Tidak pernah

Cara Pengiraan Markah :

Soalan 1-8 = 2 markah bagi pilihan pertama

1 markah bagi pilihan kedua

Page 12: Meningkatkan Kecerdikan Emosi

0 markah bagi pilihan ketiga

Soalan 9-13 = 0 markah bagi pilihan ketiga

1 markah bagi pilihan kedua

2 markah bagi pilihan pertama

Penerangan daripada markah yang diperolehi :

0-12 markah : emosi mudah ditimbulkan, mudah menghasilkan masalah. Kebiasaanya

tidak mudah bagi menghadapi dan mengatasi masalah dan cabaran. Mudah

dipengaruhi oleh persekitaran, tidak dapat menghadapi hasil realistik, mungkin susah

dalam tidur. Perlu mengawal emosi sendiri untuk menenangkan emosi dengan stabil.

13-16 markah : tiada perubahan emosi yang ketara. Boleh menghadapi masalah biasa

dalam kehidupan, tetapi berasa bimbang dalam keadaan yang jarang dihadapi. Tidak

dipengaruhi oleh persekitaran.

17-26 markah : Keadaan emosi yang stabil, matang dan boleh menerima realistik.

Dapat mengatasi masalah dengan tenang. Mungkin berasa bimbang semasa masalah

rumit dan sememangnya susah tidak dapat diselesaikan.

RUJUKAN

1)http://duniapsikologi.dagdigdug.com/2008/11/19/pengertian-kecerdasan-emosional/

2)http://eprints.utm.my/5917/1/aziziyahEQ.pdf

Page 13: Meningkatkan Kecerdikan Emosi

3)http://myais.fsktm.um.edu.my/4906/1/9.pdf

4)http://repository.gunadarma.ac.id:8000/

RA_Catur_Taganing_Kecerdasan_emosi_1398.pdf –

5)http://rinyyunita.wordpress.com/2009/01/25/kecerdasan-emosi/

6)http://tapnm.melaka.gov.my/UserFiles/File/Ukuran%20Emosi%20dan

%20Kecerdasan%20Emosi.pdf

7)http://www.acehforum.or.id/share-ukur-kecerdasan-t16447.html?

s=6c8e35d4cc5e0481f005f424776faf0e&

8)http://www.adeshendra.com/2009/01/kecerdasan-emosi-emotional-quotient.html

9)http://www.geocities.com/dien_99/EQ-nl.html