tahap persediaan material dan kesediaan emosi … · 2013-11-19 · tahap persediaan material dan...

27

Upload: vuongkiet

Post on 09-Mar-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI … · 2013-11-19 · TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK DI DAERAH KLUANG UNTUK MENGAJAR DALAM
Page 2: TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI … · 2013-11-19 · TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK DI DAERAH KLUANG UNTUK MENGAJAR DALAM
Page 3: TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI … · 2013-11-19 · TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK DI DAERAH KLUANG UNTUK MENGAJAR DALAM

TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI

GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK

DI DAERAH KLUANG

UNTUK MENGAJAR

DALAM BAHASA INGGERIS

NOORFAIZAH ASYKIN BINTI OTHMAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains

Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2004

Page 4: TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI … · 2013-11-19 · TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK DI DAERAH KLUANG UNTUK MENGAJAR DALAM
Page 5: TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI … · 2013-11-19 · TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK DI DAERAH KLUANG UNTUK MENGAJAR DALAM

iii

Ayah, Emak, Along, Abang, Uda, Adik…

Kejayaan ini kita kongsi bersama selagi diizinkan-Nya.

Dan itu yang ku percaya ...

Deritaku menjadi saksi bisu

Tanda kasihku seterik mentari

Walau disirami debu yang menangis

Genggamku ini takku lepaskan

Jihad hingga ke akhir hayat

- BI IZNILLAH-

Page 6: TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI … · 2013-11-19 · TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK DI DAERAH KLUANG UNTUK MENGAJAR DALAM

iv

PENGHARGAAN

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Setinggi-tinggi pujian dan kesyukuran dipanjatkan kehadhrat Illahi kerana berkat

Qudrah dan Iradhah-Nya berjaya jua saya sudahkan Projek Sarjana Muda ini sebagai

kenangan menuntut ilmu di menara gading. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar,

Nabi Muhammad S.A.W.

Jutaan terima kasih dikalungkan buat Encik Abdul Razak bin Idris, selaku

penyelia projek atas kesudian membimbing dan berkongsi idea sepanjang menyiapkan

tesis ini. Salam Kasih buat Ibu dan Ayah tersayang, seluruh keluarga serta sahabat handai

yang sentiasa menitipkan doa, panduan, dorongan dan tidak kurang cabaran buat saya

menempuh hidup.

Tidak ketinggalan, salam takzim buat pihak-pihak yang sudi berkerjasama samada

secara langsung atau tidak dalam projek ini, umpamanya pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Pejabat Pendidikan Daerah Kluang serta warga

pendidik dan tenaga kerja di sekolah-sekolah daerah Kluang.

Salam Penghormatan Islam.

Page 7: TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI … · 2013-11-19 · TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK DI DAERAH KLUANG UNTUK MENGAJAR DALAM

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan meninjau tahap persediaan guru-guru Sains dan Matematik

untuk mengajar menggunakan bahasa Inggeris dari aspek penguasaan, sumber rujukan

dan kesediaan emosi. Kajian ini melibatkan guru-guru Sains dan Matematik Tingkatan 1

dan 2 di daerah Kluang . Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang

melibatkan 44 orang responden dengan kebolehpercayaan 0.8 . Data kajian dianalisis

menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) edisi 11.5. Melalui

dapatan kajian, didapati tahap persediaan material guru-guru Sains dan Matematik berada

pada tahap sederhana dimana dari aspek penguasaan adalah 59.2%, sementara persediaan

sumber rujukan merangkumi 50.5%. Kesediaan emosi guru-guru untuk mengajar

menggunakan bahasa Inggeris juga berada pada tahap sederhana dengan peratusan

49.4%. Justeru, disarankan agar pihak-pihak berkaitan, khususnya Kementerian

Pelajaran Malaysia menganjurkan program-program dan kursus-kursus yang mampu

meningkatkan tahap persediaan guru-guru untuk mengajar menggunakan bahasa Inggeris,

baik dari segi material, mahupun emosi.

Page 8: TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI … · 2013-11-19 · TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK DI DAERAH KLUANG UNTUK MENGAJAR DALAM

vi

ABSTRACT

The intention of this study was to find out the level of teacher’s readiness to teach

Science and Mathematics in English, focused on their command, references and

emotional readiness. The respondents were Science and Mathematics teachers for Form

1 and 2 from Kluang. 44 sets of questionnaire were analyzed using SPSS software

version 11.5 (Statistical Package for Social Science) and the reliability of the instruments

was 0.8. The finding of this study indicated that the command and references aspect of

readiness to teach Science and Mathematics in English were ‘medium’ with percentage

59.2% and 50.5%. The respondent’s emotional readiness to teach in English was also in

the ‘medium’ percentage (49.4%). From the finding, it is suggest to the responsible

body, such as the Ministry of Education to organize programs and courses that would

improve the teacher’s readiness to teach Science and Mathematics in English.

Page 9: TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI … · 2013-11-19 · TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK DI DAERAH KLUANG UNTUK MENGAJAR DALAM

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SIMBOL / SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAHAGIAN SATU

I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.2.1 Penguasaan 5

1.2.2 Sumber Rujukan 7

1.2.3 Kesediaan Emosi 8

Page 10: TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI … · 2013-11-19 · TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK DI DAERAH KLUANG UNTUK MENGAJAR DALAM

viii 1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 11

1.6 Kepentingan Kajian 12

1.7 Batasan Kajian 13

1.8 Takrifan 13

1.8.1 Bahasa Pengantar 13

1.8.2 Kesediaan Emosi 14

1.8.3 Guru-guru Sains dan Matematik 14

1.8.4 Penguasaan 14

1.8.5 Rujukan 15

1.8.6 Keyakinan 15

1.8.7 Minat 15

BAHAGIAN DUA

II SOROTAN PENULISAN 16

2.1 Pengenalan 16

2.2 Persediaan Dari Aspek Penguasaan 19

2.3 Penguasaan Sumber Rujukan 22

2.4 Kesediaan Emosi 25

BAHAGIAN TIGA

III METODOLOGI KAJIAN 29

3.1 Pendahuluan 29

3.2 Rekabentuk Kajian 30

3.3 Tempat Kajian 31

Page 11: TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI … · 2013-11-19 · TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK DI DAERAH KLUANG UNTUK MENGAJAR DALAM

ix

3.4 Populasi Kajian 32

3.5 Alat Kajian 33

3.6 ProsedurKajian 34

3.7 Kajian Rintis 34

3.8 Analisis Data 35

3.9 Ringkasan 36

BAHAGIAN EMPAT

IV ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN 37

4.1 Pengenalan 37

4.2 Analisis Demografi Responden 38

4.2.1 Taburan Jantina Responden 38

4.2.2 Taburan Bidang Pengkhususan 39

Mengikut Tahap Penidikan

Tertinggi

4.2.3 Taburan Subjek Yang Diajar Mengikut 40

Etnik

4.2.4 Taburan Pengalaman Mengajar 41

Responden

4.3 Analisis Tahap Persediaan Dari Segi Penguasaan, 42

Sumber Rujukan Dan Kesediaan Emosi

Responden

4.3.1 Persediaan Dari Aspek Penguasan 44

4.3.2 Persediaan Dari Aspek Sumber 47

Rujukan Atau Bahan

4.3.3 Kesediaan Emosi 49

4.4 Ringkasan Dapatan Persoalan Kajian 52

Page 12: TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI … · 2013-11-19 · TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK DI DAERAH KLUANG UNTUK MENGAJAR DALAM

x

BAHAGIAN LIMA

V CADANGAN DAN KESIMPULAN 54

5.1 Pengenalan 54

5.2 Rumusan Dapatan 55

5.3 Perbincangan Rumusan Dapatan 58

5.3.1 Persediaan Dari Segi Penguasaan 59

5.3.2 Persediaan Sumber Rujukan 60

5.3.3 Kesediaan Emosi 62

5.4 Implikasi Kajian 64

5.5 Cadangan Tindakan 65

5.5.1 Guru 66

5.5.2 Pihak Sekolah 67

5.5.3 Kementerian Pelajaran Malaysia 68

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 69

5.7 Penutup 70

RUJUKAN 72

LAMPIRAN A – D 78

Page 13: TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI … · 2013-11-19 · TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK DI DAERAH KLUANG UNTUK MENGAJAR DALAM

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Taburan Jantina Responden 38

4.2 Taburan Tahap Pendidikan Tertinggi Responden 39

Mengikut Bidang Pengkhususan Pengajian

4.3 Taburan Subjek Yang Diajar Mengikut Etnik 40

4.4 Taburan Pengalaman Mengajar Responden 41

4.5 Skala Lima Mata Untuk Soalan Bahagian B (I) 42

4.6 Skala Lima Mata Untuk Soalan Bahagian B (II) 43

4.7 Peratusan Mengikut Julat Pengkelasan 44

4.8 Taburan Persediaan Dari Aspek Penguasaan 46

4.9 Taburan Persediaan Dari Aspek Sumber Rujukan 47

Atau Bahan

4.10 Taburan Kesediaan Emosi 51

4.11 Tahap Persediaan Dari Segi Penguasaan, Sumber 52

Rujukan Dan Kesediaan Emosi Mengikut Peratus

Page 14: TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI … · 2013-11-19 · TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK DI DAERAH KLUANG UNTUK MENGAJAR DALAM

xii

SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN

% - Peratus

BPPDP - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Penididkan

ETeMS - English For Teaching Science And Mathematics

F - Frekuensi

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

FPN - Falsafah Pendidikan Negara

FPSN - Falsafah Pendidikan Sains Negara

ICT - Information And Communication Technology

JERIS - Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek Dan Sahsiah

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

PMR - Penilaian Menengah Rendah

PPD - Pejabat Pendidikan Daerah

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

S.A.W - Sallallahualaihiwasallam (Nabi Muhammad)

SK - Sekolah Kebangsaan

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPK - Sekolah Pendidikabn Khas

SRK - Sekolah Rendah Kebangsaan

SRJKC - Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina

SRJKT - Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil

Page 15: TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI … · 2013-11-19 · TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK DI DAERAH KLUANG UNTUK MENGAJAR DALAM

xiii

TMNeT - Telekom Malaysia (Net)

UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 16: TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI … · 2013-11-19 · TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK DI DAERAH KLUANG UNTUK MENGAJAR DALAM

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik 78

B Kebolehpercayaan Kajian Rintis 84

C Surat Kebenaran Daripada Fakulti Pendidikan 86

D Surat Kebenaran Daripada Kementerian 87

Pendidikan Malaysia

Page 17: TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI … · 2013-11-19 · TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK DI DAERAH KLUANG UNTUK MENGAJAR DALAM

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bermula dengan Ordinan Pelajaran 1952, diikuti Laporan Razak, seterusnya

Penyata Rahman Talib, sistem pendidikan Malaysia terus mengalami reformasi, terutama

selepas kemerdekaan. Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan pada September 1974,

yang bermatlamat mengkaji semula perlaksanaan dasar pelajaran kebangsaan dan

keberkesanan sistem pendidikan yang telah dijalankan sebelum itu (Kementerian

Pelajaran Malaysia, 1979).

Bertitik tolak dari laporan jawatankuasa ini yang dikemukakan pada 1979, KBSR

(Kurikulum Baru Sekolah Rendah) diperkenalkan di semua sekolah di seluruh negara

mulai tahun 1983. Sebagai lanjutan, Kementerian Pelajaran mula memperkenalkan

KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah) pada tahun 1989 (Lilia, Subahan,

Zolkepeli, 2002). KBSR berteraskan asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira,

disamping pemupukan nilai-nilai etika dan estetika, manakala KBSM pula bercorak

Page 18: TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI … · 2013-11-19 · TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK DI DAERAH KLUANG UNTUK MENGAJAR DALAM

2

umum dan liberal di mana murid-murid mengikuti pelajaran dalam komponen bahasa,

sains sosial, sains dan vokasional (Sabariah, 2002).

Sains KBSM diperkenalkan hasil dari perubahan kurikulum sains di New Zealand

pada tahun 1979. Matlamat Sains KBSM yang digubal berasaskan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK) adalah untuk melahirkan generasi pelapis yang berkembang secara

seimbang, terutamanya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek atau ringkasnya JERI

(Abu Hassan, 2001). Bersesuaian dengan matlamat yang tersurat dalam Falsafah

Pendidikan Negara, pihak Kementerian kemudiannya menggubal Falsafah Pendidikan

Sains Negara (FPSN) sebagai berikut :

“Pendidikan Sains di Malaysia bertujuan memupuk budaya Sains dan Teknologi

dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetetif,

dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu Sains dan

berketrampilan teknologi.”

Jelasnya, misi luhur FPSN adalah untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang

celik Sains dan Teknologi serta membangunkan sumber manusia yang terlatih, dinamik

dan produktif serta mampu menyumbang pencapaian taraf negara maju yang ulung.

Logiknya, untuk melaksanakan misi ini, pelajar perlu didedahkan dengan pembelajaran

melalui pengalaman atau experiential learning dan guru sendiri sebagai pelaksana

kurikulum perlu bertindak sebagai fasilitator yang berkebolehan dalam pelbagai segi

(Abu Hassan, 2001).

Hal ini demikian, kerana dekad-dekad mendatang akan membawa perubahan yang

amat besar dalam senario dunia. Kebanyakan penulis seperti Kenichi Ohmae, Reich,

Husen dan Naisbitt yang telah membayangkan imbasan-imbasan dunia sebagai global

village (Abu Hassan, 2001). Malaysia yang terletak di Pacific Rim di mana aktiviti

ekonomi bergerak dengan begitu pantas tidak mempunyai pilihan selain dari

Page 19: TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI … · 2013-11-19 · TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK DI DAERAH KLUANG UNTUK MENGAJAR DALAM

3

menonjolkan diri kepada dunia global sebagai sebuah negara maju yang berwibawa

dalam arena sosioekonomi dan politik dunia.

Persoalannya sekarang, adakah reformasi kurikulum Sains dan Matematik yang

diperkenalkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) setakat ini mampu

menjamin generasi pelapis untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan dunia

global yang lain? Melihat kepada perkembangan dunia Sains dan Matematik pada hari

ini, sedikit sebanyak timbul persoalan sejauh mana pelajar Malaysia menguasai fenomena

curahan maklumat pada hari ini yang rata-ratanya disebar dalam bahasa Inggeris.

Sebagai memenuhi tuntutan ledakan informasi, bekas Perdana Menteri Malaysia,

Tun Dr. Mahathir Mohamed dalam satu kenyataannya di Putrajaya (Berita Harian 18 Jun

2002) telah menegaskan;

“Kerajaan akan melaksanakan pengajaran matapelajaran Sains dan

Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah dan menengah secara

serentak mulai tahun depan, bukan setakat di tahun satu sahaja.”

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dalam Haliza (2002),

perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris

adalah secara berperingkat-peringkat, bermula 2003, melibatkan pelajar Tahun 1 di

semua sekolah rendah (SK, SRJKT, SRJKC) dan sekolah pendidikan khas (SPK) dan

Tingkatan 6 rendah di semua sekolah menengah kebangsaan (SMK) manakala

perlaksanaan sepenuhnya di semua institusi pendidikan bermula pada tahun 2008.

Page 20: TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI … · 2013-11-19 · TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK DI DAERAH KLUANG UNTUK MENGAJAR DALAM

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Dari segi strategi pengajaran dan pembelajaran Sains KBSM, penumpuan

diberikan kepada pendekatan inkuiri yang dijalankan sama ada secara induktif atau

deduktif. Sebagai memenuhi tuntutan dunia global, KBSM turut menekankan kemahiran

berkomunikasi dan pencarian maklumat yang tidak terbatas di kalangan pelajar.

Memandangkan pada alaf ini maklumat lebih kerap dipaparkan dalam bahasa Inggeris,

maka tidak dapat tidak, pelajar perlu menguasai bahasa Inggeris supaya tidak ketinggalan

dalam konteks dunia global.

Namun begitu, kepentingan bahasa lain tidak boleh dinafikan, malah harus

digalakkan. Cuma kita perlu menerima kenyataan bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa

ekonomi, bahasa teknologi dan bahasa internet. Hal ini telah ditegaskan oleh Datuk Lee

Yee Cheong selaku Naib Presiden Akademi Sains Malaysia (Berita Harian, 1 November

2000). Pengajaran menggunakan bahasa Inggeris dikatakan boleh merentasi semua mata

pelajaran yang lain, seperti Matematik, Sains, Pendidikan Seni, dan sebagainya, tidak kira

di kawasan bandar, mahupun luar bandar.

Namun begitu, kenyataan ini mendapat tentangan dari beberapa pihak yang

menyifatkan pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Sains akan lebih

berkesan sekiranya diajar menggunakan bahasa percakapan seharian, iaitu bahasa

Melayu. Biar apapun tanggapan pihak-pihak terbabit, kerajaan pastinya telah mengkaji

secara mendalam permasalahan ini, termasuk menjalankan pelbagai kajian dan pertemuan

mendalam sebelum memutus melaksanakan dasar itu (Utusan Malaysia, 17 September

2002). Pelbagai usaha dicadangkan bagi menggalakkan perlaksanaannya berjalan lancar.

Antara usaha yang dilakukan termasuklah pengubahsuaian sukatan pelajaran, penyediaan

kursus berbahasa Inggeris kepada guru-guru serta peluang kenaikan tiga mata gaji dan

elaun khas bagi guru-guru terlibat (Mokhtar, 2002).

Page 21: TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI … · 2013-11-19 · TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK DI DAERAH KLUANG UNTUK MENGAJAR DALAM

5

Adalah tidak adil sekiranya pandangan guru-guru yang bertanggung jawab

mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris ini tidak diambil kira. Hal ini

kerana, sebagai seorang manusia normal yang dilengkapi dengan keperluan jasmani,

emosi, rohani dan intelek, guru-guru tidak dapat lari dari menimbangkan isu ini dari

pandangan peribadinya (Kamarudin, 1989). Memetik kata-kata Helmstetter (2002),

pemprograman minda membentuk keyakinan, keyakinan membentuk sikap, sikap

membentuk perasaan, perasaan menentukan tindakan dan tindakan akhirnya membentuk

hasil.

Justeru, kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh manakah tahap persediaan guru

Sains dan Matematik dari aspek penguasaan dan rujukan serta tahap kesediaan emosi

mereka untuk mengajar menggunakan bahasa Inggeris.

1.2.1 Penguasaan

Pengajaran dilihat sebagai usaha-usaha yang dirancang secara teliti dan

sistematik, dilaksanakan dengan kaedah dan teknik yang sesuai, membimbing,

menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi

memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan (Mok Soon

Sang, 2001).

Ternyata, dalam memastikan proses pengajaran berlangsung dengan lancar, guru-

guru Sains dan Matematik perlu terlebih dahulu menguasai seluruh isi pelajaran, di

samping menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran menggunakan

komputer dan kemahiran pedagogi. Penguasaan komputer di kalangan guru-guru Sains

dan Matematik bukanlah perkara kecil terutama dalam memenuhi keperluan pencarian

maklumat tanpa sempadan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi atau

Page 22: TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI … · 2013-11-19 · TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK DI DAERAH KLUANG UNTUK MENGAJAR DALAM

6

information and communication technology yang sibuk dicanang-canangkan di peringkat

global (Tajul Ariffin dan Nor’Aini, 2002).

Menurut Lilia, Subahan dan Zolkepeli (2002) dalam bukunya bertajuk “Strategi

Pengajaran Fizik Untuk Guru Sains” :

“Tetapi, kajian yang dijalankan oleh S.Sukumaran (1998), Siti Hawa

(1986), Charlesworth (1978) dan Lewin (1981) menunjukkan terdapat

para guru yang kurang mampu mengikuti perkembangan dan pelaksanaan

kurikulum baru. Ini adalah sesuatu yang merugikan.”

Hal ini amat membimbangkan kerana sepertimana yang ditegaskan oleh Ee Ah

Meng (1998) dalam bukunya, Pendidikan di Malaysia II;

“Kefahaman mendalam tentang mata pelajaran yang disampaikan perlu

ada dalam diri setiap guru kerana ini membolehkan guru itu mengajar

dengan lebih yakin serta berupaya meneliti sesuatu konsep dari satu

perspektif yang lebih meluas.”

Bukan setakat itu sahaja, penguasaan bahasa Inggeris para guru juga perlu ambil

kira memandangkan masih terdapat guru-guru Sains dan Matematik yang tidak begitu

fasih berbahasa Inggeris. Dalam sorotan yang dilakukan oleh Ibrahim Saad (2002) dalam

Johan Jaafar (2003), menyatakan;

“Adalah menakjubkan bagi semua guru terbabit boleh berbahasa Inggeris

dengan fasih dalam tempoh sesingkat awal tahun depan . Supaya

pengajaran dapat disampaikan dengan berkesan, penyampaian guru

hendaklah lancar bukan tergagap-gagap dan tidak yakin.”

Page 23: TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI … · 2013-11-19 · TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK DI DAERAH KLUANG UNTUK MENGAJAR DALAM

7

Dijangkakan, besar kesannya kepada para pelajar andai guru-guru Sains dan

Matematik tidak membuat persediaan dari aspek penguasaan sebelum mengajar

menggunakan bahasa Inggeris. Kemungkinan mereka akan hilang minat mempelajari

Sains dan Matematik, apatah lagi menceburkan diri dalam bidang berkaitan pada masa

hadapan kerana beranggapan mata pelajaran ini amat sukar, lebih-lebih lagi jika diajar

dalam bahasa selain dari bahasa ibunda mereka. Maka, kajian ini dilakukan untuk

mengkaji tahap persediaan guru-guru Sains dan Matematik dalam aspek-aspek tertentu.

1.2.2 Sumber Rujukan

Selain faktor penguasaan, guru-guru Sains dan Matematik juga perlu memikirkan

tentang kepentingan sumber rujukan. Islam sendiri menggariskan umatnya agar sentiasa

merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam menentukan panduan hidup (Tajul

Ariffin dan Nor’Aini, 2002). Ini membuktikan bahawa tindakan seseorang individu itu

perlu berasaskan sumber rujukan yang dijadikan tunjang setiap pekerjaan.

Bergitu juga dalam aspek pengajaran guru Sains dan Matematik ini. Guru-guru

perlu mengajar dengan berlandaskan sumber-sumber tertentu sebagai asas pengajaran.

Disamping itu, guru-guru tersebut perlu membaca sumber-sumber dalam bidang lain

seperti Sains, Teknologi dan Industri, bertujuan melahirkan guru yang mempunyai

pengetahuan luas dalam pelbagai bidang (Tajul Ariffin dan Nor’ Aini, 1990).

Lebih-lebih lagi, dewasa ini maklumat berkaitan Sains dan Teknologi lebih kerap

dipaparkan dalam bahasa Inggeris. Di sini memerlukan para guru untuk mencari

rujukannya sendiri disamping mencari kaedah-kaedah yang terbaik lagi berkesan

terutama dalam menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik.

Page 24: TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI … · 2013-11-19 · TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK DI DAERAH KLUANG UNTUK MENGAJAR DALAM

8

Guru-guru perlu lebih kreatif dalam merencana pengajaran serta mempunyai

banyak idea baru dan tersendiri. Guru-guru boleh menggunakan sumber rujukan sedia

ada mahupun memanipulasi sumber-sumber tersirat yang ada di sekeliling mereka

mengikut situasi tertentu dengan cara yang luar biasa (Hassan dan Robiah, 1980).

Pastinya kita tidak mahu di zaman serba maju dan canggih ini, guru-guru Sains dan

Matematik masih mengamalkan corak pengajaran chalk and talk, sebaliknya bersedia

untuk berubah dengan kerana jika tidak, murid-murid hanya didedahkan dengan

pembelajaran yang terus beku, sehala dan konservatif.

1.2.3 Kesediaan Emosi

Sejak kemerdekaan, bahasa Melayu mengambil tempat penting dalam pendidikan

generasi muda ke arah pembinaan warganegara Malaysia yang beridentitikan acuan

sendiri, iaitu bangsa Malaysia. Bahasa Malaysia beransur-ansur dijadikan bahasa

pengantar utama di sekolah menengah dan pusat pengajian tinggi selepas krisis antara

kaum 13 Mei 1969 ( Isahak Haron, 1994). Apa yang nyata, sejak kebelakangan ini

bahasa Malaysia sudah menjadi bahasa kehidupan seharian di Malaysia, baik bagi kaum

Bumiputera, masyarakat peribumi, mahupun bukan Bumiputera.

Bagaimanapun, semakin ramai yang mula memberi perhatian kepada bahasa

Inggeris yang menjadi bahasa ilmu, bahasa perdagangan dan bahasa dalam industri

moden ( Isahak Haron, 1994). Rentetan itu, kerajaan Malaysia menerusi kementeriannya,

telah memperkenalkan satu arus perubahan dari segi bahasa dalam pengajaran Sains dan

Matematik, dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris.

Page 25: TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI … · 2013-11-19 · TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK DI DAERAH KLUANG UNTUK MENGAJAR DALAM

9

Terdapat segelintir ahli masyarakat yang melihat perkembangan ini dengan reaksi

pesimis kerana beranggapan akan mengakibatkan nilai bahasa Inggeris meningkat

sekaligus merendahkan martabat bahasa Melayu. Malahan, Dr Awang Sariyan dan

Kamal Shukri Abdullah Sani dari Persatuan Linguistik Malaysia dalam kertas kerja

bertajuk ‘Kesan Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Pengajaran Sains Dan Matematik Di

Institusi Pendidikan di Malaysia’ yang dibentangkan pada Kongres Bahasa dan

Persuratan Melayu Ke-enam di Tanjung Malim, Perak, berkata, senario ini

membimbangkan banyak pihak, khususnya golongan cendekiawan Melayu (Berita

Harian, 8 Julai 2002).

Tambahan pula, guru-guru Sains di Malaysia rata-rata terdidik dengan sistem

pendidikan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah.

Kenyataan berupa bantahan dari para cendekiawan ini diambil sebagai penyelamat oleh

guru-guru Sains dan Matematik yang lemah penguasaannya dalam bahasa Inggeris dalam

usaha menyelamatkan diri dari melaksanakan seruan kerajaan ini. Nyatanya, mereka

lebih rela tunduk pada kehendak emosi berbanding memperbaiki kelemahan yang ada.

Tindakan kurang bijak guru-guru Sains dan Matematik ini sebenarnya amat merugikan

negara amnya, dan para pelajar khususnya.

Justeru, kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap kesediaan emosi guru-guru

Sains dan Matematik untuk mengajar menggunakan bahasa Inggeris.

1.3 Pernyataan Masalah

Menyorot sejarah pendidikan Malaysia, sistem pendidikan di semua sekolah

menengah dan rendah telah dimulakan secara beransur-ansur sejak 1950-an lagi

(Sabariah, 2004). Bagaimanapun, bermula tahun 1970, bahasa pengantar di sekolah

Page 26: TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI … · 2013-11-19 · TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK DI DAERAH KLUANG UNTUK MENGAJAR DALAM

10

rendah kebangsaan ditukar secara berperingkat-peringkat dari bahasa Inggeris ke bahasa

Melayu, sehingga diamalkan sepenuhnya pada tahun 1975. Menjelang 1976 pula, semua

sekolah menengah kerajaan telah menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa

penghantar, juga secara berperingkat-peringkat sehingga dicapai sepenuhnya 6 tahun

kehadapan (Ee Ah Meng, 1996).

Seawal tahun 2003, pengajaran Sains dan Matematik telah dimulakan dalam

bahasa Inggeris. Reformasi ini juga diperkenalkan secara berperingkat-peringkat dan

dijangka diterima sepenuhnya menjelang 2008. Tempoh 5 tahun ini amat perlu

memandangkan sistem pendidikan bertukar corak kembali ke asal, dimana dari

menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar, kemudian ditukar kepada

bahasa Melayu, dan kini kembali ke bahasa Inggeris.

Bezanya, reformasi yang dijalankan dahulu melibatkan seluruh subjek di sekolah,

tetapi kini, hanya subjek Sains dan Matematik sahaja terlibat. Dalam hal ini, peranan

yang sangat besar dimainkan oleh para guru bagi memastikan tempoh 5 tahun ini berjaya

dicapai.

Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji tahap persediaan dan kesediaan

guru-guru Sains dan Matematik untuk mengajar menggunakan bahasa Inggeris.

1.4 Objektif Kajian

Objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini adalah :

i) Meninjau tahap persediaan dari aspek penguasaan guru-guru Sains dan

Matematik mengajar menggunakan bahasa Inggeris.

Page 27: TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI … · 2013-11-19 · TAHAP PERSEDIAAN MATERIAL DAN KESEDIAAN EMOSI GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK DI DAERAH KLUANG UNTUK MENGAJAR DALAM

11

ii) Meninjau tahap persediaan dari aspek rujukan yang dilakukan guru-guru Sains

dan Matematik untuk mengajar menggunakan bahasa Inggeris.

iii) Meninjau tahap kesediaan yang dilakukan guru-guru Sains dari aspek emosi

untuk mengajar dalam bahasa Inggeris.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif yang telah digariskan, beberapa persoalan yang akan

dipertimbangkan adalah :

i) Apakah tahap persediaan yang dilakukan oleh guru-guru Sains dan

Matematik untuk mengajar menggunakan bahasa Inggeris dari aspek

penguasaaan?

ii) Apakah tahap persediaan yang dilakukan oleh guru-guru Sains dan

Matematik untuk mengajar menggunakan bahasa Inggeris dari aspek

sumber rujukan?

iii) Apakah tahap kesediaan yang dipersiapkan oleh guru-guru Sains dan

Matematik untuk mengajar menggunakan bahasa Inggeris dari segi emosi?