hubungan di antara kecerdasan emosi dengan … · oleh itu kajian ini dijalankan untuk mencari...

30
HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN KEPIMPINAN BAKAL GURU DI KALANGAN PELAJAR PERDANA TAHUN EMPAT PTV UTM FARAH AMIRA BT HJ WAN MAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: hatram

Post on 17-Aug-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … · Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan di kalangan bakal guru Pendidikan

HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN

KEPIMPINAN BAKAL GURU DI KALANGAN PELAJAR PERDANA

TAHUN EMPAT PTV UTM

FARAH AMIRA BT HJ WAN MAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … · Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan di kalangan bakal guru Pendidikan
Page 3: HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … · Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan di kalangan bakal guru Pendidikan
Page 4: HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … · Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan di kalangan bakal guru Pendidikan

HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN

KEPIMPINAN BAKAL GURU DI KALANGAN PELAJAR PERDANA

TAHUN EMPAT PTV UTM

FARAH AMIRA BT HJ WAN MAT

Laporan Projek ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 5: HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … · Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan di kalangan bakal guru Pendidikan
Page 6: HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … · Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan di kalangan bakal guru Pendidikan

iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Teristimewa

Untuk mama dan papa yang sangat ku kasihi…

Hj Wan Mat bin Seman dan Hjh Wan Latifah bt Wan Husain

“Terima kasih atas doa, pengorbanan dan restumu”

Buat teman-temanku Ati, Ita, Azda, Jamilah dan Fadilah yang dekat di hati…

Buat ahli keluarga yang amat ku kasihi

Terima kasih atas segalanya

Pengorbanan kalian tidak mungkin ku lupakan

Untuk dua insan istimewa yang sentiasa memberikan semangat…

Muhd Syafiq Abdul Aziz dan Sukhvinder Gill

Terima kasih yang tidak terhingga…

Aku berasa bertuah dipertemukan

Dengan insan berhati mulia seperti kalian

Page 7: HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … · Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan di kalangan bakal guru Pendidikan

iv

PENGHARGAAN

Di sini penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada En.

Kamalularifin b. Subari selaku penyelia tesis di atas segala bimbingan dan tunjuk

ajar serta dorongan yang diberikan sepanjang tempoh penyediaan tesis ini.

Tidak lupa juga sekalung penghargaan ditujukan buat En. Roslee b.

Ahmad kerana sudi memeriksa keesahan soal selidik ini. Jasamu dikenang.

Seterusnya jutaan terima kasih buat En Azlan b. Abd Latib dan Dr Tan

Soo Yin kerana sudi menjadi penilai untuk Projek Sarjana Muda saya. Hanya

Tuhan yang dapat membalas segala budi baik tuan.

Ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada semua individu yang

terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam membantu

menjayakan Projek Sarjana Muda ini. Tanpa kalian siapalah saya. Harapan

penulis agar Projek Sarjana Muda ini dapat memenuhi kriteria yang ditetapkan

dan dapat menjadi sumber rujukan buat individu lain pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Page 8: HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … · Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan di kalangan bakal guru Pendidikan

v

ABSTRAK

Kecerdasan emosi dan kepimpinan perlu dikenalpasti demi untuk melihat

hubungkait di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan seseorang, lebih-lebih

lagi untuk seorang bakal guru. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mencari

hubungan di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan di kalangan bakal guru

Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV), UTM Skudai. Kajian ini melibatkan

sampel seramai 104 orang yang dipilih secara rawak. Instrumen kajian yang

digunakan adalah satu set soal selidik yang mengandungi maklumbalas bagi

persoalan kajian. Data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan perisian

SPSS 11.0 untuk mendapat kekerapan, peratusan, min, ujian-t dan korelasi,

kemudiannya dipersembahkan dalam bentuk jadual. Hasil kajian menunjukkan

tahap kecerdasan emosi dan tahap kepimpinan bakal guru PTV adalah kurang

memberangsangkan. Analisis ujian-t pula menunjukkan tiada perbezaan

kecerdasan emosi yang signifikan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan

kecuali bagi aspek kesedaran diri dan mengawal perasaan manakala analisis ujian-

t bagi kepimpinan pula menunjukkan tiada perbezaan kepimpinan yang signifikan

di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Keputusan korelasi pula mendapati

tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan

kepimpinan.

Page 9: HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … · Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan di kalangan bakal guru Pendidikan

vi

ABSTRACT

Emotional Intelligence and the Leadership Skills need to be identified to

see the relationship between emotional intelligence and leadership skills,

especially for those who are to become a teacher. Therefore, this research is

conducted to obtain a visible relationship between emotional intelligence and

leadership skills among the future Technical and Vocational Educational (PTV)

teacher in the UTM Skudai campus. A number of 104 respondents were chosen

randomly. The instrument is a set of questionnaires which respond to the research.

The data collected is analyzed with SPSS 11.0 software to obtain frequency,

percentage, min, t-test as well as correlation and finally presented in the form of

tables. The result shows that the emotional intelligence and leadership level of the

future PTV teacher is at mediocre level. The t-test analysis of emotional

intelligence shows that there is none significant differences between male and

female respondents in emotional intelligence except for self confidence and the

ability to handle feelings. Meanwhile the result of the t-test analysis of leadership

skills shows that there were none significant differences between male and female

respondents in leadership skills. The result of the correlation shows that there is

none significant relationship between emotional intelligence and leadership skills.

Page 10: HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … · Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan di kalangan bakal guru Pendidikan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI DOKUMEN xi

SENARAI LAMPIRAN xi

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN / SIMBOL xvi

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 2

1.3 Pernyataan masalah 9

1.4 Objektif kajian 10

1.5 Persoalan kajian 11

1.6 Kepentingan kajian 11

1.7 Skop kajian 12

Page 11: HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … · Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan di kalangan bakal guru Pendidikan

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

1.8 Definisi operasional 13

1.8.1 Kepintaran emosi (EQ) 13

1.8.2 Kepimpinan 15

1.8.3 Bakal guru 16

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Kecerdasan emosi (EQ) 17

2.3 Kepimpinan 20

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 25

3.2 Rekabentuk kajian 25

3.3 Lokasi kajian 26

3.4 Sampel kajian 26

3.5 Instrumen kajian 26

3.6 Kajian Rintis 29

3.6.1 Keesahan borang soal selidik 29

3.6.2 Kebolehpercayaan borang soal selidik 30

3.7 Prosedur kajian 30

3.8 Analisis kajian 31

Page 12: HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … · Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan di kalangan bakal guru Pendidikan

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 34

4.2 Latar belakang responden 34

4.2.1 Profil jantina pelajar dan kursus 35

4.2.2 Profil bangsa & pengalaman menjalani latihan

mengajar 36

4.2.3 Jenis sekolah semasa menjalani latihan mengajar 36

4.3 Bahagian B 37

4.3.1 Persoalan kajian 1 37

4.3.2 Persoalan kajian 2 41

4.3.3 Persoalan kajian 3 45

4.3.4 Persoalan kajian 4 54

4.3.5 Persoalan kajian 5 58

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 59

5.2 Rumusan dapatan 59

5.3 Perbincangan 60

5.3.1 Perbincangan latar belakang responden 60

5.3.2 Perbincangan persoalan kajian 1 61

5.3.3 Perbincangan persoalan kajian 2 62

Page 13: HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … · Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan di kalangan bakal guru Pendidikan

x

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

5.3.4 Perbincangan persoalan kajian 3 63

5.3.5 Perbincangan persoalan kajian 4 64

5.3.6 Perbincangan persoalan kajian 5 65

5.4 Cadangan kajian lanjutan 66

5.5 Cadangan kajian lanjutan 67

5.6 Kesimpulan 68

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN

Bibliografi 69

LAMPIRAN

Lampiran A 75

Page 14: HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … · Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan di kalangan bakal guru Pendidikan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Sampel kajian 26

3.2 Faktor kecerdasan emosi 27

3.3 Faktor kepimpinan 28

3.4 Item-item yang telah diubahsuai 29

3.5 Kaedah analisis data 32

3.6 Perubahan markat dan skala 33

3.7 Markat skala tiga mata 33

3.8 Skala rowentree untuk tafsiran nilai pekali kolerasi r 33

4.1 Jadual rentas jantina dan kursus 35

4.2 Jadual rentas bangsa dan pengalaman menjalani 36

latihan mengajar

Page 15: HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … · Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan di kalangan bakal guru Pendidikan

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.3 Jenis sekolah semasa menjalani latihan mengajar 36

4.4 Analisis keseluruhan tahap kecerdasan emosi 37

4.5 Analisis keseluruhan tahap kepimpinan 41

4.6 Perbandingan nilai min kecerdasan emosi pelajar lelaki 45

dan pelajar perempuan bagi aspek kesedaran diri

4.7 Perbandingan nilai min kecerdasan emosi pelajar lelaki 46

dan pelajar perempuan bagi aspek mengawal perasaan

4.8 Perbandingan nilai min kecerdasan emosi pelajar lelaki 47

dan pelajar perempuan bagi aspek motivasi diri

4.9 Perbandingan nilai min kecerdasan emosi pelajar lelaki 47

dan pelajar perempuan bagi aspek mengawal diri

Page 16: HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … · Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan di kalangan bakal guru Pendidikan

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.10 Perbandingan nilai min kecerdasan emosi pelajar lelaki 48

dan pelajar perempuan bagi aspek perhubungan antara manusia

4.11 Perbandingan nilai min kecerdasan emosi pelajar lelaki 49

dan pelajar perempuan bagi aspek empati

4.12 Perbandingan nilai min kecerdasan emosi pelajar lelaki 49

dan pelajar perempuan bagi aspek penerimaan kendiri

4.13 Perbandingan nilai min kecerdasan emosi pelajar lelaki 50

dan pelajar perempuan bagi aspek komunikasi

4.14 Perbandingan nilai min kecerdasan emosi pelajar lelaki 51

dan pelajar perempuan bagi aspek tindakbalas kendiri

4.15 Perbandingan nilai min kecerdasan emosi pelajar lelaki 51

dan pelajar perempuan bagi aspek tegas

4.16 Perbandingan nilai min kecerdasan emosi pelajar lelaki 52

dan pelajar perempuan bagi aspek celik akal

Page 17: HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … · Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan di kalangan bakal guru Pendidikan

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.17 Perbandingan nilai min kecerdasan emosi pelajar lelaki 53

dan pelajar perempuan bagi aspek sikap keterbukaan

4.18 Perbandingan nilai min kepimpinan pelajar lelaki 54

dan pelajar perempuan bagi aspek karisma

4.19 Perbandingan nilai min kepimpinan pelajar lelaki 55

dan pelajar perempuan bagi aspek timbang rasa

4.20 Perbandingan nilai min kepimpinan pelajar lelaki 55

dan pelajar perempuan bagi aspek merangsang intelek

4.21 Perbandingan nilai min kepimpinan pelajar lelaki 56

dan pelajar perempuan bagi aspek inspirasi

4.22 Perbandingan nilai min kepimpinan pelajar lelaki 57

dan pelajar perempuan bagi aspek ganjaran

4.23 Perbandingan nilai min kepimpinan pelajar lelaki 57

dan pelajar perempuan bagi aspek mengurus

4.24 Hubungan antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan 58

Page 18: HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … · Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan di kalangan bakal guru Pendidikan

xv

SENARAI SINGKATAN

SPSS - Statistical package for the social sciences

STS - Sangat tidak setuju

TS - Tidak setuju

KS - Kurang setuju

S - Setuju

SS - Sangat setuju

PTV - Pendidikan teknik dan vokasional

EQ - Kecerdasan emosi

IQ - Intellectual quotient

SPA - Sarjana muda teknologi serta pendidikan kejuruteraan awam

SPE - Sarjana muda teknologi serta pendidikan kejuruteraan elektrik

SPJ - Sarjana muda teknologi serta pendidikan kejuruteraan jentera

SPH - Sarjana muda teknologi serta pendidikan kemahiran hidup

PKPG - Program khas pensiswazahan guru

UTM - Universiti teknologi malaysia

Bil - Bilangan

% - Peratus

f - Kekerapan

Page 19: HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … · Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan di kalangan bakal guru Pendidikan

xvi

SENARAI SINGKATAN

R - Rendah

S - Sederhana

T - Tinggi

Sig - Signifikan

Page 20: HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … · Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan di kalangan bakal guru Pendidikan

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Intellectual Quotient (1Q) adalah sangat popular di dalam dunia

pendidikan. Ia memberi penekanan kepada aspek kemahiran kognitif iaitu

membaca, menulis, mengira. Justeru, masyarakat sering menganggap bahawa

individu yang memiliki tahap kepintaran intelek (IQ) yang tinggi akan

berjaya dalam karier dan dipandang tinggi (Goleman, 1995). Tetapi,

hakikatnya tahap kognitif yang tinggi tidak semestinya menjamin individu

itu berjaya di dalam pekerjaan mahupun di dalam hidupnya (Hunter and

Hunter). Kajian yang dilakukan oleh Sternberg menguatkan lagi pernyataan

ini yang mana hasil kajian beliau menunjukkan, pengaruh IQ ke atas

kejayaan seseorang individu itu adalah sangat kecil iaitu hanya 4% daripada

varian.

Jika diteroka hasil kajian ahli-ahli psikologi sekitar 1990-an

menunjukkan bahawa sebenarnya, aspek non-kognitif yang memainkan

pengaruh yang besar ke atas kejayaan individu samaada di tempat kerja

mahupun di dalam hidup (Wechsler, 1943). Pernyataan ini diperkuatkan lagi

dengan hasil kajian untuk melihat had bagi pengaruh IQ yang dibuat di ke

atas 450 kanak-kanak yang membesar di Sommerville, Massachusetts. Dua

pertiga daripada mereka adalah dari kalangan keluarga yang berpelajaran

manakala satu pertiga lagi memiliki IQ di bawah 90. Walaubagaimanapun,

Page 21: HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … · Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan di kalangan bakal guru Pendidikan

2

hasil kajian menunjukkan kecemerlangan subjek kajian di tempat kerja

dengan pengaruh IQ hanyalah kecil sebaliknya apa yang lebih kuat

mempengaruhinya adalah kebolehan mengawal kekecewaan, mengawal

emosi dan perhubungan dengan orang lain.

Kajian berikutnya dibuat ke atas 80 orang berpangkat Ph. d di dalam

bidang Sains untuk melihat kunci kejayaan. 40 tahun selepas tamat pengajian

di Berkeley, ramai di kalangan mereka telah mengukir nama di bidang

masing-masing. Kemudian, mereka dijejaki untuk di temubual. Hasil kajian

tersebut menunjukkan kemahiran interpersonal dan kecerdasan emosi (EQ)

adalah empat kali lebih penting berbanding IQ dalam menentukan kejayaan

di bidang kerjaya (David Viscott, 1976). Di bidang pekerjaan, memang IQ

penting, namun realitinya, apa yang lebih penting ialah mempunyai

kebolehan membina ketahanan diri untuk menempuhi rintangan dan

kebolehan bergaul dengan subordinat mahupun rakan sekerja.

Maka, dalam menilai kejayaan seseorang individu, di samping ianya

memerlukan kepintaran intelek (IQ) yang baik, kemantapan kecerdasan

emosi (EQ) juga merupakan suatu elemen yang sangat penting dan mesti

berada seiringan dengannya (Mahmood Nazar Mohamed, 2001). Seseorang

individu yang memiliki kesepaduan emosi dan rohani serta diharmonikan

dengan intelek maka akan membentuk mauduk yang pastinya akan dapat

menghasilkan generasi yang seimbang perkembangan sahsiahnya dan

mempunyai ketahanan untuk menghadapi cabaran dan rintangan hidup serta

dapat menjauhkan diri daripada perangkap “emotional hijacking”.

1.2 Latar belakang masalah

Menurut Professor Dr. Leonard M. S Yong, pengasas “The Leonard

Personality Inventory,” kepintaran emosi EQ adalah merupakan kebolehan

Page 22: HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … · Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan di kalangan bakal guru Pendidikan

3

untuk merasa, memahami dan mengaplikasikan kuasa di sebalik emosi dalam

hidup kita seharian. EQ berpunca dari emosi, perasaan dan gerak hati. Malah,

ianya bukan sesuatu yang hanya boleh dirasional secara intelek. Untuk

mengaplikasikan EQ secara betul, kita seharusnya memahami dan

menghargai perasaan dan emosi diri sendiri dan orang lain. lanjutan kepada

pemahaman ini, EQ menekankan cara membalas yang betul kepada setiap

rangsangan persekitaran. Ini ditekankan supaya kita dapat menggunakan

pemahaman kita tentang emosi secara betul dalam hidup kita seharian.

Kepintaran emosi merupakan pendorong kepada individu untuk berusaha ke

arah mencapai matlamat hidup dan aspirasinya. Ia mengubah apa yang

difikirkan oleh kita kepada cara kita hidup.

Kekuatan yang disumbangkan oleh kecerdasan emosi dapat

menyedarkan masyarakat bahawa sebelum ini mereka telah mengabaikan

satu sumber yang dianggap tidak memberi manfaat dan seterusnya telah

diabaikan. Emosi selama ini telah dianggap sebagai pengacau atau perosak

fikiran. Kecelaruan emosi membuahkan kesedaran betapa sikap negatif

terhadap emosi menyebabkan manusia terjebak dalam jaringan emosi negatif

yang berpanjangan.

Menurut laporan yang disiarkan di dalam Berita Harian, 27 Ogos

2003, di Seremban, seorang buruh berusia 35 tahun dihadapkan ke

mahkamah majistret atas tuduhan mencucuh api pada badan seorang bayi

berusia lapan bulan. Menurut sumber yang yang sama, di mahkamah Sesyen

pula, seorang peniaga berusia 25 tahun didakwa cuba membunuh isterinya

dengan menyembelih leher isterinya. Menurut sumber yang sama, di

Islamabad, seorang wanita yang mengambil upah mencuci pakaian dan

memasak untuk keluarga jirannya hampir kehilangan tangan apabila

suaminya marah dengan keengganannya meninggalkan kerja itu yang

dianggap menjatuhkan maruah keluarga, lalu cuba menetak lengan wanita itu

dengan menggunakan pisau pemotong daging. Dalam satu kejadian lain di

Page 23: HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … · Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan di kalangan bakal guru Pendidikan

4

Karana, Islamabad, seorang tuan rumah bertindak kejam dengan

membogelkan pembantu rumah wanitanya dan dipertontonkan di pasar

kampung kerana wanita tersebut meminta cuti sehari kerana sakit. Daily

News, New York pula melaporkan seorang wanita yang mempunyai berat

badan berlebihan menetak ibu mertuanya sampai mati dengan menggunakan

pisau pemotong daging selepas ibu mertuanya enggan menghidangkan nasi

untuknya ketika makan malam dengan alasan makanan itu menggemukkan.

Menurut laporan yang disiarkan di dalam Berita Minggu, 1 Ogos 1999,

seorang bekas ahli kaji kimia yang berkecimpung sebagai broker di pasaran

saham. telah mengalami kerugian sebanyak A$150,000 menyebabkan beliau

hilang pertimbangan lalu membunuh isteri, anak dan kawan-kawannya di

firma saham sebelum membunuh diri sendiri. Daripada laporan ini, jelas

menunjukkan bahawa bagaimana individu yang memiliki tahap (IQ) yang

tinggi belum tentu mampu untuk menjadi seorang individu yang berjaya. Di

sini juga kita dapat melihat bagaimana seseorang itu tidak dapat

membendung emosinya telah melakukan tindakan yang kejam dan

merugikan dirinya dan juga orang lain.

Menurut pakar psikiatri kanak-kanak dan remaja Hospital Universiti

Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Kasmini Kassim, “Naluri ganas

memang wujud dalam diri manusia. Walaubagaimanapun, Tuhan

mengurniakan kita akal untuk menekan naluri keganasan itu daripada

dihambur keluar.” (Ekslusif, 2-8 Ogos 1999). Kenyataan ini menguatkan lagi

pendapat yang mengatakan kejayaan individu bukan semata-mata bergantung

kepada kepintaran intelek (IQ) malahan juga kecerdasan emosi (EQ) yang

tinggi.

Kecerdasan emosi (EQ) mempunyai nilai yang besar ke atas kerjaya

dan hidup seseorang. Martin Seligman adalah pengasas “learned optimis”. Ia

merujuk kepada anggapan manusia apabila berdepan dengan kegagalan atau

halangan. Sikap optimis lebih cenderung untuk menganggap sesuatu yang

Page 24: HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … · Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan di kalangan bakal guru Pendidikan

5

spesifik, bersifat sementara dan menyebabkan individu mempunyai

anggapan yang eksternal manakala orang yang bersikap pesimis cenderung

menganggap sesuatu yang berlaku itu bersifat global, kekal, lebih spesifik

dan menyebabkan individu mempunyai anggapan yang internal. Dalam

kajian mengenai “Met Life”, Seligman mendapati seorang jurujual baru

yang bersikap optimis berjaya menjual 37 % lebih insuran jika dibandingkan

dengan jurujual sedia ada yang bersikap pesimis. Hasil kajian juga

menunjukkan, apabila sebuah syarikat insurans mengambil sekumpulan

pekerja yang bersikap optimis, prestasi kerja mereka amat menggalakkan

walaupun mereka gagal dalam “normal screening.’ Ini jelas menunjukkan

betapa besar pengaruh sikap optimis ke atas tingkahlaku individu.

Dalam satu kajian lain mengenai optimis, Seligman menguji 500

orang pelajar di dalam “freshman class” di University of Pennsylvania. Hasil

kajian beliau menunjukkan bahawa skor yang diperoleh daripada ujian

mengenai sikap optimis pelajar adalah kayu ukur sebenar bagi gred

pencapaian yang diperolehi semasa berada di tahun “freshman” jika

dibandingkan dengan Skor SAT ataupun gred “High School.”Kebolehan

menguruskan perasaan dan stress adalah salah satu aspek lain dalam EQ

yang telah dikesan mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kejayaan

seseorang. Satu kajian yang dibuat ke atas pengurus syarikat menunjukkan

kebolehan untuk menguruskan stress mempengaruhi keuntungan, kadar

jualan bagi setiap kerja, kadar jualan bagi setiap pelanggan dan wang bagi

inventori.

EQ adalah lebih bertumpu kepada mengetahui bila dan bagaimana

untuk meluahkan emosi dengan cara mengawalnya. Satu kajian yang dibuat

oleh Sigdal Barsade di Yale University mengenai gaya pengurusan pengurus

ke atas kumpulannya mendapati emosi pengurus mempengaruhi ahli

kumpulannya dan perasaan yang baik mewujudkan kerjasama yang erat

antara subordinat, wujud keadilan dan mempamerkan prestasi keseluruhan

Page 25: HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … · Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan di kalangan bakal guru Pendidikan

6

kumpulannya. Kajian tersebut juga mendapati kumpulan bekerja dalam

keadaan yang ceria mendatangkan lebih keuntungan kepada ahli

kumpulannya. Dapatan dalam bidang yang sama yang dibuat oleh Bachman

turut mendapati bahawa pemimpin yang paling efektif dalam ketenteraan US

adalah yang lebih mesra, lebih bertimbang rasa, boleh mengawal perasaan,

dramatik dan mempunyai perhubungan social yang baik.

Empati juga merupakan aspek yang penting dalam EQ. Para

penyelidik juga telah mengenalpasti bahawa empati berupaya mempengaruhi

kejayaan individu di dalam pekerjaan. Dua dekad yang lalu, Rosenthal dalam

kajiannya di Harvard University mendapati bahawa individu yang

berkebolehan mengenali emosi orang lain adalah lebih berjaya di dalam

bidang pekerjaan mereka begitu juga di dalam perhubungan sosial mereka.

Dalam satu tinjauan yang dibuat ke atas gaya kerja jurujual produk

kecantikan mendapati jurujual yang mempunyai sikap empati dalam diri

lebih digemari oleh pelanggan. Ini kerana pelanggan-pelanggan melaporkan

bahawa mereka lebih menggemari jurujual yang benar-benar memahami

kehendak dan kebimbangan mengenai penjagaan kecantikan wajah dan

tubuh badan mereka.

Likert (1969) di dalam kajiannya mengenai gaya kepimpinan

pegawai di Universiti Michigan telah mendapati bahawa tingkahlaku

kepimpinan yang diamalkan oleh pegawai-pegawai adalah berpusatkan

kepada pekerja dan timbang rasa. Pegawai-pegawai mempunyai sikap tolak-

ansur dengan pekerja demi meningkatkan produktiviti. Pegawai-pegawai

juga sentiasa memberikan pandangan yang jelas kepada pekerja-pekerjanya

berhubung dengan keperluan dalam menjalankan sesuatu tugas di dalam

organisasi. Herzberg (1966) di dalam kajiannya mendapati bahawa seseorang

individu itu akan mencapai kepuasan kerja yang maksimum sekiranya pihak

majikannya dapat memenuhi keperluan fisiologi seperti keperluan makan

minum, keselamatan dan jaminan kerja, keperluan kehormatan diri dan

Page 26: HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … · Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan di kalangan bakal guru Pendidikan

7

status. Dapatan kajian Herzberg ini disokong oleh hasil kajian yang dibuat

oleh Suaidah Ahmad (1983) dan kajian See Tean Seng (1987) mengenai

tingkahlaku kepimpinan ketua jururawat di hospital mendapati bahawa

ketua-ketua jururawat yang mengamalkan tingkahlaku bekerjasama bukan

sahaja dapat mewujudkan kepuasan kerja kepada para jururawat biasa malah

turut dapat mengurangkan tekanan kerja. Burk (1972) di dalam kajiannya

mendapati bahawa pekerja yang merasa ketua mereka tidak bertimbang rasa

akan mengalami tekanan kerja yang lebih dan beliau merumuskan bahawa

tingkahlaku timbang rasa pemimpin menyumbang secara signifikan dan

bersifat negatif kepada tekanan kerja. Hasil kajian Burk ini disokong pula

oleh kajian Suaidah Ahmad (1983) dan See Tean Seng (1987) yang

memperoleh dapatan yang serupa. Selain itu, ia turut disokong oleh kajian

Tanabe (1993) yang melaporkan bahawa penyelia yang mempunyai

kebolehan tinggi dan berorientasikan perhubungan dalam organisasinya akan

dapat mengurangkan tekanan kerja. Kajian yang dilakukan oleh Universiti

Michigan terhadap pengurusan hospital, kakitangan kerajaan dan organisasi

perniagaan mendapati bahawa kebanyakan kumpulan pekerja yang produktif

mempunyai para pemimpin yang bertumpukan kepada pekerja dan bukannya

bertumpukan kepada pengeluaran. Mereka juga mendapati bahawa

pemimpin yang paling efektif adalah mereka yang mempunyai hubungan

saling menyokong dengan para sub ordinat dan membuat keputusan secara

berkumpulan. Chong Huat (1983) menjalankan satu kajian untuk memahami

faktor-faktor yang memotivasi dan mempengaruhi gaya kepimpinan dalam

organisasi tempatan dan organisasi Jepun di Malaysia ke atas 40 orang

responden daripada beberapa organisasi tempatan dan organisasi Jepun yang

terletak di zon Industri Shah Alam. Hasil kajian menunjukkan orang Jepun

mementingkan tenaga, usaha dan keperluan-keperluan kumpulan,

mengutamakan daya kepimpinan dan dimotivasikan oleh perhubungan yang

mana kesannya dapat meningkatkan prestasi dan produktiviti. Manakala gaya

kepimpinan tempatan lebih cenderung ke arah mengamalkan gaya

kepimpinan yang dimotivasikan oleh tugas.

Page 27: HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … · Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan di kalangan bakal guru Pendidikan

8

Salmah Saad (1984) dalam kajiannya tentang tingkahlaku

kepimpinan dan hubungannya dengan kepuasan kerja di kalangan pekerja

yang tugasnya berstruktur dan tidak berstruktur mendapati pekerja-pekerja

yang tugasnya berstruktur dan mengamalkan tingkahlaku timbang rasa

mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan kepuasan kerja

keseluruhan dan kepuasan dengan pekerjaan, gaji, penyeliaan dan kenaikan

pangkat. Hasil kajian oleh Salmah Saad pula disokong oleh kajian yang

dijalankan oleh Ramlah Yunos (1993) tentang corak kepimpinan di Perak-

Hanjong Simen. Beliau mendapati corak kepimpinan yang berkesan adalah

kepimpinan secara berorientasikan perhubungan yang sentiasa peka dan

mengambil berat kehendak dan kepuasan kerja para pekerja. Sebaliknya,

kepimpinan yang kurang berkesan ialah yang mempunyai ciri-ciri

mementingkan diri sendiri, tidak mengambil berat keperluan pekerja dan

sukar menerima pendapat orang bawahan dan rakan sekerja. Di sekolah, di

dapati terdapat banyak kes di mana kadang-kala guru tidak dapat mengawal

perasaan apabila berada dalam situasi tertekan terutama di kalangan guru

wanita. Walaubagaimanapun, anehnya mereka tetap mempamerkan

kepimpinan yang baik dan berupaya melahirkan pelajar-pelajar yang

cemerlang (Wan Ahmad Nasir, 1985). Berdasarkan maklumat inilah maka

penyelidik cuba untuk meninjau adakah kecerdasan emosi (EQ)

mempengaruhi kepimpinan bakal guru ataupun sebaliknya.

Page 28: HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … · Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan di kalangan bakal guru Pendidikan

9

1.3 Pernyataan masalah

Konsep kecerdasan emosi mula dilahirkan oleh ahli psikologi dari

Universiti Yale dan New Hampshire, USA iaitu Peter Salovey dan John

Mayer. Dalam tahun 1990, mereka telah mencuba untuk mengkaji dengan

lebih mendalam berkaitan dengan masalah “Mengapa mereka yang pintar

tidak semestinya berada di dalam golongan mereka yang paling berjaya

dalam perniagaan mahupun peribadinya.”

Konsep ini kemudiannya dipopularkan semula oleh Daniel Goleman

melalui bukunya yang berjudul, “Emotional Intelligence (EQ)” pada tahun

1995. Beliau mengatakan kejayaan individu itu 20% bergantung kepada

kepintaran intelek manakala 80% lagi bergantung kepada kemampuan

individu untuk mengawal emosinya. Hasil daripada pendapat tersebut,

penyelidik cuba untuk menjalankan satu kajian bagi melihat hubungan di

antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan bakal guru. Tinjauan ini

dijalankan di kalangan pelajar perdana tahun empat (SPA, SPJ, SPE, SPH)

yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang Pendidikan Teknik dan

Vokasional di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Page 29: HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … · Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan di kalangan bakal guru Pendidikan

10

1.4 Objektif kajian

Objektif am kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan di antara

kecerdasan emosi dengan kepimpinan bakal guru. Objektif khusus kajian ini

pula adalah seperti berikut:

i. Meninjau tahap kecerdasan emosi pelajar perdana tahun empat PTV,

UTM, Skudai, Johor.

ii. Meninjau tahap kepimpinan pelajar perdana tahun empat PTV, UTM,

Skudai, Johor.

iii. Mengkaji samaada wujud perbezaan kecerdasan emosi antara pelajar

lelaki dan pelajar perempuan tahun empat PTV, UTM, Skudai, Johor

bagi setiap aspek yang dikaji.

iv. Melihat samaada wujud perbezaan kepimpinan antara pelajar lelaki

dan pelajar perempuan tahun empat PTV, UTM, Skudai, Johor bagi

setiap aspek yang dikaji.

v. Meninjau samaada kecerdasan emosi mempunyai hubungan dengan

kepimpinan pelajar perdana tahun empat PTV, UTM, Skudai, Johor.

Page 30: HUBUNGAN DI ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN … · Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan di kalangan bakal guru Pendidikan

11

. 1.5 Persoalan kajian

i. Apakah tahap kecerdasan emosi pelajar perdana tahun empat PTV,

UTM, Skudai, Johor?

ii. Apakah tahap kepimpinan pelajar perdana tahun empat PTV, UTM,

Skudai, Johor?

iii. Adakah wujud perbezaan EQ antara pelajar lelaki dan pelajar

perempuan tahun empat PTV, UTM, Skudai, Johor?

iv. Adakah wujud perbezaan kepimpinan antara pelajar lelaki dan pelajar

perempuan tahun empat PTV, UTM, Skudai, Johor?

v. Adakah kecerdasan emosi mempunyai hubungan dengan kepimpinan

pelajar perdana tahun empat PTV, UTM, Skudai, Johor?

1.6 Kepentingan kajian

Alam pendidikan di Malaysia terus berkembang dan telah mengalami

pelbagai reformasi selaras dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan

ledakan maklumat. Perubahan yang berlaku dengan begitu pantas dan drastik

menuntut setiap individu memperkemaskan pengetahuan dan ketrampilan

masing-masing. Di alaf ini kita memerlukan masyarakat yang berjiwa kental

dan mempunyai daya saing yang tinggi untuk memimpin baik keluarga,

masyarakat dan juga negara. Jadi masyarakat mesti diberikan penekanan

bukan sahaja dari segi IQ tetapi juga EQ. Sikap ini perlu dipupuk sejak

mereka di bangku sekolah lagi bagi melahirkan insan seperti yang

diaspirasikan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hasil kajian ini

diharapkan berguna kepada: