profil kecerdasan emosi guru-guru sekolah menengah zon tenga

156
BAB 1 1.1 PENGENALAN Emosi adalah keadaan kebangkitan seseorang sebagai satu reaksi terhadap sesuatu benda atau keadaan (Atan Long 1978). Keadaan tersebut merupakan rangsangan yang ditangkap oleh seseorang sehingga boleh menimbulkan keadaan baru pada dirinya. Keadaan baru ini boleh menghasilkan (i) perubahan hayat dalam badan, (ii) pengalaman emosi, (iii) pernyataan emosi. Kebangkitan emosi boleh digerakan oleh rangsangan dari luar yang diterima melalui panca indera. Denyutan yang diterima oleh panca indera dihantarkan kebahagian otak yang dinamakan thalamus dan dari situ dihantar kebahagian cortex untuk menghasilkan kebangkitan perasaan emosi (Atan Long 1978). Menurun Goleman (1999) pula kecerdasan emosi ialah kemampuan mengenali perasaan sendiri dan perasaan orang lain, kemampuan memotivasi diri sendiri dan kemampuan mengelola emosi sendiri dengan baik serta kebolehan menjalin hubungan dengan orang lain. Goleman (1999) juga menyatakan bahawa seseorang yang tidak mempunyai keupayaan mengawal emosi, agak sukar berinteraksi dengan orang lain, dan tidak mampu untuk menjalankan kerja dengan baik. Mereka juga boleh digolongkan sebagai individu yang kurang berjaya

Upload: louis-spencer-gayoh

Post on 24-Jun-2015

732 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

BAB 1

1.1 PENGENALAN

Emosi adalah keadaan kebangkitan seseorang sebagai satu reaksi terhadap sesuatu benda

atau keadaan (Atan Long 1978). Keadaan tersebut merupakan rangsangan yang ditangkap

oleh seseorang sehingga boleh menimbulkan keadaan baru pada dirinya. Keadaan baru

ini boleh menghasilkan (i) perubahan hayat dalam badan, (ii) pengalaman emosi, (iii)

pernyataan emosi. Kebangkitan emosi boleh digerakan oleh rangsangan dari luar yang

diterima melalui panca indera. Denyutan yang diterima oleh panca indera dihantarkan

kebahagian otak yang dinamakan thalamus dan dari situ dihantar kebahagian cortex

untuk menghasilkan kebangkitan perasaan emosi (Atan Long 1978).

Menurun Goleman (1999) pula kecerdasan emosi ialah kemampuan mengenali

perasaan sendiri dan perasaan orang lain, kemampuan memotivasi diri sendiri dan

kemampuan mengelola emosi sendiri dengan baik serta kebolehan menjalin hubungan

dengan orang lain. Goleman (1999) juga menyatakan bahawa seseorang yang tidak

mempunyai keupayaan mengawal emosi, agak sukar berinteraksi dengan orang lain, dan

tidak mampu untuk menjalankan kerja dengan baik. Mereka juga boleh digolongkan

sebagai individu yang kurang berjaya dalam kerjayanya. Peristiwa-peristiwa cetusan

emosi yang berlaku, terutama yang di tempat kerja, membawa implikasi kepada tahap

kestabilan dan kematangan emosi individu berkenan (Goleman, 1999).

Goleman (1999) seterusnya menyatakan bahawa kecerdasan emosi adalah satu

yang diperlukan oleh seseorang untuk berjaya dalam kerjayanya. Goleman (1995) telah

mengemukakan satu teori untuk menerangkan beberapa faktor yang mempengaruhi

emosi seseorang. Teori Goleman ini cuba menerangkan faktor kegagalan dan kejayaan

seseorang dalam kehidupan peribadi dan kerjaya masing-masing daripada perspektif

kecerdasan emosi.

Page 2: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Secara keseluruhannya, kajian ini cuba melihat profil kecerdasan emosi (EQ)

guru-guru sekolah menengah berdasarkan Model Kecerdasan Emosi yang dikemukakan

oleh Goleman (1995). Pengkaji cuba melihat kesesuaian model ini dalam menerangkan

profil kecerdasan emosi (EQ) guru-guru daripada perspektif budaya tempatan.

1.2 LATARBELAKANG KAJIAN

Sekolah merupakan institusi masyarakat yang mempunyai tujuan tertentu iaitu

membentuk dan mengubah tingkah laku para pelajar ke arah yang dikehendaki.

Perubahan tingkah laku ini merupakan matlamat yang hendak dicapai melalui fungsi

sekolah. Tugas guru adalah melaksanakan fungsi ini untuk menciptakan satu suasana

yang boleh menimbulkan atau menghasilkan perubahan tingkah laku tersebut (Atan Long

1978). Seorang guru adalah ahli masyarakat, seorang rakyat dan sebagai seorang ikhtisas

di dalam bidang perguruan yang menjalankan tugas mendidik di dalam sebuah sekolah.

Selain memegang tugas sebagai seorang guru ia juga memegang berbagai peranan yang

lain di dalam kehidupannya sebagai seorang ahli masyarakat biasa (Atan Long 1978).

Menurut Noriah (1994) profesion perguruan merupakan satu profesion yang tidak

mempunyai pembahagian masa yang jelas antara masa bekerja dan masa tidak bekerja.

Selain daripada mengajar di waktu pagi, guru dikehendaki datang ke sekolah pada waktu

petang, di hujung minggu dan di hari cuti sekolah untuk menjalankan aktiviti

kokurikulum seperti badan beruniform, permainan dan lain-lain. Noriah (1994)

menyatakan bahawa keadaan sedemikian boleh mewujudkan tekanan kepada guru-guru.

Apabila sesuatu kerja itu dilihat sebagai beban atau dilaksanakan dengan rasa

terpaksa maka kebarangkalian berlakunya tekanan kerja, ketidakpuasan dan ‘burnout’

adalah lebih tinggi (Bruhn,1989). Selye (1969) pula menyatakan bahawa tekanan yang

berpanjangan boleh membawa kepada gangguan emosi seseorang mulai dari tahap yang

rendah hingga ke tahap yang serius. Ini boleh mewujudkan emosi yang pelbagai seperti

bosan, lesu, marah, kecewa dan benci (Muchinsky, 1997).

2

Page 3: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Kajian Mohd Najib (2000) terhadap kestabilan emosi pensyarah-pensyarah

menunjukkan kecerdasan emosi mereka berada pada tahap sederhana dan tidak terlalu

menonjol. Beliau berpendapat bahawa, pensyarah-pensyarah perlu mempunyai

kecerdasan emosi yang tinggi, kerana mereka merupakan pelatih kepada calon-calon

guru. Justeru kestabilan emosi mereka akan memberikan kesan terhadap latihan yang

mereka berikan kepada calon-calon guru tersebut. Beliau menyatakan bahawa

ketidakstabilan emosi calon-calon guru boleh membawa kepada perasaan kecewa

ataupun “burnout” disebabkan oleh tekanan kerja. Keadaan sebegini boleh juga muncul

daripada persekitaran tempat kerja yang tidak kondusif.

Tugas guru merupakan tugas yang kompleks dan mencabar. Mereka bukan sahaja

perlu mengajar, malah perlu melakukan kerja-kerja perkeranian dan pentadbiran,

menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga melibatkan diri secara aktif dalam persatuan

ibu-bapa dan guru (Noriah 1994). Di samping kerja-kerja yang dinyatakan, guru juga

perlu berinteraksi dengan pelajar-pelajar secara fizikal, dan emosi semasa proses

pengajaran dan pembelajaran (Mohd Najib 2000). Pendapat ini disokong oleh Newton

dan Newton (2001) yang menyatakan bahawa, guru perlu banyak berkomunikasi dan

berinteraksi dengan pelajar dalam kelas. Polloway, Patton dan Serna (2001) juga

mengakui kepentingan kemahiran sosial bagi guru yang mengajar dan juga melatih

pelajar dalam kemahiran sosial. Justeru, kebolehan guru untuk berinteraksi dengan

pelajar dipengaruhi oleh keadaan emosi guru.

Kajian Skovholt dan D’Rozario (2000) tentang guru cemerlang dan guru lemah,

telah mendapati bahawa guru cemerlang lebih disukai oleh para pelajar. Kajian beliau

menunjukkan bahawa guru cemerlang mempunyai domain kecerdasan emosi, seperti

empati (empathy) dan kemahiran social (social skill). Kajian ini juga mendapati bahawa

guru-guru cemerlang juga mempunyai tahap kecerdasan interpersonal dan intrapersonal

yang tinggi. Kedua-dua faktor ini merupakan domain personal dalam teori “kecerdasan

pelbagai” (multiple intelligence) yang dicadangkan oleh Gardner (1983). Kenyataan ini

disokong oleh Dubois, Alverson dan Staley (1979) yang mengemukakan bahawa guru

yang baik mempunyai kualiti peribadi yang baik, sehingga boleh membantu mereka

dalam berinteraksi dengan pelajar-pelajar yang dihadapinya.

3

Page 4: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Kajian kecerdasan emosi dan prestasi oleh Noriah et al (2001) terhadap remaja

berumur 14 hingga 16 tahun, telah mendapati wujudnya hubungan positif antara

kecerdasan emosi dan prestasi remaja. Kajian beliau juga mendapati bahawa kestabilan

emosi seseorang akan bertambah apabila usianya meningkat. Seterusnya kajian ini juga

mendapati bahawa, para pelajar mempunyai kecerdasan emosi yang lebih rendah

daripada guru-guru. Implikasinya ialah guru-guru yang mempunyai kecerdasan emosi

yang baik boleh mempengaruhi kecerdasan emosi para pelajarnya.

Goleman (1995, 1999) menyatakan bahawa kecerdasan emosi merupakan satu

perkara yang dinamik, kecerdasan tersebut boleh dipengaruhi oleh persekitaran

seseorang. Oleh itu, persekitaran pendidikan yang berasaskan emosi yang sihat, dapat

membantu guru-guru membentuk suasana pendidikan yang berkesan (Polloway et al.

2001).

1.3 MASALAH KAJIAN

Noriah et al (2002) telah mengemukakan beberapa contoh berkaitan dengan tingkahlaku

kurang beretika dan kurang bertanggungjawab di kalangan guru-guru di sekolah. Seperti

guru telah mendenda murid secara keterlaluan, sehingga meninggalkan kesan negatif

terhadap perkembangan psikologikal dan fizikal pelajar. Contoh lain adalah

ketidakbolehan guru mengawal kemarahan sehingga sampai merosakan harta benda

sekolah yang seharusnya dijaga untuk kepentinagn pendidikan. Tingkahlaku seperti itu

boleh merosakan kerjaya guru dan juga boleh menimbulkan tekanan dan gangguan

kesihatan mental. Tingkahlaku seperti ini juga boleh merosakan pandangan masyarakat

terhadap profession perguruan yang sepatutnya menjadi pendidik, pembibing (role

model) generasi muda yang sedang berkembang.

Akhir-akhir ini media masa banyak menuliskan berita berkaitan dengan masalah

cetusan emosi (emotional outburst) yang berlaku dalam kehidupan seharian individu.

4

Page 5: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Cetusan emosi yang dilaporkan ini muncul didalam suasana kerja dan juga kehidupan

peribadi. Sebagai contoh di Malaysia, seorang bekas guru telah didapati membunuh

seorang anaknya dengan mengelar lehernya (Berita Harian, Jun 2001). Kejadian

seumpama ini bukan sahaja berlaku di negara Malaysia, malah juga di Barat, sebagai

contoh, seorang ibu telah didapati bersalah oleh mahkamah di Texas, Amerika Syarikat.

Beliau didapati telah membunuh lima orang anaknya satu demi satu. Beliau juga

dilaporkan telah pernah menerima rawatan psikiatri (New Straits Times, 14 Mac 2002).

Terakhir, Utusan Malaysia (24 Februari 2004) melaporkan bahawa seorang pelajar

tingkatan empat sekolah menengah Anjung Batu Mersing, Mohd. Suhaizi Mohd. Sanim

mengalami kecederaan serius dimuka, lengan dan siku akibat diterajang dan dihempaskan

ke lantai oleh seorang guru lelaki ditempat beliau menuntut. Kejadian-kejadian ini

menunjukkan bahawa kemungkinan guru-guru tidak dapat mengawal emosi apabila

wujud persekitaran yang boleh mengganggu.

Peristiwa cetusan emosi telah dialami oleh seorang guru besar sekolah rendah di

Melaka. Beliau didapati telah membaling komputer dari tingkat satu ke tingkat bawah

bangunan sekolah akibat terjadinya kesalah fahaman dengan rakan sejawat (Berita Harian

24 Ogos 2000). Berita Harian (21 November 2000) juga melaporkan bahawa didapati

ibu bapa enggan memaafkan guru yang mendenda anak mereka secara berlebihan. Guru

tersebut telah memaksa muridnya menghisap curut dan keretek serta digantung pada

kipas siling dalam keadaan kaki ke atas. Peristiwa ini telah menimbulkan kemarahan

ibubapa pelajar berkenaan. Manakala Utusan Malaysia (April 2001) pula melaporkan

bahawa seorang murid tahun tiga di Klang mendakwa beliau telah dicekik, dirotan dan

ditendang dadanya oleh empat orang guru.

Utusan Malaysia, 4 Januari (2002) melaporkan bahawa perkara seperti ini bukan

sahaja berlaku di Malaysia, malahan guru-guru sekolah di England pun turut terbabit.

Yang menjadi persoalan ialah, kenapa cetusan emosi pada guru-guru ini boleh berlaku?

Adakah cetusan emosi ini muncul kerana faktor persekitaran? Adakah cetusan emosi ini

muncul kerana tekanan kerja di sekolah? Pengkaji akan cuba mendapatkan jawapan dari

persoalan-persoalan tersebut.

5

Page 6: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Kajian tentang kecerdasan emosi (EQ) sudah banyak dijalankan di Barat tetapi

masih sedikit dijalankan di Malaysia. Tinjauan literatur yang dijalankan mendapati

bahawa kajian berhubungan dengan kecerdasan emosi banyak tertumpu kepada

kecerdasan emosi para pelajar (Inday 2000; Noriah et al. 2001). Pengkaji menjumpai

baru satu kajian, iaitu kajian Mohd Najib Ghaffar (2000) yang memberi tumpuan

terhadap kestabilan emosi guru-guru. Sedangkan kajian yang dijalankan di luar negara

menunjukkan kestabilan emosi guru-guru boleh mempengaruhi proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah (Skovholt & D’Rozario 2000). Justeru kajian sedemikian perlu

dijalankan di Malaysia.

1.4 KERANGKA KONSEP KAJIAN

Kerangka konsep kajian ini disesuaikan daripada model kecerdasan emosi (EQ) Goleman

(1999).

Rajah 1.4: Kerangka konsep kajian

6

Guru

Jantina

Umur

Etnik

Sekolah

Lokasi

EQ

Kesedaran Kendiri

Regulasi Kendiri

Motivasi Kendiri

Empati

Kemahiran Sosial

Kerohanian

Kematangan

Page 7: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Goleman (1995) telah mengemukakan lima domain kecerdasan emosi. Domain-

domain yang dikemukakan oleh Goleman tersebut ialah kesedaran kendiri. Domain ini

merupakan asas yang perlu ada sebelum wujudnya domain yang lain dalam kecerdasan

emosi. Domain kedua ialah pengawalan kendiri, domain ini dapat menentukan bentuk

respons ataupun tindak balas yang dizahirkan oleh seseorang dalam sesuatu keadaan.

Domain ketiga ialah motivasi kendiri, seseorang yang mempunyai doamian ini

berkeupayaan untuk mendorong dirinya ke hadapan dalam mencapai sesuatu matlamat

yang diimpikannya. Domain keempat ialah empati, iaitu mempunyai kebolehan

memahami emosi atau perasaan orang lain, seprti marah, sedih, benci dan sebagainya.

Kemampuan ini sangat penting dalam membentuk hubungan yang akrab dengan

individu-individu lain dalam masyarakat. Manakala domain kelima adalah kemahiran

sosial. Domain ini sangat penting sekali bagi memudahkan untuk membina hubungan

mesra dengan orang lain. Goleman (1995) menyatakan individu yang mempunyai

kesedaran kendiri, kawalan kendiri, motivasi kendiri dan empati, akan memudah untuk

bersosialisai dan berinteraksi dengan individu lain.

Kesedaran kendiri memberika maksud, kebolehan seseorang untuk mengetahui

perasaannya dalam pelbagai situasi dan keupayaannya untuk memilih keutamaan

panduan dalam membuat satu keputusan. Seseorang yang mempunyai kesedaran kendiri

yang bagus mampu menilai keupayaan dirinya dengan realistik, ianya juga mempunyai

keyakinan diri yang kuat (Goleman, 1999). Menurut Corey dan Corey (1997)

menyatakan bahawa sifat utama individu yang berkeinginan membantu orang lain ialah

mempunyai kesedaran kendiri, matlamat, motivasi, keperluan, kekurangan, kekuatan,

perspektif budaya dan lain-lain tentang diri sendiri.

Regulasi kendiri dimaksudkan sebagai kebolehan mengurus emosi, agar emosi

tersebut dapat membantu dalam menyelesaikan sesuatu tugas. Individu yang

berkemahiran dalam mengawal dirinya, akan sentiasa berhemah dan boleh

menangguhkan perasaan mereka untuk memuaskan hati dalam mewujudkan malamat

tertentu.

7

Page 8: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Goleman (1999) juga menyatakan bahawa seseorang yang menpunyai kawalan kendiri

yang baik akan cepat pulih daripada tekanan dan gangguan emosi yang dialaminya.

Motivasi kendiri, individu ini berupaya menggunakan kehendak suara hati dalam

bertindak dan selalu memandu arah mereka untuk mencapai sesuatu tujuan (Goleman

1999). Motivasi kendiri ini boleh membantu seseorang dalam mengambil inisiatif dan

bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri. Seseorang tersebut akan sentiasa tabah

apabila menghadapi sebarang masalah ataupun kekecewaan yang berlaku diluar

jangkauannya (Goleman 1999).

Empati pula merupakan domain yang boleh membantu seseorang mengesan

perasaan orang lain. Sifat berempati juga membolehkan seseorang melihat atau

memahami sudut pandangan orang lain daripada perspektif mereka. Sifat ini juga boleh

menjadi faktor pencetus dan penyubur kemesraan dan keserasian dengan individu dari

pelbagai latar belakang. Individu yang mempunyai sifat empati boleh menyelami

kepahitan, kesusahan, kekecewaan atau keraguan seseorang terhadap sesuatu perkara

(Goleman 1999). Bagi Corey dan Corey (1997), individu yang berempati mampu

menyelami perasaan seseorang dan melihat dunia daripada perspektif mereka.

Rogers dalam Corey, Corey & Callahan (1998) pula menyatakan bahawa

seseorang yang boleh menunjukkan sifat empati akan lebih mudah berinteraksi dengan

orang lain, terutama dalam proses membantu seseorang. Kecekapan berempati

membolehkan individu menyedari keadaan perasaan orang lain, mentafsir bahasa badan

seperti intonasi suara dan raut wajah. Kepekaan ini amat penting untuk kecemerlangan

prestasi kerja yang melibatkan interaksi dengan orang ramai (Goleman dalam Cherniss

& Goleman, 2001). Seterusnya Muhamad (1993) juga berpendapat bahawa empati

melibatkan mendengar luahan hati individu lain, meneroka perasaan, berkongsi perasaan,

memahami apa yang dialami oleh orang lain dan bertindak untuk membantu.

8

Page 9: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Domain terakhir yang dicadangkan oleh Goleman (1999) ialah kemahiran sosial.

Goleman menyatakan bahawa domain ini membolehkan seseorang mengurus pelbagai

emosi secara efektif dalam membina hubungan dengan orang lain. Individu yang

mempunyai kemahiran sosial yang baik mampu mentafsirkan dengan tepat situasi sosial

yang berlaku di sekelilingnya, dan juga mempunyai kemahiran untuk membujuk dan

memimpin persekitaranya. Seseorang yang mempunyai kemahiran bersosial yang baik,

mampu menjadi pakar runding yang baik di samping berkebolehan menyelesaikan

konflik, serta mampu mewujudkan kerjasama dan semangat berpasukan apabila bekerja

dalam sesebuah kumpulan ataupun organisasi.

Mayer et al (1999) mentakrifkan kecerdasan emosi sebagai satu domain prestasi

manusia yang boleh dikaji dengan mengukur kebolehan. Menurut Mayer, Caruso dan

Salovey (1999) kecerdasan emosi mempunyai empat domain iaitu “kebolehan menerima

dan menunjukkan emosi dengan tepat, kebolehan menyesuaikan emosi, kebolehan

memahami sesuatu emosi dan mengawal emosi”.

Goleman dalam Cherniss dan Goleman (2001) menyatakan bahawa paparan

emosi mempunyai pengaruh, terutamanya apabila dipamerkan oleh seorang ketua

ataupun pengarah, ketua yang berjaya dalam sesuatu organisasi ialah dapat mewujudkan

mood yang positif dalam organisasinya. Kajian Hay/McBer dalam Cherniss dan

Goleman (2001) terhadap 42 pengetua sekolah di United Kingdom, mendapati bahawa

gaya kepemimpinan pengetua dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar, iaitu

dengan mempengaruhi secara langsung suasana ataupun iklim sekolah. Gaya

kepemimpinan pengetua yang fleksibel dan diikuti dengan kecerdasan emosi yang tinggi

menyebabkan sikap guru berpandangan positif dan membuatkan pencapain pelajar

menjadi meningkat, dan begitu juga sebaliknya.

Bagaimanapun Branden (1995) berpandangan bahawa, kita tidak boleh

menggantungkan harapan sepenuhnya kepada sekolah, untuk menyelesaikan semua

permasalahan dalam kehidupan pelajar, tetapi sekolah yang baik adalah mampu

menyelesaikan pelbagai masalah pelajarnya.

9

Page 10: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Seterusnya Braden (1995) juga menyatakan bahawa proses pengembangan kendiri guru

juga turut berlaku semasa berlakunya proses pembelajaran di sekolah. Justeru itu

pembentukan diri pelajar akan berjalan seiring dengan peningkatan kecerdasan emosi

guru.

1.5 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk melihat dan mengkaji profil kecerdasan emosi di kalangan

guru-guru sekolah menengah Zon Tengah Semenanjung Malaysia. Berdasarkan tujuan di

atas berikut adalah objektif-objektif kajian:

1.5.1 Objektif kajian

1. Mengenalpasti profil kecerdasan emosi (EQ) khusus untuk guru-guru

sekolah menegah Zon Tengah Semenanjung Malaysia secara keseluruhan.

2. Untuk menentukan profil kecerdasan emosi (EQ) guru-guru sekolah

menengah mengikut negeri.

3. Untuk melihat perbezaan profil kecerdasan emosi di kalangan guru-guru

sekolah menengah Zon Tengah Semenanjung Malaysia dengan profil kecerdasan

emosi (EQ) guru-guru sekolah menengah di Malaysia secara keseluruhan.

4. Untuk melihat perbezaan profil kecerdasan emosi (EQ) di kalangan guru-

guru sekolah menengah mengikut jantina.

5. Untuk melihat perbezaan profil kecerdasan emosi (EQ) dikalangan

guru-guru sekolah menengah mengikut umur.

10

Page 11: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

1.5.2 Persoalan kajian

1. Apakah profil kecerdasan emosi (EQ) guru-guru sekolah menengah Zon Tengah

Semenajung Malaysia secara keseluruhan?

2. Apakah profil kecerdasan emosi (EQ) guru-guru sekolah menengah mengikut

negeri?

3. Adakah terdapat perbezaan profil kecerdasan emosi (EQ) di kalangan guru-guru

sekolah menengah Zon Tengah Semenanjung Malaysia dengan profil kecerdasan

emosi (EQ) guru-guru sekolah menengah di Malaysia secara keseluruhan?

4. Adakah terdapat perbezaan profil kecerdasan emosi (EQ) dikalangan guru-guru

sekolah menengah mengikut jantina?

5. Adakah terdapat perbezaan profil kecerdasan emosi (EQ) dikalangan guru-guru

sekolah menengah mengikut umur?

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian tentang kecerdasan emosi sangat penting dijalankan untuk mengetahui

sejauhmana kecerdasan emosi yang dimiliki oleh guru-guru boleh memberi pengaruh

ataupun kesan yang positif terhadap proses pembelajaran di sekolah. Sesuai dengan

perbincangan yang sampaikan pada bahagian pengenalan bahawa terlalu banyak perkara-

perkara yang berlaku di sekolah ataupun di kalangan guru-guru yang boleh menjejaskan

profesion perguruan ke hadapan. Profesion perguruan merupakan profesion yang cukup

mulia iaitu bukan sahaja sekadar mentransfer ilmu pengetahuan tetapi sentiasa

membimbing pelajar ke arah yang lebih baik, yang pada akhirnya akan melahirkan insan

yang seimbang antara jasmani, rohani intelek dan emosi.

11

Page 12: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Bagi pengkaji, Kajian seperti ini penting dijalankan di kalangan guru-guru agar

supaya:

a. Guru-guru boleh memahami erti penting kecerdasan emosi dalam

meningkatkan mutu dan kualiti perofesion perguruan.

b. Profesion perguruan mempunyai ciri khas yang unik, kerana guru akan

berhadapan dengan berbagai macam bentuk tingkah laku pelajar.

Kepelbagaian tingkah laku pelajar ini akan dapat dikendalikan secara

berkesan apabila guru-guru yang membimbingnya mempunyai kecerdasan

dan kestabilan emosi yang baik.

c. Kajian seperti ini boleh memberikan sumbangan dalam meningkatkan

kecerdasan emosi di kalangan guru-guru, pada masa yang sama dapat

meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

d. Kajian seperti ini juga boleh memberikan maklumat tambahan kepada guru-

guru dalam menstabilkan dan memantapkan emosi pelajar dengan

mewujudkan suasana persekitaran bilik darjah yang positif dan kondusif,

sehinga sekolah akan melahirkan insan-insan sesuai dengan yang diharapkan

Falsafah Pendidikan Negara.

1.7 DEFINISI ISTILAH

1.7.1 Profil

Definisi istilah ataupun konsep yang digunakan dalam kajian ini adalah, Profil ; Suatu

grafik yang menunjukkan skor seseorang di dalam masing-masing dari beberapa keahlian

atau pada masing-masing dari beberapa tes keperibadian (AR. Henry Sitanggang, 1994).

12

Page 13: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Sedangkan yang dimaksudkan dengan profil nalisis ialah, satu penilaian individual, untuk

melaporkan pola kemampuannya atau sifat-sifat keperibadiannya, dikaitkan dengan

norma-norma ataupun standa-standar tertentu (Dictionary of psychology, C.P. Chaplin,

1981; Kartini Kartono, 1993)

1.7.2 Kecerdasan Emosi

Mengikut kamus dewan emosi adalah perasaan jiwa yang kuat, sperti sedih, gembira,

takut dan sebagainya (kamus Dewan, 2002). Emosi bagi Mayer, Caruso dan Salovey

(1999) adalah peristiwa dalaman yang menyelaras subsistem psikologi termasuk tindak

balas fisiologi dan kesedaran minda. Bagi Sherrington (1966) dalam Young (1966),

emosi ialah sebagai gangguan perasaan (sekejap dan intense) yang berbeza daripada

proses afektif yang lain.

Mayer et al (1999) mentakrif kecerdasan emosi sebagai kebolehan untuk

mengenal pasti makna-makna emosi dan hubungkaitnya, boleh menaakul dan menyelesai

masalah berdasarkan emosi tersebut. Bagi Weisenger (2000) pula, memberikan batasan

bahawa kecerdasan emosi ialah kepintaran menggunakan emosi secara sengaja untuk

membentuk tingkah laku dan pemikiran ke arah meningkatkan pencapaian sesuatu

matlamat.

Dari pelbagai definisi dan pandangan yang dikemukakan di atas, pengkaji dapat

menyimpulkan bahawa kesemua konsep yang dikemukakan telah dirangkum dalam

definisi kecerdasan emosi yang dikemukakan oleh Goleman (1999). Iaitu “Keupayaan

seseorang menyedari dan mengenal pasti perasaannya dan perasaan orang lain,

mempunyai motivasi kendiri, boleh mengurus emosinya sendiri serta mampu menjalin

hubungan dengan mesra dan baik”. Dari definisi yang dikemukakan oleh Goleman

(1999), secara tidak langsung kita boleh memahami bahawa paling tidak terdapat lima

domain dalam kecerdasan emosi. Domain-domain yang dimaksudkan adalah; 1). Self

Awareness (menyedari emosi kendiri), 2). Self regulation ( mengawal emosi kendiri),

13

Page 14: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

3). Self Motivation (motivasi kendiri), 4). Empathy (empati) dan 5). Social skill

(kemahiran sosial).

Kesedaran kendiri (Self-awareness): Mengetahui perasaan dalam satu-satu situasi

dan dapat memilih keutamaan panduan dalam membuat keputusan; mempunyai

penilaian yang realistik tentang keupayaan diri dan keyakinan diri yang utuh (Goleman

1999). Duval & Wicklund (1972) memberi takrif yang hampir sama iaitu kesedaran diri

sebagai objek yang membolehkan diri menyesuaikan tingkah laku berdasarkan konsep

diri; atau kesedaran dan kefahaman terhadap diri dan persekitaran yang membolehkan

berlakunya penilaian kendiri. Bagi Weisenger (1998) kesedaran kendiri ialah kebolehan

memantau diri, menguasai tindakan dan tindak balas ke arah sesuatu matlamat.

Regulasi kendiri (Self-regulation): Mengurus emosi agar ianya memudahkan dan

bukannya mengganggu dalam menyelesaikan tugasan; berhemah dan menangguhkan

sementara perasaan untuk memuaskan hati dalam mengejar matlamat; dan cepat pulih

daripada tekanan emosi (Goleman 1999). Bagi Weisenger (1998) pula kawalan kendiri

ialah memahami emosi terbabit dan menggunakan emosi tadi secara positif untuk

mengawal keadaan.

Motivasi kendiri (Self-motivation): Menggunakan kehendak utama hati dalam

menggerak dan memandu arah seseorang untuk mencapai tujuan; membantu dalam

mengambil inisiatif dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri; dan tetap tabah

apabila menghadapi masalah dan kekecewaan (Goleman 1999). Ia juga bermaksud

menggunakan emosi untuk merangsang dalam mencapai sesuatu matlamat atau

menyelesaikan sesuatu tugasan, projek dan lain-lain.

Empati; Boleh mengesan perasaan orang lain, boleh melihat atau memahami

sudut pandangan orang lain dan boleh mencetus dan menyuburkan kemesraan dan

keserasian dengan individu yang pelbagai latar belakang (Goleman 1999).

14

Page 15: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Bagi Covey (1990) empati ialah melihat sesuatu daripada sudut pandangan seseorang,

memahami paradigma mereka dan juga memahami perasaan mereka sepenuhnya secara

emosional dan juga intelektual. Mengikut Muhamad (1993) pula, empati ialah keupayaan

untuk menyelami hati dan perasaan seseorang pada suatu ketika dan berupaya keluar

kembali daripada keadaan tersebut tanpa meninggalkan apa-apa kesan mudarat kepada

dirinya.

Kemahiran Sosial (Social Skills); Boleh mengurus pelbagai emosi secara efektif

dalam perhubungan dan mampu mentafsir dengan tepat situasi sosial dan jaringannya;

mahir membujuk dan memimpin, berunding dan menyelesaikan konflik untuk

mewujudkan kerjasama dan semangat berpasukan (Goleman 1999).

Dari pelbagai definisi dan pandangan yang telah dikemukakan, sebagai kerangka

untuk melanjutkan kajian ini pengkaji akan menggunakan konsep yang dikemukakan

oleh Goleman (1999).

1.8. RUMUSAN

Kajian ini membincangkan profil kecerdasan emosi (EQ) guru-guru sekolah menengah

Zon Tengah Semenanjung Malaysia. Diakhir perbincangan, diharapkan guru-guru dapat

menyedari bahawa untuk mewujudkan pendidikan yang berkesan, cemerlang dan sesuai

dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, kecerdasan emosi (EQ) sangat perlu

diambil kira untuk membantu guru-guru dalam mewujudkan cita-cita mulia tersebut.

15

Page 16: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENDAHULUAN

Dalam bab ini pengkaji membincangkan tentang tinjauan literatur dan kajian berkaitan

dengan kecerdasan emosi. Fokus perbincangan dalam bab ini juga meliputi aspek-aspek

kajian berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi kecerdasan emosi (EQ) di

kalangan guru-guru.

2.2 LITERATUR BERKAITAN

2.2.1 Kecerdasan Intelektual (IQ)

Para pakar cuba merumuskan apakah itu yang maksud dengan pintar, cerdas atau cerdik

bagi seseorang. Dalam hal ini para ahli psikologi telah memberikan takrifan yang berbeza

tentang kepintaran, kecerdasan ataupun kecerdikan tersebut. Diantaranya ialah Wechsler,

Spearman, Binet dan lain-lain. Dari berbagai pendapat yang dikemukakan tentang

kecerdasan, pandangan Alfred Binet dan Theodore Simon adalah antara yang paling

popular di kalangan masyarakat dunia. Kemudian seterusnya diubahsuai oleh Lewis

Terman di Amerika Syarikat dan dinamakan ”Intelligence Quotient” (Lester D. Crow &

Alice Crow, 1958; Z. Kasijan, 1984). Ujian IQ ini mengukur tahap mental dalam logik-

matematik dan linguistik. Dapatan ujian ini ditukar kepada konstruk yang dipanggil

“Mental Age” dan kemudian dibahagikan dengan umur sebenar dan didarabkan 100.

IQ = Mental Age x 100 Chronological Age

16

Page 17: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Bagaimanapun, Howard Gardner dalam bukunya Frames of Mind (1983) telah

mengemukakan teori baru tentang kecerdasan iaitu terdapat sekurang-kurangnya tujuh

jenis kecerdasan iaitu verbal-linguistik, logik-matematik, spatial, muzik, kinestetik,

interpersonal dan intrapersonal. Teori ini dikenali sebagai Multiple Intelligence (MI).

Kemudian Daniel Goleman (1995) telah mempopularkan dalam bukunya bertajuk

Emotional Intelligence iaitu satu lagi kecerdasan yang mula diperkenalkan oleh Peter

Salovey dan John D. Mayer pada tahun 1990 iaitu kecerdasan emosi (emotional

intelligence). Kecerdasan emosi merangkumkan sekali kecerdasan interpersonal dan

kecerdasan intrapersonal daripada MI oleh Gardner. Goleman (1995) telah menyatakan

bahawa kecerdasan emosi (EQ) lebih banyak menyumbang dalam kejayaan berbanding

kecerdasan intelek (IQ). Kajian yang dijalankan telah mendapatai bahawa, kecerdasan

emosi menyumbang dua kali ganda dalam mencapai berbanding IQ.

2.2.2 Kecerdasan Pelbagai (MI) Gardner

Howard Gardner (1983) telah mengenalpasti tujuh jenis kecerdasan, ketujuh-tujuh

kecerdasan tersebut merupakan potensi-potensi asas yang wujud pada setiap orang, walau

dalam kadar berbeza (Gardner ; Taufik Pasiak, 2003). Seseorang mungkin sahaja

memiliki kecerdasan linguistik yang menonjol, tetapi memiliki kecerdasan muzik yang

rendah. Seorang artis mungkin sahaja memiliki kecerdasan kinestetis dan kecerdasan

muzik yang tinggi, namun memiliki kecerdasan matematik yang rendah, dan seterusnya.

Masalahnya sekarang adalah; pendidikan di Malaysia, juga termasuk indonesia, cederung

mengoptimalkan satu atau dua kecerdasan sahaja. Penghargaan pun terkadang hanya

untuk satu dan dua kecerdasan sahaja. Oleh kerananya merupakan tugas dan

tanggungjawab amat berat untuk mengembangkan ke tujuh jenis kecerdasan tersebut.

Multiple Intelligence (MI) bukanlah merupakan perkara yang baru, kerana

Gardner telah memperkenalkannya lebih kurang 20 tahun yang lalu. Namun demikian,

patut bersyukur kerana wujudnya kajian ilmiah yang menunjukan bahawa otak manusia

mempunyai peranan penting dalam kecerdasan dan kesuksesan (Taufik Pasiak, 2003).

17

Page 18: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Taufik Pasiak menyatakan bahawa, kesuksesan mestilah dipandang sebagai pemakaian

otak secara keseluruhan. Taufik Pasiak (2003) juga mengatakan bahawa secara semula

jadi, dalam otak manusia telah disiapkan dengan tiga bentuk pemikiran, iaitu pemikiran

rasional, pemikiran emosional (intuitif) dan pemikiran spritual. Otak manusia merupakan

sumber bagi banyak perkara, yang dimaksudkan di sini adalah otak manusia merupakan

kekuatan fizik bagi pengembangan diri manusia secara keseluruhan.

2.2.3 Kecerdasan Emosi (EQ)

Teori tentang kecerdasan emosi bermula daripada kajian neurologi. Apabila bahagian

yang yang dipanggil amygdala pada otak dibuang daripada pesakit, maka individu

berkenaan tidak menunjukkan sebarang emosi dalam pelbagai keadaan. Begitu juga bila

pembedahan otak dibuat dan bahagian lobus prahadapan (prefrontal lobes) kiri dibuang,

maka individu tersebut hilang keupayaan untuk membuat keputusan dalam hidup

sehariannya, walaupun kecerdasan intelektualnya (IQ) tidak terjejas. Goleman (995)

menyatakan bahawa, ini merupakan satu bukti wujudnya komponen otak lain yang

membuat keputusan selepas penaakulan intelek iaitu ”kecerdasan emosi” (EQ).

2.2.3.1 Model Kecerdasan Emosi Goleman

Mengikut Goleman (1999), kecerdasan emosi terbahagi kepada dua kemahiran atau

kecekapan iaitu personal dan sosial. Kecerdasan ini membolehkan seseorang itu

mengawal diri sendiri dan berinteraksi dalam masyarakat dengan baik. Terdapat lima

domain kecerdasan emosi yang dikenal pasti oleh Goleman (1995) iaitu kesedaran

kendiri (self awareness), kawalan kendiri (self regulation), motivasi kendiri (self

motivation), empati (empathy) dan kemahiran sosial (social skill). Goleman menyatakan

bahawa kecerdasan emosi ini boleh meningkat selari dengan perjalanan usia dan

pengalaman, beliau juga mengatakan bahawa kecerdasan ini boleh dipelajari oleh sesiapa

sahaja yang mahu mempelajarinya.

18

Page 19: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

2.2.3.2 Model Kecerdasan Emosi Mayer, Caruso & Salovey

Bagi Mayer, Caruso & Salovey (1999), kecerdasan emosi terdiri daripada empat domain

iaitu, a) kebolehan membuat persepsi tentang emosi iaitu kebolehan menerima, menilai

dan menunjukan emosi dengan tepat, b) asimilasi atau penyesuaian emosi, c) memahami

emosi iaitu kebolehan memahami sesuatu emosi dan maklumat yang dibawa, d) yang

terakhir ialah mengawal emosi, iaitu mengawal emosi untuk meningkatkan

perkembangan emosi dan intelek. Mayer et al (1999) menyatakan bahawa kecerdasan

emosi boleh bertambah bila umur dan pengalaman bertambah.

Mayer, Caruso dan Salovey (1999) telah menjalankan dua kajian tentang

kecerdasan emosi. Kajian pertama melibatkan 503 peserta dewasa (164 lelaki dan 333

perempuan, 6 tidak dilaporkan) purata umur 23 tahun (julat umur 70-17 tahun). Sampel

yang diambil adalah mengikut nisbah komposisi etnik di Amerika Syarikat. Instrumen

yang digunakan ialah Multifactor Emotional Intelligence Scale (MEIS) yang terbahagi

kepada 12 bahagian berdasarkan empat domain kecerdasan emosi yang telah

dikemukakannya. Penskoran telah dilakukan dengan menggunakan kaedah konsensus

dan penskoran pakar. Dapatan kajiannya menunjukan bahawa wanita memperolehi skor

min yang lebih tinggi berbanding lelaki. Kajian mereka juga mendapati bahawa

kecerdasan emosi memenuhi dua daripada tiga kriteria kecerdasan iaitu i) beroperasi

sebagai satu set kebolehan, ii) terdapat korelasi antara 12 bahagian instrumen dengan

kecerdasan lisan (verbal intelligence).

Kajian kedua juga dijalankan untuk melihat perbezaan skor min daripada sampel

yang mempunyai latarbelakang umur yang berbeza. Sampel pertama seramai 229 orang

peserta remaja (125 lelaki, 101 perempuan, 3 tidak dilapor) purata umur13.4 (julat umur

16-12 tahun). Sampel kedua terdiri daripada sebahagian peserta kajian pertama. Dapatan

kajian menunjukkan, skor min responden dewasa lebih tinggi daripada skor min

responden remaja. Sebagai kesimpulannya, model kecerdasan emosi Mayer, Caruso dan

Salovey memenuhi ciri-ciri umum kecerdasan yang piawai.

19

Page 20: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Menurut Weisenger (1998), empat domain asas kecerdasan emosi di atas telah

dikenal pasti oleh dua ahli psikologi John Mayer (University of New Hampshire) dan

Peter Salovey (Yale) yang mencipta istilah emotional intelligence. Menurut beliau lagi,

setiap domain mewakili kebolehan tertentu, sehingga bila digabungkan akan membentuk

kecerdasan emosi. Domain ini tersusun dalam hierarki, domain yang paling atas adalah

merupakan gabungan domain-domain yang berada dibawahnya. Empat domain yang

dimaksudkan ialah:

a. kebolehan menerima, menilai dan menunjukkan emosi dengan tepat.

b. kebolehan mempamerkan perasaan bila diperlukan, yang mana individu dapat

memahami diri sendiri dan orang lain.

c. kebolehan memahami sesuatu emosi dan maklumat yang dibawa.

d. kebolehan mengawal emosi untuk meningkatkan perkembangan emosi dan

intelek.

2.2.3.3 Model Kecerdasan Emosi Bar-On

Menurut Bar-On (2000), terdapat lima domain kecerdasan emosi; intrapersonal EQ iaitu

kemampuan untuk mengenal dan mengendalikan diri sendiri, interpersonal EQ iaitu

kemampuan untuk bergaul, beriteraksi dengan orang lain, pengurusan tekanan EQ iaitu

kemampuan untuk bertahan dalam menghadapi tekanan dan mengendalikan impuls,

kemapuan untuk tepa tenang dan serta kosenterasi, penyesuaian EQ dan mood umum EQ

iaitu kemampuan untuk mempertahankan sikap positif yang realistik terutama dalam

menghadapi masa-masa sukar dan kritikal, mampu mensyukuri kehidupan, menyukai diri

sendiri dan orang lain, selalu bersemangat serta berghairah dalam melakukan sebarang

kegiatan.

Intrapersonal EQ terdiri daripada beberapa subdomain iaitu penjagaan diri,

kesedaran emosi, asertif, berdikari dan peningkatan diri. Interpersonal EQ terdiri daripada

tiga subdomain iaitu empati, tanggungjawab sosial dan hubungan interpersonal.

20

Page 21: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Untuk pengurusan stres EQ terdapat toleran stres (stress tolerance) dan pengawalan

dorongan (impulse control). Penyesuaian EQ pula terdapat 3 subdomain iaitu ujian realiti,

fleksibiliti dan penyelesaian masalah. Domain yang kelima mengandungi dua subdomain

iaitu optimis dan kegembiraan.

Bar-On (2000) telahpun memberikan definisi 15 subdomain di atas, seperti

berikut: (i) penjagaan diri- kebolehan untuk sedar, faham, menerima dan menghormati

diri; (ii) kesedaran emosi- kebolehan mengenal pasti dan memahami emosi sendiri; (iii)

asertif- kebolehan menyatakan perasaan, kepercayaan, pemikiran dan mempertahankan

hak diri secara aman; (iv) berdikari- kebolehan melakukan sesuatu tanpa diperintah dan

boleh mengawal pemikiran dan tindakan tanpa terpengaruh dengan emosi; (v)

peningkatan diri- kebolehan mengetahui potensi diri sendiri dan melakukan sesuatu yang

disukai; (vi) empati- kebolehan menyedari, memahami dan menghargai perasaan orang

lain; (vii) tanggungjawab sosial- kebolehan menonjolkan diri sebagai seorang yang

kooperatif dan memberi sumbangan kepada kumpulan; (viii) hubungan interpersonal-

kebolehan membina dan menjaga hubungan mesra berdasarkan keintiman dan memberi

dan menerima kasih sayang; (ix) tolerans stres- kebolehan menghadapi situasi gawat dan

intensiti emosi yang tinggi tanpa terjejas; (x) pengawalan dorongan- kebolehan mengawal

dan menunda dorongan atau perasaan ingin bertindak serta mengawal emosi; (xi) ujian

realiti- kebolehan menilai apa yang dirasai dengan apa yang sebenarnya berlaku; (xii)

fleksibiliti- kebolehan menyesuaikan perasaan, pemikiran dan tingkah laku mengikut

situasi; (xiii) penyelesaian masalah- kebolehan mengenal pasti dan mentakrif masalah

peribadi dan masalah sosial seterusnya menjana dan melaksanakan penyelesaian yang

efektif; (xiv) optimis- kebolehan melihat daripada sudut positif dan mengekalkan sikap

positif walaupun dalam situasi sukar; dan (xv) kegembiraan- kebolehan merasakan

kepuasan hidup, menikmati hidup mempamerkan emosi positif.

21

Page 22: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

2.3 KAJIAN BERKAITAN

Selama lebih kurang satu 100 tahun, kecerdasan kognitif dan berbagai alat ukurnya telah

mendominasi pandangan masyarakat dunia, mulai dari peringkat yang paling atas sampai

ke peringkat yang paling bawah. Sehingga orang tidak segan silu lagi mengatakan

bahawa orang yang cerdas itu adalah orang-orang yang mempunyai Intelligence Quotien

(IQ) yang tinggi.

Minda kebanyakan masyarakat dunia telah terpengaruh ketika pakar psikologi

berkebangsaan Perancis, Alfred Binet bersama Theodore Simon (1905; Lester D. Crow &

Alice Crow 1984) yang mengembangkan ujian tentang kecerdasan yang pertama. Ketika

itu Binet diminta oleh organisasi sekolah warga Bandar Paris untuk menciptakan satu alat

ukur, guna mengklasifikasikan kanak-kanak berdasarkan kemampuan merekan. Tujuan

pengklafikasian itu adalah bagi memudahkan pengagihan bantuan untuk keperluan

sekolah kanak-kanak berkenaan. Sehingga peluang ini dimanfaatkan oleh Binet dan

Simon bagi mempraktikan teori yang telah lama wujud dalam kepalanya.

Ujian yang dijalankan oleh Binet dan Simon (1905) ini, telah banyak membawa

pengaruh kepada para pendidik di Amerika, sehingga ujian yang pada asalnya hanya

dijalankan kepada kanak-kanak, pada tahun (1910) sudah diubasuaikan kepada orang

dewasa (Steven J. Stain & Howard Ebook, 2000). Yang lebih menarik lagi ujian ini

bukan hanya digunakan untuk tujuan pendidikan sahaja, akan tetapi juga sebagai alat

ukur untuk memasuki dunia pekerjaan dan hubungan sosial.

Walaubagaimanapun, Intelligece Quetient (IQ) dalam waktu tidak terlalu lama

telah mula tampak kelemahan dan kecacatannya, dan kecerdasan ini mulai menjadi

perdebatan dikalangan para pakar. Salah satu kelemahan yang paling menonjol adalah IQ

telah membuat masyarakat diperlakukan seperti tidak adil (ada golongan pandai dan

lemah). Hal ini menurut kebanyakan pakar merupakan langkah mundur.

22

Page 23: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Sehingga pada tahun 1960-an semakin banyak penyelidikan yang mempertanyakan

tentang kedudukan IQ. Namun begitu para pakar belum menemukan apakah jawapan

alternatif dari pertanyaan-pertanyaan yang mereka lontarkan. Sehingga akhirnya IQ juga

berjaya menguasai minda masyarakat selama lebih kurang satu dekad .

Baru-baru ini di dalam sebuah buku The Millionaire Mind karya Thomas Stanley,

Stanley dalam Taufik Pasiak (2003) telah melakukan satu pertukaran pendapat dengan

melibatkan 733 jutawan dari seluruh Amerika Serikat. Ketika Thomas Stanley meminta

untuk menyenaraikan beberapa faktor pendukung yang dianggap paling berperanan

dalam menunjang keberhasilan para jutawan tersebut, maka faktor yang teratas adalah:

Jujur kepada semua orang, selalu berdisiplin, menjalin hubungan baik dengan orang lain,

memiliki suami dan isteri yang menyokong kepada keberhasilan, bekerja lebih giat

daripada orang lain.

Banyak kajian menunjukan bahawa emosi, perasaan, pikiran-pikiran emosional

atau apapun istilah yang gunapakai, jauh lebih tua daripada pikiran rasional, logik

manusia. Keputusan-keputusan cerdas yang pernah dibuat oleh manusia merupakan kerja

sama antara pemikiran emosional, intuitif dan pemikiran rasional. Pelbagai kecerdasan

yang dimiliki manusia adalah bertumpu pada kerja sama di dua bahagian penting otak

manusia tersebut (Taufik Pasiak, 2003).

Kecerdasan emosi (EQ) Goleman ataupun kecerdasan antarperibadi Gardner ialah

merupakan keperluan yang sangat mendasar bagi manusia, kerana ianya berakar di dalam

otak. Dengan perkataan lain, membangun hubungan dengan orang lain adalah merupakan

tuntutan semula jadi manusia. Otak manusia menyediakan tempat khusus yang

bertanggungjawab dalam membangun hubungan kecerdasan emosi dan membina

hubungan dengan orang lain. Temuan mutakhir dalam kajian-kajian saitifik semakin

membuktikan bahawa bahagian-bahagian tertentu otak bertanggungjawab dalam menata

jenis-jenis kecerdasan manusia (Taufik Pasiak 2003)

23

Page 24: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Namun dalam kaitan dengan kajian ini, terdapat satu pertanyaan yang menarik;

kenapa guru perlu mempunyai kecerdasan emosi (EQ)? Elias et al (1997) memberikan

jawapan bahawa, seseorang yang mempunyai kecerdasan emosi boleh memahami,

mengurus dan menzahirkan aspek emosi dan sosial dalam menguruskan tugasan atau

tanggungjawab dalam hidup secara efektif seperti pembelajaran, menjalin hubungan,

menyelesaikan masalah dan menyesuaikan diri dalam cabaran hidup. Justeru, guru yang

memiliki kecerdasan emosi yang tinggi mampu menyelesaikan masalah pelajar yang

bermasalah, kerana ianya mempunyai sifat empati dan mempunyai kemahiran sosial

yang baik (Goleman, 1995). Kajian kanak-kanak sekolah di Jordan oleh Saadi (2001)

mendapati kanak-kanak tidak dapat mencapai sepenuhnya objektif pembelajaran jika

tidak dibelai dengan kasih sayang, empati dan pengukuhan. Ini menunjukkan betapa

perlunya empati dan kemahiran sosial dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-

sekolah (Sarason, 1999 dan Ort, 1997).

Johnson (2000) menyatakan guru berperanan untuk memenuhi keperluan sosial

dan emosi pelajar dan memasukkan pembelajaran afektif dalam projek dan aktiviti

pelajar. Perkara ini perlu kerana pelajar tidak mempunyai kemahiran interpersonal seperti

empati, kerjasama kumpulan dan penyelesaian konflik (Gore, 2000). Dengan

memberikan peluang kepada pelajar untuk meluahkan dan memahami emosi, akan dapat

meningkatkan kecerdasan emosinya (Brewer dan Campbell, 1991).

Kajian-kajian mendapati kemahiran sosial dan emosi, adalah sangat penting untuk

berjaya dalam hidup berbanding kebolehan intelek (IQ) (Shapiro1997, Goleman1995),

dan kecerdasan seseorang tidak statik malah boleh ditingkatkan (Perkins1995, Goleman

1995, Sternberg 1996, Segal1997 dan Weisenger, 1998). Akhbar New Straits Times 15

Mac 2002 membawa artikel bertajuk Born Loser? Think again! oleh Anita Anandarajah

menyentuh betapa kecerdasan emosi perlu dalam kehidupan dan melalui latihan ia dapat

ditingkatkan.

24

Page 25: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Menurut Brown (1999), oleh kerana kecerdasan emosi merupakan peramal

kepada kejayaan di sekolah, keluarga dan pekerjaan, maka guru boleh mengolah dan

membentuk kelakuan pelajar di sekolah dan seterusnya di alam pekerjaan. Jadi guru

yang mempunyai kecerdasan emosi berkebolehan menjadi model contoh di samping

mengurus kelas dengan baik, boleh membantu guru menyelami emosi pelajar-pelajarnya

(Stufft, 1996). O’Neil (1996) mempunyai pandangan yang hampir sama iaitu guru perlu

mempunyai kecerdasan emosi terutamanya empati dalam berinteraksi dgn pelajar.

Sedangkan kajian kecerdsan emosi berdasarkan jantina pula, beberapa kajian

mendapati bahawa; seperti kajian Tapia (1999), Sutarso (1999) dan Sutarso et al (1996)

memihak kepada perempuan tetapi Goleman (1999) menyatakan secara keseluruhannya

tiada perbezaan antara lelaki dengan perempuan.

Oleh kerana gagasan kecerdasan emosi mula dipopularkan oleh Goleman pada

1995, setakat ini kajian tentang kecerdasan emosi terutamanya dalam kaitannya dengan

pendidikan di Malaysia belum banyak lagi dijumpai. Bagaimanapun, kecerdasan emosi

sebagai satu kecerdasan perlu dikaji dan dikembangkan penggunaannya di Malaysia.

Kenapa demikian? Keberhasilan dalam kerjaya, pengurangan masalah disiplin di sekolah,

dan kemahiran menjalin hubungan sosial adalah berkait rapat dengan perkembangan dan

kematangan emosi (Goleman, 1995). Bagi guru yang mempunyai kecerdasan emosi

seperti kesedaran kendiri, kawalan kendiri dan kemahiran sosial boleh mengurangkan

tekanan kerja dan mampu mengawal disiplin pelajar (McManus,1989). Polloway et al

(2001) menyatakan bahawa guru juga perlu menyedari dan menggunakan pengajaran

yang mempunyai nilai emosi untuk pengajaran efektif. Guru juga perlu prihatin bahawa

setiap tindakan dan keputusan yang dibuat di dalam kelas berpotensi untuk mengukuhkan

atau mengganggu proses pembelajaran para pelajarnya (Newman 1998; Newman et al

1998). Justeru, guru perlu mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi untuk melahirkan

pelajar-pelajar yang baik dan matang dari segi emosi.

25

Page 26: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-Tujuh, mempunyai matlamat agar

sektor pendidikan dapat menghasilkan rakyat yang berdisiplin dan mempunyai nilai

moral yang tinggi. Untuk mewujudkan hasrat tersebut, maka peruntukan untuk

pendidikan dan latihan ialah sebanyak RM 10.1 billion iaitu meningkat daripada 13

peratus dalam Rancangan Malaysia Ke- Enam kepada 15.4 peratus dalam Rancangan

Malaysia Ke- Tujuh. Maka untuk mewujudkan tanggungjawab yang sangat berat ini,

guru adalah golongan yang paling berperanan dan sangat diharapkan oleh kerajaan untuk

merealisasikan hasrat yang sedemikian besar itu.

RUMUSAN

Baghagian ini telah menerangkan tentang kajian literatur dan juga kajian-kajian yang

berkaitan dengan thesis ini. Dalam bahagian ini juga pengkaji telah mengemukakan

model-model kecerdasan emosi (EQ) yang telah tulis oleh beberapa orang pakar, seperti;

Goleman (1995), Mayer, Caruso dan Salovey (1999) serta Bar-On (2000). Pada bahagian

kajian-kajian berkaitanpun pengkaji juga telah mengemukakan sedikit sebanyak tentang

kajian-kajian yeng telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu.

26

Page 27: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1. PENDAHULUAN

Kajian ini ingin melihat profil kecerdasan emosi (EQ) dikalangan guru-guru sekolah

menengah Zon Tengah Semenanjung Malaysia. Seterusnya cuba membandingkan profil

tersebut dengan profil kecerdasan emosi (EQ) keseluruhan guru-guru yang terlibat dalam

kajian ini. Kajian ini juga akan melihat sama ada wujud perbezaan profil kecerdasan

emosi (EQ) di kalangan guru-guru berdasarkan faktor jantina dan faktor umur.

3.2. REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kuantitatif, iaitu kajian rentas

(cross-sectional study) yang bertujuan untuk melihat profil kecerdasan emosi (EQ) di

kalangan guru-guru yang terlibat dalam kajian ini. Sampel telah dipilih daripada guru-

guru sekolah menengah secara rawak mudah (random sampling) daripada negeri Perak,

Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Dalam kajian ini pengkaji cuba mendapat

gambaran secara menyeluruh tentang profil kecerdasan emosi (EQ) diantara

pembolehubah-pembolehubah seperti yang terdapat dalam kerangka konsep kajian.

Kajian rentas boleh memberikan generalisasi secara umum tentang sesuatu populasi yang

dikaji (Fink 1995, Wiersma 2000). Sehubungan dengan itu, satu set instrumen telah

dibina bagi membolehkan pengkaji menyelidik pembolehubah-pembolehubah dalam

kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah Inventori Kepintaran Emosi Malaysia

(IKEM)/Malaysian Emotional Quoetient Inventory (MEQI).

Kajian ini bermula dengan menjalankan kajian rintis ke atas instrumen- yang telah

dibina berdasarkan kajian fasa pertama daripada satu projek besar yang dijalankan oleh

sekumpulan pensyarah Fakulti Pendidikan.

27

Page 28: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Dapatan daripada kajian rintis telah dianalisis menggunakan SPSS 11.0. Selepas nilai

kebolehpercayaan diperolehi daripada reliability analysis of item, pengkaji membaiki

instrumen dengan membuang item-item instrumen yang merendahkan kebolehpercayaan.

Selepas itu pengkaji mula mengedarkan instrumen-instrumen yang telah diubah tadi ke

sekolah-sekolah yang terlibat dalam kajian ini.

Responden telah diminta menjawab satu set borang soal selidik. Menurut Fink

(1995), reka bentuk kajian deskriptif menghasilkan data atau maklumat tentang populasi

dan fenomena yang telah wujud. Kemudian, pemerolehan data secara deskriptif dapat

dipungut pada masa yang telah ditentukan oleh pengkaji (Fink, 1995; Wiersma, 2000

dan Ary, Jacobs & Razavieh, 1996). Instrumen yang dibina ini dapat digunakan untuk

mengumpul maklumat tentang kecerdasan emosi (EQ) guru-guru Sekolah Menengah

yang dikaji. Dalam kajian ini, pengkaji ingin melihat profil kecerdasan emosi (EQ) guru-

guru yang berkhidmat di kawasan Zon Tengah Semenanjung Malaysia (Perak, Selangor,

Negeri Sembilan, Melaka dan Johor), perbezaan profil kecerdasan emosi (EQ) antara

guru-guru secara keseluruhan di malaysia dengan profil kecerdasan emosi (EQ) guru-

guru yang berkhidmat dikawasan Zon Tengah Semenanjung malaysia, perbezaan profil

kecerdasan emosi (EQ) berdasarkan faktor jantina dan perbezaan profil kecerdasan emosi

(EQ) berdasarkan faktor umur.

3.3. POPULASI KAJIAN DAN SAMPEL KAJIAN

3.3.1. Populasi Kajian

Kajian ini melibatkan guru-guru sekolah menengah, iaitu terdiri daripada guru-guru yang

memiliki ijazah sarjana muda dan sebahagian kecilnya mempunyai ijazah sarjana.

Kebanyakan guru-guru ini adalah berbangsa Melayu dan sebahagian kecil sahaja

daripada kalangan bangsa lain.

28

Page 29: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Sebahagianya mereka lulusan dari universiti luar negara seperti Amerika Syarikat, United

Kingdom dan sebagainya, manakala sebahagian lainnya lulusan universiti tempatan.

Namun jika dilihat dari maklumat yang diperolehi, guru lulusan universiti tempatan lebih

ramai jumlahnya berbanding dengan guru lulusan luar negara. Kebanyakan mereka telah

mengajar di sekolah menengah lebih daripada setahun, dan berkhidmat di bawah

Kementerian Pendidikan Malaysia.

3.3.2. Sampel kajian

Sampel kajian terdiri daripada guru–guru sekolah menengah yang berkhidmat di negeri

Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Seramai 275 orang guru yang

berkhidmat di 11 buah sekolah menengah yang terletak pada lima buah negeri tersebut

telah dipilih sebagai responden kajian. Jumlah bilangan guru lelaki adalah seramai 92

orang, manakala guru wanita seramai 183 orang. Jumlah guru ini menjadi sampel yang

mewakili keseluruhan guru Sekolah Menengah Zon Tengah Semenanjung Malaysia.

Lokasi sekolah menengah di negeri-negeri yang dipilih ini tidak terlalu jauh dari institusi

pengajian pengkaji, dan ini memudahkan pengkaji mentadbir instrumen dan mendapatkan

maklumat yang diperlukan dengan cepat. Pentadbiran instrumen menjadi lebih mudah

dan juga boleh menjimatkan masa dan kos. Satu lagi faktor yang menarik pengkaji untuk

membuat kajian pada 11 buah sekolah menengah di kawasan Zon Tengah Semenanjung

Malaysia ini, kerena sekolah-sekolah tersebut dapat mewakili semua sekolah menengah

di yang berada dikawasan tersebut.

Sudman dalam Wiersma (2000), saiz sampel antara 200-500 responden telah

memadai untuk sesebuah kajian. Krejcie dan Morgan dalam Wiersma (2000) menyatakan

bahawa semakin besar saiz populasi kajian, semakin besar saiz sampel yang diperlukan.

Krejcie dan Morgan (1970) telah mencadangkan bahawa sampel seramai 310 orang untuk

populasi 1600 orang. Sedangkan Neuman (2000) pula menyatakan bahawa 300 orang

subjek (lebih kurang 30 peratus) daripada populasi seramai 1000 orang sudah mencukupi

untuk mendapatkan ketepatan yang tinggi.

29

Page 30: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Untuk tujuan kajian ini, pengkaji telah mentadbirkan 275 borang soal selidik, dan telah

dipulangkan semula oleh 174 orang responden. Pengkaji berpendapat jumlah sampel 174

orang guru adalah memadai dalam kajian ini.

Jadual 3.1 : Senarai nama-nama Sekolah Menengah di negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor serta tarikh pentadbiran instrumen.

SEKOLAH MENENGAH TARIKH PENTADBIRAN KEBANGSAAN (SMK) INSTRUMEN

SMK Gerik 21 - 23 April 2003SMK Dato Seri Wan Mohamed Perak 21 - 23 April 2003SMK Kuala Kubu Bahru Selangor 28 - 30 April 2003SMK Kampung Soeharto Selangor 28 - 30 April 2003SMK Ampang Pecah Selangor 28 - 30 April 2003SMK Serting Hilir Kompleks Negeri Sembilan 31 Mac–2 April 2003SMK(FELDA) Bandar Baru Serting 31 Mac–2 April 2003SMK Bahau Negeri Sembilan 31 Mac–2 April 2003SMK Bukit Katil Melaka 7 -9 April 2003SMT Bukit Piatu Melaka 7 -9 April 2003SMK Tinggi Melaka 7 -9 April 2003

3.4. INSTRUMEN KAJIAN

Untuk mengumpulkan maklumat bagi menjayakan kajian ini, pengkaji telah

menggunakan satu set borang soal selidik Iventori Kepintaran Emosi Malaysia

(IKEM)/Malaysian Emotional Quoetient Inventory (MEQI). Instrumen ini telah diambil

dari projek penyelidikan IRPA 07-02-02-0017-EA171, yang digubal oleh sekumpulan

pensyarah Fakulti pendidikan. Soal selidik tersebut disusun dalam dua bahagian iaitu:

1. Bahagian pertama iaitu berkenaan dengan latarbelakang dan maklumat ringkas

responden.

2. Bahagian kedua adalah soalan-soalan yang mengukur setiap domain kecerdasan

emosi (EQ).

30

Page 31: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Satu lagi instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah ” Borang Kebenaran

Responden (consent leter). Borang kebenaran ini sangat penting diberikan kepada semua

responden, sebelum mereka memberikan respon ke atas instrumen yang berikan.

3.4.1 Soal Selidik Maklumat Guru

Soal selidik ini bertujuan mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan latarbelakang

responden (guru) seperti lokasi tempat mengajar, jantina, umur, bangsa, taraf

perkahwinan, jabatan dan tempat pengajian (dalam atau luar negera). Bahagian ini

diperlukan, kerana ianya merupakan sebahagian daripada pembolehubah dalam kajian

ini.

3.4.2. Inventori Kecerdasan Emosi (IKEM-MEQI)

Soal selidik ini telah dibina berdasarkan soal selidik kecerdasan emosi yang telah

digunakan oleh Noriah et al (2003). Instrumen ini telah dibina berasaskan dapatan kajian

kualitatif fasa pertama satu projek kajian yang sedang dijalankannya. Penyusunan

instrumen ini juga mengambil kira pandangan Goleman (1999) tentang kelima-lima

domain kecerdasan emosi yang disarankannya.

Item-item dalam soal selidik ini disusun berdasarkan kelima-lima domain

kecerdasan emosi yang dicadangkan oleh Goleman (1999) dan dua domain tambahan

yang telah dikenalpasti oleh Noriah et al (2003) pada masa temu bual kumpulan fokus

dan temu bual individu dalam kajian fasa pertama. Item-item ini juga telah dibina

menggunakan Skala Likert lima-mata, iaitu 1-sangat Tidak Setuju, 2- Tidak Setuju, 3-

Tidak Pasti, 4- Setuju dan 5-Sangat Setuju.

31

Page 32: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Setiap item yang disusun akan merujuk kepada perasaan dan tingkah laku responden

yang dipersepsikan (perceived) dan prestasi sebenar (actual performance) terhadap

kelima-lima domain yang dicadangkan oleh Goleman (1999) beserta dua domain yang

dapat dikenal pasti dalam temu bual kumpulan fokus dan temu bual individu.

Instrumen ini terdiri daripada 7 bahagian utama iaitu kesedaran kendiri, regulasi

kendiri, motivasi kendiri, empati, kemahiran sosial, kerohanian dan kematangan. Bagi

kesedaran kendiri, terdapat 4 bahagian item iaitu kesedaran emosi, penilaian kendiri,

keyakinan diri dan kesedaran fisiologi. Bagi pengurusan kendiri, terdapat 5 bahagian item

iaitu kawalan diri, kebolehpercayaan, penghematan/kejujuran, kebolehsuaian dan inovasi.

Bagi motivasi kendiri pula terdapat 5 bahagian item iaitu dorongan pencapaian,

komitmen, inisiatif, optimis dan minat. Bagi empati pula terdapat 7 bahagian item iaitu

memahami orang lain, mengembangkan potensi orang lain, berorientasikan khidmat,

“leveraging diversity”, kesedaran politik, membantu orang lain dan perasaan kasih

sayang. Bagi kemahiran sosial, terdapat 8 bahagian item iaitu pengaruh, pengurusan

konflik, kepemimpinan, pemangkin perubahan, menjalin hubungan, kerjasama,

keupayaan kumpulan dan komunikasi. Bagi kerohanian (spirituality) dan kematangan

(maturity), tidak terdapat pecahan bahagian-bahagian item.

Terdapat dua bahagian dimana item-itemnya menggambarkan senario yang perlu

diberi respon oleh responden terhadap apa yang dirasainya dan bukannya apa yang ingin

dilakukannya. Contohnya, apa yang dirasai oleh responden apabila melihat pemandangan

sebuah pulau di tengah laut dan bagaimana pula keamatan perasaan yang dialami itu.

Satu bahagian lagi ialah item-item situasi yang pelbagai, yang ditanyakan dalam bentuk

soalan terbuka (open ended-question) yang perlu dijawab secara bertulis dalam bentuk

tindak balas oleh responden. Jumlah item yang perlu dijawab oleh responden bagi

instrumen IKEM-MEQI secara keseluruhan ialah 262 item. Berikut ialah contoh-contoh

item bagi ketujuh-tujuh bahagian utama IKEM-MEQI.

32

Page 33: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

i. Bahagian Kesedaran Kendiri

a. Item-item bahagian kesedaran emosi mengukur sejauh mana seseorang responden

peka terhadap emosi yang timbul dalam setiap situasi hariannya. Contohnya:

“Saya sedar apabila sesuatu perkara/situasi boleh membawa kesan negatif kepada

perasaan saya”.

b. Item-item bahagian penilaian kendiri pula mengukur ketepatan responden menilai

kekuatan dan kelemahan diri. Contohnya: “saya boleh rasai perubahan fikiran

saya apabila dirangsang oleh sesuatu perkara/peristiwa”.

c. Bahagian keyakinan diri pula mengukur harga diri dan keupayaan yang dimiliki

oleh responden, “Saya tidak malu memberikan pandangan saya walaupun ianya

satu pandangan yang berbeza dari pandangan orang lain”.

d. Bahagian kesedaran fisiologi pula melihat kepekaan responden mengesan

perubahan-perubahan fisiologi apabila berlaku perubahan emosi. Contohnya:

“Saya sedar bahawa keadaan marah memberi kesan yang buruk kepada kesihata

saya”.

ii. Bahagian Regulasi Kendiri

a. Item-item bahagian kawalan kendiri, melihat kekuatan responden mengawal

cetusan emosi negative. Contohnya: “Saya mampu bertindak dengan tenang

walaupun saya dalam keadaan marah”.

b. Bahagian kebolehpercayaan, menilain kejujuran dan integriti responden.

Contohnya: ”Saya akan sentiasa bersikap jujur dalam semua tindakan saya”.

c. Bahagian penghematan/kejujuran, mengukur sekap tanggungjawab responden

terhadap prestasi sendiri. Contohnya: ”Saya sentiasa memastikan bahawa setiap

hasil kerja saya adalah sempurna”.

33

Page 34: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

d. Bahagian kebolehan menyesuaikan diri, menilai keluwesan responden dalam

menangani perubahan. Contohnya: ”Saya boleh menyesuaikan pandangan saya

mengikut keperluan semasa”.

e. Bahagian inovasi, menilai tahap penerimaan responden terhadap inovasi.

Contohnya: ”Saya suka mencari idea baru bagi menyelesaikan satu tugas”.

iii. Bahagian Motivasi Kendiri

a. Item-item bahagian dorongan pencapaian, mengukur dorongan pencapaian

responden kea rah kecemerlangan. Contohnya: “ Saya sanggup berusaha untuk

meningkatkan prestasi kerja”.

b. Bahagian komitmen, mengukur kesepaduan (cohensiveness) antara matlamat

responden dengan matlamat sekolah (organisasi). Contohnya: ”Saya

bertanggungjawab untuk menyiapkan semua tugasan yang diberikan”.

c. Bahagian inisiatif, mengukur kesediaan responden untuk merebut peluang.

Contohnya: “ Saya sentiasa merebut peluang-peluang yang ada dalam kerjaya”.

d. Bahagian optimis, mengukur ketabahan responden dalam mengejar matlamat

walaupun terdapat kegagalan dan halangan. Contohnya: “ Saya percaya bahawa

tiada jalan singkat untuk mencapai kejayaan”.

e. Bahagian minat pula, menilai minat yang ada pada responden dalam menjalankan

tugas. Contohnya: “Setiap kerja yang saya lakukan datang daripada minat saya

sendiri”.

iv. Bahagian Empati

a. Item-item bahagian memahami orang lain (Understanding others), mengukur

sejauh mana responden dapat mengesan dan memahami perasaan orang lain.

Contoh: “Saya dapat merasakan kesusahan orang lain.”

34

Page 35: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

b. Item-item bahagian mengembangkan potensi orang lain (developing others),

menilai kebolehan responden mengesan keperluan orang lain dan

mengembangkan kebolehan mereka. Contohnya: “Saya akan membantu orang

lain belajar menyelesaikan masalah mereka”.

c. Bahagian berorientasikan khidmat (service orientation), mengukur kebolehan

responden menjangka, mengenal pasti dan memenuhi kehendak pelanggan

(pelajar). Contohnya: “Saya sentiasa memastikan perkhidmatan yang saya

berikan kepada orang memuaskan ”.

d. Bahagian leveraging diversity, menilai keupayaan responden mewujudkan

peluang-peluang daripada pelbagai kelompok masyarakat. Contohnya: “Saya

sentiasa membantu rakan-rakan melihat peluang yang ada di sekitar mereka”.

e. Bahagian kesedaran politik (political awareness), mengukur kebolehan

responden membaca gerak emosi perkumpulan dan pihak yang berpengaruh.

Contohnya, “Saya bersikap adil dalam memberikan perhatian pada semua pihak”.

f. Membantu orang lain (helping others), mengukur sejauhmana responden boleh

memberikan bantuan kepada orang lain. Contohnya; “Saya memberikan

bantuan kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.”

g. Bahagian berkasih sayang (compassion), menilai perasaan belas kasihan

responden dalam berinteraksi dengan orang lain. Contohnya, “ Perasaan saya

cepat terusik apabila melihat kesusahan yang dialami orang lain.”.

v. Bahagian Kemahiran Sosial

a. Item-item bahagian mempengaruhi, mengukur kepandaian responden

mempengaruhi orang lain. Contohnya: “Saya mampu membuat orang lain

menerima keputusan saya.”

35

Page 36: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

b. Bahagian pengurusan konflik, menilai kebolehan responden menyelesaikan

pertelingkahan. Contohnya: “Saya selalu diminta menyelesaikan pertelingkahan

yang berlaku di tempat kerja.”

c. Bahagian kepemimpinan, mengukur keupayaan responden membimbing individu

dan kumpulan. Contohnya: “Saya boleh membimbing orang lain menyelesaikan

tugas mereka.”

d. bahagian pemangkin perubahan, mengukur kemahiran responden memulakan

perubahan di tempat kerja. Contohnya: ”Saya sentiasa cuba mulakan sesuatu yang

baru”.

e. Bahagian menjalin hubungan, mengukur kebolehan responden membina

hubungan yang produktif. Contohnya: “Saya sentiasa mengajak rakan-rakan

untuk melakukan sesuatu tugas bersama-sama.”

f. Bahagian kerjasama, mengukur kemampuan responden berkerjasama dalam

satu pasukan. Contohnya: “Saya sentiasa melibatkan rakan setugas apabila

diminta menyelesaikan sesuatu tugas penting.”

g. Bahagian keupayaan berpasukan, mengukur keupayaan mewujudkan pasukan

yang efisien dalam mencapai matlamat sesebuah organisasi. Contohnya: “Saya

sentiasa dapat mewujudkan semangat bekerjasama antara rakan-rakan setugas.”

h. Bahagian komunikasi, menilai kemahiran berkomunikasi dua hala responden.

Contohnya: “Saya boleh berbual dengan sesiapa sahaja dalam sesuatu majelis.”

vi. Bahagian Spiritualiti/Kerohanian

Item-item bahagian ini mengukur tahap kerohanian yang wujud dalam diri

responden. Contohnya: “Tuhan akan membantu jika saya terus berusaha.”

36

Page 37: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

vii. Bahagian Kematangan,

Item-item bahagian ini mengukur kematangan responden. Contohnya:

“Kematangan fikiran membantu saya untuk melihat sesuatu masalah dengan

teliti.”

3.4.3. Pembinaan Instrumen Kajian

Pembinaan instrumen ini dimulakan dengan menjalankan kajian fasa pertama (kualitatif)

dalam projek IRPA 07-02-02-0017-EA171. Dalam fasa pertama ini, pengkaji bersama-

sama dengan kumpulan penyelidik UKM telah melakukan temubual berkumpulan (Focus

group) dan juga temubual individu (indepth interview) mulai dari negeri Perak, Selangor,

Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Temubual berkumpulan dan

temubual individu telah dilakukan ke atas pelbagai instansi kerajaan di Malaysia, iaitu

Guru-guru (sekolah menengah dan MRSM), jururawat, pegawai penjara dan polis. Ini

dilakukan bagi mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan dengan kecerdasan emosi

mengikut konteks tempatan.

Setelah proses temubual selesai dijalankan, pengkaji membuatkan transkripsi ke

atas setiap temubual tersebut. Selepas proses transkripsi, pengkaji bersama-sama dengan

kumpulan penyelidik tersebut telah berusaha untuk membina tema-tema dan juga

subtema (coding) yang berkaitan dengan kajian ini. Ini sangat penting dilakukan bagi

menjayakan analisis data fasa pertama (kualitatif). Seterusnya setelah tema-tema

terbentuk, pengkaji telahpun berusaha untuk membuat satu analisis dengan menggunakan

perisian komputer (NUD*IST Program), iaitu satu program khusus untuk menganalisis

data kualitatif.

Selepas analisis fasa pertama dijalankan, pengkaji bersama-sama dengan

kumpulan penyelidik tersebut telah membuat dua kali bengkel untuk pembinaan item-

item instrumen.

37

Page 38: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Bengkel kali pertama adalah untuk penyusunan draf item yang sesuai dengan domain-

domain kecerdasan emosi yang telah didapatkan pada fasa pertama, dan untuk kali

keduanya adalah bengkel untuk pemantapan instrument yang akan digunakan dalam

kajian ini.

3.4.4. Pembolehubah Kajian

Kajian ini mempunyai dua pembolehubah, iaitu satu pembolehubah bersandar (dependent

variabel) dan beberapa pembolehubah bebas (independent variabel). Pembolehubah

bersandar dalam kajian ini adalah “ Kecerdasan Emosi”. Manakala pembolehubah

bebasnya ialah “ Jantina, umur, dan Negeri tempat berkhidmat”.

3.4.5. Kajian Rintis

Sebaik sahaja instrumen ini selesai dibina, maka untuk langkah selanjutnya kajian rintis

dijalankan untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaan daripada instrumen tersebut, baik

nilai kebolehpercayaan instrumen secara keseluruhan mahupun nilai kebolehpercayaan

untuk setiap sub yang mewakili domain-domain kecerdasan emosi yang dikaji di dalam

kajian ini.

Kajian rintis ke atas instrumen ini telah dijalankan sebanyak tiga kali, iaitu kajian

rintis pertama telah melibatkan 23 orang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia

(UKM) pada tahun 2001. Manakala kajian rintis yang kedua telah melibatkan 60 orang

guru sekolah menengah di sekitar daerah Alor Gajah dan daerah Melaka Tengah pada

bulan Januari 2002. Sedangkan untuk kajian rintis yang ketiga pula dilakukan setelah

diadakan perombakan-perombakan ke atas item-item instrument yang dianggap kurang

sesuai untuk mengukur konstruk-konstruk yang terdapat dalam kecerdasan emosi (EQ).

38

Page 39: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

3.4.6. Kebolehpercayaan Instrumen

Sebelum instrumen ini digunakan dalam kajian sebenar, pengkaji terlebih dahulu telah

menjalakan kajian rintis bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan daripada instrumen

yang disusun. Alpha Cronbach telah digunakan bagi menguji kebolehpercayaan

instrumen secara keseluruhan dan juga untuk setiap domain kecerdasan emosi yang

terdapat dalam instrumen berkenaan. Kesahan telahpun dijalankan dengan mengambil

kira pandangan daripada individu yang boleh dianggap sebagai pakar dalam bidang

kecerdasan emosi (EQ).

Sesuai dengan apa yang pengkaji ceritakan pada bahagian kajian rintis di atas,

bahawa instrumen ini telah diujikan sebanyak dua kali. Pada masa kajian rintis yang

pertama, kebolehpercayaan secara keseluruhan ialah 0.9582. Untuk kajian kali kedua,

kebolehpercayaan yang diperolehi ialah 0.9145 (jadual 3.2). Dari dua kali kajian rintis

yang dijalankan, Secara keseluruhan instrumen ini mempunyi nilai kebolehpercayaan

yang cukup tinggi. Bagaimanapun bila dilakukan analisis ke atas sub-sun konstruk,

didapati nilai kebolehpercayaan yang rendah pada beberapa sub konstruk di dalam

instrumen ini.

Setelah nilai kebolehpercayaan daripada dua kali ujian kajian rintis diperolehi,

maka pengkaji menyemak semula setiap item-item yang didapati mempunyai nilai

kebolehpercayaan yang rendah. Setelah dilakukan penyemakan semula, maka pengkaji

bersama-sama dengan kumpulan penyelidik IRPA telah berusaha untuk mengubahsuai

item-item yang kurang berkenaan dengan konstruk-konstruk yang terdapat dalam

instrumen kajian ini. Untuk tujuan pengubahsuaian, pengkaji bersama-sama dengan

kumpulan penyelidik tersebut cuba merujuk semula kepada dapatan kajian fasa pertama

(focus group dan indepth interview).

39

Page 40: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Jadual 3.2: Senarai Nilai Kebolehpercayaan Instrumen selepas kajian Rintis

Konstruk Nilai Kebolehpercayaan

IKEM-MEQI Keseleluruhan .9768

Kesedaran Kendiri (Self Awareness) .9003Emotional awareness .7909Accurate self assessment .7044Self confidence .8334Physiological awareness .7439

Kawalan kendiri (Self Regulation) .8525Self control .8409Trustworthiness .7253Conscientiousness .8560Adaptability .8117Innovation .8050

Motivasi kendiri (Self Motivation) .9440Achievement drive .8720Commitment .8492

Initiative .8413Optimism .8427Interest .6957

Empati (Empathy) .9412Understanding others .8652Developing others .8587Service orientation .8141Leveraging diversity .7962Political awareness .6707Helping others .8547Compassion .9176

Kemahiran social (Social Skill) .9331Influence .8174Conflict management .7152Leadership .8859Change catalyst .9188Building bonds .7571Collaboration and cooperation .7639Team capabilities .7154Communication .7329

Spirituality .9365

40

Page 41: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Foto emosi .4141Gambaran emosi dalam landskap .7526Respons emosi dalam scenario .6472Maze .9870

3.5. TATACARA PEMEROLEHAN DATA

Setelah nilai kebolehpercayaan instrumen didapatkan, maka pengkaji mulai mentadbirkan

instrumen ini untuk mendapatkan maklumat sebenar daripada responden kajian. Pengkaji

telah menghantarkan sendiri setiap instrumen kepada setiap sekolah yang terlibat dalam

kajian ini.

Sebelum pengkaji mentadbirkan instrumen ke sekolah-sekolah yang terbabit,

terlebih dahulu pengkaji melalui beberapa prosedur, sesuai dengan kod etika menjalankan

sesebuah kajian di institusi kerajaan Malaysia. Pengkaji telah menyiapkan dan

menghantar surat kelulusan terlebih dahulu kepada pejabat Kementerian Pendidikan

Malaysia, Pengarah Pendidikan Wilayah/Negeri, Pengarah Pendidikan Daerah dan juga

kepada pengetua-pengetua sekolah berkenaan. Selain surat kebenaran, pengkaji juga

telah menghubungi pejabat-pejabat dan pengetua-pengetua sekolah, bagi memastikan

semula setiap permohonan menjalankan kajian telah mendapat kelulusan.

3.6. TATACARA PENGANALISISAN DATA

Data yang telah dipungut dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan SPSS

Versi11.0 (Statistical Package for Social Science Version 11.0). Pengkaji telah

merekodkan semua item-item negatif dan kemudian membersihkan data daripada missing

data. Pengkaji juga telah menggunakan exploratory factor analysis untuk melihat peratus

penyumbang kepada konstruk yang diwakili oleh item-item yang dianalisis.

41

Page 42: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Statistik deskriptif yang digunakan ialah Min, peratusan dan sisihan piawai bagi

melihat deskriptif data secara keseluruhan. Seterusnya pengkaji membina profil

kecerdasan emosi (EQ) untuk guru-guru yang dikaji.

3.7. RUMUSAN

Pada bahagian ini pengkaji telah menghuraikan tentang rekabentuk kajian, populasi dan

sampel kajian, instrumen yang digunakan, kajian rintis, nilai kebolehpercayaan

instrumen, cara-cara instrumen ditadbirkan, tatacara pemerolehan data dan tatacara

pengalisisan data.

42

Page 43: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

BAB IV

HASIL KAJIAN

4. 1. PENDAHULUAN

Dalam bab ini pengkaji akan menghuraikan mengenai profil peserta kajian, dapatan

kajian, hasil analisis statistik yang didapatkan berasaskan persoalan-persoalan kajian

yang telah dibina dalam bab pertama serta rumusan. Bahagian ini juga mengemukakan

dapatan kajian tentang skor min dan sisihan piawai yang diperolehi oleh peserta kajian

dalam setiap domain kecerdasan emosi yang dikaji. Maklumat-maklumat yang diperolehi

daripada peserta kajian telah dianalisis dengan menggunakan SPSS-Windows Versi 11.0,

seterusnya diolah dan dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu min dan

peratus untuk setiap domain kecerdasan emosi. Statistik ini digunakan untuk membina

satu profil kecerdasan emosi bagi guru-guru yang terlibat dalam kajian ini. Analisis

statistik deskriptif juga digunakan, bagi mendapatkan maklumat taburan sampel kajian

berdasarkan faktor jantina, umur, latar belakang etnik, status perkahwinan dan negeri

tempat berkhidmat.

4. 2. PROFIL RESPONDEN

Jadual 4.2 menunjukan komposisi dan perincian profil responden yang terlibat dalam

kajian ini. Kajian ini telah melibatkan seramai 174 orang guru-guru sekolah menengah

yang berkhidmat di sekolah menengah sekitar kawasan Zon Tengah Semenanjung

Malaysia (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor), semua guru terbabit

adalah guru-guru sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru

lelaki terdiri dari 59 orang (33.9%), guru perempuan 110 orang (63.2%) dan 5 orang

(2.9%) guru tidak menyatakan jantina mereka di atas kertas jawapan.

43

Page 44: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Dari segi umur, guru yang berumur (23-30 tahun) terdiri dari 36 orang (20.7%),

(31-40 tahun) adalah 85 orang (48.9%), (41 tahun ke atas) 43 orang (27.4%) dan 10 orang

(5.7%) guru tidak menjelaskan umur mereka di dalam borang soal selidik. Manakala dari

segi etnik pula, guru Melayu 148 orang (85.1%), guru Cina 13 orang (7.5%), guru India 7

orang (4.0%) dan lain-lain 1 orang (0.6%). Manakala 5 orang (2.9%) lagi tidak

menandakan mana-mana etnik yang telah ditentukan di dalam soal selidik.

Sedangkan dari segi satus perkahwinan pula, 137 orang (78.7%) responden yang telah

berkahwin, 31 orang (17.8%) bujang dan 6 orang (3.4) tidak menyatakan status mereka di

dalam soal selidik yang diberikan (jadual 4.2)

JADUAL 4.2 Profil sampel kajian

Kategori Profil Kekerapan Peratus

Jantina Lelaki 59 33.9Perempuan 110 63.2Mising 5 2.9

Umur 23 – 30 tahun 36 20.731 – 40 tahun 85 48.941 tahun ke atas 43 24.7Mising 10 5.7

Etnik Melayu 148 85.1Cina 13 7.5India 7 4.0Lain-lain 1 0.6Mising 5 2.9

Status Perkahwinan Berkahwin 137 78.7Bujang 31 17.8Mising 6 3.4

44

Page 45: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

4.3 DOMAIN-DOMAIN KECERDASAN EMOSI MENGIKUT PERSEPSI

GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH ZON TENGAH SEMENANJUNG

MALAYSIA

Bahagian ini melaporkan atau membincangkan tentang domain-domain kecerdasan emosi

(EQ) dari persepsi guru-guru sekolah menengah Zon Tengah Semenanjung Malaysia

(Perak, selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor). Di sini pengkaji melaporkan

keputusan tahap kategori persepsi responden yang diukur berdasarkan markat skor min

iaitu Sangat Tidak Setuju (1.00 – 1.70), Tidak Setuju (1.80 – 2.50), Tidak Pasti (2.60 –

3.30), Setuju (3.40 – 4.10) dan Sangat Setuju (4.20 – 5.00). Analisis ini juga akan

mengukur min dan sisihan piawai item bagi ketujuh-ketujuh domain kecerdasan emosi

(EQ).

Berdasarkan jadual 4.3, didapati bahawa tiga dari tujuh domain kecerdasan emosi

(EQ) iaitu kerohanian, kematangan, dan empati menunjukkan nilai skor min yang lebih

besar berbanding dengan empat domain kecerdasan emosi yang lainnya, iaitu Motivasi

kendiri, kesedaran kendiri, regulasi kendiri, dan kemahiran sosial. Skor min bagi domain

kerohanian (M = 4.70, SP = 0.45), kematangan (M= 4.56, SP = 0.47). dan empati ialah

(M= 4.60, SP = 0.37), manakala skor min bagi domain motivasi kendiri pula ialah (M=

3.97, SP = 0.44), kesedaran kendiri ( M = 3.90, SP = 0.36), regulasi kendiri (M = 3.81,

SP = 0.40), serta kemahiran sosial (M = 3.64, SP = 0.38). Dari jadual ini juga dapat

dilihat bahawa skor min terendah adalah pada domain kemahiran sosial (M= 3.64). Ini

memberi gambaran bahawa semua guru yang terlibat dalam kajian ini mempunyai skor

yang tinggi pada domain kerohanian, kematangan dan empati, dan mempunyai skor yang

sederhana tinggi pada domain motivasi kendiri, kesedaran kendiri, dan regulasi kendiri,

serta kesemua responden yang terlibat dalam kajian ini mempunyai yang rendah pada

domain kemahiran sosial. Bagaimanapun dapatan juga menunjukkan domain kerohanian

merupakan skor yang paling tinggi (M= 4.70). Ini juga menunjukkan bahawa semua

responden yang terlibat dalam kajian ini mempunyai skor yang tinggi dalam domain

tersebut.

45

Page 46: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

JADUAL 4.3 Skor Min dan Sisihan Piawai Domain-domain Kecerdasan Emosi

Domain EQ N Min Sisihan Piawai

Kerohanian 168 4.70 0.45

Kematangan 168 4.56 0.47

Empati 173 4.06 0.38

Motivasi Kendiri 174 3.97 0.44

Kesedaran Kendiri 174 3.89 0.36

Regulasi Kendiri 174 3.80 0.40

Kemahiran Sosial 172 3.64 3.38

Jadual 4.3 di atas juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang ketara

diantara tiga domain yang mempunyai skor min yang tinggi, walaupun skor min

kerohanian mencatat skor tertinggi diantara ketujuh domain kecerdasan emosi (EQ).

demikian juga halnya juga dengan domain yang mempunyai skor min yang sederhana. Ini

juga memberikan gambaran wujudnya keseimbangan diantara domain yang mempunyai

skor min tinggi dan sederhana tersebut. Kemahiran sosial mempunyai skor yang tidak

terlalu menonjol dikalangan guru-guru, ini dibuktikan dengan catatan skor nilai min

terendah berada pada domain berkenaan (M = 3.64, SP = 0.38). Skor ini menunjukkan

perbezaan yang agak ketara berbanding dengan enam domain kecerdasan emosi (EQ)

yang lainnya. Namun dapatan statistik menunjukkan walaupun mempunyai skor

terendah, tetapi masih lagi muncul sebagai domain kecerdasan emosi di kalangan guru-

guru yang dikaji. Justeru, dapatlah disimpulkan bahawa ketujuh domain kecerdasan

emosi (EQ), yang terlahir dalam konteks tempatan, juga wujud pada guru-guru yang

terlibat dalam kajian ini.

4.3.1 Domain Kerohanian

Domain kerohanian (spirituality)merupakan salah satu konstruk yang diukur melalui item

soalan bahagian I (i1, i2, i3, i4, i5, i6, i7, i8, i9) dari instrumen kajian yang digunakan.

46

Page 47: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Jadual 4.4, menunjukkan analisis nilai min (M) dan sisihan piawai (SP) bagi

setiap item yang mengukur konstruk kerohanian dalam kecerdasan emosi (EQ). Bagi item

i1 (M= 4.68, SP= 0.63), responden menyatakan persepsi sangat setuju bahawa

bersembahayang boleh membantu mereka dalam mengawal perasaan negetif (marah,

sedih, kecewa dll). Item i2 (M= 4.63, SP= 0.57), responden menyatakan persepsi sangat

setuju bahawa nilai agama boleh membantu mereka dalam memahami orang lain. Item i3

(M= 4.60, SP= 0.57), responden menyatakan persepsi sangat setuju nilai agama sangat

mempengaruhi tindakan mereka dalam kehidupan seharian. Item i4 (M=4.75, SP= 0.53),

responden menyatakan persepsi sangat setuju bahawa Tuhan akan selalu membantu jika

mereka terus berusaha. Item i5 (M= 4.62, SP= 0.55), responden menyatakan pendapat

sangat setuju bahawa mereka insaf dengan segala kelemahan yang wujud pada diri

mereka. Item i6 (M= 4.73, SP= 0.48), responden menyatakan pendapat sangat setuju

bahawa mereka bersyukur dengan kekuatan yang diberikan oleh tuhan kepada mereka.

Item i7 (M= 4.74, SP= 0.54), responden menyatakan persepsi sangat setuju bahawa

perasaan mereka akan merasa lebih tenang apabila membaca ayat-ayat suci agama

mereka masing-masing. Item i8 (M= 4.74, SP= 0.44), responden menyatakan persepsi

sangat setuju bahawa setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan juga dan item i9

(M= 4.76, SP = 0.53), responden menyatakan sangat setuju bahawa sembahyang

memberi peluang kepada dirinya untuk memuhasabah.

Peserta kajian telah memberikan maklumbalas dengan nilai skor min yang berada

pada tahap sangat tinggi bagi setiap item yang terdapat dalam domain kerohanian. Ini

menunjukkan bahawa domain kerohanian merupakan domain yang amat penting

keberadaannya dalam kecerdasan emosi mengikut persepsi guru-guru yang terlibat

dalam kajian ini.

47

Page 48: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

JADUAL 4.4 Analisis Min dan Sisihan Piawai Bagi Item Domain Kerohanian

Domain EQ Min Sisihan Piawai

1. Bersembahyang membantu saya mengawal 4.68 0.63perasaan negetif (marah, sedih, kecewa dll) saya

2. Nilai membantu saya memahami orang lain 4.63 0.57

3. Nilai agama mempengaruhi tindakan saya 4.60 0.57 dalam kehidupan seharian

4. Tuhan akan membantu jika saya terus 4.75 0.53berusaha

5. Saya insaf dengan segala kelemahan yang 4.62 0.55saya ada

6. Saya bersyukur dengan kekuatan yang diberikan 4.73 0.48oleh Tuhan

7. Perasaan saya lebih tenang apabila menghayati 4.74 0.54ayat-ayat suci agama saya

8. Saya yakin bahawa setiap kebaikan akan dibalas 4.79 0.44dengan kebaikan juga

9. Sembahyang memberi ruang kepada saya 4.76 0.53untuk melakukan muhasabah diri

4.3.2 Domain Kematangan

Kematangan (maturity) juga merupakan salah satu konstruk yang diukur melalui

instrumen kecerdasan emosi (EQ) pada item bahagian J ( j1, j2, j3, j4, j5, j6). Jadual 4.5,

menunjukkan analisis nilai min (M) dan sisihan piawai bagi domain kematangan.

Nilai skor min yang diperolehi ialah, item j1 (M= 4.64, SP= 0.49), responden

menyatakan persepsi sangat setuju bahawa pengalaman hidup meningkatkan kematangan

fikiran mereka.

48

Page 49: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Dalam item j2 (M= 4.55, SP= 0.55), responden menyatakan persepsi sangat setuju

bahawa kematangan fikiran membantu mereka untuk melihat sesuatu masalah dengan

teliti. Item j3 (M= 4.51, SP= 0.57), responden menyatakan persepsi sangat setuju mereka

menjadi lebih matang apabila usia mereka meningkat. Item j4 (M= 4.54, SP= 0.55),

responden menyatakan persepsi sangat setuju bahawa fikiran yang matang membantu

mereka dalam mengawal perasaan. Item j5 (M= 4.60, SP= 0.54), responden menyatakan

persepsi sangat setuju bahawa pengalaman mengajar mereka untuk menjadi lebih matang

dalam membuat keputusan dan item j6 (M= 4.56, SP= 0.54) iaitu responden menyatakan

persepsi sangat setuju bahawa pengetahuan yang mereka perolehi boleh meningkatkan

kematangan fikiran mereka.

Statistik deskriptif menunjukkan bahawa semua item bagi domain kematangan

memperolehi skor min pada tahap yang sangat tinggi, ini menunjukkan bahawa domain

tersebut juga merupakan salah satu domain yang penting dalam kecerdasan emosi

mengikut persepsi guru-guru yang dikaji. Bagaimanapun purata skor min bagi domain

kematangan ini sedikit lebih rendah daripada domain kerohanian. Namun hal ini tidak

menunjukkan perbezaan yang ketara diantara kedua-dua domain ini. Justru ini boleh

diertikan bahawa kedua-dua domain tersebut mempunyai posisi penting dalam

kecerdasan emosi mengikut persepsi guru-guru yang dikaji.

JADUAL 4.5 Analisis Min dan Sisihan Piawai Bagi Item Domain Kematangan

Domain EQ Min Sisihan Piawai

1. Pengalaman hidup meningkatkan kematangan 4.64 0.49fikiran

2. Kematangan fikiran membantu saya untuk 4.55 0.55sesutau masalah dengan teliti

3. Fikiran yang matang membantu saya 4.54 0.55mengawal perasaan

4. Pengalaman mengajar saya untuk menjadi 4.60 0.54

49

Page 50: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

lebih matang dalam membuat keputusan

5. Pengetahuan yang saya perolehi boleh 4.60 0.54meningkatkan kematangan fikiran

6. Saya menjadi lebih matang apabila usia 4.51 0.57meningkat

4.3.3 Domain Empati

Empati (empathy)juga merupakan salah satu konstruk yang diukur melalui item bahagian

F (fi1, fi4, fii1, fii2, fii3, fii4, fii5, fii6, fiii1, fiii3, fiii4, fiii5, fiv1, fiv2, fvii1, fvii2, fvii3,

fvii4, fvii5 dan fvii6) dalam instrumen kecerdasan emosi (EQ).

Jadual 4.6, menunjukkan analisis deskriptif min (M) dan sisihan piawai (SP) bagi

item-item yang mengukur domain empati. Nilai min yang diperolehi ialah, item fi1 (M=

4.05, SP= 0.70), responden menyatakan persepsi setuju bahawa mereka dapat merasakan

kesusahan orang lain. Item fi4 (M= 3.99, SP= 0.62), responden menyatakan persepsi

setuju bahawa mereka dapat merasakan kesedihan orang lain. Item fi5 (M= 3.72, SP=

0.76) , responden menyatakan persepsi setuju bahawa mereka dapat tahu apabila

seseorang menyembunyikan perasaan.

Item fii1 pula (M= 4.23, SP= 0.690 responden menyatakan persepsi sangat setuju

bahawa setiap indifidu harus dibantu untuk berjaya. Item fii2 (M= 4.07, Sp= 0.59),

responden menyatakan persepsi setuju bahawa mereka akan membantu rakan-rakan

memperbaiki diri mereka.

Item fii3 (M= 4.00, SP= 0.61), responden menyatakan persepsi setuju bahawa mereka

akan membantu orang lain belajar menyelesaikan masalahnya.item fii4 (M= 3.91, SP=

0.66) responden menyatakan persepsi setuju bahawa merekan membantu semua rakan

memajukan diri dalam kerjaya. Item fii5 (M= 4.02, SP= 0.62) responden menyatakan

persepsi setuju bahawa mereka akan membimbing rakan-rakan dalam menjalankan tugas.

50

Page 51: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Item fii6 (M= 4.25, SP= 0.58) responden menyatakan persepsi sngat setuju bahawa

mereka akan sentiasa memberikan ucapan tahniah kepada rakan-rakannya yang berjaya.

Dalam item fiii1 pula (M= 4.24, SP= 0.55) responden menyatakan persepsi sangat

setuju bahawa mereka akan sentiasa memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada

boleh memuaskan orang lain. Item Fiii3 (M= 4.12, SP= 0.520 , responden menyatakan

persepsi setuju bahawa mereka sentiasa bertanya kepada orang kain tentang keperluan

mereka sebelum menghulurkan bantuan. Item fiii4 (M= 4.15, SP= 0.53), responden

menyatakan persepsi setuju bahawa mereka menerima kritikan orang lain sebgai cara

untuk memperbaiki perkhidmatan yang mereka berikan.

Item fiii5 (M= 4.07, SP= 0.64), responden menyatakan bahawa mereka akan

menggunakan berbagai kaedah baru untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Bagi item fiv1 pula (M= 3.80, SP= 0.67), responden menyatak persepsi setuju

bahawa mereka sentiasa membantu rakan-rakan melihat peluang yang ada di sekitar

mereka. Item fiv2 (M= 3.89, SP= 0.62), responden menyatakan persepsi setuju bahawa

mereka sentiasa membantu pelbagai pihak untuk bekerjasama mencapai satu matlamat

yang dipersetujui bersama.

Manakala item fvii1 (M= 3.97, SP 0.64), responden menyatakan persepsi setuju

bahawa mereka akan sentiasa meluangkan masa untuk mendengarkan masalah orang lain.

Item fvii2 (M= 3.73, SP= 0.82), responden menyatakan persepsi setuju bahawa mereka

selalu menjadi tempat bagi rakan-rakan untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

Item fvii3 (M= 4.17, SP= 0.63), responden menyatakan persepsi setuju bahawa perasaan

mereka cepat terusik apabila melihat kesusahan yang dialami orang lain.

Item fvii4 (M= 4.23, SP= 0.56), responden menyatakan persepsi sangat setuju bahawa

mereka merasa bangga melihat kejayaan yang dicapai oleh rakan mereka. Item fvii5 (M=

4.30, SP= 0.50), responden menyatakan persepsi sangat setuju bahawa mereka sedih

apabila mendapat tahu orang lain teraniaya dan item fvii6 (M= 4.28, SP= 0.61),

responden menyatakan persepsi sangat setuju bahawa meraka tidak anggup melihat orang

menderita.

51

Page 52: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Enam dari 21 item didapati mempunyai skor yang sangat tinggi, manakala 15

item yang lainnya memperolehi skor pada tahap tingggi. Ini menunjukkan bahawa

domain empati juga merupakan salah satu domain kecerdasan emosi yang mempunyai

posisi penting dikalangan guru-guru yang dikaji.

JADUAL 4.6 Analisis Min dan Sisihan Piawai Bagi Item Domain Empati

Domain EQ Min Sisihan Piawai

1. Saya sedih apabila mendapat tahu orang lain 4.30 0.50teraniaya (fvii5)

2. Saya tidak sanggup melihat orang lain 4.28 0.61menderita (fvii6)

3. Saya sentiasa memberi ucapan tahniah 4.25 0.58kepada rakan-rakan yang berjaya (fii6)

4. Saya sentiasa memastikan perkhidmatan 4.24 0.55yang saya berikan kepada orang lain memuaskan(fiii1)

5. Saya bangga melihat kejayaan yang dicapai 4.23 0.56oleh rakan saya (fvii4)

6. Setiap individu harus dibantu untuk berjaya 4.22 0.69(fii1)

7. Perasaan saya cepat terusik apabila melihat 4.17 0.63Kesusahan yang dialami orang lain (fvii3)

8. Saya menerima kritikan orang lain sebagai 4.15 0.53sebagai cara untuk memperbaiki perkhidmatanyang saya berikan (fiii4)

9. Saya sentiasa bertanya kepada orang lain 4.12 0. 52tentang keperluan mereka sebelum menghulurkan bantuan (fiii3)

52

Page 53: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

10. Saya akan membantu rakan-rakan untuk 4.08 0.59memperbaiki diri mereka (fii2)

11. Saya akan menggunakan pelbagai kaedah baru 4.07 0.64untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik(fiii5)

12. Saya dapat merasakan kesusahan orang lain 4.05 0.70(fi1)

13. Saya akan membimbing rakan-rakan 4.02 0.62menjalankan tugas (fii5)

14. Saya akan membantu orang lain belajar 4.01 0.61menyelesaikan masalah mereka (fii3)

15. Saya dapat merasakan kesedihan orang lain 3.99 0.62(fi4)

16. Saya sentiasa meluangkan masa untuk 3.97 0.64mendengar masalah orang lain (fvii1)

17. Saya akan membantu semua rakan-rakan untuk 3.91 0.66memajukan diri dalam kerjaya (fii4)

18. Saya sentiasa membantu pelbagai pihak 3.89 0.62untuk bekerjasama mencapai matlamat yangdipersetujui bersama (fiv2)

19. Saya sentiasa membantu rakan-rakan melihat 3.80 0.67peluang yang ada di sekitar mereka (fiv1)

20. Saya selalu menjadi tempat rakan-rakan 3.73 0.82meluahkan perasaan tidak puas hati mereka(fvii2)

21. Saya tahu apabila orang cuba menyembunyikan 3.72 0.76perasaannya (fi5)

53

Page 54: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

4.3.4 Domain Motivasi Kendiri

Domain motivasi kendiri (self motivation) juga merupakan salah satu konstruk yang

diukur melalui item bahagian D (di1, di2, di6, dii2, dii3, dii4, dii5, dii6, dii7, diii2, diii5,

div1, div2, div6, dv1, dv2 dan dv3) dalam instrumen kecerdasan emosi (EQ).

Statistik deskriptif didapati bagi domain motivasi kendiri ialah, min responden

dalam menyatakan persepsi mereka terbagi dalam tiga tahap iaitu sangat setuju, setuju

dan tidak pasti. Ini dapat dilihat dari skor min yang dan sisihan piawai bagi setiap item

yang mewakili domain tersebut. Item di1 (M= 3.76, SP= 0.80), responden menyatakan

persepsi setuju bahawa mereka suka kepada perkara yang mencabar. Item di2 (M= 3.75,

SP= 0.77), responden menyatakan persepsi setuju bahawa mereka sanggup bekerja keras

walaupun diberikan tugas yang sukar. Item di6 (M= 4.11, SP 0.55), responden

menyatakan persepsi setuju bahawa mereka sentiasa bekerja keras untuk memastikan

hasil tugasan di tahap cemerlang.

Item dii2 pula (M= 4.16, SP= 0.56), responden menyatakan persepsi setuju

bahawa mereka sentiasa menyiapkan tugasan hingga selesai. Item dii3 (M= 4.09, SP =

0.65), responden menyatakan persepsi setuju bahawa mereka menjadikan matlamat

kerjaya sebagai bahagian dari matlamat peribadi. Item dii4 (M= 4.22, SP= 0.64),

responden menyatakan persepsi sangat setuju bahawa mereka bertanggungjawab untuk

menyiapkan semua tugasan yang diberikan.

Item dii5 (M= 4.23, 0.57), responden menyatakan persepsi sangat setuju bahawa mereka

harus menyiapkan semua kerja hingga sempurna. Item dii6 (M= 3,85, SP= 0.77),

responden menyatakan persepsi setuju bahawa mereka sentiasa bersedia untuk menerima

sebarang tugas. Item dii7 (M= 4.08, SP= 0.55), responden menyatakan persepsi setuju

bahawa mereka akan membuat keputusan yang selari dengan matlamat organisasi semasa

bertugas. Item diii2 pula (M= 3.65, SP = 0.77), responden menyatakan persepsi setuju

bahawa mereka sentiasa merebut peluang-peluang yang ada dalam kerjaya. Item diii5

(M= 3.07, SP= 1.01), responden menyatakan persepsi tidak pasti bahawa mereka sentiasa

melihat tugasan kerja sebagai satu cara untuk kenaikan pangkat.

54

Page 55: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Item div1 pula (M= 3.78, SP= 0.76), responden menyatakan persepsi setuju bahawa

mereka boleh menyiapkan sebarang tugas walaupun terdapat banyak halangan. Item div2

(M= 4.02, SP= 0.70), responden menyatakan persepsi setuju bahawa mereka sentiasa

tabah dalam mengejar cita-cita. Item div6 (M= 4.46, SP= 0.54), responden menyatak

persepsi sangat setuju bahawa mereka akan berjaya dalam kerjayanya jika berusaha

bersungguh-sungguh.

Manakala Item dv1 (M= 3.97, SP 0.79), responden menyatakan persepsi setuju

bahawa setiap kerja yang mereka lakukan datang daripada minat mereka sendiri. Item

dv2 (M= 4.25, SP 0.59), responden menyatakan persepsi sangat setuju bahawa minat

mendorong mereka untuk berusaha hingga berjaya dalam kerjaya dan item dv3 (M= 4,05,

SP= 0.62), responden menyatak persepsi setuju bahawa mereka sanggup menghadapi

pelbagai cabaran bagi menyelaesaikan tugas yang mereka minati.

JADUAL 4.7 Analisis Min dan Sisihan Piawai Bagi Item Domain Motivasi Kendiri

Domain EQ Min Sisihan Piawai

1. Saya suka kepada perkara-perkara yang mencabar 3.76 0.80

2. Saya sanggup bekerja keras walaupun diberikan 3.75 0.77Tugas yang sukar

3. Saya sentiasa bekerja keras untuk memastikan 4.11 0.55hasil tugasan di tahap cemerlag

4. Saya sentiasa menyiapkan tugas sehingga selesai 4.16 0.56

5. Saya menjadikan matlamat kerjaya sebagai 4.09 0.65sebahagian dari matlamat peribadi

6. Saya bertanggungjawab untuk menyiapkan 4.21 0.64semua tugas yang diberikan

7. Saya harus menyiapkan semua kerja sehingga 4.23 0.57sempurna

55

Page 56: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

8. Saya sentiasa bersedia untuk menerima sebarang 3.45 0.77tugas

9. Saya membuat keputusan yang selari dengan 4.09 0.55matlamat organisasi semasa bertugas

10. Saya sentiasa merebut peluang-peluang yang ada 3.07 0.77dalam kerjaya

11. Saya sentiasa melihat tugasan kerja sebagai 3.07 1.02satu cara untuk kenaikan pangkat

12. Saya boleh menyiapkan sebarang tugas walaupun 3.79 0.76terdapat banyak halangan

13. Saya sentiasa tabah dalam mengejar cita-cita 4.02 0.70

14. Saya akan berjaya dalam kerjaya jika berusaha 4.46 0.54bersungguh-sungguh

15. Setiap yang saya lakukan datang daripada minat 3.97 0.78saya sendiri

16. Minat mendorong saya untuk berusaha sehingga 4.25 0.59berjaya dalam kerjaya

17. Saya sanggup menghadapi pelbagai cabaran 4.06 0.62bagi menyelesaikan tugas yang saya minati

4.3.5 Kesedaran Kendiri

Domain kesedaran kendiri (self awareness)juga merupakan salah satu konstruk yang

diukur dalam kajian ini, melalui item-item yang terdapat pada bahagian A (ai, aii, aiii dan

aiv) dalam instrumen kecerdasan emosi. Bahagian ai terdiri dari tujuh item iaitu (ai1,

ai2,ai3, ai4, ai5, ai7 dan ai8). Aii pula terdiri dari tiga item (aii2, aii4, aii5). Sedangkan

aiii terdiri dari lapan item (aiii1, aiii2, aiii5, aiii6, aiii7, aiii8 dan aiii9). Manakala aiv pula

terdiri dari enam item iaitu (aiv1, aiv3, aiv4, aiv5, aiv6 dan aiv 7).

56

Page 57: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Hasil analisis statistik deskriptif menunjukkan bahawa secara umumnya

responden menyatakan persepsi pada tahap setuju, dengan skor min (M= 3.47, SP= 0.97

sampai M= 4.18, SP= 0.65), tiga item responden menyatakan persepsi pada tahap sangat

setuju dengan skor min (M= 4.20, SP= 0.62 sampai M= 4.37, SP= 0.60. serta satu item

sahaja responden menyatakan persepsi pada tahap tidak pasti dengan skor min (M= 3.19,

SP= 1.04). Skor min ini menunjukan bahawa secara umumnya responden memberikan

respon pada tahap setuju. Ini juga menunjukkan bahawa domain kesedaran kendiri masih

lagi berada pada posisi yang penting dalam kacerdasan emosi berdasarkan persepsi

peserta kajian yang terlibat dalam kajian ini. Untuk mengetahui nilai min (M) dan sisihan

piawai (SP) untuk setiap item sila rujuk jadual 4.3.5 di bawah ini.

JADUAL 4.8 Analisis Min dan Sisihan Piawai Bagi Item Domain Kesedaran Kendiri

Domain EQ Min Sisihan Piawai

1. Saya sedar bila saya akan mula jadi marah 4.12 0.752. Saya sedar apabila sesuatu perkara/ situasi boleh 4.08 0.64

Membawa kesan negatif kepada perasaan saya

3. Saya tahu apabila saya mengalami perubahan 4.05 0.68emosi atau perasaan

4. Saya boleh memaafkan diri sendiri setelah 3.76 0.81melakukan kesilapan

5. Kesilapan yang saya lakukan tidak memberi kesan yang berpanjangan terhadap perasaan saya 3.19 1.04

6. Saya sedar apa yang berlaku ke atas diri saya 4.11 0.61

7. Saya boleh menyatakan perasaan negatif 3.47 0.97(marah, kecewa, cemburu dll) tanpa rasatertekan

8. Saya boleh menceritakan dengan tepat apa 3.72 0.79yang saya alami kepada orang lain

9. saya akan berasa puas hati apabila mengetahui 4.30 0.68kekuatan diri sendiri

57

Page 58: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

10. Saya akan berasa puas hati apabila mengetahui 3.99 0.81kelemahan saya sendiri

11. Saya mampu membuat rakan-rakan saya gembira 3.80 0.68

12. Saya boleh membuat orang lain mengikut arahan 3.49 0.71saya

13. Saya mampu menyedarkan diri sendiri apabila 3.95 0.58mengalami kesulitan atau masalah

14 Saya boleh membuang perangai buruk setelah 3.80 0.73menyedari saya ada perangai tersebut

15. Saya mampu membina tingkahlaku baru 3.79 0.66yang lebih berkesan

16. Saya boleh menyiapkan tugas yang diberi 3.81 0.72kepada saya dengan sempurna

17. Saya yakin bahawa pandangan saya boleh 3.59 0.71diterima orang lain

18. Saya boleh bercakap dikhalayak ramai 3.46 0.97tanpa berasa gemetar

19. Saya dapat mengenalpasti sebarang perubahan 418 0.65fisiologikal (muka merah, degupan jantung menjadi laju, dahi berpeluh dll) yang berlaku dalam diri saya

20. Saya boleh mengaitkan tingkahlaku dengan 4.11 0.66perasaan saya

21. Saya boleh merasakan perubahan tingkahlaku 4.13 0.61saya apbila dirangsang oleh sesuatu perkara

22. Saya tahu deria (mata, telinga, kulit, hidung) 4.08 0.61mana yang saya gunakan apabila menilai sesuatu

23. Saya dapat merasakan perubahan air muka- 4.20 0.62saya apabila dimarahi (contoh: muka merah,dahi berkedut, muka masam)

58

Page 59: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

24. Saya dapat rasakan degupan jantung saya 4.38 0.60bertambah laju apabila berhadapan dengansituasi yang mencemaskan

4.3.6 Domain Regulasi Kendiri

Domain regulasi kendiri (self regulation) juga merupakan salah satu konstruk yang

diukur dalam kajian ini melalui item-item bahagian C (ci, cii, ciii, civ dan cv) dalam

instrumen kecerdasan emosi. Konstruk bahagian ci terdiri dari tujuh item (ci2, ci3, ci4,

ci5, ci6, ci7 dan ci8). Cii pula terdiri dari tiga item (cii2, cii4, cii5). Ciii terdiri dari enam

item (ciii1, ciii2, ciii4, ciii5, ciii6, ciii7). Sedangkan civ pula terdiri dari dua item (civ4

dan civ5). Manakala cv pula terdiri dari empat item (cv1, cv2, cv4 dan cv6).

Secara umumnya statistik deskriptif juga menunjukkan bahawa responden

menyatakan persepsi pada tahap tinggi bagi domain ini, dengan skor min (m= 4.41, SP=

0.53 sampai M= 3.41, SP= 0.87). Nilai min ini sedikit lebih rendah daripada min skor

domain kesedaran kendiri. Tiga item, responden menyatakan persepsi sangat setuju (ciii1

M= 4.42, SP= 0.53, ciii2 M= 4.36, SP= 0.68 dan ciii7 M= 4.21, SP= 0.62). Manakala

tiga item pula responden menyatakan persepsi tidak pasti (ci7 M= 2.99, SP = 1.03, ci8

M= 3.32, SP= 0.93 dan civ3 M= 3.29, SP= 0.93).

Namun demikian nilai ini masih lagi menunjukkan bahawa domain regulasi masih wujud

sebagai salah satu domain kecerdasan emosi berdasarkan persepsi guru-guru yang dikaji.

Untuk mengetahui skor min (M) dan sisihan piawai (SP) untuk setiap domain regulasi

kendiri sila rujuk jadual 4.3.5 berikut.

59

Page 60: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

JADUAL 4.9 Analisis Min dan Sisihan Piawai Bagi Item Domain Regulasi Kendiri

Domain EQ Min Sisihan Piawai

1. Saya mampu bertindak dengan tenang 3.42 0.83walaupun saya sedang marah

2. Saya mampu bertenang walaupun orang 3.41 0.87lain marahi saya

3. Saya mampu mengawal perasaan walaupun 3.55 0.82orang lain marah kepada saya

4. Saya sentiasa tenang walaupun dalam keadaan 3.27 0.89tertekan

5. Saya boleh tenangkan diri dengan cepat apabila 3.43 0.89dalam keadaan marah

6. Saya tidak akan tersinggung apabila orang lain 2.99 1.03mengata saya

7. Saya tidak kecil hati apabila hasil kerja yang 3.32 0.93yang saya lakukan dikritik

8. Saya sentiasa berprasangka baik terhadap 3.96 0.69orang yang baru saya kenali

9. Saya akan sentiasa menepati waktu 4.01 0.72

10. Saya boleh membuat orang lain percayakan 4.01 0.65saya

11. Saya berasa bertanggungjawab melaksanakan 4.42 0.53arahan dari pihak atasan

12. Saya berasa bersalah sekiranya tugasan yang 4.36 0.68yang diamanahkan tidak dapat diselesaikandengan sempurna

13. Saya boleh menjalankan tugas dengan baik 4.11 0.68tanpa diselia

60

Page 61: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

14. Saya sentiasa menjalankan setiap tugas 4.19 0.69sehingga selesai

15. Saya sentiasa meneliti semua tugas yang 4.14 0.63saya lakukan

16. Saya sentiasa memastikan bahawa setiap 4.21 0.62hasil kerja saya adalah sempurna

17. Saya boleh menyesuaikan pandangan saya 3.86 0.57dengan keadaan lain

18. Saya boleh menyesuaikan pandangan saya 3.98 0.60mengikut keperluan semasa

19. Saya suka menggunakan teknologi terkini 3.86 0.84apabila menjalankan tugas

20. Saya suka mencuba cara-cara baru dalam 3.87 0.74melaksnakan tugasan harian

21. Saya suka mencari idea baru bagi menyelesaikan 4.02 0.68sesuatu tugas

4.3.7 Kemahiran Sosial

Satu lagi konstruk yang diukur dalam kajian ini adalah kemahiran sosial (social skill),

konstruk ini diukur melalui item-item bahagian G (gi, gii, giii, giv, gv, gvi dan gvii)

dalam insrumen kecerdasan emosi (EQ). Gi terdiri dari empat item (gi1, gi2, gi3 dan

gi4). Gii pula terdiri dari dua iten (gii1 dan gii5). Giii terdiri dari tiga item (giii3, giii4

dan giii7).

Giv terdiri dari tiga item (giv1, giv3 dan giv6). Gv terdiri dari lima item ( gv1, gv3, gv4,

gv5 dan gv6). Sedangkan gvi terdiri dari tiga item (gvi2, gvi4 dan gvi6). Manakala gvii

pula terdiri dari tiga item juga (gvii1, gvii4 dan gvii5).

61

Page 62: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Analisis statistik deskriptif menunjukkan, nilai min (M) dan sisihan piawai (SP)

bagi item-item yang mengukur konstruk kemahirn sosial dikalangan guru-guru yang

terlibat dalam kajian ini. Daripada 23 item yang mengukur konstruk tersebut, lima item

responden menyatakan persepsi tidak pasti. Item-item tersebut ialah item gi1 (M= 3.14,

SP= 0.69) yang menyatakan bahawa responden mudah mengubah pandangan orang lain,

item gi2 (M= 3.19, SP= 0.72) yang menyatakan bahawa responden boleh membuat orang

lain berfikir seperti dirinya, item gii1 (M= 2.93, SP= 0.86) yang menyatakan bahawa

responden selalu diminta untuk menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku ditempat

kerja, item giv1 (M= 2.89, SP= 0.98) yang menyatakan bahawa responden sentiasa

mencuba memulakan sesuatu yang baru dan item giv2 (M= 3.14, SP= 0.97) yang

menyatakan bahawa responden akan membantu rakan-rakan menjana perubahan yang

sama dengan mereka.

Manakala 18 item yang lainnya responden menyatakan persepsi setuju, dengan

skor min (M= 4.18, SP= 0.53 sampai M= 3.36, SP= 0.69). Dapatan ini menunjukkan

bahawa secara umumnya responden menyatakan persepsi bersetuju terhadap item-item

yangm mengukur konstruk kemahiran sosial ini. Walaubagaimanapun, skor min pada

bahagian konstruk ini merupakan skor yang paling rendah berbanding dengan skor min

enam konstruk-konstruk yang lainnya (Kerohanian, kematangan, empati, motivasi

kendiri, kesedaran kendiri dan regulasi kendiri). Ini menunjukkan bahawa guru-guru yang

terlibat dalam kajian ini kurang mengamalkan kemahiran sosial di tempat kerja mereka.

Untuk melihat skor min (M) dan sisihan piawai bagi setiap item, sila rujuk jadual 4.3.7

berikut.

JADUAL 4.10 Analisis Min dan Sisihan Piawai Bagi Item Domain Kemahiran Sosial

Domain EQ Min Sisihan Piawai

1. Saya mudah mengubah pandangan orang lain 3.14 0.69

2. Saya boleh membuat orang lain berfikir seperti 3.18 0.72saya

62

Page 63: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

3. Saya mampu membuat orang lain menerima 3.37 0.69keputusan saya

4. Saya mampu membantu rakan-rakan yang 3.36 0.69mempunyai pandangan berbeza membuatkeputusan yang sama

5. Saya selalu diminta untuk menyelesaikan 2.93 0.86pertelingkahan yang berlaku di tempat kerja

6. Orang lain harus mengikut keputusan saya 3.58 0.83

7. Saya boleh membimbing orang lain 3.48 0.75menyelesaikan tugas mereka

8. Saya sentiasa memberikan sokongan moral 4.05 0.62kepada orang lain

9. Saya akan mencari kaedah yang terbaik 3.91 0.61untuk membantu rakan-rakan mnyelesaikan sesuatu tugas yang sukar

10. Saya sentiasa cuba memulakan sesuatu 3.70 0.77yang baru

11. Saya tahu apa yang perlu diubah untuk 3.82 0.69meningkatkan produktiviti

12. Saya tidak melihat masalah sebagai satu 3.96 0.65halangan untuk berubah

13. Saya akan menganjurkan majelis sosial 2.89 0.98(contoh: jamuan minum, makan bersamadll) untuk memperkenalkan rakan sejawatyang baru

14. Saya selalu menjemput rakan-rakan rapat 3.14 0.97makan tengah hari bersama saya

15. Saya suka memperkenalkan rakan baru 3.61 0.84kepada orang lain

16. Saya sentiasa mengajak rakan-rakan untuk 3.70 0.73melakukan sesuatu tugas bersama-sama

17 Semua rakan setugas rapat dengan saya 3.60 0.79

63

Page 64: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

18. Saya boleh memberikan tumpuan sepenuhnya 3.91 0.62terhadap tugas yang diberikan apabila dimintabekerja dengan orang lain

19. saya sentiasa berkongsi maklumat dengan rakan 4.13 0.48setugas apabila bekerja bersama-sama

20. Saya sentiasa cuba membina suasana kerja yang 4.17 0.57ceria agar semua rakan dapat bekerja dengan selesa

21. Saya sentiasa dapat mewujudkan semangat 3.88 0.63bekerjasama antara rakan setugas

22. Saya sentiasa menggalakkan rakan-rakan 4.18 0.55untuk terus bekerja bersama-sama bagi mencapaimatlamat yang ditetapkan.

23. Saya bersedia membantu setiap ahli kumpulan 4.18 0.53kerja saya

4.4 PROFIL KECERDASAN EMOSI

4.4.1 Profil Kecerdasan Emosi (EQ) Guru-guru Zon TengahSemenanjung Malaysia

Persoalan kajian pertama, Rajah 4.1 menunjukkan profil kecerdasan emosi guru-guru

sekolah menengah Zon Tengah Semenanjung Malaysia. Dari analisis statistik yang

dijalankan, graf yang diperolehi ialah, mereka mempunyai skor min yang tinggi pada

domain kerohanian (M=94.01) dan kematangan (M=91.29), dan mempunyai skor min

terendah pada domain kemahiran sosial (M=72.89). Ini menunjukkan bahawa domain

kerohanian dan kematangan, merupakan domain penting dalam meningkatkan kecerdasan

emosi guru-guru sekolah menengah di kawasan tersebut. Skor min yang rendah pada

domain kemahiran sosial memberikan gambaran, bahawa guru-guru berkenaan kurang

menggunakan kemahiran sosial mereka dalam meningkatkan kecerdasan emosinya. Profil

ini dibina berdasarkan mean peratus daripada skor mentah yang didapatkan daripada

peserta kajian.

64

Page 65: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

RAJAH 4.1 Profil EQ Guru SM Zon Tengah

4.4.2 Profil kecerdasan emosi (EQ) guru-guru sekolah menengah mengikut negeri

Untuk persoalan kajian kedua pula, iaitu profil kecerdasan emosi bagi guru-guru

mengikut negeri (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor). Profil yang

diperolehi adalah, secara umumnya graf yang didapati ialah tertinggi pada domain

kerohanian dan kematangan, dan terendah pada domain kemahiran sosial. Ini juga

menunjukkan bahawa domain kerohanian dan kematangan merupakan domain penting

dalam kecerdasan emosi (EQ) guru-guru sekolah menengah Zon Tengah Semenanjung

Malaysia. Dapatan ini juga memberi gambaran bahawa domain kerohanian dan

kematangan sangat mempengaruhi mereka dalam membina satu kestabilan emosi. Skor

min yang rendah pada domain kemahiran sosial, menunjukkan bahawa guru-guru yang

berkhidmat di kawasan berkenaan kurang menggunakan kemahiran sosial mereka dalam

meningkatkan kecerdasan emosi di sekolah (rujuk rajah 4.2).

65

Page 66: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

4.4.2.1 Profil EQ Guru Negeri Perak

Rajah 4.2 adalah menunjukkan graf profil kecerdsan emosi (EQ) bagi guru-guru sekolah

menengah di negeri Perak, didapati bahawa; mereka mempunyai skor min yang tinggi

pada domain kerohanian (M=91.39) dan kematangan (M=90.69), serta mempunyai skor

min yang rendah pada domain kemahiran sosial (M=72.74). Ini menunjukkan bahawa

domain kerohanian dan kematangan merupakan domain penting dalam membentuk

kecerdasan emosi guru-guru berkenaan. Skor min yang rendah pada domain kemahiran

sosial memberikan implikasi bahawa kemungkinan guru-guru di negeri ini kurang

menggunakan kemahiran sosial mereka dalam meningkatkan kestabilan emosi.

RAJAH 4.2 Profil EQ guru SM negeri Perak

4.4.2.2 Profil EQ Negeri selangor

Rajah 4.3 menunjukkan graf profil kecerdasan emosi (EQ) guru-guru sekolah menengah

yang berkhidmat di negeri Selangor. Dapatan statitik menunjukkan bahawa mereka

66

Page 67: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

mempunyai skor min yang tinggi pada domain kerohanian (M=97.09) dan kematangan

(M=92.82). Bagaimanapun, skor min bagi kedua-dua domain ini sidikit lebih tinggi

daripada guru di negeri Perak. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa domain kerohanian

dan kematangan, merupakan domain yang amat penting dan sangat membantu mereka

dalam membentuk kestabilan emosi di sekolah. Skor min yang rendah pada domain

kemahiran sosial (M=73.91) juga menunjukkan bahawa guru-guru di negeri ini kurang

menggunakan kemahiran sosial mereka dalam meningkatkan kecerdasan emosinya.

RAJAH 4.3 Profil EQ guru SM negeri Selangor

4.4.2.3 Profil EQ Negeri Sembilan

Rajah 4.4 menunjukkan graf profil kecerdasan emosi guru-guru sekolah menengah yang

berkhidmat di negeri Sembilan. Graf profil yang dipeolehi ialah, mereka mempunyai skor

min yang tinggi pada domain kerohanian (M=93.70) dan kematangan (M=92.02), serta

memperolehi skor min yang paling rendah pada domain kemahiran sosial (M=72.39).

Garaf ini juga menggambarkan bahawa domain kerohanian dan kematangan merupakan

domain penting dalam meningkatkan kecerdasan guru-guru di negeri tersebut. Sedangkan

67

Page 68: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

skor min yang rendah pada domain kemahiran sosial menunjukkan, guru-guru berkenaan

kurang menggunakan domain ini berbanding dengan domain-domain yang lain.

RAJAH 4.4 Profil EQ guru SM negeri Sembilan

4.4.2.4 Profil EQ Negeri Melaka

Rajah 4.5 menunjukkan graf profil kecerdasan emosi (EQ) bagi guru-guru yang

berkhidmat di negeri Melaka. Graf profil yang diperolehi ialah, mereka mempunnyai skor

min yang tinggi pada domain kerohanian (M=94.42) dan kematangan (M=91.93), serta

mempunyai skor min yang rendah pada domain kemahiran sosial (M=73.68). Ini juga

menunnjukkan bahawa guru-guru di negeri berkenaan sangat mengambil berat kedua-dua

domain ini dalam membina kestabilan emosi mereka. Nilai skor min yang rendah pada

domain kemahiran sosial juga memberikan gambaran, kurangnya domain ini digunakan

berbanding dengan domain-domain yang lain.

68

Page 69: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

RAJAH 4.5 Profil EQ guru SM negeri Melaka

4.4.2.5 Profil EQ Negeri Johor

Rajah 4.6 menunjukkan graf profil kecerdasan emosi (EQ) bagi guru-guru yang

berkhidmat di negeri Johor. Graf profil menunjukkan bahawa guru-guru berkenaan juga

mempunyai skor min yang tinggi pada domain kerohanian (M=94.42) dan kematangan

(M=89.77), serta mempunyai skor min yang rendah pada domain kemahiran sosial

(M=72.35). Nilai ini menunjukkan implikasi yang lebih kurang sama dengan negeri-

negeri sebelumnya, iaitu domain kerohanian dan kematangan merupakan domain penting

bagi mereka dalam membina kestabilan emosi di sekolah. Nilai skor min yang rendah

pada domain kemahiran sosial juga menunjukkan, kurangnya guru menggunakan domain

tersebut dalam meningkatkan kecerdasan emosi mereka.

69

Page 70: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

RAJAH 4.6 Profil EQ guru SM negeri Johor

4.4.3 Perbezaan profil kecerdasan emosi (EQ) guru-guru sekolah menengah Zon Tengah Semenanjung Malaysia dengan profil kecerdasan emosi (EQ) guru-guru sekolah menengah di Malaysia

Rajah 4.7 menunjukkan perbezaan profil kecerdasan emosi (EQ), guru-guru sekolah

menengah Zon Tengah Semenanjung Malaysia dengan profil kecerdasan emosi (EQ)

guru-guru sekolah menengah secara keseluruhan di Malaysia. Analisis statistik

menunjukkan, tidak terdapat perbezaan antara profil kecerdasan emosi (EQ) guru-guru

Sekolah Menengah Zon Tengah Semenanjung Malaysia (Perak, selangor, negeri

Sembilan, Melaka dan Johor) dengan profil kecerdasan emosi (EQ) guru-guru sekolah

menengah secara keseluruhan di Malaysia. Kedua-dua kumpulan guru berkenaan

mempunyai skor yang lebih kurang sama, iaitu mereka mempunayi skor min yang tinggi

pada domain kerohanian (M=95.05 bagi guru SM secara keseluruhan, M=94.01 bagi guru

SM Zon Tengah) dan kematangan (M=92.32 bagi guru SM secara keseluruhan, M=91.29

bagi guru SM Zon tengah). Dapatan kajian juga menunjukkan skor min yang rendah pada

domain regulasi kendiri dan kemahiran sosial.

70

Page 71: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Bagaimanapun skor min pada domain regulasi kendiri (M=68.81) dan kemahiran sosial

(M=70.40) bagi guru-guru secara keseluruhan, sedikit lebih rendah berbanding skor min

regulasi kendiri (M=76.11) dan kemahiran sosial (M=72.89) bagi guru-guru sekolah

menengah Zon Tengah Semenanjung Malaysia.

Dapatan ini menunjukkan bahawa, domain kerohanian dan kematangan

merupakan domain penting bagi kedua-dua kumpulan guru yang dikaji. Boleh juga

dikatakan, kedua-dua domain ini (kerohanian dan kematangan) banyak mempengaruhi

mereka dalam meningkatkan kecerdasan emosinya. Skor min yang rendah pada domain

kemahiran sosial memberikan gambaran, kurangnya guru-guru berkenaan menggunakan

domain tersebut dalam meningkatkan kecerdasan emosi mereka.

RAJAH 4.7 Profil EQ guru SM Zon Tengah dengan EQ guru SM Malaysia

4.4.4 Perbezaan profil kecerdasan emosi (EQ) di kalangan guru-guru sekolah menengah mengikut jantina

Sedangkan untuk persolan kajian keempat pula, perbandingan profil kecerdasan emosi

(EQ) berdasarkan jantina. Didapati bahawa tidak terdapat perbezaan profil yang ketara

diantara kumpulan guru-guru lelaki dengan kumpulan guru-guru perempuan.

71

Page 72: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Kedua-dua kumpulan tersebut mempunyai skor tertinggi pada domain kerohanian dan

kematangan. Dapatan kajian juga menunjukkan skor terendah pada demain kemahiran

sosial (M=74.49 bagi guru lelaki, M=72.03 bagi guru perempuan). Namun demikian

didapati bahawa skor kerohanian bagi kumpulan guru perempuan (M=94.62) sedikit lebih

tinggi daripada skor kerohanian bagi kumpulan guru-guru lelaki (M=93.11), sebaliknya

skor min kematangan bagi guru lelaki ((M=92.47) sedikit lebih tinggi berbanding guru-

guru perempuan (M=90.94). Ini menunjukkan bahawa, kecerdasan emosi (EQ) kedua-dua

umpulan guru berkenaan banyak dipengaruhi oleh domain kerohanian dan kematangan.

Sebaliknya, skor min yang rendah pada domain kemahiran sosial menunjukkan,

kurangnya guru-guru berkenaan menggunakan domain ini dalam meningkatkan

kecerdasan emosi mereka.

Untuk melihat perbezaan profil secara lebih jelas, pengkaji telah membuatkan

perbandingan profil secara berasingan diantara guru-guru lelaki dengan guru-guru

perempuan. Ini sangat membantu sekali dalam membuat penafsiran bagi kedua-dua

kumpulan yang dikaji. Kumpulan yang memperolehi skor yang lebih tinggi ataupun lebih

rendah, akan menghasilkan graf profil yang berbeza dengan graf profil pembanding

(guru-guru sekolah menengah secara keseluruhan). Data untuk graf pembanding telah

diambil dari laporan kajian kecerdasan emosi (EQ) yang dijalankan oleh Noriah Mohd.

Ishak et al (2003). Sila rujuk rajah 4.8 dan rajah 4.9

72

Page 73: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

RAJAH 4.8 Profil EQ guru SM Lelaki dan EQ guru SM Malaysia

Rajah 4.8 menunjukkan perbandingan profil kecerdasan emosi (EQ) guru-guru

sekolah menengah lelaki dengan graf profil kecerdasan emosi (EQ) guru sekolah

menengah secara keseluruhan. Dari analisis yang dijalankan, graf yang didapatkan

adalah lebih kurang sama, iaitu guru-guru lelaki mempunyai skor min yang tinggi pada

domain kerohanian (M=93.11) dan kematangan (M=92.47) serta terendah pada domain

kemahiran sosial (M=74.49). Bagaimanapun skor min kerohanian yang diperolehi oleh

guru-guru lelaki sedikit lebih rendah berbanding dengan skor min guru-guru secara

keseluruhan (M=95.05). Sebaliknya skor min kemahiran sosial bagi guru lelaki

(M=74.49) sedikit lebih tinggi berbanding dengan skor min guru-guru secara keseluruhan

(M=70.40).

73

Page 74: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

RAJAH 4.9 Profil EQ guru SM perempuan dan EQ guru SM Malaysia

Rajah 4.9 menunjukkan perbandingan profil kecerdasan emosi (EQ) guru-guru

sekolah menengah perempuan dengan profil kecerdasan emosi (EQ) guru-guru secara

keseluruhan. Graf yang diperolehi juga lebih kurang sama, iaitu guru-guru perempuan

mempunyai skor yang tinggi pada domain kerohanian (M= 94.62) dan kematangan

(M=90.94), serta mempunyai skor min yang rendah pada domain kemahiran sosial (M=

72.03). Bagaimanapun skor min kerohanian dan kematangan yang diperolehi, sedikit

lebih rendah berbanding dengan skor min kerohanian (M=95.05) dan kematangan

(M=92.32) bagi guru-guru secara keseluruhan. Sebaliknya skor min kemahiran sosial

bagi guru perempuan sedikit lebih tinggi berbading skor min kemahiran sosial (M=70.40)

bagi guru-guru secara keseluruhan.

4.4.5 Perbezaan profil kecerdasan emosi (EQ) dikalangan guru-guru sekolah menengah mengikut umur

Manakala bagi persoalan kajian kelima pula, ialah perbezaan profil kecerdasan emosi

(EQ) dikalangan guru-guru yang dikaji berdasarkan umur, didapati bahawa tidak terdapat

perbezaan profil kecerdasan emosi (EQ) di kalangan guru-guru yang berlainan peringkat

umur.

74

Page 75: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Graf profil menunjukan, guru-guru yang mempunyai umur yang lebih muda mempunyai

graf profil yang lebih kurang sama dengan graf profil guru-guru yang lebih tua. Ketiga-

tiga kumpulan umur yang dikaji mempunyai graf yang lebih kurang sama dengan graf

pembanding (guru-guru secara keseluruhan). Graf profil yang diperolehi adalah skor

tertinggi pada domain kerohanian dan kematangan, dan skor terendah pada domain

kemahiran sosial. Dapatan ini menunjukkan bahawa domain kerohanian dan kematangan,

merupakan domain penting bagi guru dari ketiga-tiga kumpulan yang dikaji. Skor min

yang rendah pada domain kemahiran sosial memberikan gambaran, bahawa guru-guru

dari ketiga-tiga kumpulan yang dikaji kurang menggunakan kemahiran sosial mereka

dalam meningkatkan kecerdasan emosinya.

Untuk mengetahui bentuk graf profil secara jelas, dibawah ini pengkaji telah

membuatkan perbandingan graf profil bagi setiap peringkat umur dengan graf profil

guru-guru secara keseluruhan (sila rujuk rajah 4.10, 4.11 dan 4.12).

RAJAH 4.10 Profil EQ guru SM umur kategori I dengan EQ guru SM Malaysia

Rajah 4.10 menunjukkan perbandingan graf profil kecerdasan emosi (EQ) guru-

guru berdasarkan umur kategori I dengan profil kecerdasan emosi (EQ) guru-guru secara

keseluruhan.

75

Page 76: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Skor min yang diperolehi ialah, tertinggi pada domai kerohanian (M=94.51) dan

kematangan (M=91.20), serta terendah pada domain kemahiran sosial (M=71.28).

Bagaimanapun skor min kerohanian dan kematangan bagi guru-guru berdasarkan umur

kategori I sedikit lebih rendah berbanding dengan skor min kerohanian (M=95.05) dan

kematangan (M=92.32) bagi guru-guru secara keseluruhan. Sebaliknya skor min pada

domain kemahiran sosial bagi guru-guru berdasarkan umur kategori I, sedikit lebih tinggi

berbanding skor min kemahiran sosial (M=70.40) bagi guru-guru secara keseluruhan.

RAJAH 4.11 Profil EQ guru SM umur kategori II dengan EQ guru SM Malaysia

Rajah 4.11 menunjukkan perbandingan profil kecerdasan emosi (EQ) guru-guru

berdasarkan umur kategori II dengan profil kecerdasan emosi (EQ) guru-guru secara

keseluruhan. Dari analisis statistik yang dijalankan, graf profil yang diperolehi adalah

tertinggi pada domain kerohanian (M=93.55) dan kematangan (M=91.59). Dapatan

statistik juga menunjukkan skor min terendah pada domain kemahiran sosial (M=73.34).

Bagaimanapun skor min kerohanian dan kematangan bagi guru-guru berdasarkan umur

ketegori II sedikit lebih rendah berbanding skor min kerohanian (M=95.05) dan

kematangan (M=92.32) bagi guru secara keseluruhan. Sebaliknya skor min yang rendah

pada domain kemahiran sosial bagi guru kumpulan ini, adalah sedikit lebih tinggi

berbanding skor min kemahiran sosial (M=70.40) bagi guru-guru secara keseluruhan.

76

Page 77: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

RAJAH 4.12 Profil EQ guru SM umur kategori III dengan EQ guru SM Malaysia

Rajah 4.12 menunjukkan perbandingan profil kecerdasan emosi (EQ) guru-guru

berdasarkan umur kategori III dengan profil kecerdasan emosi (EQ) guru-guru secara

keseluruhan. Graf profil yang diperolehi adalah tertinggi pada domain kerohanian (M=

94.22) dan kematangan (M= 92.17), juga terendah pada domain kemahiran sosial

(M=73.19). Bagaimanapun skor min kerohanian dan kematangan yang diperolehi sidikit

lebih rendah berbanding skor min kerohanian (M=95.05) dan kematangan (M=92.32).

Sebaliknya, nilai skor min pada domain kemahiran sosial sedikit lebih tinggi berbanding

skor min kemahiran sosial (M=70.40) bagi guru-guru secara keseluruhan.

JADUAL 4.4.1 Skor Peratus Domain Kecerdasan Emosi (EQ) Berdasarkan Negeri

Domain Keseluruhan

Zon Tengah

NegeriPerak Selangor N.IX Melaka Johor

Kesedaran KendiriRegulasi KendiriMotivasi KendiriEmpatiKemahiran SosialKerohanianKematangan

72.9168.8176.5477.0670.4095.0592.32

77.9976.1179.4481.2072.8994.0191.29

78.4575.1078.4380.9272.7491.3990.69

79.8176.9480.0081.6973.9197.0992.82

77.3475.5878.8280.9872.3993.7092.02

78.9176.8581.1482.1773.6894.4291.93

76.8576.1478.6180.4072.3594.4289.77

77

Page 78: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

JADUAL 4.4.2 Skor Peratus Domain Kecerdasan Emosi (EQ) Berdasarkan Jantina dan Umur

Domain Keseluruhan

Jantina UmurLelaki Perempu

anKategori

IKategori

2Kategori

3Kesedaran KendiriRegulasi KendiriMotivasi KendiriEmpatiKemahiran SosialKerohanianKematangan

72.9168.8176.5477.0670.4095.0592.32

79.1878.0582.0382.8074.4993.1192.47

77.4375.1878.1180.4272.0394.6290.94

77.3573.9377.9980.6071.2894.5191.20

78.5977.1979.7581.2873.3493.5591.59

77.8075.9079.7781.2773.1994.2292.17

4. 5 RUMUSAN

Dalam bab ini pengkaji telah menghuraikan tentang profil peserta kajian dan dapatan

kajian. Secara umumnya dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru yang terlibat

dalam kajian ini mempunyai skor min dan graf profil yang tinggi pada domain

kerohanian dan kematangan, serta mempunyai skor min dan graf profil yang relatif

sederhana dalam pada domain empati, motivasi kendiri, kesedaran kendiri dan regulasi

kendiri. Bagaimanapun kajin ini juga mendapati bahawa secara umumnya responden

mempunyai skor min dan graf profil yang rendah pada domain kemahiran sosial.

78

Page 79: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

BAB V

RINGKASAN KAJIAN, PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN, IMPLIKASI

KAJIAN DAN CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

5.1 PENDAHULUAN

Dalam bab ini pengkaji membincangkan beberapa aspek kajian iaitu ringkasan kajian,

perbincangan dapatan kajian, rumusan hasil kajian, implikasi dapatan kajian dan

cadangan lanjutan. Ringkasan kajian menghuraikan tentang rumusan kajian yang telah

dijalankan menggunakan borang soal selidik Inventori Kepintaran Emosi Malaysia

(IKEM) oleh Noriah et al (2003). Perbincangan dapatan kajian menghuraikan hasil kajian

berdasarkan persoalan-persoalan kajian serta cuba mengaitkannya dengan dapatan-

dapatan kajian yang lepas serta teori-teori yang berkenaan dengan kajian ini.

Pada bahagian implikasi kajian pula, pengkaji cuba menghuraikan kesan atau

impak dapatan kajian ke atas elemen-elemen pendidikan khususnya guru-guru yang

terlibat secara langsung dalam pendidikan di sekolah-sekolah. Manakala pada bahagian

cadangan lanjutan pula, pengkaji membincangkan tentang cadangan kajian selanjutnya,

memandangkan kajian yang dijalankan ini belum sempurna, dan masih banyak aspek-

aspek lain yang boleh dikaji berkaitan dengan kecerdasan emosi di sekolah-sekolah di

malaysia yang belum tersentuh oleh kajian ini.

5.2 RINGKASAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk meneliti, meneroka dan membina satu profil kecerdasan emosi

bagi guru-guru Sekolah Menengah Zon Tengah Semenanjung Malaysia (Perak, Selangor,

Sembilan, Melaka dan Johor). Disamping itu kajian ini juga bertujuan untuk melihat

79

Page 80: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

peratusan atau kekerapan domain kecerdasan emosi dikalangan guru-guru yang terlibat

dalan kajian ini.

Seterusnya kajian ini mempunyai objektif untuk melihat sama ada wujud

perbezaan profil kecerdasan emosi antara guru-guru secara keseluruhan di Malaysia

dengan guru-guru yang terlibat dalam kajian ini iaitu guru-guru yang berkhidmat di

kawasan Zon Tengah Semenanjung Malaysia (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka

dan Johor). Pengkaji juga melihat sama ada wujud perbezaan profil kecerdasan emosi di

kalangan guru-guru lelaki dan perempuan dan guru-guru yang berlainan peringkat umur.

Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjaun rentas. Satu set

borang soal selidik telah digunakan sebagai alat untuk mengumpul maklumat daripada

responden kajian. Responden kajian terdiri dari 174 orang guru sekolah menengah yang

berkhidmat di negeri Perak sampai negeri Johor, seperti yang telah diterangkan dalam

bab 3 bahagian teknik persampelan. Keseluruhan maklumat yang dikumpul telah

dianalisis dengan menggunakan perisian Statitical Packages for Social Science Version

11.0 (SPSS 11.0).

5.3 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Perbincangan dapatan kajian dijalankan mengikut persoalan kajian yang telah ditetapkan

sebelumnya. Dapatan kajian dibincangkan berasaskan kajian-kajian lepas, teori-teori

yang berkaitan dan juga penulisan-penulisan yang berkaitan dengan kecerdasan emosi.

Mengikut Goleman (1999) terdapat lima domain kecerdasan emosi iaitu

kesedaran kendiri, regulasi kendiri, motivasi kendiri, empati dan kemahiran sosial.

Sedangkan kajian yang dijalankan oleh Noriah et al (2002-2003) ke atas pegawai-

pegawai kerajaan di Malaysia, telah mengenalpasti penambahan dua domain baru

terhadap kecerdasan emosi berdasarkan konteks tempatan. Dua domain tersebut ialah

“kerohanian dan kematangan”.

80

Page 81: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Hasil kajian beliau juga menunjukkan bahawa kedua-dua domain tambahan ini

mempunyai skor min yang lebih tinggi daripada lima domain kecerdasan emosi yang

dinyatakan oleh Goleman.

Perbincangan kajian akan menyentuh ketujuh-tujuh domain tersebut, kerana pengkaji

telahpun menggunakan instrumen kajian yang digunakan oleh Noriah et al (2003).

Secara umumnya dapatan kajian ini menunjukkan skor min tertinggi pada domain

kerohanian dan kematangan. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua domain ini banyak

membantu dalam meningkatkan kecerdasan emosi di kalangan guru-guru yang dikaji.

Kesemua guru juga didapati mempunyai skor min yang rendah pada domain regulasi

kendiri dan kemahiran sosial. Bagaimanapun skor min yang terendah dikalangan guru-

guru yang dikaji adalah terdapat pada domain kemahiran sosial. Ini memandangkan

bahawa kumpulan guru-guru yang dikaji mempunyai kebolehan untuk mengawal diri

yang rendah, serta kurang menggunakan kemahiran sosial mereka dalam meningkatkan

kecerdasan emosi.

Tidak terdapat perbezaan profil kecerdasan emosi dikalangan guru-guru sekolah

menengah Zon Tengah Semenanjung Malaysia dengan profil guru-guru secara

keseluruhan. Dapatan kajian menunjukkan skor min tertinggi pada domain kerohanian

dan kematangan, bagi kedua-dua kumpulan guru-guru tersebut. Ini menunjukkan bahawa

nilai-nilai kerohanian dan tahap kematangan cukup berpengaruh dalam meningkatkan

kecerdasan emosi guru-guru berkenaan. Skor min yang rendah pada domain kemahiran

sosial, memberikan implikasi bahawa kedua-dua kumpulan guru berkenaan kurang

menggunakan kemahiran sosial mereka dalam meningkatkan kecerdasan emosinya.

Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan profil kecerdasan

emosi berdasarkan faktor jantina dan peringkat umur dikalangan guru-guru yang dikaji.

Analisis statistik menunjukkan bahawa kedua-dua kumpulan ini mempunyai graf profil

yang lebih kurang sama, iaitu mereka mempunyai skor yang tinggi pada domain

kerohanian dan kematangan dan mempunyai skor yang relatif rendah pada domain

kemahiran sosial.

81

Page 82: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Hal ini menunjukkan bahawa kedua kumpulan tersebut sangat mementingkan nilai-nilai

agama, pengalaman serta perkara-perkara lain yang boleh menjadikannya bertambah

matang, sehinga hal ini boleh membuatkan emosi mereka menjadi lebih stabil.

Hal ini juga boleh diertikan bahawa antara guru-guru lelaki dan guru-guru perempuan

mempunyai persepsi yang sama terhadap domain kecerdasan emosi yang ada. Demikian

juga halnya dengan guru-guru yang berlainan peringkat umur. Untuk perbincangan lebih

mendalam akan dibincangan dalam setiap persoalan kajian.

5.3.1. Profil kecerdasan emosi (EQ) Guru-guru sekolah Menegah Zon Tengah Semenanjung Malaysia

Keputusan statistik menunjukkan bahawa profil kecerdasan emosi bagi guru sekolah

menengah Zon Tengah Semenanjung Malaysia, didapati skor min yang tinggi pada

domain kerohanian dan kematangan. Ini memberikan gambaran bahawa kedua-dua

domain ini sangat membantu guru-guru dalam meningkatkan atau membina kestabilan

emosi mereka. Seterusnya keputusan statistik juga menunjukkan skor terendah pada

domain kemahiran sosial. Hal ini juga menunjukkan bahawa guru-guru yang dikaji

kurang mempergunakan kemahiran sosial mereka dalam membina kecerdasan emosinya.

Dapatan kajian ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Noriah et al (2003)

ke atas pegawai awam di Malaysia, yang mendapati bahawa domain kerohanian dan

kematangan merupakan aspek penting dalam meningkatkan kecerdasan emosi seseorang.

Antara aspek-aspek kerohanian yang dimasudkan disini ialah; keredhaan, tanggungjawab

sebagai hamba serta kemampuan seseorang dalam menghayati nilai-nilai agama.

Keredhaan memberikan maksud bahawa seseorang mampu menerima dengan hati yang

rela bahawa mereka sebagai seorang insan yang beragama, mempunyai peraturan-

peratuaran tertentu dalam menjalani kehidupan. Sedangkan tanggungjawab memberikan

maksud; sentiasa aktif bekerja untuk memenuhi tanggungjawabnya sebagai insan

beragama yang menjadi wakil Allah dalam mentadbir kehidupan ini. Untuk

melaksanakan tanggungjawab itu dengan baik, seseorang itu perlu berhubung dengan

Allah di samping menguasai ilmu-ilmu tertentu.

82

Page 83: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Manakala kemampuan seseorang dalam menghayati nilai agama memberi maksud

bahawa seseorang itu sentiasa berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu

perkara, dan mereka memastikan bahawa tindakan yang dilakukannya tidak bertentangan

dengan agama yang mereka anuti.

Sedangkan yang dimaksud dengan aspek kematangan pula ialah; peningkatan

usia, pengalaman hidup dan pengetahuan yang ditimba secara formal ataupun tidak

formal. Kajian Noriah et al (2003) yang dijalankan melalui temubual berkumpulan (focus

group) dan temubual individu (indepth interview) juga mendapati bahawa, semakin

meningkat usia, pengalaman dan pengetahuan maka semakin kuat kawalan emosi. Justeru

hal ini akan membuatkan kecerdasan emosi seseorang semakin tinggi.

Seterusnya dapatan kajian juga menunjukan bahawa profil kecerdasan guru–guru

sekolah menengah Zon Tengah Semenanjung Malaysia secara keseluruhan memperolehi

skor min yang sederhana tinggi dalam domain empati, setelah domain kerohanian dan

kematangan. Ini memberikan implikasi bahawa guru-guru yang mempunyai sifat empati

yang baik, justru kecerdasan emosi mereka semakin bagus. Dapatan ini selari dengan

kajian Goleman (1999) yang menyatakan bahawa empati merupakan domain yang boleh

membantu seseorang untuk menyedari, memahami, dan menghargai perasaan dan fikiran

orang lain. Sifat berempati juga membolehkan seseorang melihat atau memahami sudut

pandangan orang lain daripada perspektif mereka. Sifat empati juga boleh menjadi faktor

pendorong dan penyubur keserasian dan keharmonisan dengan individu dari pelbagai

latar belakang. Seseorang yang mempunyai sifat empati boleh merasakan kepahitan,

kesusahan, kekecewaan atau keraguan seseorang terhadap sesuatu perkara (Goleman

1999). Apabila seseorang selalu menabur sifat empati kepada orang lain, mudah

merasakan kepahitan, kesusahan dan kekecewaan yang dirasakan orang lain, tentunya hal

ini boleh membuatkan seseorang tersebut merasa tentram, tenang, tidak mempunyai

banyak tekanan dalam hidup, kerana orang orang lainpun selalunya akan memandang

individu berkenaan sebagai seorang yang baik dan mudah dipergauli dalam

kehidupannya. Sehingga hal ini boleh menghantarkan individu berkenaan kepada

kestabilan emosi. Kemungkinan perkara inilah yang menjadikan empati tersebut boleh

menjadi peramal dalam meningkatkan kecerdasan emosi seseorang.

83

Page 84: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Corey dan Corey (1997), juga menyatakan bahawa seseorang yang mempunyai sifat

empati mampu menyelami perasaan indvidu lain, serta mampu melihat dunia orang lain

daripada kacamata mereka.

Seorang individu yang mempunyai kemampuan untuk menyelami perasaan orang lain

dan juga mampu melihat dunia orang lain daripada perspektif mereka, tentunya orang

tersebut akan terasa mudah untuk menjalin hubungan dengan orang lain. Kemungkinan

orang lainpun akan merasa tenteram, selamat, tidak ada saling mencurigai dalam

pergaulan dan sebagainya. sehingga perkara-perkara ini boleh membina dan membentuk

kestabilan emosi seseorang. Jika dikaitkan dengan guru-guru yang terlibat dalam kajian

ini, kemungkinan hal ini pulalah yang menyebabkan mereka mempunyai skor yang tinggi

pada domain berkenaan. Hal ini juga disokong oleh Rogers (dalam Corey, Corey &

Callahan 1998) yang menyatakan bahawa seseorang yang berempati akan lebih mudah

berinteraksi dengan orang lain, terutama dalam membantu seseorang. Kecekapan

berempati membolehkan individu menyedari keadaan jiwa orang lain, memahami bahasa

badan seperti intonasi suara dan air muka.

Zakiah Darajat dalam Muhibbin Syah (1995) menegaskan bahawa guru mestilah

mempunyai keperidaian tersendiri, kerana keperibadian itulah yang akan menentukan

apakah ianya berperan sebagai pendidik dan pembina yang baik bagi anak didiknya,

ataukah akan menjadi perosak atau penghancur bagi masa hadapan anak didik

terutamanya bagi anak yang masih kecil (sekolah rendah) dan mereka yang sedang

mengalami ketidakstabilan (sekolah menengah). Dari itu Zakiah Darajat mencadangkan

bahawa setiap calon guru profesional mestilah memahami bagaimana ciri dirinya yang

diperlukan oleh para pelajarnya.

Paling tidak terdapat dua ciri yang harus dimiliki oleh guru sehingga mereka

dapat dijadikan model bagi para pelajarnya iaitu, pertama, fleksibiliti kognitif yang

memberi maksud bahawa seorang guru mestilah mengikuti perkembangan ilmu

pengetahuan selari dengan perkembangan zaman. Seorang guru tidak boleh hanya berada

dalam kongkongan ilmu pengetahuan yang sudah lusuh dan lapuk.

84

Page 85: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Guru yang fleksibel juga ditandai dengan keterbukaan cara berfikir, mampu beradaptasi

dengan perkembangan semasa serta mempunyai pemikiran yang kritis dalam memilih

dan menentukan sesuatu (Heger & Kaye, 1990; Muhibbin Syah 1995). Kedua seorang

mestilah memiliki keterbukaan psikologis, ini memberikan maksud bahawa seorang guru

mestilah mempunyai kesediaan yang relatif tinggi untuk mensosialisasikan dirinya

kepada pihak luaran, seperti siswanya, teman sejawat ataupun persekitaran tempat

mereka bekerja. Seorang guru hendaknya boleh menerima kritikan dengan ikhlas.

Disamping itu seorang guru hendaklah mempunyai sifat empati terhadap pengalaman

emosional dan perasaan yang dialami oleh orang lain (Reber, 1988; Muhibbin Syah

1995).

Mengingat posisinya sebagai role model, maka keterbukaan psikologis sangatlah

penting bagi seseorang yang bergelar guru. Keterbukaan psikologis akan membolehkan

guru tersebut memahami fikiran dan perasaan orang lain. Ianya juga dapat memudahkan

dalam menciptakan suasana hubungan yang harmonis antara peribadi guru dan siswa

ataupun orang lain yang berada dipersekitarannya.

Pendapat yang dinyatakan oleh Zakiah Darajat, Heger & Kaye, Reber dalam

Muhibbin Syah (1995), mengisyaratkan bahawa seorang tersebut mestilah mempunyai

kemahiran interpersonal dan intrapersonal (social skill) yang baik. Disamping itu, untuk

memudahkan guru-guru tersebut menyesuaikan dirinya dengan perkembangan semasa,

maka guru-guru itu hendaklah mempunyai kesedaran kendiri, regulasi kendiri serta dapat

memotivasikan diri, sehingga mereka mempunyai rasa tanggungjawab penuh terhadap

profesionnya.

Namun satu hal yang menarik dalam kajian ini adalah, secara umumnya guru-

guru yang terlibat dalam kajian ini mempunyai skor yang paling rendah dalam domain

kemahiran sosial, serta mempunyai skor yang tidak begitu memberansangkan pada

domain kesedaran kendiri, regulasi kendiri dan motivasi kendiri, yang seharusnya

mempunyai skor yang tinggi, kerana beberapa kajian menunjukkan bahawa domain ini

cukup banyak menyumbang dalam meningkatkan kecerdasan emosi seseorang.

85

Page 86: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Seperti kajian Goleman (1999) yang menyatakan bahawa kesedaran kendiri akan

membolehkan seseorang untuk mengetahui perasaan mereka dalam pelbagai situasi dan

berkeupayaan untuk memilih keutamaan panduan dalam membuat keputusan. Seseorang

yang mempunyai kesedaran kendiri juga mempunyai mempunyai penilaian yang realistik

tentang keupayaan diri dan mereka, serta mempunyai keyakinan diri yang sangat kokoh.

Pengawalan Kendiri (Self-regulation) pula akan membolehkan seseorang untuk

mengurus emosi agar ianya memudahkan dan bukannya mengganggu dalam

menyelesaikan sesuatu tugas. Individu yang boleh mengawal diri mereka sentiasa

berhemah dan boleh menangguhkan sementara perasaan mereka untuk memuaskan hati

dalam mewujudkan malamat tertentu. Seseorang yang menpunyai kawalan kendiri yang

baik, mereka cepat pulih daripada tekanan emosi. (Goleman, 1999).

Seseorang yang mepunyai motivasi kendiri (Self-motivation) yang baik, sentiasa

berupaya menggunakan kehendak hati yang utama dalam bertindak dan selalu memandu

arah mereka untuk mencapai tujuan (Goleman 1999). Motivasi kendiri ini boleh

membantu seseorang dalam mengambil inisiatif, dan bersungguh-sungguh untuk

memperbaiki diri. Seseorang itu menjadi akan sentiasa tabah apabila menghadapi sesuatu

masalah ataupun kekecewaan yang terdapat diluar jangkauannya (Goleman 1999).

Namun dalam kenyataan ini pengkaji hanya boleh mengandaikan, bahawa

kemungkinannya bukan bermakna guru-guru yang terlibat dalam kajian ini tidak

memahami perkara tersebut, hanya sahaja kemungkinan mereka kurang didedahkan

dengan hal-hal yang berkaitan dengan perkara-perkara berkenaan. Dan kemungkinan hal

ini jugalah merupakan salah satu faktor yang menyebabkan banyaknya guru-guru merasa

tertekan dengan pekerjaan mereka, tertekan dengan kepelbagaian tingkahlaku pelajar, dan

yang lebih menyedihkan lagi guru-guru merasa tertekan dengan persekitaran tempat

mereka berkhidmat.

86

Page 87: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

5.3.2 Profil kecerdasan emosi (EQ) guru-guru Sekolah Menengah mengikut negeri

Graf profil kecerdasan emosi yang didapatkan bagi guru-guru sekolah menengah Zon

Tengah Semenanjung Malaysia adalah mempunyai skor tertinggi pada domain

kerohanian dan kematangan. Sedangkan skor min terendah pada domain kemahiran

sosial. Ini menunjukkan bahawa domain kerohanian dan kematangan ini sangat

membantu guru-guru dalam meningkatkan kecerdasan emosi mereka. Sementara nilai

terendah pada domain kemahiran sosial memberikan gambaran bahawa kemungkinan

guru-guru tersebut kurang menggunakan kemahiran sosial mereka dalam meningkatkan

kestabilan emosinya.

Dapatan ini juga bersesuaian dengan dapatan kajian kualitatif yang dijalankan

oleh Noriah et al (2003) yang mendapati bahawa kerohanian dan kematangan sangat

membantu dalam meningkatkan kecerdasan emosi seseorang. Kerohanian yang

dimaksudkan oleh Noriah et al (2003) dalam kajianya ialah keredhaan, tanggungjawab

sebagai hamba serta kemampuan seseorang dalam menghayati nilai-nilai agama.

Keredhaan memberikan maksud bahawa seseorang mampu menerima dengan hati yang

rela bahawa mereka sebagai seorang insan yang beragama, mempunyai peraturan-

peratuaran tertentu dalam menjalani kehidupan.

Sedangkan tanggungjawab memberikan maksud bahawa individu sentiasa aktif

bekerja untuk memenuhi tanggungjawabnya sebagai insan beragama yang menjadi wakil

Allah dalam mentadbir kehidupan ini. Untuk melaksanakan tanggungjawab itu dengan

baik, seseorang itu perlu berhubung dengan Allah di samping menguasai ilmu-ilmu

tertentu. Manakala kemampuan seseorang dalam menghayati nilai agama memberi

maksud bahawa seseorang itu sentiasa berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan

sesuatu perkara, dan mereka memastikan bahawa tindakan yang dilakukannya tidak

bertentangan dengan agama yang mereka anuti.

Glock dan Stark (1966) dalam Djmaludin Ancok (1994) menyatakan bahawa

agama adalah merupakan sistem simbol, sistem keyakinan, sistem nilai dan sistem

perilaku yang terlembagakan, yang semuanya itu berpusat pada persoalan-persoalan yang

dihayati sebagai yang paling memaknai dalam kehidupan.

87

Page 88: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Menurut Glock dan Star lagi dalam Robrtson (1988; Damaludin Ancok, 1994)

mengatakan bahawa terdapat lima macam dimensi keagamaan, iaitu dimensi keyakinan

(ideologis), dimensi peribadatan atau praktik agama (ritualistik), dimensi penghayatan

(eksperiensial), dimensi pengalaman (konsekuensi) dan dimensi pengetahuan

(intelektual). Selari dengan pandangan Islam, Glock dan Stark dalam Robertson (1988;

Djamaludin Ancok, 1994) menilai bahawa kepercayaan keagamaan (teologi) adalah

jantungya dimensi keyakinan. Apabila seseorang mempunyai keyakinan yang mantap

terhadap agamanya maka akan melaksanakan semua ajaran-ajaran tersebut sesuai dengan

ajaran agama yang dianutinya itu.

Pengkaji melihat kemungkinan inilah yang menyebabkan, sehingga dalam kajian

ini didapati domain kerohanian mempunyai skor yang paling tinggi berbanding dengan

domain-domain yang lain. Satu lagi andaian yang mungkin berlaku dalam kajian ini

adalah, seperti yang terlihat dalam taburan responden bahawa peratus terbesarnya adalah

guru-guru dari keturunan Melayu. Sebagaimana dimaklumi bahawa orang-orang Melayu

identik dengan Islam, biasanya orang Melayu agak fanatik dengan ajaran agamanya. Dari

itu pengkaji juga mengandaikan, kemungkinan hal inilah yang menyebabkan domain

kerohanian ini memperolehi skor min tertinggi dalam kajian ini.

Dapatan statistik juga menunjukkan bahawa guru-guru sekolah menengah Zon

Tengah Semenanjung Malaysia mempunyai skor min yang tinggi dalam domain

kematangan. Namun bagaimanapun skor min domain kematangan sedikit lebih rendah

dibandingkan skor min domain kerohanian. Dapatan ini juga selari dengan dapatan kajian

Noriah et al (2003) yang mendapati bahawa domain kematangan sangat mempengaruhi

individu dalam meningkatkan kecerdasan emosinya. Kematangan yang dimaksudkan

oleh Noriah el al (2003) ialah kematangan dari segi umur, pengalaman dan pengetahuan.

Nilai skor min yang rendah pada domain kemahiran sosial, menunjukkan guru-

guru kurang menggunakan domain tersebut dalam meningkatkan kecerdasan emosi

mereka. Kenapa ini boleh berlaku? Sedangkan menurut Johnson (2000) guru sangat

berperanan untuk memenuhi keperluan sosial dan emosi pelajar serta memasukkan

pembelajaran afektif dalam projek dan aktiviti pelajar.

88

Page 89: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Perkara ini peting kerana pelajar tidak mempunyai kemahiran interpersonal seperti

empati, kerjasama kumpulan dan penyelesaian konflik (Gore, 2000). Dengan memberi

peluang untuk pelajar meluahkan dan juga memahami emosi, akan dapat meningkatkan

kecerdasan emosi (Brewer dan Campbell, 1991). Kajian-kajian lain juga mendapati

kemahiran sosial dan kecerdasan emosi adalah amat kritikal untuk kejayaan dalam

hidup berbanding kebolehan intelek (IQ).

Goleman (1999) menyatakan bahawa domain kemahiran sosial membolehkan

seseorang mengurus pelbagai emosi secara efektif dalam membina hubungan dengan

orang lain. Individu yang mempunyai kemahiran sosial yang baik mampu mentafsirkan

dengan tepat situasi sosial yang berlaku di sekelilingnya, dan juga mempunyai kemahiran

untuk membujuk dan memimpin persekitaranya. Seseorang yang mempunyai kemahiran

bersosial yang baik juga mampu menjadi pakar runding yang baik, berkebolehan

menyelesaikan konflik untuk mewujudkan kerjasama dan semangat berpasukan apabila

bekerja dalam sesebuah kumpulan ataupun organisasi.

Menurut Owen et al (1981), terdapat lima ciri kemahiran sosial. Ciri pertama ialah

berorientasikan matlamat, bermaksud setiap kelakuan oleh seseorang mempunyai tujuan

tertentu. Ciri kedua ialah saling berhubungkait–berlaku koordinasi antara beberapa

tingkah laku untuk mencapai suatu tujuan. Ini bermakna tingkah laku yang pertama

hingga tingkah laku yang terakhir dalam mencapai satu tujuan diselaraskan. Ciri ketiga

iaitu kombinasi beberapa unit tingkah laku seperti suara, pergerakan tangan, senyum dan

lain-lain perlu dilakukan untuk mencapai tujuan yang diinginkan. Ciri keempat ialah

boleh dipelajari melaui semua orang. Ini memberikan implikasi bahawa semakin luas

pergaulan seseorang dalam kumpulan-kumpulan masyarakat justeru kemahiran sosialnya

semakin bertambah baik. Perkara ini boleh dicapai kerana setiap individu dapat

mempelajari sesuatu yang baru dalam pergaulan sehariannya. Ciri terakhir yang

dikemukakan oleh Owen et al (1981), tingkah laku kemahiran sosial di bawah kawalan

individu tersebut. Ini memberi maksud, setiap tingkah laku yang ditonjolkan oleh

seseorang, ianya dilakukan secara sedar dan terkawal.

89

Page 90: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Kenapa domain kemahiran sosial pada guru-guru berada pada tahap yang rendah

berbanding dengan domain-domain yang lain? Pengkaji mengandaikan, kemungkinan

guru-guru yang telibat dalam kajian ini kurang bersosialisasi sesama mereka, ataupun

dengan orang lain. Kemungkinan ini juga dipengaruhi oleh sikap guru-guru berkenaan

yang mempunyai sikap tertutup (introvert), sehingga hal itu mebuatkan mereka kurang

bersosialisasi dengan sesamanya ataupun orang lain.

5.3.3 Perbezaan profil kecerdasan emosi (EQ) guru-guru sekolah menengah Zon Tengah dengan profil kecerdasan emosi (EQ) guru-guru sekolah menengah di Malaysia

Dapatan menunjukkan, tidak terdapat perbezaan profil kecerdasan emosi (EQ) dikalangan

guru-guru sekolah menengah Zon Tengah Semenanjung Malaysia dengan profil

kecerdasan emosi (EQ) guru-guru sekolah menengah secara keseluruhan di Malaysia.

Kedua-dua kumpulan guru-guru yang dikaji mempunyai skor min tertinggi pada domain

kerohanian dan kematangan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kedua-dua

kumpulan guru berkenaan mempunyai skor yang lebih kurang sama pada domain

kesedaran kendiri, regulasi kendiri, motivasi kendiri. Seterusnya analisis statistik juga

menunjukkan bahawa kedua-dua kumpulan guru ini mempunyai skor min rendah pada

domain kemahiran sosial. Dapatan ini menunjukkan bahawa kemungkinan kedua-dua

kumpulan guru tersebut memandang penting nilai-nilai S kerohanian dan kematangan

sebagai domain yang boleh meningkatkan kecerdasan emosi mereka.

Sebaliknya skor min yang rendah pada domain kemahiran sosial,

kemungkinannya dipengaruhi oleh faktor persekitaran mereka yang terlalu sibuk dengan

bebanan pekerjaan masing-masing sehingga menyebabkan mereka kurang dapat

bersosialisi diantara sesama rakan setugas, pengetua, pegawai-pegawai pentadbir serta

pelajar-pelajar di sekolah berkenaan. Sehingga hal ini boleh menyebabkan munculnya

kesan individulal ataupun masing-masing mereka memikirakan pekerjaannya sendiri-

sendiri.

90

Page 91: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Profesion perguruan merupakan salah satu profesion khidmat manusia yang

penuh dengan tekanan dan ‘burnout’ (Maslach & Jackson, 1986). Beberapa kajian lepas

menunjukkan tentang faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya tekannan di kalangan

guru. Diantaranya ialah banyaknya beban tanggungjawab yang dirasakan oleh guru,

tingginya nisbah antara guru dan murid, terbatasnya kemajuan yang dicapai oleh murid,

hubungan dengan rakan sekerja, persekitaran kerja yang kurang baik, gaji yang tidak

mencukupi, status, kesukaran waktu dan sumber-sumber pembelajaran dan keperluan

pengakuan profesionalisma (Borg et al, 1991; Kyriacou & Sutcliffe, 1979; Kyriacou,

1987; Manthei & Solman, 1988; traves &Cooper, 1996; Guglielmi & Tatrow, 1998).

Antonius, Polychroni, Walter, 2000 dalam Chua Bee Seok & Adi Fahrudin (2002)

mengatakan bahawa tekanan dan ‘burnout’ pekerjaan dikalangan guru bukan sahaja

menyebabkan terjejasnya kesihatan fizikal dan mental tetapi juga akan mempengaruhi

kualiti pengajaran. Kyriacou & Suttciffe (1978; Chua Bee Seok & Adi Fahrudin, 2002)

juga menjelaskan bahawa model tekanan pekerjaan yang dialami oleh guru merupakan

hasil daripada persepsi guru bahawa (a) tuntutan ke atas mereka sangatlah besar, (b)

mereka tidak mampu atau mempunyai kesukaran untuk untuk mempertemukan tuntutan

ini, (c) kegagalan itu mengancam kesihatan fizikal dan mental. Elemen yang paling

utama sekali adalah persepsi guru terhadap ancaman yang berasal dari dalam dirinya dan

juga orang lain. Kerana terlalu banyaknya tekanan-tekanan yang dirasakan oleh guru

kadang boleh membuatkan guru tersebut hilang kontrol dan melakukan sesuatu yang

tidak sewajarnya dilakukan oleh seorang guru. Seperti berlakunya guru menampar murid,

memperlakukan murid tidak sewajarnya dan banyak lagi contoh-contoh lain yang

mungkin selalu kita baca di dalam akhbar ataupun media bercetak dan elektronik lainnya.

Dalam hal ini Goleman berpendapat bahawa, tekanan-tekanan yang dialami oleh

seseorang berpunca dari tidak mempunyai cara pengendalian emosi yang baik (Goleman

1999). Goleman (1999) juga menyatakan bahawa seseorang yang tidak mempunyai

keupayaan mengawal emosi apabila berinteraksi dengan orang lain, tidak mampu untuk

menjalankan pekerjaan dengan baik. Mereka juga boleh dikategorikan sebagai individu

yang kurang berjaya dalam kerjayanya.

91

Page 92: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Peristiwa-peristiwa cetusan emosi yang berlaku, terutama yang di tempat kerja,

membawa implikasi kepada tahap kestabilan dan kematangan emosi yang dimiliki oleh

individu berkenaan.

Elias et al (1997) juga berpendapat bahawa seseorang yang mempunyai

kecerdasan emosi (EQ) boleh memahami, mengurus dan menzahirkan aspek emosi dan

sosial dalam menjalankan tugasan ataupun tanggungjawab dalam kehidupan secara

efektif. Seperti pembelajaran, menjalin hubungan, menyelesaikan masalah dan

menyesuaikan diri dalam pelbagai cabaran hidup.

Agaknya apa yang dicadangkan oleh Goleman ini mungkin boleh menjadi

penawar, terhadap tekanan-tekanan yang dialami oleh guru-guru. Seorang guru

sepatutnya mempunyai kesedaran kendiri, regulasi kendiri, motivasi kendiri, empati dan

kemahiran sosial yang baik, kerana mereka akan menghadapi berbagai macam bentuk

tugasan, dan juga selalu berhadapan dengan pelbagai karenah dan tingkahlaku pelajar

serta rakan seprofesion.

Namun dalam kajian ini, pengkaji mendapati bahawa domain-domain berkenaan

(kesedaran kendiri, regulasi kendiri, motivasi kendiri, empati dan kemahiran sosial)

berada pada tahap yang tidak begitu tinggi. Kenapa hal ini boleh berlaku? Pengkaji hanya

boleh mengandaikan kemungkinan guru-guru di Malaysia masih kurang didedahkan

dengan hal-hal yang berkaitan dengan kecerdasan emosi ini.

5.3.3 Perbezaan profil kecerdasan emosi (EQ) dikalangan guru-guru sekolah menengah mengikut jantina

Perbandingan profil kecerdasan emosi (EQ) berdasarkan jantina, didapati bahawa tidak

terdapat perbezaan profil yang ketara diantara kumpulan guru-guru lelaki dan kumpulan

guru-guru perempuan. Kedua-dua kumpulan mempunyai skor min yang lebih kurang

sama, iaitu tertinggi pada domain kerohanian dan kematangan, dan mempunyai skor min

yang rendah pada domain kemahiran sosial.

92

Page 93: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Namun demikian didapati bahawa skor min kerohanian bagi kumpulan guru perempuan

sedikit lebih tinggi daripada skor kerohanian bagi kumpulan guru-guru lelaki.

Dapatan ini bersesuaian dengan kajian Goleman (1999) yang mendapati bahawa

tiada terdapat perbezaan kecerdasan emosi di kalangan invidu yang berlainan jantina.

Bagaimanapun dapatan ini bercanggah dengan kajian yang dijalankan oleh Tapia (1999),

Sutarso (1999) dan Sutarso et al (1996) yang mendapati bahawa kecerdasan emosi

perempuan lebih tinggi berbanding dengan kecerdasan emosi lelaki.

Pengkaji mengandaikan kemungkinan dapatan kajian seperti ini, disebabkan oleh kerana

guru-guru berkenaan terikat dengan satu peratuaran dan bebanan tugas yang sama.

Pengkaji juga melihat bahawa kecerdasan emosi masih merupakan perkara yang baru di

Malaysia. Jadi hal ini berlaku, kemungkinnannya guru-guru masih kurang didedahkan

kepada hal-hal yang berkaitan dengan kecerdasan emosi tersebut.

5.3.4 Perbezaan profil kecerdasan emosi (EQ) dikalangan guru-guru sekolah

menengah mengikut umur

Dapatan kajian menunjukkan, tidak terdapat perbezaan profil kecerdasan emosi di

kalangan guru-guru yang berlainan peringkat umur. Daripada graf profil dapat dilihat

bahawa guru-guru yang mempunyai umur yang lebih muda mempunyai graf profil yang

lebih kurang sama dengan graf profil guru-guru yang lebih tua. Ketiga-tiga kumpulan

yang dikaji memperolehi skor min yang tinggi pada domain kerohanian dan kematangan,

dan skor min terendah pada domain kemahiran sosial.

Dapatan kajian ini kurang bersesuaian dengan kajian kecerdasan emosi yang

dijalankan oleh Noriah et al (2001) ke atas remaja, yang mendapati bahawa terdapat

perbezaan kecerdasan emosi dikalangan remaja yang berlainan peringkat umur. Remaja

yang berumur 15 dan 16 tahun didapati mempunyai skor min yang lebih tinggi

berbanding dengan remaja yang berumur dibawah 15 tahun.

93

Page 94: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Kajian Noriah et al ini menunjukkan bahawa kecerdasan emosi seseorang akan

berkembang sesuai dengan perkembangan umur ataupun pengalaman yang didapatkan

didalam perjalanan hidupnya.

Dapatan ini juga tidak selari dengan dapatan kajian Goleman (1999) yang

menyatakan bahawa kecerdasan emosi ini boleh meningkat apabila bertambahnya usia

dan pengalaman seseorang. Goleman juga mengatakan bahawa kecerdasan ini boleh

dipelajari. Shapiro (1997) dan Goleman (1995) juga mengatakan bahawa kecerdasan

emosi seseorang tidak statik malah boleh ditingkatkan (Perkins,1995, Goleman,1995,

Sternberg, 1996, Segal,1997dan Weisenger, 1998). Akhbar New Straits Times 15 Mac

2002 membawa artikel bertajuk Born Loser? Think again! oleh Anita Anadarajah

menyentuh betapa kecerdasan emosi perlu dalam kehidupan dan melalui latihan

kecerdasan tersebut dapat ditingkatkan.

5.4 RUMUSAN HASIL KAJIAN

Berdasarkan dapatan kajian, secara keseluruhannya boleh dikatakan bahawa semua

guru-guru yang terlibat dalam kajian ini mengambilkira ketujuh-tujuh domain kecerdasan

emosi (EQ) “kesedaran kendiri, regulasi kendiri, motivasi kendiri, empati, kemahiran

sosial, kerohanian dan kematangan”. Namun bagaimanapun secara keseluruhan

responden mempunyai nilai yang tinggi pada domain kerohanian dan kematangan, diikuti

oleh domain empati, motivasi kendiri, kesedaran kendiri dan regulasi kendiri. Sedangkan

skor min yang paling rendah terdapat pada domain kemahiran sosial. Namun demikian

dapatan kajian ini boleh disimpulkan bahawa ketujuh-tujuh domain ini sangatlah penting

dalam meningkatkan kecerdasan emosi dikalangan guru guru di Malaysia.

94

Page 95: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Mengapa domain kerohanian dan kematangan, didapati berada pada tahap yang

tinggi? Seperti yang telah pengkaji jelaskan dalam bahagian perbincangan,

kemungkinannya hal ini sangat dipengaruhi oleh faktor budaya serta pengaruh nilai

agama yang begitu kental pada diri setiap responden yang terlibat dalam kajian ini.

Dapatan kajian juga menunjukkan, tidak terdapat perbezaan profil kecerdasan

emosi, antara guru-guru sekolah menengah secara keseluruhan di Malaysia dengan guru-

guru yang berkhidmat di kawasan Zon Tengah Semenanjung Malaysia (Perak, Selangor,

Negeri Sembilan, Melaka dan Johor). Kedua-dua kumpulan guru yang dikaji mempunyai

graf profil yang lebih kurang sama, iaitu mempunyai skor min yang tinggi pada domain

kerohanian dan kematangan, serta mempunyai skor min yang rendah pada domain

kemahiran sosial. Sedangkan empat domain lainnya berada pada tahap sederhana tinggi,

dan masih perlu ditingkatkan.

Dapatan kajian juga menunjukkan, tidak terdapat perbezaan profil kecerdasan

emosi di kalangan guru-guru yang dikaji berdasarkan faktor jantina dan peringkat umur.

Namun dalam hal ini pengkaji hanya boleh mengandaikan, kemungkinan hal ini

disebabkan oleh kurangnya pendedahan kepada guru-guru tentang kecerdasan emosi ini,

kerana memang konsep ini masih baru lagi bagi guru-guru di Malaysia.

5.5 IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN

Tujuh domain kecerdasan emosi yang wujud sekarang ini, iaitu lima dari hasil kajian

yang dijalankan oleh Goleman (1995 &1999) “ kesedaran kendiri, regulasi kendiri,

motivasi kendiri, empati dan kemahiran sosial”. Dua adalah hasil kajian Noriah et al

(2003) “domain kerohanian dan kematangan”. Kesemua domain ini sangat diperlukan

dalam meningkatkan kecerdasan emosi guru-guru di Malaysia. Kajian ini dan beberapa

kajian lain, seperti; kajian Noriah et al (2003), kajian Wan Ashiba (2003) menunjukkan,

bahawa guru-guru di Malaysia perlu diberi pendedahan tentang kecerdasan emosi.

Memandangkan tugas guru saat ini semakin berat dan mencabar.

95

Page 96: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Dalam kajian yang dijalankan ini, jelas didapati bahawa masih banyak domain

kecerdasan emosi yang berada pada garisan skor min yang masih rendah. Ini

menunjukkan bahawa guru-guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah yang dikaji, perlu

deberi pendedahan yang lebih lagi tentang kecerdasan emosi ini, bagi memboleh mereka

mewujudkan pendidikan yang cemerlang. Untuk mewujudkan hal yang sedemikian

mungkin sangat diperlukan perhatian dan sikap mengambil berat bagi semua unsur yang

terkait dengan kemajuan sekolah-sekolah ataupun pendidikan di Malaysia.

Secara keseluruhan dapatan kajian menunujukkan bahawa kemahiran sosial

mempunyai skor min yang paling rendah, sedangkan domain ini bagi seorang guru

seharusnya berada tahap yang tinggi, kerana tugas pendidikan memerlukan guru untuk

bersosialisasi dengan murid, sesama guru ataupun pihak-pihak lain yang terkait dengan

pendidikan. Kurangnya kemahiran sosial bagi guru-guru mungkin boleh menjejaskan

imej guru tersebut. Untuk menghindari hal yang sedemikian guru-guru digalakan agar

mempunyai kemahiran sosial yang baik, sehingga boleh membina hubungan mesra

dengan semua unsur yang boleh menghantarkan pendidikan ke tahap yang lebih

cemerlang.

Memandangkan guru-guru merupakan aset yang paling utama dalam mewujudkan

kecemerlangan pendidikan, maka sudah merupakan satu kemestian bagi semua pihak

yang terkait untuk memikirkan tentang kualiti guru-guru berkenaan. Kualiti bukan hanya

dari segi intelek akan tetapi juga segala hal yang membolehkan guru-guru tersebut

menghantarkan pendidikan ke tahap yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kajian telah menunjukkan bahawa kecerdasan emosi (EQ) sangat berperanan dalam

menentukan sesebuah kejayaan, dari itu pengkaji berpandangan bahawa sudah saatnya

bagi guru-guru dan semua pihak yang terlibat dengan pendidikan berusaha untuk

mempelajari dan mendalami konsep kecerdasan emosi ini.

96

Page 97: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

5.6 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Dapatan kajian ini telah menyokong beberapa kajian terdahulu dan beberapa konsep yang

telah dikmukakan oleh beberapa orang pakar. Namun bagaimanapun ada beberapa

dapatan dalam kajian ini yang memerlukan kajian lanjutan bagi menyokong dan

mengesahkan serta mencari faktor-faktor lain yang boleh meningkatkan kecerdasan

emosi di kalangan guru-guru di Malaysia. Antara kajian lanjutan yang dicadangkan

adalah seperti berikut:

i. Kajian ini telah dijalankan ke atas 174 orang guru-guru yang terdiri dari 11 buah

sekolah menengah di kawasan Zon Tengah Semenanjung Malaysia (Perak, Selangor,

Negeri Sembilan, Melaka dan Johor). Jumlah sampel yang sedemikian mungkin

masih kurang memadai untuk dibuatkan generalisasi bagi keseluruhan guru-guru di

Malaysia. Usaha penyelidikan lanjutan perlu dijalankan dengan melibatkan sampel

yang lebih besar bagi membolehkan generalisasi untuk keseluruhan guru-guru di

Malaysia.

ii. Kajian ini hanya melihat profil kecerdasan emosi guru-guru sekolah menengah

berdasarkan tujuh domain kecerdasan emosi yang diukur melalui Inventori

Kecerdasan emosi Malaysia (IKEM) / Malaysian Emotional Quotien Inventory

(MEQI) oleh Noriah et al (2003). Tujuh domain kecerdasan emosi yang dimaksudkan

ialah "Kesedaran kendiri, regulasi kendiri, motivasi kendiri, empati, kemahiran sosial,

kerohanian dan kematangan".

Oleh itu dicadangkan untuk kajian selanjutnya, dapat melihat kemungkinan

wujudnya domain-domain lain mengikut konteks tempatan, guna meningkatkan

kecerdasan emosi di kalangan guru-guru ataupun seluruh kakitangan awam di

Malalaysia.

iii. Kajian ini mendapati bahawa domain kerohanian dan kematangan mempunyai skor

min yang paling tinggi berbanding dengan skor min domain-domain yang lain. Juga

didapati bahawa tidak terdapat perbezaan kecerdasan emosi berdasarkan faktor

97

Page 98: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

jantina dan peringkat umur yang berbeza. Adalah dicadangkan untuk kajian yang

akan datang dapat dilakukan dengan menggunakan kaedah lain bagi mendapatkan

gambaran yang lebih jelas, menyeluruh dan sesuai dengan isu semasa yang sedang

hangat diperbincangkan.

iv. Memandangkan kajian hanya cuba melihat profil kecerdasan emosi guru-guru

sekolah menengah, menurut hemat pengkaji, kajian ini juga boleh diaplikasikan

kepada guru-guru sekolah rendah atau institusi awam dan swasta serta pengarah-

pengarah, jabatan-jabatan pendidikan ataupun sektor-sektor lain yang memerlukan

perkhidmatan kemanusiaan.

5.7 RUMUSAN

Berdasarkan huraian dan perbincangan dalam bab V ini, dapatlah dirumuskan bahawa

guru-guru sangat berperannan dalam menentukan kecemerlangan pendidikan di sekolah-

sekolah. Kecemerlangan guru-guru dalam menentukan masa depan pendidikan, mungkin

akan lebih baik lagi apabila masing-masingnya mempunyai kecerdasan emosi yang

bagus, disamping keterampilan mendidik dan kecerdasan intelektual.

Guru-guru adalah orang yang paling hampir dengan pendidikan, maju mundurnya

sesebuah pendidikan ditentukan oleh guru-guru yang melaksanakannya. Seiring dengan

kemajuan teknologi yang semakin canggih, guru-guru mungkin sering terdedah dengan

pelbagai tingkahlaku agresif yang selama ini mungkin jarang dijumpai sekolah-sekolah.

Untuk hal yang demikian guru perlu menghadapi dengan berhati-hati agar generasi

penerus bangsa ini tetap tumbuh dan berkembang serta bermanfaat untuk masa yang

akan datang.

Untuk mewujudkan kecemerlangan pendidikan, sesuai dengan wawasan 2020

(Malaysia ingin menjadikan pendidikan bertaraf dunia).

98

Page 99: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Maka untuk mewujudkan hasrat yang sedemikian besar itu, semua pihak yang terkait

dengan pendidikan, perlu memikirkan satu formula dan mengambil berat tentang

bagaimana untuk meningkatkan kualiti guru-guru dengan pelbagai keterampilan dan ilmu

serta kecerdasan emosi. Kerana penyelidikan telah banyak membuktikan bahawa

kecerdasan emosi sangat berperanan penting dalam meraih sesebuah kejayaan.

99

Page 100: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

RUJUKAN

Ary, D., Jacobs, L.C. & Razavieh, A. 1996. Introduction to research in education. Ed.ke-5. Fort Worth: Harcourt Brace College Publishers.

Atan Long. 1978. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Bar-On, R. Emotional and social intelligence: insights from the Emotional Quotient Inventory. Dlm. Bar-On, R. dan Parker, J.D.A. (Pnyt.). 2000. The handbook of emotional intelligence: theory, development, assessment, and application at home, school, and in the workplace, hlm. 363-388. San Francisco: Jossey-Bass.

Berita Harian. 2000. 24 Ogos.21 November

Berita Harian. 2000. 21 November

Berita Harian. 2001. Jun.

Branden, N. 1995. Six pillars of self esteem. New York: Bantam

Brewer, C & Campbell, D. G. 1991. Rhythms of learning: creative tools for developing lifelong skills. Tucson, Arizona: Zephyr Press.

Brown, B.L. 1999. Emotional intelligence: keeping your job. Trends and Issues Alert No. 9 (CD-ROM) ERIC 1992-Jun 2001.(24 Januari 2002)

Borg, M., Riding, R. & Falzon, J. 1991. Tekanan in Teaching: A Study of Occupational tenans and its determinants on job satisfaction and career commitment among primary schoolthechers. Educational Psycholog, 31, 165-699.

Bruhn, J.G. 1989. Job stress: An Opportunity for Professional Growth. The Career Development Quarterly 37: 306-314.

Cherniss, C. & Goleman, D. (Pnyt.) 2001. The emotionally intelligent workplace. San Francisco: Jossey-Bass.

C.P. Chaplin. 1981. Dictionary of Psychology. Alih bahasa oleh; Kartini Kartono. 1993. Jakarta: P.T Raja Grafindo Persada.

Corey, M. S. & Corey, G. 1997. Groups: process and practice. Ed. Ke-5. Pacific Grove: Brooks/Cole Publishing Company.

Covey, S.R. 1990. The 7 habits of highly effective people. New York: A Fireside Book.

100

Page 101: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Chua, B.S. dan Adi Fahrudin. 2002. Tekanan pekerjaan, kepuasan kerja dan implikasinya terhadap proses pengajaran-pembelajaran di sekolah: satu kajian ke atas guru-guru sekolah menengah di Kota Kinabalu, Sabah. Prosiding Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan 2002. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.

Dewan bahasa & Pustaka. 2002. Kamus dewan. Kualalumpur. 2002.

Dmaludin Ancok & Nashori Soroso. 1994. Psikologi Islami. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

DuBois, N. F., Alverson, G.F. & Staley, R.K. 1979. Educational psychology and instructional decisions. Homewood, Illinois: The Dorsey Press.

Duval, S. & Wicklund, R.A. 1972. A theory of objective self awareness. New York: Academic Press.

Elias, M.J., Zinns, J.E. Weisberg, R.P., Frey, K.S. Greenberg, M.T., Hanes, N.M., Kessler, R., Schwabb-Stone, M.E. & Shriver, T.P. 1997. Promoting Social and Emotional Learning: guidelines for educators. Alexandria, VA: ASCD.

Elias, M.J.,Tobias, S.E. dan Friedlander, B.S. 2000. Raising emotionally intelligent teenagers. New York : Harmony Books.

Fink, A. 1995. How to design surveys. Thousand Oaks: SAGE Publications.

Gardner, H. 1983. Frames of mind. London: William Heiemann Ltd.

Goleman. D. 1999. Kecerdasan emosi untuk mencapai puncak prestasi.Terj.Alex Trikantojo Widodo. 1999. Kecerdasan Emosi untuk Mencapai Punk prestasi. Jakarta: PT.Gramedia Utama.

Goleman. D. 1995. Emotional intelligence: Why it can matter more than IQ. New York: Bantam Books.

Goleman. D. 1996. Emotional intelligence: Why it can matter more than IQ. New York: Bantam Books.

Goleman. D. 1999. Working with emotional intelligence. New York: Bantam Books.

Goleman. D. 2001. Emotional intelligence: Issues in paradigm building. Dlm Cherniss, C. dan Goleman, D. (pnyt.) 2001. The emotionally intelligent workplace (atas talian) (28 Mac 2002).

Goleman. D. 2001. Emotional intelligence: issues in paradigm building. Dlm. Cherniss, C. & Goleman, D. (pnyt.). The emotionally intelligent workplace, hlm. 13-26 . San Francisco: Jossey-Bass.

Goleman. D., Boyatzis, R. & Mckee, A. 2002. The new leaders: Transforming the art of leadership into the science of results. London: A Little, Brown Book.

101

Page 102: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Gore. S. W. 2000. Enhancing students emotional intelligence and social adeptness. (CD-ROM) ERIC 1992-Jun 2001 (24 Januari 2002).

Guru di England hadapi beban kerja berlebihan. 2002. Utusan Malaysia, 4 Januari: 3.

Henry.S. 1994. Kamus Psikologi. Bandung: C.V Armico.

Inday, S. 2000. Emotional intelligence development differences in boys and girls between 4 to 6 years of age (MS) Universiti Putra Malaysia.

Johnson, K. S. 2000. Affective components in the education of the gifted. Gifted Child Today Magazine 23(4): 36-40 (CD-ROM) ERIC 1992-Jun 2001 (24 Januari 2002).

Jowati Juhary. 2002. Teachers’ identity and personality: Changes and Challenges. Prosiding Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan 2002. Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Krejcie, R.V. dan Morgan, D.W. 1970. Determining sample size for research activities. Educational and psychological measurement. 30:607-610.

Lester D. & Alice. 1984. Psikologi Pendidikan. Terj. Z. Kasijan. Surabaya: PT. Bina ilmu.

Mayer, J.D., Caruso, D.R. & Salovey, P. 1999. Emotional intelligence meets traditional standards for an intelligence. (atas talian) http:// www.eqi.org/fulltxt1.htm (18 Julai 2002).

Maslach, C. Jackson. S.E. 1989. Maslach burnout inventory Manual (2nd Ed).Polo Alto, CA:Counseling Psychologist Press.

Mohd Najib Ghafar. 2000. Kestabilan emosi guru: perbandingan antara pensyarah dan pelajar. Jurnal Teknologi 32 (E): 1-10.

Muhamad Jantan. 1993. Membina ibu bapa profesional dalam konteks psikologi keibubapaan. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Muhibbin Syah. 1995. Psikologi pendidikan suatu pendekatan baru. Bandung : Remaja Rosdakarya.

Muchinsky, P.M. 1997. Psychology applied to work. Ed. ke-5. Pacific Groove: Brooks/ Cole Publishing Company.

New Straits Times. 2002. Texas mom convicted of murder. 14 Mac: W 6

Noriah Mohd Ishak. 1994. Pola pemilihan respons menangani ketegangan dan hubungannya dengan punca ketegangan di kalangan guru-guru. Tesis Sarjana.Universiti Kebangsaan Malaysia.

102

Page 103: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Noriah Mohd Ishak, Zuria mahmud, Siti Rahayah Arifin dan Manisah mohd.Ali. 2003. Hubungan antara Tanggungjawab Kepada Diri, Pelajaran, Pelajar dan Masyarakat di Kalangan Guru-guru. Prosiding seminar kebangsaan profession pergurun. Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan malaysia.

Noriah Mohd Ishak, Zuria Mahmud, Siti Rahayah Ariffin dan Manisah Mohd Ali.2002. Hubungan antara tanggungjawab kepada diri, pelajaran, pelajar dan masyarakat di kalangan guru-guru. Jurnal Pendidikan. Jilid 24: 548-555.

Noriah Mohd Ishak, Zuria Mahmud. 2003. Kepintaran Emosi di Kalangan Pekerja di Malaysia. Prosiding IRPA- RMK-8 Kategori EAR. Jilid 1: 184-187.

New Straits Times. 2002. 14 Mac.

New Straits Times. 2002. 15 Mac.

Newman, J. M., Albright, J., Beveridge, J., Crass, K., Harding, M., Hughes, E., Kimpton, P., Manning, R., Mc Tavish, J., Millen, S., Peters, W., Wastie, S. & Leung, V. 1998. Tensions of teaching: beyond tips to critical reflection. New York: Teachers College Press.

Newton, D. P. & Newton, L.D. 2001. Choosing and judging teachers: what heads and student teachers think matter. Research in Education 66: 54-64.

O’Neil, J. 1996. On Emotional Intelligence: a conversation with Daniel Goleman. Educational Leadership 54(1): 6-11 (CD-ROM) PsycINFO 1999-2000 (24 Januari 2002).

Owen, H. Saunders, C. & Dickson, D. 1981. Social Skills in Interpersonal Communication. London: Croom Helm Ltd.

Perkins, D. 1995. Outsmarting IQ. New York: The Free Press.

Polloway, E.A., Patton, J.R., & Serna, L. 2001. Strategies for teaching learners with special needs. Ed. ke-7. Upper Saddle River, New Jersey: Merrill Prentice-Hall Inc.

Saadi, I. 2001. An attitudes to school for primary school children. Research in Education. 66: 65-75.

Sarason, S.B. 1999. Teaching as a performing art. New York : Teachers College Press.

Shapiro, L. E. 1997. How to raise a child with a high EQ. New York: HarperCollins Publisher.

Segal, J. 1997. Melejitkan kepekaan emosional. Terj. Ary Nilandari. Bandung: Penerbit Kaifa.

103

Page 104: Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tenga

Sherrington, C.S.1966. Nature and bodily mechanisms of emotion. Dlm Young, P.T. (pnyt.). 1966. Motivation and emotion: a survey of the determinants of human and animal activity. Ed. ke-3. New York: John Wiley & Sons Inc.

Skovholt, T. & D’Rozario, V. 2000. Portraits of outstanding and inadequate teachers in Singapore: The impact of emotional intelligence. Teaching and Learning. 21(1): 9-17.

Sternberg, R .J. 1996. Successful intelligence . New York: Simon & Schuster.

Stufft, W. D. 1996. Assessing your emotional IQ. Professional notes. Teaching Music 4 (1): 42-43 (CD-ROM) ERIC 1992-Jun 2001 (24 Januari 2002).

Sutarso, T. and others.1996. Effect of gender and GPA on emotional intelligence. (CD-ROM) ERIC 1992-Jun 2001. (24 Januari 2002).

Sutarso, P. 1999. Gender differences on the emotional intelligence inventory(EQI)(marital status).Dissertation Abstract International: Section B: The Sciences and Engineering (CD-ROM) PsycINFO 1999-2000. (24 Januari 2002).

Tapia, M. 1999. The relationships of the emotional intelligence inventory. (CD-ROM) ERIC1992-Jun 2001.( 24 Januari 2002).

Taufik. P. 2003. Revolusi IQ dan EQ. Bandung: Kaifa

Utusan Malaysia. 2001. April.

Utusan Malaysia. 2002. 4 Januari.

Utusan Malaysia. 2004. 24 Februari.

Wan Ashiba. 2003. Kecerdasan emosi di kalangan guru sekolah menenga berasrama penuh dan sekolah harian. Kertas projek Sarjana. Universiti Kebangsaan malaysia.

Weisenger, H. 1998. Emotional intelligence at work. San Francisco: Jossey-Bass.

Weisenger, H. 2000. Emotional intelligence at work. San Francisco: Jossey-Bass.

Wilks, F.1998. Intelligent emotion. London: Arrow Books.

Wiersma, W. 2000. Research method in education: an introduction. Needham Heights: Allyn & Bacon.

.

104