teori perkembangan emosi

25

Upload: azyyati-zainudin

Post on 21-May-2015

220 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teori perkembangan emosi
Page 2: Teori perkembangan emosi
Page 3: Teori perkembangan emosi

Terkenal dengan teori-teori tugas perkembangan manusia yang dikemukakan dalam buku yang bertajuk “HUMAN DEVELOPMENT AND EDUCATION”.

Dalam teori tersebut beliau menghuraikan tugas-tugas perkembangan manusia berdasarkan persekitaran sosiobudaya terutama yang berkaitan perkembangan jasmani & fizikal seseorang.

Sesuatu tingkah laku akan diulangi dengan sukarela apabila seseorang itu berjaya melakukan tugas tersebut dengan sempurna dan menimbulkan kepuasan kepadanya.

Apabila kegagalan sudah di tempuhi,walaupun untuk kali pertama,tingkah laku itu tidak akan diulangi lagi kerana perasaan kecewa akan menguasai diri seseorang.

Page 4: Teori perkembangan emosi
Page 5: Teori perkembangan emosi
Page 6: Teori perkembangan emosi
Page 7: Teori perkembangan emosi

Dikenali sebagai Teori Kematangan Biologi yang dikemukakan berdasarkan beberapa prinsip.Antaranya kanak-kanak adalah individu yang unik yang berbeza daripada kanak-kanak yang lain.Keunikan & perkembangan ini ditentukan oleh faktor baka daripada ibubapanya.

Selain itu faktor kematangan juga akan mempengaruhi perkembangan kanak-kanak .

Gesell juga mengatakan terdapatnya perkembangan kanak-kanak yang berbeza mengikut peringkat-peringkat tertentu.Setiap peringkat mempunyai ciri yang khusus yang membezakan peringkat tersebut dengan peringkat yang lain.

Namun begitu,kanak-kanak pada kebiasaannya akan mengalami masalah koordinasi apabila berada pada tahap peralihan antara suatu peringkat ke suatu peringkat yang lain.Oleh itu kanak-kanak berkecenderungan menunjukkan tingkah laku yang kurang stabil semasa peralahan tersebut.

Page 8: Teori perkembangan emosi
Page 9: Teori perkembangan emosi
Page 10: Teori perkembangan emosi

Teori perkembangan Erikson berdasarkan pemahaman berlakunya konflik pada setiap peringkat perkembangan yang tertentu.

Konflik ini berlaku kerana terdapat unsur positif dan negatif dalam setiap perkembangan.Konflik yang berlaku mendorong penyesuaian psikologikal secara berterusan.

Setiap konflik yang berlaku pada peringkat-peringkat tertentu mempunyai ciri-ciri yang khusus.

Teori ini dikenali sebagai Teori Perkembangan Emosi-Fizikal erikson.Peringkat ini bermula daripada peringkat bayi hingga ke tua.

Page 11: Teori perkembangan emosi

Dikenali sebagai konflik kepercayaan lawan ketidakpercayaan.Rasa kepercayaan mengikut Erikson dibina secara berperingkat-peringkat.Titik permulaan adalah pada tahun pertama.

Apabila sesuatu keperluan kanak-kanak tidak dipenuhi maka akan berputik rasa ketidakpercayaan yang akan diterjemahkan dengan perlakuan atau tingkah laku yang negatif.

Page 12: Teori perkembangan emosi

Kanak-kanak yang melalui peringkat ini,berkeinginan mempunyai kuasa membuat keputusan yang berkaitan dengan aktiviti seharian.

Mereka berusaha menunjukkan dan membuktikan mereka boleh membuat sesuatu yang mereka ingini dengan kebolehan dan daya usaha mereka sendiri tanpa bantuan orang lain.

Pada masa yang sama,mereka akan berasa malu pada diri sendiri atupun terhadap masyarakat sekeliling apabila tidak diberi kuasa yang perlu ada pada mereka.

Konflik yang berlaku dikenali sebagai konflik autonomi lawan malu/ragu.

Page 13: Teori perkembangan emosi

Dikenali sebagai konflik inisiatif lawan serba salah. Antara ciri perkembangan emosi yang berlaku pada

peringkat ini ialah kanak-kanak akan cepat belajar sesuatu pemgetahuan baru sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Oleh itu,kanak-kanak pada peringkat ini amat peka kepada fakta-fakta yang tepat atau fakta-fakta yang salah.

Sebaliknya,mereka akan berasa serba salah apabila diketawakan ketika melakukan sesuatu yang salah atau memberi jawapan yang menyimpang.

Kesannya mereka akan membina dengan sendirinya sikap negatif apabila mereka berasa serba salah.

Page 14: Teori perkembangan emosi

Berkeinginan terhadap sesuatu dan menguasainya adalah sebahagian daripada matlamat kehidupan seharian.Kanak-kanak jaga mempunyai keinginan membuktikan kejayaan dalam sebarang bidang yang diminatinya.

Pada peringkat ini,mereka sebenarnya sudah menguasai sebarang kemahiran asas yang diperlukan bagi mengendalikan tubuh badan mereka.Begitu juga kemahiran asas dalam aktiviti bersosial.

Kanak-kanak amat memerlukan kepelbagaian bentuk peneguhan positif sebagai perangsang bagi membuktikan kejayaan mereka.

Konflik emosi ini dikenali sebagai konflik kerajinan lawan rendah diri.

Page 15: Teori perkembangan emosi

Dikenali sebagai konflik identiti lawan kekeliruan identiti.

Remaja akan berusaha memahami dan menilai diri sendiri serta berkecenderungan berdepan dengan situasi-situasi yang bertentangan dengan identitinya.

Kesannya,mereka akan mengalami krisis identiti.Krisis identiti juga akan berlaku kerana para remaja begitu sensitif dengan perubahan fizikal badan.

Tubuh badan mereka adalah sebahagian daripada unsur yang membentuk imej kendiri seseorang remaja.

Keseluruhannya,remaja akan membentuk konsep kendiri yang positif dan negatif.

Page 16: Teori perkembangan emosi

Mempercayai manusia dilahirkan dengan desakan naluri yang semulajadi.Kekuatan tenaga dalaman yang sudah terbina dalam diri kanak-kanak adalah hasil daripada unsur biologi yang lebih dikenali sebagai libido.

Libido yang terpendam dalam diri kanak-kanak ini akan mendorong tingkah laku seperti mengingat,berfikir,dan bertindak.Secara keseluruhannya peranan libido boleh dilihat daripada 3 aspek berikut:

1)Naluri libido 2)Naluri kematian 3)Naluri kehidupan

Page 17: Teori perkembangan emosi

Naluri libido merujuk kepada kenikmatan yang berkaitan yang berkaitan dengan seks.Konsep ini muncul dalam diri seseorang sejak dari bayi lagi.

Naluri libido berkembang dan mempunyai peringkat dan ciri yang khusus.Setiap peringkat mempunyai peranan yang tertentu dan berkaitan dengan peringkat –peringkat yang lain.

Keseluruhan proses perkembangan dikenali sebagai perkembangan psiko seksual.

Page 18: Teori perkembangan emosi
Page 19: Teori perkembangan emosi

Peringkat Id

Merupakan “gudang simpanan” segala bentuk dorongan atau tanaga dalaman.

Sifat primitif adalah ciri penting peringkat ini. Segala dorongan dan tenaga ini diarahkan kepada matlamat untuk

memperoleh keseronokan dan kenikmatan. Bagi memperoleh keseronokan dan kenikmatan ini,seorang itu

tidak mempedulikan segala rintangan yang akan dihadapinya. Dari segi praktiknya,bagi mencapai keseronokan dan kenikmatan

ini bukan sesuatu yang terlalu mudah diperoleh.Id terpaksa berhadapan dengan ego dan super ego yang mempunyai prinsip yang berbeza dengan Id.

Ego dan super ego akan sentiasa menjadi halangan utama Id.Kesan kepada halangan tersebut ialah akan berlakunya ketidakseimbangan dalam diri seseorang.

Page 20: Teori perkembangan emosi

Peringkat Ego

•Ego sebenarnya berkembang daripada Id.Kemahuan-kamahuan Id bertukar menjadi ego akibat daripada pengaruh-pengaruh langsung dari dunia realistik.•Ego diresapi kenyataan-kenyataan kehidupan yang sebenarnya.•Desakan dan dorongan id ditrima oleh ego,namun bentuk desakan dan dorongan tersebut diubah dalam bentuk yang lain supaya bersesuaian dengan kehendak masyarakat sekeliling.•Pada dasarnya,fungsi-fungsi ego adalah seperti berikut: a)Berfikir secara rasional. b)Mengatur desakan c)Menahan dorongan d)mengatur tingkah laku @ aktiviti yang berlandaskan tujuan. e)Mengeksploitasi emosi

Page 21: Teori perkembangan emosi

Peringkat Super Ego

•Interaksi Id dan super ego adalah lebih tegas daripada interaksi Id dan ego.Pada peringkat ini,banyak mekanisme pertahanan diri tidak lagi berfungsi dengan sempurna’•Super ego diwarnai dengan norma-norma,moral dan nilai susila setempat.Nilai-nilai masyarakat setempat akan membentuk lingkungan sosial yang akan menjadi jentera penghalang utama kepada Id.•Berdasarkan interaksi antara Id,ego & super ego,Freud memperincikan interaksi tersebut dalam bentuk perkembangan psikoseksual.•Perkembangan psikoseksual merujuk kepada pertumbuhan dan perkembangan fisiologi pada bahagian-bahagian tertentu tubuh badan kanak-kanak.

Page 22: Teori perkembangan emosi

Tahap Huraian

Tahap oral (0 – 1 tahun) •Tahap asas perkembangan psikoseksual manusia.seseorang bayi memperoleh segala bentuk kepuasan dan kenikmatan melalui daerah mulut.•Melalui daerah mulut seseorang bayi itu akan memperoleh makanan atau susu.•Pemberian itu akan menghilangkan desakan dorongan untuk sementara.

Tahap aral (1 – 3 tahun) •Tahap kedua perkembangan psikoseksual seseorang individu.•Daerah kepuasan tidak lagi berpusat di mulut tetapi berubah ke daerah anus.•Kegiatan penting daerah anus adalah membuang air besar.•Apabila kanak-kanak dapat membuang najisnya mengikut cara yang ada padanya maka kanak-kanak tersebut akan memperoleh kepuasan yang optimum.

Page 23: Teori perkembangan emosi

Tahap falik (4 – 6 tahun) •Kanak-kanak mula mendapat keseronokan daripada organ kejantinaan.•Kanak-kanak sudah dapat membandingkan perbezaan oatonomi antara jantina lelaki dan permpuan.•Perbezaan tersebut dikaitkan dengan kegiatan seks.

Tahap laten (6 – 12 tahun) •Tahap ini memperlihatkan pengaruh rakan sebaya dalam pembentukan personaliti kanak-kanak.•Kasih sayang tidak lagi berpusat kepada ibu bapa kerana kasih sayang kanak-kankak ini dikongsi kepada ahli kkeluarga yang lain.•Sifat kelelakian dalam kalangan kanak-kanak lelaki akan di kuatkan dengan proses sosialisasi di antara mereka dengan kanak-kanak lelaki yang lain.

Page 24: Teori perkembangan emosi

•Kanak-kanak perempuan pula menguatkan sifat kewanitaan mereka dengan cara yang sama dengan kanak-kanak lelaki tadi.•Mereka bersosialisasi dengan kanak-kanak yang sejantina dengan mereka.•Pengalaman baru bersama rakan sebaya membolehkan mereka “menenangkan”pada tahap ini.

Tahap genital (12 tahun ke atas)

•Para remaja mula menunjukkan minat mereka terhadap rakan-rakan yang berlainan jantina.•Sebagai kesan kepada sosialisasi tersebut mereka tertarik dengan isu-isu yang berkaitan dengan dunia remaja seperti isu ‘dating’,kerjaya masa depan,dan perkahwinan.•Pada masa ini,kalenjar-kalenjar kelamin sudah mula berfungsi dan boleh mendorong kepada kegiatan seks yang sebenarnya.•Perasaan cinta sudah wujud.

Page 25: Teori perkembangan emosi