edu

3
3.1 Situasi DI Dalam Bilik Darjah Cikgu Ali merupakan seorang guru baru di sekolah Kebangsaan Seri Murni. Sebagai seorang guru baru, Cikgu Ali merasakan beliau masih tidak dapat mengawal kelas dengan baik. Cikgu Ali telah ditugaskan menjadi guru kelas bagi kelas 5 Biru. Cikgu Ali mendapati terdapat beberapa orang murid di dalam kelas tersebut selalu menimbulkan masalah ketika pengajaran di dalam kelas. Murid - murid tersebut selalu membuat bising, menganggu rakan – rakan yang lain dan tidak focus ketika guru mengajar di hadapan. Sebagai seorang guru kelas, Cikgu Ali amat bimbang dengan masalah ini kerana murid – murid lain juga tidak dapat focus ketika pengajaran dan pembelajaran berjalan. 3.2 Model Yang Digunakan Berdasarkan situasi di atas, saya telah memilih Model Asertif Canter. Model ini bagus kerana ia menegaskan tingkahlaku yang sopan dan baik di dalam diri setiap individu. Selain itu, guru juga haruslah bertanggungjawab ke atas setiap tingkahlaku murid. Di dalam model ini, guru harus menjadikan setiap pelajar mempunyai akhlak – akhlak dan nilai murni yang baik di dalam diri masing – masing. Apabila terdapat murid yang Berjaya menunujukkan tingkahlaku yang diingini, ganjaran haruslah diberikan. Terdapat dua jenis ganjaran iaitu berbentuk material ataupun bukan material. Ganjaran berbentuk material seperti gula – gula, buku, pensil dan sebagainya. Manakala Pengurusan Bilik Darjah

Upload: xiao-wei

Post on 18-Dec-2015

223 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

mm

TRANSCRIPT

3.1 Situasi DI Dalam Bilik DarjahCikgu Ali merupakan seorang guru baru di sekolah Kebangsaan Seri Murni. Sebagai seorang guru baru, Cikgu Ali merasakan beliau masih tidak dapat mengawal kelas dengan baik. Cikgu Ali telah ditugaskan menjadi guru kelas bagi kelas 5 Biru. Cikgu Ali mendapati terdapat beberapa orang murid di dalam kelas tersebut selalu menimbulkan masalah ketika pengajaran di dalam kelas. Murid - murid tersebut selalu membuat bising, menganggu rakan rakan yang lain dan tidak focus ketika guru mengajar di hadapan. Sebagai seorang guru kelas, Cikgu Ali amat bimbang dengan masalah ini kerana murid murid lain juga tidak dapat focus ketika pengajaran dan pembelajaran berjalan.3.2 Model Yang DigunakanBerdasarkan situasi di atas, saya telah memilihModel Asertif Canter. Model ini bagus kerana ia menegaskan tingkahlaku yang sopan dan baik di dalam diri setiap individu. Selain itu, guru juga haruslah bertanggungjawab ke atas setiap tingkahlaku murid. Di dalam model ini, guru harus menjadikan setiap pelajar mempunyai akhlak akhlak dan nilai murni yang baik di dalam diri masing masing. Apabila terdapat murid yang Berjaya menunujukkan tingkahlaku yang diingini, ganjaran haruslah diberikan. Terdapat dua jenis ganjaran iaitu berbentuk material ataupun bukan material. Ganjaran berbentuk material seperti gula gula, buku, pensil dan sebagainya. Manakala

Pengurusan Bilik Darjahganjaran berbentuk bukan material seperti kata kata pujian, semangat dan galakan daripada guru tersebut.Selain itu,Model Kelompok Kouninjuga merupakan model yang dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah pada situasi di atas. Model ini mementingkan keupayaan guru untuk mengawal kelas dengan efektif dan berkesan. Guru perlulah cakna terhadap keperluan dan kehendakmurid-murid.Guru yang memilih model ini sebagai penyelesaian perlulah mempunyai karakteristik seperti peramah, dapat melakukan banyak perkara pada suatu masa, mampu mengagak sesuatu situasi yang bakal berlaku, berupaya memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan berupaya membuatkan pelajar fokus semasa proses pengajaran berjalan. Jika kesemuaciri-ciriini ada di dalam diri guru tersebut nescaya beliau akan berjaya mengawal kelasnya dengan baik dan masalah yang dihadapi dapat ditangani dengan berkesan sekali3.2 Strategi Penyelesaian MasalahTerdapat beberapa strategi yang dapat di gunakan oleh Cikgu Ali untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh beliau. Di dalam situasi tersebut, Cikgu Ali merupakan guru kelas 5 Biru. Di dalam kelas tersebut terdapat beberapa murid yang bermasalah dan suka membuat bising di dalam kelas serta tidak fokus ketika pengajaran dan pembelajaran berjalan. Sebagai guru kelas, Cikgu Ali boleh membuat satuperaturan kelas yang ringkas, padat dan tegas untuk kelas tersebut.Ini akan dapat mengawal keadaan kelas ketika waktu pengajaran dan pembelajaran. Jika para pelajar dapat mengikut peraturan yang dibuat, guru perlulah member peneguhan positif kepada para pelajar seperti pujian, ganjaran, penghargaan dan lain lain. Peneguhan negative juga perlu dibuat jika para pelajar tidak dapat mengikut peraturan yang telah dibuat seperti teguran dan dendaan. Tetapi peneguhan ini perlu diberi mengikut kesesuaian.Selain itu cikgu Ali juga bolehmengasingkan beberapa orang pelajar tersebut supaya mereka tidak berkelompok.Cikgu Ali boleh menyusun semula kedudukan mereka dengan menempatkan mereka duduk bersebelahan dengan mereka yang

Pengurusan Bilik Darjahberminat untuk belajar. Dengan cara ini dapat mengurangkan gangguan ketika pengajaran dan pembelajaran didalam kelas sedang berjalan. Seterusnya, Cikgu Ali perlumemahamipunca-puncapelajar tidak berminat untuk belajar. Cikgu Ali mungkin perlu menukar cara pengajaran seperti cara pengajaran yang memusatkan pelajar. Ini dapat meningkatkan penglibatan pelajar semasa proses pengajaran- pembelajaran dijalankan.