edu tutorial m12

3
EDU Tutorial M12 Bincangkan komunikasi guru yang berkesan serta masalah-masalah komunikasi dalam konteks murid di sekolah pedalaman dan murid berkeperluan khas. Komunikasi bermaksud berhubung di antara satu sama lain yang melibatkan pihak yang berkomunikasi, ruang, jarak dan medium yang telah digunakan. Oleh itu, dalam konteks bilik darjah, komunikasi adalah berlaku di antara guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan sumber (BBM yang bersifat interaktif). Komunikasi yang berkesan dapat memastikan suatu sesi pembelajaran dan pengajaran yang efektif, aktif, menyeronokkan, dan mencapai hasil pembelajaran. Perancangan PdP yang baik disampaikan dan dilaksanakan melalui kemahiran komunikasi yang baik. Komunikasi yang berkesan bermaksud mesej yang disampaikan adalah jelas, tepat dan mudah difahami oleh penyampai dan penerima. Guru mestilah mempunyai kemahiran komunikasi terutamanya melibatkan murid yang mempunyai pelbagai latar belakang. Adalah penting bagi guru untuk mengetahui latar belakang murid supaya mudah menyesuaikan laras bahasa dan isu yang akan dikemukakan. Dengan pengetahuan tersebut, isu sensitif juga dapat dielakkan. Guru perlu mengetahui kebolehan dan penguasaan bahasa muridnya. Di pihak guru pula perlulah menggunakan bahasa yang mudah difahami murid. Arahan guru mestilah jelas, tepat, padat dan ringkas. Guru juga perlu bersikap dan berfikiran positif. Guru perlu melihat kepada persamaan murid dan anggap perbezaan ini sebagai suatu kelebihan. Guru perlu menghindarkan sikap pilih kasih atau diskriminasi. Sebaliknya bersikap demokratik dan melayan murid dengan sama rata. Guru perlu banyak memberi motivasi dan pujian serta

Upload: micky-yii

Post on 17-Jan-2016

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nn

TRANSCRIPT

Page 1: EDU Tutorial M12

EDU Tutorial M12

Bincangkan komunikasi guru yang berkesan serta masalah-masalah komunikasi dalam konteks

murid di sekolah pedalaman dan murid berkeperluan khas.

Komunikasi bermaksud berhubung di antara satu sama lain yang melibatkan pihak yang

berkomunikasi, ruang, jarak dan medium yang telah digunakan. Oleh itu, dalam konteks bilik

darjah, komunikasi adalah berlaku di antara guru dengan murid, murid dengan murid dan murid

dengan sumber (BBM yang bersifat interaktif).

Komunikasi yang berkesan dapat memastikan suatu sesi pembelajaran dan pengajaran

yang efektif, aktif, menyeronokkan, dan mencapai hasil pembelajaran. Perancangan PdP yang

baik disampaikan dan dilaksanakan melalui kemahiran komunikasi yang baik.  Komunikasi yang

berkesan bermaksud mesej yang disampaikan adalah jelas, tepat dan mudah difahami oleh

penyampai dan penerima.

Guru mestilah mempunyai kemahiran komunikasi terutamanya melibatkan murid yang

mempunyai pelbagai latar belakang. Adalah penting bagi guru untuk mengetahui latar belakang

murid supaya mudah menyesuaikan laras bahasa dan isu yang akan dikemukakan. Dengan

pengetahuan tersebut, isu sensitif juga dapat dielakkan. Guru perlu mengetahui kebolehan dan

penguasaan bahasa muridnya.  Di pihak guru pula perlulah menggunakan bahasa yang mudah

difahami murid. Arahan guru mestilah jelas, tepat, padat  dan ringkas.

Guru juga perlu bersikap dan berfikiran positif. Guru perlu melihat kepada persamaan

murid dan anggap perbezaan ini sebagai suatu kelebihan. Guru perlu menghindarkan sikap pilih

kasih atau diskriminasi. Sebaliknya bersikap demokratik dan melayan murid dengan sama rata.

Guru perlu banyak memberi motivasi dan pujian serta rangsangan kepada murid. Melalui ini,

barulah pembelajaran akan jadi lebih seronok.

Guru juga bersikap ramah, mesra dan beremosi stabil. Biasanya, guru sebegini akan

menunjukkan air muka yang manis, tersenyum dan berkeyakinan.  Ini akan menjadikan murid

yakin, selesa, berani dan bermotivasi untuk memberi respon. Maka, guru perlu menghormatilah

pandangan dan idea yang dikemukakan oleh murid. Bagi sesi soal jawab, jawapan murid yang

kurang baik boleh dikembangkan dengan menanya soalan kepada murid lain pula. Sekiranya

murid memberi jawapan dengan baik, maka guru perlu memberi pujian kepada mereka.

Bukan itu sahaja, guru perlu menjadi pendengar yang aktif apabila murid memberikan

pandangan. Sebagai contoh, guru boleh memberikan dorongan minima seperti “ooh”, hmmm,

‘ya, teruskan’, mengangguk, mimik muka yang penuh minat dan gerakan tangan yang ringkas.

Hal ini secara langsung akan menggalakkan murid terus bercerita atau menjawab soalan. Guru

boleh memberikan jeda (pause) di antara 3 hingga 5 saat sebaik sahaja habis bertanya supaya

Page 2: EDU Tutorial M12

murid mempunyai masa untuk berfikir dan menyusun idea. Kajian menunjukkan bahawa sedikit

masa senyap yang diberi selepas bertanya soalan akan menghasilkan jawapan yang lebih

tepat, lebih banyak, lebih panjang  dan lebih komunikatif.

Biasanya, faktor yang menyebabkan masalah komunikasi dalam kalangan murid yang

belajar di sekolah pedalaman ialah penggunaan bahasa sendiri oleh murid setempat. Hal ini

akan menyebabkan guru tidak dapat berkomunikasi dengan murid. Murid ini biasanya hanya

menggunakan bahasa tersendiri untuk berkomunikasi dengan ibu bapa di rumah dan secara

lansung menyebabkan mereka jarang menggunakan bahasa rasmi, bahasa Melayu. Oleh itu,

guru perlu cuba mempelajari dan menggunakan bahasa tempatan bagi menarik minat mereka

untuk belajar di samping meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka.

Maka, murid yang belajar di sekolah pedalaman biasanya tidak kurang persediaan untuk

belajar di sekolah dan seterusnya menyebabkan komunikasi tidak berkesan berlaku. Hal ini

kerana mereka perlu membantu ibu bapa mereka untuk bekerja dan kurang masa untuk belajar.

Bagi mereka, bekerja adalah lebih penting berbanding dengan belajar. Melalui ini, murid akan

mula kehilangan motivasi untuk belajar bersungguh-sungguh. Oleh itu, bagi mewujudkan suatu

komunikasi yang berkesan, guru perlulah mengetahui latar belakang murid tersebut bagi

mengubah sikap mereka yang tidak suka belajar.

Faktor yang menyebabkan masalah komunikasi dalam kalangan murid keperluan khas

adalah sikap antisosial. Apabila ini berlaku, maka pertukaran bahasa dengan kekerapan yang

tinggi tidak akan berlaku. Dalam erti kata lain murid berkeperluan khas mungkin tidak mendapat

perkataan atau lambang bahasa baru disebabkan sikapnya yang lebih suka bersendirian.

Selain itu, sikap yang tidak memberi tumpuan semasa proses PdP juga menyebabakan

murid keperluan khas tidak dapat menguasai perbendaharaan kata yang baru. Hal ini secara

tidak langsung akan menyebabkan mereka tidak dapat menuturkan bunyi bahasa dengan baik

dari segi fonologi.

Malahan, murid berkeperluan khas juga menghadapi masalah untuk mentaksirkan

mesej yang disampaikan oleh guru. Biasanya, guru tidak dapat bertutur dan memberi arahan

kepada murid sebegini seperti murid normal lain. Guru perlu menunjukkan beberapa contoh

sebagai tunjuk ajar. Sebagai contoh, untuk menyuruh murid berkeperluan khas memasukkan

bola ke dalam bakul, mereka kelihatan agak lambat untuk mentaksirkan arahan yang disuruh.

Jadi, ini telah membuktikan bahawa murid berkeperluan khas menghadapai masalah untuk

mentaksir mesej dan menyebabakan komunikasi tidak berkesan berlaku.