edu tugasan 2

4
Tugasan 2 Buat rumusan tidak lebih dua muka surat secara individu tentang implikasi tugas dan tanggungjawab seorang guru terhadap perkembangan profesionalisme diri Perkataan keguruan boleh diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru, iaitu yang berkaitan dengan peranan , tugas dan kelayakan sebagai guru. Misalnya , masyarakat menyanjung sifat – sifat keguruan yang luhur. Berdasarkan konsep profesion, perguruan dan keguruan dihuraikan diatas, maka profesion perguruan boleh dirumuskan sebagai pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang lebih tinggi dan latihan khas, misalnya latihan yang dijalankan dalam institut perguruan. Ini bermakna guru sebagai profesional merupakan orang yang mengamalkan ilmu pengetahuan , pengetahuan , kepakaran dan kemahirannya dalam profesion keguruan.Selain itu implikasi daripada peranan dan tanggungjawab yang di mainkan oleh seseorang guru dalam sebuah sekolah tidak kurang pentingnya, malah amat penting dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. Antara peranan dan tanggungjawab guru ialah merancang aktivti pengajaran berdasaarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai. Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar

Upload: leticia-davis

Post on 18-Jan-2016

217 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

V

TRANSCRIPT

Page 1: Edu Tugasan 2

Tugasan 2

Buat rumusan tidak lebih dua muka surat secara individu tentang implikasi tugas dan

tanggungjawab seorang guru terhadap perkembangan profesionalisme diri

Perkataan keguruan boleh diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru, iaitu

yang berkaitan dengan peranan , tugas dan kelayakan sebagai guru. Misalnya , masyarakat

menyanjung sifat – sifat keguruan yang luhur. Berdasarkan konsep profesion, perguruan dan

keguruan dihuraikan diatas, maka profesion perguruan boleh dirumuskan sebagai pekerjaan

pengajaran yang memerlukan pelajaran yang lebih tinggi dan latihan khas, misalnya latihan

yang dijalankan dalam institut perguruan. Ini bermakna guru sebagai profesional merupakan

orang yang mengamalkan ilmu pengetahuan , pengetahuan , kepakaran dan kemahirannya

dalam profesion keguruan.Selain itu implikasi daripada peranan dan tanggungjawab yang di

mainkan oleh seseorang guru dalam sebuah sekolah tidak kurang pentingnya, malah amat

penting dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. Antara peranan dan

tanggungjawab guru ialah merancang aktivti pengajaran berdasaarkan sukatan pelajaran dan

melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai. Seorang guru

haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa

dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan

teknik yang berkesan.

Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid

berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap

pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial

dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah

tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala

perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap

proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi

bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid

memperolehi model yang baik.

Sebagai penggerak pembelajaran dengan membimbing murid-murid supaya mereka

berusaha belajar secara individu ataupun secara kumpulan. Manakala, guru harus

mengurus bilik darjah seperti mengurus rutin bilik darjah, menentukan corak penyusunan meja –

kerusi dan peralatan untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.

Bukan setakat itu sahaja guru juga berperanan sebagai ibu bapa kepada murid-murid, demi

menjaga keselamatan dan kebajikan mereka. Peranan ini membantu murid-murid

Page 2: Edu Tugasan 2

menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahadian keluarga mereka.Tambah lagi, guru juga

menjadi model hidup dimana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada murid.Nilai –nilai

mur ni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung diterapkan dalam jiwa

murid.Sebagai pembimbing dan kaunseler guru dapat memberi nasihat dan bantuan kepada

muri yang mhan untuk membantu menghadapi masalah dalam proses pembelajaran atau

masalah peribadi. Seseorang guru sebagai pemeriksa dan penilai seperti memeriksa buku kerja

murid, kertas ujian , peperiksaan dan berdasarkan hasil pemeriksaan, menilai perestasi murid

serta mengenalpasti kelemahan yang terdapat dalam pembelajaran mereka. Berdasarkan

punca kelemahan yang telah dikenalpasti guru dapat merancang aktiviti pemulihan untuk

membantu muridmengatasimasalahpembelajaranyangdihadapi.

Peranan dan tanggungjawab guru termasuk dalam sebagai kerani seperti melakukan

kerja-kerja menaip kertas-kertas soalan yang disediakan, merekod markah-markah

ujian,mengisi keputusan peperiksaan dalam buku kemajuan , menulis surat kepada ibu bapa

dan kerja-kerja kerani yang lain. Selain itu guru juga berperanan pelajar dengan mengikuti

kursus meningkatkan keilmuan profesionalisme keguruan dari semasa ke semasa untuk

meningkatkan mutu pengajarannya. Guru juga harus mempunyai perhubungan sebagai

pegawai di antara guru besar dengan murid, diantara pihak sekolah dengan ibu bapa.

Guru sebagai pengamal kemahiran profesional harus mempunyai pengetahuan yang luas,

kemahiran dan kaedah penyampaian yang cekap serta mempunyai sahsiah yang elok dan

bersikap dedikasi. Guru yang memperolehi kemahiran profesioanal adalah bertauliah dan cekap

menjalankan tugas-tugas seperti pengajaran, bimbingan dan aktiviti ko-kurikulum berlandaskan

amalan teori-teori pendidikan. Seorang guru mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam

tentang matapelajaran yang hendak diajarnya agar penyampaian dalam pengajarannya dapat

difahamiolehmurid-murid.

Guru sebagai agen sosialisasi. Sehubungan ini guru harus berperanan sebagai

penyebar ilmu kemasyarakatan serta membentuk sahsiah yang sesuai dengan norma dan nilai

masyarakat. Tambahan lagi guru juga membentuk masyarakat penyayang serta menjadi rol

model kepada muri dan masyarakat. Seterusnya ialah memenuhi tanggungjawab dan implikasi i

seorang guru kepada rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam

kegiatan-kegiatan masyarakat serta mengeratkan persefahaman dan bekerjasama dengan

ikhlas di kalangan guru dan ibu bapa murid. Akhir sekali, memberi sumbangan secara sukarela

kepada negara serta bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial demi

mewujudkan suasana yang harmoni dalam kehidupan masyarakat.

Disediakan oleh : YUSRI BIN ABU BAKAR 810329-09-5039

Page 3: Edu Tugasan 2

BIODATA

Nama : Yusri Bin Abu Bakar

No. kad Pengenalan : 810329-09-5039

No .Matrik : G061/588

Kumpulan : Ambilan Semula Mac 2014

Alamat Sekolah : Sekolah Kebangsaan Putat 06000 Jitra Kedah Darul Aman

NO .Telefon : 019 – 5260098