edu soalan 1noraidah.docx

7
Ulasan Kritis Kandungan Jurnal Pendidikan Jilid(1),2007 Dan Perkaitan Dari Segi Tumpuan Tugas Dan Pengalaman Sebenar Seorang Guru Yang Menyentuh Aspek Akautabiliti Dan Intergriti Dalam Menentukan Keberkesanan Pelaksanaan Perubahan Kurikulum. Guru memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan sesuatu inovasi kurikulum.Tanpa penglibatan guru secara aktif,matlamat kurikulum yang dirancang sukar untuk dicapai.Secara umumnya,penglibatan guru dalam proses pelaksanaan inovasi kurikulum di sekolah adalah berbeza-beza di samping pelbagai cabaran serta rintangan dalam melaksanakannya secara berkesan. Berdasarkan Jurnal Pendidikan Jilid 27(1),kajian ini melibatkan tentang profil Tumpuan Guru terhadap pelaksanaan perubahan kurikulum di sekolah. Isu ini memberi pengertian bahawa seseorang guru mempunyai tahap tumpuan yang berbeza-beza dalam menerima dan melaksanakan inovasi kurikulum.Dalam Jurnal Pendidikan 27(1),2007, ini melibatkan kajian tentang Tahap Tumpuan Guru Terhadap Pelaksanaan Perubahan yang melibatkan kategori tumpuan; i. tumpuan Tiada Berkaitan, ii. tumpuan berkaitan Peribadi, iii. Tumpuan Berkaitan Tugas, dan iv. Tumpuan Berkaitan Kesan. Hasil dapatan mendapati bahawa Tahap Tumpuan Berkaitan Peribadi,Tahap Tumpuan Berkaitan Tugas dan Tahap Tumpuan Berkaitan Kesan adalah berjumlah 83.2 %.Jumlah ini telah menangkis sebarang andaian yang sering dipropagandakan dalam masyarakat tentang komitmen guru terhadap inovasi.Sebilangan besar guru berpandangan positif dan bersedia serta berkomitmen terhadap sebarang perubahan berlaku dalam bidang pendidikan terutamanya melibatkan perubahan kurikulum.Dapatan berada pada tahap Tumpuan Berkaitan Peribadi Guru adalah lebih ramai.Situasi ini memberi gambaran bahawa guru memberi lebih keutamaan terhadap perkara berkaitan dengan peribadi terlebih dahulu sebelum memberi komitmen terhadap tugas yang berkaitan dengan inovasi.Pemasalahan yang berkaitan dengan urusan keperibadian menjadi keutamaan kerana guru akan lebih bermotivasi dan 1

Upload: sarah-clements

Post on 21-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: EDU SOALAN 1NORAIDAH.docx

Ulasan Kritis Kandungan Jurnal Pendidikan Jilid(1),2007

Dan Perkaitan Dari Segi Tumpuan Tugas Dan Pengalaman Sebenar Seorang

Guru Yang Menyentuh Aspek Akautabiliti Dan Intergriti Dalam Menentukan

Keberkesanan Pelaksanaan Perubahan Kurikulum.

Guru memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan sesuatu inovasi

kurikulum.Tanpa penglibatan guru secara aktif,matlamat kurikulum yang

dirancang sukar untuk dicapai.Secara umumnya,penglibatan guru dalam

proses pelaksanaan inovasi kurikulum di sekolah adalah berbeza-beza di

samping pelbagai cabaran serta rintangan dalam melaksanakannya secara

berkesan.

Berdasarkan Jurnal Pendidikan Jilid 27(1),kajian ini melibatkan tentang profil

Tumpuan Guru terhadap pelaksanaan perubahan kurikulum di sekolah. Isu ini

memberi pengertian bahawa seseorang guru mempunyai tahap tumpuan

yang berbeza-beza dalam menerima dan melaksanakan inovasi

kurikulum.Dalam Jurnal Pendidikan 27(1),2007, ini melibatkan kajian tentang

Tahap Tumpuan Guru Terhadap Pelaksanaan Perubahan yang melibatkan

kategori tumpuan;

i. tumpuan Tiada Berkaitan,

ii. tumpuan berkaitan Peribadi,

iii. Tumpuan Berkaitan Tugas, dan

iv. Tumpuan Berkaitan Kesan.

Hasil dapatan mendapati bahawa Tahap Tumpuan Berkaitan Peribadi,Tahap

Tumpuan Berkaitan Tugas dan Tahap Tumpuan Berkaitan Kesan adalah

berjumlah 83.2 %.Jumlah ini telah menangkis sebarang andaian yang sering

dipropagandakan dalam masyarakat tentang komitmen guru terhadap

inovasi.Sebilangan besar guru berpandangan positif dan bersedia serta

berkomitmen terhadap sebarang perubahan berlaku dalam bidang pendidikan

terutamanya melibatkan perubahan kurikulum.Dapatan berada pada tahap

Tumpuan Berkaitan Peribadi Guru adalah lebih ramai.Situasi ini memberi

gambaran bahawa guru memberi lebih keutamaan terhadap perkara

berkaitan dengan peribadi terlebih dahulu sebelum memberi komitmen

1

Page 2: EDU SOALAN 1NORAIDAH.docx

terhadap tugas yang berkaitan dengan inovasi.Pemasalahan yang berkaitan

dengan urusan keperibadian menjadi keutamaan kerana guru akan lebih

bermotivasi dan berinovasi dalam melaksanakan transformasi dalam inovasi

kurikulum sekiranya bidang ini dapat diselesaikan. Gangguan emosi dan

tahap tekanan yang tinggi secara berterusan akan menganggu tahap

motivasi para guru.Akhirnya mungkin menjejaskan tahap perkembangan diri

guru itu sendiri dan keberkesanan guru dalam melaksanakan tugasan harian

mereka di sekolah.Lantaran itu dapatan kajian ini lebih memberi keutamaan

kepada perkara Tumpuan Berkaitan Peribadi.

Tahap Tumpuan berkaitan Tugas berada selepas tumpuan berkait

dengan peribadi.Namun demikian tahap tumpuan tersebut masih berada

pada tahap guru masih mempunyai semangat dan motivasi dalam

melaksanakan perubahan dalam kurikulum pendidikan.Tahap ini juga,

memberi gambaran bahawa sebarang perubahan dalam kurikulum

pendidikan mendapat sokongan positif daripada para guru.

Guru sebenarnya sebagai agen transformasi dalam inovasi kurikulum

yang paling penting kerana guru memainkan peranan penting dalam

menentukan keberkesanan perubahan kurikulum di sekolah.Guru adalah

insan yang berupaya untuk menentukan dan mencorakkan bagaimana

perubahan kurikulum dapat dilaksanakan mengikut pedagogi bidang

keguruan. Hanya segelintir sahaja guru-guru yang kurang memberi komitmen

terhadap inovasi yang dilakukan dalam kurikulum.Namun demikian bilangan

ini tidaklah menjejaskan perubahan yang dilakukan dalam bidang pendidikan.

Kesediaan guru untuk melaksanakan inovasi adalah persoalan

penting yang perlu dipertimbangkan oleh pihak perancangan pendidikan

supaya wujudnya keharmonian antara pihak pelaksana inovasi (guru) dan

perancang inovasi itu sendiri, Pelaksanaan inovasi tersekat jikalau pihak

berkuasa pendidikan menganggap inovasi kurikulum sebagai satu kemestian,

sedangkan guru melihatnya pada sudut pandangan sebaliknya.Dapatan

kajian memberi gambaran tentang keperluan guru sebelum berkomitmen

untuk menjayakan transformasi.

Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan

pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud

orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi

2

Page 3: EDU SOALAN 1NORAIDAH.docx

petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang

memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu yang

mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat

mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan

pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan

guru.

Konsep akauntabiliti Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan

‘akauntabiliti’ di huraikan sebagai bertangungjawab kepada seseorang atau

bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep

akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan

mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk

mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah

mengenai displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima

keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil.

Akauntabiliti keguruan.Akauntabiliti keguruan bermakna

tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru.

Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan

tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau

tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi

akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat

dan negara , dan profesion keguruan amnya.

Akauntabiliti guru terhadap Pelajar.Seorang guru haruslah

menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk

mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga

haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid

berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah

bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama,

faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru

hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa

meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru

sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk

menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi

contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan

bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid

3

Page 4: EDU SOALAN 1NORAIDAH.docx

memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan

orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru

menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang

serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya.

Akauntabiliti Diri Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan

kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan

sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu

menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu

tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan

kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan

perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan

maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang boleh menjejaskan

tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan

melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap

peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah

memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh

melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang

yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.

Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga

bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran

sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai

akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini,

selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang

lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha

PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh

pihak pentadbiran sekolah.

Masyarakat dan Negara.Sebagai seorang guru , beliau hendaklah

menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara

berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru hendaklah

Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat

berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi

tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara

cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain itu guru hendaklah

mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa

pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam

4

Page 5: EDU SOALAN 1NORAIDAH.docx

segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa

berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara

dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan

pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun

Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri

setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang

setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan

kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu guru hendaklah

menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi

tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan

kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta

mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima oleh masyarakat .

Profesion Keguruan.Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca

pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah

memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan

menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang dianjurkan oleh

jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini di lakukan dengan

merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi

mencapai objektif pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah

mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan

tepat.

Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami

tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di

hayati sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme

keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat

menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan

dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi

akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion

keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar

menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan.

Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti

seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme

keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan

bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu

tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti

akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap

5

Page 6: EDU SOALAN 1NORAIDAH.docx

tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian, akauntabiliti

perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu

mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka

tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal

melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan negara. Ini akan

menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak

bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan

Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara

keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat

dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam

tindakan sehari-hari.

Individu. Integriti individu ialah keselarasan di antara apa yang

dikatakan oleh individu dengan apa yang dikotakannya; keselarasan di antara

tindakannya dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta

keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Apa yang

dilakukan individu itu pula cepat, tepat dan bermutu. Apabila dia bertindak

atau bertingkah lalu demikian secara konsisten dalam pelbagai segi, dia

dikatakan mempunyai integriti. Apabila bertindak sebaliknya, dia dikatakan

tidak berintegriti atau lemah integritinya.

Integriti Organisasi. Selain individu, organisasi juga mesti mempunyai

integriti. Integriti organisasi tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan kod

etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan

kepada amalan terbaik. Kod etika organisasi ditegaskan, diulangi dan dihayati

oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan

akhirnya menjadi budaya organisasi.

Integriti Penjawat Awam. Bagi individu yang memegang amanah

seperti mereka yang menjawat jawatan awam, integriti bermaksud

melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut

kepentingan umum. Penjawat jawatan itu tidak boleh menyalahgunakan

kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat

sendiri. Apabila berlaku konflik kepentingan, ia mesti diselesaikan dengan

memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Dengan demikian penjawat

itu perlu telus dan tulus, harus memikul pertanggungjawaban terhadap

ketuanya, orang di bawahnya dan kepada pihak lain.

6

Page 7: EDU SOALAN 1NORAIDAH.docx

Kesimpulan,pembudayaan etika dan integriti individu harus melalui satu

proses seumur hidup. Ia melibatkan peranan pelbagai institusi masyarakat

seperti keluarga, pendidikan dan media massa. Pembudayaan etika dan

integriti dalam organisasi pula, menuntut kepimpinan bertindak sebagai

teladan (role model) manakala anggota lain menzahirkan kod itu dalam

tindakan mereka. Organisasi juga perlu mempunyai matlamat yang jelas dan

realistik yang dikongsi bersama oleh anggota organisasi. Ia perlu mempunyai

sistem dan prosedur yang baik bagi melicinkan pelaksanaan tugasnya secara

cekap, teratur, dan tepat, di samping mempunyai sistem kawalan kualiti,

pemantauan, ganjaran dan penghukuman. Etika dan integriti yang digariskan

itu perlu dipatuhi kerana akhirnya seseorang itu bertanggungjawab kepada

Tuhannya.

7