edu- implikasi teori thorndike.doc

4
4.3 Teori Thorndike 4.3.1 Guru perlu pastikan bahawa setiap kali sesuatu gerak balas yang telah betul berlaku perlu diikuti dengan sesuatu pemuas atau ganjaran. Guru-guru sering menganggap bahawa jika seseorang murid dikenakan denda menulis 1 perkataan atau 1 ayat sebanyak 50 kali, murid pasti akan mempelajari perkara yang ditulisnya berkali-kali. Anggapan ini tidak benar kecuali ulangan menulis disertai dengan pemuas atau ganjaran. Ini disokong oleh pendapat Sharifah Alwiah Alsagoff (1987), Menulis berulang- ulang boleh menyebabkan keletihan, menyakitkan hati dan kesan emosi yang negatif. Pengulangan semata- mata, besar kemungkinannya tiada bermakna dan sia- sia. 4.3.2 Seseorang murid itu harus sedia belajar. Ini berkaitan dengan sikap atau persediaan murid untuk bertindak balas dengan rangsangan yang disediakan oleh guru di awal pengajaran. Adakah murid bersedia menumpukan perhatian kepada bahan pengajaran yang disediakan oleh guru. Menurut Thorndike, jika sesuatu organisma itu belajar, maka ia dikatakan telah bersedia. Jika ia tidak belajar, maka mungkin ia tidak bersedia.

Upload: eja-hodejah-mt

Post on 17-Jan-2016

273 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: EDU- Implikasi teori thorndike.doc

4.3 Teori Thorndike

4.3.1 Guru perlu pastikan bahawa setiap kali sesuatu gerak balas yang

telah betul berlaku perlu diikuti dengan sesuatu pemuas atau

ganjaran.

Guru-guru sering menganggap bahawa jika seseorang murid

dikenakan denda menulis 1 perkataan atau 1 ayat sebanyak 50 kali,

murid pasti akan mempelajari perkara yang ditulisnya berkali-kali.

Anggapan ini tidak benar kecuali ulangan menulis disertai dengan

pemuas atau ganjaran. Ini disokong oleh pendapat Sharifah Alwiah

Alsagoff (1987), Menulis berulang-ulang boleh menyebabkan keletihan,

menyakitkan hati dan kesan emosi yang negatif. Pengulangan semata-

mata, besar kemungkinannya tiada bermakna dan sia-sia.

4.3.2 Seseorang murid itu harus sedia belajar.

Ini berkaitan dengan sikap atau persediaan murid untuk bertindak

balas dengan rangsangan yang disediakan oleh guru di awal

pengajaran. Adakah murid bersedia menumpukan perhatian kepada

bahan pengajaran yang disediakan oleh guru. Menurut Thorndike, jika

sesuatu organisma itu belajar, maka ia dikatakan telah bersedia. Jika

ia tidak belajar, maka mungkin ia tidak bersedia.

4.3.3 Jika guru mahukan seseorang murid mempelajari sesuatu, tunggu

hingga murid berjaya melakukannya, kemudian barulah berikan

ganjaran kepadanya.

Menurut Thorndike, pembelajaran hanya berlaku apabila ganjaran

diberikan setelah tingkah laku yang diingini berlaku. Pembelajaran

telah menjadikan hubungan antara guru dan murid menjadi lebih

berrmotivasi, seronok dan gembira yang melibatkan berbagai-bagai

jenis ganjaran seperti pujian, hadiah, pangkat, bintang dan kepujian.

Dendaan yang melemahkan semangat, menyakitkan dan meletihkan

murid harus dielakkan dan disingkirkan oleh guru dalam sesi

pengajaran di dalam kelas. Ini disokong oleh pendapat Ee Ah Meng

Page 2: EDU- Implikasi teori thorndike.doc

(1994), motivasi amat penting bagi meningkatkan keberkesanan

pembelajaran.

4.3.4 Murid perlu diberikan ganjaran untuk gerak balas yang diingini di

dalam situasi pengajaran dengan segera.

Guru perlu sentiasa bersedia memberikan ganjaran kepada murid

sebaik sahaja gerak balas yang diingini dilakukan. Sebagai contoh, di

dalam pengajaran mengeja, jika seorang murid disuruh mengeja dan

menyebutkan sesuatu perkataan dengan kuat, maka murid-murid lain

di dalam kelas boleh disuruh menulis ejaan perkataan tersebut di

kertas kosong dan cuba mengejanya. Ganjaran dalam bentuk kata-

kata guru ’betul’ dapat dikongsi bersama oleh semua murid dalam

kelas. Hal ini disokong oleh pendapat Atan Long (1983), kesan

pembelajaran yang menyeronokkan akan terus mendorong murid ke

arah pencapaian yang lebih baik. Jadi, guru hendaklah menyediakan

pelbagai jenis ganjaran bagi meneguhkan pembelajaran murid-murid.

4.3.5 Guru tidak perlu mendenda pelajar jika bertujuan untuk

melemahkan sesuatu kebiasaan.

Sekiranya guru ingin mendenda murid, denda tersebut haruslah

diarahkan kepada murid untuk mencuba gerak balas yang lain dan jika

gerak balas yang diingini berlaku, guru perlu berikan ganjaran atau

pujian. Dendaan yang dimaksudkan bukanlah berbentuk kekerasan

seperti pukulan, merotan, melempang dan sebagainya. Menurut

Sharifah Alawiah Alsagoff (1987), Perihal mendenda pelajar dan

kemudian meninggalkan situasi pembelajaran tersebut begitu sahaja,

tidak akan mencapai apa juga tujuan dan dikira sia-sia.

Page 3: EDU- Implikasi teori thorndike.doc

Antara implikasi teori tersebut dalam P&P ialah gerak balas positif (perhatian dan penglibatan murid- murid dalam P&P) dapat dipupuk melalui pelaziman klasik. Selain daripada itu juga, ia perlu berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid- murid untuk memudahkan proses P&P. Contohnya, jika seorang guru ingin mengajarkan perkataan “bola” kepada murid, pastikan murid mampu menyebut perkataan tersebut terlebih dahulu apabila ditunjukkan sebiji bola kearahnya. Kemudian, tunjukkan kad perkataan bola disertakan dengan sebiji bola untuk mendapat gerak balas murid tersebut. Aktiviti tersebut diulang beberapa kali sehinggalah murid mampu menyebut perkataan buku apabila ditunjukkan kad perkataan kepadanya. Malah, guru perlu membimbing murid- murid menggunakan kemahiran generalisasi dengan tepat, dengan memberikan pelbagai contoh yang berkaitan.Selain daripada itu juga, guru perlu memberikan latihan yang cukup untuk mengukuhkan ransangan terlazim dengan gerak balas terlazim. Contonhnya, memberikan penyelesaian masalah matematik dengan kerap kali. Seterusnya, gunakan peneguhan sekunder untuk mengekalkan gerak balas terlazim yang menunjukkan fenomena proses penghapusan iaitu gunakan ransangan baru bagi memotivasikan murid semasa aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh, jika sebelum ini guru memberikan gula- gula, pada suatu hari guru memberikan pensel sebagai peneguhan. Malah, guru perlu membantu murid memulihkan ingatan dengan memberikan masa rehat yang cukup sehingga segala gangguan pembelajaran yang sedia ada dihilangkan.