implikasi hubungan etnik

29
8/8/2019 implikasi hubungan etnik http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-hubungan-etnik 1/29

Upload: shamlien

Post on 09-Apr-2018

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: implikasi hubungan etnik

8/8/2019 implikasi hubungan etnik

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-hubungan-etnik 1/29

Page 2: implikasi hubungan etnik

8/8/2019 implikasi hubungan etnik

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-hubungan-etnik 2/29

bumi. Tamadun manusia mungkin sukar dibangunkan tanpa ada naluri dan semangat ingin berlumba danbersaing dengan orang lain atau lebih jauh lagi puak, etnik dan bangsa lain dalam usaha menbangunkantamadun bangsanya. Melalui perhubungan dengan pelbagai etnik sekurang-kurangnya seseorang ataupuak atau etnik berkenaan dapat menerima dan memberi dalam proses pertukaran nilai-nilai murni danilmu pengetahuan yang menjadi budaya dalam kehidupan kelompok atau etnik masing-masing. Nilai -nilai murni ini nantinya akan menjadi pemangkin kepada kemajuan dan kebahagian hidup secarabersama. Barangkali inilah maksud yang tersirat di sebalik sabdaan baginda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya :Hikmah (ilmu pengetahuan ) itu adalah barang hilang kepunyaan orang yang beriman, di mana sahaja iaditemui, dialah yang paling berhak memilikinya.

Nuri dan Kak Siti

Sejarah pengaruh Hindu dalam Masyarakat Melayu

Dalam Masyarakat Melayu terdapat banyak amalan kepercayaan, adat resam dan pantang larang.Walaupun agama islam adalahagama rasmi masyarakat melayu tetapi mereka masih lagi

mengamalkan sebahagian adat resam dan pantang larang yang mempunyai pengaruh-pengaruhagama hindu seperti yang terdapat dalam adat perkahwinan dan sebagainya. Pengaruh

Hinduisma amat kuat dalam budaya masyarakat melayu adalah disebabkan oleh pengaruh ajaranhindu yang telah lama bertapak dalam sejarah masyarakat melayu lingkungan nusantara sebelum

kedatangan islam sekitar abad ke-13. Pengaruh Hindu yang diamalkan meliputi pelbagai aspek kehidupan seperti kehidupan sosial iaitu kelahiran, bertindik, perkahwinan, kematian, pengaruh

keagamaan dan perayaan. Mengikut sejarah Melayu, kepercyaan pertama orang melayu adalahanimism. Animisme adalah bentuk sistem kepercayaan primitive yang semenjak awal lagi telah

wujud di kalangan orang Melayu purba sebelum pertembungan dengan mana-mana pengaruhluar yang dikatakan µ fork religion¶. Ia merupakan kepercayaan kepada semangat roh dan sebagai

satu aspek kepercayaan terhadap kuasa pada unsur-unsur ghaib menunjukkan bahawa bangsa

melayu sudah maju pada zaman itu dan sudah mempunyai sistem kepercayaan yang kompleks.Apabila agama hindu sampai ke kepulauan melayu, maka masyarakat di sekitar kawasan tersebuttelah menganuti agama tersebut dengan dicampuradukkan degan agama asal mereka iaitu

animism. Pengaruh agama hindu semakin penting apabila dikatakan telah bermula sejak pihak Istana telah melantik orang- orang Hindu Brahmin sebagai ketua agama dan perunding hal-hal

kerohanian bagi raja-raja melayu pada masa itu. Mereka lebih dikenali sebagai pawang atau bomoh dalam masyarakat melayu. Bermula daripada itu ia semakin popular dan peranannya

mula diterima dikalangan masyarakat melayu pada zaman tersebut.

PERAYAAN

Malaysia merupakan sebuah Negara majmuk yang terdiri daripada pelabagai kaum yang kaya dengan

pelbagai kebudayaan, adat resam dan perayaan. Setiap perayaan yang disambut oleh setiap kaum di Malaysia

mempunyai tujuan dan acara sambutan yang tersendiri. Perayaan tersebut merangkumi perayaan yang

berunsur kemenangan dan perayaan kegamaan. Contoh perayaan kemenangan bagi umat islam ialah hari raya

aidilfitri sementara bagi masyarakat india ialah deepavali.

Dalam perayaan yang berunsurkan kemenangan, pada kebiasaannya, perayaan tersbut bukan sahaja disambut

oleh masyarakat dalam kaum itu sendiri, malah turut juga disambut oleh semua kaum. Contohnya dalam

masyarakat Melayu,Hari Raya Aidilfitri merupakan sebuah perayaan yang disambut oleh umat islam sebagai

Page 3: implikasi hubungan etnik

8/8/2019 implikasi hubungan etnik

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-hubungan-etnik 3/29

tanda kemengan setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan. Sebelum sambutan perayaan itu sendiri

terdapat suasana kemeriahan dimana terdapatnya pelbagai jualan juadah berbuka puasa di setiap taman

perumahan atau kawasan kediaman, jualan perayaan di pusat-pusat membeli belah diadakan. Aktiviti-aktiviti

seperti jualan juadah berbuka puasa ini secara tidak langsung dapat mengeratkan dan merapatkan hubungan

antara kaum kerana mereka turut serta tanpa menghiraukan latar belakang agama, politik dan sosial. Hal ini

kerana masyarakat lain terutamanya kaum india dan cina juga turut serta membeli dan ingin merasai masakan

masyarakat Melayu yang sesetengah daripadanya tidak terdapat di luar bulan berkenaan. Keadaan ini dapatmenimbulkan suatu suasana yang meriah di kalangan umat islam malah ia merupakan satu aktiviti yang

ditunggu-tunggu oleh masyarakat india dan cina. Terdapat segelintir masyarakat bukan islam yang menunggu-

nunggu saat ini kerana terdapat juadah tertentu yang hanya popular di waktu bulan puasa sahaja seperti jualan

bubur lambuk, kuih buah Melaka dan sebagainya. Semasa aktiviti tersebut berjalan, terdapat interaksi yang

berlangsung dalam aktiviti penjualan tersebut seperti berjumpa kawan lama yang sudah lama terpisah

disebabkan terputus hubungan, malah sering berlaku juga, interaksi dan tegur menegur antara jiran semasa

membeli juadah disebabkan kurang kesempatan di hari biasa oleh kesibukan kerja masing-masing. Secara tidak

langsung, keadaan ini seterusnya dapat mewujudkan semangat intergriti yang tinggi antara kaum di Malaysia.

Selain itu, pada bulan puasa, kebanyakan sector pekerjaan telah memendekkan waktu bekerja untuk memberi

peluang kepada umat islam bagi menyediakan juadah berbuka puasa sendiri. Peluang ini turut diambil oleh

masyarakat bukan islam untuk turut menyediakan juadah makan malam. Sebagai contoh, terdapat jiran

tetangga terutama masyarakat yang tinggal di taman yang bejiran dengan kaum lain seperti india atau cina.

Mereka mengambil peluang ini untuk saling bertukar juadah untuk berkongsi perasaan merasai kenikmatan

berbuka puasa. Oleh kerana ibadah puasa disambut oleh umat islam dalam masa yang agak panjang iaitu

sebulan, lantaran itu masyarakat lain turut sama ingin memberi juadah untuk tujuan berbuka puasa kerana

mereka telah tahu dan faham waktu umat isalm berbuka puasa.

Sebelum sambutan sesuatu perayaan, terdapat berbagai-bagai jualan murah yang diadakan di pusat-pusat

membeli belah seperti jualan murah, jualan durian runtuh, jualan separuh harga, jualan penghabisan stok,

bazaar khas hari raya dan lain-lain semata-mata untuk menarik perhatian terutamanya umat islam untuk

membuat persediaan menyambut perayaan khususunya hari raya aidilfitri. Ini satu lagi masa yang ditunggu

tunggu oleh semua masyarakat Malaysia kerana mereka akan berpusu-pusu menuju pusat membelibelah dan

bazaar tersebut dan peluang ini bukan sahaja diambil oleh umat islam malah, masyarakat lain juga turut serta

membeli belah bagi memenuhi kaperluan seharian mereka. Kesempatan sebegini telah memberi peluang

kepada kaum lain untuk mendekati secara lebih mendalam tentang adat-istiadat perayaan umat islam seperti

memakai baju kurung, jubah,tudung dan selendang bagi wanita dan baju melayu, samping, serta songkok bagilelaki. Selain umat islam, masyarakat india dan cina turut teruja untuk membeli dan cuba untuk menggayakan

sendiri pakaian berkenaan bagi menghadiri majlis rumah terbuka yang menjadi kebiasaan diadakan sama ada

oleh orang perseorangan, komuniti, daerah serta di peringkat kebangsaan. Keadaan ini dapat menunjukkan

sikap saling hormat-menghormati antara kaum kerana mereka memakai pakaian yang sopan dan apabila dilihat

secara imbas, kita tidak sedar mereka bukan umat islam kerana kebanyakannya cuba menggayakan pakaian

melayu. Justeru, fenomena ini membangkit dan menonjolkan semangat kekitaan di kalangan kaum di Malaysia.

Bagi golongan pekedai pula, mereka bukan sahaja terdri daripada kalangan orang melayu, malah kebanyakan

pasaraya besar dimonopoli oleh masyarakat india, cina dan pelabur asing. Oleh kerana masyarakat melayu

mengamalkan sikap terbuka, maka mereka tidak menghiraukan bangsa yang menjualnya kerana bagi mereka,

keutamaan diberikan kepada penjual yang menawarkan harga yang rendah dan berpatutan. Ini menujukkan

betapa rasionalnya masyarakat melayu dalam kehidupan mereka.

Keprihatinan tampuk pemerintahan di Malaysia terhadap mayarakat majmuk untuk mengekalkan keharmonian

hubungan masyarakat di Negara ini, kerajaan telah mengambil langkah terbaik dengan mengisytiharkan

perayaan-perayaan besar bagi masyarakat majority iaitu melayu, india dan cina sebagai cuti umum. Situasi

sebegini bukan sahaja memberi peluang kepada setiap kaum menyambut perayaan mereka malah, ia secara

tidak langsung dapat merapatkan hubungan inter dan intra kaum. Hubungan inter kaum bermaksud hubungan

dalam keluarga dan kaum itu sendiri kerana anak-anak akan pulang ke pangkuan keluarga, adik-beradik akan

bekumpul di rumah ibu bapa mereka, sementara sanak-saudara serta sahabat handai akan saling kunjung-

mengunjungi semasa sambutan perayaan tersebut. Jalinan kemesraan dan semangat intra kaum pula akan

wujud semasa majlis hari terbuka yang diadakan atau bagi sesetengah keluarga, mereka akan menggunakan

peluang cuti ini untuk beriadah dan bercuti di tempat yang popular serta berkemungkinan besar dapat

Page 4: implikasi hubungan etnik

8/8/2019 implikasi hubungan etnik

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-hubungan-etnik 4/29

menemukan rakan taulan yang telah lama terpisah dek arus kehidupan masing-masing.

Pada perayaan aidilfitri itu sendiri, hubungan antara etnik diaplikasikan sepenuhnya elemen-elemen yang

tersebut diatas telah dihimpunkan dalam satu majlis. Contohnya, dalam aspek pakaian, mereka memakai

pakaian yang melambangkan identiti kemelayuan, dari segi makanan pula, mereka cuba menikamati pelabagai

 juadah yang disajikan seperti ketupat,rending, kuih-muih dimana sesetengah juadah tersebut hanya masyrakat

melayu sahaja yang memiliki kepakaran untuk menyediakannya. Selain daripada itu, semangat muhibbah dapat

diterapkan antara kaum kerana mereka saling ziarah-menziarahi antara satu sama lain tanpa megira kaum.Budaya bemaaf-maafan semasa sambutan hari raya aidilfitri dapat meleraikan persengketaan antara mereka

tanpa mengira bangsa yang seterusnya boleh mencetuskan keharmonian dan kesejahteraan.

(Diterima drp Syida - sila pada link di bawah untuk baca)1) pendahuluan syida.doc 

2) hubungan masyarakat syida.doc 

K emasyarakatanDi antara aspek-aspek aplikasi yang melibatkan hubungan etnik dalam kehidupan bermasyarakat adalah:

i) Gotong-royongii) Ziarah-menziarahi

iii) Rukun tetanggaiv) Hari Keluarga/ Sukaneka

i) Gotong-royongGotong-royong adalah aktiviti yang dilakukan secara bekerjasama beramai-ramai di dalam suatu kelompok 

masyarakat. Gotong-royong biasanya diadakan untuk membersih persekitaran perumahan, semasa mengadakan

kenduri kendara ataupun mengadakan majlis-majlis rasmi. Gotong-royong juga merupakan satu platform yang

 begitu baik bagi masyarakat untuk mengenali antara satu sama lain dengan berganding bahu untuk membersihkan

kawasan sekeliling perumahan supaya bertambah bersih. Dengan itu ia dapat mengelakan dari pelbagai penyakit.

Bukan itu sahaja hubungan yang erat dalam masyarakat dapat dieratkan lagi melalui pelbagai aktiviti seperti itu.

Segala kerja yang berat menjadi ringan bila kita bersama-sama bergotong-royong menjayakannya. Melaluinya kita

dapat membina hubungan baik dengan rakan-rakan lain yang berlainan agama dan bangsa. Dengannya juga kitadapat memupuk satu semangat sukarela dan bantu-membantu di kalangan masyarakat terutama di kalangan anak-anak muda.

ii) Ziarah-menziarahiZiarah-menziarahi bermaksud kunjung-mengunjungi ataupun lawat-melawati. Ia merupakan satu amalan

yang dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga dan juga sanak saudara. Kita hendaklah

menjaga adab-adab ziarah semasa hendak mengunjungi seseorang. Ini bersesuaian dengan sebuah hadith di mana

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:´Janganlah kamu datang ke rumah orang berhadapan pintunya,

tetapi datanglah dari bahagian tepinya dan mintalah izin, jika diizinkan untuk kamu, masuklah, kalau tidak,

 baliklah.´

(At-Tabrani).Daripada hadith ini dapatlah dihuraikan bahawa1. Semulia-mulia manusia adalah mereka yang beradab dan tahu tata tertib setiap perkara yang

dilakukannya.2. Islam mengambilkira segala hal yang bersangkutan dengan kehidupan manusia termasuklah aspekhubungan sosial mereka dan mengajarkan adab-adab yang tertentu demi mewujudkan suasanamasyarakat yang aman dan harmoni.3. Adab dalam berziarah contohnya disebutkan secara terperinci iaitui) Memberi salam terlebih dahuluii) Mengetuk pintu perlahan-lahan dan tidak melebihi tiga kaliiii) Berdiri bersebelahan pintu kerana dibimbangi jika yang membuka pintu itu adalah orang yang bukanmuhrim

Page 5: implikasi hubungan etnik

8/8/2019 implikasi hubungan etnik

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-hubungan-etnik 5/29

iv) Tidak masuk melainkan setelah mendapat keizinanv) Tidak mengintai atau mengendap ke dalam rumahvi) Duduk di tempat yang disediakan kerana tuan rumah lebih maklum tentang keadaan rumah mereka.4. Berkunjung sebagai tetamu hendaklah memilih masa yang sesuai agar ia tidak menimbulkankeberatan kepada tuan rumah lebih-lebih lagi jika kedatangan tersebut didapati mengganggu urusanpenting yang hendak dilaksanakannya.Di samping kita mengunjungi jiran-jiran, kita juga akan dikunjungi oleh jiran, kenalan ataupun sanak saudara. Makasebagai tuan rumah hendaklah kita memuliakan tetamu. Sebagaimana sebuah hadith iaitu:

Dari abu Hurairah r.a katanya:´Rasulullah SAW bersabda:´ Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari

kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat,

hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia

 berkata yang baik atau diam.´

(Muslim)

Daripada hadith di atas dapatlah dihuraikan di sini bahawa tetamu, secara pasti datang dengan maksud dan

tujuan tertentu. Dalam konteks inilah Allah dengan tegas membuat pertimbangan yang begitu besar agar 

memuliakan tetamu dan meletakkan nilainya sama dengan Beriman Kepada Allah dan Hari Kemudian (kiamat).Dengan perkataan lain seseorang itu belum disebut beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, selama ia tidak 

memuliakan tetamunya. Oleh itu apabila tetamu datang, bagaimana pun bentuk dan rupa tetamu itu, sama ada kaya,miskin, Islam ataupun kafir, Allah memerintahkan kita agar memuliakan mereka.

Pernah diriwayatkan bahawa Nabi Sulaiman a.s pernah ditegur oleh Allah SWT, kerana pada saat baginda

didatangi seorang tetamu dari kaum kafir, baginda tidak sepenuh hati memuliakan tetamunya itu. Baginda merasatidak perlu memuliakan dan menghargai tetamunya seperti baginda memuliakan dan menghargai tetamunya dari

sesama pengikutnya. µDisebabkan ia bukan umatku yang beriman¶, begitulah fikir Nabi Sulaiman. Lantas baginda

hanya memberinya minum dan bercakap seadanya. Setelah tetamu itu pulang, datanglah malaikat Jibril a.s

menyampaikan teguran Allah: "Wahai Nabi Allah, Allah menegurmu, mengapa engkau perlakukan tetamu seperti

itu ? Jawab nabi Sulaiman:´Bukankah dia (tetamu itu) dari golongan kafir?" Jibril bertanya:"Siapakah yang

menciptakan langit dan bumi ini?" "Allah!" Jawab Nabi Sulaiman penuh yakin. "Siapakah yang menciptakan

malaikat, jin dan manusia?" "Allah!" "Siapakah yang menciptakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan?" "Allah!""Siapakah yang menciptakan orang kafir itu?" "Allah!""Lalu, berhakkah engkau berlaku tidak adil terhadap ciptaan Allah? Sementara Allah adalah zat Yang Maha Adil?"

 Nabi Sulaiman a.s terdiam dan terus bersujud.

"Ya, Allah! Ampunilah hamba-Mu yang telah berbuat zalim ini." Kemudian malaikat Jibril menyampaikan wahyu

Allah:´Wahai nabi Allah, datangilah dan pohonlah kemaafan kepada orang itu. Ampunan Allah tergantung daripada

kemaafannya.". Bergegaslah Nabi Sulaiman mencari tetamunya tadi. Setelah bertanya ke sana ke mari dan mencari-cari, ternyata, tetamunya itu sudah jauh berjalan meninggalkan kota. Nabi Sulaiman a.s dengan pantas mengejar 

tetamunya itu. Setelah bertemu, dan dengan nafas yang masih termengah-mengah, baginda berkata: "Saudara,

tunggu...!" Tetamu tadi menoleh dan hairan melihat keadaan Nabi Sulaiman. "Kenapa?" "Saudara... sudikah engkau

memaafkan perlakuan saya , ketika mana saudara menjadi tetamu di rumah saya tadi?" Orang itu diam. Dalam

hatinya, sebenarnya dia merasa wajar diperlakukan seperti itu, kerana dia memang bukan termasuk di dalamgolongan pengikut Nabi Sulaiman. Dia tidak menerima ajaran Tauhid yang dibawa oleh baginda. Tetapi dia terus

 juga bertanya: "Kenapa, wahai Sulaiman?" "Allah menegurku, setelah engkau pulang dari kediamanku.""Allah? Siapakah dia?" Tetamu itu bertanya. "Allah adalah Tuhan, Tuhan Kami dan Tuhan Engkau, Yang

menciptakan langit dan bumi, dan semua isinya. Dia yang menciptakan malaikat, jin dan manusia. Dia Maha Esa,

tidak ada sekutu bagi-Nya."

"Lalu, kenapa Dia menegurmu?" "Allah menegurku, kerana aku sudah tidak berlaku adil terhadapmu. Aku tidak 

memuliakanmu. Allah yang Maha Kuasa selalu bersifat adil terhadap semua hamba dan ciptaan-Nya, mengapa aku

 berlaku tidak adil terhadapmu?""Sebegitukah Tuhanmu wahai Sulaiman, memperlakukan aku, walaupun aku bukan dari golonganmu?" Tetamu itu

 bertanya penuh taajub ."Iya...! Maafkan sikapku tadi wahai saudara, ampunan Allah tergantung dengan

kemaafanmu" Nabi Sulaiman meminta.

"Saksikanlah, wahai Sulaiman! Asyhadu alla ilaa ha illallah, Wa anta Rasulullah!" Orang itu memeluk nabiSulaiman a.s. Nabi Sulaiman pun memeluk tetamunya itu dengan penuh rasa terharu.Maka dengan sikap memuliakan serta hormat-menghormati di antara satu sama lain, ia adalah salah satu faktor hubungan kemesraan di antara kaum dapat dikekalkan sehingga ke hari ini.

iii) Rukun tetangga

Page 6: implikasi hubungan etnik

8/8/2019 implikasi hubungan etnik

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-hubungan-etnik 6/29

Rukun Tetangga adalah satu Jawatankuasa sukarela di bawah pengawasan Jabatan Perpaduan Negara dan

Integrasi Nasional.Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat

sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Penubuhannya diutamakan di kawasan-

kawasan kediaman di Bandar, pinggir Bandar , kawasan yang berisiko tinggi serta kawasan yang penduduknya berbilang keturunan. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah

 bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim RukunTetangga di perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dankeharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.

Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan diseluruh negara.

Jawatankuasa Rukun Tetangga ini telah menganjurkan berbagai aktiviti di dalam komuniti mereka. Dari bulan

Januari hingga Mei 2006 Jawatankuasa Rukun Tetangga di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 36,029

aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam

menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin

dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.

Antara aktiviti yang diadakan rukun tetangga adalah Aktiviti Jiran Wanita dan juga Aktiviti Belia. Aktiviti Jiran

Wanita adalah menjaga anak-anak yang umur kurang 4 tahun, aktiviti belajar memasak dan juga menjahit. ManakalaAktiviti Belia pula adalah mengadakan latihan serta pertandingan sukan untuk para belia. Aktiviti-aktiviti yang

dianjurkan bertujuan untuk melahirkan sebuah masyarakat yang berdikari, berdaya maju serta mewujudkan suasanaharmoni dan perpaduan di kalangan penduduk sejiran. Ia juga dapat menangani masalah sosial di kalangan remaja

dan belia yang kian berleluasa sekarang ini.

iv) Hari Keluarga/ Sukaneka 

Hari Keluarga merupakan hari di mana semua ahli keluarga di dalam sesebuah jabatan ataupun disesuatu kawasan perumahan, dikumpulkan untuk melakukan pelbagai aktiviti yang biasanyaberkonsepkan kesukanan. Acara-acara yang disediakan juga berbeza mengikut kumpulan seperti untukkumpulan ibu-ibu acaranya seperti menganyam ketupat, acara memasak dan lain-lain. Acara untuk lelakidewasa seperti tarik tali, terompah gergasi dan sebagainya. Terdapat juga acara untuk kanak-kanakseperti membawa bola dalam sudu, mengutip gula-gula dalam tepung dan sebagainya. Disamping ituterdapat juga cabutan nombor bertuah dan juga jamuan makan. Dengan adanya acara seperti harikeluarga ini maka masyarakat akan dapat kenal-mengenali di antara satu sama lain dan juga dapatmengeratkan lagi hubungan sesama kaum.

 AGAMA (PIPAH & K.YATI)

Dari segi keagamaan:

Kepelbagaian kelompok etnik di negara ini diterima oleh semua dan ia merupakan sumber kekuatan. Satu aspekpenting yang menjadi penanda jati diri masyarakat Malaysia ialah agama. Kepelbagaian agama di kalangan pelbagaipenduduk Malaysia merencamkan pola perbezaan jati diri yang sedia ada seperti bahasa , warna kulit, adat resam danlain-lain lagi. Agama memainkan peranan yang penting dan merupakan penanda jati diri yang kuat oleh pemimpin kitasejak awal lagi. Contohnya prinsip Rukun Negara yang pertama telah menegaskan bahawa ´ Kepercayaan KepadaTuhanµ ialah sebahagian daripada cara hidup rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agamanya. Para penggubal

Perlembagaan Malaysia telah mengutarakan dengan jelas perihal mengamal agama masing-masing . Perkara 3 Ceraian(1) telah menegaskan agama Islam sebagai agama Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan amandan damai di Negara ini. Masyarakat yang menjunjung dan mengamalkan agama ialah masyarakat yang diharapkanmempunyai nilai etika dan moral yang tinggi.

Hubungan etnik yang utuh lagi jitu akan dapat dibina sekiranya ia dijalin berteraskan kepada ajaran agama disertaidengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t . Islam sebagai Al ²Din telah secara holistik mengintegrasikanhubungan kemanusiaan dan kemasyarakatan (termasuk komuniti dan hubungan etnik). Justeru itu hubungankemanusiaan sosial sudah terkandung dalam ajaran agama Islam yang mementingkan perpaduan, perdamaian ,keharmonian dan keamanan tanpa mengira bangsa, ras , kaum dan etnik. Islam mewajibkan penganutnya menjalin dan

Page 7: implikasi hubungan etnik

8/8/2019 implikasi hubungan etnik

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-hubungan-etnik 7/29

memelihara hubungan baik dan beradap sesama manusia walaupun dengan bukan Islam kerana ia adalah ajaran Islamyang mengajar umatnya agar menghindarkan diri daripada permusuhan, perseteruan, perselisihan faham yang negatif dan fitnah. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Anfal, ayat 25 yang bermaksud: ´ Dan jagalah diri kamu daripada berlakudosa ( yang membawa bala bencana ) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang zalim di antara kaum secarakhusus, tetapi akan menimpa kaum secara umum)µ .

Nilai-nilai murni yang bersifat universal bermanfaat kepada masyarakat tanpa mengira latarbelakang agama dalamsebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia. Nilai-nilai universal seperti ini terdapat juga dalam agama-agama lainyang diamalkan di Malaysia. Kitab Veda agama Hindu yang tertua, iaitu Rig Veda mengungkapkan sebagai LokaSamastha Sukino Bhavantu yang bermaksud ´ Semoga semua makhluk di dunia hidup bergembira dan bebasµ dan ayatini diucapkan oleh penganut Hindu ketika mereka beribadat. Petikan ini menunjukkan betapa universalnya penghargaanagama-agama utama dunia terahadap keamanan. Malah keuniversalan ini bukannya satu kebetulan kerana istilah ´Islam ´ dari segi etiologinya bermaksud ´keamananµ . Para penganut agama yang menghayati agama akan menjadiinsan yang mencintai keamanan dan nilai-nilai universal yang lain seperti bantu-membantu satu sama lain, sikapbermaaf-maafan, membanteras kemiskinan, menghormati ilmu pengetahuan dan mencintai keadilan sosial adalahsebahagian daripada nilai sejagat yang dikongsi bersama oleh agama-agama utama di Malaysia.

Pendekatan Islam Hadhari adalah untuk menjana kemajuan manusia untuk pembangunan fizikal, spiritual,pembangunan insan, pembangunan ilmu demi kemajuan hidup di dunia dan di akhirat. Pendekatan Islam Hadhari tidakhanya melibatkan bangsa Melayu dan umat Islam sahaja, tetapi meliputi keseluruhan masyarakat di Malaysia.

Kehidupan yang berteraskan akidah, syariah dan akhlak Islam merupakan satu tuntutan dalam pendekatan IslamHadhari untuk umat Islam di Malaysia. Masyarakat yang memenuhi hak dan tanggungjawab sosial perlu mengatur hubungan dan pergaulan sesuai dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Islam. Mereka mengatur hubungan danpergaulan sesuai dengan kehendak dan tujuan syariat untuk mewujudkan keharmonian dalam kehidupanbermasyarakat terutama dalam jiran tetangga. Prinsip-prinsip yang ditekankan ini amat bersesuaian sekali dengan nilaisejagat agama-agama lain di Malaysia yang masing-masing berteraskan konsep sipiritual masing-masing. Peraturan,adab dan asas yang dimaksudkan merangkumi aspek seperti berikut:

a). Berkenal-kenalan antara satu sama lain

Perkara utama dan asas dalam kehidupan sosial masyarakat Islam adalah berkenal-kenalan kerana menjadi fitrahmanusia untuk hidup berkasih sayang dan saling berhubung di antara satu sama lain. Manusia dicipta denganwujudnya kaum lelaki dan perempuan yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik agar dapat hidup bersama dalam

suasana yang harmoni, sejahtera , bersatupadu bagi mencorak dan membentuk sebuah masayarakat yang lebihberkualiti dan mantap dari segala aspek.

b). Persefahaman

Asas kedua penting dalam hubungan hidup bermasyarakat ialah saling memahami antara satu sama lain bagi mencapaimatlamat kehidupan yang berharmonis dan sejahtera. Persefahaman dalam konteks hubungan etnik boleh dicapaimelalui cara dimana perlu saling mengenali antara satu sama lain dan berpegang teguh kepada ajaran agama danmengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

c). Bekerjasama

Bagi mewujudkan kehidupan sosial yang lebih mantap di kalangan masayarakat majmuk terutamanya semangatberkerjasama , tolong menolong, saling bantu membantu antara satu sama lain merupakan elemen yang amat penting.

d). Persaudaraan

Menurut Kamus Dewan ( 2005 ) , persaudaraan bermaksud seperti bersaudara atau pertalian yang rapat sekali ibarat isidengan kuku. Pendekatan Islam Hadhari menganjurkan konsep hidup bersandarkan kepada konsep persaudaraan atasdasar beriman dan bertakwa. Hal ini disebabkan hubungan berasaskan nilai tersebut lebih penting berdasarkankebendaan , pertalian darah, kesukuan atau yang lebih bersifat duniawi.

Page 8: implikasi hubungan etnik

8/8/2019 implikasi hubungan etnik

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-hubungan-etnik 8/29

Segala asas hubungan sosial yang harmonis dan berteraskan prinsip-prinsip Islam Hadhari serta nilai-nilai keagamaansejagat boleh diwujudkan melalui langkah-langkah seperti :i). Kemesraan dalam berkomunikasiii). Budaya ziarah-menziarahi dan kunjung-mengunjungiiii). Sikap mengambil berat antara satu sama lain dalam kehidupan bermasyarakativ). Saling hormat-menghormati dan memuliakan antara satu sama lain bolehmewujudkan kemesraan dalam masyarakatv). Menghormati jiran tetangga

Hubungan etnik di Malaysia tidak lagi berkisar dalam soal-soal keagamaan (walaupun agama adalah sandaran) tetapiyang lebih penting ialah keadilan kerajaan dalam memenuhi kehendak dan keperluan rakyat yang berbilang agama dankaum. Justeru itu program-program sosioekonomi untuk meningkatkan status ekonomi mereka yang memerlukan ,pembangunan lebih ditumpukan di kawasan di luar bandar dan desa contoh seperti sektor pertanian dan industri asastani dan sebagainya.

Kerajaan sentiasa berusaha untuk membentuk bangsa Malaysia melalui pelbagai program termasuklah pengukuhankonsep perpaduan nasional agar terhasil rakyat Malaysia yang berjiwa merdeka, iaitu menyumbang dan berbaktikepada negara serta menumpahkan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara di samping bersatu padu,saling menghormati, tolong menolong dan berkongsi masa depan. Pendekatan µ Membudayakan Perpaduan, MeraikanKepelbagaian µ dalam proses pembentukan bangsa Malaysia yang kuat telah diperkenalkan oleh kerajaan. Selain itu ,

Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) telah digubal sebagai garis panduan dalam membentuk ,mewujudkan danmengekalkan identiti nasional negara dan masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu.

Sebagai warganegara Malaysia yang berjiwa merdeka, Rukun Negara merupakan teras ke arah mengwujudkan bangsayang berwibawa dan berprinsip. Rakyat mestilah mendokong kepercayaan kepada Tuhan dan menolak atheisme.

Lantaran itu, dalam konteks masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama , institusi agamamerupakan pemangkin ke arah membina integriti individu, masyarakat dan negara. Pembinaan integriti ini dapatditerapkan dalam pengurusan pelbagai institusi lain termasuk pendidikan , media, ekonomi, politik dan pentadbirandengan berlandaskan nilai-nilai murni sejagat yang dikongsi bersama dalam setiap agama seperti Islam, Buddhisme,Hinduisme, Kristian, Sikhisme, Taoisme dan fahaman Konfusianisme. Ini bertujuan untuk memantapkan lagikeharmonian antara etnik melalui pemahaman terhadap nilai-nilai sejagat di Malaysia di samping nilai-nilai murni yangdikongsi bersama seperti amanah, jujur, ikhlas, keadilan dan keharmonian. Iklan TV3 µ Ikan dilaut, asam didarat µ

membuktikan bahawa rakyat Malaysia berbilang kaum boleh menjalin hubungan baik dan bersatupadu. Media massaadalah mekanisme paling berkesan untuk memupuk perasaan muhibah dan hubungan etnik yang positif. Perumpamaanµ bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat µ menggambarkan signifikan kerjasama berkumpulan ,bermesyuwarah dan saling memahami serta tolong menolong. Tanpa muafakat dan terlalu banyak persengketaan akanmenyebabkan negara kita mudah ditewaskan oleh musuh. Dalam Islam, orang yang mempertahankan agama dannegara diberi penghormatan tinggi oleh Allah.

Kesimpulannya, di Malaysia agama merupakan satu institusi yang cukup penting dalam kehidupan setiap rakyatnya.Agama bukan sahaja menjadi pegangan kerohanian dan spiritualiti untuk semua rakyat Malaysia yang beragama tetapimerupakan faktor yang menentukan jati diri sesuatu kaum. Contohnya setiap kaum etnik Melayu dari segiPerlembagaan Persekutuan ialah penganut agama Islam, majoriti etnik India beragama Hindu dan sebagainya. AgamaIslam ialah agama rasmi Persekutuan tetapi kedudukan agama-agama lain tetap diperakukan dan mempunyaitempatnya tersendiri.

Oleh itu, perkongsian harmoni atau co-existence, nilai-nilai agama Islam dan nilai agama lain di Malaysia mempunyaibanyak persamaan dari segi nilai-nilai sejagat yang diterima dan diamalkan, merupakan asas yang kukuh untukmembina sebuah masyarakat bersatu padu dari segi hubungan etnik. Selain itu , pendekatan Islam Hadhari dalamkehidupan masyarakat pelbagai golongan etnik boleh diterima sebagai satu usaha kerajaan untuk menyatupadukanmasyarakat berbilang kaum. Pendekatan ini akan membawa pembaikan dalam semua aspek kehidupan untuk menujuke arah sebuah masyarakat dan negara maju bagi mencapai objektif Wawasan 2020 di mana pendekatan ini mebawakebaikan kepada semua golongan tanpa mengira perbezaan agama dan etnik.

Page 9: implikasi hubungan etnik

8/8/2019 implikasi hubungan etnik

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-hubungan-etnik 9/29

 

 ADAT RESAM i) Kelahiran( Adat kelahiran dan kematian kaum India yg di terima dari Neve)

 Adat kelahiran India.doc Adat Resam K aum India Sewaktu K elahiran

1. Ketika mengandung

Adat V alaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga

sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagaiSuulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu? dan Kaappu pula bermaksud 'perlindungan'. Gelang ini dipakai

 bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin.

Adat V alaikaappu diadakan pada hari dan masa yang baik menurut kalendar India. Upacara ini akan diadakan di

rumah suami atau ibu bapa dan disertai oleh kaum wanita yang telah bersuami dan mempunyai anak yang dipanggilcumanggali. 

Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu gelang kaca, pancalogam danemas mengikut kemampuan masing-masing. Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan

untuk dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama.

2. Sewaktu kelahiran

Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India dimana ia akan dicatat dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Bintang bayi ini akan menentukan mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa.

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi mengenai agama Hindu akan

membisikkan Gayatri Mantiram iaitu sejenis mantera Tuhan di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong. Namun

 begitu adat ini disesuaikan dengan hanya membisikkannya sebaik sahaja melihat bayi tersebut kerana perubatan

moden tidak membenarkan sesiapa memasuki bilik bersalin.Bisikan nama Tuhan pada telinga bayi adalah untuk membolehkan bayi tadi mendengar nama Tuhan sebelum

mendengar apa-apa yang lain. Ia bertujuan untuk membawa rahmat kepada bayi tersebut.

Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga,serbuk kunyit, garam dan pinang. Bahan-bahan ini dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang

liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir.

Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. Di samping madu, air gula

 juga boleh digunakan. Minyak  savvennai yang merupakan campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu jugakadangkala digunakan. Kegunaan minyak ini dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya bayi tidak diserang

sebarang penyakit. Madu pula dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan memudahkan bayi bertutur.

Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut bayi akan bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu tumbesaran bayi tersebut.

3. Selepas kelahiran

Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima, ketujuh dan sebagainya

iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan. Ia bertujuan untuk 

mengelakkan bala atau sebarang malapetaka dariapada berlaku.

Bagi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang dicairkan, arang, sirih dan kapur 

 barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali mengikut arah jam dan juga lawan jam. Dulang juga dilambaisebanyak tiga kali. Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan

mencalitkan ke dahi ibu dan anak. Setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi dulang aalati dibuang.

Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari ahli keluarga yang lain di sebuah bilik khas yang

sentiasa dijaga kebersihannya. Bagi dua minggu pertama, orang luar dilarang melawat mereka kecuali untuk tujuan perubatan.

Jika proses bersalin secara pembedahan, ibu yang baru bersalin tidak dibenarkan mandi selama dua minggu atas

Page 10: implikasi hubungan etnik

8/8/2019 implikasi hubungan etnik

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-hubungan-etnik 10/29

sebab-sebab kesihatan akibat fizikal ibu yang lemah kerana pembedahan dan kesan kelahiran. Bagi ibu yang bersalin

normal, si ibu akan mandi selang sehari selepas bersalin. Beberapa herba dan dedaun seperti aadatoodai dididihkan

 bersama air. Air tersebut digunakan untuk mandi. Rambut ibu akan dikeringkan dengan segera dengan asap

kemenyan bagi mengelakkan sakit kepala, selsema dan juga untuk menyegarkan tubuh badan selepas bersalin.Bayi pula kebiasaanya dimandikan pada waktu petang oleh seorang wanita yang berpengalaman. Mandian ini

dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan bayi dengan menggunakan air suam yang kadangkala dicampur dengan bahan-bahan herba. Ia bertujuan untuk mengelak penyakit sawan atau kuning. Susu juga digunakan sebagai

 bahan utama untuk melembutkan kulit bayi.

Ketika bayi dimandikan, urutan perlahan dilakukan pada tubuh bayi dan tulang belakang bayi supaya tidak bengkok.

Bagi tujuan kecantikan, hidung, kening dan telinga turut diurut. Beberapa bahan seperti serbuk kunyit, minyak bijan,

kas-kas dan kacang hijau yang ditumbuk digunakan sebagai pembersih badan bayi bertujuan untuk mengelakkan

 penyakit kulit dan melicinkan kulit bayi. Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan dengan mengangkat kedua belah

kaki sambil menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan kahak. Setelah itu bayi diasapkan dengan asap

kemenyan, dan disapu dengan bedak yang diperbuat dari tepung beras supaya tidak dihinggapi ruam. Akhir sekali

 bayi akan dibedung dengan kain bertujuan untuk meluruskan anggota badan bayi.

Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan. Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang

 berkaitan dengan dewa-dewa.Upacara dimulakan dengan mengadakan upacara sembahyang sebagai tanda kesyukuran. Terdapat juga upacara

memuja Dewi Pecciyamman dan Dewi Kaatteeri dilakukan oleh segelintir masyarakat India. Upacara pemujaan

dilakukan dengan membersihkan sekeliling rumah dan memasang lampu minyak di keliling rumah. Bahan-bahan persembahan juga disediakan seperti kari ayam betina, telur rebus, ikan kering dan sebagainya. Bayi kemudiannya

dimasukkan ke dalam buaian dan namanya diumumkan pada orang ramai. Saudara mara yang hadir akan memberi

 pelbagai hadiah dan upacara diakhiri dengan jamuan dan upacara sembahyang bagi mendoakan kesejahteraan bayi.

 Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh kelahiran bayi. Nama-nama tokoh

sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan dengan agama Hindu juga dipilih bagi bayi tersebut kerana nama

yang dipilih ini akan mempengaruhi perwatakannya kelak.

ADAT RESAM KELAHIRAN MASYARAKAT MELAYU

Pengenalan 

Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangansuami isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah dipercayai

setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu setiapkelahiran itu perlu disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu banyakmengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia merangkumiperingkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir. Sewaktu Mengandung 

Melenggang Perut 

Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara SemenanjungMalaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukankepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungantujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh ataukecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi

membetulkan kedudukan bayi di dalam perut. Peralatan untuk upacara ini termasuk 

Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainanSegantang beras 

Sebiji kelapaBeberapa urat benang mentahDamarMinyak kelapa atau minyak urutLilin

Page 11: implikasi hubungan etnik

8/8/2019 implikasi hubungan etnik

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-hubungan-etnik 11/29

Tepak sirih yang lengkap isinyaPengeras sebanyak RM1.25 

Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanita hamiltadi. Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit ditabur.

Upacara Adat Melenggang Perut 

Seterusnya adat mandi sintuk limau dan air buyung dilakukan. Sebiji telur diselitkan di kainbasahan iaitu di bahagian perutnya dan sebuah cermin kecil dibawa bersama. Wanita itudidudukkan di atas kerusi di mana pada kaki kerusi itu ditambat seekor ayam. Kemudian airbuyung dijiruskan ke badannya manakala telur tadi dilepaskan atau dijatuhkan dengankepercayaan ia akan memudahkan wanita tadi bersalin. Setelah membersihkan badan, wanita itu bercermin muka dengan harapan anak yang bakallahir nanti mempunyai rupa paras yang cantik. Setelah acara itu selesai bidan akanmembentangkan ketujuh-tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai di atas sehelai yanglain. Ibu yang hamil dibaringkan di atas lapisan kain-kain tersebut. Bidan akan mengurutibu yang yang hamil dengan menggunakan minyak kelapa atau minyak urut. Bidanmengambil buah kelapa yang telah dibersihkan lalu menggulingkannya perlahan-lahan diatas perut terus ke hujung kakinya sebanyak tujuh kali. Adalah dipercayai sekiranya kelapaberhenti bergolek dengan matanya ke atas, anak yang dikandungnya adalah lelaki danperempuan jika sebaliknya. Akhirnya bidan akan melenggangkan setiap helai kain tersebutpada perut wanita hamil itu. Mengikut adatnya, kain yang di bawah sekali diberikan kepadabidan beserta dengan peralatan upacara tadi. Lazimnya pada hari tersebut, kenduri doaselamat akan diadakan dan ibu yang menjalani upacara ini dipakaikan dengan pakaian baru.Adalah dipercayai adat ini mengandungi unsur-unsur budaya Hindu. Sewaktu Bersalin 

Apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh keluarga berkenaan.Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari.Tetapi adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua belasbulan yang dipanggil bunting kerbau. Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuangberduri akan digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempattertentu di dalam rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan

makhluk halus. Di samping itu juga, terdapat beberapa adat yang perlu dijalankan semasamenyambut kelahiran ini. Potong Tali Pusat 

Sejurus selepas bayi lahir, bidan akan menyambutnya dengan jampi dan serapah laludisemburkan dengan daun sirih. Selepas bayi dibersihkan, tali pusatnya akan dipotongdengan menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit. Disesetengah tempat tali pusat dipotong menggunakan cincin emas. Baki tali pusat di perutbayi akan dibubuh kunyit dan kapur lalu dibungkus dengan daun sirih yang telah dilayukandi atas bara api sehinggalah tali pusat itu tanggal sendiri.

Bayi yang baru lahir diazankan/diqamatkan 

Azan/Qamat 

Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah telinganya manakala bayiperempuan akan diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi tersebut akan melakukanupacara ini. Ia bukanlah satu adat, sebaliknya lebih merupakan amalan berunsurkeagamaan. Membelah Mulut 

Page 12: implikasi hubungan etnik

8/8/2019 implikasi hubungan etnik

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-hubungan-etnik 12/29

 

Adat ini mempunyai pengaruh budaya Hindu, namun demikian ia juga terdapat dalamagama Islam yang menghukumkan sunat untuk berbuat demikian. Upacara bermula denganmembacakan surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. Ia diikuti dengan langkah mencecapatau merasakan sedikit air madu atau kurma dan ada juga yang menggunakan emas yangdicelupkan ke dalam air pinang pada mulut bayi yang baru lahir tersebut. Sewaktu

menjalankan upacara ini, jampi mentera dibacakan. Namun demikian, adat ini sudah tidakdiamalkan lagi oleh masyarakat Melayu hari ini. Berpantang 

Dalam masyarakat Melayu, wanita yang telah bersalin mesti menjalani masa berpantangyang bermaksud larangan. Sekiranya wanita tersebut melanggar pantang, mereka akanmengalami bentan atau sakit sampingan. Tempoh berpantang lazimnya berlangsung selamaempat puluh empat hari dikira dari hari mula bersalin dan ada juga yang berpantang selamaseratus hari.

Ramuan asli untukwanita lepas bersalin 

Dalam tempoh ini wanita tersebut dilarang dari makan sebarang makanan mengikutkehendaknya atau berbuat apa-apa kerja yang memerlukan banyak pergerakan. Antaramakanan yang dilarang keras ialah yang boleh mengakibatkan kegatalan diseluruh anggotabadan seperti udang, kerang, ketam dan ikan pari serta memakan ikan yang mempunyaisengat seperti ikan keli, sembilang dan baung kerana ia boleh menyebabkan bisa-bisa padabadan. Sebaliknya mereka digalakkan memakan nasi dengan ikan haruan yang dibakar ataudirebus dan dibenarkan minum air suam atau susu. 

Bengkung 

Selama berpantang mereka diberi makan ubat-ubat tradisi dan bertungku. Bertungkudipercayai dapat membantu perut wanita bersalin kembali normal. Biasanya tungkudiperbuat dari batu yang dipanaskan di atas bara. Kemudian tungku itu dibalut dengan kainyang dilapik dengan beberapa helai daun yang tebal seperti daun lengkuas yang dipercayaidapat mengimbangi kepanasan tungku di samping berfungsi sebagai ubat. Tungku akandituam pada bahagian perut dan bahagian lain bertujuan untuk mengatasi masalahkesakitan selepas bersalin. Selesai bertungku, si ibu akan menyapu perutnya dengan airlimau yang dicampur dengan kapur sebelum memakai bengkung. Amalan berbengkung inibertujuan untuk mengatasi perut buncit atau pinggul yang turun selepas bersalin disamping memberi keselesaan kepada wanita selepas bersalin. 

Selepas lahir 

Selepas kelahiran terdapat beberapa adat tertentu yang dijalankan. Tanggal Pusat/Cuci Lantai 

Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam tempoh seminggu. Pada ketikaitu, adat cuci lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat naik buaikerana selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur

disamping ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin atau Khamis.

Bahan-bahan yang digunakan untuk adat cuci lantai.

Nasi kunyit dan lauk-laukSeekor ayam hidupPaku, buah keras, asam, garam dan sirih pinangHadiah untuk bidan sepersalinan pakaian 

Upacara cuci lantai 

Page 13: implikasi hubungan etnik

8/8/2019 implikasi hubungan etnik

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-hubungan-etnik 13/29

Kenduri doa selamat akan diadakan pada permulaan adat ini. Selepas itu bidan akanmemulakan jampi serapahnya sambil memegang ayam dengan cara mengais-ngaiskan kakiayam ke atas lantai tempat wanita itu bersalin. Seterusnya lantai itu akan dibersihkan. Makbidan akan menjalankan keseluruhan upacara ini. Sebelum itu, si ibu dan si bayi akandimandikan, diurut dan dibedak. Selesai upacara tersebut, bahan yang digunakan tadibeserta sedikit wang akan dihadiahkan kepada bidan tersebut. 

Memberi Nama 

Mengikut ajaran Islam, adalah sunat memberi nama yang mempunyai maksud yang baikkepada bayi. Kebiasaannya jika bayi itu lelaki, nama akan diberi mengikut nama para nabimanakala untuk bayi perempuan, nama isteri-isteri atau anak-anak nabi akan dipilih. Cukur Rambut/ Potong Jambul 

Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Ia turut dipanggil adat potong jambul. Kenduri nasi kunyit dan doa selamat diadakan pada hari tersebut.Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan. 

Sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyitdan bertih.

Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok sikuseluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk.Kemudian kelapa itu diletakkan di dalam sebiji batil. Biasanya kelapa itu dihias, umpamanyadengan melilitkan rantai emas atau perak di kelillingnya. 

Alatan potong jambul 

Pada hari itu, bayi dipakaikan dengan pakaian cantik dan diletakkan di atas talam yangdialas dengan tilam kecil atau didukung oleh bapa atau datuknya. Si bayi seterusnya dibawake tengah majlis dan disambut oleh hadirin lelaki sambil berselawat. Si bayi akan ditepungtawar serta ditabur beras kunyit dan bertih. Para hadirin secara bergilir-gilir akanmenggunting sedikit rambut bayi tersebut dan dimasukkan ke dalam kelapa tadi. Bilanganorang yang menggunting rambut bayi tersebut hendaklah dalam bilangan yang ganjil, iaitu

tiga, lima, tujuh dan seterusnya. Setelah selesai pihak lelaki menjalankan acaramenggunting, pihak perempuan pula mengambil alih. Setelah selesai kedua-dua pihakmenjalankan adat bercukur barulah kepala bayi tersebut dicukur sepenuhnya oleh bidanatau sesiapa sahaja yang boleh melakukannya. Kesemua rambut yang dicukur akandimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumahbersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itudilahirkan. 

Upacara potong jambul 

Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikahmembawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan.Orang Islam yang berkemampuan disunatkan menyembelih ternakan seperti kambing,lembu atau kerbau sebagai akikah anak yang baru lahir. Seorang anak disunatkan

berakikah sekali sahaja seumur hidup. Terdapat syarat-syarat tertentu dalam memilihhaiwan untuk akikah dan jumlah ternakan untuk akikah juga berbeza mengikut jantina bayi.Bagi bayi lelaki akikahnya ialah dua ekor kambing dan seekor kambing bagi bayiperempuan. Antara hikmah akikah adalah sebagai permulaan kebajikan dan kebaikan bagipihak bayi tersebut. Akikah sunat dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran iaitu bolehdijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia jugaboleh dilakukan pada hari yang lain. Naik Buai 

Page 14: implikasi hubungan etnik

8/8/2019 implikasi hubungan etnik

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-hubungan-etnik 14/29

 Bayi dikelilingi ibu bapa dansaudara mara 

Adat ini merupakan satu-satunya majlis yang masih diamalkan dan mendapat sambutan dikalangan masyarakat Melayu hari ini. Upacara ini dilangsungkan dalam suasana penuhmeriah terutama sekali jika sesebuah keluarga itu baru mendapat anak atau cucu sulung. 

Bayi diletakkan di dalam buaian

yang dihias indah 

Semasa upacara ini dijalankan bayi tersebut akan diletakkan di dalam buaian yangmenggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendangakan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung.Ketika itu juga, nazam atau marhaban akan dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita.Seterusnya bunga telur dan bunga rampai akan dihadiahkan kepada kumpulan ini.  Pada hariini, masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi nama dan adatcukur rambut.

Jejak Tanah/Turun Tanah 

Di sesetengah tempat, adat ini juga dipanggil adat memijak tanah. Ia sebagai meraikananak yang baru pandai berjalan. Turun tanah bermakna seorang anak kecil dilepaskanuntuk memijak tanah sebagai lambang meneruskan kehidupannya. Adat ini dijalankansecara berbeza-beza dari satu tempat dengan tempat yang lain baik dari segi cara mahupunbarangan yang digunakan.

Upacara jejak tanah 

Lazimnya kenduri doa selamat diadakan untuk mengiringi upacara ini. Selepas kenduriselesai, tikar dibentang di hadapan tangga sebagai alas kanak-kanak berkenaan berjalan. Diatas tikar disediakan beberapa dulang yang berisi pelbagai jenis barang, termasuk makanandan minuman. Antara barangan yang diletakkan di dalam dulang itu ialah cermin, sikat, jamtangan, gelang, cincin, rantai, bedak, kain, kasut, gunting, bubur, air sejuk dan wang.Lazimnya jumlah barangan yang diletakkan adalah ganjil. Kanak-kanak tersebut akandibiarkan bergerak memilih barang tersebut dan dihadkan mengambil tiga barangan sahaja.

Upacara jejak tanah 

Menurut kepercayaan orang Melayu juga, adat ini dilakukan untuk meramal masa depankanak-kanak itu berdasarkan barangan yang diambil. Umpamanya jika kanak-kanak itumengambil gunting, kelak dia kuat bekerja atau pandai membuat kerja tangan. Adat ini juga boleh dilakukan secara sederhana iaitu dengan memijakkan kaki kanak-kanak itu kepiring-piring kecil yang berisi dengan padi, beras, tanah dan beberapa jenis daun yang telahdijampi oleh mak bidan. Seterusnya bayi itu dijejakkan ke tanah dan doa dibaca. Bersunat / Berkhatan 

Kanak-kanak mandi untuk berkhatan 

Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu

beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuanakan menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat iniakan dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki, mereka akan menjalani adat bersunatatau juga dipanggil berkhatan ketika umur mereka dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun.Adat berkhatan akan dijalankan oleh Tok Mudim. Di dalam ajaran Islam, bersunat atauberkhatan adalah wajib kerana Islam menitikberatkan kesucian lahir dan batin. Di sampingitu juga,ia baik dari segi kesihatan. Majlis bersunat kanak-kanak perempuan tidak semeriahmajlis berkhatan kanak-kanak lelaki dan ada juga yang menjalankannya serentak denganmajlis perkahwinan. 

Page 15: implikasi hubungan etnik

8/8/2019 implikasi hubungan etnik

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-hubungan-etnik 15/29

Rujukan: http://malaysiana.pnm.my 

http://www.ashtech.com.my 

 Adat kematian India.doc A

dat ResamK 

aum India SewaktuK 

ematian

Apabila berlaku kematian, ahli keluarga akan melaksanakan beberapa adat sebagai penghormatan terakhir pada si

mati sebelum jenazah di bakar atau di kebumikan.

 Apabila seorang individu meninggal dunia, ahli keluarganya atau waris terdekat perlu mendapatkan Sijil

Kematian dan permit untuk melangsungkan upacara pembakaran mayat.  Selepas mendapat permit, ahli keluarga atau waris perlu menghubungi syarikat yang menyediakan perkhidmatan

 pengurusan upacara kematian bagi menentukan masa dan tempat jenazah boleh dibakar. Selain itu, kenderaan untuk 

membawa keranda ke tempat pembakaran juga perlu ditempah.  Di rumah, beberapa persediaan perlu dilakukan untuk menjalankan upacara kematian. Hanya anak lelaki, (anak sulung jika ibu yang meninggal dan anak bongsu jika ayah meninggal) atau saudara lelaki terdekat dengan si mati

akan melangsungkan adat-adat tersebut.  Jenazah akan diletakkan diruang tamu dengan kepala jenazah menghadap kearah selatan, ibu jari kedua-dua kakidiikat bersama dan kedua-dua tangan diletakkan diatas dada dengan ibu jari kedua-dua tangan diikat bersama.

Jenazah ditutup sampai ke paras leher dengan kain putih untuk lelaki atau janda atau kain berwarna jingga, kuning

atau merah untuk wanita yang berkahwin atau bujang.  Sebelum jenazah dimandikan, ahli keluarga terdekat akan menyapu minyak dan serbuk ³seeka´ pada dahi

 jenazah. Hanya kaum lelaki akan memandikan jenazah jika simati adalah lelaki dan begitu juga jika simati adalah

seorang wanita.  Selepas dimandikan, jenazah akan dipakaikan pakaian kegemaraanya atau pakaian yang digunakan ketika majlis

 perkahwinan.  Jenazah kemudian akan dimasukkan dalam keranda and di letakkan di anjung rumah dengan kaki simatimenghala ke pintu masuk rumah.  Ahli keluarga dan kawan akan memberi penghormatan terakhir dengan mendendangkan lagu-lagu sembahyang,meletakkan beras dan duit berdekatan dengan mulut jenazah dan berjalan keliling keranda sebanyak 3 kali. Ketika

ini, cucu-cucu simati akan berdiri di keliling keranda dengan memegang pandam, iaitu batang pisang yang diikat

dengan kain yang direndam dalam minyak sapi dan dinyalakan.  Keranda kemudian diarak keluar dan di masukkan kedalam kenderaan khas untuk jenazah dengan diiringi anak 

lelaki atau waris yang akan melangsungkan upacara pembakaran dan kaum lelaki sahaja.Kaum wanita tidak 

dibenarkan ke tempat pembakaran mayat.  Di tempat pembakaran, mula-mula, orang yang membantu dalam upacara kematian akan berjalan mengelilingi

keranda sebanyak 3 kali bermula dari kaki jenazah diikuti dengan ahli keluarga lelaki yang akan mengelilingi

keranda hanya sekali.  Bacaan doa akan dilakukan dan seterusnya, anak lelaki atau waris akan mengangkut sebuah pasu tembikat berisiair di bahu kirinya dan berjalan mengelilingi keranda sebanyak 3 kali. Diakhir setiap pusingan, waris terdekat akan

membuat satu lubang pada pasu dan di pusingan akhir belanga itu dijatuhkan ke tanah. Selepas itu, jenazah akandibakar oleh anak lelaki atau waris.  Di rumah, kaum wanita akan membersihkan rumah dan segala alatan yang digunakan untuk upacara kematian

akan dibuang. 

 Keesokan hari, anak lelaki atau waris dan beberapa orang yang terlibat dengan upacara pembakaran akanmengumpul abu dan tulang jenazah dan membawanya ke laut atau sungai dan dikocakkan dalam air.  Selepas itu, pada hari ke 10, 12, 16 atau 31, anak lelaki akan ke kuil dan sembahyang.  Tempoh berkabung adalah selama setahun dan orang yang melakukan upacara pembakaran tidak akan ke luar 

negara, sembahyang di kuil atau menyambut sebarang perayaan.

ADAT RESAM KEMATIAN MASYARAKAT MELA YU 

Mengikut ajaran Islam, mayat perlu dimuliakan dan dihormati daripada jasad yang hidup.Dalam masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, kewajiban menguruskanmayat saudara sesama Islam adalah fardu kifayah.

Page 16: implikasi hubungan etnik

8/8/2019 implikasi hubungan etnik

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-hubungan-etnik 16/29

Semasa Kematian Begitulah bagi kaum masyarakat Melayu Apabila berlaku kematian, perkara pertama yangperlu dilakukan oleh keluarga si mati ialah memberitahu kepada tok imam agar kematianitu dapat dimaklumkan kepada saudara mara dan jiran tetangga di sekitar kawasan itu. Dikampung-kampung misalnya, pengumuman akan dibuat di masjid oleh tok imam supayadituliskan di atas papan pemberi tahu masjid itu untuk pengetahuan orang-orang kampung

tentang siapa yang mati, bila dan di mana dikebumi atau dikuburkan. Kemudian dihebohkandengan mulut kepada kaum keluarga dan sahabat handai terdekat dan bagi sanak saudarayang tinggal jauh pula diberitahu melalui telefon atau telegram atau dengan surat . Adalahmenjadi perkara mustahak untuk dihebohkan agar tidak ada sesiapa yang akan terkecil hatidisebabkan tidak mengetahui akan kematian si mati.

Sekiranya si mati meninggal pada sebelah petang atau malam, biasanya waktumengkebumikan mayat itu ditetapkan pada waktu tengah hari atau selewat-lewatnya padawaktu petang esoknya. Jika si mati meninggal pada waktu subuh atau pada waktu pagimaka masa mengkebumikannya akan dilakukan pada sebelah petang itu juga. Inidisebabkan kerana adalah menjadi tuntutan agama Islam supaya mayat itu dikebumikandengan seberapa cepat yang mungkin. Pada sisi Islam adalah lebih afdal mayatdikebumikan di dalam tempoh enam jam selepas waktu hayatnya.

Mayat tersebut akan diletakkan di ruang tengah rumah dan dibaringkan serta ditutup darikepala hingga ke kaki dengan sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke dada. Disebelah mayat itu diletakkan bara atau tempat perasap yang sentiasa berbara api dandibakar di dalamnya sejenis serbuk harum. Apabila dibakar atau dipanggil oleh masyarakatMelayu "setanggi", atau kalau tidak setanggi maka dibakarlah serbuk kayu gaharu danbakaran ini diadakan berterusan selagi mayat itu ada di dalam rumah. Bahkan ada yangmeneruskan bakaran tepak bara dengan gaharu atau setanggi itu setiap siang dan malamselama tiga hari.

Sementara menunggu alat-alat kelengkapan mandi, kapan dan keranda mayat itu disiapkan

yang akan mengambil masa beberapa jam lamanya, maka sesiapa daripada kaum keluargadan sahabat handai si mati itu yang ingin melihatnya bolehlah bergilir-gilir masuk melihatmayat dengan hanya menyingkap kain tudung muka mayat itu. Setiap orang perlulahcermat dan hormat ketika melihat mayat. Menjadi adat, selagi mayat itu masih berada didalam rumah hendaklah ahli-ahli pelawat yang datang berkumpul menziarah dan juga jiran- jiran di sekeliling rumah mayat itu tidak membuat hingar bingar dan berbual-bual perkarayang tidak senonoh. Ini adalah diadatkan oleh adat resam Melayu dan dikehendaki olehsyariat Islam sebagai tanda menghormati insan yang telah pergi buat selama-lamanya danmenganggap setiap mayat itu akan masuk syurga. Orang yang menziarah si mati akanmenyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Semasa mayat masih berada di dalam rumah,sebarang jamuan tidak akan diadakan.

Sebelum dikebumikan, mayat dimandikan oleh tukang mandi mayat dengan tertib dan

cermat. Mayat perempuan akan dimandikan oleh tukang mandi mayat perempuan danbegitulah sebaliknya. Namun begitu mereka yang paling baik memandikan mayat ialah dikalangan ahli keluarga si mati sendiri. Mayat itu pun diangkat dan dibawa ke tempat yangdisediakan untuk dimandikan. Selesai memandikan mayat itu, tubuh badannya dilumurserata-ratanya dengan dua jenis serbuk atau kapur barus dan cendana. Di celah-celahpelipat dan lain-lain tempat yang mustahak diselitkan dengan kapas, kemudian barulahmayat itu diangkat dan dibawa ke tengah atau ke serambi rumah itu untuk dikapankan iaitudipakaikan kain dan seluar daripada kain putih yang tidak berjahit. Setelah itu, dibungkusatau disarung mayat itu dengan kain putih yang juga tidak berjahit. Kedua-dua jenis

Page 17: implikasi hubungan etnik

8/8/2019 implikasi hubungan etnik

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-hubungan-etnik 17/29

pakaian yang dipakaikan ke atas mayat itulah yang dipanggil atau dinamakan kapan mayat.Jenazah seterusnya dikapankan, iaitu dengan cara membalut badan mayat dengan kainputih.Bagi jenazah lelaki, mereka perlu dibalut dalam tiga lapisan manakala jenazah wanita pulasebanyak lima lapis beserta telekung. Mayat yang telah dibungkus itu tadi dililit dan diikatdengan beberapa ikatan dari kaki hingga ke leher kecuali di bahagian kepalanya dibiarkan

tidak berikat untuk sementara waktu. Ini bertujuan pada masa itu diadatkan kaum keluargasi mati itu dipanggil untuk menaburkan sejemput daripada serbuk cendana yang memangsediakan, disekeliling kepala mayat itu, sebagai isyarat atau tanda penghormatan terakhirkepada si mati. Setelah selesai adat menabur cendana itu barulah kepala mayat itudibungkus dan diikat.Sebagai penghormatan terakhir, ahli keluarga terdekat dan muhrimdibenarkan mengucup mayat tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada tubuh jenazah.

Mayat seterusnya disembahyangkan samada di rumah atau di masjid.Kemudian dimasukkanmayat itu ke dalam sebuah peti yang dipanggil keranda yang diperbuat daripada kayu yangringan. Di bawah keranda itu lantainya diregang tutup dengan sebidang kain putih yangdilekatkan disekeliling papan keranda itu dengan pin-pin lekap. Setelah itu, keranda itu pundiangkat dan diletakkan di atas usungan dan ditutup keranda itu dengan beberapa lapiskain panjang yang elok-elok. Kain lapis pada atas sekali, biasanya diletakkan kain yang

bertulis ayat-ayat Al-Quran.

Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil atau waris si mati akanmemberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati jika selamahayatnya beliau pernah berbuat dosa terhadap seseorang. Wakil tersebut juga akanmeminta supaya mana-mana hutang si mati yang masih belum dijelaskan agar dapatdihalalkan ataupun si penuntut boleh menuntutnya pada waris si mati. Sebelum kerandadiusung, ahli keluarga terdekat akan lalu sebanyak tiga atau tujuh kali dibawah kerandatersebut supaya mereka tidak terasa rindu pada si mati. Walau bagaimanapun adat lalu dibawah keranda ini tidak lagi dilakukan oleh masyarakat Melayu pada hari ini.Semasa Pengebumian Selepas itu jenazah akan dimasukkan ke dalam keranda untuk usung ke tanah perkuburan.

Kemudian barulah dipikul dan diusung oleh orang ramai dengan bergilir-gilir dan berjalansecara perlahan-lahan ke masjid yang berhampiran dengan tanah perkuburannya untukdisembahyangkan jika mayat itu tidak disembahyangkan di rumahnya. Sepanjangperjalanan orang ramai dikehendaki mengiringi mayat di sepanjang jalan mayat itu kekuburnya, di mana bacaan surah al-fatihah disedekahkan sebagai hadiah kepada roh simati.Setibanya di masjid, diturunkan keranda itu daripada usungannya lalu dibawa masuk kedalam masjid dan diletakkan berhadapan dengan mihrab masjid itu dan kemudian tampillahsekalian haji-haji, lebai-lebai dan juga orang yang mengiringi mayat itu tadimenyembahyangkan mayat itu. Setelah itu, mayat itu pun dipikul kembali oleh beberapaorang untuk di bawa ke kubur yang telah siap sedia digali. Kaum lelaki digalakkanmenghantar jenazah hingga ke kubur, sebaliknya kaum wanita kurang digalakkan keranadikhuatiri akan meratapi kematian tersebut. Tangisan dan ratapan yang berlebihan

terutamanya di tanah perkuburan tidak digalakkan dalam Islam.Mayat dengan kerandanyaitu pun dimasukkan ke dalam kubur itu. Sebelum ditimbus kubur itu, siak masjid atausesiapa berkenaan akan turun ke dalam kubur membuka papan tutup keranda itu danmengerengkan mayat itu serta dibukanya ikatan kapannya. Mayat itu disendal dengankepal-kepal tanah yang kebanyakannya dikepal oleh keluarga si mati, kubur itu ditimbusdengan tanah.

Selesai kubur itu ditimbus, dipacakkan sebatang ranting pohon sebagai tanda untukmemacakkan batu nesan pada kemudian hari. Ada juga yang sudah sedia membawa dua

Page 18: implikasi hubungan etnik

8/8/2019 implikasi hubungan etnik

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-hubungan-etnik 18/29

batang batu nesan untuk dipacakkan pada masa itu juga. Siap sahaja kubur itu ditimbus,tampillah seorang haji, imam atau orang alim di tepi kubur itu dimana telah dibentanguntuknya duduk sebidang di atas tikar sila atau tikar kecil. Di tepi kubur itu disediakansetalam bunga rampai atau pelbagai bunga changa dan disediakan juga satu atau duabalang air cendana. Di atas tikar sila itulah duduk tuan haji, lebai atau tuan alim membacatalkin dan bertahlil serta membaca doa untuk si mati itu. Ada juga dahulu, diadatkan orang

yang membaca talkin itu dipayungkan walaupun hari tidak hujan atau cahaya mataharitidak memacar ke atasnya. Setelah selesai talkin, tahlil dan doa dibaca dan diaminkan olehsekalian pengiring-pengiring mayat yang masih ditempat perkuburan itu, lalu air kedua-duabalang itu pun disiramkan ke atas kubur itu dari kepala sampai ke bahagian kakinyasehingga habis air di dalam balang itu. Kemudian bunga di dalam talam itu pun ditaburkanserata di atas kubur itu. Dengan demikian, selesaiah adat mengkebumikan mayat itu danbersurailah sekalian yang hadir ditempat perkuburan itu. Ada juga yang sebelum bersurai,bertemu dan bersalaman dengan bapa atau waris si mati itu.

Mengusung Keranda Ke Tanah Perkuburan 

Selepas Kematian Dari zaman-berzaman hingga ke sekarang ini telah dijadikan adat resam Melayu

mengadakan kenduri arwah, pada hari-hari ketiga, ketujuh, keempat belas, keempat puluh

dan keseratus kemudian selepas hari mati itu dan kadang kala setiap tahun mengadakan

kenduri arwah sebagai tanda memperingati si mati sambil mensedekahkan mendoakan

kesejahteraan si mati yang berada di alam barzakh. Ada juga masyarakat Melayu yang

melakukan adat turun batu iaitu menimbus kubur si mati dengan batu-batu kecil dan

membina pagar kecil di sekeliling pusara tersebut selepas seratus hari seseorang itu

meninggal dunia.

Rujukan :

http://www.ashtech.com.my 

http://malaysiana.pnm.my 

ii)Perkahwinan (untuk bahagian ini kak CT dah bagi isinya...sila kik untuk baca)

Hubungan Etenik.doc 

1. Pendahuluan :

Etnik atau kumpulan etnik secara umumnya difahami sebagai masyarakat suku,

atau masyarakat yang secara tradisi memiliki persamaan identitas. Wujud identitas

itu misalnya bahasa, tempat tinggal pola kekerabatan, pola perkahwinan, makanan

dan lain-lain. Bahasa sebagai salah satu identity bangsa.

Malaysia adalah sebuah masyarakat berbilang kaum yang sentiasa hidup dalam

aman dan harmoni, penuh dengan perasaan saling menghormati dan bertoleransi.

YAB Perdana Menteri telah menekankan bahawa perkara ini tercapai bukanlah

secara kebetulan tetapi menerusi pengurusan hubungan etnik berlandaskan

 perkongsian kuasa dalam pembentukan kerajaan dan penumpuan kepada

 pengurusan ekonomi yang mampan serta pembahagian ekonomi yang seimbang.

Page 19: implikasi hubungan etnik

8/8/2019 implikasi hubungan etnik

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-hubungan-etnik 19/29

[Ucapan PM, Asia Society of Australia, Sydney, Australia, 8 April 2005]

DiMalaysia kita mempunyai pelbagai kaum seperti Melayu, Cina India dan lain-

lain. Kaum melayu merupakan kaum yang terbesar di Malaysia dan kaum India

merupakan kaum yang ketiga terbesar. Orang Melayu juga menerima bahasa

kelompok etnik lain walaupun bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu. Pakaiankebangsaan yang berasaskan kemelayuan diterima oleh semua kelompok etnik 

walaupun setiap kelompok etnik mempunyai pakaian etnik masing-masing.

2. Masyarakat melayu:

Terkenal dengan adat dari awal kelahiran sehingga ke perkahwinan seseorang

 berbangsa melayu.

i) Perkahwinan

Sesuatu perkahwinan itu dimulai dengan adat merisik atau dipanggil menengok 

yang bertujuan untuk memastikan gadis yang dihajati oleh sesorang lelaki masih belum berpunya, ia juga bertujuan untuk menyelidiki latarbelakang sigadis

 berkenaan.

ii) Bertunang

Setelah perbincanngan diadakan majlis pertunangan akan dilangsungkan. Pihak 

lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara maranya untuk upacara

 bertunang. Pada hari pertunangan majlis kenduri akan diadakan dirumah pihak 

 perempuan.

Pertunangan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirih kepada

wakil pihak perempuan menyatakan lamaran mereka secara resmi. Pantun sering

digunakan untuk memulakan majlis.

Setelah pertunangan diterima secara resmi wakil pihak lelaki akan berbincang

tentang belanja hantaran perkahwinan dan tempoh pertunangan dan lain-lain yang

 berkaitan. Sekiranya pihak lelaki yang memutuskan ikatan pertunangan tersebut

semua wang hantaran dan belanja yang diberi kepada pihak perempuan dikira

hangus sebaliknya jika pihak perempuan yang berbuat demikian semua harus

dikembalikan sebanyak dua kali ganda.Acara kemuncak majlis pertunangan adalah acara menyarungkan cincin oleh wakil

 pihak lelaki yang terdiri daripada ibu atau saudara perempuannya akan

menyarungkan cincin pertunangan atau cincin tanda kejari manis gadis yang

dilamar.Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut.

Mengikut adat sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum

Page 20: implikasi hubungan etnik

8/8/2019 implikasi hubungan etnik

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-hubungan-etnik 20/29

 berkahwin hantaran untuknya juga harus diberikan. Adat ini dipanggil langkah

 bendul.

Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu ada 5,7,9,atau 13

dulang kerana jumlah genap dikatakan kesan yang tidak baik. Jumlah hantaran

yang diberi oleh pihak perempuan biasanya melebihi jumlah hantaran pihak lelaki.Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan

utama, sebentuk cincin berserta hantaran lain seperti bunga rampai ,buaha-buahan,

 persalinan pakaian dan lain lain yang digubah akan diberi kepada pihak 

 perempuan.

iii) Akad nikah

Merupakan satu acara paling penting dalam perkahwinan Melayu iaitu orang

Islam. Dijalankan selepas segala perjanjian yang diikat diantara kedua mempelai

dilaksanakan seperti wang belanja , mas kahwin dan barangan hantaran. Bapa

 pengantin perempuan akan menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Sementara

menantikan kedatangan rombongan pengantin lelaki majlis berzanji atau pukulan

kompang diadakan. Selepas itu tok kadi akan membacakan lafaz nikah sambil

 berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki

mengulang sebaik tok kadi menggoncangkan tangannya. Saksi akan mengesahkan

samada lafaz tersebut jelas atau tidak jelas.

Selepas itu terdapat adat membatalkan air sembahyang iaitu isteri bersalamnan

dengan si suami sebagai tanda air sembahyang telah dibatalkan. Pengantin lelaki

akan memakaikan cincin atau rantai kepada isteri mengikut daerah atau negeri

masing-masing.

iv) Bersanding

Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari berlangsung atau hari bersanding. Ia

merupakan kemuncak istiadat perkahwinan digelar raja sehari. Pengantin

 perempuan diandam oleh mak andam sebelum persandingan bermula. Bagi mak 

andam tradisional solekan pengantin didahului dengan jampi serapah untuk menaikkan seri muka pengantin. Terdapat juga majlis makan berdamai atau

 beradab antara kedua belah pihak 

Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung..

Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu,

Permainan : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei..

Page 21: implikasi hubungan etnik

8/8/2019 implikasi hubungan etnik

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-hubungan-etnik 21/29

Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya

Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam

Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam

Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam

Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat..

Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak..

Permainan : congkak, gasing, wau..

Alat muzik : kompang, gong, rebana, gambus..

Perayaan : Hari Raya Aidrilfitri(Puasa), Hari Raya Haji

Tarian : tarian keris, tarian inai, tarian piring, tarian lilin..

Kepercayaan : Agama Islam

Bahasa : Bahasa Melayu

iii)Perayaan

BAHASA

KAUM INDIA : Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam

KAUM MELAYU : Bahasa Melayu

Komunikasi antara kaum kebanyakan di dalam bahasa Melayu dan sebahagian bahasa inggeris

POLITIK

Secara umumnya di kebanyakan Negara Sedang Membangun, isu perkauman selalunya mencorakkan

pentas politiknya. Begitu juga politik di Malaysia yang tidak terlepas dari dipengaruhi unsur-unsur ini.

Oleh itu usaha untuk memelihara kestabilan politik yang bersandarkan kepada kerjasama antara kaum

terus menjadi agenda utama negara. Walaupun berhadapan dengan berbagi cabaran, Malysia masih lagi

dianggap sebagai sebuah negara yang berupaya melaksankan sistem demokrasi dengan berkesan.

Dalam konteks politik domestik, demokrasi di negara ini telah berjalan lancar terutamanya semenjak

pilihan raya umum yang pertama tahun 1955, di mana tiga kumpulan etnik utama, Melayu, Cina dan India

telah bersatu untuk mendesak Inggeris memberikan kemerdekaan. Di peringkat ini perjuangan menuntut

kemerdekaan menjadi pengikat bagi ketiga-tiga kumpulan etnik untuk bersatu dalam satu pakatan parti

iaitu Perikatan.

Selain itu pimpinan parti Perikatan yang mengamalkan sikap bersederhana juga turut mengukuhkan

kerjasama di antara kumpulan-kumpulan etnik yang mereka wakili. Menurut R.K.Vasil, pakatan dalam

parti Perikatan pada dasarnya telah menerima kepimpinan Melayu tanpa menjejaskan hubungan murni

antara kaum. Tuanku senagai Perdana Menteri pertama telah diterima oleh kaum-kaum lain selain

keupayaan Tuanku mempengaruhi orang-orang Melayu dan bukan Melayu bertolak ansur dalambeberapa perkara asas.

Walaubagaimanapun perjalanan politik Malaysia telah menjalani jalan yang berliku terutamanya tempoh

tahun 1957 hingga 1959. Terdapat beberapa pergolakan dalaman anggota parti Perikatan. MIC

menunjukan sikap tidak puas hati kepada Perikatan dengan menentang calon UMNO dalam pilihanraya

kecil di Selangor tahun 1958. Lebih jauh lagi, sekitar tahun 1950an hingga lewat 1960an, majoriti ahli-ahli

majlis kerajaan tempatan di Ipog, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur terdiri dari kalangan anggota

pembangkang.

Page 22: implikasi hubungan etnik

8/8/2019 implikasi hubungan etnik

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-hubungan-etnik 22/29

 

Selepas era 1960an perjalanan politik Mlaysia terus berkembang dinamik. Kerjasama parti-parti politik

dalam pakatan pemerintah telah berkembang dengan peningkatan keahliannya. Hal ini terbukti dengan

penubuhan Barisan Nasional 1974. Rekod Barisan Nasional yang terus kekal memerintah sehingga kini

sebahagiannya adalah kerana kerjasama parti-parti komponennya. Membina ikatan kerjasama dan

merancang serta melaksanakan program pembangunan negara secara berterusan telah berjaya

mengikat sokongan rakyat setiap kali pilihanraya umum hingga kini.

Dasar-dasar kerajaan dalam menguruskan pelbagai perkara yang berkaitan dengan perhubungan etnik

melalui formula tolak ansur telah berjaya mengekang anasir-anasir yang cuba memecahbelahkannya.

Justeru, struktur hubungan etnik di Malaysia kini adalah dipengaruhi oleh kumpulan etnik yang memiliki

batas keetnikan yang nipis. Bentuk perhubungan mereka adalah berasaskan perkiraan non-etnik. Secara

rasional hubungan mereka lebih bersifat utilitarian dan mengikat mereka dalam jaringan silang budaya

dan merentas etnik masing-masing ( Mnsor Mohd Noor, 2005).

Namun demikian, cabaran dasar yang dihadapi ialah kewujudan kumpulan tertentu yang memanipulasi

isu tertentu dan mengaitkannya dengan keetnikan yang sempit demi kepentingan mereka . Perkara ini

sering dilakukan dalm tempoh-tempoh tertentu sperti pilihanraya dan kemasukkan ke institusi pengajiantinggi. Kumpulan ini masih kabur dengan bentuk identiti bangsa yang diinginkan dan ia mnyukarkan tugas

membentuk negara bangsa yang telahpun diasaskan binaannya oleh arkitek kemerdekaan yang

terdahulu (Mansoor Mohd Noor, 2005).

Dasar dan Iltizam Kerajaan untuk Perpaduan

Dengan kedudukan politik secara relatifnya kuat dan stabil, kerajaan telah beriltizam merancang dan

melaksanakan pelan tindakan mengukuhkan perhubungan antara etnik ke arah mewujudkan perpaduan.

Dasar Pendidikan Kebangsaan secara jelas adalah mengarah kepada lndasan yang tepat demi

mewujudkan masyarakat yang harmonis. Ini adalah kerana asas yang dijadikan landasan dasar dalam

orientasi dan falsafah pendidikan negara menggunakan acuan tempatan, contohnya bahasa pengantar,

sukatan mata pelajaran dan kurikulumnya.

Selain itu kekuasaan politik juga boleh membawa kepada perancangan untuk memperbetulkan jurang

ekonomi antara etnik. Ini adalah kerana jurang ekonomi antara etnik masih lagi belum ditangani secara

efektif. Bermula dengan Dasar Ekonomi Baru dengan objektif serampang dua mata, diikuti dengan Dasar 

Pembangunan Nasional, dan kini negara ini di era Pembangunan Wawasan. Hingga kini usaha dan

tindakan yang dijalankan oleh pihak kerajaan telah sedikit sebanyak berupaya mengurangkan jurang

tersebut. Walau bagaimanapun matlamat yang disasarkan menjelang tahun 2020 masih lagi jauh.

Justeru komitmen senua pihak yang tidak berbelah bagi boleh mempercepatkan pencapaiannya.

Perpaduan politik juga tereus menjadi agenda utama kerajaan. Salah satu kaedah yang sering

dipraktikan dalam spektrum politik ialah konsensus atau persetujuan di mana pemerintah mendapatkuasanya dengan persetujuan rakyat melalui pilihan raya bebas. Pemimpin parti yang memerintah harus

mengamalkan semangat perundingan bagi memastikan penyertaan bersama dalam proses tadbir urus

negara. Formula ini diterapkan dalam Barisan Nasional yang telah berjaya menyatukan pelbagai

kumpulan etnik khususnya kaum Melayu dan India dengan pelbagai perbezaan dengan semangat

musyawarah. Gagasan Barisan Nasional telah berjaya menyelesaikan masalah-masalah dalam bidang

politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya. Natijahnya sebarang pertelingkahan dapat

dibenteras dan kestabilan politik dapat negara dapat dipertahan sehingga kini.

Page 23: implikasi hubungan etnik

8/8/2019 implikasi hubungan etnik

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-hubungan-etnik 23/29

Iltizam yang berterusan oleh pihak kerajaan disamping sokongan pihak masyarakat merupakan formula

utama mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu dan maju.

EKONOMI

Selepas mendapat kemerdekaan pada tahun 1957 kerajaan telah menggiatkan usaha untuk mengatasi

pelbagai masalah sosio-ekonomi dan sosio-politik. Rancangan pembangunan ekonomi negara

dibahagikan kepada tiga peringkat; (i) rancangan pra-merdeka iaitu meliputi Rangka Pembangunan

Persekutuan Tanah Melayu (1950-1955) dan separuh Rancangan Malaya Pertama (1956-1960); (ii)

perancangan lepas merdeka, merangkumi Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) dan sebahagian

daripada Rancanagn Malaysia Pertama (1966-1970); dan (III) perancangan dalam era Dasar Ekonomi

Baru hingga kini.

Secara umumnya sistem ekonomi Malaysia adalah berasaskan laissezfaire atau sistem ekonomi pasaran

bebas yang diadaptasikan daripada warisan Inggeris. Kerajaan pada asasnya membataskan kuasanya

dalam regulasi perniagaan., pengurusan dan perbankan demi menjaga pelabur-pelabur asing (Lim Mah

Hui dan William Canak, 1981). Semasa era penjajahan, pihak Inggeris telah memperkenalkan sistem

ekonomi moden. Walau bagaimanapun sistem ekonomi tradisional masih dikekalkan. Kesan langsungdaripada sistem ini ialah mewujudkan sistem ekonomi dualisme. Sistem ekonomi dualisme ini merujuk

kepada dua orientasi dan tumpuan yang berbeza serta bergerak seiringan dengan garis etnik.

Pertama, sistem ekonomi penjajah tertumpu kepada perdaganganmoden terutamanya berasaskan

perusahaan getah dan bijih timah. Sistem ekonomi ini berorientasikan budaya bandar dengan asas

pasaran bandar, corak pengurusan dan teknik organisasi berteraskan berteraskan bandar. Mobilisasi

modal juga berasaskansumber-sumber bandar. Ekonomi jenis ini adalah di bawah kawalan Inggeeris dan

 juga firma asing. Sektor ini banyak melibatkan kelompok etnik India berbanding Melayu. Kedua, sistem

ekonomi tradisional yang diidentifikasikan dengan sektor ekonomi pertanian. Komoditi utamanya ialah

padi dan perikanan. Teknik pengeluaranya, pemasaran, tenaga kerja serta modal adalah didominasi oleh

kaum peribumi. Ia bercirikan budaya luar bandar (Ness, 1967).

Secara langsung ekonomi dualisme ini dapat mengidentifikasi agihantenaga kerja mengikut kaum utama

di Malaysia. Oramg Melayu tertumpu di sektor pertanian tradisional. Ciri-ciri ekonomi orang Melayu di

sektor ini ialah pekebun kecil getah, kelapa, pesawah padi dan nelayan kcil-kecilan. Di sektor ini insiden

kemiskinan adalah tertinggi. Sektor termaju, jelas ketidakseimbangan antara etnik berlaku. Kaum Melayu

dan India masing-masing cuma menguasai satu perempat sahaja daripada keseluruhan sektor ini. Lebih

daripada itu, dalam lingkungan sektor ini jurang etnik lebih luas lagi. Sebagai contoh, separuh daripada

kaum Melayu yang terlibat dalam sektor ketiga (tertiary) adalah di sektor kerajaan (termasuk polis).

Sementara itu kaum India pula ramai terlibat dal sektor pengangkutan awam (terutamanya keretapi),

dalam perkhidmatan awam serta perniagaan dan kewangan.

Sehubungan denagn corak taburan perekonomian semasa, jurang purata pendapatan antara kumpulanetnik seperti yang dilaporkan dalam Rancangan Malaysia Kelapan jelas belum seimbang lagi. Bumipetera

masih lagi tertingal ke belakang berbanding etnik lain. Begitu juga bandingan antara kawasan bandar dan

luar bandar yang jelas memperlihatkan jurang yang luas.

Berdasarkan gambaran umum ketara sekali isu yang berkaitan dengan eonomi memerlukan iltizam yang

kuat daripada semua pihak untuk merapatkan jurang yang sedia ada. Keperluan untuk memperbetulkan

kedudukan dimensi ekonomi ini amat mendesak kerana ia menjadi sebagai salah satu asas utama dalam

memupuk kerjasama antara kaum.

Page 24: implikasi hubungan etnik

8/8/2019 implikasi hubungan etnik

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-hubungan-etnik 24/29

 

PER KAHWINAN

Adat Perkahwinan India

Sebagaimana kaum-kaum lain di Malaysia, kaum India juga mempunyai adat resam

 perkahwinannya yang tersendiri. Sebelum sesuatu perkahwinan itu berlaku, terdapat beberapa adat yang

 perlu dilakukan, sama ada untuk memenuhi tuntutan agama mahupun budaya kaum India itu sendiri. Di

antara adat yang perlu dilakukan adalah seperti Parisam, proses membuat kad jemputan, mukurtta kaal

dan lain-lain.

 P arisam adalah suatu adat seumpama pertunangan di dalam masyarakat melayu. Ia adalah adat memberi

hadiah kepada bakal pengantin perempuan. Terdapat dua jenis adat parisam iaitu parisam biasa dan udan

 parisam. Adat ini akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Parisam

akan disediakan dalam jumlah yang ganjil oleh pihak lelaki.

Bakal pengantin lelaki akan mengetuai rombongan membawa parisam ke rumah pengantin perempuan.Ketibaan rombungan akan disambut dengan bunyian alat-alat muzik tradisional. Selepas upacara

sembahyang dijalankan, bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari

kepada anaknya. Setelah memakai sari tersebut, bakal pengantin perempuan akan dibawa keluar ke ruang

tamu. Saudara mara akan mengalungkan bunga yang dinamakan orrai-maalai, pada masa yang sama kad

 jemputan akan diberikan kepada kedua-dua belah pihak.

Bagi masyarakat India beragama Hindu, kad jemputan kahwin memainkan peranan yang penting.

Ia akan dibuat berpandukan kalender Hindu, yang mana akan dipasti tidak berlaku sebarang kesilapan.

Kad yang telah siap dihasilkan akan menjalani beberapa upacara keagamaan seperti disapukan dengan

cecair kunyit dan dibawa ke kuil, kemudian barulah dibawa kerumah bakal pengantin untuk diberikan

kepadanya.

Thaali atau Tjrumaanggalyam adalah suatu kalungan berupa rantai leher yang dikalungkan ke

leher kedua-dua pengantin semasa upacara perkahwinan dijalankan. Ia adalah lambang suci sesuatu

 perkahwinan itu. Thaali boleh diperbuat daripada emas ataupun hanya daripada kunyit sahaja yang

kemudiannya diikat pada benang. Proses pembuatan thaali dilakukan tujuh atau sembilan hari, sebelum

hari perkahwinan oleh pembuat thaali. Apabila siap ia akan menjalani upacara sembahyang dan akan

dinamakan sebagai thaalippadaiyal.

Lima hari sebelum hari perkahwinan adat Mukuurta Kaal akan dilakukan dirumah pengantin

lelaki. Untuk menjadikan mukuurtta kaal, sebatang pokok muda akan ditebang, pokok tersebut hendaklah

lurus, berukuran dua atau tiga meter dan berukur lilit diantara 20 hingga 30 sentimeter. Mukuurtta Kaal

akan didirikan setelah menjalani upacara keagamaan yang khusus. Adat ini dilakukan bagi

menandakan bahawa perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut.

Thirumanan bermaksud penyatuan melalui ikatan perkahwinan antara suami dan

isteri. Terdapat tiga jenis T hirumanan di dalam masyarakat India, ianya berbeza mengikut

suku kaum masyarakat India itu sendiri iaitu Vaitikat T hairumanam, T amil T hairumanam 

Page 25: implikasi hubungan etnik

8/8/2019 implikasi hubungan etnik

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-hubungan-etnik 25/29

dan Diya T hairumanam. 

Upacara perkahwinan akan dilakukan oleh Pedanda. Pengantin lelaki akan

mengalungkan thaali ke leher pengantin perempuan. Kemudian kedua-dua pengantin akan

memberi hormat kepada kedua-dua ibubapa dan mertua. Setelah selesai segala upacara

keagamaan dan jamuan, pengantin perempuan akan ke rumah pengantin lelaki sebagaimenghormati suami selepas disahkan sebagai suami isteri.

Kemudian pengantin lelaki akan dikehendaki ke rumah pengantin perempuan pula selama

tiga hari.

Tiga hari selepas majlis perkahwinan upacara meroboh khemah akan lilakukan.

Sedikit jamuan akan dilakukan yang mana hanya melibatkan mereka yang terlibat sahaja.  

Rujukan : http://malaysiana.pnm.my/01/0103ind  

 A d a t p e r k a h w i n a n  

MASYARAKAT MELA YU

Dalam masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan adalah ciri budaya yang

penting, Upacara perkahwinan telah dianggap sebagai suatu tanggungjawab

bersama.Sesuatu majlis perkahwinan itu dibuat bergantung kepada keupayaan keluarga yang

menganjurkannya. Sama ada besar atau kecil sesuatu majlis perkahwinan yang diadakan yang

penting adalah kemeriahannya. Bagi masyarakat kampung biasanya majlis hanya diadakan

secara sederhana sahaja.

Sebelum pasangan Melayu itu disatukan, mereka perlu melalui beberapa peringkat adat

didalam masyarakat Melayu. Adat-adat tersebut adalah adat merisik, meninjau,meminang dan

akad nikah.Bagi masyarakat Melayu lama, jodoh anak-anak adalah ditentukan oleh ibu bapa. Anak-anak

perlu patuh pada pilihan yang telah mereka tentukan.

Memilih pasangan hidup bukan hanya berdasarkan paras rupa sahaja, malah asal usul turut

dititik beratkan.

Didalam masyarakat Melayu moden sekarang, peranan ibu bapa tetap penting bagi

memilih pasangan anak-anak. Biasanya anak-anak akan meminta pandangan ibu bapa

berkenaan pasangan mereka, walaupaun pasangan itu pilihan mereka sendiri.

Merisik dan Meninjau

 Adat merisik adalah suatu istiadat yang dilakukan oleh pihak lelaki untuk memastikan gadis

yang menjadi pilihan masih belum berpunya. Di dalam Islam adalah menjadi kesalahan jika

meminang gadis yang telah menjadi tunangan orang lain. Oleh sebab itulah istiadat merisik

dibuat bagi mengelakkan kejadian tersebut terjadi. Adat merisik ini akan dilakukan oleh saudara

mara terdekat pihak lelaki dan ia dilakukan secara tertutup

 Adat meninjau atau menengok pula dilakukan dengan keadaan lebih terbuka. Adat ini dilakukan

bertujuan untuk mengetahui latarbelakang bakal pasangan. Meninjau boleh dilakukan dengan

bertanya jiran tetangga,di kedai atau tempat orang ramai berkumpul yang berhampiran rumah

bakal pasangan. Meninjau boleh juga dilakukan terus ke rumah bakal pasangandengan cara

bertandang ke rumahnya tampa memaklumkan terlebih dahulu, ini bertujuan untuk melihat

suasana sebenar rumah bakal pasangan itu. Adalah dipercayai jika semasa wakil sampai,

Page 26: implikasi hubungan etnik

8/8/2019 implikasi hubungan etnik

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-hubungan-etnik 26/29

perempuan tersebut sedang mandi atau membasuh, ia dikatakan serasi atau sejuk dan sesuai

untuk dibuat isteri. Sebaliknya jika perempuan terbabit sedang memasak, ia dianggap panas

dan tidak serasi. Wakil tidak akan bertanya sebarang soalan secara langsung, tetapi penilaian

hanya dibuat melalui percakapan biasa dan pemerhatian.

Walau bagaimanapun adat merisik dan meninjau jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan

terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa. 

Melamar atau meminang

Melamar bermaksud, menanyakan persetujuan daripada pihak perempuan

sebelum adat bertunang dilakukan. Adat ini dilakukan secara tidak terbuka dan

tidak rasmi oleh wakil lelaki yang terdiri daripada saudara mara terdekat.

Biasanya sebentuk cincin akan diberikan, ia disebut sebagai ¶cincin tanda¶, di

Kelantan ia disebut sebagai ¶tanda mulut¶. Tanda ini boleh juga terdiri dari benda

lain selain daripada cincin.

Pada kebiasaannya pihak perempuan akan meminta tempoh bagi

memberikan jawapan, supaya tidak dikatakan µmenjual murah¶ disamping

mengambil masa untuk menyiasat latar belakang lelaki terbabit. Bagi pihak si gadis ,terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki

antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai

 pekerjaan yang baik  

Setelah lamaran diterima, kedua-dua belah pihak akan berbincang bagi

menetapkan tarikh peminangan. Di samping itu, perbincangan juga akan diadakan

 berkenaan dengan hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara bertunang

untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan persiapan semasa majlis pertunangan kelak. 

Upacara melamar ini tidak menjadi suatu yang wajib bagi sesetengah keadaan

atau tempat, sebaliknya diteruskan sahaja kepada upacara pertunangan.

BertunangMeminang adalah suatu aturcara yang dilakukan secara rasmi sebagai tanda

penerimaan pihak perempuan. Istilah meminang berasal berasal dari perkataan pinang. Buah

pinang merupakan bahan utama dalam istiadat tersebut. Pinang melambangkan lelaki kerana ia

keras dan sirih melambangkan perempuan.

Upacara peminangan lazimnya dilakukan secara sederhana. Si teruna akan mewakilkan dua

orang atau lebih saudara maranya yang terdekat untuk pergi ke rumah gadis bagi melakukan

peminangan secara rasmi. Si gadis pula akan diwakili oleh kedua-dua ibu bapanya, dan juga

saudara mara terdekat.

Pihak si teruna akan datang membawa barang barang hantaran seperti sirih junjung,

sebentuk cincin, set persolekan, bunga rampai, kuih muih dan buah buahan. Barang-barang

yang dibawa berbeza mengikut negeri, tetapi sirih junjung dan cincin adalah merupakan barang

wajib.

Mengikut adatnya, sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran

untuknya juga turut diberikan. Adat ini dipanggil langkah bendul. Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya

ganjil iaitu samada lima, tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi

yang tidak baik. Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak perempuan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak 

lelaki. Adat menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang ini dijalankan. Namun begitu ada juga yang

menjalankannya secara berasingan daripada adat bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis

 persandingan dijalankan.

Page 27: implikasi hubungan etnik

8/8/2019 implikasi hubungan etnik

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-hubungan-etnik 27/29

  Upacara ini akan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirih kepada wakil pihak 

 perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Pantun sering digunakan dalam upacara ini bertujuan

untuk memeriahkan majlis. 

Setelah menetapkan tempoh pertunangan dan hari perkahwinan serta hal-hal yang berkaitan

degannya, barulah jurucakap pihak lelaki menyerahkan barang-barang hantaran kepada pihak

perempuan. Wakil kedua belah pihak akan berbincang tentang belanja perkahwinan, tempoh pertunangan dan

lain-lain hal yang berkaitan. Tempoh bertunang lazimnya dalam masa setahun ataupun mengikut persetujuan kedua

 belah pihak. 

Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau

saudara perempuannya akan menyarungkan cincin pertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. 

Si gadis pula sudah siap berpakaian kemas dan sopan, biasanya baju kurung atau kebaya, dan

duduk di dalam billk tidur yang turut dihias indah.

Satu perkara yang turut dititikberatkan ialah berkenaan putus tunang. Mengikut adatnya jika pihak

lelaki mungkir janji dan menyebabkan perkahwinan dibatalkan maka semua pemberian semasa

bertunang tidak akan dikembalikan. Tetapi jika pihak perempuan yang mengambil keputusan

untuk memutuskan pertunangan, maka semua hantaran harus dikembalikan sebanyak dua kali

ganda.

Di sesetengah tempat, majlis pertunangan akan dihadiri oleh Datuk Penghulu, Imam atau orangtua-tua yang berpengaruh di kampung itu untuk menjadi saksi kepada segala perkara yang

dibincangkan serta persetujuan yang telah dicapai oleh kedua-dua belah pihak.

Akad nikah 

Akad nikah merupakan satu acara paling penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang

rata-ratanya beragama Islam. Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan

merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Setelah tiba hari yang ditentukan,

majlis akad nikah diadakan, Upacara itu dijalankan selepas segala perjanjian

atau syarat yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang

belanja, mas kahwin dan barang-barang lain, seperti mana yang telahdipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Upacara akad nikah adalah kemuncak kesahihan perkahwinan sepasang suami

isteri. Upacara akad dilakukan oleh kadi atau imam atau orang yang telah

ditauliahkan oleh syarak.

Upacara akad nikah boleh dilakukan sama ada di masjid, di rumah

pengantin perempuan atau di pejabat kadi, Jikalau di rumah pengantin

perempuan, akad nikah biasanya diadakan pada sebelah malam, iaitu selepas

sembahyang Isyak. Lazimnya, sementara menanti kedatangan rombongan

pengantin lelaki, majlis berzanji atau pukulan rebana diadakan.

Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali

untuk menikahkan anaknya. Bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkan kepada

Tok Imam untuk melaksanakan akad itu jika dia mahu.

Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran akan

diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan. Seterusnya pengantin lelaki

akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis. Tok imam atau tok kadi akan

Page 28: implikasi hubungan etnik

8/8/2019 implikasi hubungan etnik

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-hubungan-etnik 28/29

menemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan samada dia bersetuju atau tidak 

dengan pernikahan itu. Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara

umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumahtangga dari sudut

agama. Selepas itu, tok kadi atau imam akan membacakan lafaz nikah sambil berjabat tangan

dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok imam

menggoncangkan tangannya.

Saksi akan mengesahkan samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak 

 jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati. Doa

selamat akan dibaca sejurus selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai

telah selamat diijabkabul.

Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air 

sembahyang. Si suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya yang

menanti di dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman. Adat ini dilakukan

sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan. Selepas itu adat berinai

akan dijalankan di mana kedua mempelai ditepung tawar. Malam berinai

Setelah selesai majlis akad nikah,diadakan pula adat berinai besar.

Biasanya pengantin lelaki duduk di atas pelamin seorang diri, Kemudian

Saudara mara pihak perempuan akan melakukan upacara berinai untuknya.

Setelah selesai, pengantin perempuan pula mengambil tempat duduk manakala

saudara mara pihak lelaki pula akan melakukan upacara berinai untuknya.

Sesetengah tempat, upacara diadakan pada malam hari di atas pelamin, iaitu untuk

pengantin perempuan sahaja. Majlis itu boleh dikatakan sebagai majlis untuk

keluarga kerana tiada tetamu yang diundang, sebaliknya hanya kaum keluargayang terdekat dan sahabat handai yang rapat sahaja.

Selepas adat berinai besar dilakukan, pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah

 pengantin perempuan, sebaliknya akan terus pulang ke rumah atau pun sekiranya rombongan

tersebut datang dari jauh, pengantin lelaki akan bermalam di rumah penanggak, iaitu rumah yang

 berhampiran dengan rumah pengantin perempuan. 

Berandam

Sebelum tiba waktu bersanding, pengantin perempuan akan di andam oleh mak andam.

 Adat berandam ini ialah mengerat anak rambut di atas dahi dan di pelipis. Bakal pengantin

perempuan itu akan diperelokkan bulu keningnya. Kononnya, adat berandam ini dibuat untukmembuang sial atau kecelakaan, serta untuk mengetahui sama ada gadis itu masih mempunyai

dara ataupun tidak,

 Ada juga yang melakukan upacara mengasah gigi pengantin perempuan dengan menggunakan

sejenis batu khas. Ini dilakukan untuk menyamakan semua gigi serta menambahkan seri pada

wajah bakal pengantin. Namun adat ini sudah tidak lagi diamalkan oleh masyarakat Melayu hari ini.

Berarak dan bersanding

Page 29: implikasi hubungan etnik

8/8/2019 implikasi hubungan etnik

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-hubungan-etnik 29/29

Sebelum adat bersanding dimulakan di rumah pengantin perempuan, pengantin lelaki

ditempatkan di rumah penanggak.

Di rumah penanggak, pengantin lelaki disiapkan dengan pakaian khas, iaitu sepasang baju

melayu, biasanya yang dibuat daripada songket, Dia juga dihias dengan tanjak, bengkung can

sebilah keris yang disisipkan di pinggang.

Manakala pengantin perempuan pula berbaju kebaya panjang songket, dan biasanya

dipadankan dengan warna pakaian pengantin lelaki. Pengantin perempuan turut dihiasi dengan

berbagai-bagai jenis perhiasan seperti anting-anting, gelang Langan, cincin dan cokoh.

Setelah kedua-dua pihak siap berpakaian, pengantin lelaki diarak dari rumah penanggak ke

rumah pengantin perempuan. Rombongan pengantin lelaki ini diiringi dengan bunga manggar 

dan pasukan kompang atau rebana.

 Apabila sampai di pekarangan rumah pengantin perempuan,

Perarakan itu disambut dengan taburan beras kunyit. Pengantin lelaki disuruh

berdiri sebentar di luar rumah kemudian pengantin

perempuan akan turun menyambut pengantin lelaki. Kemudian pasangan

pengantin itu dibawa ke halaman rumah, Mereka duduk di tempat khas yang

disediakan. Suatu persembahan pencak silat diadakan sebagai penghormatanuntuk raja sehari.

Di sesetengah tempat, pengantin lelaki terpaksa melalui beberapa halangan di hadapan tangga, di muka

 pintu atau di atas pelamin untuk mendapatkan pengantin perempuan. Oleh itu wakil pengantin lelaki perlu

membayar tebus pintu atau tebus pelamin. 

Setelah selesai, pasangan pengantin itu dibawa naik ke rumah untuk

disandingkan. Mereka bersanding di atas pelamin yang dihias indah, dengan

disaksikan oleh saudara mara kedua-dua belah pihak. Semasa adat bersanding diadakan,

adat menepung tawar turut dilakukan. Para tetamu dan jemputan yang hadir juga akan diberi bunga telur pada hari

tersebut.

Seterusnya, majlis makan berdamai atau dipanggil juga makan beradab dijalankan. Majlis ini hanya

dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak. Selepas majlis selesai, kedua-dua pengantin akan bersalamandengan kedua ibu bapa dan sanak saudara serta hadirin yang datang.

Seminggu selepas itu, adat menyambut menantu atau mengundang menantu akan diadakan. Di sesetengah

tempat ia dipanggil majlis bertandang. Majlis perkahwinan akan diadakan pula di rumah pengantin lelaki tetapi

sambutannya tidaklah semeriah majlis di rumah pengantin perempuan. Ada juga yang menjalankan majlis

 bertandang ini dengan hanya mengadakan doa selamat yang dihadiri oleh saudara mara dan jiran sekampung tanpa

mengadakan majlis persandingan.

Setelah beberapa hari di rumah pengantin lelaki, pasangan suami-isteri tersebut akan dibawa melawat ke rumah

kaum keluarga dan sanak saudara. Tujuannya adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim di samping kedua

 pengantin dapat berkenal-kenalan dengan keluarga kedua belah pihak.