plus minus-interesting implikasi teori behavirous

22
EDU 3103 Soalan : Membuat pembentangan secara PMI (Plus, Minus, Interesting) tentang implikasi teori Behaviouris terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Upload: firo-har

Post on 16-Apr-2017

1.766 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Plus minus-interesting implikasi teori behavirous

EDU 3103Soalan :

Membuat pembentangan secara PMI (Plus, Minus, Interesting) tentang

implikasi teori Behaviouris terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Page 2: Plus minus-interesting implikasi teori behavirous

PLUS, MINUS, INTERESTING

• PMI boleh ditafsirkan sebagai Baik, Buruk & Menarik.• Tujuan PMI :

Melihat  perbezaan hujah dari sudut PMI. Melihat sesuatu dari sudut pandangan yang berbeza. Berfikir secara meluas tentang isu. Membuat keputusan berdasarkan maklumat.

Page 3: Plus minus-interesting implikasi teori behavirous

PENGENALAN• Prinsip Teori Behaviorisme - Ivan Pavlov

Menurut Ragbir Kaur Joginder Singh (2010), beliau menyatakan bahawa terdapat tiga prinsip asas di dalam eksperimen Ivan Pavlov. Prinsip tersebut ialah:i. Setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balasii. Pembelajaran berlaku akibat kaitan antara rangsangan dan gerak balasiii. Pembelajaran yang berlaku akibat perkaitan di antara dua rangsangan dinamakan pelaziman

Page 4: Plus minus-interesting implikasi teori behavirous

PLUS (BAIK)

Page 5: Plus minus-interesting implikasi teori behavirous

PERTAMA• Teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang

masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka.

• Sebagai contoh kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang di persekitarannya terutamanya guru-guru mereka kerana mereka mudah mengikuti apa yang diajar dan disuruh selain suka meniru perlakuan orang di sekelilingnya. 

• Selain itu, mereka juga suka dengan bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat membangkitkan semangat ingin belajar dalam diri mereka.

Page 6: Plus minus-interesting implikasi teori behavirous

KEDUA

• Guru tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid. 

• Hal ini kerana murid-murid akan dibiasakan belajar dengan sendiri kecuali sekiranya murid menghadapi sesuatu masalah dan memerlukan penjelasan yang lebih daripada guru.

• Dalam hal ini guru perlu memberikan penerangan dengan jelas.

Page 7: Plus minus-interesting implikasi teori behavirous

KETIGA

• Teori ini juga menekankan kemahiran lisan berbandingkemahiran membaca dan menulis.

• Melalui aspek kemahiran lisan yang ditekankan dapat memberikan kelebihan kepada murid kerana aspek lisan iaitu mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian murid.

• Boleh dikatakan bahawa kemahiran ini adalah kemahiran terkerap yang digunakan manusia untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

Page 8: Plus minus-interesting implikasi teori behavirous

MINUS (BURUK)

Page 9: Plus minus-interesting implikasi teori behavirous

PERTAMA

• Penerapan teori behavioris yang kurang tepat dalam sesuatu situasi pembelajaran boleh mangakibatkan berlakunya proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala dimana ianya berpusatkan kepada guru sahaja. 

• Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar oleh guru mereka tanpa memberi sebarang maklum balas.

Page 10: Plus minus-interesting implikasi teori behavirous

• Malah dalam teori pembelajaran ini murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan dipandang sebagai cara belajar yang efektif. 

• Penggunaan hukuman merupakan salah satu cara untuk guru mendisiplinkan murid dan hal ini akan mendatangkan akibat buruk kepada murid.

Page 11: Plus minus-interesting implikasi teori behavirous

KEDUA

• Proses pembelajaran dikatakan kurang memberikan gerak balas yang bebas bagi pelajar untuk berinteraksi serta untuk mengembangkan idea. 

• Hal ini kerana sistem pembelajaran tersebut lebih tertumpu kepada rangsangan dan gerak balas yang ditunjukkan. 

• Sekiranya tiada rangsangan maka tindak balas tidak akan berlaku. 

Page 12: Plus minus-interesting implikasi teori behavirous

CONTOH :

• Sebagai contoh, guru akan memberi rangsangan yang berupa hadiah dan dari situ barulah murid akan memberikan jawapan yang dikehendaki oleh guru. 

• Sekiranya perkara ini berlaku secara berterusan dikhuatiri murid akan terlalu bergantung terhadap rangsangan dari luar sedangkan murid harus memiliki rangsangan dari dalam diri mereka sendiri sebagai satu cara pembelajaran.

Page 13: Plus minus-interesting implikasi teori behavirous

KETIGA• Menurut teori ini ia adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih

tertumpu kepada buku teks. • Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan kurikulum yang

sangat ketat sehinggakan buku teks merupakan buku wajib dalam pembelajaran mereka malah mereka juga perlu dikehendaki memahami dan mempersembahkan kembali isi pembelajaran di dalam buku teks tersebut dengan baik. 

• Hal ini boleh mendatangkan kesan buruk kepada pelajar kerana ilmu pengetahuan yang mereka peroleh tidak begitu berkembangan dengan hanya tertumpu kepada satu buah buku sahaja.

Page 14: Plus minus-interesting implikasi teori behavirous

INTERESTING (MENARIK)

Page 15: Plus minus-interesting implikasi teori behavirous

PERTAMA• Guru adalah model bagi murid dalam berbahasa.• Guru perlulah menggunakan bahasa yang betul daripada segenap

aspek seperti aspek sebutan, nada, jeda dan intonasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan murid mempelajari bahasa dengan betul dan berkesan.

• Sekiranya guru dapat mengambil peluang ini iaitu peluang menggunakan bahasa dengan baik semasa pengajaran dan pembelajaran,murid secara sendirinya akan terbiasa dengan cara berbahasa yang betul.

Page 16: Plus minus-interesting implikasi teori behavirous

KEDUA

• Guru dapat mengamalkan pengajaran yang seimbang iaitu dengan mengurangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru tetapi sebaliknya lebih banyak mempraktikkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan aktiviti.

• Melalui teknik ini, murid akan dapat mengembangkan idea dan pendapat mereka. Murid juga akan mempunyai tahap keyakinan yang lebih tinggi.

Page 17: Plus minus-interesting implikasi teori behavirous

KETIGA

• Teori ini juga sangat mementingkan latih tubi yang intensif. 

• Melalui latih tubi yang kerap dan intensif yang dijalankan oleh guru terhadap murid, kebiasaan dan kecekapan murid dalam berbahasa dapat dipertingkatkan.

Page 18: Plus minus-interesting implikasi teori behavirous

KEEMPAT

• Berdasarkan teori ini murid akan berasa termotivasi melalui ransangan yang diberikan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 

• Apabila murid melakukan perkara yang betul dan baik, guru digalakkan untuk memberikan ganjaran dan pujian atas pencapaian atau tingkahlaku murid.

• Perkara-perkara ini secara tidak langsung dapat menaikkan semangat dan motivasi murid untuk terus belajar.

Page 19: Plus minus-interesting implikasi teori behavirous
Page 20: Plus minus-interesting implikasi teori behavirous
Page 21: Plus minus-interesting implikasi teori behavirous

Kesimpulannya…

• Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

Page 22: Plus minus-interesting implikasi teori behavirous

SEKIAN TERIMA KASIH

Disediakan Oleh :

Siti Fironika Hj. Abd. Rahman@firoHAR