edu congkak.doc

12
Pengenalan Frank (1952), telah mendefinisikan permainan sebagai “cara kanak-kanak belajar sesuatu yang tidak diajarkan kepadanya. Permainan merupakan cara kanak-kanak meneroka dan membiasakan dirinya dengan alam sebenar, ruang dan masa, perkara-perkara atau barang-barang, haiwan, bentuk-bentuk binaan dan manusia. Permainan boleh jadi memuaskan serta menyeronokkan dan hal seperti yang seperti itu merupakan nilai-nilai yang baik untuk kanak-kanak”. Saya telah memilih permainan congkak sebagai permainan tradisional dan ia dikategorikan sebagai main berperaturan yang telah ditentukan. Murid – murid akan duduk secara gaya bersemuka iaitu mengadap antara satu sama lain. Kepentingan permainan tradisional Permainan tradisional merupakan permainan yang dimainkan oleh generasi pada zaman nenek moyang kita sejak dahulu lagi. Antara jenis permainan tradisional yang masih dimainkan kini ialah permainan congkak. Namun, peredaran zaman yang kian berubah telah menyaksikan bahawa permainan tradisional ini makin dipinggirkan oleh generasi muda kini. Kepentingan permainan tradisional ini perlu diuar-uarkan kepada rakyat Malaysia agar permainan ini tetap terlestari sampai bila-bila. Memang tidak dapat dinafikan bahawa permainan tradisional merupakan warisan budaya Malaysia yang tidak ternilai harganya. Hal ini adalah kerana permainan tradisional merupakan warisan nenek moyang kita yang melambangkan adat, budaya dan identiti

Upload: hanan-arsad

Post on 16-Feb-2015

26 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

bermain congkak

TRANSCRIPT

Page 1: edu congkak.doc

Pengenalan

Frank (1952), telah mendefinisikan permainan sebagai “cara kanak-kanak belajar

sesuatu yang tidak diajarkan kepadanya. Permainan merupakan cara kanak-kanak

meneroka dan membiasakan dirinya dengan alam sebenar, ruang dan masa, perkara-

perkara atau barang-barang, haiwan, bentuk-bentuk binaan dan manusia. Permainan

boleh jadi memuaskan serta menyeronokkan dan hal seperti yang seperti itu

merupakan nilai-nilai yang baik untuk kanak-kanak”. Saya telah memilih permainan

congkak sebagai permainan tradisional dan ia dikategorikan sebagai main berperaturan

yang telah ditentukan. Murid – murid akan duduk secara gaya bersemuka iaitu

mengadap antara satu sama lain.

Kepentingan permainan tradisional

Permainan tradisional merupakan permainan yang dimainkan oleh generasi

pada zaman nenek moyang kita sejak dahulu lagi. Antara jenis permainan tradisional

yang masih dimainkan kini ialah permainan congkak. Namun, peredaran zaman yang

kian berubah telah menyaksikan bahawa permainan tradisional ini makin dipinggirkan

oleh generasi muda kini. Kepentingan permainan tradisional ini perlu diuar-uarkan

kepada rakyat Malaysia agar permainan ini tetap terlestari sampai bila-bila.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa permainan tradisional merupakan warisan

budaya Malaysia yang tidak ternilai harganya. Hal ini adalah kerana permainan

tradisional merupakan warisan nenek moyang kita yang melambangkan adat, budaya

dan identiti sesuatu bangsa. Sekiranya permainan tradisional ini tidak dipertahankan

sudah tentu generasi muda tidak mengenali budaya warisan mereka. Impaknya,

generasi muda sudah tentu tidak akan mengenali permainan congkak malah mereka

begitu berbangga dengan permainan moden yang begitu pesat membanjiri pasaran

kini. Jelaslah, permainan tradisional ini sangat penting kerana permainan ini merupakan

warisan turun-temurun yang perlu dilestarikan untuk tatapan generasi akan datang.

Sudah Terang Lagi Bersuluh, permainan tradisional dapat dijadikan sebagai alat

hiburan untuk mengisi masa lapang. Permainan tradisional dapat menghiburkan

seseorang kerana permainan ini menyeronokkan dan dimainkan secara berkumpulan.

Secara tidak langsung, permainan tradisional ini dapat mengurangkan stress seseorang

Page 2: edu congkak.doc

malahan dapat menyihatkan tubuh badan seseorang. Tegasnya, permainan tradisional

bukan sahaja dapat menghiburkan seseorang malah mengisi masa lapang dan

menyihatkan tubuh badan.

Seterusnya ialah permainan tradisional dapat dijadikan suatu produk

pelancongan yang menguntungkan negara. Pada kebiasaannya, pelancong luar yang

datang ke negara kita ingin melihat keunikan budaya warisan yang terdapat di

Malaysia. Secara eksplisitnya, permainan tradisional ini dapat menarik pelancong asing

dan berlakunya aliran masuk mata wang asing ke dalam negara Permainan tradisional

membawa signifikan yang ketara dalam sektor pelancongan di Malaysia.

Selain, langkah lain yang dapat dilaksanakan dengan memperkenalkan

permainan tradisional kepada para pelajar sekolah dan permainan ini sewaktu mata

pelajaran pendidikan jasmani ataupun kegiatan kokurikulum di luar bilik darjah. Selain,

langkah lain yang dapat dilaksanakan dengan memperkenalkan permainan tradisional

kepada para pelajar sekolah dan permainan ini sewaktu mata pelajaran pendidikan

jasmani ataupun kegiatan kokurikulum di luar bilik darjah. Sewaktu bermain, mereka

dapat berhubung dengan rakan sebaya dan secara tidak langsung melatih mereka

bergaul. Perbualan spontan antara mereka akan lubang ke lubang, mempunyai

maknanya yang tersendiri.

Permainan tradisional banyak memberikan kepentingan kepada rakyat mahupun

negara. Sesungguhnya, permainan ini perlulah dilestarikan untuk dijadikan alat

penghubung silaturahim antara generasi dulu dan kini. Sebagai rakyat Malaysia yang

menghargai warisan tradisi seharusnya berganding bahu bagai Aur Dengan Tebing

dalam mengekalkan permainan tradisional ini. Walaupun kini permainan moden bagai

Cendawan Tumbuh Selepas Hujan telah menguasai jiwa golongan muda namun,

permainan tradisional tetap di hati kerana Tak Kenal Maka Tak Cinta.

Page 3: edu congkak.doc

Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai

aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Permainan congkak dikategorikan sebagai

main berperaturan.Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di

atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.

Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh

kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain. Alatan

yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak.

Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah.

Buah congkak lazimnya menggunakan biji guli, buah saga, biji plastik, batu kecil, dan

biji getah. Namun demikian, buah congkak tidak mempunyai bentuk yang tetap, apa-

apa sahaja yang agak bulat dan sesuai boleh digunakan.

Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak

mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di

setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".

Page 4: edu congkak.doc

Langkah-langkah Perlaksanaan

Guru mempunyai tanggungjawab yang penting dalam menjayakan kurikulum

permainan yang bermutu. Morrison (1984), dalam bukunya yang berjudul ‘Early

Childhood Education Today’, menggariskan beberapa tanggungjawab penting untuk

menjamin keberkesanan perlaksanaan teknik permainan ini. Langkah-langkah penting

dalam strategi ini ialah:

Menentukan tema dari kandungan sukatan pelajaran iaitu sama ada permainan

yang dipilih itu adalah berfaedah atau sebaliknya; sekiranya diperlihatkan adanya

perkaitan di antara permainan dengan isi pelajaran serta pengalaman murid-murid,

maka objektif permainan itu di harap akan tercapai.

Menentukan tujuan guru dengan jelas mengadakan permainan tersebut. Guru

perlu memastikan permainan itu bertujuan memotivasikan murid, membentuk konsep

atau memberi peneguhan yang sesuai bagi peringkat kemajuan murid.

Menentukan aras kebolehan murid juga penting supaya permainan yang dipilih

dapat menyediakan kemahiran yang sejajar dengan keupayaan dan kebolehan murid-

murid.

Guru juga harus tahu menentukan jenis-jenis mainan yang akan dilaksanakan.

Mainan yang menepati aras dan tema pasti memudahkan guru dalam penyediaan

permainan tersebut.

Menentukan bentuk permainan sama ada dilakukan secara individu,kumpulan

kecil atau kumpulan besar. Setiap permainan mempunyai syarat-syarat tertentu dalam

kumpulannya. Contohnya kumpulan kecil mempunyai bilangan pemain yang sedikit

berbanding kumpulan besar jadi penilaiannya juga berbeza.

Mengumpul Bahan.Guru hendaklah menentukan bahawa semua bahan yang

digunakan seperti buah dadu, papan dam, kad-kad mainan atau bongkah-bongkah

disediakan lebih awal. Murid juga sudah disediakan dari segi fizikal dan mental.

Menentukan cara menilai iaitu bagaimana hendak menilai hasil daripada

permainan murid. Guru mestilah telah menyediakan cara-cara yang munasabah dan

sesuai untuk menilai. Guru juga harus sentiasa mengawasi aktiviti murid-murid supaya

dapat membuat penilaian yang terbaik.

Page 5: edu congkak.doc

Menentukan proses dan masa tentang satu-satu permainan hendaklah diberi

penerangan kepada murid-murid. Perkara-perkara seperti undang-undang, apa yang

sepatutnya dibuat oleh pemain dan bilangan pemain yang terlibat, perlu dijelaskan.

Mendapatkan maklum balas daripada murid selepas permainan dijalankan

supaya guru dapat menilai perasaan murid dan menilai konsep permainan sama ada

baik atau sebaliknya.

Asas permainan

Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai

kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan. Dalam permainan

congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak

berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima

atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya

terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang

biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm.

Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain.

Untuk memulakan permainan, biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung

dengan sama banyak dan rumah dibiarkan kosong.

Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan

mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam

setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam,

sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah'

kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang

lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu

setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan

meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi

lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah

akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan

memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup

buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua

pemain sudah bosan.

Page 6: edu congkak.doc

Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali

ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan

sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".

Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa:

1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan

dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing

dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan

pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.

2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam

kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti,

sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh

menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut

kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat

satu pusingan.

3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.

Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan

permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung

sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka

permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan

seterusnya hingga mati.

4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran

berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah

kepada pihak lawan.

5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung

dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap

'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang

kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah

yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak,

maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah. Pengagihan

Page 7: edu congkak.doc

buah dalam permainan congkak juga bergerak mengikut arah jam berbanding dengan

permainan lain yang bergerak secara melawan arah jam.

Saya memilih matapelajaran Bahasa Malaysia dalam tema Aktiviti Masa Lapang. Murid

– murid didedahkan dengan cara bermain congkak. Murid yang memasukkan guli ke

dalam lubang congkak akan mengeja perkataan yang diberikan oleh guru. Saya ada

melampirkan Rancangan Mengajar Harian berkaitan dengan tajuk Aktiviti Masa Lapang.

Page 8: edu congkak.doc

RUJUKAN

1) Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Huraian Kurikulum Prasekolah

Kebangsaan, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

2003.

2) Azizah Lebai Nordin(2002). Pendidikan Awal Kanak-kanak Teori dan

Amali, Penerbit Universiti Malaya.

3) Pengurusan gerak kerja kokurikulum Ab. Alim Abdul Rahim - 2004

4) Permainan tradisional / Zarina Zainal Abidin

5) Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak.

http://www.anakku.my/artikel.php?ar=24

6) http://www.ums.edu.my/spps/prasekolah/program.htm

7) Rohaty Mohd Majzub dan Abu Bakar Nordin(1989). Pendidikan Prasekolah,

8) Universiti Kebangsaan Malaysia.

9) tradisional-bib.blogspot.com

10) Ramlah jantan dan Mahani RazaliPsikologgi Pendidikan –

Pendekatan Kontemporari, McGraw-Hill (Malaysia) Sdn.Bhd.