edu assmt

7
Isi kandungan 1.0 PENGENALAN....................................................... 2 2.0 TUGASAN KUMPULAN................................................ 3 2.1 MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS...................................3 2.2 MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN................................5 3.0 TUGASAN INDIVIDU................................................. 6 3.1 INDIVIDU PERTAMA................................................6 3.1.1 Kekuatan Model Akibat Logikal Dreikurs......................6 3.1.2 Cadangan....................................................8 3.2 INDIVIDU KEDUA.................................................11 4.0 KESIMPULAN...................................................... 12 5.0 REFLEKSI........................................................ 13 6.0 RUJUKKAN........................................................ 16

Upload: vejittradevi-krishnan

Post on 27-Dec-2015

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

s

TRANSCRIPT

Page 1: EDU ASSMT

Isi kandungan

1.0 PENGENALAN...................................................................................................................................2

2.0 TUGASAN KUMPULAN...................................................................................................................3

2.1 MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS......................................................................................3

2.2 MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN........................................................................5

3.0 TUGASAN INDIVIDU.........................................................................................................................6

3.1 INDIVIDU PERTAMA.....................................................................................................................6

3.1.1 Kekuatan Model Akibat Logikal Dreikurs.............................................................................6

3.1.2 Cadangan.................................................................................................................................8

3.2 INDIVIDU KEDUA........................................................................................................................11

4.0 KESIMPULAN...................................................................................................................................12

5.0 REFLEKSI.........................................................................................................................................13

6.0 RUJUKKAN.......................................................................................................................................16

Page 2: EDU ASSMT

1.0 PENGENALAN

Mengikut Kamus Dewan (2005) pengurusan bermaksud mengurus sesuatu atau perihal

mengurus. Ini membawa pengertian yang lebih luas kearah mengendalikan sesuatu agar lebih

teratur dan tersusun. Dalam konteks pendidikan, pengurusan bilik darjah yang baik boleh

menjurus kepada situasi yang lebih baik dan berprosedur sempurna untuk mencapai objektif-

objektif aktiviti yang lebih berkesan dan bermakna. Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek

yang penting dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Keadaan fizikal bilik darjah seperti susun atur kerusi meja pelajar, jadual waktu mata pelajaran

dan tugasan, peraturan kelas, kemudahan asas, pencahayaan dan sebagainya seharusnya

menggalakkan proses pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah. Jadi sebagai seorang

guru, perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus

pergerakan pelajar di dalam kelas dan mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya

pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

Susunan fizikal di dalam kelas boleh memberi sumbangan dari segi kawalan, perhubungan guru

dengan murid dan sesama murid di dalam kelas malah mewujudkan keseronokan bekerja

bersama-sama untuk mencapai sesuatu visi. Ini sangat sesuai sepertimana menurut Marland

(1975), suasana fizikal di dalam bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam

pengajaran. Menurut Savage (1999), menyusun atur persekitaran fizikal bukan sahaja akan

mempengaruhi tingkah laku murid malah ia juga boleh mempengaruhi sikap murid dan

menyumbang kepada prestasi akademik murid.

2

Page 3: EDU ASSMT

2.0 TUGASAN KUMPULAN

2.1 MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS

Pengurusan bilik darjah yang berkesan mempunyai asas pengurusan disiplin yang

kukuh dalam kalangan murid. Rentetan itu, terdapat banyak Model Pengurusan Disiplin yang

telah dicadangkan oleh ahli-ahli psikologi tingkah laku, para pendididik dan ahlih-ahli akademik.

Salah satunya adalah Model Akibat logikal Dreikurs yang dicadangkan oleh Rudulf Dreikurs

(1897-1972). Beliau merupakan seorang psikatris dan pendidik yang popular di Amerika

Syarikat. Beliau memperkembang sistem psikologi individu Alder supaya membina sesuatu

kaedah pragmatik untuk memahami tujuan dan punca masalah tingkah laku kanak-kanak serta

merangsangkan tingkah laku koperatif tanpa hukuman atau ganjaran.

Dreikurs menumpukan fokus kajian untuk pra-remaja. Mengikut beliau, masalah tingkah

laku kanak-kanak harus ditangani oleh pihak sekolah dan rumah bersama. Ini menunjukaan

konsep Model Akibat Logical Dreikurs lebih menekankan kepentingan guru memberikan

kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid melalui pengajaran demokratik dan

berdepan kesalahan untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah. Pada

pendapat Dreikurs, disiplin adalah bukannya satu bentuk hukuman. Sebaliknya ia adalah satu

cara untuk mengajar kanak-kanak untuk mengenakan satu tahap kepada diri mereka sendiri.

Seorang guru yang mempunyai sifat demokratik akan memberikan bimbingan dan sifat

kepimpinan yang kukuh dan kuat.

Dreikurs juga menyatakan bahawa setiap tingkah laku mempunyai tujuan tertentu.

Maka, beliau telah membina instrumen yang paling berkesan untukk memahami tingkah laku

seseorang kanak-kanak. Pertama sekali, beliau menyatakan bahawa terdapat empat matlamat

bertingkah laku yang tidak diingini. Dreikurs menyatakan bahawa seseorang individu bertingkah

laku buruk akibat kekurangan keperluan kepunyaan dalaman serta kekurangan memberi

sumbangan kepada sesuatu kumpulan yang berinteraksi dengannya. Matlamat kedua ialah bagi

memenuhi kekurangan keperluan tersebut, individu akan berusaha menggunakan tingkah laku

tidak diingini untuk mencapai matlamatnya. Dreikurs menyatakan bahawa sebab utama individu

tertingkah laku buruk ialah keperluan perhatian. Matlamat ketiga bagi berlakunya sesuatu

tingkah laku tidak diingin ialah sekiranya tidak dapat perhatian yang dihasrat, individu itu akan

merajuk dan berusaha membalas dendam. Matlamat yang keempat pula melibatkan keadaan

wujudnya inferioriti kompleks dalam diri kanak-kanak tersebut sekiranya gagal membalas

dendam.

3

Page 4: EDU ASSMT

Bagi menangani tingkah laku tidak diingini tersebut, guru mempunyai peranan tertentu.

Menurut itu, Dreikurs telah mengusulkan beberapa peranan guru untuk menangani tingkah laku

sedemikian. Pertamanya guru memainkan peranan dalam mengenal pasti matlamat tersilap

murid, iaitu dengan memberi perhatian kepada responnya terhadap tingkah laku buruk

muridnya sambil memerhati tindak balas murid tersebut. Guru juga berperanan untuk

menentang matlamat tersilap itu dengan keterangan yang munasabah melalui perbincangan

logik atau memberi autonomi untuk membincangkan tentang kesilapan yang diaplikasikan oleh

muridnya. Guru-guru juga bertanggunjawab dalam menguatkuasakan peraturan di dalam bilik

darjah serta membimbing murid-murid untuk memahami peraturan-peraturan yang ditetapkan

supaya mereka berusha untuk mengawal tingkah laku. Seterusnya guru berperaan untuk

mengelakkan rampasan kuasa dengan menarik balik imej autoriti guru, sebaliknya turunkan

kuasa kepada murid bertingkah laku buruk iaitu memberi peluang mengarah dan membuat

keputusan. Selain itu, Dreikurs juga mengatakan bahawa guru mempunyai peranan penting

untuk menangani tingkah laku membalas dendam, misalnya dengan memberi sokongan yang

konsisten kepada murid bermasalah agar menonjolkan prestasi baiknya supaya mudah

mendapat perhatian orang lain. seseorang guru bertanggungjawab memberi galakan kepada

murid bermasalah dengan peneguhan atas usaha mereka walaupun sedikit sahaja.

Kesimpulannya, matlamat keseluruhan Dreikurs ialah hukuman bukan suatu kaedah

yang berkesan untuk menangani masalah disiplin. Malah, beliau berpendapat bahawa tindakan

hukuman guru merupakan balas dendamnya terhadap murid selain menunjukkan autoriti guru

selain membawa malu kepada murid yang dihukum itu. Dreikurs percaya strategi paling

berkesan menangani masalah tingkah laku ialah pencegahan. Fokus utamanya ialah ke atas

tingkah laku konstruktif dan bukan disiplin paksaan. Maka, beliau usulkan pembinaan bilik

darjah demokratik dan stail pengajaran dengan menurunkan kuasa kepada murid agar setiap

murid dapat menyumbang sebagai ahli bilik darjah. Beliau berpendapat bahawa dengan ini,

murid akan mempunyai minat sosial dan memahami manfaat dirinya dalam penyertaan aktiviti

bilik darjah.

4

Page 5: EDU ASSMT

2.2 MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN

5