edu- asas kpmpinan aku.docx

14
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM 08000 SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN PISMP AMBILAN JANUARI 2012 TUGASAN PROJEK ASAS KEPEMIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU EDU3083 NAMA : WAN ZUL AZIZI BIN WAN AHMAD ANGKA GILIRAN : 2012251340092 NO. KAD PENGENALAN : 920229 – 11 – 5773 KOD KURSUS : EDU3083 NAMA KURSUS : ASAS KEPEMIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU KUMPULAN / AMBILAN : PENGAJIAN MATEMATIK (P8D) AMBILAN JANUARI 2012 1

Upload: azizi-ahmad

Post on 14-Dec-2015

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: edu- asas kpmpinan aku.docx

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM08000 SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN PISMP

AMBILAN JANUARI 2012

TUGASAN PROJEK

ASAS KEPEMIMPINAN DAN PERKEMBANGAN

PROFESIONAL GURU

EDU3083

NAMA : WAN ZUL AZIZI BIN WAN AHMAD

ANGKA GILIRAN : 2012251340092

NO. KAD PENGENALAN : 920229 – 11 – 5773

KOD KURSUS : EDU3083

NAMA KURSUS : ASAS KEPEMIMPINAN DAN

PERKEMBANGAN PROFESIONAL

GURU

KUMPULAN / AMBILAN : PENGAJIAN MATEMATIK (P8D)

AMBILAN JANUARI 2012

NAMA PENSYARAH : ENCIK VELLOO RAGAVAN

TARIKH SERAHAN : 2 OGOS 2015

1

Page 2: edu- asas kpmpinan aku.docx

HALAMAN PENGAKUAN

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-

tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. “

Tandatangan :

Nama Penulis : WAN ZUL AZIZI BIN WAN AHMAD

Tarikh : 2 OGOS 2015

2

Page 3: edu- asas kpmpinan aku.docx

TUGASAN 1 (INDIVIDU)

Dasawarsa ini, pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat

dinafikan bahawa peranan guru dan sekolah memainkan peranan yang sangat penting

dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu.

Sememangnya telah dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa

‘Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembang lagi

pontensi individu secara menyeluruh dan bersatu padu untuk mewujudkan insan yang

harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kapada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.’

Maksud etika adalah satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau

kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995). Mengikut Kamus Oxford(1994) etika adalah

prinsip moral atau set prinsip moral. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau

profesion terhadap masyarakat. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku

betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah. Maksud Etika Profesional, semua

garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam

perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan

peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.

Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi.

Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam

menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan

perhubungan atnara ahli dalam organisasi

Mengikut Kamus Dwibahasa perkataan ‘akauntabiliti’ di huraikan sebagai bertangungjawab

kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji ,

konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan

mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat

jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan

untuk memberikan justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu

keputusan yang telah diambil. Tanggungjawab yang terdapat dalam Kod Etika Guru boleh

dibahagikan kepada empat komponen utama. Tanggungjawab tersebut boleh dilihat

berdasarkan rajah dibawah.

3

Page 4: edu- asas kpmpinan aku.docx

Tanggungjawab yang terdapat dalam Kod Etika Guru boleh dibahagikan kepada

empat komponen utama. Tanggungjawab tersebut boleh dilihat berdasarkan rajah dibawah.

Tanggungjawab Terhadap Pelajar.

Antara tanggungjawab guru terhadap pelajar dalam Kod Etika Perguruan menurut

Noriati A. Rashid, Boon dan Wong (2010) ialah:

Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.

Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor jasmani, mental,

emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka

yang berhak mengetahuinya.

Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata

pelajaran- mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan

contoh yang baik kepada pelajar.

Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan

menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran

kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

4

Tanggungjawab

Tanggungjawab Terhadap Pelajar

Tanggungjawab Terhadap Ibu-Bapa

Tanggungjawab Terhadap Masyarakat Dan Negara

Tanggungjawab Rakan sekerja dan Profesion Perguruan

Page 5: edu- asas kpmpinan aku.docx

Tanggungjawab guru terhadap pelajar sememangnya bukan suatu benda yang mudah

untuk dilaksanakan. Segelintir guru mampu melaksanakan dengan jaya namun majoriti

gagal dek kerana kekangan dan cabaran yang besar. Campur tangan politik dan banyak lagi

aspek menyukarkan pelaksanaan tanggungjawab terhadap pelajar. Pertambahan populasi

masyarakat juga memberi impak yang besar di mana bilangan pelajar juga bertambah.

Bilangan pelajar yang terlalu ramai menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas (dipetik daripada Farah Zamira Farush Khan dan Siti Nursyahidah Abu Bakar,

2015). Pada masa sekarang, bilangan pelajar dalam satu-satu kelas dalam lingkungan 40

hingga 50 orang murid. Mana mungkin seorang guru mampu untuk menjalankan

tanggungjawab sepenuhnya ke atas murid seramai itu. Dalam program Pentaksiran

Berasaskan Sekolah (PBS) memerlukan guru untuk memberikan perhatian secara individu

kepada pelajar. Bilangan murid yang ramai juga memberi impak kepada tahap

keberkesanan penyampaian ilmu.

Penggunaan sistem eletronik (e-sistem) yang diwujudkan oleh pihak kementerian

pelajaran juga ‘lahir’ dengan begitu banyak dalam masa yang singkat ‘ibarat cendawan

tumbuh selepas hujan’. Bebanan yang lebih besar dihadapi oleh guru veteran yang mana

penguasaan terhadap teknologi maklumat(IT) adalah sangat rendah. Tekanan yang besar

dihadapi oleh golongan ini dan ada yang menjadikan mereka putus asa dengan profesion

perguruan. Penggunaan e-sistem ini juga memberi tekanan kepada guru yang mana mereka

perlu mengorbankan waktu tidur atau waktu rehat mereka dengan masa untuk memasukkan

data yang kebiasaanya hanya boleh dilakukan pada masa 2 ke 3 pagi untuk mengelakkan

waktu puncak. Hal ini menjadikan guru kurang rehat justeru kualiti pendidikan guru pada

esok hari terjejas.

Tanggungjawab Terhadap Ibu-Bapa

Antara tanggungjawab guru terhadap ibu bapa dalam Kod Etika Perguruan menurut

Noriati A. Rashid, Boon dan Wong (2010) ialah:

Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi

pendidikan dengan rumahtangga.

Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan

rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan

membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

5

Page 6: edu- asas kpmpinan aku.docx

Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan

menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan

ekonomi ibu bapa pelajar.

Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh

menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

Seorang guru tidak boleh menidakkan hak ibu bapa ke atas anak-anak mereka. Ibu

bapa mempunyai tanggungjawab utama ke atas anak mereka dan seorang guru harus

sedar akan hal itu. Namun walaupun begitu, sebagai seorang guru terpaksa berhadapan

dengan segelintir pelajar yang mempunyai masalah yang dibawa dari rumoh. Contohnya

sikap ibu bapa yang terlalu sayangkan anak dan memanjakan secara berlebihan. Hal ini

menyukarkan guru untuk mengawal tingkah laku murid tersebut. Contohnya guru tidak

dapat menegur atau mendenda murid tersebut jika murid tersebut melakukan kesalahan di

sekolah. Banyak kes kebiasaanya melibatkan murid sebegini yang mana apabila

dikenakan denda atau dimarahi disekolah, mereka akan melaporakan kepada ibu bapa

mereka. Ibu bapa yang terlalu saying dan manjakan anak mereka akan datang ke sekolah

dan memarahi tindakan guru tersebut. Menurut Abdullah Sani Yahaya (2005), terdapat

pelajar yang terlalu dimanjakan di rumah. Tambah beliau lagi, ada kalanya ibu bapa

membela kesalahan anak-anak mereka dan tidak percaya kelakuan negatif anak mereka.

Apabila terjadinya perkara sebegini, seorang guru tidak dapat menjalankan tanggungjawab

terhadap murid tersebut dan juga menjejaskan tanggungjawab guru terhadap ibu bapa. Ibu

bapa lebih memilih untuk mempercayai anak-anak mereka berbanding dengan guru di

sekolah.

Tidak lupa juga akan cabaran menghadapi ibu bapa yang berstatus tinggi. Ibu bapa

yang berstatus tinggi akan mempunyai karenah mereka yang tersendiri. Mereka akan

berkehendakkan yang terbaik dan ekslusif kepada anak mereka dan tidak semua guru

boleh memberikan apa yang diharapkan dek kerana pengalaman kerja mahupun ilmu yang

mencukupi. Ini boleh menjatuhkan martabat dan maruah seorang guru di mata golongan

ibu bapa seperti ini. Hal ini boleh mempengaruhi tahap kerjasama antara guru dan ibu

bapa tidak lupa juga akan menjejaskan hunungan antara ibu bapa dengan murid.

6

Page 7: edu- asas kpmpinan aku.docx

Tanggungjawab Terhadap Masyarakat Dan Negara

Antara tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara dalam Kod

Etika Perguruan menurut Noriati A. Rashid, Boon dan Wong (2010) ialah:

Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan

kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang bertentangan dengan Rukun

Negara.

Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan

membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat, bertanggungjawab dan

berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

Menghormati masyarakat di tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala

tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil

bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa serta

institusi pendidikan dengan masyarakat.

Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan

kecendekiaan masyarakat.

Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan

menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan guru harus memupuk dalam diri setiap

pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi

warganegara yang taat, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan

kebudayaan, keturunan dan agama. Walaupun begitu, majoriti murid masih melakukan

jenayah di sekolah. Budaya gengsterisme, vandalisme dan banyak lagi masih berleluasa di

sekolah. Hal ini disebabkan oleh pengaruh media massa yang menggalakan perkara ini

berlaku. Filem seperti ‘KL Gengster’ dan lain-lain jelas mempengaruhi akhlak dan tindak

laku pelajar pada masa sekarang. Lee (dipetik dari “Sekolah perlu lebih terbuka”, 2015)

melaporkan statistik kes jenayah juvana pada tahun 2014 dari Januari sehingga Oktober

membimbangkan dengan kadar peningkatan sebanyak 24% berbanding tempoh yang sama

pada tahun 2013.

Murid pada zaman sekarang juga tidak mempunyai mentaliti rasional terhadap

persekitaran justeru mendedahkan mereka kepada risiko jenayah. Sikap ibu bapa yang

‘lepas tangan’ ibarat menyokong tindak tanduk mereka menggalakkan mereka untuk

melakukan perkara diluar norma kehidupan lebih-lebih lagi pelajar yang berada di kelas

7

Page 8: edu- asas kpmpinan aku.docx

terkebelakang. Seperti pada masa saya berpraktikum, kebanyakan murid yang bermasalah

adalah dari kalangan murid tersebut dan sikap mereka seolah-seolah tidak dapat

dibendung.

Tanggungjawab Terhadap Rakan Sekerja Dan Profesion Perguruan

Antara tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan dalam Kod

Etika Perguruan menurut Noriati A. Rashid, Boon dan Wong (2010) ialah:

Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh

mencemarkan nama baik seorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau berbuat

sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seorang guru.

Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai

guru.

Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan

bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan

sosial.

Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam

profesion keguruan.

Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion

keguruan.

Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

Cabaran yang jelas kelihatan apabila seorang guru berada di lapangan adalah

hubungan antara guru novis dan guru veteran. Kebiasaanya punca masalah adalah

berpunca daripada guru veteran yang mempunyai ego yang tinggi. Ini menyebabkan

hubungan social antara guru novis dan guru veteran tidak mesra. Sikap guru veteran yang

gemar ‘membuli’ guru novis tidak dapat ditakwil lagi. Guru novis yang baru di sekolah

kebiasaanya akan diberikan lambakan kerja daripada pihak pentadbiran ditambah pula

dengan paksaan untuk menolong guru veteran. Mahu tidak mahu, guru novis terpaksa

melakukan kerja tambahan tersebut untuk menjaga hubungan dan mengekalkan hubungan

baik dengan mereka. Lambakan kerja yang diberikan menyebabkan guru novis tidak dapat

meluangkan masa yang banyak dengan guru-guru yang lain lantas akan dicop sebagai

sombong dan tidak pandai untuk bersosial.

8

Page 9: edu- asas kpmpinan aku.docx

Cabaran yang seterusnya adalah terdapat segelintir guru yang bersikap cemburu

dengan pencapaian guru yang lain. Ini boleh mewujudkan suasana kerja yang tidak baik

antara rakan sejawat. Tidak lupa juga akan sifat sesetengah guru yang ‘kaki bodek’. Guru

yang bersifat sebegini tidak akan disukai oleh rakan sejawat yang lain. Apabila timbul

perasaan tersebut, guru-guru lain akan menjauhkan diri dengan guru tersebut. Guru yang

bersifat kaki bodek tersebut pula akan memfitnah guru-guru lain kepada pihak pentadbiran

yang akan mewujudkan sifat benci-membenci antara rakan sejawat. Tidak lupa juga akan

sikap sesetengah guru yang sombong dan lokek dengan ilmu. Hal ini akan menimbulkan

api kebencian antara rakan sejawat dan menjadikan suasana tidak sihat di kawasan

sekolah.

Sebagai seorang guru yang berwibawa, kesemua cabaran-cabaran yang dicatatkan di

atas pasti dapat ditangani dengan berhemah. Dengan itu, barulah setiap tanggungjawab

dapat dilaksanakan dengan jaya. Cabaran-cabaran yang timbul harus ditangani dengan

cepat dan berkesan agar cabaran itu tidak membesar ibarat api yang baru menyala, kalau

tidak dipadamkan dengan segera pasti akan membesar dan marak. Cabaran yang besar

lebih dihadapi oelh guru-guru novis. Saya sebagai bakal guru novis akan persiapkan diri

dalam aspek rohani dan fizikal agar tidak kecundang di tengah jalan.

9

Page 10: edu- asas kpmpinan aku.docx

 RUJUKAN

BUKU

Abdullah Sani Yahaa. (2005). Mengurus disiplin pelajar, siri buku pengurusan khusus

keperluan para pendidik. Pahang: PTS Publications Sdn Bhd.

Choong Lean Keow.  (2009).  Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.  Kuala Lumpur :

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Farah Zamira Farush Khan & Siti Nursyahidah Abu Bakar. (April 20, 2015). Sistem digital,

guru terseksa? Sinar Harian. Diperoleh dari

http://www.sinarharian.com.my/mobile/wawancara/sistem-digital-guru-terseksa-

1.381496

Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel.  (2009).  Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah

Laku.  Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.  Selangor : Oxford Fajar Sdn.

Bhd.

John West- Burnham (2009) Mengurus Kualiti Di Sekolah, Terjemahan Tengku Abdul Aziz

Tengku Zainal, Institut Terjemahan Negara Malaysia

Mok Soon Sang.  (Jun 2009).  Pedagogi Untuk Pengajaran & Pembelajaran.  Selangor :

Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang.  ( 2011).  Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku.  Selangor : Penerbitan

Multimedia Sdn. Bhd.

Noraini Idris, Shuki Osman.  (2009).  Pengajaran dan Pembelajaran Teori dan

Praktis.  Kuala Lumpur : Mc Graw Hill.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad.  (2009).  Murid dan

Alam Belajar.  Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Rashid.

(2010).  Guru dan Cabaran Semasa.  Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Sumber Laman Sesawang

Sekolah perlu lebih terbuka lapor kes jenayah pelajar. (Februari 26, 2015). The Malaysian Insider. Diperoleh dari http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sekolah-perlu-lebih-terbuka-lapor-kes-jenayah-pelajar

10

Page 11: edu- asas kpmpinan aku.docx

11