edu (artikel)

19
Guru Perlu Pelbagaikan Strategi Pengajaran Seorang guru perlu mahir melaksanakan pelbagai strategi pengajaran semasa melaksanakan pengakaran dan pembelajaran di bilik darjah. Profesionalisme seseorang guru boleh diukur daripada kemahiran beliau menggunakan pelbagai strategi pengajaran semasa melakukan pengajaran. Semasa latihan perguruan (pra perkhidmatan) di institusi latihan perguruan, semua bakal guru telah didedahkan kepada ilmu pedagogi dan andragogi. Selain itu ilmu mengenai kaedah mengajar bagi subjek tertentu juga didedahkan. Semua bakal guru dikehendaki melaksanakan micro-teaching dan latihan mengajar sebelum diiktirafkan sebagai seorang guru yang sebenar. Kita sebagai warga guru perlu memjaga nilai profesion ini supaya sentiasa terpelihara dan dipandang mulia dan dihormati. Kalau nak mengajar, tak perlu mengikuti kursus pra perkhidmatan perguruan, semua orang boleh mengajar seperti membuka pusat-pusat tuisyen. Tetapi, kita yang telah mengikuti latihan perguruan, perlulah berbeza daripada guru tuisyen yang tidak mengikuti sebarang kursus. Sekiranya guru tuisyen dapat mengajar dengan lebih baik daripada kita, nilai profesionalisme kita pasti tercabar. Baiklah, sekarang kita akan membincangkan strategi pengajaran, semoga apa yang dibincangkan kali ini akan dapat memberikan sedikit manfaat kepada kita sebagai seorang guru yang profesional. Apa yang dibincangkan di sini mungkin ringkas dan tidak mencakupi secara keseluruhan topik, namun ianya boleh dijadikan sebagai rangsangan dan permulaan kepada kita semua. Aspek utama daripada fasa pengajaran dalam Model perancangan-pengajaran-penilaian ialah pelbagai strategi pengajaran yang digunakan oleh guru. Kepelbagaian strategi pengajaran Pembelajaran perlu dilakukan oleh guru untuk menjadikan proses pengajaran pembelajaran menarik dan efektif. Pembelajaran berpusatkan guru (teacher-directed strategy) adalah dimana guru mengawal keseluruhan proses pengajaran pembelajaran, pelajar pasif semasa guru mengendalikan pengajaran. Sementara pembelajaran berpusatkan murid (pupil- centered strategy) pula, proses pengajaran pembelajaran adalah daripada aktiviti yang telah dirancang dan dilakukan oleh murid. Proses pengajaran boleh juga berlaku di antara kedua-dua strategi ini (perantaraan). Pembelajaran Berpusatkan -----------> Pembelajaran Berpusatkan Guru Murid Terdapat banyak pendekatan yang berlainan ke arah pengajaran pembelajaran disebabkan oleh kepelbagaian cara manusia belajar. 1. STRATEGI PENDEKATAN MEDIA Strategi pendekatan media mengandungi 3 langkah; Perancangan Penyediaan media Aktiviti susulan Tumpuan utama strategi ini ialah untuk membawa pengalaman pembelajaran ke dalam bilik darjah. ‘..experiences from beyond the classroom.' Strategi ini sangat berfaedah untuk perkembangan dan pengayaan pengetahuan, kemahiran dan sikap daripada bahan yang spesifik dan penyampainya. Strategi ini didapati sesuai untuk semua peringkat umur dan tahap kebolehan serta bidang seperti sains sosial, bahasa, sastera, muzik, matematik dan sains. Supaya persembahan menggunakan media menjadi lebih efektif, beberapa keperluan utama dipastikan ialah; periksa Panduan Penggunaan atau pra-tonton (preview) bahan (video/filem/slaid) untuk mempastikan program sesuai dengan umur, kebolehan, keperluan dan minat pelajar. persembahan memenuhi keperluan objektif pelajaran.

Upload: claire-ying

Post on 25-Jul-2015

69 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Edu (Artikel)

Guru Perlu Pelbagaikan Strategi Pengajaran

Seorang guru perlu mahir melaksanakan pelbagai strategi pengajaran semasa melaksanakan pengakaran dan pembelajaran di bilik darjah. Profesionalisme seseorang guru boleh diukur daripada kemahiran beliau menggunakan pelbagai strategi pengajaran semasa melakukan pengajaran. Semasa latihan perguruan (pra perkhidmatan) di institusi latihan perguruan, semua bakal guru telah didedahkan kepada ilmu pedagogi dan andragogi. Selain itu ilmu mengenai kaedah mengajar bagi subjek tertentu juga didedahkan. Semua bakal guru dikehendaki melaksanakan micro-teaching dan latihan mengajar sebelum diiktirafkan sebagai seorang guru yang sebenar. Kita sebagai warga guru perlu memjaga nilai profesion ini supaya sentiasa terpelihara dan dipandang mulia dan dihormati. Kalau nak mengajar, tak perlu mengikuti kursus pra perkhidmatan perguruan, semua orang boleh mengajar seperti membuka pusat-pusat tuisyen. Tetapi, kita yang telah mengikuti latihan perguruan, perlulah berbeza daripada guru tuisyen yang tidak mengikuti sebarang kursus. Sekiranya guru tuisyen dapat mengajar dengan lebih baik daripada kita, nilai profesionalisme kita pasti tercabar. Baiklah, sekarang kita akan membincangkan strategi pengajaran, semoga apa yang dibincangkan kali ini akan dapat memberikan sedikit manfaat kepada kita sebagai seorang guru yang profesional. Apa yang dibincangkan di sini mungkin ringkas dan tidak mencakupi secara keseluruhan topik, namun ianya boleh dijadikan sebagai rangsangan dan permulaan kepada kita semua. Aspek utama daripada fasa pengajaran dalam Model perancangan-pengajaran-penilaian ialah pelbagai strategi pengajaran yang digunakan oleh guru. Kepelbagaian strategi pengajaran Pembelajaran perlu dilakukan oleh guru untuk menjadikan proses pengajaran pembelajaran menarik dan efektif. Pembelajaran berpusatkan guru (teacher-directed strategy) adalah dimana guru mengawal keseluruhan proses pengajaran pembelajaran, pelajar pasif semasa guru mengendalikan pengajaran. Sementara pembelajaran berpusatkan murid (pupil-centered strategy) pula, proses pengajaran pembelajaran adalah daripada aktiviti yang telah dirancang dan dilakukan oleh murid. Proses pengajaran boleh juga berlaku di antara kedua-dua strategi ini (perantaraan).Pembelajaran Berpusatkan -----------> Pembelajaran Berpusatkan

Guru Murid Terdapat banyak pendekatan yang berlainan ke arah pengajaran pembelajaran disebabkan oleh kepelbagaian cara manusia belajar. 1. STRATEGI PENDEKATAN MEDIA Strategi pendekatan media mengandungi 3 langkah;

Perancangan Penyediaan media Aktiviti susulan

Tumpuan utama strategi ini ialah untuk membawa pengalaman pembelajaran ke dalam bilik darjah. ‘..experiences from beyond the classroom.' Strategi ini sangat berfaedah untuk perkembangan dan pengayaan pengetahuan, kemahiran dan sikap daripada bahan yang spesifik dan penyampainya. Strategi ini didapati sesuai untuk semua peringkat umur dan tahap kebolehan serta bidang seperti sains sosial, bahasa, sastera, muzik, matematik dan sains. Supaya persembahan menggunakan media menjadi lebih efektif, beberapa keperluan utama dipastikan ialah;

periksa Panduan Penggunaan atau pra-tonton (preview) bahan (video/filem/slaid) untuk mempastikan program sesuai dengan umur, kebolehan, keperluan dan minat pelajar.

persembahan memenuhi keperluan objektif pelajaran. pelajar diberikan tugasan khusus untuk dilakukan semasa dan selepas menonton. guru memainkan peranan penting sebelum, semasa dan selepas persembahan.

Page 2: Edu (Artikel)

2. STRATEGI PENDEKATAN LATIH TUBI Pendekatan ini memerlukan 6 langkah utama; i. Perancangan ii. Semak makna perkataan dan kefahaman iii. Tumpukan kepada bahagian utama pelajaran iv. Latih tubi v. Ujian bertulis vi. Pemeriksaan dan pemarkahan

Tumpuan utama strategi ini ialah, melalui pengulangan dapat menghasilkan respon yang segera atau pengingatan kembali yang cepat terhadap fakta, nama dan perkataan. Latih tubi melalui komputer adalah contoh yang sangat baik. Sekiranya strategi ini dilakukan tanpa had menyebabkan pelajar menjadi bosan dan tanpa tujuan. Pelajar akan menghafal seperti nyanyian dengan sedikit kefahaman sahaja. Untuk melakukan strategi ini dengan lebih berkesan, beberapa prinsip perlu diberikan perhatian utama;

bahan mestilah mudah difahami oleh pelajar, berdasarkan contoh yang konkrit/pengalaman pelajar.

latih tubi perlu pendek, tepat, pantas dan sesi latih tubi tidak melebihi 10 minit. latih tubi perlu aplikasi secara praktikal. latih tubi perlu menarik; penggunaan kad imbasan, OHP, audio kaset, permainan akan

menambahkan minat, perisian komputer adalah salah satu cara yang sangat berkesan. kadar kejayaan perlulah tinggi. peneguhan seperti pujian dan maklumbalas segera akan menguatkan lagi daya ingatan. latih tubi perlu berdasarkan kepada keperluan dan 'individualized' sebanyak mungkin.

3. STRATEGI PENDEKATAN EKSPOSISI Mengandungi 4 langkah utama; i. Perancangan ii. Persembahan bahan iii. Aktiviti pelajar iv. Uji kefahaman/pemindahan bahan ke dalam kehidupan sebenar

Tumpuan utama strategi ini ialah untuk memindahkan maklumat dengan secepat yang mungkin dan difahami. Guru memindahkan maklumat dan pelajar pasif secara fizikal sebagai penerima. Strategi ini kerap digunakan kepada pelajar yang lebih matang. Strategi ini menyebabkan pelajar menjadi bosan, terlalu lama mendengar dan menerima maklumat dengan lemah. contoh strategi ini adalah syarahan dan ceramah iaitu lebih berbentuk strategi pembelajaran berpusatkan guru. Untuk persembahan dengan kaedah ini, beberapa perkara perlu diberikan perhatian khusus;

strategi ini sesuai dengan peringkat umur, kebolehan, minat dan keperluan pelajar; kesesuaian ini adalah berasaskan kepada masa penumpuan dan isi kandungan pelajaran

bermula dari tahu kepada tidak tahu isi kandungan dipersembahkan dalam langkah-langkah yang kecil had masa persembahan adalah kira-kira 20 minit yang mencakupi dua hingga tiga idea utama persembahan adalah pantas, menarik, hidup dan bersemangat pelajar dilibatkan sebanyak mungkin melalui pendengaran, komen, soal jawab dan tindakbalas

4. STRATEGI PENDEKATAN DEMONSTRASI (A DEMONSTRATION STRATEGY) Pendekatan ini mengandungi 3 langkah utama;

i. Perancangan ii. Penerangan dan demonstrasi kemahiran/isi kandungan iii. Pelajar melakukan demonstrasi dengan maklumbalas guru iv. Penggunaan/pemindahan kemahiran/isi kandungan Tumpuan utama ialah untuk memperkenalkan kemahiran baru, isi kandungan dan tingkah laku melalui pengamatan/pemerhatian dan peniruan. Ia merupakan satu kaedah tradisional tetapi sangat efektif terutamanya kepada pelajar yang peringkat umur rendah serta lembam. Untuk persembahan yang efektif dalam pendekatan ini, perkara berikut perlulah diberikan perhatian khusus;

aktiviti bersesuaian dengan umur, kebolehan, minat dan keperluan pelajar.

Page 3: Edu (Artikel)

tugasan yang diberikan perlu jelas, langkah demi langkah yang mudah dan istilah yang mudah.

semua pelajar dapat melihat dan mendengar penerangan dan demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru.

menyediakan penglibatan pelajar dan penilaian kendiri sebanyak mungkin.

5. STRATEGI KONSEP (A CONCEPT STRATEGY) Pendekatan ini mengandungi 4 langkah utama;

i. Perancangan ii. Kenalpasti item yang berkaitan dengan permasalahan iii. Kumpulkan item-item ini berdasarkan kesamaan iv. Labelkan kumpulan

Tumpuan utama adalah untuk mengurus dan mengkategori maklumat atau pengalaman kepada sesuatu yang intelektual dan bermakna. Berfikir secara konsep dapat menolong pelajar berfikir dengan lebih sempurna dan efektif dengan menjelaskan kepada mereka kaedah untuk mengingat fakta, menggunakan berbagai cara dan mengumpulkannya mengikut kumpulan. Contoh konsep dalam beberapa mata pelajaran:

Matematik - bentuk, set, nombor perdana, perkaitan operasi, pengukuran, tempat, persamaan Sains - tenaga, momentum, magnet, mamalia, hidup/bukan hidup, serangga, labah-labah,

vertebrata. Sains sosial - budaya, antropologi, bangsa, perkhidmatan yang baik, pengguna dan penghasil,

lokasi, daerah, kerajaan, nilai. Muzik - irama, mood, melodi, harmoni

Beberapa perkara perlu diambil perhatian semasa strategi konsep digunakan:

konsep mestilah berkaitan konsep mestilah mempunyai ciri-ciri yang jelas pelajar mempunyai contoh dan pengalaman yang konkrit untuk menghubungkan konsep

sebelum dikaitkan dengan bentuk yang lebih abstrak penglibatan pelajar yang aktif.

6. STRATEGI PERMAINAN SIMULASI (SIMULATION GAMES) Sesi pengajaran bagi strategi ini mengandungi langkah-langkah seperti berikut;

i. Perancangan ii. Persediaan untuk permainan simulasi iii. Permainan simulasi iv. Perbincangan dan rumusan

Tumpuan utama strategi ini ialah menghasilkan sedekat mungkin pengalaman atau situasi sebenar. Pelajar akan dapat belajar prinsip yang khusus, konsep atau kemahiran berfikir didalam domain kognitif, psikomotor dan nilai serta sikap yang berkaitan dengan kepercayaan empati, kebaikan (efficacy) dan akibat (consequence). Pelajar akan belajar dengan lebih seronok. Permainan simulasi boleh dibuat oleh guru atau yang sudah tersedia. Keburukannya ialah permainan simulasi ini boleh menyebabkan gangguan kepada realiti, 'over-competitive' dan nilai yang tersembunyi. Permainan simulasi yang dipilih perlulah memenuhi keperluan berikut:

sesuai dengan peringkat umur, peringkat kebolehan dan minat pelajar guru perlu mahir dengan peraturan permainan terlebih dahulu permainan dijelaskan dengan tepat dan difahami pelajar guru mengawal kelas dengan baik supaya tidak berlaku salah faham semua pelajar terlibat secara aktif

Page 4: Edu (Artikel)

selepas permainan guru perlu memberikan penerangan dan rumusan tentang kepentingan prinsip, kefahaman, nilai dan kemahiran daripada permainan tersebut.

7. STRATEGI PERBINCANGAN KUMPULAN (A GROUP DISCUSSION STRATEGY) Pendekatan ini memerlukan 4 langkah utama;

i. Penyusunan kumpulan ii. Penyediaan tugasan iii. Perbincangan iv. Persembahan hasilan Tumpuan utama strategi ini ialah untuk menggalakkan kemahiran komunikasi di kalangan pelajar dalam kelas. Menolong pelajar berfikir dan kemahiran membuat keputusan di samping menggalakkan mereka mengeluar pendapat dan buah fikiran. Strategi ini tidak sesuai kepada pelajar peringkat rendah sebab kemahiran membuat keputusan diperlukan (level of reasoning). Kaedah ini juga berlaku dalam suasana yang bebas dalam persekitaran kelas. Beberapa perkara perlu diambil perhatian sebelum melakukan strategi ini:

kelas telah biasa dengan kumpulan topik sesuai dengan umur, dan peringkat kematangan pelajar, serta dapat merangsang ke

arah perbincangan suasana kelas adalah koperatif dan tenang setiap kumpulan mempunyai tugas yang tertentu dilakukan dalam masa yang telah ditetapkan tugasan adalah jelas dan tersusun guru mengawasi kebisingan kelas dan progres perbincangan guru memberi panduan, berbincang dan mambantu pelajar

8. STRATEGI PENEMUAN BERPANDU (A GUIDED DISCOVERY STRATEGY) Terdiri dari 3 langkah;

i. Guru mencetuskan masalah ii. Pelajar mengkaji masalah iii. Guru dan pelajar berbincang masalah dan membuat kesimpulan Tumpuan utama strategi ini ialah menolong pelajar menghasilkan kemahiran menyelesaikan masalah. Strategi ini menekankan supaya pelajar mengenali bagaimana belajar dengan melakukan sendiri. Strategi ini boleh digunakan kepada pelajar di peringkat rendah tetapi lebih sesuai dan berfaedah kepada peringkat tinggi. Kelemahannya ialah tidak sesuai untuk memindahkan maklumat atau fakta yang banyak sekali gus. Tanpa panduan guru, pelajar akan mengambil masa yang lebih panjang untuk belajar dengan kaedah ini. Untuk menentukan supaya pendekatan ini efektif dilaksanakan, beberapa perkara perlu diberikan perhatian;

strategi ini sesuai dengan peringkat umur, kebolehan, minat dan keperluan pelajar strategi sesuai dengan jadual (class routines) guru benar-benar memahami isi kandungan dan proses penemuan yang akan dilaksanakan

oleh pelajar semua bahan/alat bantuan mengajar disediakan dengan sempurna masalah dan tugasan diterangkan dengan jelas semua pelajar terlibat sepenuhnya dan diberikan panduan sepanjang pengajaran

pembelajaran hasilan yang utama dibuat rumusan

Semoga apa yang dipaparkan dalam perbincangan kali ini akan dapat dimanfaatkan oleh semua warga guru untuk mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, suasana dan persekitaran pembelajaran dalam bilik darjah menjadi lebih dinamik dan ceria. Sebagai seorang pengamal kerjaya profesional, kita akan dipandang lebih tinggi dalam kalangan warga kerja dan bidang profesional lain.

Page 5: Edu (Artikel)

http://deriakacamata.blogspot.com/2008/10/guru-perlu-pelbagaikan-strategi.html

INTEGRASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Oleh

LAI KIM LEONG

Jabatan Matematik Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching, Sarawak

ABSTRAK

Kertas ini mencadangkan satu templat dan sumber teknologi yang sesuai untuk penyediaan bahan pengajaran pembelajaran matematik berasaskan web. Sampel bahan pengajaran pembelajaran adalah berasaskan topik Pelan dan Dongakan bagi matematik KBSM Tingkatan 5. Bahan-bahan resos yang disediakan telah mengoptimumkan lima mod penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi iaitu mod sokongan, mod tutorial, mod resos, mod perhubungan serta mod penemuan dan kawalan. Pelbagai aktiviti yang dicadangkan adalah berasaskan pendekatan / kaedah pengajaran pembelajaran seperti konstruktivisme, inkuiri penemuan dan kaedah kolaboratif yang memusatkan pelajar dengan guru berperanan sebagai fasilitator. Aktiviti-aktiviti ini dapat memenuhi pelajar yang berbeza dari segi minat, kebolehan, pelbagai kecerdasan dan gaya pembelajaran. Teknologi maklumat dan kommunikasi juga diaplikasikan dalam pembentukan penilaian formatif dan sumatif yang interaktif dan pencapaian pelajar disimpan dalam pangkalan data. Data ini dapat diakses oleh guru dengan serta merta untuk membolehkan tindakan susulan yang berikutnya diambil supaya dapat membantu pelajar menguasai konsep dan kemahiran matematik.

Page 6: Edu (Artikel)

PENGENALAN

Dunia pendidikan telah mengalami perubahan yang pesat yang dibawa oleh kesan globalisasi, pengdemokrasian pendidikan, ledakan teknologi maklumat, ekonomi yang berasaskan pengetahuan, persaingan hebat dan usaha ke arah pembentukan sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Perubahan yang berlaku secara global ialah penambahan minat dan usaha untuk para pendidikan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pendidikan. Kadar perubahan ini dipercepatkan lagi dengan pengaruh faktor-faktor seperti kos teknologi yang lebih murah bagi perkakasan dan perisian, perisian multimedia yang lebih mudah digunakan (user-friendly) serta perkembangan dalam teori dan model pendidikan yang berubah dari pemusatan guru ke pemusatan pelajar.

Di peringkat sekolah, peningkatan dari segi bilangan pelajar, tuntutan 'stakeholder' kepada pengajaran dan pendidikan yang berkualiti, serta kekurangan bahan resos pengajaran dan tenaga pengajar telah mendesak para pendidikan melihat semula peranan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah , peranan guru telah berubah dari instruktor ke fasilitator. Pengajaran berasaskan kaedah eksposisi telah berubah kepada pengajaran yang membolehkan pelajar melakukan eksplorasi sama ada secara individu atau dalam kumpulan kecil. Peluang pembelajaran individu telah diberi kepada pelajar untuk membolehkan mereka belajar secara akses kendiri, terarah kendiri dan mengikut kadar yang sesuai dengan kebolehannya. Salah satu daripada strategi yang dapat digunakan oleh guru untuk menghadapi perubahan dari segi model dan amalan pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah dengan mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran.

Kerja ini membincangkan bagaimana mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan matematik dari perspektif guru dan bukan sebagai pakar TMK. Satu cadangan templat untuk penyediakan bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti pengajaran pembelajaran matematik bagi tajuk Pelan dan Dongakan, Matematik KBSM Tingkatan 5 yang berasaskan web dan CD telah disertakan. Ia bertujuan membolehkan para guru menjadikan cadangan ini sebagai satu asas perbincangan, meneroka dan melakukan percubaan di sekolah serta melakukan kajian berikutnya ke arah pembentukan model yang lebih sesuai dan efektif. Berikut merupakan beberapa jenis TMK , bahan dan aktiviti pengajaran pembelajaran yang difikir sesuai untuk dimasukkan dalam templat perisian multimedia pangajaran dan pembelajaran matematik.

PAKEJ PEMBELAJARAN

Pakej pembelajaran telah memainkan peranan yang amat penting dalam pendidikan yang berasaskan konsep pembelajaran berdikari (independent learning) yang disokong oleh pembelajaran akses kendiri, kadar kendiri, terarah kendiri, pembelajaran memusatkan pelajar, pembelajaran berasaskan bahan resos, pembelajaran yang lues,

Page 7: Edu (Artikel)

pembelajaran terbuka dan pembelajaran berasaskan prinsip kolaboratif. Dari segi perspektif pengajaran dan pembelajaran berasaskan sekolah bestari, pakej pembelajaran memainkan penting untuk membolehkan pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran konsep atau kemahiran sama ada secara kumpulan atau individual. Pakej pembelajaran ini mengandungi cadangan pelbagai aktiviti yang dapat memenuhi pelbagai kecerdasan dan gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar berasaskan strategi pengajaran yang pelbagai dan memusatkan pelajar. Guru dan pelajar dapat menjalankan aktiviti yang dicadangkan dengan berasaskan kepada prosedur pelaksanaan aktiviti untuk guru dan juga prosedur untuk pelajar. Pakej ini menerapkan kemahiran generik, kemahiran berfikir , kemahiran belajar, serta kaedah-kaedah penilaian yang akan digunakan untuk menilai kemajuan pelajar. Ia dimasukkan ke dalam laman web untuk diakses oleh pelajar yang ingin mencuba aktiviti itu di rumah. Pakej lain yang dapat dimasukkan ke dalam laman web adalah seperti panduan pembelajaran (study Guides), manual dan panduan serta panduan kursus .

KOMUNIKASI DAN PEMBELAJARAN MELALUI E-MEL

Dalam persekitaran pembelajaran di sekolah, pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran telah digunakan oleh guru untuk membolehkan pelajar mempelari konsep dan kemahiran serta mencapai objektif yang telah digariskan. Kekangan-kekangan seperti kesuntukan masa dan saiz kelas yang besar mungkin menyebabkan guru tidak dapat berinteraksi dengan pelajar di bilik darjah dengan berkesan. Oleh itu, komunikasi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar melalui e-mail di luar sekolah dapat memainkan peranan untuk menghubungkan komuniti pembelajaran (pelajar dan guru) yang berbeza dari segi geografi ke dalam satu komuniti pembelajaran yang maya (virtual). Komunikasi ini membolehkan mereka saling menukar pendapat, idea serta bekerjasama secara kolaboratif dalam projek, tugasan kumpulan dan penyelesaian masalah.

E-mail merupakan teknologi yang mudah digunakan, efisien dan tidak memerlukan si pengguna mempunyai pengetahuan TMK yang tinggi. Guru harus mengalakkan pelajarnya menggunakan kemudahan ini dengan mendapat dan edarkan alamat e-mail pelajar kepada pelajar yang lain . Pelajar harus dilatih cara menggunakan e-mail dan peraturan-peraturan yang harus dipatuhi semasa menggunakannya. Guru harus mereka satu sistem fail untuk menguruskan e-mail pelajar dengan menggunakan kod . Ini akan memudahkan guru mencari dan menjawab mesej kemudian secara kelompok berasaskan model 'satu dengan banyak' (public message) untuk menjimatkan masa . Aspek-aspek lain yang perlu diambil kira oleh guru semasa melaksanakan pembelaja ran melalui e-mail adalah seperti :

Bagaimana ia dapat melibatkan pelajar secara aktif? Apakah topik / konsep/ kemahiran matematik yang sesuai dibincangkan? Apakah had masa untuk pelajar menyumbang idea dalam sesi perbincangan? Adakah sumbangan pelajar itu dinilai? Apakah peranan guru dalam perbincangan dan juga darjah kawalan (degree of control)?

Page 8: Edu (Artikel)

PENGGUNAAN TMK DALAM PENILAIAN

Penilaian yang dijalankan di sekolah adalah berbentuk penilaian formatif yang menguji kemajuan pelajar atau penilaian sumatif yang menguji pencapaian pelajar. Teknologi dapat digunakan dengan efektif dalam melaksanakan penilaian seperti penilaian 'on-line', penilaian berasaskan portfolio (dalam bentuk bercetak atau elektronik), penilaian berasaskan kerja kursus, tugasan dan ujian bertulis. Penggunaan teknologi dalam penilaian mempunyai beberapa kebaikan seperti:

Ia membenarkan lebih daripada satu percubaan Ia dapat memberi maklumbalas yang serta merta Ia dapat membimbing pelajar memperolehi maklumat tambahan untuk pengukuhan

konsep atau kemahiran Pelbagai set ujian dapat disediakan dengan menggunnakan bank item yang telah

disediakan dalam pangkalan data

Kemudahan intranet dapat digunakan untuk melaksanakan penilaian atas talian (on-line) di mana pencapaian pelajar dapat disimpan dalam pangkalan data secara automatik untuk diakses oleh guru pada bila-bila masa. Ia amat berguna bagi situasi pembelajaran di kelas yang melibatkan pembelajaran mengikut kebolehan yang berbeza di mana setiap kumpulan mempelajari hasil pembelajaran yang berbeza mengikut kadar yang berlainan. Dengan hanya mengakses kepada pangkalan data, guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar dan mengambil tindakan susulan untuk mengatasinya dengan serta merta. Ujian-ujian yang telah disediakan juga boleh dimasukkan kedalam laman web sekolah yang dapat diakses dengan menggunakan 'World Wide Web'. Teknologi juga digunakan sebagai satu alat untuk penilaian seperti pengunaan perisian reka bentuk bantuan computer untuk melukis graf dan rajah, persembahan dengan menggunakan 'PowerPoint', penulisan esei dengan menggunakan perisian pemprosesan perkataan .

PENGGUNAAN VIDEO DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bahan video dalam bentuk digital dapat digunakan sebagai satu medium untuk meningkatkan lagi keluwesan mengakses kepada bahan kursus. Dalam pengajaran pembelajaran yang berasaskan kaedah pembelajaran secara kontekstual (contextual learning), klip video dapat membawa situasi-situasi apklikasi konsep matematik dalam kehidupan harian kepada pelajar untuk melihat bagaimana dan bilakah matematik dapat diaplikasikan ke dalam konteks sebenar. Strategi ini dapat meningkatkan kefahaman dan minat pelajar serta pembelajaran adalah lebih bermakna. Selain daripada itu, klip video juga boleh digunakan untuk menunjukkan tunjukcara yang sukar dan bahaya dilakukan serta prosedur-prosedur penggunaan sesuatu alat atau bahan pengajaran pembelajaran.

Perisian Multimedia yang dihasilkan harus mengoptimumkan lima mod penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran (huraian berikut adalah berasaskan topik Pelan dan Dongakan) iaitu

Page 9: Edu (Artikel)

1. Mod Sokongano Pelajar menggunakan pemprosesan perkataan untuk :

menyediakan laporan-laporan aktiviti untuk aktiviti pengayaan, tugasan serta projek

penyediaan portfolio dalam bentuk bahan bercetak atau elektronik penyediaan kontrak pembelajaran

o Persembahan grafik dengan menggunakan 'drawing tools' untuk : melukis pelan dan dongakan dengan menggunakan grid yang telah

disediakan(sebagai templat) atau tanpa grid melukis pelan bagi taman kanak-kanak dsb

o Menggunakan perisian 'Authorware' untuk simulasi aktiviti dan menjalankan aktiviti tutorial

o Menggunakan perisian seperti 'Java Script' serta 'Authorware' untuk menyediakan penilaian-penilaian formatif di mana pelajar mendapat maklum balas serta merta tentang kemajuannya dan maklumat ini disimpan dalam pangkalan data yang dapat diakses oleh guru -guru. Penilaian ini dapat dijalankan oleh pelajar pada bila-bila masa dan juga di luar bilik darjah

2. Mod Tutorialo Beberapa tutorial telah disediakan dengan menggunakan 'Authorware' untuk

membolehkan pelajar menguasai konsep sama ada secara individual atau kumpulan 2 hingga 3 orang

o Pelajar dapat mengulangi tutorial mengikut keperluan, kemampuan dan kadar sendiri. Aktiviti dijalankan sama ada secara individu dengan akses kendiri atau dalam kumpulan kecil

o Tutorial yang disediakan adalah multimedia melibatkan grafik, animasi, bunyi dan berbentuk interaktif yang menarik

o Penilaian formatif untuk menguji sejauh manakah kemajuan serta kemahiran yang telah dikuasai oleh pelajar. Respon bagi setiap jawapan telah diberikan dan ia adalah berbentuk interaktif. Kesemua data itu disimpan dalam pangkalan data yang direka khas untuk mengira dan menyimpan pencapaian pelajar

3. Mod Resoso Pelbagai projek disediakan dalam muka indeks laman web untuk membolehkan

pelajar mengakses maklumat daripada 'World Wide Web' seperti tugasan mencari jurubina-jurubina terkenal di dunia, bangunanbangunan bersejarah yang menarik, mencari URL laman berkaitan dengan pelan dan dongakan serta menulis satu sinopsis tentang bahan-bahan yang ada pada laman yang diperolehi untuk dikongsi dengan rakan yang lain

o Bahan resos lain seperti Tip Pembelajaran, Ingat Kembali dapat digunakan oleh pelajar sebagai sumber rujukan untuk ulangka ji dan kefahaman konsep

4. Mod Perhubungano Pelajar berkomunikasi dengan pelajar di sekolah yang sama atau dari sekolah

yang lain melalui e-mail untuk mengongsi maklumat yang ditemui sama ada untuk tujuan perbincangan atau memberi cadangan pelaksanaan tugasan /projek . Maklumat ini disimpan dalam laman web untuk diakses oleh pelajar yang lain. Misalnya dalam pautan e-mail Pelajar dan Cadangan Pelajar

Page 10: Edu (Artikel)

o Guru berkomunikasi dengan pelajarnya dengan memasukkan maklumat seperti cadangan, arahan tugasan untuk tindakan pelajar selanjutnya ke dalam laman web di pautan Mesej Guru

o Pelajar dapat menghantar tugasan dan hasil projek kepada guru melalui e-mail dan bahan-bahan ini kemudian disimpan dalam laman web untuk diakses oleh pelajar yang lain

o Pelajar dapat menghubungi guru pada bila-bila masa dengan menghantar e-mail kepada guru dengan klik kepada ikon e-mail

5. Mod Penemuan dan Kawalano Menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi dalam pautan seperti Cabaran

Matematik , Pertandingan matematik, Tugasan, Projek, Sudut Sejarah , Perisian Multimedia yang interaktif untuk membolehkan pelajar menyiasat dan menerokainya

o Mempaparkan pautan lain(URL) dari internet yang ditemui oleh pelajar atau guru yang berkaitan dengan tajuk pelajaran untuk dikaji oleh pelajar dan juga digunakan sebagai sumber pembelajaran

CADANGAN TEMPLAT UNTUK PENYEDIAAN LAMAN WEB PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dalam penyediaan laman web pengajaran pembelajaran, pelbagai bahan resos, aktiviti pengayaan dan pengukuhan harus disediakan untuk membolehkan pelajar yang pelbagai kecerdasan dan gaya pembelajaran untuk mencuba dan seterusnya memperkukuhkan lagi kefahaman konsep yang telah dipelajari. Bahan pengajaran pembelajaran adalah seperti yang berikut :

(a) Aktiviti

Latihan

Latihan Teknologi - Menggunakan komputer untuk melukis pelan dan dongakan, penggunaan kalkulator dalam pengiraan.

Penulisan Dalam Matematik - Pelajar menggunakan bahasa untuk menghuraikan sesuatu konsep, idea dan dalam penulisan laporan tugasan atau projek.

Latihan Dalam Kumpulan - Pelajar menyelesaikan sesuatu soalan atau masalah secara kumpulan.

Latihan KBKK - Latihan yang melibatkan penerapan kemahiran KBKK dan berdaya fikir. Latihan Berbentuk Aplikasi - Mengandungi soalan-soalan yang berbentuk aplikasi ke

situasi yang realistik. Latihan Pengukuhan - Mengandungi soalan-soalan untuk mengukuhkan kefahaman

pelajar mengenai konsep yang telah dipelajari.

Projek Mini

Mengandungi projek mini menarik berkaitan dengan tajuk pelajaran yang membolehkan pelajar melaksanakannya secara kumpulan atau individu. Hasil kerja projek dimasukkan ke dalam laman web untuk dikongsi dengan pelajar yang lain.

Page 11: Edu (Artikel)

Reka Cipta

Pelajar menggunakan pengetahuan tentang pelan dan dongakan untuk mereka cipta bahan atau objek dalam kehidupan hariannya. Aktiviti ini dapat mempertingkatkan daya kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar.

Cabaran Matematik

Mengandungi soalan-soalan bukan rutin serta mencabar yang memerlukan pelajar menyelesaikannya dengan mengaplikasikan kemahiran penyelesaian masalah yang telah dikuasai.

Fikirkan

Mengandungui soalan atau situasi berkaitan dengan konsep yang telah dipelajari yang memerlukan pelajar mengaplikasikan pemikiran aras tinggi.

Pertandingan

Mengandungi pertandingan-pertandingan yang berasaskan tajuk pengajaran yang dapat dija lankan oleh pelajar. Pemenang dalam suatu pertandingan akan diberi hadiah untuk tujuan motivasi.

Tugasan

Tugasan yang direka khas untuk membolehkan pelajar mengumpul dan menganalisa maklumat daripada buku-buku rujukan, bahan daripada internet melalui aktiviti ‘hands-on’. Pelajar bekerja dalam kumpulan kecil dan mereka dikehendaki menulis satu laporan yang akan dihantar kepada guru untuk dinilai dan kemudian dimasukkan kedalam laman web untuk diakses oleh pelajar yang lain.

(b) Sumber

Peta Konsep

Peta yang menunjukkan hubungan antara konsep dan kemahiran yang akan dipelajari.

Tips Pembelajaran

Mengandungi panduan-panduan untuk membimbing pelajar memahami dan menguasai hasil pembelajaran tertentu.

Analisis Kesilapan

Terdiri daripada kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar semasa menyelesaikan sesuatu masalah dan cadangan untuk memperbetulkannya.

FAQ ( Soalan yang sering ditanya)

Page 12: Edu (Artikel)

Mengandungi soalan-soalan yang sering ditanya oleh pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Pelajar yang mengha dapi masalah boleh menanya gurunya dengan menggunakan e-mail.

Pautan Berkaitan

Menunjukkan URL laman web yang berkaitan dengan tajuk pelajaran untuk diakses dengan pelajar yang lain. Satu sinopsis yang ringkas disediakan untuk memudahkan pelajar mengetahui secara umum maklumat yang terkandung dalam laman tersebut.

Sudut Sejarah

Mengandungi bahan-bahan yang berkaitan dengan sejarah serta berkait rapat dengan tajuk pelajaran , misalnya jurubina terkenal, bangunan yang bersejarah.

Matematik Dalam kehidupan Harian

Mengandungi situasi-situasi realistik mengikut konteks kegunaan kemahiran atau konsep dalam dunia pekerjaan sebenar. Gambar serta klip video disertakan untuk membolehkan pelajar melihat situasi yang sebenar untuk memperkukuhkan konsep yang telah dipelajari.

Klip Video

Keratan video yang menggambarkan penggunaan tajuk pelajaran dalam situasi sebenar mengikut konteks relistik.

Ingat Kembali

Mengandungi fakta-fakta yang membolehkan pelajar membuat ulangkaji.

(c) Komunikasi

Sorotan e-mail pelajar

Mengandungi bahan komunikasi yang berkaitan dengan tajuk pelajaran , tugasan atau projek di antara pelajar dengan pelajar lain dari sekolah yang sama atau berlainan melalui e-mail.

Mesej dari Guru

Mengandungi mesej daripada guru kepada pelajar berkaitan dengan tugasan, maklumat terkini, arahan atau tindakan yang harus dilakukan oleh pelajar.

Peti Cadangan

Mengandungi cadangan-cadangan , idea-idea baru pelajar mengenai pembelajaran sesuatu kemahiran, konsep atau cara penyelesaian sesuatu masalah matematik yang

Page 13: Edu (Artikel)

lebih baik. Cadangan ini boleh dihantar melalui e-mail oleh pelajar kepada rakan-rakan yang lain atau dihantar ke guru untuk dimasukkan ke dalam laman web.

(d) Penilaian

Penilaian

Mengandungi soalan-soalan penilaian yang disediakan dengan perisian multimedia dan interaktif untuk mengenal pasti kemajuan pelajar.

Refleksi Kendiri

Mengandungi refleksi kendiri pelajar mengenai kemahiran atau konsep yang telah dipelajari dan disimpan dalam laman web untuk diakses oleh pelajar atau guru-guru lain yang boleh menggunakan maklumat ini untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

(e) Peraturan

Peraturan Untuk Menjalankan Aktiviti Kumpulan

Mengandungi peraturan yang harus dipatuhi oleh pelajar semasa mengendalikan aktiviti kumpulan.

Peraturan Menghantar e-mail

Mengandungi peraturan yang harus diikuti oleh pelajar semasa menghantar e-mail kepada pelajar lain atau guru.

Peraturan menggunakan komputer

Mengandungi peraturan mengenai penggunaan komputer di sekolah.

(f) Panduan Guru

Persediaan Mengajar

Mengandungi rational pemilihan aktiviti pengajaran pembelajaran, cadangan pelan bilk darjah, sampel persediaan mengajar, strategi pengajaran dan pembelajaran, senarai semak untuk mengintegrasi kemahiran generik dan pengurusan pembelajaran serta peta minda untuk menggunakan perisian dan melaksanakan aktiviti pengajaran pembelajaran. Sampel persediaan mengajar yang diberikan boleh diubahsuai untuk memenuhi keperluan pelajar.

Ciri-ciri Perisian

Menghuraikan ciri-ciri perisian untuk memberi panduan kepada guru semasa mengguna dan menghasilkan perisian yang lain.

Page 14: Edu (Artikel)

Bahan Bantu Mengajar

Mengandungi prosedur bagi penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu konsep atau kemahiran. Gambar rajah disertakan untuk membolehkan guru atau pelajar menyediakan bahan bantu mengajar tersebut untuk menjalakan aktiviti yang dicadangkan.

Jadual yang berikut menunjukkan ringkasan beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan pautan yang disediakan dalam perisian multimedia berasaskan web.

Strategi Pengajaran & Pembelajaran

Bahan Sumber

Pemerhatian Tutorial Multimedia untuk pembelajarankonsep dan kemahiran

Aktiviti dalam pakej pembelajaran

Metakognitif Fikirkan Cabaran Matematik Analisis Kesilapan Reka Cipta FAQ Latihan Pengukuhan yang diberi selepas

aktiviti

Konteks Luar Matematik Dalam Kehidupan Harian Projek Mini Tugasan Pautan Berkaitan Sudut sejarah

Kolaboratif Aktiviti pembelajaran konsep dan kemahiran dalam pakej

Projek Mini Tugasan Latihan Kolaboratif Latihan Dalam Kumpulan Reka Cipta

Konstruktivisme Kebanyakkan aktiviti dalam pakej pembelajaran adalah aktiviti yang memerlukan pelajar mengkaji, menyiasat, mengenal pasti hubungan, membanding beza melalui aktiviti 'hands-on' dan 'minds-on'. Pelajar kemudian akan membina konsep sendiri

Page 15: Edu (Artikel)

berasaskan pembelajaran melalui pengalaman yang dilaluinya.

Pembelajaran Mengikut Konteks

Matematik dalam kehidupan Harian Projek Mini Reka Cipta Pertandingan

 

Aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk tujuan pembelajaran konsep atau pengukuhan juga menerapkan nilai-nilai murni yang merupakan aspek penting dalam tumpuan KBSM. Selain daripada itu, pengetahuan lain seperti pendidikan alam sekitar dimana pelajar diberi peluang untuk mengaitkan konsep matematik yang telah dipelajari dengan isu-isu alam sekitar seperti isu pemeliharaan dan pencemaran. Bidang kajian masa depan juga diserapkan dalam soalansoalan atau aktiviti untuk mencetuskan pemikiran di kalangan pelajar. Ia juga membolehkan pelajar menggunakan strategi, alat dan teknik khas bagi melengkapkan mereka dengan keupayaan dan wawasan untuk menghadapi masa depan yang pesat berubah dan mencabar. Perisian multimedia ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk pembelajaran individudengan akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri seperti pautan Tutorial, Penilaian, Fikirkan, Cabaran Matematik dan Pautan Berkaitan.

http://ipislam.edu.my/edu3105/artikel/artikel%20math.htm