edu 3106

9
Kekurangan bilangan pelajar lelaki di IPTA dan IPTS di negara kita semakin serius. Mengapakan fenomena ini berlaku dan cadangkan usaha-usaha untuk mengatasinya. Isu pelajar wanita lebih ramai di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada IPTA aatu IPTS semakin membimbangkan banyak pihak. Hakikatnya, isu itu bukanlah perkara baru. Saban tahun, setiap kali tiba sesi kemasukan pelajar baru ke IPT, isu ketidakseimbangan jantina menjadi antara topik utama yang dibincangkan atau diutarakan. Kebimbangan terhadap trend pelajar wanita yang menguasai IPT pernah disuarakan sebelum apabila nisbah menunjukkan pelajar lelaki dan perempuan ialah 60:40, iaitu 60% bagi pelajar perempuan dan 40% bagi lelaki. Tidak dinafikan bahawa pelbagai punca telah menyebabkan fenomena ini berlaku dan langkah-langkah yang sepatutnya harus diambil untuk mengatasinya. Pada pendapat saya, kekurangan bilangan pelajar lelaki di IPT adalah disebabkan oleh masalah kekeluargaan. Pada masa sekarang, kos hidup masyarakat semakin meningkat. Hal ini menyebabkan kebanyakan keluarga kekurangan kemampuan untuk membiayai pengajian anak mereka di universiti. Oleh itu, kebanyakan pelajar lelaki terpaksa berdikari untuk mencari peluang pekerjaan bagi menanggung kos hidup keluarga. Selain itu, ibu bapa yang berfikiran bahawa anak perempuan wajar mempunyai kerjaya yang boleh memperuntukan lebih banyak masa dengan keluarga juga turut menyumbang kepada jurang perbezaan ini . Anak perempuan digalakkan untuk memilih bidang yang bersifat akdemik. Oleh itu, tidak menghairankan apabila jumlah mereka terus meningkat di universiti. Ringkasnya, kekurangan bilangan lelaki di IPT adalah disebabkan oleh masalah kekeluargaan.

Upload: nurul-nazierah

Post on 27-Dec-2015

56 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

EDU 3106 MIND MAP

TRANSCRIPT

Page 1: EDU 3106

Kekurangan bilangan pelajar lelaki di IPTA dan IPTS di negara kita semakin serius. Mengapakan fenomena ini berlaku dan cadangkan usaha-usaha untuk mengatasinya.

Isu pelajar wanita lebih ramai di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada IPTA aatu IPTS semakin membimbangkan banyak pihak.  Hakikatnya, isu itu bukanlah perkara baru. Saban tahun, setiap kali tiba sesi kemasukan pelajar baru ke IPT, isu ketidakseimbangan jantina menjadi antara topik utama yang dibincangkan atau diutarakan. Kebimbangan terhadap trend pelajar wanita yang menguasai IPT pernah disuarakan sebelum apabila nisbah menunjukkan pelajar lelaki dan perempuan ialah 60:40, iaitu 60% bagi pelajar perempuan dan 40% bagi lelaki. Tidak dinafikan bahawa pelbagai punca telah menyebabkan fenomena ini berlaku dan langkah-langkah yang sepatutnya harus diambil untuk mengatasinya.

Pada pendapat saya, kekurangan bilangan pelajar lelaki di IPT adalah disebabkan oleh masalah kekeluargaan. Pada masa sekarang, kos hidup masyarakat semakin meningkat. Hal ini menyebabkan kebanyakan keluarga kekurangan kemampuan untuk membiayai pengajian anak mereka di universiti. Oleh itu, kebanyakan pelajar lelaki terpaksa berdikari untuk mencari peluang pekerjaan bagi menanggung kos hidup keluarga. Selain itu, ibu bapa yang berfikiran bahawa anak perempuan wajar mempunyai kerjaya yang boleh memperuntukan lebih banyak masa dengan keluarga juga turut menyumbang kepada jurang perbezaan ini. Anak perempuan digalakkan untuk memilih bidang yang bersifat akdemik. Oleh itu, tidak menghairankan apabila jumlah mereka terus meningkat di universiti. Ringkasnya, kekurangan bilangan lelaki di IPT adalah disebabkan oleh masalah kekeluargaan.

Selain itu, sikap pelajar lelaki sendiri juga merupakan salah satu punca yang meyebabkan masalah kekurangan pelajar lelaki di IPT. Kajian awal mendapati bahawa sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan memberi kelebihan kepada pelajar perempuan berbanding dengan lelaki. Hal ini demikian kerana konsep pendidikan tersebut memerlukan ketekunan dan semangat mengulang kaji pelajaran yang tinggi. Lelaki sekarang tidak ramai yang ulat buku, sebaliknya lebih selesa mengembangkan bakat dan kemahiran diri secara praktikal. Mereka lebih gemar belajar di Kolej Komuniti seperti Institut Kemahiran Belia Negara dan Institut Kemahiran Mara(IKM), biarpun sebenarnya berkelayakan melanjutkan pelajaran di IPT. Pendek kata, masalah kekurangan bilangan pelajar lelaki di IPT adalah disebabkan oleh sikap pelajar lelaki sendiri.

Page 2: EDU 3106

Selain itu, sistem meritokerasi yang diamalkan sejak beberapa tahun lalu juga menjadi punca kekurangan bilangan pelajar lelaki di IPT. Walaupun ada saranan supaya sistem kuota digunapakai bagi membendung fenomena ini, namun ia bukanlah langkah terbaik. Kebanyakan IPT membenarkan pelajar lelaki masuk ke IPT atas alasan menyempitkan jurang dengan mengorbankan aspek kualiti dan minat. Keadaan ini akan meruntuhkan imej universiti sebagai penjana graduan cemerlang dan berkualiti. Kecemerlangan pelajar perempuan seharusnya menyuntik semangat kepada pelajar lelaki untuk bersaing secara sihat. Pelajar perempuan tidak harus mempertikaikan pemilihan jumlah pelajar perempuan yang ramai di IPT. Tuntasnya, sistem meritokrasi yang dilaksanakan telah menjadi salah satu punca menyebabkan kekurangan pelajar lelaki di IPT.

Di sebaliknya, langkah yang wajar yang perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah kekurangan bilangan pelajar lelaki di IPT ialah melalui peranan pihak IPT.Mereka harus menawarkan lebih banyak kursus yang digemari oleh pelajar lelaki.Pada masa sekarang, kebanyakan lelaki tadak minat belajar. Oleh itu, pihak IPT harus menawarkan lebih banyak kursus yang istimewa dan dapat menarik minat pelajar lelaki untuk melanjutkan pelajaran ke IPT. Selain itu, pihak IPT tidak harus hanya menerima pelajar perempuan yang lebih mahir daripada pelajar lelaki. Pihak IPT juga harus memberi peluang kepada pelajar lelaki yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPT. Pendek kata, pihak IPT telah memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah kekurangan pelajar lelaki di IPT.

Selain itu, kerajaan juga harus mengadakan kempen dan ceramah kesedaran terhadap pelajar lelaki. Kerajaan harus mengadakan ceramah di sekolah untuk menggalakkan pelajar lelaki melanjutkan pelajaran ke IPT. Melalui cara ini kita dapat memupuk semangat belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh dalam kalangan pelajar lelaki. Dengan ini, pelajar lelaki dapat bersaing secara sihat dengan pelajar perempuan di IPT. Pelajar lelaki harus sedar bahawa mereka akan dipandang rendah apabila taraf pendidikan mereka labih rendah daripada kaum wanita. Oleh itu, dengan mengadakan kempen dan ceramah kita dapat mengatasi masalah ini.

Bukan itu sahaja, penawaran pelbagai ganjaran dan kemudahan  kepada pelajar lelaki juga dapat mengatasi masalah kekurangan bilangan pelajar lelaki di IPT.Tawaran khas seperti membekalkan biasiswa, pinjaman dan tempat tinggal harus ditawarkan khusus

Page 3: EDU 3106

kepada pelajar lelaki. Keadaan ini dapat menarik minat pelajar lelaki melanjutkan pelajaran ke IPT. Penawaran biasiswa dan pinjaman kepada keluarga mereka pasti dapat membantu pelajar lelaki tersebut membiayai pengajian semasa belajar di universiti. Mereka tidak perlu risau mengenai masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga mereka. Dengan ini, keadaan kekurangan pelajar di IPT dapat diatasi. Oleh itu, strategi ini merupakan salah satu langkah yang berkesan untuk mengatasi masalah kekurangan bilangan pelajar di IPT.

Kesimpulannya, masalah kekurangan pelajar lelaki merupakan satu masalah yang serius dan akan membawa kesan buruk terhadap masyarakat pada masa hadapan jika tidak diatasi mulai dari sekarang. Hal ini demikian kerana ramai lelaki mungkin terpaksa menjadi suri rumah pada masa depan jika fenomena pelajar perempuan menguasai IPT terus berlaku. Oleh itu, pihak yang berkenaan harus berganding bahu bagi mengatasi masalah ini. Mahu tidak mahu, kita hendaklah terus berhadapan dengan dunia yang penuh persaingan dan mereka yang berpendidikan akan terus maju ke hadapan. Hal ini seterusnya dapat melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang memang diperlukan negara untuk merealisasikan Wawasan 2020.

Mengapa Siswi Lebih ramai daripada Siswa di IPTA??

Isu ini dilihat dari perspektif psikologi dan semulajadi.

Isu pelajar wanta memonopoli penempatan di IPTA sudah lama diperkatakan. Tetapi

sehingga hari ini dilihat masih belum ada apa-apa tindakan yang dilakukan oleh pihak

berwajib yang menguruskan kemasukan pelajar ke IPTA jika statistik pelajar mengikut

jantina yang Berjaya ditempatkan di IPTA menjadi ukuran pada tahun ini. Tertarik pula

aku untuk memberikan sedikit pendapat, perkaitan ataupun ulasan berdasarkan

pembacaan, keratan akhbar mahupun daripada apa yang didengar secara tidak

langsung tentang situasi ni.

kebiasaan sifat lelaki dan wanita. 

Page 4: EDU 3106

Allah menciptakan lelaki dan wanita dengan ciri - ciri yang  tertentu :

Ciri-ciri seorang lelaki, lelaki secara semulajadinya mempunyai watak seperti pemburu.

Mempunyai pandangan yang tajam, boleh mengagak jarak dengan tepat, mempunyai

Otot yang lebih besar daripada wanita. Mereka juga adalah pemimpin bagi keluarga.

Sikap sebagai seorang pemburu, pastinya tidak akan dapat duduk diam, mahukan

sesuatu yang baru untuk dibawa pulang, mempunyai firasat tentang arah (membaca

peta) yang betul dan tepat, juga mahu menunjukkan kekuatan masing-masing agar

lebih dihormati. 

Sifat bagi Seorang wanita pula adalah seorang yang penyayang. Mempunyai gerak hati

dan firasat yang sangat halus dan tajam. Wanita juga mempunyai pandangan mata

yang luas. Jika dilihat, jarang sekali istilah mata keranjang digunakan kepada wanita. Ini

kerana wanita dapat melihat pandangan dengan lebih luas. kita lihat mereka

memerhatikan sesuatu yang lain, tapi tanpa disangka kita juga dilihatnya. dengan ekor

mata yang terang. Sifat ini penting kerana Merekalah yang selalunya menjaga

keluarga, apatah lagi semasa ketiadaan si suami. Mereka mempunyai lebih kasih

sayang, mempunya sifat sensitif yang lebih tinggi berbanding lelaki.

Perbezaan cara pelajaran

Jika perkara diatas menjadi rujukan, ternyata perbezaan ciri-ciri lelaki dan wanita

mempunya kelebihan sertakekurangannya dalan situasi yang tertentu. juga boleh

dikaitkan dengan sistem pelajaran yang diguna pakai sekarang. Bagi kaum lelaki,

zaman kanak –kanak adalah zaman permainan. Lelaki tempoh matangnya lebih lambat

berbanding perempuan. Pada usia 15 tahun ada diantara mereka masih mempunya

sifat keanak-anakan.

lelaki masih mencari identiti... sifat semula jadi tadi dibawa sebelum menemui identiti sebenar...

Mendesak pelajar seawal usia tadika, dan sekolah rendah untuk bergelumang dengan

stress belajar bukanlah cara yang sepatutnya digunakan kepada pelajar lelaki.

Page 5: EDU 3106

Pekembangan akal bukan semata-mata tertumpu kepada soal akademik sahaja.

Penekanan kepada peperiksaan hanya akan menghalang pengembangan akal kanak-

kanak ini. Mereka seolah – olah dimasukkan kedalam sebuah sistem secara terpaksa

daripada usia 7 tahun sehingga berumur 24-25 tahun. Ada kebaikan juga sistem

pelajaran kita ini, tapi ada juga kelemahannya. Sistem pendidikan sedia ada perlu

digubal semula, lain orang lain kebolehan. tidak semua manusia itu sama. Tidak wajar

untuk menghukum seseorang pelajar dengan perkataan “bodoh” hanya berdasarkan

sistem akademik, sedangkan mungkin pelajar itu mempunyai bakat sebagai seorang

usahawan yang hebat!!. sistem pelajaran perlu mengikut bakat, kebolehan serta minat

seseorang pelajar. barulah semangat untuk belajar akan naik. Sebuah unit pencarian

bakat boleh diwujudkan bagi mengenal pasti bakat yang ada pada setiap pelajar yang

dianggotai oleh para guru sendiri .

pecahan peluang serta bakat perlu dibuka dan diperluaskan lagi sejak sekolah

menengah. Bukan menunggu sehingga tamat persekolahan. Hanya pembaziran akan

terjadi. sudah lama berada dalam sistem persekolahan (akademik), sudah berusaha

habis habisan, tetapi kenapa keputusan peperiksaan kurang memuaskan?. sepatutnya

di alam persekolahan, lebih banyak aktiviti diadakan seperti di Maktab Rendah Sains

Mara. program yang bagus, pelbagai, bukan hanya berteraskan akademik semata-

mata. Banyak pengalaman dan pengajaran diperolehi. secara tidak langsung, result

mereka juga cemerlang.

Sebuah analogi

Amin mempunyai bakat dalam bermain alat muzik, zarif mempunyai bakat dalam

bidang hafalan. sebuah persembahan akan diadakan, Alatan muzik harus digunakan

Page 6: EDU 3106

dalam persembahan tersebut. dalam situasi ini siapa yang untung? tentunya Amin,

Amin mengambil masa hanya 2 jam untuk berlatih bermain alatan muzik, sedangkan

zarif berlatih berminggu-minggu lamanya untuk menguasai alatan muzik tersebut, tetapi

hasil permainan memihak kepada Amin walaupun hanya berlatih dalam masa yang

singkat. ini semua adalah bakat.  Zarif memang boleh pandai, jika terus berlatih. tapi

ianya terbatas dengan bakat semula jadi. Tuhan menciptakan manusia ada kekurangan

ada kelebihan.  Dalam pertandingan pidato agaknya siapa yang akan lebih berjaya??

Maka, Tidak hairanlah pelajar yang cemerlang dalam UPSR kurang cemerlang dalam

PMR. Apatah lagi SPM yang begitu mantap. Cemerlang dalam SPM tidak bermakna

akan berjaya di alam Universiti. Apatah lagi masuk dalam suasana pekerjaan. setiap

stage lain-lain, kemahiran yang digunakan juga ada perbezaan selain sikap dalam

diri yang menjadi taruhan. Sesebuah syarikat Tidak akan mengambil pekerja yang

hanya pandai membaca buku. Tapi diambil daripada kemahiran, teknikal yang dimiliki,

sifat diplomasi yang tinggi, kepetahan berbicara dan lain-lain.

panjang berceloteh, baru nak masuk pasal Isu IPTA ni. Kebanyakan pelajar wanita

lebih senang dengan sistem yang sedia ada, duduk berjam – jam di hadapan meja,

buka buku study sampai ke pagi. pergerakan yang tidak banyak dilakukan. lemah

lembut, selakan demi selakan muka surat. hmm. tapi tak semua macam ni, wanita

zaman sekarang dah lasak – lasak, pemikiran lain dah. ni hanyalah pendapat peribadi

yang penuh dengan bangkangan. wanita tekun, rajin dalam sistem akademik. sebab tu

lah banyak wanita lebih banyak yang layak jika sistem meritokrasi dijadikan panduan

100%. lelaki kebiasaannya main-main. kerana perkembangan akal, pemikiran, serta

peribadi mereka bukan semata-mata di meja study. Dunia ini sangat luas untuk

diterokai, Nikmat Tuhan pastinya tidak akan dapat dihitung oleh mana-mana manusia.

Subahanallah.. Amatlah tidak wajar pelajar lelaki/wanita disisihkan hanya berdasarkan

Page 7: EDU 3106

sistem meritokrasi yang hanya berlandaskan kepada sistem akademik ataupun lebih

tepat, sistem peperiksaan. sedangkan segala bakat yang dimiliki dipersiakan. 

Bakat yang ada janganlah dipersiakan. Sehebat manapun bakat yang dianugerah kalau malas hancur juga.

Cadangan kerajaan untuk memberikan kursus khas bagi kaum lelaki di IPTA seperti

kursus automotif, kimpalan dilihat amat wajar, selain dapat menyeimbangkan

pengambilan antara siswa dan siswi.  Kepelbagaian kursus akan mewujudkan

kepelbagaian golongan profesional. Tapi bukan senang nak laksanakan sesuatu dasar,

ianya memerlukan kerjasama banyak pihak, wang, tempat, masa, mahupun kepakaran.

Diharap kerajaan dapat menggunakan segala kepakaran, pakar-pakar, ahli bijaksana 

yang mereka miliki bagi menghadapi situasi ini.Apa guna kalau jadi pemimpin kalau

tidak dapat buat keputusan yang baik.