edu 3093 tutorial skpm

14
PENGENALAN SKPM Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia ( SK ) adalah satu adaptasi inovasi yang merupakan suatu pembangunan dalam sistem pendidikan negara yang telah beraya dibangunkan oleh !emaah Na"i dan !aminan Kualiti ( !N!K ) pada #$$%& SKPM telah diperakui dan diiktira' sebag Pia ai Pendidikan Kebangsaan ( Sekolah )&

Upload: chia-shok-yen

Post on 02-Nov-2015

16 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Asas Kepimpinan Guru

TRANSCRIPT

SISTEM KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA ( SKPM )

PENGENALAN SKPMSistem Kualiti Pendidikan Malaysia ( SKPM ) adalah satu adaptasi inovasi yang merupakan suatu pembangunan dalam sistem pendidikan negara yang telah berjaya dibangunkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti ( JNJK ) pada tahun 2003.

SKPM telah diperakui dan diiktiraf sebagai Piawai Pendidikan Kebangsaan ( Sekolah ).

SEJARAH SKPMJNJK ( Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti ) memperkenalkan Sistem Pemastian Peningkatan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (SPPSTKP) pada tahun 2001.Berdasarkan maklum balas, SKPM telah dipermudahkan untuk menggantikan STKP pada tahun 2003 .Pada tahun 2009/2010, SKPM disemak semula sejajar dengan Hala Tuju JNJK 2010-2015 dan pengenalan NKRA berkaitan pendidikan-Tawaran Baru.TUJUAN SKPMSatu nilai tara atau sukatan aras tahap kecemerlangan kepada sekolah dapat dilakukan.

Memerihalkan secara eksplisit maksud frasa taraf (atau standard) pengajaran yang memuaskan seperti yang dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 - Subseksyen 117(a).

Pengaplikasian sendiri sistem pemastian standard kualiti oleh pihak sekolah tanpa kehadiran menteri.

Satu inisiatif yang memberikan fokus kepada pemantapan profesional tenaga pendidik.

Mencetus kesedaran/gerakan memelihara kualiti pendidikan di sekolah:

- memperkasa sekolah selaras dengan perubahan/perkembangan/cabaran semasa seperti globalisasi, dunia tanpa sempadan.

- memenuhi dasar negara seperti Wawasan 2020, Program Transformasi Kerajaan (GTP) misalnya NKRA, dan NKEA.

Peningkatan keberkesanan dan kecekapan pengurusan sekolah.

Meningkatkan motivasi dan komitmen sekolah.

Budaya meningkatkan kualiti dalam pendidikan.DOKEMEN SKPM TERDIRI DARIPADA 3 SKPM 1Pernyataan Standard yang memerihalkan standard.

SKPM 2Instrumen Pemastian Standard ( IPS ) yang menjadi panduan untuk sekolah mengukur pencapaian standard kualiti sekolah khususnya melalui penarafan kendiri. IPS dimaksudkan sebagai instrumen induk yang disokong dengan instrumen iringan ( annex ) misalnya matapelajaran , iklim sekolah dan kepimpinan sekolah. Instrumen ini dapat dijadikan panduan kepada sekolah untuk mengukur status, proses dan output.

SKPM 3Rancangan Pemajuan Sekolah ( RPS ) untuk sekolah melakukan penambahbaikkan selepas pengukuran dibuat.

RPS merupakan proses bersepadu ( collaborative ) bagi memastikan pendidikan yang berkualiti dan menyeluruh diberikan kepada murid RPS. Juga satu proses yang berterusan bagi melaksanakan dasar kerajaan dan program.

RPS juga bertujuan memantau, menilai dan mengkaji semula setiap dasar dan program untuk mencapai matlamatnya.

RPS memberikan peluang kepada pihak kepimpinan sekolah menentukan perancangan sendiri. Maka perancangan adalah berdasarkan kepada kesesuaian sekolah.STANDART SKPM 2010JNJK menggubal SKPM 2010 yang terdiri daripada 5 standart:

Std 1 Kepeimpinan dan hala TujuStd 2 Pengurusan OrganisasiStd 3 Pengurusan Kurilulumr, Kokurikulum dan sukan dan Hal Ehwal muridStd 4 Pembelajarn dan PengajaranStd 5 - Kemenjadian Murid

Kelima-lima standart ini diguna untuk mengukur kecemerlangan sekolah.KEPENTINGAN SKPMBagi sekolah sebagai panduan pemastian kualiti pendidikan melalui:

penarafan kendiri sekolah (PKS-SKPM)mengukur standard di sekolahmengenal pasti kekuatan, kelemahan dan isu penyediaan Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP)

Bagi JNJK/Bahagian KPM sebagai panduan untuk mengukur standard kualiti sekolah semasa melaksanakan penaziran/pemantauan/penyeliaan.

HARAPAN DARIPADA PENGGUNAAN SKPMBudaya mementingkan kualiti dalam pengurusan pendidikan di sekolah diperkukuhkan.

Sekolah yakin bahawa pemastian kualiti adalah tindakan yang boleh diurus sendiri oleh pihak sekolah.

SKPM diterima oleh sekolah sebagai gagasan profesional lebih daripada gagasan pentadbiran.

Sekian, Terima Kasih.