edu 3013-intan najihah

20
1.0 Pengenalan “Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.” (Malaysia Kita, 2012) Petikan di atas merupakan Falsafah Pendidikan Guru yang telah digubal bertujuan untuk menjadi panduan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menurut Noriati et al. (2012), matlamat Falsafah Pendidikan Guru adalah untuk melahirkan bakal pendidik yang mempunyai kualiti daripada segi profesional, akhlak, sosial, kemahiran, tingkah laku dan amalan nilai-nilai keguruan serta berupaya meraih kecemerlangan pendidikan untuk memenuhi tuntutan wawasan pendidikan pada masa kini. Berdasarkan matlamat Falsafah Pendidikan Guru, kita dapat memahami bahawa setiap guru harus mengamalkan nilai-nilai keguruan dalam diri mereka serta meningkatkan kualiti daripada segi profesional, akhlak, sosial, kemahiran dan tingkah laku dari semasa ke semasa.Perkara ini harus diamalkan bagi mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti pada masa hadapan.Persoalannya kini, sejauh mana profesion perguruan yang dianggap mulia dan mempunyai nilai ibadah yang tinggi di sisi Allah dapat mengembangkan potensi murid ke arah melahirkan modal insan yang berkualiti bagi merealisasikan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia?. 1

Upload: intan-najihah-zamani

Post on 18-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Dipersilakan baca ya.

TRANSCRIPT

1.0 PengenalanGuru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.(Malaysia Kita, 2012)Petikan di atas merupakan Falsafah Pendidikan Guru yang telah digubal bertujuan untuk menjadi panduan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menurut Noriati et al. (2012), matlamat Falsafah Pendidikan Guru adalah untuk melahirkan bakal pendidik yang mempunyai kualiti daripada segi profesional, akhlak, sosial, kemahiran, tingkah laku dan amalan nilai-nilai keguruan serta berupaya meraih kecemerlangan pendidikan untuk memenuhi tuntutan wawasan pendidikan pada masa kini.Berdasarkan matlamat Falsafah Pendidikan Guru, kita dapat memahami bahawa setiap guru harus mengamalkan nilai-nilai keguruan dalam diri mereka serta meningkatkan kualiti daripada segi profesional, akhlak, sosial, kemahiran dan tingkah laku dari semasa ke semasa.Perkara ini harus diamalkan bagi mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti pada masa hadapan.Persoalannya kini, sejauh mana profesion perguruan yang dianggap mulia dan mempunyai nilai ibadah yang tinggi di sisi Allah dapat mengembangkan potensi murid ke arah melahirkan modal insan yang berkualiti bagi merealisasikan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia?.2.0 Modal insanMenurut Aidit (2008) dalam Maisarah et al. (2008), modal insan bukanlah suatu perkataan yang baru dicipta oleh orang tertentu kerana sejak zaman Nabi Adam lagi, Allah telah menekankan betapa pentingnya modal insan. Modal insan adalah merujuk kepada manusia yang merupakan gabungan empat unsur iaitu roh, jasad, akal dan emosi.Keempat-empat unsur ini perlu dijaga, dibentuk dan dikekalkan untuk melahirkan modal insan yang sempurna (Maisarah et al., 2008).Dalam konteks pendidikan di Malaysia, elemen roh merujuk kepada rohani manakala elemen jasad merujuk kepada jasmani dan elemen akal merujuk kepada intelek serta elemen emosi merujuk kepada emosi.Menurut Noriatiet al. (2012), modal bermaksud mencapai sesuatu yang dilaksanakan manakala insan bermaksud manusia. Oleh itu, hasil gabungan modal dan insan iaitu modal insan pula bermaksud, tenaga dan produktiviti manusia yang digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat.Kerajaan telah berusaha sebaik mungkin untuk membangunkan modal insan di negara ini.Antara usaha yang telah dilakukan adalah memasukkan modal insan sebagai salah satu elemen utama dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).Menurut Y.A.B Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi (2006) dalam Maisarah & Abdul Rahim (2008), modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian bukan satu kemewahan.Oleh itu, kerajaan dan rakyat harus bersama-sama mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen.Petikan tersebut jelas bahawa semua pihak harus memberi kerjasama yang padu dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang berkualiti.Menurut Abd. Razak et al. (2014), ciri-ciri modal insan yang berkualiti terdiri daripada tiga iaitu ilmu, kemahiran dan personaliti yang unggul.Ciri modal insan yang pertama adalahilmu.Ilmu adalah pengetahuan yang berkaitan dengan perkembangan pendidikan dalam kehidupan.Ciri yang kedua adalah kemahiran. Kemahiran ini terdiri daripada kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan alat bantu dan bahan mengajar dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Ciri yang terakhir iaitu personalitiyang unggul.Ia bermaksud nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, bersih dan patuh kepada kod etika perguruan. Ketiga-tiga ciri modal insan ini turut diperakui oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengatakan bahawa Modal insan bukan setakat mempunyai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, tetapi ia juga mencakupi aspek peribadi serta akhlak yang tinggi yang perlu ada pada seseorang itu (Abd.Razaket al., 2014).Kesimpulannya, setiap guru harus menerapkan ketiga-tiga ciri modal insan iaitu ilmu, kemahiran dan nilai dalam kehidupan seharian pelajar di sekolah agar negara kita Malaysia mampu mencapai hasrat negarauntuk melahirkan modal insan yang berkualiti serta melahirkan rakyat Malaysia yang mampu memberi sumbangan terhadap negara.3.0 Profesion perguruan yang dianggap muliaProfesion perguruan merupakan satu profesion pilihan masa kini. Menurut Noriati et al. (2012), profesion bermaksud pekerjaan yang khusus di mana ia dilaksanakan oleh orang yang berpendidikan tinggi atau mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu.Konklusinya, profesion adalah satu bidang pekerjaan yang memerlukan kepakaran dalam bidang yang dipilih.Contohnya, jika hendak menjadi seorang pakar perubatan, kita mestilah melibatkan diri kita dalam latihan dan kursus perubatan.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perguruan secara umumnya bermaksud tempat pengajaran bagi melatih guru seperti Institut Pendidikan Guru Malaysia.Menurut Sufean (1993) dalam Mohamed Najib & M. Noor Ariffin (2008) profesion perguruan bermaksud satu profesion yang bermatlamatkan insan dan ihsan manusia yang sempurna, agar manusia faham tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat dan tanggungjawab terhadap Tuhan Yang Maha Esa. Pendapat ini telah menggambarkan secara ringkas konsep profesion perguruan dan menjelaskan bahawa setiap guru bertanggungjawab terhadap semua lapisan masyarakat terutamanya golongan pelajar serta bertanggungjawab terhadap Tuhan Yang Maha Esa.Profesion perguruan ini dianggap mulia kerana peranan-peranan yang harus digalas oleh setiap guru itu sendiri begitu mulia di sisi agama.Apakah tugas-tugas guru yang dianggap mulia di sisi agama. Antaranya adalah guru adalah sebagai mualim iaitu penyampai ilmu yang mahir, muadibiaitu membentuk adab pelajar, mudarisiaitu mengajar, mursyidiaitu membantu kepimpinan insan dan murabbiadalah sebagai penggerak proses tarbiah. Asas profesion perguruan adalah sama iaitu mengajar, mendidik dan mengubah manusia daripada keadaan yang buta huruf, tidak tahu mengira dan tidak boleh membaca kepada celik huruf, bijak mengira dan menjadi manusia yang berjaya.Oleh itu, menjadi seorang guru bukan sesuatu perkara yang senang kerana setiap guru harus berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi pada setiap masa.Konklusinya, tugas sebagai seorang guru adalah satu tugas yang mulia kerana seorang guru tidak pernah berputus asa untuk menyampaikan ilmu, mendidik murid menjadi seseorang yang berakhlak mulia dan memperkembangkan potensi murid-murid bagi melahirkan modal insan yang berkualiti.2.1 Kaitan profesion perguruan dengan Falsafah Pendidikan Guru

Rajah 1.0 Model Konseptual Pendidikan Guru(Omar Abdul, 2014)Model Konseptual Pendidikan Guru berdasarkan Rajah 1.0 di atas menunjukkan bahawa dimensi ketuhanan berada di atas sekali. Ketuhanan bermaksud penambahan ilmu, penghayatan terhadap ilmu dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan ketaatan kepada ajaran agama. Oleh itu, seseorang guru yang berada di dalam profesion ini akan melaksanakan tugasnya sebagai seorang pendidik kerana taat dan patuh kepada Tuhan. Satu kajian pernah dilakukan ke atas sekumpulan guru di Kelantan berkaitan persepsi mereka bahawa profesion perguruan ini dianggap mulia.Menurut Abdul Rahin Hamdanet al. (2006), mereka mendapati di dalam kajiannya terhadap 100 guru sekolah di Pasir Mas, Kelantan bahawa 100% guru yang dikaji menganggap bahawa kerjaya mereka sebagai guru adalah satu kerjaya yang mulia. Bagaimanapun, hanya sebahagian sahaja daripada mereka yang mengakui bahawa masyarakat sekarang memandang tinggi akan profesion perguruan. Jelas di sini bahawa profesion perguruan dianggap mulia berdasarkan kajian yang telah dilakukan ke atas sekumpulan guru.Tugas seorang guru seperti menyampaikan ilmu, membimbing dan mendidik pelajar yang menjadikan peranan seorang guru itu mulia. Contohnya dalam agama Islam, jika orang yang menerima ilmu beramal dengan ilmu yang dipelajari, pengajar itu akanmemperolehi pahala yang berterusan. Hal ini diperkuatkan berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah radiallahu anhu, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya;Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya. (Mustafa Abdul Rahman, 1996)4.0 Profesion perguruan yang mempunyai nilai ibadah disisi AllahIbadah dari segi bahasa bermaksud taat manakala dari segi syaraknya bermaksud ketaatan dan kepatuhan yang harus disertai dengan perasaan kasih dan cinta kepada Allah S.W.T disebabkan Allah sahaja yang berhak menerima cinta dan kasih yang sebenarnya (Abd Razak, 2014). Secara umumnya ibadah ini difahami bahawa sesuatu yang kita lakukan dengan dasar ketaatan dan cinta kepada Allah.Kita mendapati bahawa konsep ibadah saling berkaitan dengan tanggungjawab seseorang terhadap agama, diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negaranya. Setiap agama mengajar kita bahawa setiap perkara yang dilakukan dengan niat untuk melakukan kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain tanpa berlawanan dengan tuntutan agama adalah ibadah. Ibadah dalam skop konsep yang syumul berdasarkan tujuan manusia dicipta oleh Allah di atas muka bumi ini.Menurut Noriati et al. (2012), Allah telah berfirman dalam Surah al-Zarriyat ayat yang ke 56 yang bermaksud:Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia kecuali agar mereka beribadah kepada-KuAyat Al-Quran di atas menunjukkan bahawa Allah sendiri menyatakan tujuan Dia menciptakan manusia dan jin di dunia ini agar kita melakukan ibadah kepadanya dan apabila menjadi guru, kita seharusnya mempembaharui niat untuk mengajar dan menyebarkan ilmu yang kita miliki kepada murid kerana Allah. Ilmu adalah milik Allah dan kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini hanya meminjamnya supaya kita dapat melakukan ibadah dengan sempurna.Kita sebagai khalifah di atas muka bumi hendaklah juga memanfaatkan setiap masa untuk beribadah kepada Allahsama ada melaksanakan ibadah fardhu ain mahupun fardhu kifayah.4.1 Kaitan konsep nilai ibadah dalam profesion perguruan dengan Falsafah Pendidikan GuruFalsafah Pendidikan Guru mempunyai tiga dimensi utama iaitu kendiri, kemasyarakatan dan ketuhanan. Dimensi ketuhanan ini amat berkait rapat dengan nilai ibadah kerana kita sebagai guru harus melaksanakan tugas yang diberi kerana Allah.Menurut Noriati et al.(2012), dimensi ketuhanan yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Guru ini bermaksud meningkatkan ilmu dari semasa ke semasa, menghayati ilmu dan mengamalkan kerana patuh akan perintah tuhan dan ajaran agama. Kesimpulan yang kita dapat lakukan berdasarkan dimensi ketuhanan di atas adalah Falsafah Pendidikan Guru juga menekankan bahawa guru berperanan untuk mengamalkan ilmu yang dimiliki sebelum menyebarkan kepada orang lain agar kefahaman itu dapat disampaikan dengan lancar dan mudah diterima oleh murid dan sekaligus berupaya melahirkan modal insan yang berkualiti pada masa hadapan.Dimensi kedua iaitu kemasyarakatan. Dimensi ini begitu mementingkan bahawa sebagai seorang guru, kita haruslah mendidik dan memimpin murid dalam proses pembelajaran dan menjadi seorang agen perubahan(Noriati et al., 2012).Konklusinya, sebagai seorang guru yang melaksanakan tanggungjawab berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, guru haruslah mendidik murid dengan menekankan aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya murid-murid tersebut menerima didikan yang membuatnya menjadi insan yang tahu membezakan antara keutamaan dan bukan keutamaan, serta pandai menguruskan kehidupan sehariannya dengan seimbang dalam segenap aspek. Sebagai contoh, guru memastikanmurid berfikir akan ilmu yang sedang disampaikan ketika pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berlangsung.Di samping itu, guruperlu memainkan peranan untuk menerapkan nilai Islam dalam ilmu yang disampaikan.Setelah itu, guru bertindak dengan membuat kumpulan amali seperti berlakon atau menyanyi kepada setiap murid agar mereka mampu menterjemahkan ilmu yang diperolehi dengan perbuatan.Pada akhir pengajaran, guru meminta beberapa orang muridmembuat kesimpulan berkaitan dengan pengajaran yang mereka perolehi untuk menilai sejauh mana tahap kefahaman yang diperolehi oleh para pelajar.Kesimpulannya, peranan guru yang berusaha untuk memberi kefahaman yang menyeluruh kepada murid adalah satu ibadah kerana Allah telah berfirman di dalam Al-Quraniaitu yang terkandung dalam surah Al-Baqarah ayat 31 hingga 32 yang bermaksud;Dan ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar. Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; Sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.Berdasarkan ayat Al-Quran di atas, menurut Ibn Kathir(2001) dalam Ab. Halim& Mohamad Khairul (2010) mengatakan bahawa Allah telah mengajar Nabi Adam semua perkara yang tidak ketahuinya sebagai tanda kemuliaan dan kelebihan Baginda. Malah Ibnu Abbas turut menyatakan bahawa Allah mengajarkan Nabi Adam semua nama benda yang perlu diketahui oleh manusia(Ibnu Kathir, 2001).Konklusinya, guru mempunyai peranan untuk mendidik, memimpin dan menjadi agen perubahan kepada pelajar supaya mereka menjadi modal insan yang berkualiti pada masa hadapan.Dimensi ketiga yang terangkum dalam Falsafah Pendidikan Guru adalah kendiri. Kendiri bermaksud guru sebagai pembina daya kefahaman dan pemupukan budaya ilmu serta membantu membentuk sahsiah murid.Umumnya, konsep guru menurut Islam boleh dijelaskan melalui pelbagai istilah seperti murabbi, mualim dan muaddib.Ketiga-tiga istilah ini menekankan peranan guru dalam pembangunan akhlak dan diri. Halstead(1991) dalam Ab. Halim & Mohamad Khairul (2010) menjelaskan bahawa pada guru sangat disanjungi dan diharapkan kerana mereka bukan sahaja berilmu, tetapi juga mestilah mempunyai personaliti dan komitmen kepada Islam serta menunjukkan contoh yang baik kepada murid. Hal ini telah ditekankan supaya seseorang itu melakukan sesuatu ke arah kebaikan dan menjauhi perkara yang boleh merosakkan diri, masyarakat dan negara seperti Firman Allah dalam Al-Quran melalui Surah al-Zalzalah ayat 99 yang bermaksud:Sesiapa yang mengerjakan kebaikan walaupun sebesar zarah pun nescaya Dia akan melihatnya.Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan walaupun sebesar zarah, nescaya Dia akan melihatnya.5.0 Guru berupaya mengembangkan potensi muridApa yang dimaksudkan dengan potensi?.Perkataan potensi berasal dari bahasa Inggeris potent yang membawa maksud keupayaan dan kebolehan terpendam dalam diri individu dan jika ia dicungkil ia boleh digunakan untuk melakukan sesuatu dan boleh dikembangkan. Sesungguhnya, potensi dikaitkan dengan bakat manusia yang menjadi salah satu aspek daripada fitrah manusia. Dengan kata lain, potensi merupakan kebolehan manusia melakukan sesuatu aktiviti selaras dengan fitrah yang ada padanya.Setiap insan diberi keistimewaan yang berbeza-beza dan acap kali manusia tidak mampu mengenal pasti apakah potensi yang terdapat dalam diri mereka. Contohnya, seorang murid terus bercakap bersendirian dan dalam keadaan tidak sedar, sebenarnya murid tersebut berkebolehan untuk berlakon. Oleh itu, guru memainkan peranan penting untuk mengembangkan potensi murid kerana kelebihan yang dimiliki oleh murid tidak akan memberi manfaat kepada sesiapapun sekiranya kelebihan itu tidak digilap.Sekiranya kita melihat waktu pembelajaran di sekolah, guru merupakan insan yang mempunyai masa paling lama dengan pelajar selepas ibu bapa.Hal ini kerana jika kita perhatikan, semua pelajar akan memperuntuk masa lebih kurang 6 jam di sekolah setiap hari. Oleh itu, peluang guru untuk menggilap dan mengembangkan potensi murid amat tinggi malah guru dapat mengenal pasti kelebihan yang dimiliki oleh murid untuk digilap. Menurut Noriati et al. (2012), potensi manusia dapat dilihat daripada sudut fizikal, hati dan akal dan antara ketiga-tiga potensi ini potensi akal dan hati yang paling penting untuk dikembangkan oleh guru. Hal ini dapat dilihat apabila kedua-dua potensi ini dimanfaatkan, maka kedua-duanya akan memastikan bahawa potensi fizikal bergerak seiring dengan mereka. Umum mengetahui, tidak semua insan di muka bumi ini memiliki ketiga-tiga potensi ini sepenuhnya. Contohnya, jika seseorang itu mengalami cacat anggota badan seperti mata tidak boleh melihat dan kaki cacat sehingga tidak membolehkan mereka berjalan dan sebagainya, kemungkinan untuk potensi fizikalnya tidak dapat digilap dengan mudah oleh para guru adalah satu kemungkinan yang besar.Walaupun begitu, mancapada ini melihatkan kejayaan seorang lelaki buta yang bernama Profesor Dato Dr. Ismail Md Salleh yang berjaya mencungkil potensi akal dan hati beliau dengan baik sehingga menjadi seorang pakar ekonomi yang berjaya.Walaupun beliau seorang yang buta, namun beliau menunjukkan kecenderungan untuk belajar sejak kecil lagi.Hal ini kerana beliau menggunakan potensi akal dan hati sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan.Konklusinya, kecacatan atau kekurangan bukan satu penghalang kepada manusia untuk mengembangkan potensi mereka.Guru boleh memainkan peranan dalam usaha untuk mengembangkan potensi murid dengan menggabungkan semua elemen yang dapat menggilap potensi murid.Contohnya, guru menggabungkan elemen sosial dalam sesi pembelajaran seperti membuat aktiviti berkumpulan yang membolehkan setiap ahli di dalam kumpulan bercakap dan berfikir bersama-sama.Setelah itu, guru menyuruh muridbersedia dalam kumpulan masing-masing untuk membuat pembentangan tentang topik yang telah dibincangkan. Usaha ini membolehkan potensi murid untuk bertutur dan berfikir bertambah baik kerana mereka akan bersaingdengan kumpulan yang lain untuk menyampaikan idea dan pandangan masing-masing. Usaha ini juga menyahut transformasi pendidikan yang baharu di sekolah untuk melibatkan murid lebih aktif berbanding guru yang mengajar.Konklusinya, potensi akal, hati dan fizikal mampu dikembangkan sekaligus sekiranya guru memainkan peranan penting dengan berusaha bersungguh-sungguh dalam mengembangkan potensi setiap murid.5.1 Guru berperananmengembangkan potensi murid untuk melahirkan modal insan berkualitiPotensi turut ditekankan menerusi pernyataan Falsafah Pendidikan Guru yang berbunyi;Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.Guru berperanan untuk menjamin perkembangan individu. Hal ini bermakna guru sendiri bertanggungjawab untuk memperkembangkan potensi, membimbing murid dan melatih murid agar mereka menjadi seseorang atau modal insan yang pakar dalam bidangnya.Contohnya, sekiranya seseorang murid itu berjaya dikesan bakatnya dalam bidang larian, maka guru bertanggungjawab untuk melatih murid tersebut untuk meningkatkan stamina dan kelajuan larian pada setiap minggu dengan harapan pelajar tersebut layak untuk mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.Guru merupakan insan yang bertanggungjawab untuk memupuk potensi murid dengan didikan dan bimbingan bagi melahirkan modal insan yang berkualiti. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memastikan bahawa setiap kurikulum yang disediakan mampu untuk memanfaatkan potensi yang sedia ada dalam diri murid-murid daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.Peranan guru yang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru daripada aspek intelek adalah untuk melahirkan pelajar yang memiliki kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).Antara strategi yang boleh diaplikasikan ialah kemahiran berfikir. Manakala pendekatan yang sesuai dimanfaatkan bagi melaksanakan strategi berpusatkan murid ini dengan memberi bahan bacaan kepada pelajar dan meminta mereka membaca sebuah petikan sambil memahami dan berfikir akan keseluruhan maksud petikan tersebut. Setelah para pelajar selesai membaca petikan yang disediakan, guru harus menanyakan beberapa soalan aras tinggi bersesuaian dengan petikan yang diberi. Kemudian, jawapan yang disertakan oleh pelajar tersebut yang akan melambangkan sejauhmana tahap pemikiran dan pembangunan intelek seseorang pelajar. Sekiranya jawapan yang diberikan oleh pelajar masih berada di tahap aras rendah, maka peranan guru tersebut harus dimainkan untuk meningkatkan lagi kemampuan pelajar tersebut untuk mencapai tahap pemikiran yang lebih tinggi.Peranan guru yang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Gurudaripada aspek rohani adalah melahirkan pelajar yang memiliki akhlak dan sahsiah yang baik. Pengajaran subjek Pendidikan Islam merupakan salah satu subjek yang menekankan peri pentingnya menjaga akhlak dan membentuk sahsiah yang baik.Di samping itu, ia juga menekankan pendidikan yang berasaskan nilai-nilai murni bagi merealisasikan matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) iaitu nilai merentas kurikulum. Bagi melahirkan modal insan yang memiliki akhlak dan sahsiah yang baik, penerapan nilai-nilai murni dan nilai agama perlu dilaksanakan oleh setiap guru sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan.Aspek rohani merupakan aspek yang paling penting untuk ditanamkan dalam diri setiap pelajar bagi melahirkan warganegara Malaysia yang bermoral serta berakhlak mulia.Selain itu, peranan guru yang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Gurudaripada aspek emosi adalah dengan mengembangkan potensi pelajar agar berjaya melahirkan modal insanyang mampu mengawal emosi dengan seimbang. Guru harus memainkan peranan dengan mempelbagaikan aktiviti. Kepelbagaian aktiviti ini mampu untuk mendidik pelajar mengenalpasti potensi mereka dalam menzahirkan sesuatu emosi bersesuaian dengan keadaan yang mereka hadapi. Contohnya, guru memberikan sebuah buku cerita kepada para pelajar dan menyuruh mereka membaca cerita tersebut beramai-ramai sambil menunjukkan gaya dan emosi yang bersesuaian dengan setiap perkataan dan ayat yang terkandung dalam cerita tersebut. Pada akhir pembelajaran, guru akan mengenalpasti kebolehan dan kemampuan pelajar untuk mengawal emosi. Aktiviti seperti ini memudahkan guru untuk mengenal pasti pelajar yang masih belum mampu untuk mengawal emosi sepenuhnya.Setelah itu, guru memberikan bimbingan dan lebih penekanan ke atas pelajar tersebut untuk digilap potensi supaya mereka berjaya mengawal emosi dengan baik.Aspek emosi ini juga harus diterapkan agar rakyat Malaysia yang dihasilkan melalui sistem pendidikan di Malaysia terdiri daripada seorang yang bijak mengawal emosi dalam setiap keadaan yang dihadapi.Akhir sekali, peranan guru yang selaras dengan hasrat FPG daripada aspek jasmani untuk melahirkan modal insan yang memiliki tubuh badan yang sihat dan cergas.Oleh itu, guru harus memainkan peranan untuk memastikan setiap pelajar berupaya untuk memiliki tubuh badan yang sihat dan cergas. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan salah satu subjek yang mempunyai matlamat untuk mencungkil dan menggilap potensi pelajar agar mereka berupaya untuk memiliki badan yang sihat. Antara aktiviti yang sesuai dilakukan bagi mengenal pasti potensi pelajar dengan melakukan aktiviti larian.Pendekatan yang boleh dilakukan adalah berpusatkan murid.Setelah aktiviti ini dilakukan, guru mampu untuk mengenal pasti pelajar yang memiliki tahap stamina yang rendah untuk diberi lebih latihan dan penekanan agar berjaya untuk melahirkan modal insan yang memiliki badan yang sihat dan cergas. Konklusinya, guru harus memainkan peranan mereka selaras dengan Falsafah Pendidikan Guru dalam usaha untuk mengembangkan potensi pelajar daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan modal insan yang berkualiti.Model Konseptual Pendidikan Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tiga aspek asas iaitu kemahiran, nilai dan pengetahuan (Noriati A. Rashid, 2012). Oleh itu, setiap guru harus menekankan ketiga-tiga aspek ketika proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas supaya pelajar boleh menjadi modal insan yang berkualiti pada masa akan datang. Sekiranya guru hanya menekankan kepada satu aspek sahaja, misalnya guru hanya menekankan aspek pengetahuan sahaja di dalam kelas, dibimbangi murid yang menerima pengajaran tersebut hanya menghafal dan menterjemahkan perkara yang dihafalnya ke atas kertas peperiksaan tanpa memahami dan menghayati pelajaran yang dipelajari.Kita juga khuatiri sekiranya Malaysiamelahirkan masyarakat yang hanya ada ilmu pengetahuan tetapi malangnya tiada kesempurnaan dalam akhlak dan sahsiah serta tidak tahu mengaplikasikan ilmu tersebutdalam kehidupan seharian.Menurut Nurul Ain (2014), pengasas Rumah Perlindungan Darul Wardah, Hazlina Abd Razak juga sendiri mengakui bahawa pelajar yang tinggal di rumah perlindungan tersebut terdiri daripada pelajar cemerlang. Berdasarkan kenyataan beliau:Pelajar cemerlang yang mencatat keputusan 8A pernah menjadi penghuni Rumah Perlindungan Darul Wardah.Punca utama pelajar cemerlang ini terlibat dengan gejala sosial kerana kurangnya akidah terhadap Yang Maha Esa.Boleh saya katakan, hampir 90 peratus remaja yang dimasukkan ke sini adalah penuntut pusat pengajian tinggi.Oleh itu, kita sebagai guru perlu menerapkan nilai-nilai kerohanian, di samping meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam diri pelajar. Selain itu, guru juga berperanan sebagai pendidik berdasarkan Falsafah Pendidikan Guru bagi melahirkan modal insan berkualiti. Antaranya, guru harus melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan mata pelajaran khasnya, serta pengetahuan ikhtisas keguruan. Pengetahuan am dan khusus bagi seseorang guru amat penting kerana guru berhadapan dengan murid-murid yang masa hadapannya mungkin akan menjadi seorang doktor, jurutera dan sebagainya. Oleh itu, amat penting untuk seseorang guru melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu agar kita dapat menggilap potensi yang terdapat dalam diri murid untuk menjadikan mereka sebagai modal insan yang berkualiti pada masa akan datang.6.0 Merealisasikan matlamat Kementerian Pendidikan MalaysiaMatlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju amat bergantung kepada keupayaan warga Kementerian dalam menyediakan pendidikan berkualiti.Oleh itu, setiap warga pendidik perlu meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran serta melipat gandakan usaha bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan berguna untuk negara pada masa hadapan. Menurut Noriati et al. (2012), bekas menteri pendidikan kita iaitu YB Dato Sri Hishammuddin Tun Husseinpernah menyatakan bahawa:Hasrat kita bukan sahaja untuk melahirkan guru yang berkualiti, tetapi lebih jauh daripada itu, iaitu untuk memastikan mereka yang berkualiti ini kekal di dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.Berdasarkan perutusan yang telah disampaikan olehYB Dato Sri Hishammuddin Tun Hussein, Kementerian Pelajaran Malaysiajelas menyasarkan satu matlamat untuk menjadikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi masa hadapan negara.Hal yang demikian ini menggalakkan setiap guru harus mengekalkan kualiti mereka dalam bidang perguruan dan terus meningkatkan kualiti agar generasi pada masa hadapan dapat dididik dengan baik, seterusnya berjaya menghasilkan modal insan yang berkualiti.Antara peranan guru bagi melahirkan modal insan yang berkualiti adalah menggilap potensi pelajar, membentuk akhlak, menjana perubahan, mendorong kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dan membimbing pelajar (Noriati et al., 2012).Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2001), antara peranan guru dalam merealisasikan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysiaadalah menekankan aspek kurikulum, kokurikulum, pengurusan dan pentadbiran sekolah serta perhubungan dengan masyarakat.6.1 Peranan guru dalam melaksanakan kurikulumKurikulum kebangsaan ialah suatu program pendidikan kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan (Akta Pendidikan, 1996). Kurikulum kebangsaan merangkumi pelbagai subjek yang memberi penekanan tertentu dalam memperkembangkan potensi individu. Contohnya apabila guru mata pelajaran pendidikan islam dan moral mengajar pelajarnya subjek tersebut, guru tersebut akan berusaha menekankan prinsip Rukun Negara yang pertama iaitu Kepercayaan kepada Tuhan serta memastikan setiap muridnya menghayati setiap nilai-nilai murni dan pengajaran dalam setiap ilmu yang dipelajari.6.2 Pelaksanaan kokurikulumMatlamat Kementerian Pelajaran Malaysia juga dapat direalisasikan melalui pelaksanaan kokurikulum.Kegiatan kokurikulum merupakan sebahagian daripada aspek kurikulum untuk memperkembang potensi individu secara menyeluruh ke arah mencapai aspirasi negara.Contohnya, aktiviti kokurikulum seperti perkhemahan mampu mewujudkan semangat kerjasama, yakin kepada diri sendiri dan sikap bertolak ansur kerana murid-murid harus menjayakan aktiviti tersebut bersama-sama. Sekiranya kita melihat dalam aktiviti sukan dan permainan, guru akan memainkan peranan untuk menggerakkan semua pelajar untuk melibatkan diri dalam setiap sukan yang dianjurkan. Contohnya, guru akan memastikan kehadiran dan penglibatan setiap pelajar pada setiap minggu kokurikulum. Sekiranya pelajar tidak menghadirkan diri maka guru berperanan untuk mengambil tindakan yang seterusnya seperti menasihati atau mengeluarkan surat amaran.6.3 Pengurusan dan pentadbiran sekolahGuru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran sekolah. Antara peranan guru ialah perlu memastikan bahawa alat bantu mengajar dan setiap prasarana berada dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru perlu memantau pelajar untuk menggunakan semua kemudahan yang disediakan seperti kelas, padang permainan, makmal komputer dan sebagainya dengan penggunaan yang cermat. Seterusnya, guru dan pihak pengurusan sekolah harus bekerjasama untuk memastikan bahawa alat atau kemudahan pengajaran lengkap dan ada pada setiap masa bagi melicinkan urusan pengajaran dan pembelajaran.6.4 Perhubungan dengan masyarakatSebagai seorang guru yang turut hidup dalam keadaan bermasyarakat seharusnya menggalakkan masyarakat terlibat juga dalam bidang pendidikan.Contohnya, sekiranya pihak sekolah menganjurkan gotong royong perdana, guru boleh membuat promosi kepada masyarakat yang berdekatan dengan kawasan sekolah untuk turut serta menjayakan program tersebut.Oleh itu, hubungan antara guru, murid dan lapisan masyarakat bertambah erat dan dapat mengeratkan silaturrahim.7.0 PenutupApabila kita mengimbas kembali semua huraian di atas, dapat kita simpulkan bahawa peranan guru di sekolah yang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru (FPG) terdiri daripada aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.Guru juga merupakan insan yang bertanggungjawab untuk melahirkan modal insan yang berkualiti.Contoh peranan guru yang selaras dengan hasrat FPG daripada aspek intelek adalah untuk melahirkan pelajar yang memiliki kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Bagi menjayakan hasrat ini, guru perlu menggunakan strategi, pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat membangunkan kemampuan pelajar untuk membangunkan minda dan intelek bagi sentiasa berfikir.Antara strategi yang boleh diaplikasikan ialah kemahiran berfikir.Terdapat pelbagai kaedah yang sesuai dipraktikkan oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mengembangkan potensi.Antaranya ialah sumbangsaran.Kaedah ini berkesan untuk mendapatkan banyak idea dari pelajar dan guru boleh memilih idea-idea yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.Guru mestilah mendefinisikan masalah tersebut agar ia dapat difahami oleh pelajar dengan jelas. Setelah itu, guru perlu memberi lebih masa untuk pelajar membincangkan masalah dan menggalakkan setiap pelajar untuk memberi idea mereka.Akhir sekali, guru perlu memilih idea yang dikehendaki dan pastikan semua pelajar dengan idea yang dipilih, dan semestinya idea yang dipilih adalah yang terbaik untuk menyelesaikan masalah.Konklusinya, profesion perguruan sangat mulia di sisi agama dan ia merupakan satu profesion yang mempunyai nilai ibadah sekiranya niat kita untuk terlibat dalam profesion ini kerana Allah. Profesion perguruan ini juga merupakan satu profesion yang bertanggungjawab untuk mengembangkan potensi murid daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.Usaha ini untuk melahirkan modal insan yang berkualiti bagi merealisasikan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam misinya iaitu Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.5