edu 2015

5
1.0 Latar belakang isu ZM Jelas, S Rahman, R Baki, J Ahmad - Jurnal pendidikan, 2005 - core.kmi.open.ac.uk ... Page 13. 105 Prestasi Akademik Mengikut Gender mengambil tindakan yang positif dan terus belajar seperti biasa, manakala pelajar lelaki pula mengambil tindakan yang agak negatif seperti ponteng kelas, ponteng sekolah dan tidak memberi perhatian terhadap pelajaran. ... Azizah Lebai Nordin (2002) pula menunjukkan terdapat banyak faktor penyumbang kepada masalah disiplin pelajar. Antaranya ialah ibu bapa, sekolah dan rakan sebaya. Beliau menyokong pendapatnya dengan laporan kabinet pada tahun 1979 yang menyebut bahawa disiplin seorang murid bukan ditentukan oleh sekolah sahaja. Alam sekitar dan masyarakat sekeliling juga mempunyai pengaruh terhadap disiplin seseorang murid. Masyarakat sekeliling dan persekitaran murid-murid di luar sekolah amat kuat pengaruhnya dalam pembentukan disiplin murid- murid. Kajian daripada Ibrahim Saad (1977) pula menunjukkan kejadian ponteng sekolah kerap dipersoalkan dan telah menjadi satu masalah pendidikan yang paling besar. Punca utama yang menyebabkan wujudnya perlakuan ponteng adalah sistem pendidikan itu sendiri yang telah mementingkan peperiksaan. Selain itu, pergantungan kepada buku teks dianggap sebagai kesan tersembunyi daripada penggunaan yang tidak imaginatif oleh guru-guru menyebabkan pelajar-pelajar ponteng sekolah. Pelajar-pelajar yang bijak ponteng kerana bosan dengan sekolah manakala yang lemah akan ponteng sebab dia tidak dapat menerima apa yang diajar.

Upload: zurina-johan

Post on 05-Feb-2016

33 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: edu 2015

1.0 Latar belakang isu

ZM Jelas, S Rahman, R Baki, J Ahmad - Jurnal pendidikan, 2005 - core.kmi.open.ac.uk

... Page 13. 105 Prestasi Akademik Mengikut Gender mengambil tindakan yang positif dan

terus belajar seperti biasa, manakala pelajar lelaki pula mengambil tindakan yang agak negatif

seperti ponteng kelas, ponteng sekolah dan tidak memberi perhatian terhadap pelajaran. ...

Azizah Lebai Nordin (2002) pula menunjukkan terdapat banyak faktor penyumbang kepada

masalah disiplin pelajar. Antaranya ialah ibu bapa, sekolah dan rakan sebaya. Beliau

menyokong pendapatnya dengan laporan kabinet pada tahun 1979 yang menyebut bahawa

disiplin seorang murid bukan ditentukan oleh sekolah sahaja. Alam sekitar dan masyarakat

sekeliling juga mempunyai pengaruh terhadap disiplin seseorang murid. Masyarakat sekeliling

dan persekitaran murid-murid di luar sekolah amat kuat pengaruhnya dalam pembentukan

disiplin murid-murid.

Kajian daripada Ibrahim Saad (1977) pula menunjukkan kejadian ponteng sekolah kerap

dipersoalkan dan telah menjadi satu masalah pendidikan yang paling besar. Punca utama yang

menyebabkan wujudnya perlakuan ponteng adalah sistem pendidikan itu sendiri yang telah

mementingkan peperiksaan. Selain itu, pergantungan kepada buku teks dianggap sebagai

kesan tersembunyi daripada penggunaan yang tidak imaginatif oleh guru-guru menyebabkan

pelajar-pelajar ponteng sekolah. Pelajar-pelajar yang bijak ponteng kerana bosan dengan

sekolah manakala yang lemah akan ponteng sebab dia tidak dapat menerima apa yang diajar.

Tattum (1986), yang meninjau faktor perlakuan ponteng berkaitan dengan suasana di

sekolah, mendapati sepertiga daripada pelajarpelajar yang menjadi sampelnya menyatakan

bahawa mereka benci pergi ke sekolah dan sebaliknya lebih suka bekerja. Apa yang perlu

dilihat dalam kajian Raven ialah dapatannya yang menunjukkan bahawa sebahagian besar

daripada sampel kajiannya merasakan sebahagian besar daripada mata pelajaran yang diajar

di sekolah tidak berguna. Raven juga mendapati bahawa pelajar-pelajar itu tidak berpuas hati

dengan peranan sekolah dalam memberikan ilmu pengetahuan dan pendidikan terhadap

mereka. Mereka tidak memahami bahawa matlamat pengajaran dan pembelajaran di sekolah

mempunyai hubungan yang signifikan dengan dunia pekerjaan.

John Robertson (1981) juga menyatakan keruncingan dalam keluarga,

pertelingkahan ibu bapa, ibu bapa bengis, keluarga yang ramai, kurangnya perhatian

kanak-kanak oleh penjaga dan taraf pekerjaan penjaga rendah akan mempengaruhi

emosi pelajar dan tingkah laku.

Page 2: edu 2015

Becker (1952) dalam kajiannya mendapati ada guru yang menganggap

mengajar pelajar kelas bawahan sebagai tidak memberi faedah kerana mereka

mempunyai motivasi yang rendah, mahu dikawal dan memiliki sifat suka bermain-main

seperti agresif dan mempunyai sifat supaya orang menjauhkan diri daripadanya.

2.0 Penyataan masalah

Pada tahun 2007 seramai 21,060 pelajar terlibat dalam masalah ponteng. Implikasi besar yang

mungkin wujud akibat masalah ponteng itu menyebabkan ia dianggap Kementerian Pelajaran

sebagai salah laku disiplin paling serius.Rekod Kementerian Pelajaran tahun lalu

menunjukkan 21,060 pelajar (0.39 peratus) dikesan ponteng sekolah, manakala 24,840 pelajar

(0.46 peratus) pada tahun sebelumnya.Sekiranya masalah ini dibiarkan berterusan, negara

tidak akan mencapai seperti mana yang dikehendaki dalam wawasan 2020 iatu mewujudkan

sebuah masyarakat yang kukuh ciri- ciri moral dan etika dengan warganya mempunyai nilai-nilai

keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur (Becker,

2003). Oleh itu, semua pihak harus menggembleng tenaga untuk sekurang-kurangnya

mengurangkan gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah. Ini kerana mereka adalah tulang

belakang kepada pembangunan negara pada suatu hari nanti.

Memandangkan kes ponteng sekolah ini semakin serius dan dikaitkan dengan aktiviti

yang tidak sihat, ia patut diambil perhatian berat oleh semua. Untuk menangani masalah ini,

adalah perlu bagi semua pihak untuk mengetahui punca-punca yang menyebabkan pelajar

pelajar ini ponteng sekolah. Dengan itu, maka pengkaji merasakan bahawa betapa perlunya

dibuat kajian tentang permasalahan ini. Pengkaji ingin meninjau sama ada punca diri sendiri,

kekeluargaan, persekitaran, guru dan persekitaran mempengaruhi pelajar ponteng sekolah di

kalangan mereka.

Page 3: edu 2015

3.0 Objektif

Kajian ini bertujuan mengkaji persepsi pelajar mengenai punca-punca masalah ponteng. Satu

kajian kes di Sekolah Menengah Sri Tanjung, Benut

i) Mengenal pasti samada faktor diri menyebabkan pelajar ponteng sekolah.

ii) Mengenal pasti samada faktor hubungan keluarga menyebabkan pelajar ponteng sekolah.

iii) Mengenal pasti samada faktor pergaulan rakan menyebabkan pelajar ponteng sekolah.

iv) Mengenal pasti samada faktor sikap guru menyebabkan pelajar ponteng sekolah.

v) Mengenal pasti samada faktor prasarana sekolah menyebabkan pelajar ponteng sekolah.

4.0 Persoalan kajian

1 Kajian ini akan menjawab beberapa persoalan

1.        Apakah jenis masalah disiplin pelajar?

2.        Bagaimana sikap pelajar ponteng di dalam dan di luar bilik darjah?

3.        Apakah tingkah laku negatif yang dilakukan pelajar ponteng?

4.        Apakah punca pelajar bersikap negatif?

Page 4: edu 2015

5.0 Sasaran kajian

6.0 Cara pengumpulan data

7.0 Analisis dan interpertasi data

8.0 Bincang secara keseluruhan

9.0 Rumusan

10.0 Rujukan