definisi sastera

6
Definisi sastera/Kesusasteraan Melayu Kesusasteraan ialah manifestasi daripada gerak jiwa manusia yang wujud dalam pernyataan bahasa. Pada hakekatnya kesusasteraan atau seni sastera itu ialah bingkisan kata yang dipersembahkan oleh sasterawan sebagai hadiah kepada masyarakat. ( Sabaruddin Ahmad, Punca Sastera Indonesia, 1963, hal. 11 ) Kesusasteraan adalah cermin jiwa getar sukma pengarang. Kesusasteraan harus tumbuh di tengah- tengah rakyat oleh rakyat untuk rakyat yang menggambarkan suka duka, harap cipta dan kerja cipta rakyat. ( B. Simorangkir-Simanjuntak, Kesusasteraan Indonesia, 1971, hal. 8 ) Kesusasteraan ialah ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Kesusasteraan terbentuk dari akar kata susastera ( bahasa Sanskrit ) + ke – an ( kesusasteraan ). Su ( indah, baik, lebih bermakna.) Sastera ( huruf atau buku ) Susastera + ke – an ( kesusasteraan ): Kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. ( Prof. Dr. Hasyim Awang, Artikel Akademik, hal. 2 ) Kamus Dewan ( Edisi Ketiga ),DBP, 1997, hal. 1194

Upload: siti-sara

Post on 08-Apr-2016

37 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Definisi sastera

Definisi sastera/Kesusasteraan Melayu Kesusasteraan ialah manifestasi daripada gerak jiwa manusia yang wujud dalam pernyataan bahasa. Pada hakekatnya kesusasteraan atau seni sastera itu ialah bingkisan kata yang dipersembahkan oleh sasterawan sebagai hadiah kepada masyarakat.

( Sabaruddin Ahmad, Punca Sastera Indonesia, 1963, hal. 11 )

Kesusasteraan adalah cermin jiwa getar sukma pengarang. Kesusasteraan harus tumbuh di tengah-tengah rakyat oleh rakyat untuk rakyat yang menggambarkan suka duka, harap cipta dan kerja cipta rakyat. ( B. Simorangkir-Simanjuntak, Kesusasteraan Indonesia, 1971, hal. 8 )

Kesusasteraan ialah ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Kesusasteraan terbentuk dari akar kata susastera ( bahasa Sanskrit ) + ke – an ( kesusasteraan ). Su ( indah, baik, lebih bermakna.) Sastera ( huruf atau buku )Susastera + ke – an ( kesusasteraan ): Kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya.

( Prof. Dr. Hasyim Awang, Artikel Akademik, hal. 2 )

Kamus Dewan ( Edisi Ketiga ),DBP, 1997, hal. 1194

Sastera1.     bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab ( bukan bahasa basahan ).2.     kesusasteraan : hasil seni ( karya tulisan ) dalam bentuk prosa atau puisi

yang mempunyai ciri-ciri keistmewaan tertentu.3.     seni sastera: seni karang-mengarang ( prosa, puisi dan lain-lain )4.     kitab suci Hindu5.     kitab ilmu pengetahuan pustaka, kitab yang mengandungi ramalan

( perhitungan dan lain-lain ) 6.     tulisan, huruf

Page 2: Definisi sastera

Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu, PPK, KPM, 2002, hal. 2TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU DALAM PENDIDIKANKesusasteraan Melayu dalam konteks pendidikan ialah karya asal yang tertulis dalam bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada berbentuk novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional atau puisi tradisional bagi mengimbangi intelek, rohani, emosi, dan jasmani di samping memaparkan nilai kemanusiaan dan citra masyarakat.Pendirian atau rumusan sendiriSASTERA IALAH KARYA SENI KREATIF HASIL CIPTAAN MANUSIA MENGGUNAKAN BAHASA YANG INDAH, HALUS DAN MENARIK SERTA MEMBERI KESAN KEPADA PEMBACA/PENONTON. IA MERUPAKAN HASIL PEMIKIRAN SENI YANG BERKUALITI YANG DITERJEMAHKAN SAMA ADA DALAM BENTUK LISAN, PENULISAN, PROSA, PUISI, NARATIF DAN NON-NARATIF. KARYA SASTERA BERBEZA DENGAN HASIL-HASIL PENULISAN AKADEMIK ATAU NON-AKADEMIK LAIN KERANA TIDAK MEMPUNYAI VARIASI BAHASA SERTA KESAN LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG KEPADA PEMBACA/PENONTON.

.1 Definisi

Page 3: Definisi sastera

(i) Umum tentang kesusasteraan MelayuKesusasteraan berasal daripada kata akar “susastera” (Sanskrit)Su - indah, baik, lebih berfaedahSastera - huruf atau bukuKe-susastera-an - kumpulan buku-buku yang indah bahasa dan baik isinya.

Kesuasasteraan : Ciptaan seni yang dinyatakan dengan bahasa yang indah dan mengandungi isi yang baik yang baik lagi berfaedah.

Kesusasteraan Melayu : hasil ciptaan yang ditulis melalui perantaraan Bahasa Melayu dan lahir sebagai hasil daripada keistimewaan sifat masyarakat Melayu. Kandungannya haruslah mencerminkan persoalan tentang masyarakat bangsa Melayu sama ada pada zaman silam mahupun pada zamanmodenhari ini.

Kesusasteraan Melayu Tradisional (SMT) :Konsep SMT pada orang Melayu zaman dahulu sangat bercampur aduk dan tidak terbatas kepada hasil seni semata-mata. Oleh itu semua hasil penulisan sebelum abad ke-19 dianggap sebagai hasil sastera yang termasuk di dalamnya karya sejarah seperti Sejarah Melayu, karya-karya ketatanegaraan seperti Tajus Salatin, Bustan as-Salatin, Sastera Kitab/Agama dan juga undang-undang Melayu lama.

Kesusasteraan Melayu mengandungi 4 unsur utama :

a. Unsur Intelek : Karya sastera haruslah menimbulkan satu-satu fikiran tertentu yang bernilai dan menarik. Sastera ditulis dengan tujuan tertentu seperti soal-soal masyarakat, moral, ekonomi, politik dan sebagainya. Karya sastera sebagai bahan untuk pembaca mendapat panduan dan pengetahuan.

b. Unsur Emosi : Membezakan karya sastera dengan bukan sastera. Berkait dengan perasaan manusia iaitu perasaan pengarang dan pembaca seperti perasaan sedih, gembira dan sebagainya.

c. Unsur Imaginasi : Ketajaman daya penglihatan dan gaya pengamatan (daya khayalan) pengarang terhadap sesuatu benda atau peristiwa yang dilukisnya melalui perantaraan bahasa.

d. Unsur teknik : Soal bagaimana pengarang menyusun peristiwa dalam cerita, memilih kata-kata, menyusun adegan dan sebagainya.

Kesimpulan tentang Kesusasteraan Melayu :

1. Ciptaan seni yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai alat penyampaian2. Satu cabang kegiatan seni masyarakat Melayuyang terawal dan terpenting3. Kesusasteraan lahir bersama kelahiran masyarakat sebagai alat untuk menyatakan perasaan, keazaman, keinginan, pengalaman dan pengalaman masyarakat.4. Kesusasteraan Melayu adalah kesusasteraan yang berfungsi iaitu mengajar dan menghibur

Page 4: Definisi sastera

5. Tercipta dalam sepanjang masa, mengalami proses perkembangan dan perubahan, dibahagikan Sastera Melayu Tradisional dan sastera Melayu Moden

UNSUR-UNSUR DALAM KESUSASTERAAN.

 

Hashim Awang mengelaskan unsur-unsur dalam kesusasteraan kepada empat , iaitu :

a. Intelek.

Menimbulkan satu-satu fikiran tertentu yang tinggi dan menarik dalam sesebuah

Karya sastera.

a. Emosi.

Membezakan di antara karya sastera dengan karya bukan sastera.

a. Imaginasi.

Melihatkan ketajaman daya penglihatan dan pengamatan pengarang terhadap satu-satu benda dan peristiwa.

a. Teknik.

- Merangkumi cara pengarang menyusun peristiwa di dalam cerita , memilih kata-kata, mengatur rangkap-rangkap dalalm sajaknya, meletakkan adengan-adengan dalam lakonannya dan lain-lain.