sastera moden

Upload: shamsuddin-wahab

Post on 07-Jan-2016

84 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ru

TRANSCRIPT

HBML 4203 : KESUSASTERAAN MELAYUSOALAN 1Anda dipilih oleh pihak sekolah anda untuk membentangkan kertas kerja dalam Seminar Kesusteraan Melayu anjuran Pejabat Pelajaran Daerah di tempat anda. Sediakan kertas kerja tersebut dengan selengkapnya yang mengandungi bahan bahan berikut.a)Pengenalan kesusasteraan,sejarah dan perkembangan kesusteraan Melayu tradisional dan moden,termasuk bentuk-bentuk serta aliran-aliran dalam penulisan sastera.

1.0 Definisi Kesusateraan:Buku Pengantar Pengajian Kesusasteraan (DBP) mendefinisi Kesusasteraan sebagai. kehalusan atau estetika dan bahasa berlandaskan kehalusan penciptanya serta keinginan pembacanya mencari kehalusan itu. Kesusasteraan juga adalah keindahan bahasa yang muncul dari proses penciptaannya. Menurut Ali Ahmad keindahan penggunaan bahasalah yang menjadi asas bagi wujudnya hasil kesusasteraan. Namun begitu,persoalan tentang definisi sasteraini bukanlah satu perkara mudah untuk dibicarakan tanpa bersandarkan kepada mana-mana tulisan sarjana. Ramai sarjana telah memberikan pendapat yang tidak kurang pentingnya kepada pengkaji dan pelajar kesusasteraan.

Ali Ahmad (1994) menyusur lebih jauh ke dalam makna kesusasteraan dengan mengupas asal-usul kata sastera. Menurutnya "sastera berasal daripada bahasa Sanskrita castra, yang disebut syastra, yang bererti kitab suci. Susastera memberi erti seni sastera atau seni bahasa, dan secara umumnya dimaksudkan persuratan. Tambahan ke di awal dan an di akhir kata susastera menyimpulkan maksud yang terdekat, iaitu kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah. Hashim Awang (1987) mengatakan kesusasteraan itu adalah "Ciptan seni yang disampaikan melalui bahasa. Ia mungkin dituturkan iaitu disebut sastera lisan dan yang ditulis disebut sastera tulisan. Di samping itu, sastera pula memiliki keindahan dalam aspek-aspek isi atau daya pengucapannya. Seterusnya Hashim Awang et. al menghuraikan lagi maksud kata kesusasteraan dan menemui puncanya adalah daripada kata susastera. Kata susastera itu dipecahkan kepada dua bahagian iaitu su dan sastera. Su dikatakan membawa maksud indah, baik, lebih berfaedah. Sastera pula membawa maksud huruf atau buku.Ke-susastera-an membawa maksud kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya.

Jika Hashim Awang mengupas lebih mendalam tentang kesusasteraan,Ali Ahmad (1994) juga turut menyusur lebih jauh ke dalam makna kesusasteraan dengan mengupas asal-usul kata sastera. Menurutnya "sastera berasal daripada bahasa Sanskrita castra, yang disebut syastra, yang bererti kitab suci. Susastera memberi erti seni sastera atau seni bahasa, dan secara umumnya dimaksudkan persuratan. Tambahan ke di awal dan an di akhir kata susastera menyimpulkan maksud yang terdekat, iaitu kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah.Bagi Muhammad Hj Salleh (1995) kesusasteraan merujuk pada karya-karya lisan serta juga tulisan yang membawa unsur-unsur cereka dan disampaikan melalui bahasa dan berbagai-bagai perkataan. Zaaba mendefinisikan kesusasteraan itu sebagai persuratan atau karangan.Pengertian seperti ini tentulah tidak mencakupi makna sebenar kesusasteraan yang ada pada masa kini. Ali Ahmad (1994) mengatakan Secara kasarnya sahaja definisi sedemikian dapat diterima, tetapi pemerhatian yang lebih tepat masih diperlukan.

Ali Ahmad (1994) telah membuka ruang yang luas dan segar dalam mencari maksud kesusasteraan melalui tulisannya Definisi Kesusasteraan di dalam buku Pengantar Pengajian Kesusasteraan (DBP). Perkara utama yang dikaitkan dengan kesusasteraan ialah kehalusan atau estetika dan bahasa. Sesungguhnya kesusasteraan itu adalah kehalusan penciptanya dan keinginan pembacanya mencari kehalusan itu. Kesusasteraan juga adalah keindahan bahasa yang muncul dari proses penciptaannya.

Berdasarkan pernyataan di atas, amat jelas kepada kita bahawa kesusasteraan Melayu tradisional merupakan satu wacana yang luas dan terdiri daripada berbagai-bagai bentuk dan sifat. Pengkaji kesusasteraan Melayu membahagikan kesusasteraa Melayu tradisional kepada dua golongan yang utama iaitu:

2.0 Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional

Kesusasteraan Tradisional merupakan himpunan karya-karya kesusasteraan dalam semua bentuk yang terhasil sejak manusia wujud tetapi tidak melepasi zaman selepas wujudnya mesin cetak.. Ada pendapat yang mengatakan kemunculan tamadun awal manusia diiringi juga dengan kemunculan budaya kesusasteraan ke dalam tamadun tersebut. Kemunculan Tamadun Mesopotamia telah menyebabkan karya-karya kesusasteraan terhasil sehingga munculan Epik Gilgamesh. Oleh itu dari segi sejarah, kemunculan kesusasteraan mula mewarnai kehidupan manusia sejak sekian lama. Perjalanan masa yang begitu lama dan lampau itulah yang menyebabkan apa sahaja hasil kesusasteraan yang ada pada masa dahulu disebut tradisional. Selepas munculnya mesin cetak lebih kurang dalam tahun 1800, karya kesusasteraan pun bertukar wajah daripada tradisional kepada moden.

Secara umumnya karya-karya kesusasteraan tradisional boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu lisan dan tulisan. Lisan bererti yang dituturkan dan tulisan maksudnya yang ditulis atau dibukukan. Kesusasteraan lisan lebih mewakili golongan bawahan seperti petani dan nelayan. Ia juga dikenali sebagai kesusasteraan rakyat. Manakala sastera tulisan pula adalah ciptaan golongan pemerintah selepas kemunculan sistem tulisan dalam sesebuah masyarakat itu.

2.1.1 Kesusasteraan LisanKesusasteraan lisan (tradisi lisan) lahir di kalangan masyarakat Melayu yang lazimnya terdiri daripada kaum tani dan nelayan. Mereka ini tinggal di kawasan yang jauh di pedalaman, desa-desa dan pinggir pantai. Pada waktu tersebut sistem tulisan belum lagi muncul dan masyarakat lazimnya buta huruf. Namun begitu,biarpun masyarakat ini tinggal di kawasan yang terpencil dan tidak menguasai sistem tulisan, tetapi daya kreativiti mereka dalam bidang kesusasteraan amat dikagumi. Biarpun mereka tidak menguasai sistem tulisan,mereka telah mengembangkan sesebuah cerita melalui pertuturan atau penceritaan secara lisan. Atas sebab itulah hasil-hasil keusasteraan yang dicipta oleh kelompok ini disebut sebagai kesusasteraan lisan kerana penyampaian cerita secara lisan. Kesusasteraan lisan dikenali juga sebagai kesusasteraan rakyat.

Apa yang nyata,cerita yang disampaikan secara lisan telah disebarkan dari mulut ke mulut, dan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Bertambah menarik,bila ketika itu telah wujud tukang cerita professional yang turut dikenali sebagai penglipur lara yang menyampaikan cerita-cerita tersebut kepada khalayak. Selain itu, cerita lisan turut diperturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain oleh orang-orang tua kepada anak atau cucu mereka sehingga cerita-cerita tersebut menjadi warisan bangsa. Naratif lisan Melayu terbahagi kepada, iaitu mitos, legenda, dan cerita rakyat. Cerita rakyat terbahagi kepada tiga subgenre, iaitu cerita binatang, cerita jenaka dan cerita dongeng. Kesemuanya mempunyai bentuk, ciri dan fungsi yang tersendiri.

2.1.2 Kesusasteraan TulisanKesusasteraan tulisan (tradisi tulisan) muncul apabila orang Melayu mula menerima pengaruh luar. Pengaruh luar yang awal menyerap ke dalam kebudayaan Melayu adalah pengaruh India. Kemasukan pedagang India di Zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka telah menyebabkan kemasukan pengaruh India . Orang Melayu mula diperkenalkan dengan sistem tulisan. Walau bagaimanapun, sistem tulisan ini tidak meluas dan akhirnya pupus.

Kedatangan agama Islam ke alam Melayu membuka satu lembaran baru dalam kamus kesusasteraan Melayu. Agama Islam muncul bersama-sama dengan sistem tulisan yang lengkap bersumberkan al-Quran sebagai kitab suci orang Islam. Sistem tulisan Arab-Islam ini kemudiannya disesuaikan dengan sebutan dalam bahasa Melayu. Orang Melayu kini mempunyai sistem tulisan yang dinamakan tulisan Jawi. Tradisi tulisan lebih condong kepada istana menjadikan istana sebagai pusat penyebaran ilmu pada masa itu. Di istanalah lahirnya tokoh-tokoh sasterawan Melayu tradisional yang menghasilkan karya sama ada yang asli ataupun salinan semula kerana pada masa itu mesin cetak belum wujud.

Semua hasil karya ini sama ada lisan atau bertulis merupakan satu dokumen penting yang merakamkan segala perihal kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Ia adalah himpunan daya kreativiti masyarakat Melayu tradisional yang menyerlahkan daya fikir, akal budi, sentuhan jiwa, cita rasa, jati diri dan kebijaksanaan masyarakat Melayu (Mutiara Sastera Melayu Tradisional 2003:xiv). Sebagai kesimpulannya, sebagaimana yang dinyatakan oleh Harun Mat Piah kesusasteraan Melayu tradisional merujuk kepada karya yang mempunyai ciri-ciri seperti :1. Bersifat kolektif dan dianggap sebagai milik bersama masyarakat2. Hasil karya bersifat feudal3. Karya yang terbatas pencipta dan khalayak4. Dihasilkan sebelum 1800.5. Bersifat fungsional6. Pelbagai genre7. Perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional tidak dibatasi oleh zaman, tarikh dan waktu.8. Gaya bahasa berbeza daripada gaya bahasa kini9. Hasil karya mempunyai nilai tersendiri kepada masyarakat yang mewarisinya.10. Bentuk dan cirinya menjadi tradisi yang mantap11. Persoalan yang dibawa oleh karya tersebut mempunyai struktur formal yang terikat.12. Hasil karya yang bersifat statis kerana tidak memperlihatkan keragaman tema dalam sesuatu genre

3.0 Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden

3.1.1 Zaman Selepas Perang hingga 1970-anAkibat meletusnya Perang dunia Kedua,Prosa Melayu Moden terutamanya penulisan novel seakan malap biarpun ketika itu perang telah tamatnya Perang Dunia Kedua. Namun begitu,sehingga tahun 1950 telah muncul beberapa orang novelis yang menghasilkan karya . Antara penulis berkenaan ialah Harun Aminurrashid, Keris Mas, Ahmad Bakhtiar, dan Wijaya Mala. Jadual di bawah menjelaskannya.Jadual 3.1: Novel-novel Tahun 1947 hingga 1949Nama NovelisJudul NovelTahunHarun AminurrashidDarah Kedayan1947Keris MasZain Zawiyah1948Ahmad BakhtiarHancur Hati1949Sebai sahaja negara kita mencapai kemerdekaan,semakin ramai penulisan novel muncul. Peningkatan ini disebabkan adanya sayembara atau peraduan menulis novel. Misalnya pada tahun 1958, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menganjurkan peraduan mengarang novel. Pemenang-pemenang adalah seperti berikut:Jadual 3.2: Pemenang Sayembara atau Peraduan Menulis Novel pada Tahun 1958

Nama PenulisNama NovelPeringkat KemenanganHassan AliMusafirTempat pertamaA. Samad SaidSalinaTempat keduaYahya SamahLayang-layang Putus TaliTempat ketigaSuratman Markasan.Tak Ada Jalan KeluarTempat keempatJadual 3.3: Pemenang Sayembara atau Peraduan Menulis Novel padaTahun 1962

Nama PenulisNama NovelPeringkat KemenanganIbrahim OmarDesa PingitanTempat pertamaArena WatiLingkaranTempat keduaA. Wahab AliAngin HitamTempat ketiga

Jadual 3.4: Pemenang Sayembara atau Peraduan Menulis Novel pada Tahun 1967

Nama PenulisNama NovelPeringkat KemenanganArena WatiSanderaTempat pertamaAziz JahpinPulanglah PerantauTempat keduaIsmail Salleh (al-Fallah)Badan BertuahTempat ketigaAlias HarunMeniti BuihHadiah sagu hatiKhadijah HashimMerpati Putih Terbang LagiHadiah sagu hatiSelain DBP,Biro Bahasa Sabah juga turut mengadakan dua sayembara, iaitu pada tahun 1973 dan 1975. Novel Nafas yang Hampir Putus karya A.B. Amasaba memenangi hadiah pertama pada tahun 1973. Pada tahun 1975, hadiah kedua dimenangi oleh novel Cerah karya Amil Jaya. Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) menganjurkan sayembara menulis novel pada tahun 1976 dan 1978. Novel Saga karya A. Talib Mohd. Hassan memenangi hadiah pertama. Novel Bulan Merah di Tiga Kuala karya Zahari Affandi memenangi hadiah kedua. Novel Warna-warna karya Rahman Yusof memenangi hadiah ketiga. Pada tahun 1978, novel yang menang ialah Perantau Membelah karya A. Kadir Ahmad. Kemudian pada tahun 1978, sayembara sempena Hari Guru telah diadakan. Antara pemenangnya adalah;

Jadual 3.6: Pemenang Sayembara Sempena Hari Guru pada Tahun 1978Nama PenulisNama NovelPeringkat KemenanganBaharuddin C.DArca Berdiri SenjaTempat pertamaA. Talib Mohd. Hassan.PelarianTempat keduaIbrahim OmarTiga CucuTempat ketiga

Penulisan cerpen berkembang pesat selepas kemerdekaan. Ramai penulis baru muncul. Antaranya ialah A. Samad Said, Alias Ali, Hassan Ali, Arena Wati, Shahnon Ahmad, Nora, Malungun, A. Shukur Harun, Kassim Ahmad, Rejab F.I., Kala Dewata, dan Salmi Manja.

Bermula tahun 1950-an, kegiatan drama yang berpusat di mula melebarkan sayapnya . Tokoh-tokoh drama yang menonjol ketika itu ialah Salim Bachik, Fatimah Yassin, Kalam Hamidi dan Bani Buang. Di Kuala Lumpur, Kala Dewata menulis Atap Genting Atap Rumbia. Usman Awang menulis Tetamu di Bukit Kenny. Sandiwara Radio yang mula disiarkan pada tahun 1946 diikuti dengan Bangsawan di Udara dan cerita mata-mata gelap serta cerita dari Timur Tengah. Penulis-penulis drama radio yang terkenal ialah Malina Manja, Othman Haji Zainuddin, Adibah Amin, dan Norjaya.

Pada tahun 60-an lahir penulis skrip dan pengarah drama yang terkenal. Mereka ialah Syed Alwi, Noordin Hassan, dan Hashim Yassin. Puisi Melayu Moden Dunia persajakan Melayu pada dekad 50-an diungguli oleh penyair ASAS 50. Mereka ialah Masuri S.N. dan Usman Awang. Sebuah sajak yang ditulis oleh Masuri ialah Seribu Harapan. Tiga buah sajak yang ditulis oleh Usman Awang ialah Pak Utih, Jangan Menangis dan Gadis di Kuburan. Pada hakikatnya, faktor kepesatan penghasilan sajak seiring dengan faktor kepesatan penghasilan novel, cerpen, dan drama yang telah dijelaskan sebelum ini.

Penyair dekad 60 dan 70-an diwakili oleh Dharmawijaya, Firdaus Abdullah, Shamsuddin Jaafar, A. Samad Said, Yahya M.S., Mokhtar Yasin, Badaruddin H.O., Latiff Mohidin, , dan Zam Ismail. Penyair wanita juga telah muncul pasa era ini sehingga mengetengahkan nama-nama besar dalam arena kesusasteraan seperti Salmi Manja, Noraini Muhammad, Zurinah Hassan, Hanum Ain, Halimah Haji, dan Nor Aini Muhammad.

Di samping itu, ramai juga yang berjaya menghasilkan kumpulan sajak sehingga tahun 1970-an. Kassim Ahmad menghasilkan Kemarau di Lembah; Shamsuddin Jaafar menghasilkan Desir Angin; dan A. Ghafar Ibrahim menghasilkan Tan Sri Bulan;

TOKOH-TOKOH KESUSASTERAAN MELAYUTerdapat beberapa tokoh-tokoh yang terkenal dalam Kesusasteraan Melayu kerana jasa mereka menyumbangkan hasil-hasil karya. Antaranya ialah :1. Tun Sri Lanang2. Hamzah Fansuri3. Abdul Rahim Kajai4. Shahnon Ahmad

b)Kritikan sastera berdasarkan teori-teori kesusasteraan,unsur-unsur intristik dalam karya sastera,selain kefahaman,pemahaman serta penghayatan sesuatu teks sastera sekolah menengah.

2.1 Teori Klasik KesusasteraanTeori sastera muncul sejak zaman Plato lagi hingga kini. Plato mengemukakan teori peniruan manakala Aristotle pula mengemukakan teori mimesis.. Tiga teori utama dalam klasik kesusasteraan boleh dilihat dengan jelas melalui Rajah 1.1 di bawah.

Rajah 1.1: Tiga pecahan teori klasik kesusasteraan

a. Teori PeniruanSebenarnya,Teori kesusasteraan lahir hasil daripada tanggapan terhadap bahan kesusasteraan. Pada peringkat permulaan, Plato telah menganggap bahawa karya sastera sebagai suatu peniruan. Hal ni disebabkan terjadi proses penapisan dua kali daripada bentuk yang ideal atau hakikat. Kesannya, peniruan ini telah menyebabkan hasil seni itu terpisah jauh daripada kebenaran. Bagi Plato, kebenaran adalah sesuatu yang mutlak, tunggal dan ideal sifatnya. Dari sudut pandangan itu, Plato melihat apa yang terhasil melalui proses peniruan terhadap benda yang benar itu akan menghasilkan sesuatu yang palsu.

b. Teori MimesisTeori yang dikemukakan oleh Plato tidak dipersetujui oleh Aristotle. Aristotle menyatakan peniruan terjadi disebabkan adanya dorongan oleh naluri semula jadi yang ada dalam diri manusia. Bagi Aristotle, karya seni bukan sekadar peniruan, tetapi berbentuk mimesis yang membawa maksud penyalinan yang lebih positif. Pengkarya bertindak mengubah atau mencipta semula kehidupan. Pemikiran Aristotle berhubung mimesis ini termuat dalam karyanya yang berjudul Poetic.

c. Teori MoralTeori ini memberi penekanan kepada aspek kesan yang timbul akibat pembacaan karya kreatif, menonton persembahan drama, atau mendengar puisi. Kegiatan sastera baik lakonan, pembacaan teks, berpuisi dan sebagainya dianggap memberi kesan secara langsung kepada penonton, pendengar atau pembaca. Aspek psikologi seperti emosi, perasaan dan sikap menjadi indikator dalam penelitian ini.Refleksi psikologi yang menyentuh dan meninggalkan kesan kepada penonton dan pembaca yang mengamati sesebuah karya menunjukkan ukuran dan kesan pengaruh sesebuah karya itu terhadap khalayak. Ini bermakna, khalayak akan mencapai darjah klimaks dengan menikmati kepuasan atau kejemuannya. Oleh sebab itu, Horace dalam Poeticanya menyarankan penyair sama ada mengajar atau menghibur dan sebaik-baiknya sekali gus menggabungkan sesuatu yang bermanfaat dengan sesuatu yang indah, maka karya sastera ditanggap sebagai alat yang meninggalkan kesan pengajaran dan pendidikan. Dari sinilah bermulanya teori moral.

3.0 Aliran-aliran dalam Penulisan Sastera.Aliran dalam penulisan sastera merupakan satu haluan pemikiran melahirkan segala yang dihajatinya ke dalam sesebuah karya bagi menghasilkan sesuatu karya yang menarik dengan cara yang lebih berterus terang, menggunakan cara yang halus atau kasar, menumpukan perhatian kepada keindahan dan mementingkan isi semata-mata.

3.1 KlasikismeAliran ini dikatogarikan sebagai kesusteraan melayu yang masih berada dalam keadaan tradisional. Pendiskusinya secara tidak langsung melibatkan konsep sastera moden dalam pertumbuhan kesusteraan Melayu. Difahami sebagai aliran fahaman lama yang mengutamakan ketenangan, nilai-nilai budi serta mereka yang sangat terikat pada disiplin-disiplin serta peraturan masyarakat serta tidak menonjolkan individulistik. Coraonya masih konservetif dengan tema dan persoalan cerita yang masih mengutamakan feudalisme serta tradisionalisme dengan tujuan hiburamn. Berkembang secara lisan. Dihasilkan sebelum tahun-tahun 1920-an 1930-an.

3.2.1 RomantisismeMenekankan kepada perasaan. Menonjolkan minat kepada keindahan alam dan cara hidup yang sederhana, juga minat kepada kepercayaan yang asli, imaginasi lebih penting daripada reality. Jelas menunjukkan kebebasan pengerang. Menurut H.B.Jassin tidaklah betul jika masyarakat mengangap aliran ini sebagai aliran yang tidak bermutu. Aliran ini dapat dikatogarikan kepada tiga jenis iaitu radikal, positif dan negative.Antaranya seperti lirik cinta, novel sejarah dan sebagainya.

3.2.2 RealismeMerupakan aliran yang mengutamakan gambaran kehidupan real seperti yang dilihat dalam alam biasa. Penulisan selalunya menyentuh tentang kehidupan masyarakat atau golongan bawahan. Menceritakan tentang kisah-kisah benar dari apa yang dilihat bertujuan untuk memberikan kefahaman, pengajaran dan keinsafan kepada pembaca seperti yang dilakukan oleh penulis ASAS 50 yang memperjuangkan keadilan masyarakat demi pembelaan dan menyedarkan masyarakat.

3.1.4 Naturalisme Aliran ini memberikan gambaran dari kenyataan peristiwa atau keadaan manusia Dengan tidak mengubah keadaan sebenar.Paparan digambarkan secara terus terang. Aliran ini memberikan perhatian kepada peranan alam sekitar yang menjadi punca sesuatu kejadian.

3.1.5 AbsurdismeAbsurd ialah tidak masuk akal atau tidak munasabah. Muncul sebagai satu bentuk aliran sastera Bertentangan dengan logik, baik dari segi perwatakkan mahupun plotnya.

3.1.6 SurealismeAliran Surealisme berhubungkait dengan kejiwaan manusia. Ianya muncul di dalam dunia kesusasteraan akibat daripada pelaksanaan psikoanalisis Freud yang berhubung dengan kejiwaan manusia. Karya-karya yang mengaplikasikannya menjurus kepada aspek tidak rasional dalam kehidupan manusia, iaitu aspek bawah sedar.

3.1.7 KeislamanPada zaman kebangkitan islam, sastera yang berunsur islam telam mula mendapat perhatian penulis dan pengkritik sastera. Berbagai sayembara bagi melibat penulis dalam sastera islam sehingga melahirkan tokoh-tokoh penting seperti Shahnon Ahmad, Yusof Zaki Yaacob dan Shafie Abu Bakar. Menurut aliran ini, karya sastera yang terhasil perlu mengikut lunas-lunas Islam yang bertujuan untuk mengukluhkan akidah dan membentuk akhlak islamiah melalui media kesusteraan. Selain itu, karya yang terhasil sebagai wadah dan alat kepada masyarakat untuk bertakwa kepada Tuhan dan menggambarkan etidaktenteraman kehidupan orang yang menyimpang daripada ajaran agama Islam yang sebenar.Sebagai contoh Islam menolak karya yang bercorak lucah dan erotic kerana karya sebegini akan mempengaruhi pemikiran pembaca serta merosakkan akidah.

4.0 Pendekatan4. 1 Pendekatan Intelektual Pendekatan kritikan intelektual juga dinamakan pendekatan tauhid berasaskan dasar-dasar teori Persuratan Baru janaan Mohd Affandi Hassan. Secara umum teori ini mendokong empat prinsip persuratan iaitu:-a. Persuratan yang dokong ilmu, pemikiran dan kebijaksanaanb. Persuratan yang memakai gaya keintelektualan yang indahc. Persuratan yang mementingkan watak-watak baik yang mendokong ilmu dan kebijaksanaand. Persuratan yang daya kreatif yang tinggi, intelek, beradab dan terkawal. Kritikan berasaskan teori ini meletakkan teks kesusasteraan sebagai pengungkap intelektual yang disahkan oleh ilmu yang benar. Kerana itu, pengkritik perlu kepada ilmu bantu khususnya dalam perkara yang berkaitan dengan kedudukan ilmu di sisi tauhid dan falsafah estetik yang benar.Pendekatan ini terjalur dalam dua konsep dengan satu teras, iaitu konsep ilmu dan konsep cerita. Kedua-dua konsep ini melahirkan empat prinsip yang disebutkan tadi. Konsep ilmu dan cerita yang melahirkan empat konsep itu sebenarnya `ditambat` pada teras agama iaitu tauhid. Dengan kefahaman ini bermakna pengkritik berusaha bukan sahaja memperkaitkan teks kesusasteraan dengan tuntutan tauhid, tetapi juga meletakkan teks sebagai produk persuratan Melayu yang tinggi nilai keinteletualismenya dalam semua aspek kehidupan manusia.Kajian yang dilakukan oleh Mohd Zariat Rani (2004) menggunakan pendekatan ini terhadap novel-novel sasterawan Melayu di negara ini, berjaya membuktikan kewujudan perkara-perkara yang `mungkar`, anti intelektual dan `rendah` akhlak dalam novel-novel tersebut. Aplikasi teori ini dalam kritikan dapat ditelusuri dengan lebih terperinci dalam buku Gagasan Persuratan Baru: Pengenalan dan Penerapan (2008) yang mengumpulkan tulisan kritikan oleh Mohd Affandi Hassan, Ungku Maimunah Tahir (foto, kanan bawah) dan Mohd Zariat Abdul Rani.

Secara umum, teori-teori moden kesusasteraan dari Barat sudah memasuki kesusasteraan Melayu di Malaysia sejak awal tahun 1950-an lagi. Kehadirannya agak terkemudian berbanding dengan perkembangan kritikan yang sudah bermula sejak tahun 1930 dan 1940-an lagi. Walau bagaimanapun, kritikan sastera yang timbul pada tahap awal ini berlaku secara kecil-kecilan dan tidak memiliki nilai yang tinggi (Hashim Awang 1997:103).Tahun 1950-an boleh dianggap tahap awal kemasukan teori-teori moden kesusasteraan dari Barat di Malaysia, meskipun usia kewujudannya dalam kesusasteraan Barat pada waktu itu sudah menjangkau hampir satu setengah abad. Dalam tahun 1960-an hingga 1980-an, teori-teori ini mula bertapak dan menjadi sebahagian daripada keluarga sastera Melayu. Ramailah pula dalam kalangan para penulis, pengkritik dan pembicara sastera Melayu yang mampu menguasai dan menjadi penganutnya. Teori-teori ini dipraktik dan disebar dalam kalangan kritikawan muda generasi terkemudian, sama ada melalui kuliah, bengkel atau tulisan kritikan mereka (Sahlan Mohd Saman,1997:192).

Hampir tiga puluh tahun teori-teori moden kesusasteraan Barat menghegemoni kesusasteraan Melayu, khususnya dalam bidang teori dan kritikan, maka barulah para sarjana Melayu Islam menyedari terdapat banyak kelemahan teori-teori berkenaan. Hashim Awang (1997) menjelaskan bahawa teori-teori kesusasteraan Barat tidak lengkap, bersifat berat sebelah dan memberi perhatian kepada satu-satu aspek sahaja. Mana Sikana pula melihat dominasi teori-teori Barat dalam kesusasteraan Melayu sebagai sesuatu yang tidak wajar, kerana teori-teori Barat telah memancarkan konsepsi sastera kita yang tidak jatidiri dan kurang seiring dengan konteks sosio budaya di negara ini.

4.2.1 Pendekatan SemiotikDiperkenalkan oleh Ferdinand de Saussure dan Charles Sanders Pierce.Saussure menggunakan istilah semiologi manakala Pierce menggunakan istilah semiotik. Pierce mendefinisikan semiotik sebagai teori umum untuk tanda dalam bidangyang lebih luas sehingga menjangkau simbol-simbol, gambar dan angka. De Saussure meletakkan semiologi sebagai satu sistem konvensi untuk berkomunikasi dan boleh diaplikasi untuk kajian linguistik. Apa yang jelas pendekatan ini melihat karya sastera sebagai hasil kreativiti yang mempunyai sistem tersendiri. Sistem ini dapat dikenalimelalui penggunaan tanda atau kod yang dijelmakan dalam sesebuah karya. Ringkasnya teori kebahasaan atau semiotik melihat sistem perlambangan dan pertandaan yang terdapat dalam sesebuah teks sastera.

4.3 Pendekatan FeminismeSejak Hawa dikatakan hilang seperti mana yang diceritakan dalam Bible, sikap prejudis terhadap wanita mula meresap dalam budaya Barat sehinggakan pemimpin agama, Thomas Aquinas dan St Augustine mengisytiharkan wanita tidak sempurna.

4.4 Pendekatan StrukturalismeBermula di Perancis dan pada tahun 1970-an berpindah ke Eropah, Amerika dan 2.1.2.3 Teori kebahasaan (Pendekatan Semiotik ) Diperkenalkan oleh Ferdinand de Saussure dan Charles Sanders Pierce.Saussure menggunakan istilah semiologi manakala Pierce menggunakan istilah semiotik. Pierce mendefinisikan semiotik sebagai teori umum untuk tanda dalam bidangyang lebih luas sehingga menjangkau simbol-simbol, gambar dan angka. De Saussure meletakkan semiologi sebagai satu sistem konvensi untuk berkomunikasi dan boleh diaplikasi untuk kajian linguistik. Apa yang jelas pendekatan ini melihat karya sastera sebagai hasil kreativiti yang mempunyai sistem tersendiri. Sistem ini dapat dikenalimelalui penggunaan tanda atau kod yang dijelmakan dalam sesebuah karya. Ringkasnya teori kebahasaan atau semiotik melihat sistem perlambangan dan pertandaan yang terdapat dalam sesebuah teks sastera.

4.5 Pendekatan FeminismeSejak Hawa dikatakan hilang seperti mana yang diceritakan dalam Bible, sikap prejudis terhadap wanita mula meresap dalam budaya Barat sehinggakan pemimpin agama, Thomas Aquinas dan St Augustine mengisytiharkan wanita tidak sempurna. Prinsip kaitan bererti hubungan di antarasetiap unsur dalam sesebuah karya sastera yang membangunkannya seperti antaraplot, tema, watak dan perwatakan, latar dan gaya bahasa. Manakala prinsip keseluruhan bermaksud melihat keseluruhan bahagian sastera sebagai objek kajian. Ini bererti tidak timbul penelitian bahagian-bahagian sastera secara terpisah antara satu sama lain. Gagasan secara sinkronik pula bererti perhatian dipusatkan kapada hubungan-hubungan yang ada pada suatu masa tertentu. Ini bererti penciptaan sesebuah karya sastera yang menggunakan teori ini tidak ditentukan oleh proses sejarah tetapi oleh jaringan struktural.

Menurut sejarah, ia lahir daripada aliran formalisme di Russia pada tahun 1915. Tokoh yang mempelopori aliran ini ialah Jakobson, Suklovsky,Eichenbaum dan Tynjanor. Strukturalisme mengambil berat fungsi atau peranan yang dimainkan oleh individu jika peranan itu mengambil hubungan dengan peraturan atau undang-undang yang mengawal kehidupan secara menyeluruh. Tegasnya ia memberitumpuan di dalam sesebuah karya tanpa mengaitkannya dengan unsur-unsur di luarkarya yang membantu penciptaannya. Ditemui tiga gagasan penting berhubung teori ini. Iaitu prinsip kaitan, prinsip keseluruhan dan analisis secara sinkronik. Prinsip kaitan bererti hubungan di antarasetiap unsur dalam sesebuah karya sastera yang membangunkannya seperti antaraplot, tema, watak dan perwatakan, latar dan gaya bahasa. Manakala prinsip keseluruhan bermaksud melihat keseluruhan bahagian sastera sebagai objek kajian. Ini bererti tidak timbul penelitian bahagian-bahagian sastera secara terpisah antara satu sama lain. Gagasan secara sinkronik pula bererti perhatian dipusatkan kapada hubungan-hubungan yang ada pada suatu masa tertentu. Ini bererti penciptaan sesebuah karya sastera yang menggunakan teori ini tidak ditentukan oleh proses sejarah tetapi oleh jaringan struktural.

SOALAN 22.0 Unsur-Unsur Instrinsik Dalam Karya Sastera2.1.0 Tajuk Buku : Dari Lembah Ke Puncak(Teks Kesusateraan Tingkatan 4 & 5)2.2.1 Sinopsis :Novel Dari Lembah Ke Puncak mengisahkan Jalil yang terpaksa berusaha keras mengusahakan sawah peninggalan bapanya. Banyak masalah timbul setelah bapanya Pak Teh tidak sihat sehingga menjejaskan sawah mereka. Bagi memenuhi amanah bapanya,Jalil berazam untuk mengusahakan sawah berkenaan walaupun dia sendiri akan menghadapi SPM.Rentetan perjalanan Jalil semakin beranjau bila satu persatu masalah timbul. Bermula dari masalah geran tanah,masalah yang terpaksa dipikul oleh Jalil semakin meruncing bila Biah lari dari rumah setelah ditunangkan telah menyebabkan keluarga Jalil dituduh berkomplot bersama abangnya Muhsin melarikan Biah.

Sejak kejadian itu,Jalil dipandang serong oleh orang kampung. Kudin,adik Biah enggan bertegur sapa dengannya lagi. Bagi menepis tuduhan orang kampung,Mak Teh ibu Jalil telah berjumpa bomoh. Jalil kecewa kerana duit yang dikumpul untuk membayar yuran SPM,telah digunakan oleh ibunya untuk membayar duit bomoh.

Kesempitan dan permasalahan yang bertimpa-timpa telah menyebabkan Mak Teh mengadaikan tanah pusaka mereka tanpa pengetahuan Jalil. Mak Teh berpindah ke tempat lain untuk lari dari masalah hidup. Jalil semakin tertekan untuk meneruskan hidupnya sehingga terpaksa menumpang di tanah orang lain,namun jauh disudut hatinya ingin menebus kembali tanah peninggalan bapanya.

Pertemuan Jalil dengan abang Joe di Pasar Seni Budaya telah mengubah haluan hidupnya. Dia mula berjinak-jinak dengan dunia seni lukis. Keputusan cemerlang dalam SPMmengizinkan Jalil belajar sambil bekerja. Segalanya atas nasihat dan dorongan abang Joe. Jalil semakin berani menongkah arus kehidupannya. Setiap kesukaran yang terlihat di depan matanya dijadikan peluang kea rah mencipta kejayaan.

Akhirnya Jalil bangkit dengan semangat dan kekuatan sehingga Berjaya meletakan dirinya pada suatu kedudukan yang tinggi dan disanjungi. Jalil telah Berjaya merawat luka-luka lamanya. Pertemuan yang tidak terduga bersama Latifah akhirnya membawa mereka kea lam perkahwinan. Jalil tidak pernah melupakan janjinya dan kembali semula ke kampung untuk menebus kembali tanah pusaka ayahnya. Ternyata dia mampu membuka mata masyarakat keliling yang pernah mencaci dan menghinanya. Namun tiada dendam di hati Jalil. Akhirnya,dia memajukan kampungnya menjadi sebuah taman tema yang terkenal dan dia juga tidak pernah melupakan jasa ibunya.

2.2.2 TEMADefinisi TemaTema boleh didefinisikan sebagai persoalan utama yang terdapat dalam sesebuah karya sastera seperti cerpen,drama dan juga novel. Kebiasaannya,tema yang disampaikan,hanya dinyatakan secara umum berdasarkan keseluruhan cerita dalam karya berkenaan

Tema Novel Dari Lembah ke PuncakNovel ini bertemakan kegigihan seorang remaja dalam menempuh dugaan dan cabaran demi memastikan amanat yang dititipkan oleh arwah bapanya untuk menebus kembali tanah hak milik mereka ditunaikan. Jalil watak utama dalam novel Dari Lembah ke Puncak telah menerima amanah bapanya untuk mengusahakan tanah pusaka milik mereka. Bagi memastikan Jalil mampu meneruskan usaha bapanya,Pak Teh bapa Jalil telah mengajar selok belok untuk mengerjakan sawah berdasarkan pengalamannya. Selain itu,Pak Teh juga berpesan agar Jalil berusaha untuk mendapatkan geran tanah dari Pejabat Tanah di Pendang kerana usahanya selama ini tidak membuahkan hasil. Pak Teh merasa kecewa sekiranya usahanya gagal kerana sawah itu sahajalah pusaka yang ditinggalkan kepada Jalil.

Dalam usaha menebus hak milik tanah tersebut,Jalil terpaksa menempuh pelbagai halangan. Antara halangan yang terpaksa dipikul oleh Jalil adalah cercaan orang kampung akibat kemiskinan dan fitnah yang dikaitkan dengan Muhsin abang Jalil. Akhirnya Jalil berputih mata bila Mak Teh menjual tanah milik mereka kepada Pak Amat.

Semangat juang tinggi yang ada dalam diri Jalil telah menyebabkan dia berjanji mulut dengan pak Amat untuk membayar tanah berkenaan pada suatu masa nanti. Jalil tidak berputus asa dengan cabaran menebus tanah itu. Cabaran yang datang telah menjadi pembakar semangat kepadanya untuk terus mencari jalan bagi memenuhi amanat arwah bapanya. Akhirnya Jalil dapat menebus kembali tanah mereka dan seterusnya memajukan kampung mereka sebagai taman tema yang terunggul di kawasan berkenaan.

2.2.3 PERSOALANDefinisi Persoalan:Persoalan boleh didefinisikan sebagai pernyataan yang terkandung dalam sesebuah karya berdasarkan satu peristiwa.

Persoalan Novel Dari Lembah ke Puncak1)Sikap bertanggungjawab seorang anak untuk menyempurnakan amanat arwah bapanya.-Jalil sentiasa sedar akan tanggungjawab yang telah diamanatkan oleh bapanya bagi mengusahakan tanah sawah milik mereka dan seterusnya meneruskan usaha untuk mendapatkan geran tanah tersebut.

2)Sikap anak muda yang tidak berminat untuk menceburi bidang pertanian-Melalui watak Muhsin yang merupakan abang Jalil,jelas menggambarkan sikap sebenar anak muda yang enggan bekerja di sawah semata-mata mahu bekerja di bidang lain walaupun dia tidak mempunyai kelulusan. Muhsin sanggup berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menjadi buruh dari berpanas terik di tengah sawah. Selain Muhsin,ramai juga anak-anak muda kampung turut ke kota besar mencari rezeki. Keadaan ini telah menyebabkan Kampung Bukit Nibung hanya di diami warga emas.

3)Sikap terburu-buru sering menimbulkan masalah kepada orang lain.-Diperlihatkan melalui watak Mak Teh yang terburu-buru berpindah rumah dan menjual tapak rumah akibat terdeak telah menyebabkan Jalil hidup merempat. Tindakan Mak Teh yang tidak pernah mahu memikirkan orang lain telah menyebabkan Jalil terpaksa tinggal di sebuah dangau yang daif serta menumpang di atas tanah yang telah dijual kepada orang lain.

4)Fitnah memberikan kesan buruk dalam masyarakat-Akibat tuduhan Pak Ngah Kadir yang tidak berasas iaitu Biah dilarikan oleh Muhsin telah menyebabkan orang kampung berpecah belah dan membenci serta memulaukan keluarga Jalil. Hidup Jalil semakin terhimpit bila rakan-rakannya mula menjauh akibat fitnah Pak Ngah Kadir dan juga Kudin. Akibatnya,keluarga Jalil diselubungi pelbagai masalah.

2.2.4 Watak dan PerwatakanWatak Utama : JalilPerwatakan-Watak utama dalam novel. Terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan watak pembantu dan watak sampingan.-Merupakan anak Pak Teh dan Mak Teh. Anak bongsu daripada 3 orang adik beradik. Mesra dengan bapanya. Berkahwin dengan Latifah pada usia lewat 30 an.-Wataknya berkembang dari usianya 18 tahun hingga ke 30-an. Bertubuh kurus,pemalu,pendiam serta mempunyai rasa rendah diri.-Perihatin terhadap kedua orang tuanya. Selalu membantu bapanya di sawah dan mengirimkan wang kepada ibunya semasa bekerja di Bandar.-Seorang remaja yang gigih,rajin bekerja. Terbukti bila dia jarang-jarang mengambil cuti walau hari minggu ketika bekerja bersama Joe.

Watak Pembantu1)Pak Teh:-Bapa Jalil dan suami kepada Mak Teh.-Seorang yang gigih bekerja.-Tegas,mudah panas baran dan berani mempertahankan hak-Seorang yang penyabar,pendiam dan mengalah2)Latifah-Anak bongsu Pak Lang Ali dan Mak Tiah.-Berwajah cantik dan berlesung pipit.-Prihatin dan mudah simpati.-Bersopan dan lemah lembut tutur katanya.-Seorang yang setia.-Berkahwin dengan Jalil pada usia 30-an.

3)Abang Joe-Pemilik gerai lukisan di Pasar Budaya.-Seorang yang prihatin.-Berambut panjang dan diikat kemas. Berpakaian lusuh tetapi kemas.-Bijak dan menghargai bakat seseorang dalam sebi lukis.-Seorang yang tenang dan penyabar.

Latar Novel Dari Lembah Ke Puncak1)Latar Tempat-Bukit Nibung -Rumah Jalil-Surau Bukit Nibung -Pekan Jenun-Guar Chempedak -Tanjung Setul-Kuala Lumpur -Stesen LRT-Wisma Seri Nibung -Pantai Morid

2)Latar Masa-Siang Malam -Zaman Selepas Merdeka-Latar Masyarakat Luar Bandar -Masyarakat Bandar-Masyarakat Usahawan -Masyarakat Berbilang Kaum

PLOTPlot adalah susunan peristiwa berdasarkan sebab dan akibat. Plot cerita ini tersusun secara kronologi. Bermula dengan pengenalan,perkembangan,klimas dan juga perleraian. Sususnan plot mudah difahami pembaca. Teknik imbas semula banyak digunakan tetapi tidak menjejaskan kronologi cerita

Gaya BahasaGaya Bahasa merupakan alat yang pentin dalam sesebuah cerita. Bahasa bukan sahaja dapat menyampaikan maksud dan pemikiran,malah bahasa dapat memberikan kesan keindahan serta suasana cerita. Penggunaan bahasa yang terdapat dalam novel ialah pemilihan kata(diksi),penggunaan ayat dan gaya bahasa. Contoh gaya bahasa dalam teks ialah diksi,gayabahasaperbualan,bahasa pasar, smile,metafora,personifikasi,peribahasa,kata-kata hikmat dan perlambangan.Sudut PandanganSudut pandangan merupakan kedudukan penulis sebagai pencerita dalam novel tersebut. Novel ini menggunakan sudut pandangan orang ke 3 serba tahu. Penulis sebagai pencerita dapat mengetahui segala perkembangan watak-watak secara zahir dan batin.PengajaranPengajaran merupakan unsure yang dapat memberikan teladan kepada pembaca. Pengajaran disampaikan secara langsung ataupun secara tidak langsung. Antara pengajaran cerita ini ialah kita hendaklah menghormati ibu dan bapa seperti Jalil yang patuh dengan amanah yang diberikan.

BibliografiAli Ahmad : Pengantar Pengajian Kesusasteraan, DBP. Kuala Lumpur, 1994Ahmad Kamal Abdullah, Mohd Thani Ahmad, Safian Hussain, Suhaimi HjIsmail Mat (penyunting), ] 1993. Ulama Silam Dalam Kenangan. Bangi: UniversitiKebangsaan Malaysia.

Jamilah Hj Ahmad dan Zalila Sharif, 1993. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala `Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad (penyelenggara), 1988.Glosari Istilah Kesusasteraan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.Ali Ahmad, 1997.

Noriah Taslim, 1993. Teori Dan Kritikan Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.Sahlan Mohd Saman, 1986. Sastera Bandingan Konsep Teori Dan Amalan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Muhammad A. Bakar (penyelenggara), 1991. Ulama Terengganu Suatu Sorotan.Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.Teuku Iskandar, 1995. Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad. Shah Alam:Malindo Printers Sdn