definisi sastera dan morfologi

22
Definisi sastera/Kesusasteraan Melayu Kesusasteraan ialah manifestasi daripada gerak jiwa manusia yang wujud dalam pernyataan bahasa. Pada hakekatnya kesusasteraan atau seni sastera itu ialah bingkisan kata yang dipersembahkan oleh sasterawan sebagai hadiah kepada masyarakat. ( Sabaruddin Ahmad, Punca Sastera Indonesia, 1963, hal. 11 ) Kesusasteraan adalah cermin jiwa getar sukma pengarang. Kesusasteraan harus tumbuh di tengah- tengah rakyat oleh rakyat untuk rakyat yang menggambarkan suka duka, harap cipta dan kerja cipta rakyat. ( B. Simorangkir-Simanjuntak, Kesusasteraan Indonesia, 1971, hal. 8 ) Kesusasteraan ialah ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Kesusasteraan terbentuk dari akar kata susastera ( bahasa Sanskrit ) + ke – an ( kesusasteraan ). Su ( indah, baik, lebih bermakna.) Sastera ( huruf atau buku ) Susastera + ke – an ( kesusasteraan ): Kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. ( Prof. Dr. Hasyim Awang, Artikel Akademik, hal. 2 ) Kamus Dewan ( Edisi Ketiga ),DBP, 1997, hal. 1194

Upload: d-nes-wari-perumaly

Post on 02-Oct-2015

89 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Definisi sastera/Kesusasteraan Melayu

Kesusasteraan ialah manifestasi daripada gerak jiwa manusia yang wujud dalam pernyataan bahasa. Pada hakekatnya kesusasteraan atau seni sastera itu ialah bingkisan kata yang dipersembahkan oleh sasterawan sebagai hadiah kepada masyarakat.

( Sabaruddin Ahmad, Punca Sastera Indonesia, 1963, hal. 11 )

Kesusasteraan adalah cermin jiwa getar sukma pengarang. Kesusasteraan harus tumbuh di tengah-tengah rakyat oleh rakyat untuk rakyat yang menggambarkan suka duka, harap cipta dan kerja cipta rakyat.

( B. Simorangkir-Simanjuntak, Kesusasteraan Indonesia, 1971, hal. 8 )

Kesusasteraan ialah ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Kesusasteraan terbentuk dari akar kata susastera ( bahasa Sanskrit ) + ke an ( kesusasteraan ). Su ( indah, baik, lebih bermakna.) Sastera ( huruf atau buku )Susastera + ke an ( kesusasteraan ): Kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya.

( Prof. Dr. Hasyim Awang, Artikel Akademik, hal. 2 )

Kamus Dewan ( Edisi Ketiga ),DBP, 1997, hal. 1194

Sastera1. bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab ( bukan bahasa basahan ).2. kesusasteraan : hasil seni ( karya tulisan ) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistmewaan tertentu.3. seni sastera: seni karang-mengarang ( prosa, puisi dan lain-lain )4. kitab suci Hindu5. kitab ilmu pengetahuan pustaka, kitab yang mengandungi ramalan ( perhitungan dan lain-lain ) 6. tulisan, huruf

Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu, PPK, KPM, 2002, hal. 2

TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU DALAM PENDIDIKAN

Kesusasteraan Melayu dalam konteks pendidikan ialah karya asal yang tertulis dalam bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada berbentuk novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional atau puisi tradisional bagi mengimbangi intelek, rohani, emosi, dan jasmani di samping memaparkan nilai kemanusiaan dan citra masyarakat.

Pendirian atau rumusan sendiri

SASTERA IALAH KARYA SENI KREATIF HASIL CIPTAAN MANUSIA MENGGUNAKAN BAHASA YANG INDAH, HALUS DAN MENARIK SERTA MEMBERI KESAN KEPADA PEMBACA/PENONTON. IA MERUPAKAN HASIL PEMIKIRAN SENI YANG BERKUALITI YANG DITERJEMAHKAN SAMA ADA DALAM BENTUK LISAN, PENULISAN, PROSA, PUISI, NARATIF DAN NON-NARATIF. KARYA SASTERA BERBEZA DENGAN HASIL-HASIL PENULISAN AKADEMIK ATAU NON-AKADEMIK LAIN KERANA TIDAK MEMPUNYAI VARIASI BAHASA SERTA KESAN LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG KEPADA PEMBACA/PENONTON

DEFINISI KESUSASTERAAN Terdapat pelbagai definisi yang diberikan untuk memberi makna kepada kata kesusasteraan. Hashim Awang menyimpulkan erti kesusasteraan sebagai ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Namun demikian, untuk mengelakkan kekusutan, maksud perkataan itu diberi berdasarkan etimologi. Etimologi bermakna kajian asal usul bahasa. Kesusasteraan berasal daripada cantuman kata su dan sastra dalam bahasa Sanskrit. Kemudian diberi apitan ke...an untuk membentuk kata nama. Makna-maknanya adalah seperti yang berikut:i. Su - Baik, Indah, Cantik, Seni dan Bergunaii. Sastra - Karya (lisan/bertulis) atau bukuiii. Susastra - Karya yang indah dan bergunaiv. Kesusasteraan - Semua bentuk karya bernilai seni dan berguna

Berdasarkan huraian-huraian di atas, dapatlah disimpulkan bahawa kesusasteraan merupakan kesemua hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan ia ditujukan kepada khalayak. Khalayak bermaksud pembaca bagi karya yang bertulis atau penonton drama. Oleh sebab itu, istilah Kesusasteraan Melayu merujuk kepada karya-karya kesusasteraan yang ditulis dalam bahasa Melayu

KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL Pengertian Kesusasteraan Melayu Tradisional

Kesusasteraan Melayu tradisional merupakan satu bidang kajian yang sangat luas dan sentiasa berkembang dan melahirkan penemuan-penemuan baru yang pelbagai sifatnya. Menurut Profesor Ismail Hussein;

kesusasteraan Melayu tradisional adalah semua gejala kesusasteraan yang berbentuk lisan atau bertulis tetapi tidak bercetak.

Berdasarkan pernyataan di atas, amat jelas kepada kita bahawa kesusasteraan Melayu tradisional merupakan satu wacana yang luas dan terdiri daripada berbagai-bagai bentuk dan sifat. Pengkaji kesusasteraan Melayu membahagikan kesusasteraa Melayu tradisional kepada dua golongan yang utama iaitu:

1. Kesusasteraan Lisan2. Kesusasteraan Tulisan

Kesusasteraan lisan (tradisi lisan) lahir di kalangan masyarakat Melayu yang lazimnya terdiri daripada kaum tani dan nelayan. Mereka ini tinggal di kawasan yang jauh di pedalaman, desa-desa dan pinggir pantai. Pada waktu tersebut sistem tulisan belum lagi muncul dan masyarakat lazimnya buta huruf. Walaupun tidak menguasai sistem tulisan, daya kreativiti mereka dalam bidang kesusasteraan tidak pula mati begitu sahaja. Sebaliknya ia dikembangkan melalui pertuturan atau penceritaan secara lisan. Atas sebab itulah hasil-hasil keusasteraan yang dicipta oleh kelompok ini disebut sebagai kesusasteraan lisan kerana penyampaian cerita secara lisan. Kesusasteraan lisan dikenali juga sebagai kesusasteraan rakyat.

Kesusasteraan tulisan (tradisi tulisan) muncul apabila orang Melayu mula menerima pengaruh luar. Pengaruh luar yang awal menyerap ke dalam kebudayaan Melayu adalah pengaruh India. Melalui kemasukan pengaruh India, orang Melayu diperkenalkan dengan sistem tulisan. Walau bagaimanapun, sistem tulisan ini tidak meluas dan akhirnya pupus.

Kedatangan agama Islam ke alam Melayu membuka satu lembaran baru dalam kamus kesusasteraan Melayu. Agama Islam muncul bersama-sama dengan sistem tulisan yang lengkap bersumberkan al-Quran sebagai kitab suci orang Islam. Sistem tulisan Arab-Islam ini kemudiannya disesuaikan dengan sebutan dalam bahasa Melayu. Orang Melayu kini mempunyai sistem tulisan yang dinamakan tulisan Jawi. Tradisi tulisan lebih condong kepada istana menjadikan istana sebagai pusat penyebaran ilmu pada masa itu. Di istanalah lahirnya tokoh-tokoh sasterawan Melayu tradisional yang menghasilkan karya sama ada yang asli ataupun salinan semula kerana pada masa itu mesin cetak belum wujud.Semua hasil karya ini sama ada lisan atau bertulis merupakan satu dokumen penting yang merakamkan segala perihal kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Ia adalah himpunan daya kreativiti masyarakat Melayu tradisional yang menyerlahkan daya fikir, akal budi, sentuhan jiwa, cita rasa, jati diri dan kebijaksanaan masyarakat Melayu (Mutiara Sastera Melayu Tradisional 2003:xiv).Sebagai kesimpulannya, sebagaimana yang dinyatakan oleh Harun Mat Piah kesusasteraan Melayu tradisional merujuk kepada karya yang mempunyai ciri-ciri seperti :1. Bersifat kolektif dan dianggap sebagai milik bersama masyarakat2. Hasil karya bersifat feudal3. Karya yang terbatas pencipta dan khalayak4. Dihasilkan sebelum 1800.5. Bersifat fungsional6. Pelbagai genre7. Perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional tidak dibatasi oleh zaman, tarikh dan waktu.8. Gaya bahasa berbeza daripada gaya bahasa kini9. Hasil karya mempunyai nilai tersendiri kepada masyarakat yang mewarisinya.10. Bentuk dan cirinya menjadi tradisi yang mantap 11. Persoalan yang dibawa oleh karya tersebut mempunyai struktur formal yang terikat.12. Hasil karya yang bersifat statis kerana tidak memperlihatkan keragaman tema dalam sesuatu genre

Kesusasteraan Tradisional merupakan himpunan karya-karya kesusasteraan dalam semua bentuk yang terhasil sejak manusia wujud tetapi tidak melepasi zaman selepas wujudnya mesin cetak. Kesusasteraan Tradisional muncul di kalangan masyarakat awal yang masih lagi primitif dan mengamalkan kepercayaan animisme. Ada pendapat yang mengatakan kemunculan tamadun awal manusia diiringi juga dengan kemunculan budaya kesusasteraan ke dalam tamadun tersebut. Contohnya dengan munculnya Tamadun Mesopotamia serentak dengan itu juga lahirlah karya-karya kesusasteraan hasil daripada kemunculan tamadun Mesopotamia seperti Epik Gilgamesh. Oleh itu dari segi sejarah, ternyata kesusasteraan telah muncul dan mewarnai kehidupan manusia sejak sekian lama. Perjalanan masa yang begitu lama dan lampau itulah yang menyebabkan apa sahaja hasil kesusasteraan yang ada pada masa dahulu disebut tradisional. Selepas munculnya mesin cetak lebih kurang dalam tahun 1800, karya kesusasteraan pun bertukar wajah daripada tradisional kepada moden.

Secara umumnya karya-karya kesusasteraan tradisional boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu lisan dan tulisan. Lisan bererti yang dituturkan dan tulisan maksudnya yang ditulis atau dibukukan. Kesusasteraan lisan lebih mewakili golongan bawahan seperti petani dan nelayan. Ia juga dikenali sebagai kesusasteraan rakyat. Manakala sastera tulisan pula adalah ciptaan golongan pemerintah selepas kemunculan sistem tulisan dalam sesebuah masyarakat itu

APA ITU KESUSASTERAAN?

Persoalan ini bukanlah satu perkara mudah untuk dibicarakan tanpa bersandarkan kepada mana-mana tulisan sarjana. Ramai sarjana telah memberikan pendapat yang tidak kurang pentingnya kepada pengkaji dan pelajar kesusasteraan. Jika kita berpegang kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Ali Ahmad "satu perkara asas bagi ilmu kesusasteraan" tentulah apapun yang ingin dikaji, dinilai dan dianalisis dalam bidang kesusasteraan memerlukan pemahaman yang mendalam terhadap maksud kesusasteraan itu dahulu. Faham makna kesusasteraan bererti menguasai asas kepada pengkajian kesusasteraan.

Hashim Awang (1987) mengatakan kesusasteraan itu adalah "Ciptan seni yang disampaikan melalui bahasa. Ia mungkin dituturkan iaitu disebut sastera lisan dan yang ditulis disebut sastera tulisan. Di samping itu, sastera pula memiliki keindahan dalam aspek-aspek isi atau daya pengucapannya.

Ali Ahmad (1994) menyusur lebih jauh ke dalam makna kesusasteraan dengan mengupas asal-usul kata sastera. Menurutnya "sastera berasal daripada bahasa Sanskrita castra, yang disebut syastra, yang bererti kitab suci. Susastera memberi erti seni sastera atau seni bahasa, dan secara umumnya dimaksudkan persuratan. Tambahan ke di awal dan an di akhir kata susastera menyimpulkan maksud yang terdekat, iaitu kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah.

Seterusnya Hashim Awang et. al menghuraikan lagi maksud kata kesusasteraan dan menemui puncanya adalah daripada kata susastera. Kata susastera itu dipecahkan kepada dua bahagian iaitu su dan sastera.

Su dikatakan membawa maksud indah, baik, lebih berfaedah.Sastera pula membawa maksud huruf atau buku.Ke-susastera-an membawa maksud kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya.

Bagi Muhammad Hj Salleh (1995) kesusasteraan merujuk pada karya-karya lisan serta juga tulisan yang membawa unsur-unsur cereka dan disampaikan melalui bahasa dan berbagai-bagai perkataan.

Sebelum itu, pada zaman sebelum merdeka, seorang pendita Bahasa Melayu yang dikenali sebagai Za'ba mendefinisikan kesusasteraan itu sebagai persuratan atau karangan.

Pengertian seperti ini tentulah tidak mencakupi makna sebenar kesusasteraan yang ada pada masa kini. Ali Ahmad (1994) mengatakan Secara kasarnya sahaja definisi sedemikian dapat diterima, tetapi pemerhatian yang lebih tepat masih diperlukan.

Ali Ahmad (1994) telah membuka ruang yang luas dan segar dalam mencari maksud kesusasteraan melalui tulisannya Definisi Kesusasteraan di dalam buku Pengantar Pengajian Kesusasteraan (DBP). Perkara utama yang dikaitkan dengan kesusasteraan ialah kehalusan atau estetika dan bahasa. Sesungguhnya kesusasteraan itu adalah kehalusan penciptanya dan keinginan pembacanya mencari kehalusan itu. Kesusasteraan juga adalah keindahan bahasa yang muncul dari proses penciptaannya. Menurut Ali Ahmad keindahan penggunaan bahasalah yang menjadi asas bagi wujudnya hasil kesusasteraan.

Kesusasteraan Melayu 922/1 dikenali juga sebagai Kesusasteraan Melayu Tradisional atau Kesusasteraan Kertas 1. Para pelajar perlu mengetahui, membaca dan memahami SUKATAN PELAJARAN Kesusasteraan Melayu 922 yang boleh dimuat turun dari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Secara umum Kesusasteraan Melayu peringkat STPM dibahagikan kepada dua kertas. Kertas 1 adalah Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Kertas 2 adalah Kesusasteraan Melayu Moden. Para pelajar boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang kertas dua melalui beberapa blog dan web yang sedia ada di internet. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini blog ini hanya akan memfokuskan kepada Kertas 1.

Berdasarkan kertas soalan Kesusasteraan Melayu 1 (oleh MPM) soalan peperiksaan STPM kesusasteraan Melayu kertas 1 terdiri daripada 4 bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D. Pembahagian kertas 1 ditunjukkan melalui keterangan di bawah:

BAHAGIAN A : SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONALBAHAGIAN B : KARYA AGUNG (SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU)BAHAGIAN C : PROSA MELAYU TRADISIONALBAHAGIAN D : PUISI MELAYU TRADISIONAL

ASPEK-ASPEK KAJIAN

Pelajar akan mengkaji aspek-aspek yang dinyatakan seperti berikut:

1. Pengenalan2. Jenis Kesusasteraan Melayu Tradisional3. Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional4. Karya Agung5. Prosa Melayu Tradisional6. Puisi Melayu Tradisional

Pengenalan tentang Kesusasteraan Melayu Tradisional dari aspek definisi iaitu definisi umum tentang kesusasteraan tradisional dan definisi khusus tentang kesusasteraan Melayu tradisional. Pelajar juga akan mengkaji tentang fungsi yang meliputi kefungsian dari segi pendidikan,/pengajaran/didaktik dan juga dari segi kepuasan estetik.

Jenis Kesusasteraan Melayu Tradisional membawa pelajar menerokai dua cabang kesusasteraan Melayu tradisional iaitu prosa tradisional dan puisi tradisional. Prosa tradisional dipecahkan kepada naratif dan bukan naratif. Naratif pula dipecahkan lagi kepada naratif lisan dan naratif tulisan. Naratif lisan terdiri daripada metos, legenda dan cerita rakyat. Manakala naratif tulisan terdiri daripada Sastera sejarah, Sastera hikayat, Sastera panji dan Sastera kepahlawanan/epik. Prosa tradisional bukan naratif pula terdiri daripada Sastera undang-undang, Sastera agama Sastera kitab, Sastera ketatanegaraan. Puisi Tradisional juga boleh dipecahkan kepada puisi yang berbentuk naratif dan bukan naratif. Puisi tradisional yang digolongkan berbentuk naratif ialah syair, manakala yang bukan naratif ialah Pantun, Gurindam, Endoi, Rejang Dikir/Zikir, RubaI, Nazam, Masnawi, Ghazal, Barzanji, Qitah, Seloka, Teromba, Talibun, Peribahasa berangkap dan Mantera.

Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional menyorot tentang tahap, tokoh dan persoalan dan latar masyarakat.

Dalam penelitian terhadap tahap, pelajar akan didedahkan dengan kemunculan dan perkembangan sastera lisan (tumpuan kepada cerita rakyat, mitos, dan legenda) dan sastera tulisan secara khusus (sukatan pelajaran kesusasteraan Melayu, MPM 2004 m.s. 3) dengan menggunakan pendekatan dari segi zaman iaitu zaman pra-Islam dan zaman Islam.

Kajian terhadap tokoh dibuat dengan memberi penekanan kepada latar, sumbangan, dan kepentingan tokoh-tokoh sastera Melayu tradisional seperti Tun Seri Lanang, Hamzah Fansuri, Bukhari al-Jauhari, Nuruddin al-Raniri. Sheikh Daud al-Fatani, Raja Ali Haji, Syed Muhammad bin Zainal Abidin dan Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani.

Manakala persoalan dan latar masyarakat pula adalah kajian ke atas gambaran kepercayaan dan cara hidup dalam karya. Aspek-aspek yang dikaji dalam bahagian ini ialah Keagungan raja dan Negara, Kepahlawanan, Kesetiaan rakyat, Panduan untuk raja, pembesar, dan rakyat, Keagamaan dan kepercayaan, Pendidikan/moral dan Gambaran masyarakat.

Karya Agung dan Prosa Melayu Tradisional membawa kepada kajian terhadap pengenalan umum definisi, fungsi, ciri/sifat sastera, dan kedudukan. Di samping itu kajian juga melibatkan penghayatan intrinsik dan ekstrinsik sesuatu karya yang dikaji.

Akhir sekali kajian KM1 peringkat STPM melibatkan aspek Puisi Melayu Tradisional. Kajian melibatkan pengenalan secara umum tentang definisi, fungsi, cirri/sifat sastera dan kedudukan. Kajian juga menelusuri aspek penghayatan intrinsik dan ekstrinsik.

TEKS KAJIAN

1. SULALATUS SALATINSulalatus Salatin Sejarah Melayu yang digunapakai pada peringkat STPM adalah hasil usaha A. Samad Ahmad dan diterbitkan oleh DBP. Pelajar dapat membeli buku ini dengan harga yang lebih murah kerana pihak DBP ada mengeluarkan edisi khas untuk pelajar dengan harga RM 11.00. Pelajar jangan terkeliru dengan teks Sejarah Melayu versi lain yang tidak ada kena mengena dengan sukatan pelajaran KM1.

2. MUTIARA SASTERA MELAYU TRADISIONALDiselenggarakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dan diterbitkan oleh DBP.

3. SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONALSukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu 922 STPM menyatakan Tidak ada teks kajian untuk tajuk-tajuk tentang Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Moden serta Kritikan Sastera. Calon hendaklah merujuk kepada buku-buku yang dinyatakan dalam Senarai Rujukan (sekadar cadangan) mengikut kehendak sukatan pelajaran bagi bahagian ini.

Pengenalan Morfologi Bidang MorfologiMorfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.Definisi MorfologiMenurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu. Manakala Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalam buku Linguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk bentuk perkataan ialah morfem dan kata.Nik Safiah Karim dan rakan rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem morfem itu bergabung untuk membentuk ayat.Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara cara pembentukkannya.O`Grady & Guzman juga menyatakan pendapat pada tahun 2000 :121 dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata.Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunya Language yang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein Mohd.Noor,menyatakan bahawa Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentuk bentuk terikat antara konsituen konsituennya.Morfologi meliputi konstruksi kata kata dan bahagian kata