dasar ekonomi baru

6
DASAR Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan selama 20 tahun (1971-1991) telah banyak menghasilkan kejayaan. Inilah hakikat yang perlu diterima oleh semua pihak walaupun masih ada ruang yang perlu diperbaiki khususnya dalam bidang-bidang tertentu. Banyak bidang masih perlu diberi perhatian bagi menepati matlamat serta sasaran yang ditetapkan khususnya dalam ekonomi, pendidikan dan membasmi kemiskinan. Walaupun DEB sudah tidak wujud pada namanya tetapi semangatnya dijelmakan dalam Dasar Pembangunan Nasional (DPN). Peluang ini harus digunakan sebaik mungkin bagi merealisasikan hasrat yang belum tercapai. Tidak semua matlamat yang digariskan dalam DEB mencapai kejayaan dan tidak tepat juga jika dikatakan DEB mencapai kejayaan seratus peratus tanpa kegagalan. Setidak-tidaknya DEB yang dicetuskan selepas peristiwa 13 Mei telah memantapkan keharmonian kaum dan pada masa yang sama, bukan bumiputera tidak dipinggirkan sebaliknya mereka juga memperolehi manfaat. DEB tidak menindas mana-mana kaum atau merampas hak orang lain untuk diberikan kepada bumiputera. Kini setelah enam tahun berlalu, adakah kejayaan yang ditempa oleh DEB akan terus mencatatkan kemajuan atau sebaliknya berundur lebih-lebih lagi dalam kegawatan ekonomi sekarang. Banyak penilaian yang perlu dilakukan terhadap pencapaian DEB selama ini supaya kedudukan yang ada dapat dipertahankan. Minggu lalu, isu DEB ini dibincang semula oleh ahli-ahli politik yang mewakili kerajaan dan pembangkang serta ahli akademik. Debat Agung Universiti Malaya - MASSA itu membincangkan tajuk Pasca DEB: Harapan, Kenyataan dan Masa Depan. Mereka mengupas kembali sejarah dan pencapaian DEB serta pelbagai permasalahan yang timbul sehingga menjejaskan matlamat dasar yang dicetuskan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak. Debat yang berlangsung di Perdana Siswa UM itu dipengerusikan oleh kolumnis Utusan, Rustam

Upload: angeline-hazel

Post on 13-Nov-2015

229 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

deb

TRANSCRIPT

DASAR Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan selama 20 tahun (1971-1991) telah banyak menghasilkan kejayaan. Inilah hakikat yang perlu diterima oleh semua pihak walaupun masih ada ruang yang perlu diperbaiki khususnya dalam bidang-bidang tertentu. Banyak bidang masih perlu diberi perhatian bagi menepati matlamat serta sasaran yang ditetapkan khususnya dalam ekonomi, pendidikan dan membasmi kemiskinan. Walaupun DEB sudah tidak wujud pada namanya tetapi semangatnya dijelmakan dalam Dasar Pembangunan Nasional (DPN). Peluang ini harus digunakan sebaik mungkin bagi merealisasikan hasrat yang belum tercapai. Tidak semua matlamat yang digariskan dalam DEB mencapai kejayaan dan tidak tepat juga jika dikatakan DEB mencapai kejayaan seratus peratus tanpa kegagalan. Setidak-tidaknya DEB yang dicetuskan selepas peristiwa 13 Mei telah memantapkan keharmonian kaum dan pada masa yang sama, bukan bumiputera tidak dipinggirkan sebaliknya mereka juga memperolehi manfaat. DEB tidak menindas mana-mana kaum atau merampas hak orang lain untuk diberikan kepada bumiputera.Kini setelah enam tahun berlalu, adakah kejayaan yang ditempa oleh DEB akan terus mencatatkan kemajuan atau sebaliknya berundur lebih-lebih lagi dalam kegawatan ekonomi sekarang. Banyak penilaian yang perlu dilakukan terhadap pencapaian DEB selama ini supaya kedudukan yang ada dapat dipertahankan. Minggu lalu, isu DEB ini dibincang semula oleh ahli-ahli politik yang mewakili kerajaan dan pembangkang serta ahli akademik. Debat Agung Universiti Malaya -MASSAitu membincangkan tajuk Pasca DEB: Harapan, Kenyataan dan Masa Depan.Mereka mengupas kembali sejarah dan pencapaian DEB serta pelbagai permasalahan yang timbul sehingga menjejaskan matlamat dasar yang dicetuskan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak. Debat yang berlangsung di Perdana Siswa UM itu dipengerusikan oleh kolumnisUtusan, Rustam Sani. MASSAkeluaran terbaru yang sedang berada di pasaran memberi liputan enam muka berhubung debat itu.Mewakili suara kerajaan terdiri daripada Presiden Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan, Ruhanie Ahmad yang juga Pengerusi Mara dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Dr. Jamaluddin Jarjis. Pembangkang pula diwakili oleh Naib Yang Dipertua Pas, Mustafa Ali, dan Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw. Bekas menteri kabinet, Datuk Dr. Rais Yatim turut serta sebagai panel di samping Dekan Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Shamsul Amri Baharuddin.Walaupun banyak ahli panel yang bercakap mengenai kepentingan politik masing-masing tetapi rata-rata mereka bersetuju bahawa DEB telah memberi kejayaan. Penyokong kerajaan mempertahankan kecemerlangan DEB walaupun dalam sesetengah hal, mereka mengakui masih ada kelemahannya. Pembangkang yang memang sifat semula jadinya membangkang apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan masih menghargai DEB tetapi mempertikaikan tentang pelaksanaannya, kejayaan yang tidak memenuhi kualiti walaupun kuantitinya besar. Persoalan yang harus direnungi bersama ialah apakah kejayaan yang telah dihasilkan oleh DEB ini akan kekal dalam tempoh kegawatan ekonomi ini.Prof. Shamsul Amri yang diberi peluang terakhir sekali untuk berucap tampil dengan menyatakan pembangkang dan pemerintah tidak ada bezanya. IbaratPepsi ColadanCoca-Cola. Beliau melihat berlaku kegamatan minda dan kegawatan minda ketika membincangkan perkara itu. Rais membuka tirai perbincangan dengan menjelaskan secara ringkas bagaimana DEB dicetuskan serta sasaran yang digariskan termasuk membasmi kemiskinan di kalangan rakyat tanpa mengira asal keturunan di samping menyusun semula masyarakat Malaysia untuk menseimbangkan kedudukan ekonomi di kalangan rakyat pelbagai kaum.DEB, kata Rais, berjaya membasmi kemiskinan berdasarkan perangkaan daripada 49 peratus pada 1950 menurun kepada 15 peratus pada akhir 1991. Begitu juga kejayaan dalam mengurangkan kadar kemiskinan di bandar, isi rumah miskin dan peluang pekerjaan yang meningkat kepada bumiputera. Cuma yang dilihat sebagai tidak berjaya ialah penyusunan semula syarikat. Sasaran sebanyak 30 peratus tidak tercapai kerana pencapaian pada 1990 hanya 20.3 peratus termasuk pemilikan agensi amanah seperti badan ekonomi negeri-negeri, Mara, UDA dan lain-la-in. Begitu juga dalam bidang pelaburan dan profesional, masih tidak berjaya.''Sebanyak sedikit DEB itu belum mencapai tahap seperti yang digariskan pada 1971. Tidak dapat kita nafikan juga DEB telah menelurkan beberapa kemajuan terutama dalam mengurangkan kadar kemiskinan. DEB juga telah memantapkan keharmonian kaum,'' kata Rais. Soalnya sekarang sama ada DEB perlu diteruskan atau tidak setelah dasar itu kurang mencapai tahap kejayaan yang diharap-harapkan.Dalam konteks ini, Rais mengimbas kembali Fasal 153 Perlembagaan Negara yang menjelaskan tentang memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri, Sabah dan Sarawak. Rigkasnya, beliau mahu hak yang sedia ada di bawah perlembagaan digunakan tanpa perasaan segan silu atau takut.Ruhanie juga membangkitkan perkara yang sama mengenai keistimewaan kepada orang Melayu. Fasal 153 itu menjadi asas perundangan kepada kewujudan DEB.''Berdasarkan ini mengapa harus DEB walaupun secara fizikalnya telah dihentikan pada 1990 tetapi semangatnya terus dijelmakan dalam DPN terus dipertikaikan khususnya oleh orang-orang bukan Melayu. Ini tidak adil kerana hasilnya juga tumpah kepada bukan Melayu,'' katanya. DEB, katanya, telah menjadikan orang Cina kaya raya. Ini dibuktikan dengan peningkatan penguasaan ekuiti mereka. Sebelum DEB pemilikan ekuiti bumiputera 15 peratus dan matlamatnya mahu dinaikkan sehingga 30 peratus. Sebelum DEB pemilikan ekuiti Cina dan bukan Melayu hanya 23 peratus tetapi meningkat kepada 40 peratus.''Adakah ini dasar yang menindas atau sengaja kita meninggalkan fakta untuk mengetengahkan satu elemen penentangan terhadap kerajaan,'' katanya. Ruhanie mahu masyarakat Melayu dan bukan Melayu memperbetulkan keadaan ini. Bukan Melayu perlu bertindak lebih tegas bersama-sama bumiputera dalam melahirkan usahawan atau melaksanakan perniagaan di negara kita.Untuk mempertahankan semangat DEB dalam pasca pembangunan nasional, Melayu dan bukan Melayu perlu bergabung. Dewan Perniagaan Melayu, Cina dan India perlu memikirkan cara yang lebih berkesan dan berdaya maju sekiranya ingin mencapai kejayaan. Dr. Jamaluddin pula menegaskan bahawa semua warna (parti politik) termasuk pembangkang bersetuju bahawa DEB mempunyai peranan yang besar bagi menyatukan rakyat negara ini. Masyarakat telah menerima dasar ini dan menunjukkan kejayaannya.Bagaimanapun beliau melahirkan kebimbangannya terhadap keupayaan tenaga kerja profesional bumiputera sebanyak 33 peratus sama ada mampu bertahan dalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang. Begitu juga keupayaan bumiputera untuk mempertahankan ekuiti 20 peratus hasil kejayaan DEB. 'Kegawatan ekonomi ini apa impaknya kepada kemajuan yang kita capai. Ini persoalan yang penting diambilkira,'' katanya. Sekarang, adalah masa untuk kerajaan mengembalikan agenda nasional bagi mengembalikan keyakinan kepada ekonomi negara.''Dasar-dasar ekonomi kita mesti ke arah mengembalikan keyakinan dunia kepada wang kita, yakinkan dunia untuk melabur dalam pasaran wang kita,'' tegas beliau.Mustafa pula mengakui ada kejayaan dan kegagalan dalam DEB. Ini terma-suk dalam soal pendidikan, menyediakan sumber tenaga pembangunan negara melalui pendidikan. Kejayaan ini adalah bagi tahap tertentu. Bagaimanapun soal ekuiti masih jauh.''Kalau dikata ada kegagalan dalam DEB, kita harus dapat memberikan jawapan, kenapa kita gagal. Kalau sudah dapat jawapannya, kita juga harus mendapat jawapan bagaimana mengatasi halangan-halangan yang kita hadapi,'' ujarnya.Beliau mengakui terdapat perubahan dalam pembangunan tetapi perubahan yang berlaku adalah ke arah lebih buruk - gejala sosial, masalah dadah, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.Menurut beliau, tiga pihak memainkan peranan bagi menentukan pencapaian DEB. Mereka ialah pembuat dasar iaitu pemerintah, pelaksana dasar (seluruh birokrat dan teknokrat) dan penerima dasar iaitu rakyat sama ada yang miskin atau kaya.''Ketiga-tiga orang ini terlibat dalam menjejaskan pencapaian DEB. Pembuat dasar juga terlibat dengan penjejasan yang berlaku pada pencapaian DEB,'' katanya.DAP pula mengakui terdapat pencapaian dan kelemahan dalam semua bidang.Dr. Tan menegaskan, sama ada DEB atau DPN, yang penting ialah pelaksanaan dan prestasi.Baginya, dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan memang ada kejayaan dan kegagalan. Contohnya kejayaan melahirkan pelajar yang berjaya ke institusi pengajian tinggi tetapi persoalan yang timbul ialah tentang kualiti pelajar-pelajar itu.''Walaupun dasar yang dilaksanakan ada menunjukkan kejayaan tetapi dari segi kualiti, saya anggap tidak mencukupi, ini bukan sekadar pengetahuan tetapi disiplin, etika juga tidak cukup mutunya,'' kata Dr. Tan.Beliau mencadangkan supaya satu kajian berpenggal mengenai pencapaian semua bidang dasar ekonomi disediakan dan dibentangkan di Dewan Rakyat.Prof. Shamsul pula menarik perhatian bahawa DEB juga membina satu komuniti usahawan Melayu yang dimomokkan tetapi sehingga kini masih gagal.''DEB yang kita tidak mahu lihat ialah melahirkan kelompok atau golongan pekerja Melayu yang cukup besar tetapi golongan pekerja ini tidak ada modal, tidak ada bank yang mahu memberikan pinjaman untuk mereka menjadi usahawan,'' katanya.Beliau juga melihat isu DEB ini hanya satu label untuk menandakan suatu semangat atau perjuangan yang sudah ada akar umbinya 30 atau 50 tahun lebih awal.Oleh: HASSAN MOHD. NOOR

Artikel Penuh:http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0425&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_01.htm#ixzz3WQOKizKQ Utusan Melayu (M) Bhd