hubungan etnik- dasar ekonomi

Upload: snow-flower

Post on 09-Oct-2015

34 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Dasar ekonomi- gagasan 1 Malaysia

TRANSCRIPT

Hubungan EtnikWAJ 3062

IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,Kuala Lipis, Pahang.

AHLI KUMPULAN NAMA : PANIMALAR DARMALINGAM(840326-10-6246)

NAMA : EESWARI GUNA SEKARAN(890409-10-5420)

UNIT : PISMP PEMULIHAN(SEM 3)

SOALANPelaksanaan dasar-dasar kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional adalah untuk mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi dan mengurangkan jurang di antara golongan kaya dan miskin. Justeru itu, ketidakseimbangan ekonomi dapat dikurangkan berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama demi mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Anda dikehendaki:

Menganalisis dan menilai secara kritis keberkesanan perana kerajaan dalam mencapai matlamat keseimbangan ekonomi dalam merealisasikan pencapaian perpaduan kaum di Malaysia serta membentangkan hasil dapatan dengan menggunakan ICT (contoh:powerpoint, flash, video dan sebagainya) selama 15 minit pada satu masa yang ditetapkan. (20%)

Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan negara melalui proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat didalam konteks keselamatan negara yang kukuh.

Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971 - 1990), ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran.

DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991 - 2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN),

Peranan kerajaan dalam mencapai matlamat keseimbangan ekonomi dalam merialisasikan pencapaian perpaduan kaum di Malaysia.

Inisiatif 1 MalaysiaKunci utama bagi falsafah konsep 1Malaysia adalah kesederhanaan: suatu keyakinan pada kepentingan perpaduan tanpa mengira bangsa atau kepercayaan agama. Kepelbagaian yang wujud di Malaysia ini menjadikan kita unik, namun untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada keunikan ini, kita perlulah bersatu serta menggunakan persamaan antara kita untuk maju kehadapan. Inilah matlamat utama 1Malaysia, namun ianya lebih daripada hanya satu ideologi abstrak - ia sememangnya mampu membawa kejayaan yang sebenar.

Langkah-langkah berkonsepkan 1 Malaysia bagi meringankan beban Rakyat.Perumahan Rakyat 1 Malaysia(PR1MA)Kad Istimewa 1 Malaysia Program Kebajikan Rakyat(KAR1SMA)Amanah Saham(AS1M)Skim Amanah Rakyat 1 Malaysiae-kasihBantuan Rakyat(BR1M)Taksi Rakyat(TR1Ma)Menu RakyatSkim Keselamatan(SK1M)Kedai Ikan Rakyat(KIR1M)

Kedai Rakyat(KR1M)Kedai Kain(KK1M)Skim Latihan(SL1M)Bantuan Buku(BB1M)i-TR1MProgram Susu 1 Malaysia Inisiatif kembali ke sekolahKad diskaun Pelajar 1 MalaysiaRawatan Perubatan Percuma bagi Warga EmasKlinik bergerak 1MalaysiaKlinik 1 Malaysia Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1 Malaysia.

Perumahan Rakyat 1 Malaysia(PR1MA)Sebuah perbadanan yang mentadbir pembangunan dan pembinaan perumahan, infrastruktur dan kemudahan yang berharga berpatutan untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat Malaysia yang berpendapatan di bawah RM6,000 sebulan. Projek ini kini terdapat di Kuala Lumpur,Johor Bahru dan Pulau Pinang dan akan diperkembangkan ke negeri- negeri lain pada masa hadapan

Kad Istimewa 1 Malaysia

Satu kad diskaun yang akan diagihkan kepada ledih 10 juta rakyat Malaysia, melayankan mereka untuk mendapatkan diskaun di antara 10-50% di lebih 4,500 kedai perkhidmatan terpilih di seluruh negara. Program ini merangkumi klinik perubatan, restoran, hotel,arean sukan dan kecergasan, pemborong dan peruncit, taman tema dalam dan luar bangunan, hiasan dalaman dan pembinaan, resort,pakaian dan aksesori keenderaan, perlindungan insuran am dan sebagainya.

Program Kebajikan 1 Malaysia(KAR1SMA)Satu program kebajikan bagi memberikan bantuan kewangan bulanan kepada warga emas berpendapatan rendah (RM300), kanak-kanak(RM100-RM300 bagi setiap isi rumah) dan orang- oarang kurang upaya (RM150-RM300).

Amanah Saham 1 Malaysia(AS1M)Satu pelaburan sahan yang disokong oleh Kerajaan menawarkan 10 billion unit dana berharga tetappada RM1 seunitr untuk bagi semua Rakyat Malaysia dengan pelaburan permulaan minimum sebanyak 100 unit.

Skim Amanah 1 Malaysia Tabung pelaburan amanah yang disokong oleh kerajaan bagi isi rumah berpendapatan daripada RM3,000. skim ini memberi manfaat kepada kira-kira 100,000 isi rumah dan membolehkan mereka layak untuk melabur sehingga RM5,000, dengan pulangan sebanyak RM134. Pinjaman juga boleh dibuat untuk membeli unit Amanah Saham 1 Malaysia(AS1M)

e-KasihProgram bagi golongan berpendapatan pengiktirafan daripada Anugrah Perkhidmatan Awam PBB sebagai yang Terbaik di Dunia Baru- baru ini kelajuan pemerosesan telah dipertingkatkan apabila 317,359 kes selesai diproses iaitu 96% daripada keseluruhan kes- kes eKasih.

Bantuan Rakyat 1 Malaysia Bayaran bantuan sekali beri (one off) sebanyak RM500 kepada 5.3 juta keluarga di Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah sebanyak RM3000 dan bawah. Usaha ini telah memberi manfaat kepada lebih 75% daripada keseluruhan jumlah keluarga di negara ini. Kerajaan sedang menilai keperluan BR1M untuk kali ketiga.

Taksi Rakyat 1 Malaysia(TR1MA)Satu skim yang menyediakan baucar RM520 kepada sejumlah 2,264 pemandu teksi dan van sewa bagi menampung kos menukar tayar. Ianya merupakan sebahagian daripada inisiatif Kerajaan bagi pemandu- pemandu teksi menangani peningkatan kos serta bagi menggalakan lagi industri.

Menu Rakyat 1 MalaysiaSatu program menu khas dimana sarapan pagi boleh dibeli pada harga RM2 dan makan tengahari pula pada RM4 di 700 kedai- kedai makanan yang mengambil bahagian. Skim ini menagani inflasi dengan cara menyediakan makanan bersabsidi kepada orang ramai. Skim ini akan diperluaskan kepada 3,000 peniaga makanan menjelang akhir tahun 2012.

Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M)Satu inisiatif yang berterusan untuk memeriksa semua barangan makanan yang dihasilkan oleh industri kecil dan sederhana sebelum memasuki pasaran menjelang 2014. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti keselamatan makanan melalui pelaksanaan peraturan yang ketat.

Kedai Ikan Rakyat 1 Malaysia (KIR1M)Pasar yang menjual pelbagai pilihan ikan segar, ayam, daging dan sayur- sayuran pada harga lebih kurang 40% lebih murah daripada harga pasaran tanpa menjejaskan kualiti. Satu inisiatif yang disasarkan kepada pengguna dan syarikat persendirian dengan cara membantu mereka membeli bekalan pada harga yang berpatutan.

Kedai Rakyat 1 Malaysia(KR1M)Buat masa ini terdapat 35 buah KR1M di Semenanjung Malaysia yang menawarkan lebih kurang 250 produk- produk asas harian yang berlabel KR1M pada harga 30-50% lebih murah daripada kedai-kedai biasa dan pasaraya besar. Kerajaan mensasarkan pembukaan 85 lagi unit KR1M menjelang akhir 2012.

Kedai Kain Rakyat 1 Malaysia Kedai-kedai yang menawarkan kain dan pakaian yang berkualiti tinggi pada kos rendah, dengan diskaun sehingga sehingga 70%, dengan objektif untuk membantu kumpulan berpendapatan rendah membeli kain untuk membuat pakaian, pakaian seragam sekolah, langsir dan keperluan-keperluan lain. Sebanyak 31 kedai sedemikian dijangka akan dibuka dalam tempoh dua tahun akan datang.

Skim Latihan 1 Malaysia(SL1M)Menyediakan keperluan latihan/ internship bagi graduan- graduan baru oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk melatih kemahiran insaniah. Syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam skim ini juga akan menerima potongan cukai dua kali ganda ke atas elaun danperbelanjaan latihan.

Bantuan Buku 1 Malaysia(BB1M)Seramai 1.3 juta pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta telah menerima baucar buku bernilai RM250. inisiatif ini bertujuan untuk mengurangkan beban pelajar sambil menanam minat membaca di kalangan Rakyat Malaysia.

i- TR1MSatu program yang tertumpu pada pendidikan disasarkan kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dengan menyediakan tuisyen percuma untuk matapelajaran UPSR, PMR dan SPM secara online atau melalui cara konvensional. Program ini telah dimulakan dengan 4,000 pelajar UPSR dan 5,300 pelajar PMR dan SPM yang mendaftar di Selangor. Iaitu dua kali ganda daripada yang dijangkakan. Dana sebabyak RM2 juta telah ditambahkan dengan matlamat mencapai 200,000orang pelajar dengan liputan seluruh negara.

Program Susu 1 MalaysiaSusu percuma diberikan kepadalebih daripada 3 juta pelajar sekolah rendah dengan tujuan untuk membina sebuah generasi rakyat Malaysia yang lebih sihat dan kuat disamping menggalakkan pertumbuhan industri tenusu di Sabah.

Inisiatif kembali ke sekolahDi bawah inisiatif ini, 5.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah telah menerima RM100. Yuran sekolah juga telah dimansuhkan, sekaligus menjadikan pendidikan awam percuma bagi rakyat Malaysia pertama kalinya.

Kad Diskaun Pelajar 1Malaysia Satu kad diskaun diberikan secara percuma kepada pelajar- pelajar Malaysia di Institut Pengajian Tinggi yang membuat pengajian lebih daripada satu tahun untuk diploma, ijazah,ijazah sarjana dan ke atas. Pelajar- pelajar berulang menikmati diskaun antara 5 hingga 60 peratus bagi barangan dan perkhidmatan di lebih 2,600 kedai oleh 264 syarikat yang mengambil bahagian. Barangan dan perkhidmatan yang dimaksudkan termasuk buku,alat tulis, pakaian sukan , pengangkutan, penginapan, makanan, dan minuman, klinik kesihatan, bengkel automatif dan perkhidmatan rekreasi.

Rawatan Perubatan Percuma bagi Warga EmasMulai 2012, warga emas boleh menikmati rawatan perubatan secara percuma tanpa perlu membayar RM 1 bagi rawatan. Satu inisiatif yang akan memberi manfaat kepada lebih 1.5 juta rakyat Malaysia

klinik Bergerak 1 MalaysiaSatu siri klinik bergerak yang terdiri daripada 171 unit yang menyediakan perkhidmatan kesihatan bagi kawasan luar bandar jauh daripada kemudahan kesihatan dan perubatan. Perkhidmatan yang di berikan termasuk pemeriksaan gigi dan mata. Inisiatif ini telah memberikan manfaat kepada 1,600 buah kampung di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Klinik 1 MalaysiaSebanyak 50 Klinik 1 Malaysia telah dibuka di seluruh negara dengan nisbah kira- kira 3- 4 klinik bagi setiap negeri di kawasan kepadatan yang tinggi dan berpendapatan rendah bagi memastikan rakyat sentiasa mendapat akses kepada perkhidmatan perubatan yang sempurna dan dengan segera. Rawatan di klinik- klinik ini dikenakan bayaran sebanyak RM 1 sahaja.

Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1 MalaysiaSebuah pusat bersalin berkualiti tinggi untuk orang ramai. Ibu-ibu hanya dikenakan bayaran RM3 untuk bersalin termasuk rawatan, bilik, perubatan dan makanan, manakala bagi penjawat awam pula yuran dikecualikan. Merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti pada harga yang berpatutan

Kebaikan gagasan 1 Malaysia ialah perpaduan kaum dapat terus terpelihara. Gagasan 1Malaysia juga dapat membantu dalam kemajuan ekonomi negara. Hal ini kerana gagasan 1Malaysia juga bertujuan untuk melonjakkan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap.Penerapan nilai-nilai aspirasi ini dapat menaikkan prestasi rakyat dan memajukan negara. Gagasan 1Malaysia juga telah dapat menaikkan imej negara di peringkat antarabangsa.

Implikasi gagasan 1MalaysiaKepada rakyat dan negara

Sekian