hubungan etnik dasar ekonomi baru

4
TAN TZER HARN SER 130033 Tajuk: Menganalisasi Kesan Perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru Terhadap Kaum Melayu dan Cina Sejak kemerdekaan, kerajaan Malaysia telah ditubuhkan dan didominasi oleh kaum melayu.Walaubagaimanapun, ekonomi negara ini masih dikuasai oleh kaum cina dan modal asing sedangkan kaum melayu memerintah negara ini.Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini dilancarkan sejak tahun 1970. Dasar ini bukan sahaja satu polisi kerajaan yang melibatkan sektor ekonomi negara manakala juga melibatkan perkembangan sosio-ekonomi negara yang terperinci. Melalui perlaksanaan dasar ini, masalah utama yang dihadapi oleh kerajaan Malaysia pada masa itu iaitu jurang ekonomi antara kaum yang ketara dapat diatasikan. Kebanyakan golongan Melayu jauh tertinggal dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan pada masa itu. Melalui statistik, purata pendapatan individu bagi golongan melayu hanya mencapai RM 38 pada tahun 1970. Purata pendapatan keluarga cina ialah RM 314 manakala purata pendapatan keluarga melayu ialah RM 172. Perbezaan pendapatan keluarga antara dua kaum ini adalah disebabkan dasar pecah dan perintah semasa penjajahan British. Masalah jurang ekonomi antara dua kaum ini telah dimanifestasikan melalui dua cara. Pertama, pertelingkahan antara kaum cina dan melayu telah lama wujud sejak penjajahan Jepun. Seterusnya, kaum cina telah menguasai sektor ekonomi negara dan mereka ingin turut menguasai politik negara ini. Hal ini dapat diperlihatkan melalui pilihan raya umum pada tahun 1969, Barisan Nasional telah mengalami kekalahan dan parti pembangkang yang majoriti terdiri daripada golongan cina telah memenangi pilihan raya umum ini. Kejadian ini telah membimbangkan kaum melayu tentang kehilangan kuasa untuk memerintah negara ini. Oleh sebab itu, pemimpin kaum malayu ingin meyelesaikan masalah jurang ekonomi melalui kuasa politik mereka. Dalam latar belakang begitu, DEB telah diperkenalkan sebaik sahaja berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. DEB telah membawa kesan positif dan juga negatif terhadap negara ini. Melalui perlaksanaan DEB, masalah sosio-ekonomi yang lama menganggu negara ini dapat diselesaikan dari beberapa segi. Pertama sekali,hubungan tegang antara kaum melayu dan cina telah banyak bertambah baik selapas perlancaran DEB dan ini teleh menjadi teras kepada perpaduan negara dan integriti etnik. Dasar kerajaan yang meliputi aspek ekonomi dan sosial ini telah menyusun semula masyarakat dan menghapus pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi

Upload: tzer-harn-tan

Post on 20-Jul-2016

54 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

huubungan etnik

TRANSCRIPT

Page 1: hubungan etnik dasar ekonomi baru

TAN TZER HARN SER 130033

Tajuk: Menganalisasi Kesan Perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru Terhadap Kaum Melayu dan Cina

Sejak kemerdekaan, kerajaan Malaysia telah ditubuhkan dan didominasi oleh kaum melayu.Walaubagaimanapun, ekonomi negara ini masih dikuasai oleh kaum cina dan modal asing sedangkan kaum melayu memerintah negara ini.Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini dilancarkan sejak tahun 1970. Dasar ini bukan sahaja satu polisi kerajaan yang melibatkan sektor ekonomi negara manakala juga melibatkan perkembangan sosio-ekonomi negara yang terperinci. Melalui perlaksanaan dasar ini, masalah utama yang dihadapi oleh kerajaan Malaysia pada masa itu iaitu jurang ekonomi antara kaum yang ketara dapat diatasikan. Kebanyakan golongan Melayu jauh tertinggal dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan pada masa itu. Melalui statistik, purata pendapatan individu bagi golongan melayu hanya mencapai RM 38 pada tahun 1970. Purata pendapatan keluarga cina ialah RM 314 manakala purata pendapatan keluarga melayu ialah RM 172. Perbezaan pendapatan keluarga antara dua kaum ini adalah disebabkan dasar pecah dan perintah semasa penjajahan British. Masalah jurang ekonomi antara dua kaum ini telah dimanifestasikan melalui dua cara. Pertama, pertelingkahan antara kaum cina dan melayu telah lama wujud sejak penjajahan Jepun. Seterusnya, kaum cina telah menguasai sektor ekonomi negara dan mereka ingin turut menguasai politik negara ini. Hal ini dapat diperlihatkan melalui pilihan raya umum pada tahun 1969, Barisan Nasional telah mengalami kekalahan dan parti pembangkang yang majoriti terdiri daripada golongan cina telah memenangi pilihan raya umum ini. Kejadian ini telah membimbangkan kaum melayu tentang kehilangan kuasa untuk memerintah negara ini. Oleh sebab itu, pemimpin kaum malayu ingin meyelesaikan masalah jurang ekonomi melalui kuasa politik mereka. Dalam latar belakang begitu, DEB telah diperkenalkan sebaik sahaja berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.

DEB telah membawa kesan positif dan juga negatif terhadap negara ini. Melalui perlaksanaan DEB, masalah sosio-ekonomi yang lama menganggu negara ini dapat diselesaikan dari beberapa segi. Pertama sekali,hubungan tegang antara kaum melayu dan cina telah banyak bertambah baik selapas perlancaran DEB dan ini teleh menjadi teras kepada perpaduan negara dan integriti etnik. Dasar kerajaan yang meliputi aspek ekonomi dan sosial ini telah menyusun semula masyarakat dan menghapus pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Sebagai contoh, purata pendapatan individu telah meningkat dari $390 (tahun 1970) ke $2130 (tahun 1989). Peratusan golongan yang berada di bawah garis kemiskinan juga menurun sejak DEB diperkenalkan. Di seluruh negara, peratus kemiskinan di kalangan kaum melayu telah menurun dari 56.4% (tahun 1970) ke 23.8% (tahun 1990). Sememang tidak dapat dinafikan,DEB ini tidak dapat menyelesaikan masalah jurang ekonomi dengan sempurna. DEB ini hanya mementingkan penyusunan masyarakat sehingga kepentingan kaum bukan melayu telah diabaikan. Hal ini bermakna dasar ini telah mengehad perkembangan ekonomi di kalangan golongan bukan melayu. Meraka yang tidak dapat menikmati layanan isitmewa seperti kaum melayu telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan mendalamkan rasa pemusuhan terhadap kaum melayu. Oleh sebab itu, DEB ini tidak boleh dianggap sebagai dasar yang menyelesaikan masalah negara ini dengan sempurna. Seterusnya, DEB ini sebenarnya hanya menguntung segolongan kecil rakyat yang sudah berada dan kuat kedudukan ekonomi mereka manakala segolongan besar rakyat yang tidak berada tidak menerima sebarang perubahan. Contohnya, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah ditubuhkan pada tahun 1981 dan matlamat kewujudannya adalah memberi peluang kaum melayu melibatkan diri dalam sektor perlaburan. Walaupun begitu, hanya 1/3 kaum melayu menyertai perlaburan ini dan kebanyakan saham ekuiti MARA adalah dimiliki oleh individu tertentu yang berada. Majoriti rakyat melayu masih tidak mengalami perubahan dari segi ekonomi.Oleh sebab itu, DEB ini dianggap sebagai sukar membasmi kemiskinan kebanyakan melayu dan ini telah bertentangan dengan matlamat asal DEB. Kita juga boleh melihatkan bahawa majoriti 1000 buah syarikat milikan kerajaan telah mengalami kerugian

Page 2: hubungan etnik dasar ekonomi baru

akibat ketidakcekapan pengurusan oleh pegawai pengurus melayu sejak perlaksanaan DEB dan menyebabkan kerajaan terpaksa melancarkan dasar lain untuk menyelesaikan masalah ini iaitu dasar penswastaan.

DEB ini juga membawa prubahan besar terhadap kaum cina dari segi ekonomi, pendidikan dan kebudayaan. Semasa perlaksanaan DEB, kepentingan ekonomi kaum cina telah banyak ditindas. Pada tahun 1989, jumlah penduduk di kampung baru cina adalah seramai 180 juta orang tetapi DEB telah menpinggiri penduduk kampung baru cina. Penduduk kampung baru cina telah ditindas kerana mereka merupakan golongan miskin yang tidak dapat menikmati manfaat seperti mana yang ditentukan dalam DEB. Selain itu, sektor ekonomi yang biasanya dikuasai oleh kaum cina seperti sektor pembangunan, pengangkutan, dan perniagaan telah mengalami persaingan sengket dengan kaum melayu. Menurut DEB, lesen dan permit perniagaan hanya diberikan kepada kaum melayu seperti permit pengimportan automobil. Kontrak awam juga hanya menerima tender dari kontraktor melayu sahaja. Usahawan cina telah mengalami tekanan besar dalam konteks DEB ini. Mereka terpaksa memberi sebahagian ekuiti syarikat mereka kepada pemimpin UMNO, pegawai tinggi kerajaan dan anggota kerabat Diraja untuk mendapat lesen,permit dan kontrak awam kerajaan. Dalam penjawatan di perkhidmatan awam pula, kaum cina juga tidak menikmati sebarang manfaat daripada DEB. Kebanyakan jawatan di perkhidmatan awam tela didominasi oleh kaum melayu. Sebelum pengenalan DEB, sekolah vernakular adalah disubsidi sepenuhnya oleh kerajaan tetapi keadaan ini telah berubah selepas perlaksanaan DEB. Peruntukan kepada sekolah jenis kebangsaan hanya mencapai 3.4% daripada seluruh jumlah peruntukan sedangkan pendaftaran pelajar baru di sekolah jenis kebangsaan telah mencapai 27.3% daripada seluruh pelajar baru di Malaysia. Selain itu, pengagihan fasiliti atau perkakasan kepada sekolah jenis kebangsaan juga jauh kurang berbanding dengan sekolah kebangsaan. Dari segi pengajian tinggi pula, jumlah pelajar cina yang memasuki IPTA telah menurun secara mendadak, iaitu dari 48.9 % (tahun 1970) ke 26.5% (tahun 1980) manakala jumlah pelajar melayu telah meningkat dari 40.2% ke 66.2% pada peringkat masa yang sama. Hal ini adalah disebabkan lagi oleh DEB yang meyusun masyarakat mengikut kuota antara kaum.

Sepanjang masa selepas Malaysia merdeka, kononnya kaum melayu memerintah negara ini dan kaum cina menguasai ekonomi negara ini adalah kurang tepat. Hal ini adalah disebabkan bukan semua golongan melayu terlibat dalam memerintah dan kuasa politik kaum melayu tidak memberi kebaikan kepada semua lapisan kaum melayu. Begitu juga bagi kaum cina bahawa bukan semua golongan cina terlibat dalam sektor ekonomi dan merupakan orang kaya. DEB ini hanya merupakan satu polisi kerajaan yang menolong kaum melayu meningkat kedudukan mereka dari segi ekonomi tetapi tidak mendorong pembangunan ekonomi negara kerana kepentingan kaum bukan melayu telah diabaikan. Dari aspek hubungan etnik pula, DEB sememangnya telah meredakan ketidakpuasan golongan melayu terhadap cina tetapi dasar ini tidak berfungsi sama kepada kaum cina malahan telah menimbulkan rasa pemusuhan kaum cina terhadap kaum melayu kerana mereka menganggap mereka telah ditindas melalui dasar ini.

Lampiran dan Rujukan

Page 3: hubungan etnik dasar ekonomi baru

Wikipedia

http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru

Buku teks pengajian Am STPM ( Oxford Fajar)