model baru ekonomi untuk malaysia bahagian · pdf filemodel baru ekonomi untuk malaysia...

Download MODEL BARU EKONOMI UNTUK MALAYSIA BAHAGIAN · PDF fileModel Baru ekonoMi untuk Malaysia Bahagian akhir: langkah dasar strategik 3 disember 2010 MPEN Majlis Penasihat ekonoMi negara

If you can't read please download the document

Upload: tranxuyen

Post on 06-Feb-2018

273 views

Category:

Documents


20 download

TRANSCRIPT

  • MAJLIS PENASIHAT EKONOMI NEGARA

    MODEL BARU EKONOMI UNTUK MALAYSIABAHAGIAN AKHIR

    KualitiHidup Rakyat

    Berpendapatan Tinggi

    Keterangkuman Kemampanan

    MPENMajlis Penasihat Ekonomi Negara

    Aras 5 & 11, Menara Usahawan

    Persiaran Perdana, Presint 2

    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

    62652 PUTRAJAYA MALAYSIA

    www.neac.gov.my

    MO

    DEL B

    AR

    U EK

    ON

    OM

    I UN

    TUK

    MA

    LAYSIA BA

    HA

    GIA

    N A

    KH

    IR

    M

    PEN

    JD135690 kulit.indd 1 11/30/10 10:32:38 PM

  • Model Baru ekonoMi untuk Malaysia

    Bahagian akhir: langkah dasar strategik

    3 disember 2010

    MPENMajlis Penasihat ekonoMi negara

    JD135690 Title Page.indd 1 11/30/10 10:31:34 PM

  • Hakcipta Terpelihara

    Semua hak terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk atau dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada:

    SetiausahaMajlis Penasihat Ekonomi NegaraAras 5 & 11, Menara UsahawanPersiaran Perdana, Presint 2Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62652 PUTRAJAYA

    Tel. : 03-8888 6512/8888 6513Faks : 03-8888 4638/8888 6715Emel : [email protected] web: www.neac.gov.my

    Percetakan Nasional Malaysia BerhadJalan Chan Sow Lin 50554 Kuala Lumpur Tel. : 03-9236 6888Faks : 03-9222 4773 Emel : [email protected]

    Reka bentuk dan susun atur disediakan oleh:Percetakan Nasional Malaysia Berhad

    JD135690 Title Page.indd 2 11/30/10 10:31:34 PM

  • i

    Pra

    kat

    a

    Laporan ini merupakan bahagian akhir bagi laporan yang disediakan oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) mengenai Model Baru Ekonomi (MBE). Membina dari kerangka dasar keseluruhan yang ditetapkan dalam dokumen pertama, laporan ini memberikan butiran yang lebih luas mengenai langkah dasar yang tertakluk dalam 8 Inisiatif Pembaharuan Strategik (IPS) dalam Model Baru Ekonomi untuk dipertimbangkan oleh Kerajaan. Langkah-langkah dasar ini dibangunkan hasil daripada beberapa siri mesyuarat dan rundingan antara MPEN dan pihak-pihak berkepentingan dari sektor perniagaan, kerajaan, pertubuhan buruh, pendidik dan lain-lain.

    Senarai langkah dasar ini bukanlah satu senarai lengkap yang meliputi setiap aspek. Ia memperlihatkan landasan penting langkah-langkah dasar yang mana MPEN percaya ia akan mendorong Malaysia ke arah matlamat menjadi sebuah ekonomi berpendapatan tinggi, mampan dan terangkum menjelang tahun 2020.

    Sebagai sebuah badan penasihat bebas, MPEN telah mengemukakan set cadangan ini, yang mana apabila menerima pengendorsan, akan menjadi tugas Kerajaan untuk memulakan pelaksanaan langkah dasar yang serius dengan segera. Oleh itu, MPEN amat menyokong agar agensi dan unit-unit kerajaan yang berkaitan, yang bekerja rapat dengan sektor swasta dan lain-lain pihak berkepentingan, mesti mengambil sikap bertanggungjawab penuh dan mengambil peranan utama dalam merekabentuk rangka kerja pelaksanaan dan garis masa untuk memastikan butiran langkah dasar diterima pakai secara konsisten dan dengan penuh keteguhan. Dalam konteks ini, adalah berkemungkinan tinggi bahawa langkah-langkah tambahan dan pengubahsuaian ke atas langkah dasar yang diacadangkan dalam laporan ini akan diperlukan dan ia harus dilaksanakan selaras dengan objektif dasar dan prinsip-prinsip panduan MBE.

    Lebih penting lagi, penerimaan segera langkah-langkah dasar ini disarankan kerana mereka merupakan landasan bagi kejayaan projek-projek dibawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang dilancarkan oleh Kerajaan pada hujung Oktober 2010. Sementara menangani ketidakseimbangan makroekonomi jangka pendek yang berpunca dari krisis ekonomi global, pada masa yang sama, Malaysia perlu teguh dalam pelaksanaan yang berani mengenai langkah dasar IPS yang berjalin dalam MBE dibawah Program Transformasi Ekonomi.

    Laporan ini telah disusun seperti berikut:

    Bab 1: komponen-komponen Program transformasi Ekonomi (PtE) bermula dengan menetapkan konteks perubahan antarabangsa dimana Malaysia harus segera mengutamakan transformasi ekonomi. Menyedari bahawa masalah-masalah yang dihadapi oleh Malaysia adalah bersifat pelbagai dimensi, Kerajaan telah merangka satu pelan tindakan dengan inisiatif yang pelbagai. PTE merupakan inisiatif utama dalam pelan ini yang melibatkan dua komponen berlainan yang diwakili oleh IPS dan NKEA. IPS adalah usaha untuk menghapuskan halangan-halangan struktur kepada pertumbuhan dan mengenalpasti kelemahan kronik dalam ekonomi. Hanya apabila kekurangan ini dapat diatasi maka Malaysia boleh mara ke hadapan dengan NKEA untuk mencapai objektif yang terutama iaitu berpendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan,

    Prakata

    JD135690 Kand.indd 1 11/30/10 10:26:05 PM

  • i i

    Bab 2: transformasi melalui Mendaya kembali Sektor Swasta mengenalpasti langkah-langkah dasar yang terdapat dibawah IPS1, IPS3, IPS7 dan IPS8, untuk mengaktifkan semula sektor swasta, menwujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing, dan meningkatkan sumber-sumber bagi pertumbuhan mampan. Dengan adanya sentimen keraguan yang agak tinggi oleh sektor swasta, yang digambarkan melalui kadar pelaburan domestik swasta yang rendah, satu pakej dasar yang menyeluruh yang melibatkan pengurangan kawal selia, liberalisasi dan pelaksanaan berkesan atas undang-undang persaingan, sejajar dengan piawaian antarabangsa, adalah diperlukan.

    Bab 3: Meningkatkan Inovasi seperti digambarkan dalam IPS6 yang memperlihatkan bagaimana inovasi boleh dihidupkan dengan semangat yang baru. Menyedari bahawa keusahawanan dan inovasi tidak akan menjelma dengan begitu sahaja, MPEN membincangkan tentang peranan Kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasar relevan dan bekerjasama dengan kesemua pihak yang berkepentingan untuk menjana persekitaran dan ekosistem yang lebih baik bagi inovasi.

    Bab 4: transformasi Sektor awam dinyatakan di dalam IPS4 dan mencadangkan satu pendekatan yang amat baru untuk menghidupkan semula, membentuk, membuang, dan menyusun semula struktur kerajaan dan prosedur pentadbiran yang sesuai dengan keperluan sebuah negara yang berpendapatan tinggi. Hala tuju strategik Kerajaan perlu untuk mempertingkatkan interaksi bersama perniagaan dan rakyat dengan mencipta satu Kerajaan Tanpa Sempadan. Meningkatkan kualiti penjawat awam memerlukan satu perubahan drastik ke atas struktur dan saiz. Kewangan awam yang baik adalah penting bagi mengawal kestabilan makroekonomi dan meningkatkan prospek masa hadapan rakyat.

    Bab 5: Memperhebatkan Pembangunan Sumber Manusia mendasari IPS2 yang menangani aduan umum tentang kekurangan bakat dan buruh mahir dan juga pasaran buruh yang gagal berfungsi dengan baik. Pendidikan dan program latihan kemahiran yang lebih baik merupakan prasyarat, sepertimana juga undang-undang buruh yang sesuai dan amalan dan sistem pengurusan sumber manusia. Bab ini juga menekankan kepentingan dalam meningkatkan jaringan keselamatan pekerja yang tertumpu kepada insurans pengangguran. MPEN menyokong satu sistem penetapan upah yang berhubung kait dengan produktiviti tetapi, dengan kegagalan mekanisme penetapan upah yang sedia ada, MPEN mengakui keperluan memperkenalkan satu dasar upah minimum bagi kepentingan keterangkuman.

    Bab 6: Merapatkan Jurang ketaksamaan menetapkan langkah dasar di bawah IPS5 dan melihat kepada isu-isu utama berkaitan tindakan afirmatif dan program-program yang memfokuskan kepada isi rumah yang tergolongan dalam 40% terendah dan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (BCIC). Program yang disarankan ini tertumpu kepada pembinaan kebolehan, dan perlu dikoordinasi oleh sebuah agensi yang menggunakan pangkalan data umum penerima-penerima faedah. MPEN juga percaya bahawa program khas yang disasarkan untuk sesetengah kumpulan di luar golongan 40% terendah, terutamanya PKS di dalam kategori BCIC, perlu diteruskan tetapi haruslah dijadikan mesra pasaran, telus dan berdasarkan keperluan serta merit.

    Bab 7: Pertimbangan Pelaksanaan melihat kepada strategi pelaksanaan bagi langkah dasar. Terdapat kesedaran yang tinggi akan perlunya ada koordinasi yang lebih terpusat serta proses pembuatan keptusan yang jelas dan bertanggungjawab di setiap peringkat pelaksanaan dasar. Seperti yang dicadangkan dalam RMK-10, PEMANDU akan dimandatkan sebagai agensi pusat untuk mengkoordinasikan rekabentuk dan penggubalan langkah dasar seterusnya , memantau pelaksanaanya, dan menilai keberkesanan bagi tujuan mencadangkan mana-mana langkah pembaikan.

    JD135690 Kand.indd 2 11/30/10 10:26:05 PM

  • i i i

    Pra

    kat

    aBab 8: Daripada Visi kepada Hasil memberi kesimpulan dengan menekankan perlunya komitmen yang menyeluruh untuk berubah. Pelan tindakan bagi transformasi ekonomi Malaysia kini sudah lengkap dan terkandung didalam inisiatif-inisiatif yang ditetapkan dalam 1Malaysia, PTE, PTK dan RMK-10, dan telah digambarkan selanjutnya di dalam Bajet 2011 yang diumumkan baru-baru ini. Dengan tujuan yang perlu disegerakan, tumpuan, tenaga dan usaha negara mestilah beralih dengan cepat kepada cabaran pelaksanaan.

    JD135690 Kand.indd 3 11/30/10 10:26:05 PM

  • v

    ka

    nD

    un

    ga

    n

    kandungan

    1 KOMPONEN PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI .................................................. 3

    1.1 PERUBAHAN KONTEKS DALAM PERSAINGAN ANTARABANGSA .................... 3

    1.2 TRANSFORMASI NASIONAL DAN PTE .............................................................. 4

    2 TRANSFORMASI DALAM MENDAYA SEMULA SEKTOR SWASTA ............................. 11

    2.1 MENGINTEGRASI KE DALAM RANTAIAN PENAWARAN GLOBAL................... 11

    2.