model ekonomi baru untuk malaysia ... - · pdf filechaptre 1 model ekonomi baru untuk malaysia...

Download MODEL EKONOMI BARU UNTUK MALAYSIA ... - · PDF fileCHAPTRE 1 MODEL EKONOMI BARU UNTUK MALAYSIA Bahagian I: Hala Tuju Dasar Strategik MPEN MAJLIS PENASIHAT EKONOMI NEGARA Ringkasan

If you can't read please download the document

Upload: tranque

Post on 06-Feb-2018

241 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

  • MAJLIS PENASIHAT EKONOMI NEGARA

    MODEL EKONOMI BARU UNTUK MALAYSIABAHAGIAN 1

    MPENMajlis Penasihat Ekonomi Negara

    Aras 5 & 11, Menara Usahawan

    Persiaran Perdana, Presint 2

    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

    62652 PUTRAJAYA MALAYSIA

    www.neac.gov.my

    RINGKASAN EKSEKUTIF

    Kualiti Hidup Rakyat

    Berpendapatan Tinggi

    Keterangkuman Kemampanan

  • CHAPTRE

    1

    MODEL EKONOMI BARUUNTUK MALAYSIA

    Bahagian I: Hala Tuju Dasar Strategik

    MPENMAJLIS PENASIHAT EKONOMI NEGARA

    Ringkasan Eksekutif

  • Hakcipta Terpelihara

    Semua hak terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk atau dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada:

    SetiausahaMajlis Penasihat Ekonomi NegaraAras 5 & 11, Menara UsahawanPersiaran Perdana, Presint 2Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62652 PUTRAJAYA

    Tel : 03-8888 6512/8888 6513Faks : 03-8888 4638/8888 4177Emel : [email protected]

    Terjemahan oleh:

    Institut Terjemahan Negara MalaysiaWisma ITNMNo. 2 Jalan 2/27E, Seksyen 10Wangsa Maju53300 Kuala Lumpur

    Tel : 03-4149 7210Faks : 03-4143 2939www.itnm.com.my

    Naskah jualan boleh diperolehi daripada:

    Percetakan Nasional Malaysia BerhadJalan Chan Sow Lin 50554 Kuala Lumpur

    Tel : 03-9236 6888Faks : 03-9222 4773 Emel : [email protected]

    ________________________________

    Reka bentuk dan susun atur disediakan oleh:

    Percetakan Nasional Malaysia Berhad

  • Rin

    gkas

    an E

    ksek

    utif

    3

    Dokumen ini merupakan Ringkasan Eksekutif pertama daripada dua laporan yang disediakan oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) mengenai Model Ekonomi Baru (MEB). Dokumen ini merumuskan beberapa isi utama daripada laporan penuh Model Ekonomi Baru untuk Malaysia - Bahagian 1: Hala Tuju Dasar Strategik, yang membentangkan keseluruhan rangka kerja MEB dalam menggerakkan Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Laporan penuh, boleh didapati di laman web www.neac.gov.my merupakan asas bagi merangka langkah dasar dan plan pelaksanaan dalam dokumen akhir yang akan menyusul kelak.

  • Rin

    gkas

    an E

    ksek

    utif

    5

    Ringkasan Eksekutif

  • Rin

    gkas

    an E

    ksek

    utif

    7

    Ringkasan Eksekutif

    Malaysia telah sampai ke saat penentuan dalam landasan pembangunannya. Wawasan 2020 tidak mungkin dapat dicapai tanpa transformasi ekonomi, sosial dan kerajaan. Untuk menggerakkan negara ke hadapan, Kerajaan telah merumuskan satu rangka kerja yang mengandungi empat tonggak bagi mendorong perubahan (Rajah A). Model Ekonomi Baru (MEB) yang hendak dicapai melalui Program Transformasi Ekonomi (PTE) merupakan satu tonggak utama yang akan melonjakkan Malaysia ke arah status negara maju sejajar dengan matlamat Wawasan 2020. PTE akan dipandu oleh lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (IPS) yang akan menjadi asas bagi langkah dasar yang relevan.

    Rajah A Empat Tonggak Transformasi Negara

    Dua tonggak yang lain telah pun dilancarkan. Tonggak ini ialah konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan untuk menyatupadukan semua rakyat Malaysia bagi menghadapi cabaran yang mendatang dan Program Transformasi Kerajaan (PTK) untuk memantapkan perkhidmatan awam dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Areas, NKRA). Tonggak terakhir ialah Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015 yang akan diumumkan nanti pada tahun ini.

    MENGAPAKAH KITA MEMERLUKAN MEB DAN APAKAH MATLAMATNYA?

    Model pertumbuhan lepas menjanakan tiga dekad pencapaian cemerlang, membolehkan Malaysia menyediakan kemudahan kesihatan dan pendidikan untuk rakyatnya, membasmi sebahagian besar kemiskinan, membina infrastruktur bertaraf dunia dan menjadi pengeksport utama di peringkat global. Rakyat kita lebih kaya dan lebih berpelajaran. Berbanding dengan generasi terdahulu, rakyat kini hidup lebih lama, bergerak lebih jauh dan mudah mendapat akses kepada teknologi moden.

  • 8

    Rajah B Matlamat Model Ekonomi BaruNamun begitu, kemajuan yang kita capai dalam separuh abad yang lalu, kini menjadi perlahan dan prospek pertumbuhan ekonomi pula menjadi lembap. Kita tersekat dalam perangkap pendapatan sederhana kita tidak tergolong dalam kalangan ekonomi global berpencapaian unggul. Dengan perubahan yang berlaku pada persekitaran luar, kebanyakan dasar dan strategi yang kita gunakan untuk mencapai kedudukan pembangunan yang sedia ada pada masa sekarang tidak mampu untuk membawa kita ke peringkat seterusnya. Malah pertumbuhan ekonomi kita ini dicapai dengan menanggung kos alam sekitar yang besar dan juga tidak memanfaatkan semua lapisan masyarakat. Hakikatnya, Kerajaan mesti berdepan dengan realiti ini dan perlu membuat keputusan yang sukar.

    Kita memerlukan satu perubahan radikal dengan segera dalam pendekatan kita supaya pembangunan ekonomi akan terus mampan dalam jangka panjang dan dinikmati oleh setiap rakyat serta membolehkan Malaysia meraih status negara berpendapatan tinggi. MEB akan menjadi pemangkin untuk membebaskan potensi pertumbuhan Malaysia. PTE dibentuk untuk mengerakkan Malaysia ke hadapan, keluar daripada keadaan lembap sekarang supaya dapat menjadi ekonomi berpendapatan tinggi yang terangkum dan mampan (Rajah B). Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) yakin bahawa melalui pelaksanaan konsisten dasar berani yang merentasi lapan IPS, asas menjalankan perniagaan di Malaysia akan berubah daripada pendekatan lama. Ini akan membolehkan sektor swasta cerdas dan memberikan sumbangan penuh kepada pertumbuhan.

    Namun begitu, MEB berusaha gigih ke arah mencapai matlamat yang lebih luas, bukan sekadar merangsang pertumbuhan dan menarik pelaburan swasta. MEB mengambil pendekatan holistik, dengan turut memberikan tumpuan kepada aspek pembangunan manusia dan menyedari bahawa meskipun kita berjaya mengurangkan kemiskinan dengan banyaknya, namun peratusan yang besar, iaitu 40% daripada isi rumah Malaysia masih memperolehi pendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan. Ketaksamaan pendapatan masih perlu ditangani dengan giat. Langkah diperlukan untuk merapatkan jurang perbezaan ekonomi yang meluas di Sabah dan Sarawak serta di kawasan luar bandar di Semenanjung.

    Laporan ini mengkaji secara kritis persoalan Di manakah kedudukan kita? dalam konteks Apakah yang sedang berlaku di sekeliling kita?

  • Rin

    gkas

    an E

    ksek

    utif

    9

    dan Apakah kelebihan yang ada pada kita? untuk mengemukakan hujah bagi perubahan segera yang diperlukan. MEB mempunyai visi yang jelas tentang Ke manakah tujuan kita? dan mengutarakan keputusan sukar dan langkah berani dalam menunjukkan laluan kepada Bagaimanakah caranya untuk kita sampai ke sana? Sekarang adalah masa untuk berubah Itulah yang Malaysia perlukan.

    DI MANAKAH KEDUDUKAN KITA?

    Malaysia merupakan ekonomi terbuka dan akan kekal demikian walau apa pun yang berlaku. Keterbukaan kepada ekonomi dunia membolehkan pembangunan ekonomi yang kukuh dan pendapatan per kapita yang bertambah. Walau bagaimanapun, sebagai ekonomi yang kecil dan terbuka, Malaysia mudah terkena kejutan luar sebagaimana yang disaksikan ketika berlakunya krisis yang lalu. Kenaikan harga komoditi antarabangsa, seperti bahan api atau makanan telah memberikan impak langsung terhadap harga domestik. Begitu juga, eksport mungkin akan ketinggalan dengan membawa kesan negatif terhadap guna tenaga dan pendapatan negara melainkan kos pengeluaran dan produktiviti di Malaysia dapat bersaing dengan negara luar.

    Jentera ekonomi Malaysia sedang bergerak perlahan. Sejak krisis kewangan Asia tahun 1997-1998, kedudukan Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau ini semakin terhakis. Pertumbuhannya lebih rendah daripada pertumbuhan negara lain yang turut dilanda krisis, sementara pelaburannya pula belum pulih.

    Pelabur swasta kini memainkan peranan yang kurang menggalakkan. Sejak krisis kewangan Asia, pelaburan agregat sebagai peratusan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) terus-menerus merosot, dengan pelaburan swasta kekal lembap disebabkan beberapa faktor. Dalam beberapa industri, penyertaan aktif Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (SBK) telah membantutkan pelaburan swasta.

    Masih terlalu sukar untuk menjalankan perniagaan di Malaysia. Prosedur birokrasi yang rumit, lembap dan memakan masa memberikan kesan kepada kos pelaburan dan potensi pulangan pelaburan. Menurut laporan Global Competitiveness Index tahun 2010, kedudukan Malaysia telah jatuh ke nombor 24 dari kedudukan nombor 21 sebelumnya. Justeru itu ia menandakan bahawa negara telah hilang daya penariknya sebagai destinasi pelaburan.

    Eksport kita masih teguh tetapi t idak menjanakan nilai tambah yang cukup. Ekonomi kita sangat bergantung pada pasaran luar, dengan nisbah eksport kepada KDNK sebanyak 1.2 dan nisbah perdagangan kepada KDNK, sebanyak 2.2 pada tahun 2008. Struktur eksport Malaysia tertumpu kebanyakannya pada produk elektr ik dan elektronik (E&E) dan pada komoditi utama, seperti petroleum dan minyak sawit. Walau bagaimanapun, dengan kandungan import yang banyak dalam eksport pembuatan, nilai tambah kepada produk akhir adalah rendah.

    Pekerjaan berkemahiran rendah merujuk kepada upah yang rendah. Pekerjaan mahir

  • 10

    bersinonim dengan upah yang lebih tinggi. Di Malaysia, kewujudan pekerjaan upah tinggi masih tidak mencukupi manakala sumbangan pekerja mahir masih merosot merentasi industri. Kebanyakan kes menunjukkan bahawa majikan tidak membayar untuk kemahiran sebaliknya bergantung pada bekal