pradasar ekonomi baru

22
Pradasar Ekonomi Baru(1956-1970) a) Rancangan Malaya Pertama(1956-1960) Rancangan Malaya Pertama(RM1) dihasilkan apabila satu perwakilan Bank Dunia membuat beberapa perakuan kepada kerajaan tentang pembangunan negara. RM1 ini berisi dengan rancangan pelaburan sektor awam. Matlamat Membangunkan sektor ekonomi dengan memberi penekanan pada sektor ekonomi luar bandar Memberi tumpuan pada bidang pertanian untuk meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar Memberi tumpuan pada pembangunan bagi membolehkan rakyat menikmati kesejahteraan hidup. Strategi Pelaksanaan Memberi tumpuan pada perancangan pelaburan sektor awam secara bersepadu. Memberi tumpuan pada rancangan pembangunan ekonomi. Memberi tumpuan pada penyediaan kemudahan asas atau awam serta jentera pentadbiran. Pembukaan tanah untuk tujuan petempatan semula melalui Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA). Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa(RIDA) untuk membangunkan masyarakat luar bandar. Mewujudkan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar untuk menyelaraskan kegiatan ekonomi luar bandar. Memperkenalkan Dasar Bahasa Kebangsaan.

Upload: yamuna-nadarajan

Post on 21-Oct-2015

33 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

hubungan etnnik

TRANSCRIPT

Page 1: Pradasar Ekonomi Baru

Pradasar Ekonomi Baru(1956-1970)

a) Rancangan Malaya Pertama(1956-1960)

Rancangan Malaya Pertama(RM1) dihasilkan apabila satu perwakilan Bank Dunia

membuat beberapa perakuan kepada kerajaan tentang pembangunan negara. RM1

ini berisi dengan rancangan pelaburan sektor awam.

Matlamat

Membangunkan sektor ekonomi dengan memberi penekanan pada sektor

ekonomi luar bandar

Memberi tumpuan pada bidang pertanian untuk meningkatkan taraf hidup

penduduk luar bandar

Memberi tumpuan pada pembangunan bagi membolehkan rakyat menikmati

kesejahteraan hidup.

Strategi Pelaksanaan

Memberi tumpuan pada perancangan pelaburan sektor awam secara

bersepadu.

Memberi tumpuan pada rancangan pembangunan ekonomi.

Memberi tumpuan pada penyediaan kemudahan asas atau awam serta

jentera pentadbiran.

Pembukaan tanah untuk tujuan petempatan semula melalui Lembaga

Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA).

Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa(RIDA) untuk

membangunkan masyarakat luar bandar.

Mewujudkan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar untuk

menyelaraskan kegiatan ekonomi luar bandar.

Memperkenalkan Dasar Bahasa Kebangsaan.

Page 2: Pradasar Ekonomi Baru

b) Rancangan Malaya Kedua(1961-1965)

Rancangan malaya Kedua(RM2) merupakan kesinambungan Rancangan Malaya

Pertama kerana rancangan ini masih memberikan penekanan kepada

pembangunan penduduk luar bandar.

Matlamat

Mengurangkan jurang perbezaan taraf hidup antara penduduk luar bandar

dengan penduduk bandar.

Mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk di luar bandar.

Menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti kemudahan kesihatan

pelajaran dan perumahan untuk penduduk di luar bandar.

Membasmi kemiskinan dalam kalangan penduduk.

Strategi Pelaksanaan

Meningkatkan dan mempelbagaikan pengeluaran bahan mentah dengan

cekap dan produktif.

Membekalkan kemudahan asas untuk mengurangkan jurang perbezaan

antara penduduk bandar dengan penduduk luar bandar.

Penubuhan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Malaysia(FAMA)

untuk memasarkan pelbagai jenis keluaran pertanian negara.

Menubuhkan Bilik Gerakan di setiap daerah untuk melaksanakan program

Buku Merah.

Menyediakan kemudahan pendidikan pertanian di Kolej Serdang dan

Fakulti Pertanian.

Page 3: Pradasar Ekonomi Baru

c) Rancangan Malaysia Pertama(1966-1970)

Rancangan Malaysia Pertama(RMK-1) merupakan rancangan pembangunan yang

meliputi negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak  bertujuan

untuk memupuk integrasi di kalangan penduduk semua negeri di Malaysia serta

meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kebajikan rakyat.

Matlamat

Memberi tumpuan pada pembangunan kebajikan rakyat.

Memberi tumpuan pada pembangunan ekonomi dan integrasi penduduk

antara negeri.

Memberi tumpuan pada pertumbuhan ekonomi supaya kekayaan negara

dapat dinikmati oleh golongan miskin.

Strategi Pelaksanaan

Memberi tumpuan berterusan pada pembangunan pertanian dan kawasan

luar bandar.

Penyediaan kemudahan asas seperti pengangkutan dan pendidikan.

Penubuhan Majlis Amanah Rakyat(MARA) untuk membantu golongan

Bumiputera dalam pendidikan.

Penubuhan Bank Bumiputera bagi membantu Bumiputera dalam bidang

perniagaan.

Penubuhan Perbadanan Nasional Berhad(PERNAS) untuk menggalakkan

penyertaan Bumiputera dalam bidang perusahan dan perdagangan.

Penubuhan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara(FELCRA)

untuk membantu FELDA membangunkan ekonomi luar bandar.

Penubuhan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia(MIDA) untuk

menggalakkan pembangunan sektor perindustrian.

Penubuhan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia(MARDI)

untuk menjalankan penyelidikan dan memperkenalkan teknologi bagi

meningkatkan hasil keluaran pertanian kecuali getah.

Penggubalan Akta Pelaburan untuk menggalakkan kemunculan industri

baharu.

Page 4: Pradasar Ekonomi Baru

Rancangan Jangka Panjang Pertama(1971-1990)

Dasar Ekonomi Baru(DEB)

Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum, kerajaan

telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam Rancangan

Pembangunan Negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali Dasar

Ekonomi Baru (DEB). Dasar yang telah dilancarkan oleh Kerajaan melalui

Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2) bertujuan untuk memperbetulkan

ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud di antara kaum, wilayah dan kawasan

dalam wilayah yang sama di Malaysia.

Matlamat

Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan.

Membaiki dan memodenkan kehidupan di luar bandar.

Pembangunan seimbang untuk mengurangkan jurang perbezaan pendapatan

antara kaum, antara kawasan bandar dengan luar bandar serta antara

wilayah.

Peryertaan dalam aktiviti ekonomi mengikut komposisi kaum

Meningkatkan taraf dan kualiti kehidupan rakyat melalui penyediaan

kemudahan infrasturuktur seperti pendidikan, latihan dan kesihatan.

Mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera.

Strategi Pelaksanaan

Memodenkan kawasan luar bandar untuk meningkatkan taraf kehidupan

golongan miskin.

Menubuhkan agensi seperti Mara, bank Pembangunan, Bank Bumiputera dan

Amanah Saham Nasional.

Menggalakkan pemilikan saham sebanyak 30% untuk Bumiputera, 40% untuk

bukan Bumiputera dan 30% untuk pelabur asing selaras dengan komposisi

kaum menjelang tahun 1990.

Memajukan kawasan yang mundur melalui agensi pembangunan wilayah

baharu seperti Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara(DARA), Lembaga

Kemajuan Johor Tenggara(KEJORA) dan Lembaga Kemajuan Kelantan

Selatan(KESEDAR).

Page 5: Pradasar Ekonomi Baru

a) Rancangan Malaysia Kedua(1971-1975)

Rancangan Malaysia Kedua(RMK-2) melambangkan satu era baru dalam

sejarah perancangan pembangunan Malaysia. RMK-2 dilaksanakan untuk

memperbaiki kedudukan ekonomi yang tidak seimbang antara kawasan dan

kaum yang dianggap sebagai puncan pencetus Peristiwa 13 Mei 1969. RMK-2 ini

merupakan siri pertama dalam rancangan DEB.

Matlamat

Membasmi kemiskinan.

Mempercepat proses penyusunan semula masyarakat Malaysia.

Memodenkan penduduk luar bandar.

Meningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan dengan menambahkan

kemudahan.

Memperbaiki taraf hidup dan kualiti kehidupan melalui pelajaran, latihan,

kesihatan dan kemudahan infrastruktur.

Strategi Pelaksanaan

Penubuhan tanah baharu di kawasan luar bandar.

Penubuhan PETRONAS untuk memajukan industri petroleum.

Penubuhan Perbadanan Nasional(PERNAS) untuk menggalakkan

penyertaan Bumiputera dalam bidang perniagaan.

Penubuhan Lembaga Padi Negara(LPN) untuk menstabilkan harga padi.

Penubuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM) untuk memodenkan

industri perikanan dan meningkatkan taraf hidup nelayan.

Penubuhan Lembaga Pembangunan Bandar(UDA) untuk membangunkan

kawasan bandar.

Penubuhan Lembaga Pertubuhan Peladang(LPP).

Penubuhan Pihak Bekuasa Kemajuan Pekebun-pekebun Kecil

Perusahaan Getah(RISDA) untuk membantu pekebun kecil getah dari segi

penyelidikan dan penamaan getah.

Pembangunan bandar baharu dan pusat perindustrian.

Page 6: Pradasar Ekonomi Baru

b) Rancangan Malaysia Ketiga(1976-1980)

Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3) merupakan peringkat kedua dalam

pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Rancangan ini disediakan berasaskan

kepada kemajuan penting ekonomi dan sosial pada tahun-tahun kebelakangan,

khususnya semasa Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2), dan seterusnya

berpandukan kepada pengalaman yang telah diperolehi dalam proses

mendorongkan pembangunan ekonomi dan sosial.

Matlamat

Meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan meningkatkan taraf hidup

rakyat.

Meningkatkan penyertaan hak milik saham orang Melayu.

Menggalakkan perkembangan sumber mentah.

Memberi tumpuan pada tanaman getah dan kelapa sawit untuk dieksport.

Strategi Pelaksanaan

Pembukaan tanah secara besar-besaran di bawah program pembangunan

wilayah bersepadu seperti Lembaga Kemajuan Terengganu

Tengah(KETENGAH), KEJORA, DARA, dan KESEDAR.

Penyediaan kemudahan pendidikan, perumahan dan kesihatan untuk

rakyat.

Tumpuan terhadap penanaman getah dan kelapa sawit.

Agensi pembangunan wilayah diluaskan peranannya dalam sektor

pembangunan industri dan pembangunan bandar baru.

Page 7: Pradasar Ekonomi Baru

c) Rancangan Malaysia Keempat(1981-1985)

Rancangan Malaysia Keempat (RMK-4) merupakan satu lagi langkah utama bagi

mencapai matlamat-matlamat jangka panjang pembangunan ekonomi dan

perpaduan Negara. Di bawah rancangan ini kerajaan merangka pelbagai

program dalam usaha memesatkan dan meningkatkan lagi pendapatan dan taraf

hidup rakyat negara ini. RMK-4 sebenarnya dilancarkan ketika negara dilanda

kemelesetan ekonomi terutamanya akibat kejatuhan harga pasaran dunia bijih

timah dan getah.

Matlamat

Member tumpuan kepada perkembangan sektor perindustrian berat.

Menyeimbangkan pemilikan saham antara Bumiputera dengan Bukan

Bumiputera.

Strategi Pelaksanaan

Mengenal pasti kawasan perindustrian baharu, iaitu Senawang(Negeri

Sembilan), Skudai(JOHOR), Bayan Lepas(Pulau Pinang) dan Sungai

Way(Selangor).

Penubuhan Perbadanan Industri Berat(HICOM) untuk mengenal pasti,

memulakan dan menjalankan projek perindustrian berat dengan cekap.

Penubuhan Permodalan Nasional Berhad(PNB) dan Skim Amanah Saham

Nasional(ASN).

Pengenalan Dasar Penswastaan dan Dasar Pensyarikatan Malaysia

merupakan perkembangan baru kerana ia melibatkan sektor swasta

dalam menjana pembangunan ekonomi negara.

Memberi perhatian dalam sektor pertanian melalui Dasar Pertanian

Negara(DPN)

Pelaksanaan dasar ekonomi dan dasar sosial seperti:

Dasar Pandang Timur

Dasar Kepimpinan Melalui Teladan

Dasar Bersih, Cekap dan Amanah

Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran

Page 8: Pradasar Ekonomi Baru

Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam

Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara.

d) Rancangan Malaysia Kelima(1986-1990)

Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) telah memperkenalkan satu fasa baru

dalam pembangunan negara dengan strategi yang menekankan pertumbuhan

ekonomi yang sederhana dan stabil.

Matlamat

Menggunakan sumber-sumber sedia ada untuk meningkatkan taraf

ekonomi.

Meningkatkan peranan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi.

Membangunkan perusahaan pembuatan.

Meningkatkan sektor pelancongan.

Menekankan penggunaan tanah untuk membangunkan sektor

pertanian.

Strategi Pelaksanaan

Pelonggaran peraturan pemilikan saham dalam syarikat.

Penubuhan Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia.

Pengenalan syarat-syarat pelaburan rendah untuk menarik

pelaburan.

Pengeluaran kereta nasional oleh Perusaan Otomobil Nasional

Berhad(PROTON).

Pembangunan tanah terbiar oleh FELDA, FELCRA dan RISDA.

Pelancaran Kempen Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990.

Pelancaran Dasar Perindustrian Negara, Pelan Induk Perindustrian

dan Dasar Perindustrian Berat.

Page 9: Pradasar Ekonomi Baru

Rancangan Jangka Panjang Kedua(RRJP2)

Dasar Pembangunan Nasional(1991-2000)

Dasar Pembangunan Nasional(DPN) telah dilancarkan oleh Tun Dr, Mahathir

Mohamad pada 17 Jun 1991. Matlamat DPN adalah untuk mencapai pembangunan

seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatupadu dan adil. DPN yang

menekankan kepada pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama akan

membolehkan semua rakyat Malaysia menyertai bidang-bidang utama aktiviti

ekonomi dan dengan ini dapat memastikan kewujudan kestabilan politik dan

perpaduan negara. Berasaskan matlamat DEB untuk membasmi kemiskinan dan

menyusun semula masyarakat, DPN digubal untuk merangkumi beberapa aspek

penting seperti berikut:

Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan

ekonomi dan pengagihan yang saksama.

Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor¬sektor utama

ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi

mengoptimumkan pertumbuhan.

Mengurang dan akhirnya menghapuskan keadaan ketidaksamaan dan

ketidakseimbangan sosial dan ekonomi dalam negara untuk menggalakkan

perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi daripada

pembangunan ekonomi untuk semua rakyat Malaysia.

Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan

jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi di

kalangan negeri-negeri dan di antara kawasan bandar dan luar Bandar.

Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat

menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi, di samping mempunyai nilai-nilai

sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan

cintakan negara

Memajukan pembangunan sumber manusia termasuk mewujudkan tenaga

kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran-kemahiran

perlu bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri melalui satu

budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula

masyarakat.

Page 10: Pradasar Ekonomi Baru

Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam

perancangan dan pembangunan sosioekonomi yang memerlukan usaha

membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan

berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses

membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden.

Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi,

perhatian yang sewajarnya perlu diberikan kepada perlindungan alam sekitar

dan ekologi dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negaradapat

dikekalkan secara berterusan.

Strategi Pelaksanaan

Aspek-aspek pendidikan dan latihan diberi penekana untuk menghapuskan

kemiskinan.

Mengamalkan dasar liberalisasi supaya sektor awam lebih berani

menghadapi risiko persaingan perdagangan antarabangsa.

Penyusunan semula masyarakat mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan hak

milik bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam bidang ekonomi.

Melancarkan Dasar Telekomunikasi Negara dan Koridor Raya Multimedia.

Perubahan dalam sektor awam dengan tumpuan diberikan pada pelaksanaan

beberapa program bagi tujuan membasmi kemiskinan dan mengurangkan

ketidakseimbangan antara wilayah. Aspek yang ditekankan adalah:

Pendidikan dan latihan

Kesihatan

Jalan pengangkutan luar bandar

Pengangkutan

Perumahan

Bekalan air dan elektrik

Page 11: Pradasar Ekonomi Baru

a) Rancangan Malaysia Keenam(1991-1995)

Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) yang meliputi tempoh 1991-1995,

merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang

Kedua (RRJP2), 1991-2000. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang

terkandung dalam RRJP2 menetapkan keseluruhan objektif, strategi dan

matlamat yang akan dijadikan panduan kepada pembangunan negara dalam

tahun- tahun sembilan puluhan. RMK-6 menjelaskan strategi, program dan

projek yang akan dibentuk bagi mencapai objektif DPN.

Matlamat

Mengekalkan strategi asas DEB iaitu mewujudkan perpaduan dan

mempertahankan pertumbuhan ekonomi.

Mencapai pembangunan seimbang agar negara dapat bersaing dalam

pelbagai sektor.

Meningkatkan pengeluaran hasil pertanian dan perindustrian.

Memberi tumpuan pada penjagaan alam sekitar.

Membangunkan masyarakat yang memiliki nilai-nilai murni.

Strategi Pelaksanaan

Meningkatkan keupayaan tenaga manusia melalui latihan.

Memajukan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam industri

tempatan.

Mendapatkan maklumat tentang pasaran antarabangsa untuk

meningkatkan pasaran barang tempatan.

Menjadikan sains dan teknologi sebagai teras perancangan

pembangunan sosioekonomi negara.

Melancarkan Dasar Sogoshosha Malaysia dan Dasar Sains dan

Teknologi Negara.

b) Rancangan Malaysia Ketujuh(1996-2000)

Page 12: Pradasar Ekonomi Baru

Rancangan Malaysia Ketujuh(RMK-7) dilaksanakan antara tahun 1996 - 2000,

meliputi fasa kedua RRJP2. RMK-7 disedia berasaskan kejayaan pelaksanaan

Rancangan Malaysia Keenam, dan bertujuan membawa negara ke abad ke 21

secara berkesan. Rancangan ini dirangka berasaskan strategi-strategi baru bagi

menangani cabaran dan perubahan yang akan dihadapi oleh masyarakat dan

ekonomi.

Matlamat

Memesatkan pemindahan teknologi berasaskan produktiviti dan

kecekapan buruh dan modal.

Meningkatkan pengeluaran barang berintensifkan modal dan teknologi.

Mencapai pertumbuhan ekonomi negara yang mapan.

Menggalakkan perindustrian global untuk meningkatkan eksport negara.

Mengurangkan import negara.

Meningkatkan daya saing ekonomi dengan memeperkukuh infrasturuktur.

Membangunkan perkhidmatan moden.

Memperkukuh pengetahuan sains dan teknologi.

Strategi pelaksanaan

Meningkatkan keupayaan dalam bidang sains dan teknologi.

Mengukuhkan sistem penyampaian.

Melaksanakan program sekolah satu sesi.

Meningkatkan kemasukan pelajar ke universiti pada peringkat ijazah.

Mengukuhkan aktivitit R&D.

Membaiki kemudahan pendidikan di luar bandar.

Memupuk nilai positi dalam kalangan rakyat.

Meningkatkan semangat dalam kalangan guru.

Meningkatkan penguasaan rakyat dalam Bahasa Malaysia dan bahasa

Inggeris.

Menggalakan penyertaan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi

negara.

Rancangan Jangka Panjang Ketiga(RRJP3)

Page 13: Pradasar Ekonomi Baru

Dasar Wawasan Negara(2001-2010)

RMK-8 juga turut memperkenalkan Dasar Wawasan Negara (DWN) yang

menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang lepas, iaitu Dasar Ekonomi

Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dengan objektif utama

mencapai perpaduan nasional. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum,

penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang masih menjadi

strategi utama. DWN juga berpandu kepada cabaran strategik Wawasan 2020 yang

menyediakan hala tuju kepada Malaysia untuk menjadi negara maju sepenuhnya

menjelang 2020.

Bagi merealisasikan objektif ini, DWN akan merangkumi teras kritikal seperti

berikut:-

Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan.

Menyemarakkan semangat patriotik, membentuk kematangan politik,

membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang juga

tersemat dengan nilai positif dan meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan

ekonomi

Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan

sumber pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan

ekonomi makro.

Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan

liberalisasi.

Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah

strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan

mengoptimumkan daya pemikiran rakyat.

Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga

kerja yang cekap, produktif dan berpengetahuan.

Meneruskan pembangunan alam sektor yang mapan untuk meneguhkan

pertumbuhan jangka panjang.

a) Rancangan Malaysia Kelapan(2001-2005)

Page 14: Pradasar Ekonomi Baru

Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) yang meliputi tempoh 2001 – 2005

merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang

Ketiga (RRJP3), 2001 – 2010. RMK-8 menggabungkan strategi, program dan

projek yang dirangka bagi mencapai objektif DWN, iaitu pertumbuhan mapan dan

pengukuhan daya tahan ekonomi serta mewujudkan masyarakat yang bersatu

padu dan saksama. Dasar dan strategi dalam tempoh RMKe-8 memberi tumpuan

untuk mencapai pertumbuhan mapan dengan berdaya tahan.

Matlamat

Melaksankan Dasar Wawasan Negara kearah pembangunan seimbang

dalam mencapai perpaduan Negara.

Memberi tumpuan pada pembangunan semua sektor termasuk teknologi

maklumat.

Mengurangkan kadar kemiskinan kepada 0.5% menjelang tahun 2005.

Strategi Pelaksanaan

Meningkatkan potensi pertumbuhan sektor pertanian, pembuatan dan

perkhidmatan.

Memajukan pelaburan swasta sebagai penggerak pertumbuhan ekonomi

pada kadar 19% setahun.

Mempertingkatkan kemahiran pengurusan, R&D dan teknologi ICT.

Mempertingkatkan daya saing dan produktiviti bagi membolehkan

Malaysia menembusi pasaran antarabangsa seperti digariskan oleh

Pertubuhan Perdagangan Sedunia(WTO).

Meneruskan Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia.

Berusaha mengurangkan deficit perkhidmatan perkapalan dan insurans.

Membendung inflasi dengan menguatkuasakan peraturan meletakkan

tanda, memantau harga barangan asas, menggalakkan automasi dan

meningkatkan penyertaan wanita dan pesara dalam pasaran buruh.

b) Rancangan Malaysia Kesembilan(2006-2010)

Page 15: Pradasar Ekonomi Baru

Rancangan Malaysia Kesembilan telah dibentangkan pada 30 Mac 2006 yang

lalu dengan objektif utamanya ialah “Mengukuhkan Perpaduan Nasional”

bertemakan “Bersama Ke Arah Cemerlang, Gemilang dan Terbilang”. RMK-9

juga dilaksanakan dengan hasrat untuk membina kemakmuran, merupakan

antara rancangan pembangunan negara yang penting dalam sejarah negara,

memandangkan negara kini berada pada titik pertengahan dalam perjalanan

ke arah tahun 2020.

Matlamat

Meningkatkan prestasi dn kemampuan Negara ke tahap yang lebih

cemerlang untuk menghadapi cabaran semasa.

Memperkukuh daya saing dan daya tahan serta meningkatkan inovasi.

Mempertingkatkan produktiviti dan pengetahuan dalam ekonomi.

Membangunkan sumber manusia yang berkemahiran dan

berpengetahuan selaras dengan keperluan pasaran.

Memperhebat langkah pembasmian kemiskinan.

Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan berkualiti tinggi.

Strategi pelaksanaan

Mewujudkan keseimbangan optimum antara matlamat

pertumbuhan ekonomi dengan matlamat pengagagihan yang

saksama.

Meningkatkan usaha membasmi kemiskinan terutama dalam

kalangan penduduk termiskin dan penduduk luar Bandar.

Meningkatkan prestasi agenda pengagihan, terutama pemilikan

ekuiti Bumiputera, pengagihan pendapatan antara kaum dan

pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian

Bumiputera(MPPB).

Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan berkualiti tinggi

melalui system penyampaian yang cekap dan berkesan untuk

memenuhi keperluan rakyat yang semakin meningkat.

Menggalakkan penyertaan IKS sebagai peneraju pertumbuhan

ekonomi.

Page 16: Pradasar Ekonomi Baru

Meningkatkan keberkesanan program penswastaan.

Menguruskan sumber semula jadi secara berhemat dan

mengimbangi pertumbuhan dengan usaha perlindungan alam

sekitar.

Rancangan Malaysia kesepuluh(2011-2015)

Rancangan Malaysia Kesepuluh mengandungi aspirasi Program Transformasi

Kerajaan [Economic Tranformation Programme (ETP), Goverment Tranformation

Programme (GTP)] dan Model Baru Ekonomi yang berteraskan pendapatan tinggi,

keterangkuman dan kemampanan. Rancangan ini merencanakan pembangunan

negara untuk tempoh lima tahun akan datang dengan matlamat untuk

menyampaikan hasil yang dihasratkan untuk semua rakyat. Rancangan ini

menyediakan pentas bagi transformasi struktur utama yang diperlukan oleh ekonomi

berpendapatan tinggi serta hala tuju dasar, strategi dan program baharu yang

membolehkan negara tampil sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi..."

- Perdana Menteri, Malaysia

Malaysia telah sampai ke saat penentuan dalam landasan pembangunannya.

Wawasan 2020 tidak mungkin dapat dicapai tanpa transformasi ekonomi, sosial dan

kerajaan. Untuk mengerakkan negara ke hadapan, kerajaan telah merumuskan satu

rangka kerja yang mengandungi empat tonggak bagi mendorong perubahan iaitu

1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (PTK), Program Transformasi

Ekonomi (PTE) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10).

Konsep 1Malaysia, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” untuk

menyatukan semua rakyat Malaysia bagi menghadapi cabaran yang mendatang dan

Program Transformasi Kerajaan (PTK) untuk memantapkan perkhidmatan awam

dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Areas, NKRA).

Program Transformasi Ekonomi (PTE)  merupakan tonggak utama yang akan

melonjakkan Malaysia ke arah status negara maju sejajar dengan matlamat

Wawasan 2020. Sementara itu, Rancangan Malaysia ke-10 pula akan

Page 17: Pradasar Ekonomi Baru

menggembelengkan usaha untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara

berpendapatan tinggi.

Rancangan Malaysia Kesepuluh mengandungi aspirasi Program Transformasi

Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang berteraskan pendapatan tinggi,

keterangkuman dan kemampanan. Pakej transformasi sosioekonomi RMKe-10

yang mengandungi 6 hala tuju strategik dirangka berteraskan Misi Nasional. Hala

tuju strategik ini akan memastikan negara kembali kepada trajektori Wawasan 2020

dan menyediakan landasan yang kukuh lagi mampan bagi kesinambungan

rancangan pembangunan seterusnya. Untuk menghadapi cabaran dan

merealisasikan RMK-10, dua garis panduan seperti yang berikut telah disediakan:

a) Garis Panduan Pertama RMK-10

b) Garis Panduan Kedua RMK-10

Tujuan Garis Panduan Pertama RMK-10

Memaklumkan rangka kerja ekonomi makro bagi tempoh 2011-2015 yang

mengandungi Bidang Keberhasilan Utama(KRA) dengan outcome dan

strategi berdasarkan lima teras Misi Nasional.

Menggariskan hala tuju strategik ke arah mencapai status negara

berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020.

Memaklumkan Bidang Keberhasilan Utama(KRA) serta rancangan dan

pelaksanaan RMK-10 berasaskan pendekatan outcome.

Memohon kementerian mengemukakan cadangan KRA, outcome dan

strategik masing-masing selaras dengan hala tuju strategi, KRA dan outcome.

Bagi mencapai tujuan ini, lima Mission Cluster Group(MCG) berdasarkan Misi

Nasional telah ditubuhkan.

Tujuan Garis Panduan Kedua RMK-10

Memaklumkan prospek ekonomi makro serta saiz pelaburan sektor awam

bagi tempoh dua tahun pertama RMK-10.

Menjalankan kaedah perancangan dan pelaksanaan RMK-10 serta

penyediaan Pelan Pelaburan Sektor Awam bagi tempoh 2011-2012.

Page 18: Pradasar Ekonomi Baru

Member panduan mengenai penyediaan cadangan program dan projek bagi

tempoh 2011-2012.

Strategi pelaksanaan

Perancangan dan pelaksanaan program dan projek serta penyediaan siling

RMK-10 dibuat secara rolling setiap dua tahun.

Program dan projek RMK-10 akan didokumen sebagai Pelan Pelaburan

Sektor Awam yang mengandungi sasaran outcome, KPI, program dan projek

serta siling.