ekonomi- dasar kewangan

31
DASAR KEWANGAN Dasar kewangan ialah tindakan oleh Bank Pusat atau Bank Negara untuk mempengaruhi ekonomi dengan mengawal bekalan wang dan mengubah kadar bunga dalam negara. 1

Upload: nur-az

Post on 23-Jun-2015

2.031 views

Category:

Economy & Finance


3 download

DESCRIPTION

Ekonomi Dalam Pengurusan Awam 2

TRANSCRIPT

Page 1: Ekonomi- Dasar kewangan

DASAR KEWANGAN

Dasar kewangan ialah tindakan oleh Bank Pusat atau Bank Negara untuk mempengaruhi ekonomi dengan mengawal bekalan wang dan mengubah kadar bunga dalam negara.

1

Page 2: Ekonomi- Dasar kewangan

Selain daripada melaksanakan dasar kewangan, bank negara juga mempunyai fungsi-fungsi yang lain iaitu :

bertindak sebagai bank kepada kerajaan, bank kepada bank-bank perdagangan, mengawal aktiviti bank perdagangan, mengawal kadar pertukaran asing dan mengeluarkan wang syiling dan wang

kertas.

2

Page 3: Ekonomi- Dasar kewangan

Dasar kewangan boleh dibahagikan

kepada 2 jenis;

A. Dasar kewangan kuantitatif B. Dasar kewangan kualitatif

3

Page 4: Ekonomi- Dasar kewangan

DASAR

KEWANGAN KUANTITATIF

4

Page 5: Ekonomi- Dasar kewangan

• Dasar kewangan kuantitatif ialah tindakan bank negara menambah atau mengurangkan bekalan wang dalam ekonomi.

• Semasa inflasi, kerajaan akan mengurangkan penawaran wang.

• Semasa deflasi pula, kerajaan akan meningkatkan penawaran wang.

Di antara instrumen dasar kewangan kuantitatif ialah:

5

Page 6: Ekonomi- Dasar kewangan

i. Operasi Pasaran Terbuka

Kerajaan, melalui Bank Pusat akan menjual atau membeli surat-surat berharga kerajaan kepada orang ramai, syarikat-syarikat dan juga institusi kewangan.

Apabila orang ramai membeli surat berharga, mereka akan membayar menggunakan cek atau wang tunai.

6

Page 7: Ekonomi- Dasar kewangan

• Oleh itu, kuasa beli masyarakat akan berkurangan, kerana biasanya surat-surat berharga kerajaan mempunyai tempoh matang yang melebihi setahun.

• Begitu juga jika bank perdagangan membeli surat berharga kerajaan, dana yang boleh dipinjamkan kepada orang ramai akan berkurang.Maka penawaran wang di dalam ekonomi akan berkurang.

• Sebaliknya, jika bank perdagangan menjual semula surat-surat berharga ini, penawaran wang dalam ekonomi akan bertambah.

 7

Page 8: Ekonomi- Dasar kewangan

ii. Nisbah Cadangan Minima

 Nisbah cadangan minima boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu nisbah cadangan berkanun dan nisbah cadangan tunai.

Biasanya bank pusat akan menetapkan peratusan tertentu daripada simpanan pelanggan yang tidak boleh diberi pinjaman oleh bank perdagangan.

8

Page 9: Ekonomi- Dasar kewangan

Sekiranya Bank Pusat mendapati penawaran wang agak banyak dalam pasaran, maka bank pusat boleh mengarahkan bank perdagangan meningkatkan nisbah cadangan berkanun atau nisbah tunai yang disimpan.

Dengan kenaikan ini, keupayaan bank perdagangan untuk memberi pinjaman akan terbatas. Nisbah cadangan berkanun disimpan di bank pusat manakala nisbah cadangan tunai disimpan di bank perdagangan. 9

Page 10: Ekonomi- Dasar kewangan

iii. Mengubah Kadar Bunga dan Kadar Diskaun

  Bank pusat boleh mengarahkan semua institusi kewangan untuk mengubah kadar bunga supaya selaras dengan keperluan ekonomi.

Institusi kewangan termasuk bank perdagangan juga membuat pinjaman kepada bank pusat untuk membiayai aktiviti mereka.

10

Page 11: Ekonomi- Dasar kewangan

Biasanya bank pusat sebagai sumber pinjaman terakhir. Jika pinjaman diberi, bank pusat akan mengenakan kadar bunga ke atas pinjaman tersebut.

Dengan cara ini bank pusat dapat mengawal kadar bunga yang dikenakan kepada institusi kewangan selaras dengan keperluan bekalan wang dalam ekonomi.

11

Page 12: Ekonomi- Dasar kewangan

Kadangkala bank perdagangan membuat pinjaman kepada bank pusat dengan menjual surat berharga milik bank perdagangan.

Apabila bank pusat membeli surat-surat berharga tersebut, ia akan membayar pada harga yang lebih rendah daripada harga yang sebenarnya.

Langkah bank perdagangan menjual surat-surat berharga ini kepada bank pusat dinamakan mendiskaunkan surat-surat berharga.

Bank pusat akan menetapkan kadar diskaun dalam peratusan tertentu.

12

Page 13: Ekonomi- Dasar kewangan

Jika Bank Pusat ingin membantu bank perdagangan, ia akan meletakkan kadar diskaun yang rendah, contohnya 5%. Oleh itu 95% tunai adalah milik bank perdagangan.

• Sebaliknya jika bank pusat ingin menyekat penawaran wang yang berlebihan, ia akan meletakkan kadar diskaun yang tinggi, misalnya 20%, oleh itu 80% tunai adalah milik bank perdagangan.

• Dengan diskaun yang tinggi, keupayaan bank perdagangan untuk memberi pinjaman akan terbatas.

13

Page 14: Ekonomi- Dasar kewangan

iv. Funding

Iaitu langkah bank pusat menjual surat-surat berharga kerajaan yang tempoh matangnya agak panjang, biasanya melebihi 5 tahun.

Ini membolehkan bank pusat mengawal penawaran wang dalam tempoh yang agak lama.

Sekaligus dapat mengawal perbelanjaan aggregat dalam ekonomi.

14

Page 15: Ekonomi- Dasar kewangan

v. Simpanan Khas/ Rizab Berkanun

Bank Pusat juga boleh mengarahkan bank perdagangan meningkatkan simpanan khas mereka yang terdapat di bank pusat.

Dengan cara ini, bank pusat dapat menyekat keupayaan bank perdagangan untuk memberi pinjaman kepada pelanggan.

15

Page 16: Ekonomi- Dasar kewangan

DASAR

KEWANGAN

KUALITATIF

16

Page 17: Ekonomi- Dasar kewangan

 i. Kawalan Kredit Terpilih

Bagi tindakan ini, bank pusat akan

menekankan kepada kawalan pinjaman secara langsung dengan mengenakan sekatan berupa garis panduan, arahan yang tujuannya ialah untuk mempengaruhi haluan pemberian pinjaman.

17

Page 18: Ekonomi- Dasar kewangan

Dengan langkah ini, Bank Pusat bukan sahaja dapat memastikan jumlah bekalan wang dalam ekonomi, malah boleh mempengaruhi aktiviti perniagaan bank perdagangan khususnya dari segi pinjaman dan pelaburan.

18

Page 19: Ekonomi- Dasar kewangan

• Misalnya, kerajaan galakkan pinjaman diberi kepada sektor industri kecil dan sederhana, sektor industri yang berasaskan pertanian atau pinjaman yang lebih banyak ke sektor yang aktiviti-aktivitinya bertujuan untuk membangunkan masyarakat luar bandar, pinjaman untuk membeli rumah kos rendah, pinjaman kepada peniaga bumiputra, peniaga kecil dan sebagainya.

19

Page 20: Ekonomi- Dasar kewangan

Langkah ini dianggap agak berkesan kerana bank pusat dapat mempengaruhi secara langsung kegiatan bank perdagangan disamping dapat mengawal bekalan wang dalam pasaran.

20

Page 21: Ekonomi- Dasar kewangan

ii. Pujukan Moral   Pujukan moral ialah merujuk kepada teknik

tradisi Bank Pusat yang menggalakkan secara tidak rasmi sambutan sukarela yang positif dari institusi kewangan terhadap dasar yang dianjurkan oleh bank pusat dan kerajaan.

Falsafah di bawah pujukan moral terletak di atas andaian bahawa perlaksanaan dasar boleh dijadikan lebih berkesan jika institusi kewangan sendiri mengambil inisiatif untuk membantu kerajaan.

21

Page 22: Ekonomi- Dasar kewangan

Biasanya bank pusat akan mengadakan pertemuan at au mengeluarkan surat pekeliling memaklumkan keutamaan-keutamaan kerajaan dalam sistem kewangan.

 

22

Page 23: Ekonomi- Dasar kewangan

Bank pusat akan menerangkan arah tuju pinjaman yang sewajarnya diberikan. Oleh itu di dalam pujukan moral, kemungkinan arahan-arahan yang dibuat adalah berkaitan dengan perubahan dalam instrumen kuantitatif atau instrumen kualitatif.

 Sejak penubuhan Bank Pusat pada 26/01/1959, pengalaman Malaysia mendapati pujukan moral adalah satu strategi yang berkesan apabila ia disokong dengan dasar kewangan kuantitatif. 23

Page 24: Ekonomi- Dasar kewangan

Dasar Kewangan

Dan Kesannya

ke atas

Kegiatan Ekonomi  

24

Page 25: Ekonomi- Dasar kewangan

• Klasik dan Keynes mempunyai pendapat yang berbeza mengenai kesan dasar kewangan ke atas ekonomi.

• Mengikut Klasik, apabila dasar kewangan dilaksanakan, ia hanya memberi kesan ke atas tingkat harga. Iaitu, jika bekalan wang dinaikkan, hanya harga akan meningkat.

• Begitu juga sebaliknya, jika bekalan wang dikurangkan, harga akan turun. Pendapat ini disandarkan kepada Teori Kuantiti Wang Irvin Fisher iaitu:

25

Page 26: Ekonomi- Dasar kewangan

MV = PYDimana :

M = bekalan wang,

V = halaju peredaran wang,

P = paras harga dan

Y = barang siap dan separuh siap.

26

Page 27: Ekonomi- Dasar kewangan

Oleh sebab ekonomi diandaikan mencapai guna tenaga penuh (GTP), maka V dan Y juga diandaikan tetap.

Oleh itu, jika M naik 20%, harga akan naik 20%. Jika M turun 20%, harga akan turun 20%.

Analisa Klasik juga disandarkan kepada Teori Baki Tunai oleh Alfred Marshall iaitu:

27

Page 28: Ekonomi- Dasar kewangan

Md = kPY Di mana,

Md = permintaan wang,

k = peratus tertentu wang yang ingin

dipegang oleh orang ramai,

P = paras harga dan

Y = barang siap dan separuh siap.

28

Page 29: Ekonomi- Dasar kewangan

Dalam keseimbangan pasaran wang, permintaan wang (Md) = penawaran wang (Ms), oleh itu:

  Md = Ms

Ms = kPY

  k & Y diandaikan tetap, maka jika M dinaikkan, tingkat harga juga akan naik.

Begitu juga jika M turun, harga juga akan turun.

29

Page 30: Ekonomi- Dasar kewangan

Keynes pula menerangkan perubahan bekalan wang akan mempengaruhi kadar bunga, kadar bunga akan mempengaruhi pelaburan, pelaburan akan mempengaruhi perbelanjaan aggregat. Perbelanjaan aggregat akan mempengaruhi pendapatan negara. Analisa mengenai perubahan bekalan wang dan kesannya kepada ekonomi boleh diterangkan melalui mekanisme tranmisi Keynes.

30

Page 31: Ekonomi- Dasar kewangan

Mekanisme ini diterangkan dalam rajah yang berikut: MS 110

31