bab 12 dasar ekonomi

34
bachelor BAB 12 DASAR EKONOMI

Upload: abu-zuhaily

Post on 04-Jul-2015

1.364 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Bab 12

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 12 Dasar Ekonomi

bachelor

BAB 12DASAR EKONOMI

Page 2: Bab 12 Dasar Ekonomi

bachelor

DASAR-DASAR EKONOMI

DASAR EKONOMI BARU

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL

DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA

DASAR PERTANIANNEGARA

DASAR PENSWASTAANNEGARA

DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA

Page 3: Bab 12 Dasar Ekonomi

bachelor

DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA (EKONOMI)Dasar Pembangunan : Asas atau tapak, panduan besar, falsafah (yang ada matlamat

tertentu) dan peraturan mengenai cara mencapai matlamat dasar tersebut.

Pembangunan Merujuk kepada usaha untuk mengubah masyarakat atau negara

daripada keadaan mundur kepada maju. Pada peringkat awal, pembangunan lebih berkaitan dengan

pembangunan ekonomi di mana pertambahan dalam KDNK dan pendapatan perkapita dijadikan indicator pembangunan.

Perubahan ini merangkumi aspek social, ekonomi, politik, kebudayaan dll termasuk aspek kebendaan dan bukan kebendaan, sumber fizikal dan manusia.

Umumnya, pembangunan merupakan kemampuan manusia memenuhi potensi mereka untuk mempastikan mereka dapat memperolehi keperluan-keperluan asas, pekerjaan dan kesamarataan

Page 4: Bab 12 Dasar Ekonomi

bachelor

Kepentingan Dasar Pembangunan Membawa negara kearah pembangunan yang dicapai

oleh barat iaitu pembangunan industri. Malaysia sedang menuju kearah menjadi sebuah Negara industri baru.

Malaysia tidak mengunakan kaedah Barat dalam usaha menjadi sebuah negara industri tetapi Malaysia mempunyai perancangan dan dasar-dasar pembangunan yang bersesuaian dengan pengalaman sejarah dan keperluan rakyatnya.

Merancang program-program pembangunan secara teratur. Kesemua program yang dirancang dan dilaksanakan dengan teratur dan bukannya secara mendadak. Ini kerana program pembangunan mempunyai kaedah, tujuan dan matlamat khusus tertentu untuk dicapai.

Dasar-dasar pembangunan ini tercatat dalam dokumen-dokumen rasmi kerajaan, khususnya dalam buku-buku Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara.

Page 5: Bab 12 Dasar Ekonomi

bachelor

Penekanan Dasar-Dasar Pembangunan RM 1 (1956-1960) produktiviti pertanian RM 2 (1961-1695) kepelbagaian tanaman RML1 (1966 – 1970) Pembangunan Luar Bandar

- Infrastruktur

- Khidmat Sosial RRJP 1 dan DEB Pembangunan dan Kesaksamaan DEB --

Pembasmian kemiskinan

penyusunan semula masyarakat RML 2 (1971-1975)Pertumbuhan dan pengagihan semula RML 3 (1976-1980)Pembasmian kemiskinan RML 4 (1981-1985)Penyusunan semula masyarakat RML 5 (1986-1990)Pembasmian kemiskinan dan penyusunan

semula masyarakat

Page 6: Bab 12 Dasar Ekonomi

bachelor

RRJP 2 dan DPN : Pembangunan seimbang

- Ekonomi – sosial

- negeri- negeri

- bandar – Luar Bandar

- Pengagihan

RML 6 (1991 -1995)

RML 7 (1995 -2000)

RML 8 (2001 -2005)

RML 9 (2005 -2009) Setiap rancangan pembangunan mempunyai strategi-strategi

tertentu untuk mencapai matlamat pembangunan

Page 7: Bab 12 Dasar Ekonomi

bachelor

Dasar Ekonomi Baru Kesan dari “Dasar Pecah dan Perintah” Inggeris, wujud jurang

ekonomi antara kaum, wujud politik perkauman, wujud prasangka antara kaum.

Diperkenalkan pada tahun 1970. Matlamat Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum; Menyusun semula masyarakatStrategi Meningkatkan produktiviti dan pendapatan golongan miskin desa

melalui pembukaan tanah baru dan penempatan petani; Mewujudkan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan di sektor

perkilangan; Memperbaiki infrastruktur (jalanraya, pengairan) Membaiki kemudahan awam (kesihatan, telefon dll) Meluaskan peluang-peluang pekerjaan kepada semua kaum; Mengalakkan penglibatan semua kaum dalam semua jenis aktiviti

ekonomi, sosial dan politik dan Memodenkan suasana hidup luar bandar. DEB merupakan satu strategi negara dalam menghadapi realiti

‘perbezaan etnik’ kearah mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai aspek kehidupan.

Page 8: Bab 12 Dasar Ekonomi

bachelor

Kejayaan DEB KDNK - RM21,548 juta (1970)

RM59,155 juta (1990) Pendapatan Berkapita - RM1,109 (1970)

RM6,180 (1990) Kadar kemiskinan bagi - 42.4% (1976)

keseluruhan isi rumah 17.1% (1990) Kadar kemiskinan - 50.9% (1976)

luar bandar 17.1% (1990) Hak milik modal - 2.4% (1976)

saham bumiputera 20.3% (1990)

Page 9: Bab 12 Dasar Ekonomi

bachelor

Dasar Pembangunan Nasional Dasar kesinambungan DEB dalam bentuk baru, iaitu ia telah

digubal dengan iktibar DEB. DPN Dilaksanakan dalam tempoh RRJP 2 iaitu dalam masa 10

tahun sahaja. Merupakan satu pertiga daripada Wawasan 2020 (1991-2020 = RM

6 – RM 11). Falsafah DPN Langkah awal ke arah mencapai taraf negara maju (dari segi

ekonomi, politik, kerohanian, psikologi dan kebudayaan). Tumpuan DPN adalah kepada : Strategi membasmi kemiskinan di kalangan golongan termiskin,

iaitu dengan menurunkan kadar kemiskinan relatif. Mewujudkan guna tenaga dan pembangunan pesat sebuah

“Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera” (MPPB). Penglibatan sektor swasta juga ditingkatkan bagi membantu proses

penyusunan semula masyarakat Pembangunan sumber manusia sebagai asas penting dalam

mencapai matlamat pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama.

Page 10: Bab 12 Dasar Ekonomi

bachelor

Strategi DPN Membasmi kemiskinan dan meningkatkan kualiti hidup Mengemaskan dan perlaksanaan dan pendekatan

program membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum Keluarga termiskin – Program Pembangunan Rakyat Termiskin

(PPRT) Program NGO

Menyediakan kemudahan-kemudahan asas bagi isi rumah bandar dan desa, termasuk ladang dan kampong baru.

Mengurangkan masalah kemiskinan relatif (perbezaan pendapatan antara yang kaya dengan yang miskin) dengan mengadakan peluang-peluang ekonomi kepada yang berpendapatan rendah terutamanya di kawasan mundur dan negeri-negeri yang kurang maju.

Page 11: Bab 12 Dasar Ekonomi

bachelor

Menyusun semula masyarakat – pengagihan melaluipertumbuhan Guna tenaga dalam ekonomi Negara disusun semula

dengan tumpuan meramaikan golongan bumiputera dalam bidang-bidang professional, pengurusan dan teknikal.

Sumber manusia dibangunkan dengan latihan dan pendidikan

Sektor swasta dilibatkan secara aktif dalam memberikan peluang pekerjaan dan meningkatkan keupayaan MPPB

Mempelbagaikan asas ekonomi negeri-negeri yang kurang maju dan memperluaskan infrastruktur fizikal, ekonomi dan sosial negara.

Page 12: Bab 12 Dasar Ekonomi

bachelor

Dasar-Dasar Khusus PembangunanDasar Perindustrian Negara Matlamat : Mempergiatkan lagi proses industrialisasi negara agar sektor

pembuatan menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi negara. Sektor perindustrian diharapkan dapat menambahkan eksport,

membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta latihan teknikal dan kemahiran.

Untuk mencapai matlamat, Kajian Dasar Perindustrian Malaysia (KPDM) dan Pelan Induk Perindustrian (PIP) diwujudkan untuk menyemak dan mengubahsuai dasar yang sedia ada dan mengkaji semula galakan pelaburan dan dasar peningkatan eksport.

PIP bertujuan untuk menggubal objektif pembangunan perindustrian secara am dalam mengenal pasti strategi-strategi untuk sektor-sektor kecil yang berpotensi untuk bertumbuh pesat.

Objektif PIP: Menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin pertumbuhan

perindustrian Negara; Mengalakkan pengunaan sepenuhnya sumber asli negara; Meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi

tempatan.

Page 13: Bab 12 Dasar Ekonomi

bachelor

Untuk mencapai matlamat tersebut, PIP telah mengenalpasti 12 sektor industri yg patut diberi penekanan Antara sektor tersebut ialah :a) getah e) kimiab) kelapa sawit f) mineral bukan logamc) kayu-kayan g) logam bukan ferusd) makanan

Lima sektor merupakan industri bukan berasaskan sumber: elektronik dan elektronik,peralatan pengangkutan, mesin dan kejuruteraan, logam ferus serta tekstil dan pakaian.

Strategi PIPa) melaksanakan dasar perindustrian berpandangan luar. b) memajukan insentif industri berasaskan sumber untuk dieksport dan pelbagai industri bukan berasaskan sumber untuk dieksport.c) memajukan industri berat terpilih utk mernyokong industri eksport.d) memoden dan menyusu semula struktur perindustrian dgn pertingkatkan pembangunan IKS (Industri Kecil dan Sederhana)

Page 14: Bab 12 Dasar Ekonomi

bachelor

Dasar Pertanian Negara Pelaksanaan DPN 1 mulai tahun 1984 dan DPN2 mulai

tahun 1992, sektor pertanian telah mencatatkan kadar pertumbuhan purata tahunan sebanyak 3.2%.

Diwujudkan kerana sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi negara semakin merosot

Sebagai langkah meningkat sumbangan sektor pertanian dalam perkembangan ekonomi negara.

Keperluan meningkatkan taraf hidup sebahagian besar golongan miskin yang kebanyakkannya terlibat dalam sektor pertanian.

Page 15: Bab 12 Dasar Ekonomi

bachelor

Objektif Dasar Pertanian Memaksimumkan pendapatan sektor pertanian Memaksimumkan pendapatan pengusaha/pekebun kecil melalui

peningkatan daya pengeluaran supaya kadar kemiskinan dapat dikurangkan dan kualiti hidup keluarga diperbaiki

Memaju dan meningkatkan hasil serta mutu komoditi-komoditi yang mempunyai potensi besar untuk eksport atau bahan gantian import

Strategi Pembukaan tanah-tanah baru yang melibatkan agensi-agensi

seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), FELCRA dan RISDA dan agensi pembangunan wilayah.

Pembangunan masyarakat luar bandar melalui pembangunan in situ,

Pemulihan kawasan-kawasan mundur dan sistem pengurusan tanaman yang tidak menguntungkan

Projek pembangunan diletakkan di bawah pembangunan pertanian bersepadu seperti MADA dan KADA.

Page 16: Bab 12 Dasar Ekonomi

bachelor

Penyediaan perkhidmatan sokongan pertanian yang melibatkan agensi-agensi kerajaan seperti PORIM, RRI, MARDI, RISDA dan FAMA

Pembangunan sifat-sifat kemanusiaan, sosial dan institusi desa bagi menanamkan nilai-nilai yang positif seperti berdikari, berdaya maju dan saling bantu membantu di kalangan masyarakat desa.

Dasar Pertanian Negara 3 (1998-2010)Objektif utama – memaksimunkan pendapatan melalui

penggunaan sumber secara optimun dalam sektor ini. Objektif lain :

a) meningkatkan sekuriti makanan (food sekurity)

b) meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian

c) mengukuhkan hubungan dgn sektor2 lain

d) mewujudkan sumber baru untuk pertanian

e) memulihara dan menggunakan sumber asli secara tetap

Page 17: Bab 12 Dasar Ekonomi

bachelor

Dasar Penswastaan Konsep Dilancarkan pada tahun 1983 Pemindahan kepentingan atau pelaburan kerajaan yang tertentu

kepada sektor swastaRasional utama : Pengurusan sesebuah perusahaan oleh kerajaan biasanya tidak

cekap berbanding pengurusan yang dikendalikan oleh pihak swastaObjektif Dasar : Mengurangkan beban kerajaan; Meningkatkan kecekapan dan penghasilan kerja; Mengalakkan pertumbuhan ekonomi; Mengagihkan sumber secara cekap Mempercepatkan pencapaian hasrat DEBPenswastaan diharap akan dapat meningkatkan prestasi ekonomi danperkhidmatan sesebuah perusahaan agar kadar pertumbuhan ekonomi negara dapat dipertingkatkan.

Page 18: Bab 12 Dasar Ekonomi

bachelor

Dasar Penswastaan

Sebahagiansebahagian hak milik

kerajaanpindah kpd swasta.

Syarikat Airod

KontrakPerkhidmatan tertentu

Oleh pihak swastaContoh Alam Flora

TerpilihPerkhidmatan terpilih sahaja

diswastakan Contoh Dermaga Kontena

Pelabuhan Klang

PerniagaanSebahagian hak milik dikuasai

oleh kerajaanCth – TNB dan TM

Page 19: Bab 12 Dasar Ekonomi

bachelor

Dasar Pensyarikatan Malaysia Berlandaskan kepada kesedaran bahawa kedua-dua sektor awam

dan swasta harus memupuk kerjasama erat dan saling tolong menolong di antara satu sama lain.

Kerjasama antara awam dan swasta diharapkan akan dapat membantu pertumbuhan ekonomi Negara

Objektif Kurangkan persaingan dan pertentangan khasnya berkaitan dengan

matlamat organisasi, peraturan dan perhubungan. Wujudkan kerjasama erat dan berkesan demi pembangunan negara Hapuskan sifat ‘permusuhan’ dengan mengalakkan perkongsian

maklumat dan saling memahami akan prosedur dan matlamat kedua belah pihak, dan tingkatkan hasil negara

Strategi utama Mengalakkan aktiviti-aktiviti yang bertujuan mempereratkan

kerjasama antara kedua sektor.

Page 20: Bab 12 Dasar Ekonomi

bachelor

Hala Cara Baru dalam Pembangunan Kampung dan Luar Bandar Pembangunan luar Bandar telah dilaksanakan oleh kerajaan sejak

tahun 1950-an. Sebagai kesinambungan, kerajaan telah memperkenalkan dasar ini

terutamanya untuk mengurangkan kadar kemiskinan yang masih tinggi di kalangan penduduk desa dan seterusnya menghapuskan kemiskinan desa

Diperkenalkan dengan alasan bahawa cara lama adalah kurang berjaya membawa perubahan yang diharapkan.

Matlamat : Mengurangkan kadar kemiskinan di luar bandar untuk meninggikan

pendapatan petani dan pekebun kecil Strategi dicadangkan : Pengelompokkan kampung-kampung; Penyatuan tanah dan pengurusan aktiviti pertanian secara

komersial Pembangunan industri kampung.

Page 21: Bab 12 Dasar Ekonomi

bachelor

Dasar Pandang ke Timur

Pengenalan Diumumkan oleh Tun Mahathir pada 8 Februari 1982 Dasar ini mengkaji , meneliti dan memilih contoh dan teladan terbaik

dari Jepun dan Korea dan menyesuaikan dgn situasi di Malaysia

Rasional Jepun dan Korea dua negara pesat membangun di Asia Timur Dua negara dijadikan contoh dan untuk mencapai matlamat

pembangunan negara dalam pengurusan dan pembangunan sektor awam dan swasta

Objektif Menigkatkan prestasi pengurusan dan pembangunan negara dan

wujud nilai dan etika kerja yang positif Tumpuan kpd kerajinan dan disiplin bekerja, keutamaan kumpulan,

produktiviti dan kualiti, dan peningkatan kecekapan Memperluaskan hubungan dagangan dgn rakan bukan tradisi

Page 22: Bab 12 Dasar Ekonomi

bachelor

Strategi dan Program DPT

1 Perubahan Stuktur Kad perakam waktu kerja (punch card)Penggunaan name tagPejabat terbukaFail meja dan manual prosedur kerja

2 Perubahan Sikap Perkhidmatan cemerlangKonsep bersih, cekap dan Amanah (BCA)Kepimpinan melalui teladan

3 Latihan dan kursus Latihan Perindustrian dan Teknikal

tujuan program bagi melatih pekerja bidang teknikal untuk tinggikan kecekapan dan nilai kerja positif.Program pengajian Akademik

Beri peluang pelajar tuntut ilmu sains dan teknikal di Jepun dan Korea

Page 23: Bab 12 Dasar Ekonomi

bachelor

Latihan dan kursus Program pengajian teknikal

Peluang latihan teknikal lanjutan di Jepun dan Korea kpd pelajar lepasan SPVM dan PoliteknikProgram Kemajuan eksekutif

Latihan kpd eksekutif dalam bidang pengurusan Sogoshosha, perjawatan.

Page 24: Bab 12 Dasar Ekonomi

bachelor

WAWASAN 2020 Pengenalan Wawasan 2020 terkandung dalam ucapan dasar PM, Dr. Mahathir,

di majlis pelancaran penubuhan Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991.

Di dalam kertas kerjanya “Malaysia melangkah ke hadapan” PM telah mengemukakan beberapa pandangan beliau tentang arah pembangunan negara dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri yang benar-benar maju menjelang tahun 2020.

Kemajuan ini bukan sekadar meliputi aspek ekonomi, tetapi juga aspek politik, sosial, budaya, psikologi dan kerohanian.

Bukan tiruan tetapi kemajuan menurut acuan negara sendiri. Wawasan 2020 ada kaitan rapat dengan empat dokumen lain yang

membicarakan pembangunan negara, iaitu Rangka Rancangan Jangka Panjang II (1990 – 2020) Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (1990 – 2000) Rancangan Malaysia ke-6 (1991 – 1995) Rancangan Malaysia ke-7 (1996 – 2000)

Page 25: Bab 12 Dasar Ekonomi

bachelor

Wawasan 2020 tidak boleh dibincangkan sebagai satu dokumen yang terpisah daripada RRPJ II, DPN, Rancangan Malaysia ke-6 dan ke-7 kerana kelima-lima dokumen ini bertidan lapis dan saling menyokong antara satu sama lain.

Kelima-lima dokumen tersebut, w/pun berbeza dari segi jangka masa dan skop, tetapi masih berkongsi objektif yang sama iaitu ‘untuk membangunkan sebuah negara yang progresif, maju dan bersatu padu’.

Menurut Perdana Menteri, matlamat menjadikan Malaysia negara maju dan industri tidak akan tercapai sehingga rakyat dan negara mengatasi sembilan cabaran asasi yang strategis. Wawasan 2020 bolehlah dianggap sebagai memberi kerangka atau formula untuk mencapai sasaran sosioekonomi yang tertentu dalam masa tiga puluh tahun.

Cabaran-cabaran yang perlu ditangani oleh semua pihak untuk mencapai tahap negara yang maju dan progresif :

Page 26: Bab 12 Dasar Ekonomi

bachelor

Cabaran 1 : Membentuk sebuah negara bangsa yangbersatu padu Cabaran asas dan paling utama Perpaduan yang dimaksudkan di sini bukan sekadar

mewujudkan integrasi di kalangan kelompok etnik dan wilayah, tetapi lebih dari itu. Mestilah dicirikan oleh kesejahteraan – rakyatnya menikmati bersama suasana kehidupan yang sejahtera dan persamaan hak serta keadilan.

Untuk mencapai perpaduan negara dan satu identiti Malaysia, rakyat Malaysia harus menyedari dan berazam menerima negara Malaysia sebagai negara kita.

Sebuah negara bangsa yang bersatu padu hanya boleh dicapai apabila rakyatnya semua hidup sejahtera dan berkongsi persamaan hak dan keadilan.

Pembentukan bangsa Malaysia – satu identiti Malaysia

Page 27: Bab 12 Dasar Ekonomi

bachelor

Cabaran 2 : Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia

yang bebas, teguh dan mempunyai keyakinan diri Prasyarat penting dalam usaha menjadikan Malaysia

sebuah negara maju. Untuk memenuhi cabaran kedua ini, anggota

masyarakat mestilah dididik dan dilatih dengan baik. Melalui latihan dan didikan, keyakinan diri dapat diperteguhkan dan ini dapat membantu mewujudkan negara yang dinamik serta mampu menghadapi segala cabaran dan halangan.

Page 28: Bab 12 Dasar Ekonomi

bachelor

Cabaran 3 : Membangunkan masyarakat demokratisyang matang Untuk mewujudkan sebuah negara yang benar-benar maju

masyarakat Malaysia perlu dibentuk untuk menjadi sebuah masyarakat demokratis yang matang.

Cabaran 4 : Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh moraldan etikanya dan utuh nilai keagamaannya. Budi pekerti yang luhur, nilai-nilai moral,etika, keagamaan dan

kerohanian yang utuh adalah tunjang kepada pembentukan sebuah negara bangsa yang bersatu padu.

Pembentukan masyarakat yang diidamkan tidak akan tercapai jika nilai-nilai ini tidak ditanam di dalam jiwa rakyat secara berterusan tanpa mengira latar belakang budaya atau agama.

Pembangunan yang seimbang pula mengambil kira soal moral dan etika anggota masyarakatnya.

Page 29: Bab 12 Dasar Ekonomi

bachelor

Cabaran 5 : Mewujudkan masyarakat yang

matang dan bersifat toleran Dalam masyarakat yang berbilang kaum dan

budaya seperti Malaysia, sifat toleran merupakan prasyarat utama untuk mengekalkan perpaduan di kalangan kelompok etnik.

Yang paling penting adalah rakyat dari berbilang kaum itu sendiri mesti dengan ikhlas dan penuh toleran menerima dan melindungi hak mereka yang bukan seagama dan sebudaya dengannya mengamalkan kebudayaan serta kepercayaan masing-masing.

Page 30: Bab 12 Dasar Ekonomi

bachelor

Cabaran 6 : Membentuk masyarakat yang bersifatsains serta progresif Dalam arus perkembangan dunia yang semakin canggih,

sains dan teknologi memainkan peranan penting dalam membawa kemajuan ekonomi dan material ke dalam sesuatu masyarakat.

Malaysia juga dalam usaha untuk menjadi sebuah negara industri yang benar-benar maju mesti membentuk sebuah 'masyarakat sains' yang progresif.

Apabila Malaysia berjaya menjadi negara pengguna teknologi dan pencipta teknologi baru akan terbentuk satu masyarakat yang bersifat sains yang progresif seperti yang dicitakan oleh Perdana Menteri

Page 31: Bab 12 Dasar Ekonomi

bachelor

Cabaran 7 : Mewujudkan masyarakat

berbudi dan berbudaya penyayang Perdana Menteri dalam membicarakan cabaran ini ingin

menyuburkan kembali peranan komuniti dan masyarakat dalam menjaga kebajikan rakyat.

Ini bermakna sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri mesti dibentuk dan akhirnya dapat melahirkan sebuah

masyarakat yang berbudi dan penyayang.

Page 32: Bab 12 Dasar Ekonomi

bachelor

Cabaran 8 : Menjamin pembentukan sebuahmasyarakat yang adil ekonominya. Pertumbuhan ekonomi yang pesat tanpa pengagihan

kekayaan negara secara adil dan saksama bukanlah ciri negara yang benar-benar maju.

Pengagihan kekayaan secara adil dan saksama dikalangan rakyat perlu diteruskan.

Untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang adil ekonominya, rakyat juga perlu di beri dan sedia menerima latihan yang cukup.

Masyarakat yang adil ekonominya tidak akan terbentuk selagi terdapat unsur-unsur penentuan fungsi ekonomi berdasarkan kaum dan pemusatan kemunduran ekonomi kepada kelompok-kelompok etnik yang tertentu.

Page 33: Bab 12 Dasar Ekonomi

bachelor

Cabaran 9 : Mewujudkan masyarakat yang makmur. Malaysia terpaksa bersaing dengan negara-negara lain

yang sedang berlumba-lumba mencapai kemakmuran untuk rakyatnya. Untuk berjaya dalam persaingan ini dan mencapai kemakmuran untuk rakyat adalah wajar bagi Malaysia mewujudkan suatu ekonomi yang bersifat dinamis, tangkas dan mempunyai daya ketahanan. Untuk memenuhi sifat-sifat ini, ekonomi negara mestilah melalui transformasi struktural.

Ini semua memerlukan pengorbanan dan iltizam bukan sahaja daripada negara tetapi juga daripada sektor swasta. Pengkorporatan Malaysia (Malaysian Onccorporation) adalah satu usaha untuk mencapai matlamat ini, iaitu untuk mewujudkan ekonomi yang berdaya saing, dinamik, tangkas dan berdaya tahan sebagai satu prasyarat kepada pembentukan masyarakat yang makmur.

Page 34: Bab 12 Dasar Ekonomi

bachelor

Penutup Perdana Menteri memang sedar bahawa kemajuan

ekonomi semata-mata tidak boleh mencapai wawasannya untuk membentuk sebuah negara yang benar-benar maju. Malah beliau telah menegaskan dalam kertas kerjanya "....bahawa wawasan tentang pembangunan yang menyeluruh ke arah terbentuknya masyarakat maju yang kita hasratkan itu tidaklah harus bermakna kemajuan kebendaan dan ekonomi semata-mata. Sekali-kali tidak. Pembangunan ekonomi tidaklah harus dijadikan matlamat tunggal lagi mutlak cita-cita kebangsaan kita.