ekonomi- dasar belanjawan-fiskal

30
Dasar belanjawan (Dasar Fiskal dan Dasar Kewangan) Terdapat beberapa tujuan dasar belanjawan (Dasar Fiskal dan Dasar Kewangan) diperkenalkan: 1. Untuk mengawal turun naik dalam perbelanjaan aggregat (AE), terutamanya jika ketidakstabilan AE disebabkan oleh komponen pelaburan yang tidak menentu. (Mengawal melalui kadar bunga) 1

Upload: nur-az

Post on 14-Jun-2015

1.759 views

Category:

Economy & Finance


3 download

DESCRIPTION

Ekonomi Dalam Pengurusan Awam 2

TRANSCRIPT

Page 1: Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal

Dasar belanjawan (Dasar Fiskal dan Dasar Kewangan)

 Terdapat beberapa tujuan dasar belanjawan (Dasar Fiskal dan Dasar Kewangan) diperkenalkan:

 1. Untuk mengawal turun naik dalam perbelanjaan aggregat (AE), terutamanya jika ketidakstabilan AE disebabkan oleh komponen pelaburan yang tidak menentu.

(Mengawal melalui kadar bunga)

1

Page 2: Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal

2. Untuk mengawal turun naik dalam kegiatan ekonomi, terutamanya jika terdapat kejutan dalam pasaran yang menyebabkan wujudnya masalah deflasi atau inflasi. (Dengan mengawalkan jumlah wang)

2

Page 3: Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal

3. Memajukan sektor-sektor ekonomi tertentu yang boleh memacu pertumbuhan ekonomi. (Dengan t atau G )

4. Sebagai instrumen untuk memberikan hasil kepada kerajaan dan instrumen pengagihan pendapatan di kalangan penduduk melalui cukai yang dikenakan.

3

Page 4: Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal

5. Untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dengan memberi tumpuan kepada pertambahan pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan secara fizikal.

6. Sebagai instrumen sokongan dan galakan kepada sektor swasta untuk memacu pertumbuhan ekonomi secara aggregat.

 

4

Page 5: Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal

DASAR FISKAL

Dasar fiskal ialah langkah-langkah kerajaan di dalam mengubah perbelanjaan kerajaan dan sistem atau kadar cukai yang terdapat di dalam negara. Dasar fiskal dibahagikan kepada 2 jenis:

1. Dasar fiskal diskrisioner (dasar fiskal budibicara), dan

2. Penstabil otomatik

5

Page 6: Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal

Dasar fiskal diskrisioner

• Dasar fiskal diskrisioner ialah langkah kerajaan mengubah jumlah dan corak perbelanjaannya dan mengubah sistem atau kadar cukai yang terdapat dalam ekonomi. Terdapat 3 cara untuk melaksanakan dasar fiskal diskrisioner

6

Page 7: Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal

1. membuat perubahan ke atas jumlah dan

corak perbelanjaan kerajaan

1. membuat perubahan ke atas sistem atau

kadar cukai

1. membuat perubahan secara serentak ke

atas kedua-dua instrumen tersebut.

 

7

Page 8: Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal

1. Perubahan ke atas jumlah dan corak perbelanjaan kerajaan

  Perubahan ke atas jumlah dan corak perbelanjaan kerajaan biasanya dibuat setiap tahun.

Kerajaan boleh mengurang atau menambahkan perbelanjaannya bagi mencapai tujuan ekonomi yang ditetapkan.

Perbelanjaan kerajaan biasanya dibahagikan kepada dua katogari yang besar iaitu perbelanjaan pengurusan dan perbelanjaan pembangunan.

8

Page 9: Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal

• Perbelanjaan pengurusan termasuklah perbelanjaan untuk membayar gaji kakitangan awam, perbelanjaan faedah-faedah kepada kakitangan awam dan pembelian alatan, perkakas untuk menggerakkan sektor awam.

Manakala perbelanjaan pembangunan meliputi pembinaan sekolah, jalanraya, sistem pengairan dan sebagainya.

9

Page 10: Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal

Apa yang pasti perbelanjaan kerajaan akan memberikan pendapatan kepada sektor swasta, termasuklah firma dan rumahtangga. (Hasil kepada busines mereka)

Pendapatan yang dimiliki oleh sektor ini akan digunakan ke atas barang-barang yang dikeluarkan oleh ekonomi. (Permintaan agreget meningkat)

Maka, seperti yang telah diketahui, melalui proses pengganda pertumbuhan ekonomi akan berlaku.

10

Page 11: Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal

2. Perubahan ke atas sistem dan kadar cukai

Perubahan dalam sistem atau kadar cukai pula meliputi perubahan keseluruhan instrumen cukai atau sebahagian instrumen cukai-cukai yang tertentu sahaja.

Cukai boleh ditambah peratusnya (rokok), dimansuhkan (mereka yang Y rendah atau lesen radio dan TV) atau diperkenalkan cukai baru.

11

Page 12: Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal

Cukai biasanya dikenakan ke atas sektor firma dan rumahtangga yang bertujuan untuk menggalakkan produktiviti firma ataupun menggalakkan peningkatan perbelanjaan aggregat.

• Di antara contoh cukai yang biasanya mengalami perubahan ialah cukai pendapatan, cukai rokok, cukai syarikat dan cukai-cukai lain samada di kalangan syarikat atau di pihak pengguna.

 

12

Page 13: Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal

Cukai pada amnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu cukai langsung dan cukai tak langsung.

• Cukai langsung ialah cukai yang dikenakan secara langsung ke atas pembayar cukai. Beban cukai tidak boleh dipindahkan kepada orang lain. Contohnya cukai pendapatan individu. Bebannya tidak boleh dipindahkan kepada orang lain.

13

Page 14: Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal

Cukai tak langsung pula ialah cukai yang dikenakan ke atas pembayar cukai, tetapi bebannya boleh dipindahkan kepada orang lain.

• Misalnya cukai jualan, cukai keuntungan yang dikenakan kepada syarikat.

Syarikat boleh memindahkan beban tersebut kepada pengguna dengan menaikkan harga barang yang dijual.

14

Page 15: Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal

3. Perubahan secara serentak

Kerajaan juga boleh mengubah perbelanjaannya dan cukai secara serentak.

Misalnya, jika kerajaan meningkat perbelanjaannya, dan perbelanjaan ini dibiayai oleh cukai yang dikutip. Ertinya kerajaan menaikkan perbelanjaannya dan menaikkan cukai.

15

Page 16: Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal

Jika perbelanjaan yang dibuat melebihi hasil cukai, maka kerajaan melaksanakan dasar fiskal kurangan. (jumlah hasil kerajaan berkurang)

Jika perbelanjaan kurang dari hasil cukai, kerajaan dikatakan mengamalkan dasar fiskal lebihan. (jumlah hasil kerajaan bertambah)

Jika perbelanjaan kerajaan sama dengan hasil cukai, kerajaan dikatakan mengamalkan dasar fiskal seimbang.

16

Page 17: Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal

Penstabil otomatik

Dasar fiskal yang kedua dikenali sebagai Penstabil Otomatik.

Penstabil otomatik ialah intrumen dasar fiskal yang boleh terdiri dari perbelanjaan kerajaan atau sistem cukai yang sedang diamalkan di dalam sesebuah negara.

 

17

Page 18: Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal

Penstabil otomatik berperanan membaiki ketidakstabilan kitaran perniagaan.

Jika ekonomi meleset, penstabil otomatik akan mengurangkan kemelesetan tadi.

Jika ekonomi melambung pula penstabil otomatik akan mengurangkan keadaan yang melambung itu.

Kita dapati kitaran perniagaan akan lebih stabil jika wujudnya penstabil otomatik dalam ekonomi.

18

Page 19: Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal

• Di antara Penstabil Otomatik yang diamalkan ialah :

  i. Cukai berkadar Iaitu peratus cukai yang dikenakan adalah

sama. Tetapi jumlah cukai yang dibayar semakin meningkat.

Misalnya, peratus cukai ialah 5%, jumlah cukai yang dibayar semakin tinggi jika pendapatan semakin tinggi.

19

Page 20: Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal

ii. Cukai progresif Iaitu peratus cukai yang dikenakan

semakin tinggi jika pendapatan meningkat. Misalnya jika pendapatan RM1000, peratus cukai ialah 2%,

Dan jika pendapatan naik menjadi RM2000, peratus cukai ialah 5%, jika pendapatan naik lagi menjadi RM3000, peratus cukai ialah 10%.

20

Page 21: Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal

• Dari perbincangan atas, kita dapati bahawa peratus dan jumlah cukai semakin tinggi.

Oleh sebab itu semasa ekonomi melambung, jumlah cukai adalah tinggi.

Dengan itu penggunaan tidak akan meningkat terlalu tinggi.

Maka, perbelanjaan aggregat akan dapat dikawal.

21

Page 22: Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal

Manakala semasa ekonomi meleset, jumlah cukai yang dibayar adalah semakin rendah, oleh itu penggunaan tidak akan jatuh keterlaluan.

Di mana perbelanjaan aggregat menjadi lebih stabil.

22

Page 23: Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal

iii. Dasar harga minima dan dasar harga

tetap Dasar harga minima ialah satu polisi

kerajaan dengan menetapkan harga bagi produk tertentu.

Harga produk ini tidak boleh lebih rendah dari harga minima yang telah ditetapkan.

Misalnya, kerajaan menetapkan harga minima bagi produk sektor pertanian.

23

Page 24: Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal

Ini bertujuan untuk menjamin pendapatan petani.

• Misalnya, sewaktu ekonomi meleset, harga produk pertanian cenderung merosot.

Ini sudah tentu akan menurunkan pendapatan di kalangan petani.

Dengan adanya dasar ini, pendapatan petani lebih terjamin dan stabi1.

24

Page 25: Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal

iv. Skim insuran pengangguran

Skim ini mewajibkan pekerja menyumbang sejumlah bayaran (premium) tertentu semasa mereka bekerja.

Sekiranya ekonomi meleset, pekerja cenderung hilang pekerjaan.

Skim ini akan memberikan bantuan kewangan secara tetap sehinggalah pekerja berkenaan mendapat pekerjaan semula.

25

Page 26: Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal

• Implikasi dari skim ini ialah semasa ekonomi meleset, kemelesetan yang berlaku tidaklah terlalu serious dan

Sewaktu ekonomi melambung, sebahagian pendapatan akan dicarum.

Oleh itu perbelanjaan aggregat dapat dikawal.

 

26

Page 27: Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal

Dasar Fiskal dan Kesannya ke atas Aktiviti Ekonomi

  Dalam jangka panjang, dasar fiskal dilihat dapat mengawal kitaran perniagaan. Dengan adanya dasar fiskal, kitaran perniagaan menjadi lebih stabil. Terutamanya penstabil otomatik (Cukai berkadar, cukai progresif, harga minimum &

maksimum dan skim insuran pengganguran) yang berperanan mengawal keadaan ini. Tetapi penstabil otomatik juga mempunyai kelemahan.

27

Page 28: Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal

Kelemahan penstabil otomatik

(Cukai berkadar, cukai progresif, harga minimum & maksimum dan skim insuran pengganguran)

Ia tidak berupaya menyelesaikan masalah pengangguran, inflasi ataupun untuk menjana pertumbuhan ekonomi melalui pertambahan pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan.

Penstabil otomatik lebih menumpukan kepada mengawal kitaran perniagaan supaya tidak terlalu serious. 28

Page 29: Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal

29

Tambahan pula, instrumen penstabil otomatik yang diamalkan juga mempunyai matlamat lain, misalnya cukai progresif dan cukai berkadar yang bertujuan untuk memberikan hasil kepada kerajaan dan mengagihkan pendapatan kepada rakyat.

Page 30: Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal

• Dasar harga minima pula bertujuan untuk membantu pengeluar yang terlibat dalam barang-barang pengeluaran produk pertanian.

Manakala skim insuran pengangguran bertujuan untuk menjamin kebajikan pekerja yang hilang pekerjaan.

Oleh sebab itu, untuk mengawal inflasi dan deflasi, dasar fiscal diskrisioner dilaksanakan.

30