model ekonomi baru - kuliah.pdf

37
SBW 206 K14 HALATUJU BARU DASAR PEMBANGUNAN Rumusan daripada “economic histories (EPU) dan ringkasan eksekutif MEB

Upload: atiqah13792

Post on 13-Nov-2015

206 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

  • SBW 206 K14 HALATUJU BARU DASAR PEMBANGUNAN

    Rumusan daripada economic histories (EPU) dan ringkasan eksekutif MEB

  • FALSAFAH PEMBANGUNAN NEGARA Sebuah negara yang mengamalkan dasar

    ekonomi terbuka; Sebuah negara berbilang etnik; Sebuah sistem ekonomi campuran; dan Sebuah negara persekutuan yang mengandungi

    13 negeri, termasuk tiga wilayah persekutuan.

  • FASA PEMBANGUNAN DI MALAYSIA Fasa Pertama Kemerdekaan, 1957-1970 Pertumbuhan Tinggi dengan Tempoh

    Ekuiti, 1971-1983 Penstrukturan Semula, 1984-1990 Kemakmuran dan Kesukaran 1991 2000 Ke Arah Keutuhan dan Daya Saing Negara,

    2001 - 2010

  • FASA PERTAMA KEMERDEKAAN, 1957-1970 1957

    Aktiviti ekonomi negara adalah berasaskan komoditi utama dengan pergantungan tinggi kepada getah dan timah.

    Menyumbang sebanyak 70%kepada jumlah pendapatan eksport, 28 %kepada pendapatan kerajaan dan 36 %kepada jumlah pekerjaan.

    1957 -1970, ekonomi berkembang sebanyak 6 % setahun dengan sektor swasta menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi.

    Beri tumpuan kepada mengembangkan dan memodenkan pengeluaran pertanian serta menekankan pembangunan luar bandar.

    Penggantian import adalah strategi yang digunakan untuk menggalakkan pembangunan industri yang memberi tumpuan kepada industri berasaskan sumber seperti getah dan timah.

  • 1960an Asas ekonomi yang lebih luas dan kukuh (kemajuan dalam

    pertanian dan perkilangan termasuk utiliti, perkhidmatan dan sektor-sektor lain ).

    1970 an Sumbangan eksport barangan dan perkhidmatan kepada KNK

    menurun daripada 52.6 %pada tahun 1960 kepada 45.1% pada tahun 1970

    Sumbangan getah dan timah dalam eksport keseluruhan barangan juga menurun daripada 70% kepada 53% dalam dekad tersebut.

    Fasa pertama daripada transformasi ekonomi Malaysia, iaitu kepelbagaian pertanian, telah menampakkan kesan iaitu kayu balak dan minyak kelapa sawit muncul sebagai komoditi eksport terpenting.

    Penemuan telaga minyak di pesisir pantai Sarawak, pengeluaran petroleum mentah pula semakin penting. Pertumbuhan sebanyak 6% setahun bagi tempoh tersebut adalah melepasi sasaran 5% yang ditetapkan oleh Pembangunan Dekad PBB bagi negara-negara sedang membangun.

  • PERTUMBUHAN TINGGI DENGAN TEMPOH EKUITI, 1971-1983 Ekonomi telah meningkat kukuh, kedudukan kemiskinan dan jurang

    pendapatan di antara pelbagai kaum telah menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.

    Dasar Ekonomi Baru (DEB), 1971-1990 telah digubal dengan dua matlamat iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Falsafah asas DEB adalah pertumbuhan dengan ekuiti dan

    perpaduan nasional. Perlaksanaan program pembasmian kemiskinan:

    Menyediakan input dan kemudahan yang lebih baik di kawasan pertanian

    Menyerapkan keluarga miskin ke dalam pertanian moden dan lain-lain sektor melalui penyediaan peluang pekerjaan yang produktif.

    Menyediakan perkhidmatan sosial seperti kemudahan pendidikan, kesihatan, perumahan dan air serta elektrik turut disediakan.

  • Penyusunan semula masyarakat Usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara etnik Antara langkah yang diambil:

    Penubuhan agensi amanah seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (SEDC), Perbadanan Nasional (PERNAS) dan Perbadanan Nasional Berhad (PNB),

    Menyediakan peluang dan ruang kepada Bumiputera untuk mengambil bahagian dalam aktiviti berasaskan perdagangan.

    Strategi untuk pembelajaran dan latihan pantas menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar Bumiputera yang berpotensi untuk mengikuti kursus-kursus profesional, pengurusan dan teknikal, sama ada di dalam institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara.

    Awal 80an Pertumbuhan negara mula perlahan :

    Kemelesetan ekonomi dunia yang berpanjangan Kejatuhan harga minyak kali kedua pada tahun1979. Kejatuhan

    harga komoditi eksport telah memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi dan pendapatan eksport.

    Akibatnya, Malaysia mengalami defisit berkembar yang berkaitan dengan belanjawan Kerajaan dan imbangan bayaran negara.

  • PENSTRUKTURAN SEMULA, 1984-1990

    Rentetan krisis ekonomi pada awal 1980an, mulai 1983 beberapa langkah dilaksanakan bagi penstrukturan semula ekonomi seperti: Mengawal perbelanjaan sektor awam untuk mengurangkan

    defisit fiskal (strategi pertumbuhan dipacu oleh sektor swasta).

    Memperkenalkan liberalisasi dan deregulasasi ekonomi serta menambahbaikan dasar dan insentif pelaburan untuk menggalakkan penglibatan sektor swasta yang lebih rancak.

    Melaksanakan pembaharuan pentadbiran dan institusi untuk mempertingkatkan daya kecekapan sektor awam.

    Memperkenalkan penswastaan agensi dan perusahaan sektor awam telah diperkenalkan. Penekanan dasar diorientasikan semula ke arah membekalkan

    perkhidmatan infrastruktur dan sokongan untuk mewujudkan persekitaraan yang kondusif kepada sektor swasta untuk terus berkembang.

    Mengurangkan secara beransur-ansur penglibatan langsung dalam aktiviti ekonomi yang mana sesetengah keadaan telah bersaing terus dengan sektor swasta.

  • Peringkat awal, pengurangan penglibatan sektor awam dalam ekonomi serta kedudukan ekonomi luaran yang lemah telah memberi kesan negatif kepada ekonomi negara.

    1987 ekonomi negara semakin pulih dan terus berkembang pesat dengan mencatat pertumbuhan sebanyak 9.3% setahun bagi tempoh 1988-90 - Rekod pencapaian tertinggi sejak kemerdekaan.

    Pendapatan per kapita meningkat pada tahun 1990. Kedudukan fiskal kerajaan hampir seimbang pada tahun 1990 dan imbangan

    pembayaran negara beralih kepada lebihan dengan mencatat RM6.6 bilion atau 7.9 peratus kepada KNK pada tahun 1987.

    1989- sumbangan sektor swasta kepada pertumbuhan ekonomi telah mengatasi sektor awam, menjadikan ekonomi Malaysia dipacu oleh sektor swasta.

    Sektor pembuatan mencatat pertumbuhan terpantas dengan kadar pertumbuhan 10.4% setahun dan menyumbang 22.6% kepada KDNK, mengatasi sumbangan sektor pertanian.

    Kepelbagaian ekonomi lebih meluas kepada industri yang lebih maju -kemuncaknya ialah pengeluaran kereta nasional.

    Pada akhir tempoh DEB, ekonomi telah kembali kepada landasan pertumbuhan yang tinggi dengan pemulihan kestabilan fiskal dan kewangan, imbangan pembayaran yang lebih kukuh dan pengurangan beban hutang luar negara. Kemasukan dana modal luar pula adalah lebih besar daripada yang pernah dialami sebelumnya.

  • KEMAKMURAN DAN KESUKARAN 1991 2000 1990an-

    pertumbuhan ekonomi yang pantas Persekitaraan ekonomi makro yang kondusif telah berjaya menarik

    kemasukan pelaburan yang besar dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan.

    Wawasan 2020 yang membayangkan Malaysia menjadi negara maju dengan acuannya sendiri pada tahun 2020.

    Permulaan Dasar Pembangunan Negara (DPN). Dasar ini yang dibina atas gagasan Dasar Ekonomi Baru (DEB), meletakkan

    pembangunan seimbang di dalam kerangka pembangunan ekonomi yang berkembang pantas dengan ekuiti sebagai teras utamanya.

    Fokus strategi: pembasmian kemiskinan kepada pembasmian miskin tegar di samping

    mengurangkan kemiskinan umum; pengwujudan lebih banyak peluang pekerjaan; peningkatan penyertaan Bumiputera yang lebih bermakna di dalam

    sektor ekonomi moden melalui pengukuhan komuniti Perdagangan dan Industri Bumiputera;

    penglibatan sektor swasta yang lebih besar dalam proses penstrukturan penyertaan Bumiputera

    Pembangunan modal insan.

  • Krisis Kewangan Asia 1997/98 menjejaskan momentum pertumbuhan ekonomi negara Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) ditubuhkan pada 7

    Januari 1998 - menasihati Kerajaan mengenai langkah dan strategi untuk membendung kemerosotan ekonomi yang semakin teruk dan merancakkan semula pertumbuhan ekonomi.

    Pada 23 Julai 1998, MTEN telah melancarkan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (PPEN) yang mengandungi 6 objektif dan 40 tindakan bertujuan: menstabilkan nilai Ringgit memulihkan keyakinan pasaran mengekalkan kestabilan sistem kewangan memperkukuh asas ekonomi makro, meneruskan agenda

    sosio ekonomi memulihkan semula sektor yang terjejas teruk oleh krisis.

    1 September 1998, langkah telah diambil untuk menstabilkan ekonomi dan kadar pertukaran melalui kawalan modal dan penambatan Ringgit pada kadar RM3.80 bagi USD1.

  • KE ARAH KEUTUHAN DAN DAYA SAING NEGARA, 2001 - 2010 2001-Dasar Wawasan Negara (DWN) dilancarkan

    Pembangunan dekad kedua Wawasan 2020. Tumpuan kepada: Meningkatkan keutuhan dan berdaya saing negara. Membangunkan Malaysia sebagai sebuah masyarakat berasaskan

    berpengetahuan Menjana pertumbuhan ekonomi yang didorong oleh sumber dan kekuatan

    domestik, Mencapai penyertaan Bumiputera yang berkesan serta pemilikan ekuiti

    sekurang-kurangnya 30 % pada 2010. Pelaksanaan Pakej Strategi Baru pada bulan Mei 2003. 4

    strategi telah digaris iaitu: Menggalakkan pelaburan sektor swasta Memperkukuh daya saing negara Membangunkan sumber-sumber pertumbuhan baru Meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian

    Pakej tersebut berjaya: Meningkatkan penyertaan sektor swasta dalam aktiviti ekonomi

    domestik serta disokong oleh permintaan luar yang lebih kukuh, Mencatatkan pencapaian pertumbuhan ekonomi yang lebih baik

    daripada yang dijangkakan Perkembangan sebanyak 5.8 % pada tahun 2003 dan 6.8% pada tahun 2004.

  • Separuh tahun kedua 2008 Ekonomi dunia telah mengalami krisis (Amerika Syarikat dan Jepun telah

    mengalami kemelesetan ekonomi) Keadaan ini semakin meluas pada tahun 2009 dengan hampir semua

    negara maju mengalami kemelesetan ekonomi. Pertumbuhan dunia pada menyederhana menyebabkan permintaan ke

    atas eksport merosot lebih daripada 10% dan akhirnya ekonomi telah meleset sebanyak 1.6% pada tahun 2009. Bagi menangani krisis ini, kerajaan telah melaksanakan dua Pakej

    Ransangan Ekonomi (PRE), RM7 bilion bagi PRE I RM60 bilion bagi PRE II

    Dengan langkah ini, ekonomi berjaya mencatat pemulihan 7.2 % pada tahun 2010.

    Walau bagaimanapun, pada tahun 2011, ekonomi dunia lagi sekali menyederhana akibat: Krisis hutang berdaulat yang berlaku di kawasan Euro, terutamanya bagi negera Potugal,

    Ireland, Greece, dan Sepanyol (PIGS). Kesan negatif masalah ekonomi di Amerika Syarikat, seperti penganguran yang tinggi,

    hutang negara yang besar serta defisit yang terus melebar.

    Menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara, terutamanya pada tahun 2011 Pada tahun 2012, ekonomi berjaya mencatatkan pertumbuhan yang

    memberangsangkan dan lebih tinggi, iaitu melebihi 5% berbanding dengan sasaran antara 4% hingga 5%.

  • MODEL EKONOMI BARU

    Model Ekonomi Baru (MEB) yang hendak dicapai melalui Program Transformasi Ekonomi (PTE) merupakan satu tonggak utama yang akan melonjakkan Malaysia ke arah status negara maju sejajar dengan matlamat Wawasan 2020

  • EMPAT TONGGAK TRANSFORMASI NEGARA

  • KEPENTINGAN MEB Memastikan pembangunan ekonomi akan terus

    mampan dalam jangka panjang dan dinikmati oleh setiap rakyat serta membolehkan Malaysia meraih status negara berpendapatan tinggi

    Pemangkin untuk membebaskan potensi pertumbuhan Malaysia- membolehkan sektor swasta cerdas dan memberikan sumbangan penuh kepada pertumbuhan.

    Merapatkan jurang perbezaan ekonomi yang meluas di Sabah dan Sarawak serta di kawasan luar bandar di Semenanjung.

  • MATLAMAT MEB

  • DI MANA KEDUDUKAN MALAYSIA Malaysia-ekonomi kecil dan terbuka

    Mudah terkesan dengan kejutan luar seperti: Turun naik harga komoditi antarabangsa-impak terhadap

    harga domestik Eksport yang mungkin akan ketingalan dengan membawa

    kesan negatif terhadap guna tenaga dn pendapatan negara Jentera ekonomi yang bergerak perlahan selepas

    krisis kewangan 1997-1998 Kedudukan Malaysia sebagai peneraju ekonomi di

    rantau Asia semakin terhakis Peranan pelabur swasta yang kurang menggalakkan-

    kemerosotan KDNK. Prosedur birokrasi yang rumit dan lembab-sukar

    untuk menjalankan perniagaan di Malaysia Kehilangan daya tarikan sebagai destinasi pelaburan

  • Struktur eksport: Kebanyakannya tertumpu kepada produk E&E dan

    komoditi utama (eg: petroleum dan minyak sawit) Kandungan import yang banyak dalam eksport

    pembuatan, nilai tambah kepada produk akhir adalah rendah

    Kewujudan pekerjaan yang berupah tinggi kurang dan sumbangan pekerja mahir merosot merentas industri Majikan bergantung kepada bekalan pekerja asing

    yang tidak mahir Kekurangan kreativiti dan inovasi pekerja

    Melembabkan produktiviti Selepas krisis kewangan di Asia, Malaysia hilang

    kedudukan unggul sebagai peneraju pertumbuhan produktiviti pekerja

  • Rekod prestasi yang lemah bagi inovasi domestik di malaysia dicerminkan oleh bilangan penyelidik yang secara perbandingannya adalah rendah

    Perbelanjaan Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) yang rendah menyebabkan kurangnya inovasi dalam sektor perindustrian dan sektor eksport

    Situasi modal insan yang kritikal Kadar penghijrahan keluar rakyat Malaysia yang

    mahir meningkat Bilangan expatriat yang bekerja di negara ini

    merosot Sistem pendidikan yang tidak menghasilkan

    kemahiran yang dikehendaki oleh firma 80% daripada tenaga kerja Malaysia hanya memperolehi

    SPM (2007) Kekurangan kemahiran

    Rungutan tentang kurangnya kreativiti dan kemahiran berbahasa Inggeris

  • Malaysia tersekat dalam perangkap pendapatan sederhana Jurang di antara penduduk kaya dan miskin yang

    semakin lebar DEB telah berjaya mengurangkan paras kemiskinan

    merentasi etnik Namun ketaksamaan kekal menjadi cabaran bagi

    Malaysia Kaji selidik pendapatan isi rumah menunjukkan bahawa

    pertumbuhan pendapatan hanya KUKUH bagi isi rumah yang tergolong dalam 20% teratas

    Isi rumah dalam kumpulan 40% terendah mengalami pertumbuhan purata yang paling perlahan, dengan meraih kuranng daripada RM1500 sebulan pada tahun 2008

  • Perangkap pendapatan sederhana Dari segi sejarah negara berpendapatan rendah mudah

    untuk beranjak kepada status pendapatan sederhana apabila mereka memanfaatkan sumber asli atau kelebihan kos rendah mereka untuk menarik pelaburan. Namun kelebihan kos rendah ini berlaku buat seketika dan akan berakhir apabila puast kos renah yang lain pula muncul

    Kelemahan ini menghalang Malaysia untuk keluar dari perangkap pendapatan sederhana.

    Hampir semua ekonomi di asia timur kini bersedia untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi

    NAMUN.Malaysia mengalami risiko penurunan berterusan yang memugkinkan berlakunya kelembapan yang memeritkan

    DEB- perlaksanaannya secara tidak langsung meningkatkan kos menjalankan perniagaan disebabkan merentir (rent-seeking) dan kuasa naungan (patronage) dan proses perolehan kerajaan yang tidak telus.

  • Sistem subsidi mengakibatkan berlakunya penyalahuntukan sumber

    Penentuan harga bagi barangan dan perkhidmatan keperluan di Malaysia tidak mencerminkan harga pasaran

    Sektor swasta tidak melabur dalam produk dan perkhidmatan yang akan mendorong pertumbuhan masa depan Hal ini dicerminkan oleh pelaburan yang rendah dalam

    P&P

  • APAKAH KELEBIHAN YANG ADA PADA MALAYSIA? Tidak miskin dan memiliki infrastruktur yang

    baik Peneraju dalam bidang pembuatan E&E dan

    eksport sumber asli utama Berjaya mewujudkan asas pembuatan bertaraf

    dunia- Kini bersedia untuk lompatan teknologi ke arah industri teknologi termaju yang lebih berinovatif dan memiliki nilai tambah pendapatan yang lebih tinggi

    Lokasi yang terletak di tengah-tengah rantau yang rancak berkembang- berupaya menarik pelaburan untuk mewujudkan hab pengangkutan dan logistik-tarik PLA

  • Malaysia merupakan model kepelbagaian budaya, etnik dan biologi. Kepelbagaian rangkaian bahasa membantu untuk

    menyokong pembangunan pelancongan dan hubungan industri dalam pasaran yang sama (China, India, Asia Barat dan Indonesia)

    Kekayaan biodiversiti boleh dimanfaatkan untuk menjana faedah ekonomi daripada perlancongan, rekreasi, penggunaan farmaseutikal dan produk nutrisi.

  • KEMANA TUJUAN? Matlamat asas MEB

  • Melonjak ke arah status berpendapatan tinggi Sasaran Keluaran Negara Kasar (KNK) per kapita kepada

    AS$17,700 menjelang tahun 2020 Pelaburan menjadi pendorong utama pertumbuhan ekonomi

    melepasi tahun 2020 Menjanakan manfaat untuk semua rakyat Malaysia

    Pertumbuhan terangkum Cabaran: pembentukan langkah berkesan untuk mencapai

    keseimbangan antara kedudukan istimewa kaum bumiputrera dengan kepentingan sah kumpulan yang lain Tindakan afirmatif:

    Menyasarkan bantuan isi rumah kepada kumpulan 40% yang terendah- 72% ialah bumiputra

    Memastikan peluang yang saksama dan adil melalui proses yang telus

    Menyediakan akses kepada sumber berasaskan keperluan dan merit bagi menambahbaik keupayaan, pendapatan dan kesejahteraan

    Mempunyai rangka kerja institusi yang mantap demi pemantauan yang lebih baik dan perlaksanaan yang berkesan

  • Penyelesaian yang mampu bertahan lama dari segi ekonomi dan alam sekitar Komponen kebolehmampanan MEB Keputusan pelaburan dan dasar hanya akan dibuat

    setelah mempertimbangkan keseluruhan impak jangka panjang terhadap masyarakat, ekonomi dan alam sekitar

    Kebolehmampanan ekonomi: pembentukan dasar fiskal yang diperlukan bagi melindungi

    keseimbangan makroekonomi dan kestabilan kewangan Pembaharuan sekotor awam

    Kebolehmampanan alam sekitar: Konsep KDNK hijau Pengawasan dan pemuliharaan berkesan alam semulajadi

    terutamanya pengurusan air serta sumber minyak dan gas

  • Menerima manfaat mutlak: Rakyat

  • Manfaat untuk perniagaan

  • PENDEKATAN TERHADAP PEMBANGUNAN EKONOMI: PERBEZAAN ANTARA PENDEKATAN LAMA DENGAN MEB

  • BAGAIMANA CARANYA UNTUK SAMPAI KE SANA?

  • BAGAIMANA CARANYA UNTUK SAMPAI KE SANA? Kepimpinan mantap dan keazaman politik Mendapatkan sokongan rakyat untuk bersama-

    sama menggerakkan perubahan Tolakan besar langkah dan inisiatif dasar

    secara serentak Mengukur pencapaian dan melakukan

    penyesuaian ketika perlaksanaan berjalan

  • Inisiatif pembaharuan strategik (IPS) o IPS 1- menyuburkan kembali sektor swasta o IPS 2- membangunkan tenaga kerja berkualiti dan

    mengurangkan kebergantungan pada pekerja asing o IPS3- mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya

    saing o IPS 4: mengukuhkan sektor awam o IPS 5: Tindakan afirmatif yang telus dan mesra

    pasaran o IPS 6: Membina infrastruktur berasaskan

    pengetahuan o IPS 7: Meningkatkan sumber pertumbuhan o IPS 8: Memastikan kebolehmampanan pertumbuhan

  • RUMUSAN Malaysia telah mencapai kemajuan besar dalam pembangunan ekonomi dan sosial yang ketara semenjak beberapa dekad yang lalu. Walau bagaimanapun dalam keadaan perubahan persekitaran persaingan global, Malaysia memerlukan model ekonomi baru untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Enjin pertumbuhan masa lampau yang semakin lemah, negara menghadapi risiko terjerat dalam perangkap pendapatan sederhana. Kedudukan fiskal negara juga tidak lagi mampan di samping persaingan global untuk pasaran, modal dan bakat pula semakin sengit.

  • Lantas itu, Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diperkenalkan merupakan satu perubahan pendekatan ketara yang bersandarkan kepada Rancangan Malaysia Kesepuluh serta input daripada Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC). ETP memberi tumpuan kepada pemacu pertumbuhan utama atau Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Ia diasaskan kepada pertumbuhan yang diterajui dalam sektor swasta, di mana dijelaskan tindakan spesifik mengenai dasar dan pelaburan yang perlu, mempunyai hala tuju pelaksanaan yang telus dengan pengurusan prestasi yang mantap.

    SBW 206K14halatuju baru dasar pembangunanFalsafah pembangunan negaraFasa pembangunan di malaysiaFasa Pertama Kemerdekaan, 1957-1970Slide Number 5Pertumbuhan Tinggi dengan Tempoh Ekuiti, 1971-1983Slide Number 7Penstrukturan Semula, 1984-1990Slide Number 9Kemakmuran dan Kesukaran 1991 2000 Slide Number 11Ke Arah Keutuhan dan Daya Saing Negara, 2001 - 2010Slide Number 13Model ekonomi baruEmpat tonggak transformasi negaraKepentingan mebMatlamat mebDI MANA KEDUDUKAN MALAYSIASlide Number 19Slide Number 20Slide Number 21Slide Number 22Slide Number 23Apakah kelebihan yang ada pada malaysia?Slide Number 25Kemana tujuan?Slide Number 27Slide Number 28Slide Number 29Slide Number 30Pendekatan terhadap pembangunan ekonomi: perbezaan antara pendekatan lama dengan mebSlide Number 32Bagaimana caranya untuk sampai ke sana?Bagaimana caranya untuk sampai ke sana?Slide Number 35rumusanSlide Number 37