dasar ekonomi barat

22
Malaysia telah sampai ke saat penentuan dalam landasan pembangunannya. Wawasan 2020 tidak mungkin dapat dicapai tanpa transformasi ekonomi, sosial dan kerajaan. Untuk menggerakkan negara ke Model Ekonomi Baru (MEB) yang hendak dicapai melalui ProgramTransformasi Ekonomi (PTE) merupakan satu tonggak utama yang akan melonjakkan Malaysia ke arah status negara maju sejajar dengan matlamat Wawasan 2020. PTE akan dipandu oleh lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (IPS) yang akan menjadi asas bagi langkah dasar yang relevan.

Upload: ramana-devi-ananthan

Post on 09-Jul-2015

1.113 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dasar ekonomi barat

Malaysia telah sampai ke saat penentuan dalam landasan pembangunannya.

Wawasan 2020 tidak mungkin dapat dicapai tanpa transformasi ekonomi, sosial dan

kerajaan. Untuk menggerakkan negara ke Model Ekonomi Baru

(MEB) yang hendak dicapai melalui ProgramTransformasi Ekonomi (PTE) merupakan

satu tonggak utama yang akan melonjakkan Malaysia ke arah status negara maju sejajar

dengan matlamat Wawasan 2020. PTE akan dipandu oleh lapan Inisiatif Pembaharuan

Strategik (IPS) yang akan menjadi asas bagi langkah dasar yang relevan.

Page 2: Dasar ekonomi barat

Tonggak ini ialah konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan,

Pencapaian Diutamakan untuk menyatupadukan semua

rakyat Malaysia bagi menghadapi cabaran yang

mendatang dan Program Transformasi Kerajaan (PTK)

untuk memantapkan perkhidmatan awam dalam Bidang

Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Areas,

NKRA).

Tonggak seterusnya ialah Rancangan Malaysia Kesepuluh

2011-2015 yang akan diumumkan nanti pada tahun ini.

Page 3: Dasar ekonomi barat

Model pertumbuhan lepas menjanakan tiga dekad pencapaiancemerlang, membolehkan Malaysia menyediakan kemudahankesihatan dan pendidikan untuk rakyatnya, membasmisebahagian besar kemiskinan, membina infrastruktur bertarafdunia dan menjadi pengeksport utama di peringkat global.

Rakyat kita lebih kaya dan lebih berpelajaran berbandingdengan generasi terdahulu, rakyat kini hidup lebih lama, bergerak lebih jauh dan mudah mendapat akses kepadateknologi moden.

Namun begitu, kemajuan yang kita capai dalam separuh abadyang lalu, kini menjadi perlahan dan prospek pertumbuhanekonomi pula menjadi lembap.

Page 4: Dasar ekonomi barat

Dengan perubahan yang berlaku pada persekitaran luar,

kebanyakan dasar dan strategi yang kita gunakan untukmencapai kedudukan pembangunan yang sedia ada pada masasekarang tidak mampu untuk membawa kita ke peringkatseterusnya.

MEB akan menjadi pemangkin untuk membebaskan potensipertumbuhan Malaysia. PTE dibentuk untuk mengerakkanMalaysia ke hadapan, keluar daripada keadaan lembapsekarang supaya dapat menjadi ekonomi berpendapatan tinggiyang terangkum dan mampan.

Namun begitu, MEB berusaha gigih ke arah mencapai matlamatyang lebih luas, bukan sekadar merangsang pertumbuhan danmenarik pelaburan swasta.

Page 5: Dasar ekonomi barat

MEB mengambil pendekatan holistik, dengan turut memberikan

tumpuan kepada aspek pembangunan manusia dan menyedari

bahawa meskipun kita berjaya mengurangkan kemiskinan

dengan banyaknya, namun peratusan yang besar, iaitu 40%

daripada isi rumah Malaysia masih memperolehi pendapatan

kurang daripada RM1,500 sebulan.

Ketaksamaan pendapatan masih perlu ditangani dengan giat.

Langkah diperlukan untuk merapatkan jurang perbezaan

ekonomi yang meluas di Sabah dan Sarawak serta di kawasan

luar bandar di Semenanjung.

Page 6: Dasar ekonomi barat

Matlamat utama MEB adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara majuyang berpendapatan tinggi dengan ciri keterangkuman dan kebolehmampananmenjelang tahun 2020.

Pencapaian satu-satu matlamat tidak seharusnya menjejaskan yang lain.

Dalam usaha gigih untuk mencapai matlamat tersebut, kita tidak bolehmengambil jalan pintas dengan berbelanja lebih atas kekayaan daripadasumber asli yang sememangnya tidak kekal.

Kita juga tidak boleh menyerahkan sepenuhnya kepada kuasa pasaran danmengabaikan keperluan untuk memelihara keharmonian sosial.

Setelah mencapai status negara maju, usaha perlu diteruskan untukmengekalkan kedudukan tersebut meskipun selepas tahun 2020.

Page 7: Dasar ekonomi barat

BERPANDUKAN PASARAN

TADBIR URUS YANG RAPI

BERINTEGRASI SERANTAU

INOVATIF

KEUSAHAWANAN

Page 8: Dasar ekonomi barat

•Keterangkuman merupakan matlamat kedua dan

merupakan komponen utama bagi MEB.

•Ini menjadi prasyarat untuk memupuk perasaan

kekitaan. Pertumbuhan yang menyokong golongan

miskin akan memastikan bahawa tiada kumpulan

yang akan dipinggirkan dan keperluan asas rakyat

akan dipenuhi.

Page 9: Dasar ekonomi barat

Keluarga akan diberikan peluang dan keupayaan untuk memburu

impian mereka di bandar, pecan dan kampung yang moden,

canggih dan mudah hubung.

Mereka akan tinggal, bekerja dan belajar di tempat yang bebas

daripada rasa bimbang terhadap jenayah, penghinaan

diskriminasi dan kekurangan keperluan.

Keterangkuman akan membolehkan semua komuniti

menyumbang dan berkongsi kekayaan negara. Meskipun

kesaksamaan yang sempurna itu mustahil dicapai, namun

masyarakat yang terangkum akan memastikan masalah

ketaksamaan ini tidak akan menjadi lebih buruk.

Page 10: Dasar ekonomi barat

Komponen keboleh mampanan dalam MEB bertujuan

untuk memastikan bahawa semua langkah saranan yang

diutarakan di bawah model baru tersebut mestilah

mampan dari segi ekonomi dan alam sekitar.

Kebergantungan Malaysia pada penggunaan sumber asli

sebagai jentera utama pertumbuhan ternyata tidak

mampan dalam kedua-dua aspek berkenaan.

Page 11: Dasar ekonomi barat

Ini tidaklah bermaksud untuk mencadangkan

bahawa penggunaan sumber asli tidak harus

menjadi komponen utama pengeluaran negara.

Namun, ini bererti bahawa di bawah model

baru, keputusan pelaburan dan dasar hanya

akan dibuat setelah mempertimbangkan

keseluruhan impak jangka panjang terhadap

masyarakat, ekonomi dan alam sekitar.

Page 12: Dasar ekonomi barat

MPEN menjangkakan suatu siri manfaat yang

akan sampai kepada semua rakyat jika langkah

dasar MEB dilaksanakan dengan konsisten dan

sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, kita mesti menyedari

bahawa penyampaian pelbagai manfaat ini

memerlukan masa.

Page 13: Dasar ekonomi barat

Sementara itu, beberapa segmen penduduk

mungkin melihat impak negatif lebih daripada

manfaat ataupun mereka mendapat manfaat

yang kurang berbanding orang lain.

Kerajaan mesti berupaya menyampaikan

kesaksamaan hakiki manfaat ini pada

kemudian hari, menggesa komitmen diberikan

kepada proses dan mewujudkan visi kebaikan

bersama jangka panjang.

Page 14: Dasar ekonomi barat
Page 15: Dasar ekonomi barat

Dalam ekonomi berpendapatan

tinggi, rakyat boleh

menjangkakan:

Pilihan yang lebih banyak dan kuasabeli yang lebih tinggi

Kualiti hidup yang lebih baik

Peluang bagi meningkatkanmobiliti Ganjaran bagi inovasi dankreativiti

Keyakinan yang lebih tinggi terhadapkekukuhan ekonomi

Page 16: Dasar ekonomi barat

Semua rakyat akan berasa terangkum

berikutan:

Hidup dan bekerja dalam persekitaran yang selamat

Akses kepada maklumat yang sama rata danmudah

Saling menghormati dan maruah individu

Setiap bahagian di Negara ini – sama adanegeri, bandar, pekan atau kampung – penting

Golongan miskin tidak akan Dilupakan

Page 17: Dasar ekonomi barat

Pendekatan mampan akan

memberi rakyat:

Keyakinan terhadap kerajaan

Persekitaran yang lebih baik

Pertumbuhan mampan

Pengurusan dan pemuliharaan

sumber yang mantap

Page 18: Dasar ekonomi barat
Page 19: Dasar ekonomi barat

Persekitaran saksama yang

membolehkan pelabur berkembang

maju, termasuklah:Hak Perniagaan.

Pengiktirafan hak yang sewajarnya dan tanggungjawabpemilik perniagaan yang sewajarnya

Kedaulatan Undang- Undang.

Keupayaan untuk mengurus perniagaan dengan jaminansystem undang-undang yang adil dan boleh dipercayai

Kebebasan Pemilikan.

Bebas untuk memiliki sepenuhnya perniagaan sendiri danmemilih rakan niaga

Page 20: Dasar ekonomi barat

Ekosistem berkesan bagi

operasi perniagaan akan

melibatkan:

Perkhidmatan Awam.

Kelulusan lebih pantas merentasisemua peringkat

Kecekapan Pelesenan.

Penghapusan pelesenan yang tidakperlu dan beban kawal selia yang tidakwajar

Page 21: Dasar ekonomi barat

Kelompok Dinamik.

Manfaat diperolehi daripada skala melalui

pengelompokan dan perangkaian industri

Modal Insan.

Akses lebih baik terhadap bakat yang terbaik

berdasarkan keupayaan membayar

Page 22: Dasar ekonomi barat

Pasaran cekap akan memberikan

peluang pelaburan dan pertumbuhan

melalui:

Ketelusan.

Keyakinan terhadap keterbukaan dan keadilantender kerajaan

Penentuan Harga Pasaran yang Adil.

Dengan kekecualian yang minimum, subsididan kawalan harga akan dimansuhkan

Bebas Halangan.

Liberalisasi bagi semua sektor