applikasi agenda dasar ekonomi baru melalui model ekonomi

47
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CTU553 - HUBUNGAN ETNIK BIL NAMA 1 MOHD KASWANDEE RAZALI 2 ABDUL RAHMAN BIN ABDUL GHAFAR 3 MOHAMMAD SHAFIQ BIN ROSLI 4 MOHAMAD FAEEZ BIN RIDZWAN

Upload: wandee2393

Post on 04-Jan-2016

38 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

TITAS

TRANSCRIPT

Page 1: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARACTU553 - HUBUNGAN ETNIK

BIL NAMA1 MOHD KASWANDEE RAZALI2 ABDUL RAHMAN BIN ABDUL GHAFAR3 MOHAMMAD SHAFIQ BIN ROSLI4 MOHAMAD FAEEZ BIN RIDZWAN

Page 2: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

APPLIKASI AGENDA DASAR EKONOMI BARU MELALUI

MODEL EKONOMI BARU

Page 3: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

PENDAHULUAN

Page 4: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

A. Dasar Ekonomi Baru (DEB)Merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:• mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan

pendapatan.• menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa

mengira kaum.• mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk

memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi

Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991. Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.

Page 5: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

B. Model ekonomi baru

• Diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Tun Razak pada 30 Mac 2010. Ia terbahagi kepada 2 fasa . Fasa 1 bermula pada 30 Mac 2010. Sementara Fasa 2 selepas pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

• Secara formal, DEB sudah lama dihentikan pada 1990 dan digantikan dengan polisi-polisi lain. Model Ekonomi Baru berteraskan kepada peningkatan produktiviti pekerja yang bermatlamat membantu mereka meningkatkan pendapatan. Pekerja lebih inovatif dan kreatif di samping lebih masa. Lonjakan berganda daya pengeluaran akan berlaku.

• Generasi muda terpaksa menerima liberalisasi perdagangan dan terpaksa bersaing dalam dunia global. Ia menjadi dasar supaya Malaysia boleh menganjakkan kedudukan ekonominya daripada sebuah negara yang berada pada peringkat pendapatan sederhana tinggi kepada pendapatan tinggi.

Page 6: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

• Sektor ekonomi tempatan tidak cukup besar dan negara sangat bergantung pada sektor luar (external). Malaysia sangat bergantung kepada perdagangan antarabangsa.Oleh itu Malaysia membuka sektor-sektor ekonomi tertentu, perjanjian-perjanjian antarabangsa perlu dipatuhi, antaranya ialah WTO, AFTA dan lain-lain.

• Berhubung penyertaan Bumiputera, MEB akan meningkatkan lagi kapasiti usahawan dan tidak akan meminggirkan mana-mana kaum sepanjang pelaksanaannya. Pendekatan yang terbaik akan dikaji bagi menyokong bidang ekonomi utama yang disasarkan dalam MEB.

• Teras utama MEB ialah tidak ada kuota pemilikan. Namun kapasiti perniagaan bumiputera akan disokong supaya mereka boleh menjalankan perniagaan yang lebih baik. Contohnya pembiayaan dan akses kepada internet.

Page 7: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi
Page 8: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

ISI DAN HURAIAN

Page 9: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

1. Membangun Inovasi, Mencetus Kreativiti

• Menurut Prof. Dato' Ir. Dr. Zaini Ujang, dalam bukunya Budaya Inovasi, prasyarat Model Baru Ekonomi, menyatakan bahawa kreativiti membabitkan pemikiran, idea dan gagasan baru.

• Inovasi pula menjurus kepada penambahbaikan dan penyesuaian kepada pemikiran, idea yang sedia ada sehingga memberi nilai tambah baru yang boleh diguna pakai dan dimanfaatkan serta boleh dijadikan sebagai produk atau perkhidmatan yang boleh dikomersialkan.

• Menyedari kepentingan budaya Inovasi dan kreativiti, Dato’ Sri Mohd Najib memberi penekanan kepada kedua-dua elemen ini dalam pentadbirannya termasuk menggalurkan Budaya Inovasi sebagai salah satu nilai aspirasi dalam gagasan 1Malaysia.

Page 10: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

• Keprihatinan Dato’ Sri Najib terhadap dua elemen ini dijelaskan lagi apabila 2010 diangkat

menjadi Tahun Kreativiti dan Inovasi. Pada 27 Januari 2010, telah berlangsung Majlis

Pelancaran Malaysia Inovatif 2010 di Putrajaya dengan tema “Meraikan Kreativiti”. Turut

diperkenalkan dalam usaha meningkatkan momentum inovasi ialah Rangkaian Inovasi 4G

yang diperkenalkan pada penghujung 2010.

• Negara-negara yang hebat dalam menjalankan inovasi seperti Jepun, Finland dan Amerika

Syarikat berjaya membangunkan ekonomi dengan lebih pantas.

• Penghasilan inovasi secara terancang akan dapat menyumbang kepada objektif pembentukan

ekonomi berpendapatan tinggi dalam tempoh masa yang singkat.

• Sambutan Hari Kualiti telah digantikan dengan Hari Inovasi yang ditetapkan pada 31 Oktober

setiap tahun. Jabatan dan agensi perlu meraikan Hari Inovasi dengan mengadakan pelbagai

program ke arah meningkatkan budaya inovasi dalam sektor awam.

Page 11: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

• Contoh impak hasil inovasi yang telah berjaya ialah MyKAD di JPN Melaka yang telah berjaya mengurangkan tempoh menyiapkan setiap MyKAD dari 10 hari/80 jam kepada 1-2 jam dan pelanggan hanya perlu datang sekali sahaja ke pejabat JPN. Impak daripada inovasi mereka ialah penjimatan masa sehingga ke 97.5%.

• Hospital Putrajaya juga telah berjaya melaksanakan inovasinya dengan pesakit dapat mengambil ubat serta-merta di kaunter Take N Go dan 95% pesakit Farmasi Klinik Pakar mendapat ubat dalam masa 30 minit berbanding hanya 64% sebelum inovasi dijalankan.

• Imigresen juga telah menunjukkan satu impak yang besar dalam pengurusan E-pasport. Inovasi yang dijalankan oleh mereka telah menaik taraf pejabat penerima pasport Malaysia kepada Pejabat Pengeluar Pasport di pejabat cawangan negeri dalam tempoh 1 jam hingga 2 jam berbanding tiga hari sebelum inovasi diperkenalkan.

Page 12: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi
Page 13: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi
Page 14: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

2. Strategi Menyusun Semula Masyarakat

• Salah satu strategi menyusun semula masyarakat ialah menambahkan pemilikan rakyat dalam sektor swasta: Strategi ini bertujuan meningkatkan pemilikan kaum bumiputera sekurang-

kurangnya 30% daripada jumlah saham dalam sektor swasta dan perniagaan.• Selain itu, strategi menyusun semula masyarakat juga termasuk membina

satu masyarakat perdagangan dalam kalangan bumiputera. Antara langkah menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat

pedagang ialah menambahkan pemilikan bumiputera dalam ekonomi melalui penubuhan UDA dan pelancaran Permodalan Nasional Berhad dan Amanah Saham Nasional.

• Kerajaan juga telah menyediakan beberapa pakej sokongan baru untuk mencapai matlamat ini: Seperti Dasar Persyarikatan Malaysia dan Dasar Penswastaan bagi

meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan sekaligus kadar pengangguran negara dapat dikurangkan.

Page 15: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

• Strategi lain dalam menyusun semula masyarakat yang pelbagai ras ialah membangunkan kawasan-kawasan yang selama ini mundur tetapi berpotensi tinggi. Antaranya ialah pembangunan wilayah.Perancangan Wilayah ini boleh terbahagi kepada tiga

kategori iaitu:Perancangan untuk pembangunan sumber-sumber kawasan seperti

Johor Tenggara, Perak Utara, Melaka dan Utara Semenanjung.Rancangan kawasan-kawasan utara atau pusat-pusat pertumbuhan,

termasuklah Rancangan Lembah Kelang, Pelan Induk Pulau Pinang, Rancangan Johor Selatan dan Rancangan Kuantan.

Rancangan pembangunan pertanian untuk kawasan Perak hingga barat daya Johor.

Page 16: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

• Kerajaan telah menitikberatkan latihan kemahiran kepada kaum Melayu agar mereka berkebolehan mengurus, mentadbir, atau memiliki perusahaan-perusahaan.

• Perkara ini telah mengalakkan penghijrahan orang Melayu dari luar bandar ke bandar.

• Untuk mencapai matlamat itu, pelbagai institusi disaran memberi peluang kepada bumiputera iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Nasional (PERNAS), Federal Industrial Development Authority (FIDA), Malaysian Industrial Development Finance, Urban Development Finance dan Urban Development Authority (UDA) yang menyediakan keperluan-keperluan teknikal dan bantuan kewangan.

Page 17: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi
Page 18: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

Langkah-langkah

TABUNG PEMBERHENTI

AN PEKERJA

TINGKATKAN KEMAHIRAN

HARMONI

HUBUNGAN TIGA SEGI

3. LANGKAH-LANGKAH

Page 19: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

TINGKATKAN KEMAHIRAN

• Mengenai model ekonomi baru, Perdana menteri Malaysia,Najib berkata, setiap perusahaan di negara ini sama ada melibatkan sektor swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mahupun syarikat-syarikat kerajaan mesti melihat bagaimana untuk terus meningkatkan kemahiran pekerja melalui inovasi dan kreativiti.

• Ini boleh membawa kepada peningkatan produktiviti dan seterusnya meningkatkan pendapatan pekerja yang akhirnya memakmurkan lagi Negara.

• Satu model ekonomi baru yang akan memberi faedah kepada pekerja dan negara kita akan memiliki daya saing yang lebih dan memacu kemajuan lebih besar. Menurut Najib,beliau tidak akan membenarkan negara berada di takuk sediakala.

• Tetapi kita mesti mencari jalan bagaimana kita boleh mengubah dan menganjakkan supaya Malaysia menjadi sebuah negara "high income" (pendapatan tinggi) dalam masa tertentu.

Page 20: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

TABUNG PEMBERHENTIAN PEKERJA

• Najib berkata, Kementerian Sumber Manusia sedang meneruskan perbincangan dengan semua pihak.Dalam Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) membuat gesaan agar kerajaan mewujudkan segera tabung itu dengan kerajaan menyumbangkan RM500 juta.

• MTCU sudah membuat tuntutan lebih 10 tahun untuk penubuhan tabung itu. Mengenai penambahbaikan kepada KWSP, Najib berkata, perkara itu sedang dalam kajian kerana kebanyakan pekerja di negara ini mengalami kesulitan kewangan sebab jumlah yang diterima adalah terhad, manakala jangka hayat rakyat Malaysia kini mencecah antara 73 dan 76 tahun.

Page 21: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

HARMONI• Dalam amanatnya di hadapan lebih 10,000 pekerja, Najib berkata, semua pihak perlu

mengekalkan dan mempertahankan iklim perusahaan harmoni yang wujud di negara

sekarang kerana hubungan yang baik antara majikan dan pekerja merupakan satu daripada

asas penting menentukan kejayaan Malaysia.

• Menurut beliau adalah penting hubungan majikan-pekerja diasaskan sesuai dengan prinsip

pemuafakatan, saling faham memahami dan yakin meyakini, kerana jika hubungan ini

diasaskan kepada sikap konfrontasi maka keadaan yang lazim berlaku di negara lain termasuk

negara maju seperti mogok mungkin boleh berlaku di sini.

• Jika keadaan ini (konfrontasi) diamalkan maka ekonomi itu akan musnah dan jika musnah

yang terjejas bukan sahaja pihak majikan tetapi pekerja, malahan rakyat negara itu akan

menderita kerana keadaan eknomi negara itu terjejas.

Page 22: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

HUBUNGAN TIGA SEGI• Dalam konteks yang lebih menyeluruh pula, hubungan bersifat tiga segi, majikan, pekerja dan

kerajaan perlu berasaskan kepada saling bantu membantu antara satu sama lain untuk membolehkan negara mencapai kejayaan lebih hebat pada masa depan.

• Majikan perlu memahami aspirasi pekerja dan pekerja pula perlu menyumbang dengan penuh dedikasi manakala kerajaan pula menjalankan tanggungjawab melalui dasardasar positif merangsang ekonomi.

• Najib berkata, tindakan majikan untuk sentiasa memastikan kos produktiviti berada di tahap rendah, tidak seharusnya menjejaskan pekerja dari segi peningkatan pendapatan mereka.

• Najib juga menggesa majikan di negara ini seperti restoran dan industri kecil dan sederhana menawarkan suasana dan syarat kerja yang lebih baik bagi menarik lebih ramai pekerja tempatan bekerja di sektor-sektor ini. Katanya kini ada lebih dua juta pekerja asing di negara ini.

“Harap jangan mencari jalan mudah memberi peluang pekerjaan kepada rakyat negara lain kerana upah yang murah. Beri peluang kepada anak-anak tempatan,"

Page 23: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

Kesan-kesan

PEMBANGUNAN MODAL INSAN

MENJANA EKONOMI

4. KESAN-KESAN

Page 24: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

PEMBANGUNAN MODAL INSAN • Modal insan disini bermaksud kita

boleh meningkatkan pendapatan golongan ini dengan menyalurkan minat mereka kearah yang betul.

• Disini bermaksud jika mereka minat pada perlumbaan ,kita seharusnya sokong minat mereka dgn membina tempat yang boleh dan mampu untuk mereka belajar dan berlatih untuk berlumba(freestyle,drag race. & drifting.)

• Jika kita lihat di negara maju ia menjadi 1 kerjaya dan setiap aksi mereka dibayar dan setiap pertandingan mereka diberikan bermacam liputan media yang menarik minat pelaburan dari luar bidang permotoran untuk

menaja mereka.Ini secara tidak langsung akan menambah pendapatan negara.

• Selain itu kita boleh menjadikan tempat yang khas seperti "one stop center" sebagai hub untuk melatih mekanik yang berkemahiran tinggi. Mekanik ini kita boleh beri pendedahan menyeluruh dan profesional supaya dengan minat yang mendalam yang mereka ada ini boleh mendatangkan manfaat kepada sukan permotoran negara.

• Berikan mereka peluang dengan menjanjikan kelebihan seperti bola sepak yang boleh kita berikan macam-macam insentif.

Page 25: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

MENJANA EKONOMI • Antara contoh yang boleh menjana ekonomi Negara ialah dalam

sukan permotoran.

• Jika kita lihat negara maju setiap sukan yang mereka anjurkan sudah tentu stadium atau litar dipenuhi penonton.Negara kita juga boleh berbuat demikian, akan tetapi masih kurang menyeluruh dari segi penganjuran dari pihak penganjur,kurang tempat khas yang benar-benar untuk berlumba dan berlatih. Sediakan tempat khas di setiap negeri,kita sediakan tempat duduk berbayar dan selesa untuk mereka tonton dan mesra keluarga.

• Bayangan berapa banyak kita boleh dapat dari penganjuran aktiviti seperti ini sekiranya ada tempat khas disetiap negeri.Tempat-tempat sebegini pasti tidak akan kosong

Page 26: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

5. Ekonomi Menurut Islam • Ekonomi adalah segala kegiatan yang berkaitan dengan usaha-

usaha yang bertujuan untuk memenuhi segala keperluan hidup manusia.

• Dalam pengertian masa kini, ekonomi ialah satu pengkajian berkenaan dengan kelakuan manusia dalam menggunakan sumber-sumber untuk memenuhi keperluan mereka.

• Dalam pengertian Islam pula, ekonomi ialah satu sains sosial yang mengkaji masalah-masalah ekonomi manusia yang didasarkan kepada asas-asas dan nilai-nilai Islam. Ekonomi Islam adalah sebahagian daripada asas kepada masyarakat dan negara Islam.

• Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan dan pada kedua-dua asas inilah terhubung jalin sistem sosial Islam.

Page 27: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

Asas-asas Sistem Ekonomi Islam

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu

dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu

berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-

orang yang berbuat kerusakan. (Al-Qasas: 77)

Page 28: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

a)Allah Pemilik Segala Sesuatu

Allah memberikan kekayaan kepada manusia dan Dia adalah pemilik

sebenar segala sesuatu.Kepunyaan-Nya-lah semua yang ada di langit,

semua yang di bumi, semua yang di antara keduanya dan semua yang di

bawah tanah. (Taha: 6)

Page 29: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

b)Kekayaan di Dunia adalah untuk Mencari Kehidupan Akhirat

• Manusia mestilah menggunakan kekayaan yang diperolehinya di dunia untuk mendapatkan kehidupan yang baik dan sejahtera di Akhirat kelak.“Ahli peniaga yang jujur lagi amanah adalah

bersama-sama para nabi, para siddiqin dan para syuhada’.” (Bukhari)

Page 30: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

c)Tetap Berlaku Adil kepada Sesama Manusia.

• Manusia mestilah berlaku baik terhadap sesama manusia. Hendaklah mereka melaksanakan tanggungjawab terhadap masyarakat dan membantu orang-orang yang berada dalam kesusahan dan kesempitan.

“Maka berikanlah kepada kerabat yang terdekat akan haknya, demikian (pula) kepada fakir miskin dan orang-

orang yang dalam perjalanan. Itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang mencari keridaan Allah; dan mereka itulah orang-orang beruntung.” (Ar-Rum:38)

Page 31: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

Prinsip-prinsip utama ekonomi Islam

Kebebasan mencari sumber

pendapatan

H a k m i l i k p e r i b a d i

Sistem ekonomi Islam adalah sebahagian

daripada sistem Islam yang Syumul.

Page 32: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

a)Hak milik peribadi

• Islam memperakui pemilikan hak perseorangan dan menempatkan hak ini di tempat yang paling sesuai dengan manusia. Malah Islam menetapkan bahawa hata dan mi;ik peribadi adalah antara lima perkara daruri yang wajib dilindungi syariat.

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta

yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).”

(Ali imran: 14)

Page 33: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

b)Kebebasan mencari sumber pendapatan

• Islam memberikan kepada setiap orang hak kebebasan dalam menetukan corak kehidupannya dan memilih kerja-kerja yang diminatinya asalkan tidak bertentangan dengan syariat Islam. kepelbagaian dalam memilih pekerjaan dan sumber pendapatan masing-masing akan mewujudkan kepelbagaian dalam hasil negara dan keperluan masyarakat.

“Kebebasan mencari sumber pendapatan dalam Islam adalah berdasarkan kepada firman Allah:Apabila telah ditunaikan

sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu

beruntung.” (Al-Jumuah: 10)

Page 34: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

c)Sistem ekonomi Islam adalah sebahagian daripada sistem Islam yang Syumul

• Salah satu ciri yang menonjol dalam sisttem ekonomi Islam ialah kegiatan ekonomi mempunyai hubungan yang rapat dengan sistem Islam yang syumul sama ada dari segi aqidah mahupun syariatnya. Sistem ekonomi Islam tidak boleh dipisahkan daripada dasar-dasar aqidah dan nilai-nilai syariat Islam. Dari segi aqidah, sistem ekonomi Islam dilandaskan kepada hakikat bahawa Allah adalah Pencipta dan Pemilik alam semesta seperti firman Allah.

“Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk (kepentingan) mu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan

untukmu nikmat-Nya lahir dan batin. Dan di antara manusia ada yang membantah tentang (keesaan) Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan

tanpa Kitab yang memberi penerangan.” (Luqman: 20)

Page 35: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

Tujuan Ekonomi IslamMenunaikan sebahagian

daripada tuntutan ibadah

Menegakkan keadilan sosial dan ekonomi

dalam masyarakat.

Menghapuskan kemiskinan

dan mewujudkan keadaan guna tenaga penuh

serta kadar perkembangan ekonomi yang

optimum.

Page 36: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

a)Menunaikan sebahagian daripada tuntutan ibadah

• Mengambil kira asas-asas dan ruang lingkup ciri-cirinya, nyatalah tujuan ekonomi Islam adalah bersifat ibadah dan melaksanakannya bererti melaksanakan sebahagian daripada tuntutan ibadah yang menyeluruh.

• “Sesungguhnya kamu tidak keluarkan satu nakah pun yang kamu caridi jalan Allah melainkan kamu diberi pahala kerananya, sekalipun nafkah yang kamu berikan untuk

isterimu.” (Bukhari, Muslim)

Page 37: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

b)Menegakkan keadilan sosial dan ekonomi dalam masyarakat.

• Kegiatan ekonomi yang berteraskan kepada kesaksamaan serta menghapuskan penindasan dan penipuan adalah satu sistem yang benar-benar dapat menegakkan keadilan sosial dan ekonomi dalam masyarakat.

• Di atas dasar inilah Islam membenarkan jual beli dan mengharamkan riba dan segala jenis penipuan.

• Sistem ekonomi yang berteraskan kepada kerjasama dan kesaksamaan akan mewujudkan rasa kasih sayang, sifat tanggungjawab dan tolong-menolong di antara satu sama lain.

• Kesan daripadanya bukan sahaja individu-individu dapat menaburkan pembangunan dirinya, malah negara-negara dapat bantu-membantu dalam memenuhi kemaslahatan seluruh umat manusia.

Page 38: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

c)Menghapuskan kemiskinan dan mewujudkan keadaan guna tenaga penuh serta kadar perkembangan ekonomi yang optimum.

• Dalam pengertian ekonomi sebagai satu amanah Allah ke atas kaum muslimin, antara tujuan ekonomi dalam Islam ialah untuk menghapuskan ataupun mengatasi masalah kemiskinan, mewujudkan peluang pekerjaan dan mengekalkan kadar pertumbuhan yang optimum dan susuai menurut perkembangan kebendaan dan kerohaniaan masyarakat.

Page 39: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

6. TRANSFORMASI YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN DALAM

MEMBANGUNKAN EKONOMI NEGARA

Page 40: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

TENAGA KERJA MAHIR DI DALAM PASARAN BURUH YANG RANCAK

• Kualiti tenaga kerja di Malaysia semakin merosot. Kemasukan tenaga kerja baru ke dalam pasaran buruh tidak menepati kemahiran yang diperlukan oleh industri.

• Pelabur mengeluh bahawa pekerja baru kekurangan kapasiti menganalisis dan menyelesaikan masalah. Kelemahan penguasaan bahasa dan rangkaian sosial menghalang penggunaan teknologi terkini dan proses berpasukan moden untuk aktiviti-aktiviti tambah-nilai tinggi.

• Tanpa jumlah tenaga kerja berkemahiran yang besar, kita menghadapi risiko menjunam ke arah sebuah negara yang sederhana. Mengatasi kelemahan-kelemahan ini adalah cabaran jangka masa sederhana yang sudah dikenalpasti dan sedang dilaksanakan di bawah Program Transformasi Kerajaan (PTK) dan RMK-10.

• Teras utama ialah pembaharuan radikal sistem pendidikan yang sediada, dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke pengajian tinggi, dan memerlukan peningkatan di setiap peringkat.

• Kita memerlukan program pembaharuan menyeluruh berbanding dengan tindakan-tindakan yang bertampalan dan tidak bersambung. Sistem pendidikan mesti bergerak melampaui ‘‘tahap bina negara’’ ke tahap menyediakan kemahiran untuk bersaing di pasaran antarabangsa.

• Kerjasama rapat di antara semua pihak berkenaan contohnya kerajaan, industri, ahli akademik, ibubapa, dan NGO, mengambil dari pengalaman lepas dan antarabangsa adalah penting untuk mencapai hasil yang diingini.

Page 41: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

TRANSFORMASI TEMPAT KERJA

• Di tempat kerja, majikan didorong untuk memperolehi dan memiliki sebahagian pasaran untuk terus kekal. Ini dibandingkan dengan risiko kegagalan berikutan ketinggalan zaman, kehilangan reputasi dan kebankrapan.

• Atas perkara yang sama, pekerja didorongi oleh pekerjaan yang memberi ganjaran yang baik dan keputusan berbanding dengan risiko pengganguran, termasuk tidak berprestasi atau kelakuan yang tidak bersesuaian.

• Mengambil kira perspektif kedua-dua majikan dan pekerja, struktur ganjaran mestilah dibentuk untuk mengiktiraf prestasi baik dan pencapaian kualiti piawaian yang tinggi.

• Pemikiran yang berlandaskan hak dan keselamatan pemegang pekerjaan (securityof- tenure) yang tidak fleksibel, menyebabkan rasa puas hati dan menghadkan upah, mestilah dielakkan.

• Di Malaysia, mekanisma penetapan upah tidak berfungsi baik, terbukti dengan upah rendah yang diperolehi oleh kebanyakan kategori pekerja

Page 42: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

Transformasi Tempat Kerja

Menubuhkan kumpulan pakar untuk memodenkan dan menjajarkan perundangan dan

peraturan buruh, dan selari dengan amalan terbaik antarabangsa, dengan dua objektif

iaitu untuk mengurangkan kos perniagaan untuk pengurusan buruh dan meningkatkan

keberkesanan perlindungan pekerja

Menambahkan perlindungan pekerja melalui insurans pengangguran

Menubuhkan Majlis Perundingan Upah Kebangsaan (NWCC)

Memudah pelaksanaan Sistem Upah Berkaitan Produktiviti (PLWS)

Menimbang polisi upah minimum

Transformasi Tenaga Kerja

Mengadakan ramalan pasaran buruh dan program soal selidik

Menambah kemahiran dan meningkatkan tenaga kerja

Menetapkan strategi keseluruhan untuk meningkatkan tenaga kerja

Menyeragamkan pensijilan pekerja separa mahir

Memanfaatkan bakat wanita untuk meningkatkan produktiviti

Page 43: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

MERAPATKAN JURANG KETAKSAMAAN

• MBE menyedari bahawa peluang yang terhad bagi mendapatkan manfaat sepenuhnya dari kemajuan ekonomi akan melahirkan rasa tidak puas hati antara bahagian-bahagian penduduk, samada di bandar atau luar bandar, di semua wilayah dan terutamanya di Sabah dan Sarawak.

• Oleh sebab itu, MBE menekankan pendekatan pro-miskin, pertumbuhan menyeluruh yang dapat menangani ketaksamaan pendapatan dan ketidaksamaan sosial sambil mengeluarkan penduduk yang kurang berkemampuan dari kemiskinan.

• Kita perlu sedar dan mengiktiraf keunikan susunan sosial Malaysia yang berbilang bangsa sebagai satu kekuatan. Kepelbagaian etnik ini akan sentiasa bersama kita. Kita perlu memelihara dan memanfaatkan kekuatan ini untuk mencapai tahap pendapatan tinggi bagi semua.

• Mengurangkan ketidaksamaan peluang merupakan satu daripada ciri-ciri pembatas MBE (IPS 5).

Page 44: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

Mengurangkan Jurang Ketaksamaan Pendapatan dan Perbezaan Wilayah

Mewujudkan satu dasar induk bagi program-program bantuan sosial. Kementerian Wanita,

Keluarga dan Pembangunan Masyarakat hendaklah dijadikan sebagai agensi penyelaras

bagi membangunkan dan memantau dasar ini

Semua kementerian dan agensi terlibat perlu menggunakan satu pangkalan data seragam

yang menyeluruh yang pada mulanya akan berasaskan e-Kasih

Mewujudkan program-program bantuan social tambahan berkenaan pengangkutan

dan perumahan yang merupakan sebahagian besar daripada perbelanjaan isi rumah

berpendapatan rendah

Meningkatkan pergerakan di kalangan kumpulan 40% terendah bagi peluang pekerjaan

yang lebih baik dengan memperuntukan subsidi pengangkutan awam melalui penjimatan

daripada pengurangan subsidi kerajaan yang lain

Menubuhkan Lembaga Perumahan peringkat negeri untuk merancang, membangun

dan mengurus skim perumahan bagi kumpulan 40% terendah

Memindahkan tumpuan sekarang skim tersebut daripada pemilikan kepada pajakan

dengan peluang untuk membeli semasa tamatnya tempoh pajakan tersebut

Menawarkan pinjaman melalui KWSP untuk keperluan perumahan bagi kategori

kumpulan 40% pertengahan, yang boleh dibayar balik melalui potongan daripada

caruman bulanan oleh perkerja, iaitu bersifat berkecuali keatas aliran tunai

Membolehkan kumpulan 40% terendah untuk keluar dari kemelut kemiskinan melalui

pendidikan

Menawarkan insentif kepada guru-guru untuk meningkatkan prestasi dan

kesediaan untuk mengajar di kawasan luar bandar termasuk juga di beberapa kawasan

pedalaman

Memperuntukkan jaring keselamatan bagi ibu bapa memastikan anak-anak

mereka menamatkan persekolahan sepenuhnya

Page 45: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

CADANGAN DAN KESIMPULAN

Page 46: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi

• Kerajaan perlu meneruskan sokongan kepada komuniti perniagaan Bumiputera bagi membina dan memberkukuhkan keupayaan dan daya saing di pasaran tempatan dan meneroka peluang di luar negara. Ini perlu dilakukan melalui pelbagai bantuan dana , program latihan, idea, pemudahcara dan insentif yang ditwarkan untuk perkhidmatan tempatan.

• Secara keseluruhannya DEB tidaklah mencapai sasaran 100% matlamatnya, namun DEB telah berjaya dalam beberapa strategi yang dibuat dengan jayanya. DEB banyak memberi pelbagai sumbangan kepada kehidupan masyarakat majmuk di negara kita sekali gus keamanan dapat dikekalkan sehingga hari ini.

Page 47: Applikasi Agenda Dasar Ekonomi Baru Melalui Model Ekonomi