dasar ekonomi baru kenegaraan

23
http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein . Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk: mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991 . Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri. [1] Isi kandungan [sorokkan ] 1 Latar belakang 2 Dasar Pecah dan Perintah 3 Dasar Ekonomi Baru 4 Isu Penolakan 5 Lihat juga 6 Nota kaki 7 Rujukan 8 Pautan luar

Upload: shamsul-azrul

Post on 02-Jul-2015

236 views

Category:

Documents

1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dasar Ekonomi Baru Kenegaraan

http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:

mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan

mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991. Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.[1]

Isi kandungan

[sorokkan] 1 Latar belakang 2 Dasar Pecah dan Perintah

3 Dasar Ekonomi Baru

4 Isu Penolakan

5 Lihat juga

6 Nota kaki

7 Rujukan

8 Pautan luar

[sunting] Latar belakang

Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3Teks kod rumpun utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan

Page 2: Dasar Ekonomi Baru Kenegaraan

curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969.

Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu.

Semenjak pendudukan Jepun pada perang Dunia Kedua, pihak Jepun mengamalkan dasar yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan kemarahan dan prasangka orang Cina terhadap orang Melayu. Apabila Jepun menyerah kalah dan sebelum ketibaan Inggeris, orang Cina yang kebanyakannya merupakan anggota Bintang Tiga (Parti Komunis Malaya) telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam. Turut memburukkan keadaan adalah kerana, kebanyakan orang Cina menganggotai Parti Komunis Malaya manakala Orang Melayu kebanyakan menganggotai pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948–1960.

Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia untuk orang Malaysia" yang yang secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan dan hak istimewa orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew menyemarakkan perasaan anti-Cina dan anti-Melayu. Kejadian-kejadian tersebut akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah mengorbankan banyak nyawa dan harta-benda adalah manifestasi hubungan antara kaum di Tanah Melayu yang sememangnya retak menanti belah. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui.

Kacau bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan atas nasihat Perdana Menteri dengan serta-merta telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara. berkuat kuasa 16 Mei 1969. Pengisytiharan ini telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung. Atas perakuan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin Dato Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawab menjalankan kuasa pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan MAGERAN, Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab untuk membincang dan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum. Majlis ini mendapati satu masalah yang paling ketara yang dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk di Malaysia. Adalah didapati masyarakat Malaysia masih terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan. Perpaduan yang hendak dicapai bukan sahaja melibatkan

Page 3: Dasar Ekonomi Baru Kenegaraan

penyatuan kaum sahaja tetapi adalah didapati penyatuan ekonomi dan sosial juga perlu dilakukan. Sehubungan dengan itu Majlis Perundingan Negara telah bersetuju membentuk satu ideologi negara yang kemudiannya dikenali sebagai Rukun Negara yang mempunyai lima prinsip utama iaitu:

Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-Undang

Kesopanan dan Kesusilaan

Dasar Ekonomi Baru juga dibentuk menerusi Majlis Perundingan Negara sebagai jentera penggerak untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Majlis Perundingan Negara juga telah mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan Jabatan Perpaduan Negara untuk melaksanakan aktiviti berbentuk muhibbah Majlis Muhibah dan Pejabat Muhibah di peringkat pusat, negeri, daerah dan kawasan telah ditubuhkan di bawah peruntukan Peraturan-Peraturan Perlu (Majlis-Majlis Muhibah) 1969 yang telah diwartakan pada 18 Julai 1969.

[sunting] Dasar Pecah dan Perintah

Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia sering dikatakan akibat dasar pecah dan perintah (devide and rule) oleh penjajah Inggeris. Terdapat dua keadaan yang memungkinkan keadaan ini:

1. Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat sebarang usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap penjajahan.

2. Inggeris perlu mengekalkan penduduk peribumi di kampung-kampung serta mengekalkan aktiviti pertanian orang Melayu bagi memastikan bekalan makanan penduduk Tanah Melayu tidak terjejas. Tindakan membawa masuk pekerja asing adalah bagi mengelakkan penduduk pribumi meninggalkan aktiviti pertanian.

Peranan Dasar Ekonomi Baru dalam usaha pihak kerajaan untuk mencapai matlamat integrasi nasional

1. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan terutama yang menganggur.

2. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara semua kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar).

3. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.

Kesan Dasar Pecah dan Perintah

Page 4: Dasar Ekonomi Baru Kenegaraan

1. Penduduk Melayu telah dibiarkan di kawasan pedalaman untuk mengerjakan sektor pertanian tradisional.

2. Kaum Cina ditempatkan di bandar dan lombong bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan perlombongan.

3. Kaum India ditempatkan di estet untuk mengerjakan ladang-ladang British.

Oleh kerana petempatan dan kawasan tumpuan mereka dalah berbeza, maka tidak wujud interaksi antara tiga kaum utama ini. Melalui dasar ini British telah melairkan perasaan prasangka dan memperkukuh keperibadian setiap kumpulan etnik yang terus menjarakkan jurang perpaduan antara kaum.

[sunting] Dasar Ekonomi Baru

Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.

Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:-

penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum;

Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan

Page 5: Dasar Ekonomi Baru Kenegaraan

telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.

Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya:

Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990;

Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.

Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain;

Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar.

Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

1. Asnarulhadi Abu Samah dan Jayum A. Jaw an 1997. Kenegaraan Malaysia. Universiti Putra Malaysia. DASAR EKONOMI BARU (DEB) (1970–1990)137

2. Lotfi Ismail 1980. Sejarah Malaysia 1400–1963. Utusan Publications & Distributors.

3. Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-Dasar Pembangunan 1982. INTAN.

4. Malaysia Kita: Panduan dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan 1991. International Law Book Services.

[sunting] Rujukan

1. ↑ "Unsur DEB dihapus beransur", Utusan Online, 24 Oktober 2008.

[sunting] Pautan luar

(Melayu) Ensiklopedia Malaysia: Dasar Ekonomi Baru

Page 6: Dasar Ekonomi Baru Kenegaraan

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=237:dasar-ekonomi-baru-&catid=88:dasar-dasar-negara

Dasar Ekonomi Baru

Latarbelakang

Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan perkembangan masyarakat secara 'plural' melalui amalan 'pecah' dan perintah. Pihak British telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan.

Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar.

Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telah diperkenalkan. Rancangan Malaya Pertama, kedua dan Rancangan Malaysia Pertama dirancang untuk menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan pembaharuan ekonomi. Rancangan ini telah menunjukkan kelemahan dari segi strategi di mana corak atau sistem semasa penjajahan masih berterusan. 

Rasional

Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin.Dari jumlah semua keluarga miskin 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar. Kadar kemiskinan mengikut kaum pula adalah saperti berikut:

Kaum Kadar Kemiskinan ( % ) Pendapatan Purata Keluarga Sebulan ( RM )Malayu 64.8 172.00

Page 7: Dasar Ekonomi Baru Kenegaraan

Cina 26.0 392.00India 39.2 304.00Lain-lain 44.8 813.00

Pemilikan Jumlah Pemilikan %( RM Juta )1. Bumiputera Perseorangan dan Agensi Amanah 279.6 4.3a) Bumiputera Perseorangan 168.7 2.6b) Agensi Amanah 110.9 1.72. Bukan Bumiputera 2233.2 34.03. Warganegara Asing 4051.3 61.7

Jumlah : 6564.1 100.0

Dilihat dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kaum adalah seperti berikut: 

Sektor-sektor Melayu Cina India Lain-lain1. Pertanian 67.6 19.9 11.5 1.02. Perlombongan 32.1 58.7 8.5 0.73. Perniagaan/Perdagangan, Pentadbiran Awam, Pelajaran, Pertahanan dan kemudahan awam 42.6 45.5 10.7 1.2

Objektif

Menyedari  kedudukan  ketidakseimbangan  sosial ekonomi  itu ,    kerajaan  telah   mengusahakan   supaya   satu  pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar  Ekonomi  Baru.  Matlamat  utama dasar ini diperkenalkan ialah   bagi   mewujudkan   perpaduan   negara   dengan mengurangkan  perbezaan  ekonomi,  sosial,  kebudayaan,  penempatan dan sebagainya.

Page 8: Dasar Ekonomi Baru Kenegaraan

Strategi Pelaksanaan

Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:

i. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

ii. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Membasmi kemiskinanKemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka supaya:

i. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.

ii. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.

iii. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.

iv. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan luarbandar dan antara wilayah.

Page 9: Dasar Ekonomi Baru Kenegaraan

v. Memodenkan kehidupan di luarbandar.

vi. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.

vii. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia.

viii. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan kemudahan infra-struktur dan lain-lain.

Penyusunan Semula MasyarakatAdalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham / ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di negara ini, di mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30%, 40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri dari pelabur-pelabur luar negeri.

Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut telah disusun :

i. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luarbandar.

ii. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh mencerminkan bilangan kaum.

Page 10: Dasar Ekonomi Baru Kenegaraan

iii. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.

iv. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank Pembangunan, Bank Bumiputera,Amanah Saham Nasional.

v. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.

Penutup

Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan negara melalui proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat didalam konteks keselamatan negara yang kukuh. Segala program pembangunan negara dan Dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan diatas. Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta.

Kerajaan sedang berusaha untuk mewujudkan satu model ekonomi baru untuk negara yang antara lain berteraskan kepada peningkatan produktiviti pekerja yang bermatlamat membantu mereka meningkatkan pendapatan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan memberikan skop kerja kepada majlis ekonomi yang akan ditubuhkan, yang terdiri daripada pakar-pakar ekonomi termasuk dari luar negara, untuk mencadangkan satu model ekonomi yang baru untuk negara.

Katanya, model ekonomi itu juga akan menggariskan bagaimana Malaysia boleh menganjakkan kedudukan ekonominya daripada sebuah negara yang berada pada peringkat pendapatan sederhana tinggi kepada pendapatan tinggi.Peningkatan produktiviti pekerja bukan sahaja melalui sumbangan daripada segi waktu kerja tambahan tetapi juga melalui penambahan inovasi dan kreativiti di kalangan pekerja.

Page 11: Dasar Ekonomi Baru Kenegaraan

Najib berkata demikian ketika diminta menghuraikan amanatnya di perhimpunan itu yang antara lain menyentuh mengenai model ekonomi baru, tabung pemberhentian pekerja dan usaha menambahbaik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

TINGKATKAN KEMAHIRAN

Mengenai model ekonomi baru itu, Najib berkata, setiap perusahaan di negara ini, sama ada melibatkan sektor swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mahupun syarikat-syarikat kerajaan, mereka mesti melihat bagaimana untuk terus meningkatkan kemahiran pekerja melalui inovasi dan kreativiti.

Ini boleh membawa kepada peningkatan produktiviti dan seterusnya meningkatkan pendapatan pekerja yang akhirnya memakmurkan lagi negara, katanya.

Satu model ekonomi baru yang akan memberi faedah kepada pekerja dan negara kita akan memiliki daya saing yang lebih dan memacu kemajuan lebih besar.

Kita tidak akan membenarkan negara berada di takuk sediakala. Tetapi kita mesti mencari jalan bagaimana kita boleh mengubah dan menganjakkan supaya Malaysia menjadi sebuah negara "high income" (pendapatan tinggi) dalam masa tertentu.

TABUNG PEMBERHENTIAN PEKERJA

Mengenai tabung pemberhentian pekerja, Najib berkata, Kementerian Sumber Manusia sedang meneruskan perbincangan dengan semua pihak.

Semalam, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) membuat gesaan agar kerajaan mewujudkan segera tabung itu dengan kerajaan menyumbangkan RM500 juta. MTCU sudah membuat tuntutan lebih 10 tahun untuk penubuhan tabung itu.

Mengenai penambahbaikan kepada KWSP, Najib berkata, perkara itu sedang dalam kajian kerana kebanyakan pekerja di negara ini mengalami kesulitan kewangan sebab jumlah yang diterima adalah terhad, manakala jangka hayat rakyat Malaysia kini mencecah antara 73 dan 76 tahun.

Page 12: Dasar Ekonomi Baru Kenegaraan

Katanya, kajian KWSP menunjukkan bahawa 70 peratus pencarum menghabiskan caruman simpanan mereka dalam tempoh tiga hingga 10 tahun.

Jadi kita kena cari jalan bagaimana pembayaran itu boleh dibuat berdasarkan annuiti atau bulanan. Dengan itu kita dapat menjamin perlindungan kepada pekerja-pekerja kita.

HARMONI

Dalam amanatnya di hadapan lebih 10,000 pekerja, Najib berkata, semua pihak perlu mengekal dan mempertahan iklim perusahaan harmoni yang wujud di negara sekarang kerana hubungan yang baik antara majikan dan pekerja merupakan satu daripada asas penting menentukan kejayaan Malaysia.

Katanya, adalah penting hubungan majikan-pekerja diasaskan sesuai dengan prinsip pemuafakatan, saling faham memahami dan yakin meyakini, kerana jika hubungan ini diasaskan kepada sikap konfrontasi maka keadaan yang lazim berlaku di negara lain termasuk negara maju seperi mogok mungkin boleh berlaku di sini.

Jika keadaan ini (konfrontasi) diamalkan maka ekonomi itu akan musnah dan jika musnah yang terjejas bukan sahaja pihak majikan tetapi pekerja, malahan rakyat negara itu akan menderita kerana keadaan eknomi negara itu terjejas.

HUBUNGAN TIGA SEGI

Dalam konteks yang lebih menyeluruh pula, Najib berkata, hubungan bersifat tiga segi, majikan, pekerja dan kerajaan perlu berasaskan kepada saling bantu membantu antara satu sama lain untuk membolehkan negara mencapai kejayaan lebih hebat pada masa depan.

Majikan perlu memahami aspirasi pekerja dan pekerja pula perlu menyumbang dengan penuh dedikasi manakala kerajaan pula menjalankan tanggungjawab melalui dasardasar positif merangsang ekonomi.Najib berkata, tindakan majikan untuk sentiasa memastikan kos produktiviti berada di tahap rendah, tidak seharusnya menjejaskan pekerja dari segi peningkatan pendapatan mereka.

Najib juga menggesa majikan di negara ini seperti restoran dan industri kecil dan sederhana menawarkan suasana dan syarat kerja yang lebih baik bagi menarik lebih ramai pekerja tempatan

Page 13: Dasar Ekonomi Baru Kenegaraan

bekerja di sektor-sektor ini.Katanya kini ada lebih dua juta pekerja asing di negara ini.

Harap jangan cari jalan mudah memberi peluang pekerjaan kepada rakyat negara lain kerana upah murah. Beri peluang kepada anak-anak tempatan," katanya.

Perdana Menteri berharap tahap pengangguran akan berada di tahap minimum dan kerajaan akan terus berusaha mewujudkan peluang pekerjaan.

Katanya, kadar pengangguran mungkin akan meningkat dari 3.1 peratus pada tahun lepas kepada empat peratus tahun ini berikutan kemelesetan ekonomi global.

Berita disunting daripada sumber : Utusan Malaysia

Dasar Ekonomi Baru

Latarbelakang

Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan perkembangan masyarakat secara 'plural' melalui amalan 'pecah' dan perintah. Pihak British telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan.

Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar.

Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telah diperkenalkan. Rancangan Malaya Pertama, kedua dan Rancangan Malaysia Pertama dirancang untuk menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan pembaharuan ekonomi. Rancangan ini telah menunjukkan kelemahan dari segi strategi di mana corak atau sistem semasa penjajahan masih berterusan. 

Page 14: Dasar Ekonomi Baru Kenegaraan

Rasional

Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin.Dari jumlah semua keluarga miskin 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar. Kadar kemiskinan mengikut kaum pula adalah saperti berikut:

Kaum Kadar Kemiskinan ( % ) Pendapatan Purata Keluarga Sebulan ( RM )Malayu 64.8 172.00Cina 26.0 392.00India 39.2 304.00Lain-lain 44.8 813.00

Pemilikan Jumlah Pemilikan %( RM Juta )1. Bumiputera Perseorangan dan Agensi Amanah 279.6 4.3a) Bumiputera Perseorangan 168.7 2.6b) Agensi Amanah 110.9 1.72. Bukan Bumiputera 2233.2 34.03. Warganegara Asing 4051.3 61.7

Jumlah : 6564.1 100.0

Dilihat dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kaum adalah seperti berikut: 

Sektor-sektor Melayu Cina India Lain-lain1. Pertanian 67.6 19.9 11.5 1.02. Perlombongan 32.1 58.7 8.5 0.73. Perniagaan/Perdagangan, Pentadbiran Awam, Pelajaran, Pertahanan dan kemudahan awam 42.6 45.5 10.7 1.2

Page 15: Dasar Ekonomi Baru Kenegaraan

Objektif

Menyedari  kedudukan  ketidakseimbangan  sosial ekonomi  itu ,    kerajaan  telah   mengusahakan   supaya   satu  pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar  Ekonomi  Baru.  Matlamat  utama dasar ini diperkenalkan ialah   bagi   mewujudkan   perpaduan   negara   dengan mengurangkan  perbezaan  ekonomi,  sosial,  kebudayaan,  penempatan dan sebagainya.

Strategi Pelaksanaan

Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:

i. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

ii. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Membasmi kemiskinanKemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka supaya:

i. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.

Page 16: Dasar Ekonomi Baru Kenegaraan

ii. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.

iii. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.

iv. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan luarbandar dan antara wilayah.

v. Memodenkan kehidupan di luarbandar.

vi. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.

vii. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia.

viii. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan kemudahan infra-struktur dan lain-lain.

Penyusunan Semula MasyarakatAdalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham / ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di negara ini, di mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30%, 40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri dari pelabur-pelabur luar negeri.

Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut telah disusun :

Page 17: Dasar Ekonomi Baru Kenegaraan