27754184 dasar ekonomi baru

35
1.0 PENDAHULUAN Bermula daripada sejarah kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 telah menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa usaha-usaha yang dilakukan untuk mendapatkan status negara berdaulat bukan mudah. Malaysia bukan sahaja harus mendapatkan kembali hak yang dirampas oleh pihak penjajah dan berusaha membina serta menyusun semula hak yang telah ditinggalkan, malah Malaysia harus pandai mengagihkan setiap kekayaan secara adil antara kumpulan etnik yang terbina akibat dasar yang telah ditinggalkan oleh pihak penjajah British. Maka, kerajaan telah berusaha membuat pelbagai dasar bagi merealisasikan impian setiap rakyat Malaysia yang menginginkan kesejahteraan, perpaduan dan kekayaan untuk dinikmati bersama secara adil. Menyedari ketidakseimbangan sosial ekonomi yang berlaku, kerajaan telah mengusahakan satu pendekatan yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang melibatkan beberapa program melalui Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2) 1

Upload: wa

Post on 17-Nov-2015

88 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dasar ekonomi baru

TRANSCRIPT

1

1.0 PENDAHULUAN

Bermula daripada sejarah kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 telah menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa usaha-usaha yang dilakukan untuk mendapatkan status negara berdaulat bukan mudah. Malaysia bukan sahaja harus mendapatkan kembali hak yang dirampas oleh pihak penjajah dan berusaha membina serta menyusun semula hak yang telah ditinggalkan, malah Malaysia harus pandai mengagihkan setiap kekayaan secara adil antara kumpulan etnik yang terbina akibat dasar yang telah ditinggalkan oleh pihak penjajah British. Maka, kerajaan telah berusaha membuat pelbagai dasar bagi merealisasikan impian setiap rakyat Malaysia yang menginginkan kesejahteraan, perpaduan dan kekayaan untuk dinikmati bersama secara adil.

Menyedari ketidakseimbangan sosial ekonomi yang berlaku, kerajaan telah mengusahakan satu pendekatan yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang melibatkan beberapa program melalui Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2) selama 20 tahun bermula dari 1971 sehingga 1990 dan telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-2, Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein Al-Haj. DEB merupakan kesinambungan daripada dasar kerajaan terdahulu iaitu Rancangan Malaysia Pertama (RMK1) yang dilaksanakan sesudah tertubuhnya Malaysia. Rancangan pembangunan ekonomi ini dilaksanakan selama lima tahun bermula dari tahun 1966 sehingga 1970 melibatkan seluruh Malaysia. Objektif utamanya adalah menjaga kebajikan seluruh rakyat dan meninggikan taraf hidup di kawasan luar bandar terutamanya di kalangan mereka yang berpendapatan rendah.

Matlamat utama DEB ialah mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat dalam negara dengan mengurangkan jurang perbezaan ekonomi di antara kaum. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah DEB disusun menerusi dua strategi utama iaitu, membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

2.2 Ketidakseimbangan Pendapatan dan Kadar Kemiskinan Antara Kaum

DEB dilaksanakan menerusi strategi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Pembangunan yang telah dicapai semenjak kemerdekaan sehinggalah tercetusnya tragedi 13 Mei bukan sahaja gagal mengatasi masalah kemiskinan malah pernah dianggap memburukkan lagi masalah tersebut. Pembangunan ekonomi yang pesat dalam tempoh tersebut tidak dapat dinikmati oleh sebahagian besar penduduk negara. Kajian daripada bancian penduduk pada tahun 1970 mendapati bahawa 49.3 peratus daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan. Daripada jumlah semua keluarga miskin tersebut, 86 peratus berada di kawasan luar bandar dan 14 peratus di kawasan bandar. Manakala kadar kemiskinan mengikut kaum pula menunjukkan nilai peratus yang paling tinggi adalah dari kaum Melayu iaitu 64.8 peratus. Cina dan India pula masing-masing 26 dan 39.2 peratus manakala kaum lain-lain pula menunjukkan 44.8 peratus. Keadaan kemiskinan yang melanda berkait rapat dengan kadar pemilikan modal di sektor syarikat yang tidak seimbang. Keadaan ini juga dikatakan akibat daripada dasar pihak penjajah British yang memberi layanan dan perhatian yang berbeza terhadap kelompok kaum tertentu. Sehubungan itu, kadar pemilikan modal saham dalam kalangan golongan Bumiputera pula hanya mencecah 2.4 peratus. Jumlah tersebut jauh lebih kecil berbanding kadar pemilikan yang dipunyai oleh kelompok bukan Bumiputera iaitu 34 peratus. Kadar kemiskinan tinggi, sementara agihan pendapatan makin tidak setara. Di samping itu terdapat beberapa ciri kemiskinan yang boleh mengancam kestabilan politik dan ekonomi negara seperti mana yang telah dimanifestasikan oleh tragedi 13 Mei dahulu. Di antara ciri-ciri tersebut termasuklah :

a) Kadar dan bilangan isirumah miskin yang terlalu tinggi di kalangan kaum Bumiputera berbanding dengan bukan Bumiputera.

b) Sebahagian besar daripada golongan miskin itu terlibat dalam sektor pertanian.

c) Golongan miskin ini juga merupakan sumber utama kuasa politik kerajaan.Jadual di bawah menunjukkan kadar kemiskinan di Semenanjung Malaysia pada tahun 1970. Ia jelas menunjukkan kemiskinan dalam kalangan kaum Melayu lebih tinggi berbanding dengan kaum Cina dan India. Juga disertakan dan didapati purata pendapatan kaum Melayu yang jauh lebih rendah dimana kaum Melayu hanya RM162 sebulan, sedangkan kaum India berpendapatan RM310 sebulan dan kaum Cina RM399 sebulan.Jadual 1.0:Semenanjung Malaysia: Kadar Kemiskinan dan Pendapatan Purata Isi

Rumah, 1970.

KaumKadar Kemiskinan (%)Pendapatan Purata Isi Rumah (RM sebulan)Nisbah Pendapatan

Melayu56.4162-

Cina19.2399Cina/Melayu = 2.32

India28.5310India/Melayu = 1.76

Sumber : Malaysia, Kajian Separuh Penggal RM ke-2 (1971-1975). Ishak dan Rogayah (1986).2.3 Ketidakseimbangan Pekerjaan Antara Kaum Jika dilihat pula dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970, pecahan mengikut kelompok etnik turut menunjukkan ketidakseimbangan. Dalam sektor pertanian misalnya, kaum Melayu merupakan majoriti dengan meliputi 67.6 peratus, kaum Cina hanya 19.9 peratus, manakala kaum India pula berjumlah 11.5 peratus dan lain-lain kelompok sebanyak 1.0 peratus. Dalam sektor perlombongan pula, kaum Cina mendominasi dengan jumlah 58.7 peratus, kaum Melayu hanya 32.1 peratus, kaum India sebanyak 8.5 peratus dan lain-lain kelompok sebanyak 0.7 peratus. Dalam sektor perniagaan, perdagangan, pentadbiran awam, pendidikan, pertahanan dan kemudahan awam pula, kaum Melayu meliputi 42.6 peratus, manakala kaum Cina 45.5 peratus, kaum India 10.7 peratus dan lain-lain sebanyak 1.2 peratus. Ketidakseimbangan ini dipercayai menjadi sebab utama berlakunya kecemburuan sosial sehingga mencetuskan Peristiwa 13 Mei 1969. Antara fokus utama DEB ialah menyusun semula pemilikan harta dengan meningkatkan pemilikan saham Bumiputera sehingga sekurang-kurangnya mencapai 30 peratus menjelang tahun 1990. Jadual berikutnya pula menunjukkan jenis kumpulan pekerjaan yang menjadi tumpuan guna tenaga Malaysia mengikut kaum. Daripada keseluruhan guna tenaga yang terlibat dalam pekerjaan pertanian, 68.7 peratus daripadanya ialah guna tenaga dari kaum Melayu iaitu peratus yang tertinggi. Manakala bagi kaum Cina dan India masing-masing 17.3 peratus dan 9.7 peratus.

Jadual 2.0: Semenanjung Malaysia: Pekerjaan Guna Tenaga Mengikut Kaum, 1970

(000 orang)

Kumpulan PekerjaanMelayuCinaIndiaJumlah

Pertanian62.3 (68.7%)21.2 (17.3%)41.0 (9.7%)44.8 (100%)

Perkhidmatan6.8 (44.3%)8.6 (39.6%)10.9 (14.6%)7.9%

Pentadbiran & Pengurusan0.5 (21.4%)1.9 (62.9%)0.8 (7.8%)1.1%

Jualan4.7 (26.7%)15.3 (61.7%)9.5 (11.1%)9.1%

Pengeluaran18.0 (31.3%)41.6 (55.9%)24.7 (9.6%)27.3%

Profesional & Teknikal4.3 (47.0%)5.2 (39.5%)4.9 (10.8%)4.8%

Perkeranian3.4 (35.4%)6.3 (45.9%)8.1 (17.2%)5.0%

Jumlah (000 orang)1477.6

(51.8%)1043.6

(36.6%)301.4

(10.6%)2850.3

(100%)

Sumber : Malaysia, RM ke-4 (1981-1985). Jadual 3.11.

Malaysia, RRJP2 (1991).

Sebagaimana yang diketahui, aktiviti pertanian tidak menjamin pulangan yang stabil disebabkan oleh keadaannya tidak menentu. Ini kerana sektor pertanian dipengaruhi oleh faktor musim dan cuaca selain ketidakstabilan harga di pasaran. Selain terlibat dalam sektor pertanian, guna tenaga Melayu juga tertumpu kepada pekerjaan dalam perkhidmatan di jabatan-jabatan kerajaan. Terdapat juga kaum Bumiputera yang terlibat dalam pekerjaan pengeluaran, tetapi kebanyakkan daripada mereka bekerja di peringkat bawahan sebagai pekerja separuh mahir dan tidak mahir. Sebaliknya, guna tenaga Cina lebih tertumpu kepada kumpulan pekerjaan jualan, pentadbiran dan pengurusan serta pengeluaran.

3.0ISU-ISU DALAM DEB

3.1PendidikanPeranan DEB dalam isu pendidikan merupakan antara isu yang paling hangat dimana melalui perancangan DEB, ramai anak tempatan yang berjaya mendapatkan pendidikan dengan sempurna. Pelbagai bentuk bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada rakyat Malaysia. Salah satu kemudahan yang disediakan ialah berhubung dengan pemberian biasiswa khususnya kepada kaum bumiputera supaya mereka ini tidak jauh ketinggalan berbanding dengan kaum lain yang lebih maju kehadapan. Isu pendidikan perlu dikaji dan dirancang semula secara teliti khasnya untuk mendidik anak-anak Malaysia pasca merdeka memahami konsep dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan mereka. Jika dilihat dari sudut sejarah, sememangnya lahirnya kelas menengah Melayu hari ini banyak terhutang budi kepada peluang-peluang biasiswa yang dibuka secara meluas selepas DEB diperkenalkan. Ini menunjukkan DEB yang dibentuk amat mementingkan pendidikan.

DEB telah menyumbang peranan yang besar dalam pendidikan dimana bermula pada tahun 1970-an, pelajar-pelajar Bumiputera dihantar ke Institusi-institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara dengan bantuan biasiswa dari pelbagai badan kerajaan, separa kerajaan dan swasta. Contohnya peranan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang banyak membuka peluang kepada pelajar Bumiputera khususnya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dengan memeberi tawaran biasiswa dan kemudahan lain. Pembabitan MARA telah mempercepatkan usaha kerajaan menyediakan peluang pembelajaran kepada semua generasi muda terutama selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Langkah MARA memperuntukkan pinjaman pendidikan kepada pelajar-pelajar Bumiptera berjumlah RM1.2 bilion seperti diumumkan Ketua Pengarahnya pada tahun 2007, Datuk Nam Marthinin akan memanfaatkan ramai pelajar Bumiputera. Peruntukan itu disifatkan terbesar memandangkan jumlah keseluruhan penajaan Mara dalam bentuk pinjaman dan biasiswa ialah RM2.9 bilion. Oleh yang demikian, lebih ramai pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dan berhasrat menyambung pelajaran di luar negara, akan mendapat tawaran. Pada masa ini jumlah pelajar mendapat penajaan belajar di luar negara terhad kerana sebahagian besar bergantung kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan badan lain seperti Petronas. Di sini tidak dinafikan bahawa MARA sememangnya membiayai pelajar ke luar negara setiap tahun, tetapi jumlahnya sedikit berbanding di sekitar 1970-an dan 1980-an. Selain itu, pelajar yang mendapat keputusan sederhana juga mempunyai peluang lebih luas mendapat pembiayaan Mara, sama ada menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau swasta (IPTS). Untuk IPTS, pihak pengurusan MARA mengutamakan IPTS milik Bumiputera. Dengan berbuat demikian, MARA mensasarkan satu lagi objektifnya iaitu membantu memajukan Bumiputera dalam bidang perniagaan dan keusahawanan untuk meningkatkan taraf hidup Bumiputera supaya tidak jauh ketinggalan berbanding kaum lain.

Selain itu, penubuhan Giatmara juga antara usaha MARA untuk merealisasikan rancangan DEB dalam memberikan pendidikan dan kemahiran untuk mereka gunakan bagi mencari pekerjaan. Pusat Giatmara ini diwujudkan di seluruh negeri di Malaysia dan lokasinya di tengah-tengah masyarakat luar bandar bertujuan untuk memberikan kemahiran dan meluaskan fikiran kepada belia khususnya yang berada di kawasan luar bandar. Menurut Tuan Haji Hashim Bin Ahmad iaitu Pegawai Eksekutif Giatmara, salah satu objektif penubuhan Giatmara ialah memberikan peluang kepada masyarakat Bumiputera dalam program bersekolah balik iaitu menimba ilmu kemahiran untuk mengisi wawasan masing-masing. Contohnya seseorang yang hilang mata pencarian kerana kilang tempat mereka bekerja ditutup atau ingin mengubah haluan demi membaiki taraf hidup dengan memilih untuk bekerja sendiri dan memerlukan kemahiran tertentu, maka dia boleh mengikuti kursus di Pusat Giatmara. Selain itu, penubuhan Pusat Giatmara ini bertujuan untuk menyediakan pekerja mahir yang sebanyak mungkin dalam kalangan kaum Bumiputera terutama di luar bandar bagi mengisi kekosongan yang sentiasa wujud dari masa ke semasa mengikut arus kemajuan dunia. Ini amat bersesuaian dan selari dengan matlamat utama DEB yang ingin meningkatkan kadar guna tenaga.

3.2 Pembasmian KemiskinanPembasmian kemiskinan merupakan salah satu usaha kerajaan dalam pelaksanaan DEB kerana kemiskinan bukan sahaja berlaku di luar bandar malah di bandar juga. Definisi secara umum tentang kemiskinan ini dapat dilihat daripada definisi klasik yang diberikan oleh Charles Booth (disebut di dalam Holman, 1978: m/s.3) yang menerangkan bahawa:

miskin boleh dihuraikan sebagai seseorang yang hidup dalam keadaan yang susah untuk memenuhi keperluan-keperluan hidup yang mencukupi.

Definisi ini menjelaskan hubungan antara kemiskinan dengan ketidakmampuan memenuhi keperluan minimum bagi mengekalkan kecekapan fizikal atau bagi memenuhi keperluan asas. Pendekatan ini mula diperkenalkan oleh Rowntree (1901) yang mengkaji masalah kemiskinan di York, London. Rowntree (disebut di dalam Holman, 1978: m/s 6, Mohd Taib, 1993: m/s 14) mendefinisikan kemiskinan sebagai ketidakcukupan memenuhi keperluan asas di peringkat secukup hidup untuk mempertahankan kecekapan fizikal.

Untuk mengelakkan ketidakseimbangan ekonomi antara etnik berulang dan dalam jangka masa panjang mengurangkan masalah ini maka, kerajaan telah membentuk DEB. Pelaksanaan dasar ini memerlukan program pembangunan wilayah yang lebih pesat berbanding dengan programnya pada tahun-tahun sebelum 1970. Salah satu inisiatif kerajaan dalam memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur ialah melalui pembangunan tanah atau wilayah baru seperti Federal Land Development Authority (FELDA). FELDA diasaskan pada 1 Julai 1956 apabila Akta Kemajuan Tanah dikuatkuasakan. Menerusi Akta Kemajuan Tanah 1956, FELDA ditubuhkan dengan modal kerja sebanyak RM10 juta. FELDA pula lebih tertumpu di Semenanjung Malaysia, manakala agensi-agensi lain lebih bertanggungjawab kepada pembangunan tanah di negeri-negeri Sabah dan Sarawak. Bagi Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3), FELDA telah memajukan lebih dari 314,000 ekar tanah dan menempatkan kira-kira 19,800 keluarga. Manakala dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) pula, peruntukan bagi pembangunan tanah dan wilayah yang berjumlah RM5705.9 juta akan digunakan bagi program-program yang dilaksanakan oleh FELDA dan Lembaga Kemajuan Wilayah. FELDA akan memajukan 175,000 hektar tanah baru, iaitu bertambah sebanyak kira-kira 8.5 peratus daripada keluasan yang dimajukan di bawah Rancangan Malaysia Keempat. Ini menunjukkan bahawa konsep pembangunan tanah yang sedang giat dilaksanakan di seluruh negara mempunyai kepentingannya yang tersendiri, iaitu selaras dengan objektif ekonomi negara untuk menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan.Keupayaan strategi pembangunan tanah FELDA dan penyediaan infrastruktur luar bandar mencapai matlamat DEB, terutama yang berkaitan dengan penyusunan semula masyarakat agak terhad. Konsep pembangunan wilayah yang baru mengutamakan pencapaian kedua-dua matlamat DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Walaupun sebelum ini pembangunan wilayah telah berjalan sejak akhir tahun 1950-an, dasar pembangunan wilayah yang nyata tidak wujud. Ini kerana pihak kerajaan sebelum itu tidak mewartakan sebarang dasar berkenaan pembangunan wilayah. Dasar ini dijelaskan buat pertama kalinya pada tahun 1976 seperti yang tertera dalam dokumen Rancangan Malaysia Ketiga, seperti yang berikut:

Di dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB), strategi pembangunan wilayah adalah bertujuan untuk merapatkan lagi perhubungan di antara negeri-negeri di Malaysia. Ini akan dicapai dengan cara mengurangkan jurang perbezaan ekonomi dan struktur di antara wilayah-wilayah negara ini.Matlamat asasnya ialah agihan yang saksama bukan saja dari segi pendapatan, tetapi juga kemudahan-kemudahan kesihatan, pelajaran, kemudahan-kemudahan awam, perkhidmatan, kemudahan-kemudahan hiburan, perumahan dan yang paling penting sekali peluang-peluang untuk kemajuan sosial dan ekonomi rakyat sejajar dengan matlamat-matlamat Dasar Ekonomi Baru (Malaysia, 1976; hlm 235)

FELDA telah membuat petempatan bandar yang terdiri daripada satu perkelompokan beberapa unit perkampungan di sekitar pusat bandar. Ini merupakan langkah awal bagi membasmi kemiskinan yang berlaku pada waktu itu. Rancangan pembangunan tanah dan petempatan Jengka Tiga Segi adalah rancangan pertama seperti ini yang dilaksanakan oleh FELDA dalam tahun 1970. Rancangan tersebut terletak di negeri Pahang di suatu tapak seluas 300,000 ekar (121,500 hektar) dan kedudukannya adalah di tengah-tengah di antara Bandar Kuantan, ibu negeri Pahang, dengan Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Kira-kira 132,000 ekar (53,460 hektar) tanah di dalam kawasan projek ini adalah kawasam hutan simpan. Daripada jumlah ini sebanyak 94,000 ekar (38,070 hektar) dikekalkan dalam keadaan semula jadi. Seluas 22,000 ekar (8,910 hektar) lagi adalah untuk kegiatan pembalakan. Kawasan yang sesuai untuk pembangunan ialah seluas 178,000 ekar (72,190 hektar), termasuk kawasan seluas 25,000 ekar lagi dari lima rancanga FELDA yang sedia ada, iaitu Kampung Ulu Jempul, Bukit Tajau, Sungai Nerek, Sungai Takam dan Kampung Awah yang telah dimajukan terlebih dahulu dan secara berasingan daripada projek Jengka Tiga Segi.

Projek ini dibiyai oleh Bank Dunia, dan satu pelan induk telah disediakan untuk membuat cadangan-cadangan berhubung dengan pola pembangunan selanjutnya. Skel pembangunan tanah FELDA semakin besar dan sehingga tahun 1982, sejumlah 1.5 juta ekar tanah telah dimajukan oleh FELDA. Sehingga tahun 2000, FELDA dijangka dapat memajukan dua juta juta ekar tanah. Walaupun tanah yang sesuai untuk pembangunan pertanian terdapat di negeri Pahang, Johor, Kelantan dan Terengganu, namun hampir separuh daripada tanah yang akan dimajukan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima terdapat di Pahang dan Johor.

Namun begitu, terdapat beberapa kekangan dalam memperluaskan kegiatan FELDA. Di antara kekangan yang wujud adalah disebabkan oleh kerana perbezaan konsep, falsafah dan objektif FELDA dengan Lembaga Kemajuan Wilayah. FELDA ditubuhkan dengan matlamat untuk membasmi kemiskinan dengan cara memajukan tanah pertanian melalui satu kegiatan ekonomi pertanian sama ada tanaman getah, kelapa sawit atau koko. Bagi Lembaga Kemajuan Wilayah pula, membesarkan operasi dan menambah kegiatan FELDA akan membawa kepada ketidakcekapan, ketidakberkesanan, dan penyelewengan daripada matlamat asal. Tujuan penubuhan Lembaga Kemajuan Wilayah bukan sahaja untuk membasmi kemiskinan dengan cara meningkatkan pendapatan, menambah peluang pekerjaan dan kemudahan asas negeri atau wilayah yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi, malah dalam masa yang sama menyusun semula masyarakat. Dengan itu, bagi mencapai objektif Lembaga Kemajuan Wilayah, pelbagai kegiatan ekonomi telah dilaksanakan merangkumi kegiatan pertanian, perusahaan, perdagangan, perkhidmatan, dan pembangunan bandar. Melalui kegiatan itu, objektif DEB dijangka boleh dicapai dengan lebih berkesan melalui pengwujudan peluang-peluang pekerjaan, penambahan pemilikan harta oleh orang-orang Melayu dan pembandaran orang Melayu.

4.0 KESAN-KESAN DEB4.1 Sektor PendidikanKejayaan DEB yang paling nyata dan membanggakan ialah penurunan kadar kemiskinan dan peningkatan taraf pendidikan kaum Bumiputera. Melalui pendidikan yang diterapkan, telah memberikan impak yang positif sehingga hari ini dimana bilangan profesional Bumiputera telah bertambah. Peratusan graduan Bumiputera ke luar negara untuk mencapai tahap profesionalisma bumiputera ke puncak tertinggi juga meningkat. Kini, terdapat ramai pakar perubatan Bumiputera di hospital-hospital. Keadaan ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan kira-kira 45 tahun lalu di mana hanya ada segelintir sahaja doktor pakar Bumiputera. Malahan, kini, banyak syarikat besar di Malaysia diketuai oleh golongan profesional Bumiputera dan ramai profesional Bumiputera mampu berdaya saing untuk bekerja di luar negara. Kejayaan DEB melalui pendidikan telah membawa kepada masyarakat Melayu yang berpendidikan sejak 70-an yang telah menyumbang kepada peluasan peratusan kelas pertengahan. Masyarakat Melayu yang berpendidikan akan dapat membantu mewujudkan lebih ramai kelas pertengahan bagi kestabilan politik dan ekonomi negara. Pada masa kini, Melayu memiliki sejumlah perniagaan di peringkat tinggi misalnya pemilik hartanah, perunding perhubungan awam, pengurus dana dan perunding kejuruteraan. Inilah hasil daripada pendidikan di bawah DEB yang melahirkan sejumlah profesional Melayu yang dihormati. Dalam erti kata lain, DEB telah melahirkan golongan profesional dan golongan kelas menengah Bumiputera yang mempunyai kuasa beli yang kuat.Selain itu, kesan dari perancangan DEB melalui pendidikan telah berjaya meningkatkan peratus kecemerlangan pelajar Bumiputera di peringkat tinggi. Menurut Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau;berdasarkan maklumat dari Biro Tatanegara, peratus graduan Bumiputera yang lulus dengan kepujian kelas pertama di Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) meningkat dari 13.25 peratus pada tahun 1996 kepada 25.4 peratus pada tahun 2002. Sehubungan itu, kemasukan pelajar Melayu ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melepasi tahap 60 peratus dan ini adalah satu peratusan yang jauh lebih tinggi dari yang ditetapkan di bawah sistem kuota. Selain itu, kemasukan pelajar Melayu ke dalam kursus-kursus kritikal di IPTA juga meningkat. Negara juga mempunyai 18 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), termasuk sebuah Universiti Islam Antarabangsa. Malah, Malaysia juga diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bagi pelajar dari negara asing. Kini, terdapat lebih 36,000 penuntut dari 150 negara yang datang belajar di Malaysia.

Melalui DEB juga jurang pendidikan di antara pelajar bandar dan luar bandar dirapatkan bagi memastikan persaingan yang lebih adil dan saksama. Selain menempatkan guru-guru berpengalaman dan berkebolehan di sekolah-sekolah luar bandar, kemudahan-kemudahan yang sama seperti yang terdapat di bandar, termasuklah infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) juga disediakan. Segala ini diambil kira untuk mewujudkan medan persaingan menjadi lebih rata dan peluang anak Melayu untuk berjaya dapat ditingkatkan. Negara Malaysia kini mempunyai Sekolah Bestari dimana menurut Dato Seri Najib Tun Razak;

Sekolah Bestari ditubuhkan ialah bukan sahaja untuk memenuhi tuntutan Koridor Raya Multimedia malahan melahirkan satu generasi rakyat Malaysia yang kreatif dan inovatif.Antara tujuannya ialah untuk menyediakan satu kumpulan tenaga kerja yang kreatif dan berteknologi. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendemokrasikan pendidikan agar semua kanak-kanak berpeluang untuk belajar. Maka, dengan ini terbukti bahawa DEB mampu memainkan peranannya dalam pendidikan apabila kejayaan demi kejayaan telah dikecapi hasil usaha keras kerajaan dan kerjasama dari seluruh rakyat Malaysia.

4.2Sektor Pembasmian Kemiskinan (FELDA)Penempatan FELDA, sama ada unit perkampungan tunggal atau bandar, adalah komuniti yang sengaja dibina atau dirancang di kawasan desa untuk mencapai matlamat-matlamat sosio-ekonomi negara. Sebagai komuniti baru sudah tentu ia mempunyai ciri-ciri yang istimewa kerana ia dirancang berdasarkan konsep perancangan moden dan polisi-polisi yang dibentuk khusus untuk membawa perubahan sosial, ekonomi dan fizikal kepada masyarakat desa. Petempatan FELDA adalah komuniti yang pertama yang dirancangkan secara menyeluruh di kawasan desa dan pembukaan tanah baru di luar bandar.

4.2.1Penyediaan Infrastruktur Komuniti

Petempatan FELDA disediakan dengan infrastruktur yang sesuai untuk kesejahteraan dan sosial para peneroka. Unit-unit petempatan ini mempunyai jalan raya dan bekalan air untuk kesenangan para peneroka, sekolah untuk pendidikan anak-anak, pusat kesihatan untuk kesejahteraan fizikal, masjid untuk kesejahteraan rohaniah, kemudahan komuniti untuk perkembangan mental, kedai untuk memenuhi keperluan harian, dan bekalan elektrik untuk rumah dan kemudahan lain turut di berikan kepada peneroka FELDA.

Penyediaan infrastruktur di petempatan FELDA mencerminkan satu usaha untuk membawa modenisasi ke kawasan desa, iaitu berasaskan kepercayaan bahawa perubahan sosio-ekonomi tidak dapat dicapai dengan memuaskan sekiranya pusat-puat petempatan ini tidak disertakan denagn pembangunan fizikal dan peneroka dibiarkan tanpa infrastruktur yang diperlukan oleh sesebuah komuniti. Oleh kerana asas ekonomi pusat-pusat petempatan FELDA dibina berdasarkan tanaman perdagangan yang berorientasikan eksport, maka hubungan dengan pusat-pusat bandar yang lain dan pelabuhan sama ada di Malaysia atau di luar Malaysia mestilah diwujudkan. Ini memerlukan satu sistem pengangkutan dan perhubungan yang cekap antara pusat-pusat FELDA (sebagai unit pengeluaran) dengan pusat-pusat bandar di Malaysia dan di luar Malaysia (sebagai pasaran). Oleh itu, jaringan pengangkutan, hubungan dan infrastruktur ekonomi moden, seperti kemudahan pemasaran dan pemprosesan, mestilah disediakan dalam komuniti. Kemudahan, infrastruktur dan utiliti dirancang di setiap pusat petempatan, dan ini melahirkan satu persekitaran dan pengalaman baru kepada peneroka sehingga mereka terpaksa membuat beberapa penyesuaian terhadap keadaan tersebut. Kemudahan kemudahan tesebut sangat kurang terdapat atau tidak ada disediakan di tempat-tempat asal mereka.

4.2.2Penggabungan Persekitaran Desa dengan Bandar

Perancangan petempatan FELDA adalah berdasarkan konsep rekabentuk yang menggabungkan ciri-ciri bandar dan desa. Ini adalah sama dengan prinsip perancangan bandar baru yang menggabungkan persekitaran bandar dan desa yang baik untuk mewujudkan satu persekitaran baru supaya satu aras keselesaan yang lebih tinggi dapat disediakan bagi penghuni bandar baru. Di petempatan FELDA, pusat kampung, (bagi unit petempatan tunggal) dan pusat bandar (bagi petempatan bandar) dirancang supaya ia mempunyai kepadatan yang lebih tinggi untuk melahirkan satu suasana pembandaran di pusat-pusat petempatan tersebut. Kepadatan kediaman secara keseluruhannya adalah lebih rendah. Setiap rumah dirancang supaya mempunyai lot yang cukup besar untuk mengadakan kebun sendiri, dan berkongsi sempadan yang sama dengan lot rumah jiran-jiran mereka.

Kawasan pertanian yang membentuk sempadan petempatan, dilindungi daripada pembangunan bukan pertanian untuk menjaga kepentingan peneroka. Ini mengekalkan imbangan antara kawasan binaan yang mempunyai sempadan yang jelas di dalam kampung dengan kawasan pertanian yang memberikan persekitaran yang hijau, cantik nyaman dan bersih. Pemandangan seperti ini tidak mudah dinikmati di pusat-pusat bandar besar. Pembinaan bandar baru jugak berlaku dengan wujudnya petempatan baru FELDA, bandar Muadzam Shah, di Rompin, Pahang adalah salah satu bandar baru yang wujud hasil daripada pembukaan tanah FELDA di kawasan terbabit. Penduduk FELDA di kawasan berhampiran bandar baru ini agak mudah untuk menjalankan aktiviti berkaitan dengan perbankan, urusan perniagaan, dan lain-lain lagi yang memerlukan mereka untuk keluar ke bandar.

4.2.3Pemilikan Tanah

Sistem pemilikan tanah dalam komuniti FELDA adalah baru dan sangat berbeza dengan amalan pemilikan tanah tradisional di Malaysia. FELDA mengenakan peraturan dan syarat yang ketat terhadap pemilikan tanah untuk melindungi kepentingan dan kesejahteraan peneroka. FELDA mempunyai kuasa untuk mengambil semula pemilikan tanah tersebut jika peneroka didapati melanggari mana-mana syarat atau peraturan yang telah ditetapkan. Tujuan peraturan ini dibuat adalah untuk menghalang pembangunan atau kemajuan yang tidak diingini di ladang-ladang pertanian. Dengan cara ini, guna tanah yang telah ditetapkan dalam komuniiti kekal sebagaimana yang telah dirancang. Di samping itu guna tanah pertanian dilindungi daripada diambil untuk pembangunan perumahan atau pembangunan-pembangunan lain yang bertentangan dengan prinsip perancangan yang di jalankan oleh FELDA. Kedua, peraturan seperti ini adalah untuk mengelakkan pemilikan tanah bertukar milik kepada orang lain yang tidak bertanggungjawab, dan dengan itu menggagalkan tujuan asal FELDA untuk memberi tanah kepada penduduk desa yang tidak bertanah dan miskin.

Hak milik tanah diberi kepada peneroka berdasarkan sistem pemilikan bagi tempoh selama 25 tahun. Walaupun peneroka di rancangan getah diberi hakmilik berasingan bagi tanah mereka, di rancangan kelapa sawit, tanah diberi hakmilik secara berkumpulan seperti yang telah di laksanakan di beberapa FELDA, antaranya adalah FELDA Jengka dan FELDA Keratong di Pahang. Ini adalah satu lagi ciri baru berhubung dengan amalan pemilikan tanah di Malaysia. Tanah peneroka dibenarkan untuk diwarisi oleh anak mereka. Walaubagaimanapun, pemecahan tanah yang akan menimbulkan saiz tanah yang tidak ekonomis tidak dibenarkan. Oleh itu, FELDA membenarkan tanah tersebut diwarisi oleh seorang sahaja daripada anak peneroka. Kesemua langkah ini diambil untuk menjaga kepentingan peneroka supaya ia tidak menjejaskan matlamat perancangan FELDA untuk member satu aras pendapatan pertengahan kepada mereka dan keluar mereka.

Kini Genap 50 tahun Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA menempuh pelbagai cabaran untuk melaksanakan tanggungjawab membangunkan kawasan luar bandar. Dalam tempoh itu, pelbagai peristiwa cemerlang dan pencapaian FELDA yang membanggakan dapat disaksikan. Misi 50 tahun pertama penubuhan FELDA sudah mencapai objektifnya, kini agensi itu menggalas tugas untuk memastikan kecemerlangannya terus bertahan untuk 50 tahun lagi. Semestinya meletakkan kedudukan masyarakat peneroka lebih baik daripada apa yang mereka nikmati hari ini. Selepas berjaya mencapai objektif penubuhannya iaitu untuk memajukan kawasan pertanian secara produktif dan sempurna, menggerakkan masyarakat peneroka supaya maju, produktif dan berdisiplin serta meningkatkan taraf hidup lebih sempurna maka lebih jauh kepada pembabitan di peringkat antarabangsa. Kestabilan harga sawit dan getah yang dianggap antara paling selesa ketika ini membolehkan FELDA menjadi peneraju utama industri sawit hingga ke peringkat antarabangsa. Dengan ini menunjukkan bahawa, DEB yang telah di jalankan oleh pihak kerajaan walaupun tidak mencapai objektif sepenuhnya, namun di peringkat proses penyusunan semula masyarakat, Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi, dan supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi boleh dikatakan berjaya dilaksanakan. Golongan miskin yang telah berpindah ke kawasan FELDA pada mulanya dengan tujuan untuk mendapatkan pekerjaan dan tanah kini telah menjadi warga Malaysia yang prodaktif dan inovatif bagi kemajuan negara ini.

5.0 PENUTUPSelepas 20 tahun DEB ditinggalkan, rakyat Malaysia jelas mendapat sesuatu yang amat bermakna dan bernilai daripada dasar yang telah dilaksanakan ini. Beberapa projek yang dilaksanakan dapat dilihat hasil kejayaannya seperti jurang ekonomi diantara kaum dapat dikurangkan dan semakin ramai rakyat Malaysia yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat tertinggi hasil daripada pelbagai bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kepincangan dalam pelaksanaan DEB kerana masih terdapat kes-kes yang terpencil seperti kadar kemiskinan untuk bumiputera adalah empat kali ganda lebih banyak berbanding kaum-kaum lain. Selain itu, pada akhir pelaksanaan DEB yang diteruskan oleh Dasar Pembangunan Negara, penguasaan orang Melayu hanya berada pada paras 19 peratus, gagal menepati sasaran 30 peratus ekuiti. Daripada peratusan itu, individu Melayu hanya menguasai tiga peratus ekuiti manakala selebihnya, dikuasai oleh institusi-institusi berkaitan Melayu seperti Permodalan Nasional Bhd., Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, yang seterusnya memiliki kepentingan yang amat besar dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC).

Kelemahan DEB adalah disebabkan kurangnya data yang terperinci, terpusat dan menyeluruh. Malah, dikatakan juga kegagalan DEB disebabkan oleh pemegang amanah atau penjaga dan pemangkin DEB tidak jujur dan amanah dalam menjalankan tugas, selain dari kelemahan sistem perancangan, perlaksanaan dan penyelarasan dalam kegiatan perusahaan awam. Kelemahan-kelemahan ini seharusnya dapat diatasi sekiranya pucuk pimpinan tegas dalam melaksanakan sesuatu dasar dan semua pihak haruslah menumpahkan sepenuh tenaga dan usaha bagi merealisasikan impian bersama. Ibrahim Saad. Mara Perlu Buka Peluang Biaya Pendidikan Pelajar Bumiputera,

Berita Harian, 9 Mac 2007.

Baharun Hj. Sulaiman, Giatmara Melahirkan Tenaga Mahir, Dewan Masyarakat Mac 1997

Mohd Taib Haji Dora. (1993). Agihan Pembangunan: Teori dan Pelaksanaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m.s. 13

Mohd. Yusof Kasim. (1988). Ketidakseimbangan Wilayah: Satu Penilaian Terhadap Dasar dan Strategi Pembangunan Wilayah dalam Tempoh Dasar Ekonomi Baru (1970-1990). Dalam Chamhuri Siwar & Mohd Haflah Piei (ed.). Dasar dan Strategi Pembasmian Kemiskinan Kumpulan Rencana Tentang Kemiskinan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, m.s. 206,

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan. Diperoleh pada 20 Ogos 2009 daripada HYPERLINK "http://ms.wikipedia.org/wiki/Lembaga_Kemajuan_Tanah_Persekutuan" http://ms.wikipedia.org/wiki/Lembaga_Kemajuan_Tanah_Persekutuan.

Sekretariat Media Kementerian, Kesenian, Kebudayaan. (31 Mei 2007). Berita Harian. FELDA Ubah Landskap Luar Bandar: Pembangunan Tanah Pedalaman Bawa Kemakmuran, Basmi Kemiskinan. Diperoleh pada 15 Ogos 2009 daripada http://www.feldaholdings.com/content.php?h=1818

Ucapan Perdana Menteri Malaysia Ketika Membentangkan Usul Bagi Meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketiga, di Dewan Rakyat, Pada 19 Mac 1979. Diperoleh pada 20 Ogos 2009 daripada http://www.arkib.gov.my/html/themes/arkib/download/TunHusseinOnn/1979TunHussein.pdf

Rancangan Malaysia Ke Lima: Program Sektor Awam dan Pembiayaan (1986-1990). Diperoleh pada 20 Ogos 2009 daripada http://www3.pmo.gov.my/rancanganweb/rancangan1.nsf/18919c170aa1dfba482567320023cc04/5b00e2cb9c8d84544825674b003337bf?OpenDocument.

Mohd. Yusof Kasim. (1988). Ketidakseimbangan Wilayah: Satu Penilaian Terhadap Dasar dan Strategi Pembangunan Wilayah dalam Tempoh Dasar Ekonomi Baru (1970-1990). Dalam Chamhuri Siwar & Mohd Haflah Piei (ed.). Dasar dan Strategi Pembasmian Kemiskinan Kumpulan Rencana Tentang Kemiskinan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, m.s. 206&207,

Ibid, m.s. 208.

Sulong Mohamad. (1985). Petempatan FELDA: Perspektif Perancangan Bandar dan Desa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, m.s. 85

Mohd. Yusof Kasim. (1988). Ketidakseimbangan Wilayah: Satu Penilaian Terhadap Dasar dan Strategi Pembangunan Wilayah dalam Tempoh Dasar Ekonomi Baru (1970-1990). Dalam Chamhuri Siwar & Mohd Haflah Piei (ed.). Dasar dan Strategi Pembasmian Kemiskinan Kumpulan Rencana Tentang Kemiskinan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, m.s. 213

Dr. Kamarulnizam Abdullah, Massa, edisi 14-20 Jun 2003

Tun Daim Zainuddin, Utusan Malaysia 20 September 2005

Nisbah Perlu Lebih Adil, Utusan Malaysia 13 Julai 2009

Sulong Mohamad. (1985). Petempatan FELDA: Perspektif Perancangan Bandar dan Desa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, m.s. 134

Ibid, m.s. 134

Ibid, m.s. 134

Ibid, m.s. 136

Asuki Abas, Utusan Online, 22 Julai 2005, DEB perlu ditunjangi GLC

Yusof Ismail (Sunting) (2008) Dasar-dasar Utama Kerajaan Malaysia. Perpustakaan Negara Malaysia, m.s. 35

PAGE 17