contoh2 bab 2

12
BAB 4 METODOLOGI KAJIAN 4.1 Pengenalan Metodologi kajian adalah merupakan proses yang penting. Ianya adalah berkaitan dengan kaedah dalam mengumpulkan data - data yang berkaitan dengan kajian. Segala maklumat yang diperolehi dianalisa agar segala perkara yang tidak berkaitan dengan kajian ditapis terlebih dahulu. Metodologi yang bersesuaian akan menentukan keberkesanan kajian yang dijalankan.

Upload: mohd-khairuddin-yasin

Post on 17-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

xxx

TRANSCRIPT

BAB 4

BAB 4

METODOLOGI KAJIAN

4.1 Pengenalan

Metodologi kajian adalah merupakan proses yang penting. Ianya adalah berkaitan dengan kaedah dalam mengumpulkan data - data yang berkaitan dengan kajian. Segala maklumat yang diperolehi dianalisa agar segala perkara yang tidak berkaitan dengan kajian ditapis terlebih dahulu. Metodologi yang bersesuaian akan menentukan keberkesanan kajian yang dijalankan.

4.2 Kaedah Kaedah Kajian.

Perancangan kaedah kaedah kajian perlu dibuat dengan sebaik yang mungkin bagi memastikan data yang telah di kumpul bersesuaian dengan matlamat dan objektif kajian yang telah ditetapkan. Segala maklumat yang tidak berkaitan dipastikan dan ditolak terlebih dahulu bagi memastikan kajian yang dijalankan tidak lari dari kehendak tajuk kajian. Kajian yang dijalankan bermula dengan pengumpulan maklumat dari pembacaan dan temu bual dengan pihak yang terlibat. Bagi mencapai matlamat kajian ini, maklumat yang diperoleh adalah berdasarkan kepada kaedah yang seperti berikut :

4.2.1Kajian Literatur

Di dalam kajian literatur ini, pembacaan yang secara meluas amat diperlukan bagi memahami kehendak tajuk ini. Tumpuan diberikan kepada kajian literatur ke atas bahan-bahan bertulis yang di antaranya terdiri daripada buku teks, majalah dan makalah, akhbar, dan jurnal yang berkaitan. Segala maklumat atau bahan yang berkaitan dengan kelewatan akan dikumpulkan dan dikaji untuk memenuhi keperluan objektif yang ingin dicapai.

Kajian literatur juga dijalankan pada asasnya bertujuan untuk menentukan pernyataan masalah bagi kajian yang akan dijalankan. Melalui kajian literatur, perkara-perkara yang diperlukan dalam penghasilan sebuah hasil Projek Sarjana Muda dapat diperolehi. Perkara-perkara yang dimaksudkan ialah :

a) Mengenal pasti latar belakang kajian

b) Menetapkan objektif kajian yang ingin dicapai

c) Menetapkan skop kajian

d) Mengenal pasti metodologi kajian yang akan digunakan

e) Menjelaskan kepentingan-kepentingan kajian

f) Memperolehi penjelasan tentang kelewatan berserta kategori yang berkaitan

g) Mengenal pasti punca-punca yang menyumbang kepada masalah kelewatan

4.2.2Soal Selidik

Soal selidik dijalankan adalah bertujuan untuk mendapatkan data berkaitan. Borang soal selidik akan diagihkan kepada responden untuk mendapatkan maklum balas secara bertulis dan memperolehi data-data utama yang bersesuaian dengan objektif kajian ini. Borang soal selidik yang dibentuk berdasarkan kepada kajian literatur akan di cetak dan diedarkan sendiri oleh penyelidik kepada responden-responden secara rawak di sekitar liputan kawasan kajian iaitu kawasan Majlis Perbandaran Seremban. Selepas itu, kesemua borang soal selidik yang diagihkan akan dikumpulkan semula bagi tujuan penganalisisan data.

4.2.2.1 Penyediaan Borang Soal Selidik

Satu set lengkap borang soal selidik untuk setiap responden perlu disediakan untuk tujuan pengumpulan data. Penyediaan borang berkenaan adalah berdasarkan kepada isu-isu penyelidikan yang diperoleh melalui kajian literatur. Soalan disediakan dengan cermat dan teliti agar kesilapan tidak berlaku dan data yang dikumpulkan nanti dapat memenuhi kriteria yang dikehendaki bagi tujuan pencapaian objektif penyelidikan.

Jenis-jenis soalan yang dikemukakan secara umumnya dalam borang soal selidik terdiri daripada soalan-soalan objektif yang berkaitan dengan praktis sebenar tentang kelewatan dalam industri pembinaan. Sejumlah sembilan soalan telah disediakan (Sila rujuk Lampiran E). Soalan-soalan telah diringkaskan dalam ketegori kategori seperti berikut.

1) Butir-butir syarikat

2) Faktor-faktor kelewatan projek

3) Penyelesaian isu kelewatan

4) Komen dari responden

Bagi ringkasan yang pertama, ia disediakan bertujuan untuk mengetahui tentang latar belakang syarikat kontraktor yang terlibat. Ini adalah termasuk nama syarikat kontraktor berkenaan, talian untuk dihubungi dan yang paling penting sekali adalah mengetahui berapa lama kontraktor ini telah beroperasi. Semakin lama kontraktor ini telah beroperasi maka semakin banyak pengalaman yang telah dilalui dan ini memberikan jawapan yang lebih relevan kepada soalan soalan yang dikemukakan. Ini seterusnya akan memberikan hasil kajian yang lebih tepat keatas kelewatan yang berlaku dalam pembinaan oleh kontraktor kelas F di Majlis Perbandaran Seremban.

Dalam ringkasan yang kedua, soalan soalan yang dikemukakan adalah merupakan merupakan fokus utama dalam penyediaan borang soal selidik ini. Ini kerana ia membincangkan tentang faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah kelewatan dan ini memenuhi kriteria objektif kajian yang kedua iaitu untuk mengenalpasti punca punca yang menyebabkan berlakunya kelewatan.. Dalam soalan ini, kesemua faktor-faktor yang difikirkan berkaitan dengan isu kelewatan dimasukkan mengikut kategori kategori kelewatan yang telah diperolehi daripada kajian literatur di dalam bab 2 dan 3. Faktor-faktor yang dimasukkan telah dikategorikan kepada beberapa kategori yang umum. Kategori yang dimaksudkan ialah :

1) Faktor fizikal

2) Faktor bahan binaan dan loji

3) Faktor spesifikasi dan reka bentuk

4) Faktor kewangan

5) Faktor Tenaga Manusia

Pembahagian faktor-faktor ini kepada kategori tertentu dibuat bertujuan untuk memudahkan responden menjawab soalan yang dikemukakan. Jika tidak dikategorikan, faktor-faktor yang dikemukakan akan kelihatan bercelaru dan ini akan mempengaruhi secara psikologi minda responden menjadikan mereka tidak berminat untuk mengisi borang yang dikemukakan. Oleh itu, penyusunan soalan sebegini dilihat penting.

Didalam ringkasan yang ketiga, soalan disediakan bertujuan untuk mendapatkan pandangan bagi penyelesaian isu kelewatan dalam pembinaan dikalangan kontraktor kelas F di Majlis Perbandaran Seremban. Soalan yang diberikan telah diketegorikan kepada beberapa ketegori yang telah diperolehi dari hasil kajian literatur iaitu dari segi kewangan, buruh, bahan dan loji, dan juga dari segi spesifikasi dan skop kerja.

Soalan yang dikemukakan adalah dalam bentuk esei yang mana ia bertujuan untuk mendapatkan pendangan responden secara menyeluruh dan tidak dibatasi. Ini penting untuk mendapatkan reaksi responden mengikut citarasa dan pengalaman mereka sendiri. Ini secara tidak langsung akan menghasilkan data yang lebih tepat mengikut peredaran proses pembinaan masa kini. Tidak dinafikan juga bahawa ini akan membawa kepada penganalisisan data yang lebih rumit. Walaubagaimanapun ianya adalah amat penting untuk memenuhi objektif ketiga kajian iaitu untuk mengenalpasti cadangan mengatasi masalah kelewatan.

Setelah penyediaan borang soal selidik siap disediakan, penyemakan semula telah dilakukan dengan teliti. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang kesilapan, keciciran soalan yang penting dan juga bagi memastikan hanya soalan-soalan yang relevan dan berguna sahaja dimasukkan ke dalam borang. Bagi ringkasan yang terakhir, komen daripada responden telah diminta secara keseluruhan berkaitan isu kelewatan. Ianya penting sekiranya responden mempunyai pandangan ataupun pendapat yang tidak termasuk dalam setiap soalan yang telah dikemukakan.

4.2.2.2 Pemilihan Responden Untuk Kajian

Dalam kajian ini, responden yang dipilih untuk kajian soal selidik adalah terdiri daripada pihak utama yang bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja pembinaan iaitu pihak kontraktor dan juga pemilik (klien). Walaupun banyak pihak dilihat terlibat dalam menyumbangkan kepada masalah kelewatan, namun pihak yang paling banyak menanggung risiko ialah pihak kontraktor dan juga pemilik (klien). Oleh itu wajarlah pihak kontraktor dan juga pemilik (klien) dipilih sebagai responden bagi melihat punca-punca berlaku kelewatan.

Pemilihan pihak kontraktor sebagai responden adalah disebabkan mereka ini terlibat dalam melaksanakan kerja pembinaan. Oleh itu, mereka sentiasa berhadapan dengan masalah yang berlaku di tapak dan mempunyai pengalaman praktik yang luas dalam berhadapan dengan masalah-masalah yang wujud. Disamping itu, pihak kontraktor juga merupakan pihak pertama yang akan dipersalahkan apabila berlaku kelewatan. Ini disebabkan mereka adalah bertanggungjawab dalam semua aktiviti pembinaan yang dilaksanakan.

Pemilik pula dipilih kerana mereka ini mempunyai tanggungjawab dalam menentukan rekabentuk serta spesifikasi projek serta membuat penyelian ditapak. Dari kajian literatur yang dijalankan, pemilik memberikan kesan untuk kelewatan sekiranya spesifikasi dan rekabentuk tidak tepat dan berlaku perubahan mengikut kehendak mereka. Walaupun faktor lain seperti bahan, buruh, loji dan kewangan tidak menjadi masalah kepada kontraktor; perubahan kepada spesifikasi dan rekabentuk akan menyebabkan berlakunya kelewatan. Oleh itu, mereka juga merupakan pihak kedua yang mempunyai sebab untuk dijadikan responden bagi soalselidik ini.4.2.3 Temu ramah

Kaedah ini merupakan kaedah yang paling berkesan bagi mendapatkan maklumat daripada pengalaman dan pengetahuan seseorang. Melalui kaedah ini juga maklumat yang diperoleh akan lebih mudah difahami dan dapat mengelakkan daripada berlaku salah faham terhadap maklumat yang diperoleh. Temu bual dengan pihak tertentu perlu dibuat untuk lebih memahami tajuk kajian yang dipilih. Pihak-pihak tertentu yang dimaksudkan ialah kakitangan yang berpengalaman dalam industri pembinaan seperti pengurus projek dari syarikat kontraktor kelas F dan juga pegawai pegawai Majlis Perbandaran Seremban.

Kaedah temuramah ini dilaksanakan bagi membolehkan penyelidik memahami lebih lanjut persoalan yang terdapat dalam borang kajiselidik yang disediakan. Soalan yang diajukan adalah lebih berkisar kepada soalan soalan esei yang terdapat dalam borang kajiselidik.

4.2.4Analisis Data

Peringkat ini melibatkan penganalisisan data dibuat ke atas data-data yang diperoleh daripada borang soal selidik dan temu ramah supaya data-data ini dapat diolah dan diubah kepada bentuk maklumat yang mudah difahami. Data-data yang diperoleh akan dianalisis dengan kaedah statistik bagi mendapatkan trend bagi jawapan yang diisi oleh responden. Data yang dianalisis akan digambarkan dan dipersembahkan ke dalam bentuk jadual atau carta- carta lengkap dengan huraian.

Dalam menganalisis punca punca berlakunya kelewatan, jawapan yang diberikan dalam borang kaji selidik telah di sediakan dalam lima peringkat keberkesanan faktor terhadap kelewatan iaitu:-

RUJUKANPERINGKAT KEBERKESANAN

5Sangat Memberikan Kesan Yang Ketara

4Sangat Memberikan Kesan

3Memberikan Kesan

2Kurang Memberikan Kesan

1Tidak Memberikan Kesan

Peringkat keberkesanan ini disediakan bertujuan untuk mengetahui peringkat sebenar punca kelewatan tersebut mempengaruhi kelewatan dalam projek pembinaan di Majlis Perbandaran Seremban. Di samping itu, ianya juga memudahkan analisis dilakukan dengan memperolehi relative important index (Teoh Poh Geok, 2003) bagi setiap punca yang dipilih oleh responden di dalam setiap faktor yang diberikan

Setelah borang selidik dikembalikan, maka proses menganalisis data telah dimulakan untuk mencapai objektif kajian. Data data ini dikumpulkan mengikut statistik kekerapan pilihan yang dibuat oleh responden responden. Dengan menggunakan perisian Microsof Excell, data ini telah disusun mengikut ketegori pilihan jawapan yang dibuat oleh responden iaitu dari tidak memberikan kesan kepada kelewatan sehingga ke sangat memberikan kesan yang ketara sehingga berlakunya kelewatan keatas setiap soalan yang dikemukakan dalam borang kajiselidik. Data data ini telah diolah semula dengan kaedah analisa frekuensi untuk menentukan susunan keutamaan respon terhadap punca punca menyebabkan berlakunya kelewatan. Formula yang digunakan adalah formula relative important index iaitu seperti berikut:-

RII = R / (AxN)

dimana; RII = Pekali indeks ( 0 RII 1 )

R = Jumlah responden x tahap keberkesanan

A = Tahap keberkesanan tertinggi ( A = 5 )

N = Jumlah Responden

4.2.5Rumusan dan Cadangan

Pada bahagian akhir kajian, cadangan dan kesimpulan akan dihasilkan berpandukan kepada hasil pengolahan dan penemuan yang diperoleh daripada perlaksanaan kaedah-kaedah kajian seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Kesimpulan ini akan merumuskan kesesuaian dan keberkesanan hasil kerja dengan merujuk kepada isu dan objektif kajian yang ingin dicapai.

4.3 Kesimpulan

Metodologi kajian adalah penting dalam memastikan tuju hala kajian adalah seperti yang telah dirancang iaitu mengikut matlamat dan objektif kajian. Dengan kaedah yang betul segala maklumat yang tidak berkaitan dengan tajuk dapat di tapis dan dikeluarkan dari kajian agar matlamat kajian dapat dipenuhi. Dan adalah diharapkan agar dengan kaedah kajian yang bersistematik ini, satu kesimpulan yang berguna dapat dikeluarkan agar dapat dijadikan panduan untuk mengelakkan dari berlakunya kelewatan dalam pembinaan.

MASALAH KAJIAN

LATARBELAKANG KAJIAN

KESIMPULAN DAN CADANGAN

ANALISIS MAKLUMAT DAN DATA

PENGUMPULAN DATA DAN MAKLUMAT

Mengkaji jenis-jenis dan kategori kelewatan yang berlaku dalam sektor pembinaan.

Mengkaji punca-punca yang menyebabkab berlakunya kelewatan dalam projek pembinaan oleh kontraktor kelas F

Mengenalpasti cadangan untuk mengatasi masalah masalah yang menyebabkan kelewatan bagi kontraktor kelas F

RAJAH 4.1 CARTA ALIRAN KAJIAN LITERATUR