contoh soalan edu 3107.docx

8
Bahagian A Jawab semua soalan 1. a. Senaraikan empat bidang orientasi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah i. Kaunseling krisis ii. Kaunseling Pemulihan iii. Kaunseling Pencegahan iv. Kaunseling Perkembangan - Mengenal pasti keperluan pelajar dalam menguasai pembelajaran b. Nyatakan tiga jenis perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang harus disediakan di sekolah. i. Perkhidmatan Inventori dan Rekod ii. Memberi maklumat iii. Perkhidmatan Konsultasi dengan Ibu Bapa iv. Kaunseling individu v. Kaunseling kelompok vi. Penempatan 2. a. Dalam usaha untuk memantapkan lagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah, kerjasama antara guru biasa dan guru bimbingan adalah penting khususnya dalam perkhidmatan inventori dan rekod. Terangkan secara ringkas lima kaedah yang boleh dilaksanakan oleh guru biasa untuk membantu guru bimbingan & kaunseling dalam perkhidmatan inventori dan rekod. i. Mengendalikan fail bimbingan bagi setiap murid. ii. Mengumpul dan merekodkan butir-butir berkaitan dengan penilaian dan pentafsiran minat murid-murid.

Upload: cutevon

Post on 22-Apr-2017

240 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Soalan EDU 3107.docx

Bahagian A

Jawab semua soalan

1. a. Senaraikan empat bidang orientasi perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling di sekolah

i. Kaunseling krisisii. Kaunseling Pemulihaniii. Kaunseling Pencegahaniv. Kaunseling Perkembangan

- Mengenal pasti keperluan pelajar dalam menguasai pembelajaran

b. Nyatakan tiga jenis perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang harus disediakan di

sekolah.

i. Perkhidmatan Inventori dan Rekodii. Memberi maklumatiii. Perkhidmatan Konsultasi dengan Ibu Bapaiv. Kaunseling individuv. Kaunseling kelompokvi. Penempatan

2. a. Dalam usaha untuk memantapkan lagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di

sekolah, kerjasama antara guru biasa dan guru bimbingan adalah penting khususnya

dalam perkhidmatan inventori dan rekod.

Terangkan secara ringkas lima kaedah yang boleh dilaksanakan oleh guru biasa untuk

membantu guru bimbingan & kaunseling dalam perkhidmatan inventori dan rekod.

i. Mengendalikan fail bimbingan bagi setiap murid.ii. Mengumpul dan merekodkan butir-butir berkaitan dengan penilaian dan

pentafsiran minat murid-murid.iii. Mengawasi corak kehadiran murid-murid yang dirujuk untuk tujuan bimbingan

dan kaunselingiv. Menyelaras, mengurus dan mengemas kini rekod murid-murid.v. Memberi maklumat tentang pencapaian dan kemajuan murid-murid

bermasalah untuk tujuan pendidikan pemulihan.

Page 2: Contoh Soalan EDU 3107.docx

b. Guru sentiasa menghadapi pelbagai karenah murid yang menimbulkan masalah sosial

dalam bilik darjah. Terangkan bagaimana seorang guru dapat mengenal pasti masalah

murid dengan menggunakan kaedah sosiogram.

i. Membuat pemerhatian hubungan sosial dan psikologi Antara individu di dalam sesuatu kumpulan.

ii. Murid-murid mengisi borang pemilihan yang diedar oleh guruiii. Guru juga boleh menjalankan sesi temubual dengan murid-murid untuk

mengetahui siapa Antara rakan-rakan sedarjah yang paling digemari dan dijauhi.

iv. Menganalisis data dapatan hasil penelitian dalam bentuk sosiogram

3. a. Jelaskan 3 ciri terapi bercerita dalam bimbingan dan kaunseling kanak-kanak.

i. Ahli terapi ini menggabungkan maklumat verbal dan non verbal yang dibekalkan oleh klien semasa mereka menyampaikan cerita yang akan membawa kepada hasil yang diharapkan.

ii. Menggunakan kaedah Kelembutan (Subtle). Pastikan cerita yang digunakan adalah berkenaan situasi yang sama tetapi bukan yang betul-betul sama.

iii. Kreativiti amat diperlukan dalam terapi bercerita supaya kanak-kanak boleh melibatkan diri dalam cerita itu sendiri.

b. Seni dianggap sublimasi dan kreatif. Kanak-kanak mengilustrasikan emosi mereka

melalui lambing visual seperti lukisan. Sarankan 2 kebaikan terapi seni yang diamalkan

dalam sesi kaunseling dari aspek sahsiah diri dan bukan komunikasi

i. Mendorong luahan perasaan melalui pelbagai bentuk seni seperti lukisan.ii. Cara yang mudah dan senang untuk menyampaikan maksud atau maklumat

tanpa verbal.iii. Kebolehan seseorang untuk meluahkan perasaannya melalui pelbagai bentuk

seni. Terapi Seni Ekspresif yang dimaksudkan di sini menggunakan bentuk seni yang lebih tradisional seperti mewarna, melukis, seni foto, ukiran atau lain-lain jenis seni visual ekspresif yang lain.

iv. Menambahbaikan keadaan emosi atau mental seseorang. Pada masa yang sama, terapi ini juga boleh digunakan untuk mengurang ketegangan dan stres.

4. a. Ahmad bekerja sebagai seorang pembantu perubatan di hospital kerajaan. Beliau

sentiasa komited dan berdedikasi dengan tugasnya itu. Berpandukan kepada pemahaman

anda mengenai kerjaya, berikan 5 sebab kenapa Ahmad berkeadaan demikian.

Page 3: Contoh Soalan EDU 3107.docx

i. Ahmad telah membuat perancangan yang rapi mengenai pemilihan kerjaya semenjak dari bangku sekolah lagi.

ii. Beliau telah banyak mendapat maklumat kerjaya semasa di bangku sekolah lagi.

iii. Beliau mungkin telah mendapat bimbingan kerjaya daripada guru bimbingan dan kaunseling di sekolahnya.

iv. Pekerjaan yang sesuai dengan minat dan kebolehan diri akan membawa kesan yang amat positif.

v. Beliau mungkin telah mengenali tentang minat dan nilai dirinya dan seterusnya memilih bidang kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan nilai itu.

b. Kajian Suradi (1996) menunjukkan ramai pelajar di sekolah menengah menghadapi

masalah tidak bersedia untuk membuat perancangan kerjaya secara sistematik akibat tidak

mempunyai sumber maklumat yang diperlukan sebagai seorang yang berpengalaman

dalam bidang perkembangan kerjaya, cadangkan 5 cara bagaimana maklumat pendidikan

dan kerjaya dapat disalurkan kepada murid-murid.

i. Ceramah yang berorientasikan kerjaya dan latihanii. Menyediakan, mencetak dan mengedarkan pamplet, bahan-bahan bercetak

dan poster-poster kerjaya dan latihaniii. Memberi maklumat latihan dan pendidikan seperti Pendidikan Jarak Jauh,

program kembar dan latihan-latihan kerjaya yang lain, teknik dan vokasional.

iv. Berhubung dan mengadakan perbincangan dengan ibu bapa murid mengenai kemajuan kerjaya anak-anak mereka.

v. Mengadakan pameran dan bengkel kerjaya.vi. Menganjurkan lawatan kerjaya ke agensi-agensi tertentu yang sentiasa

menawarkan pekerjaan kepada orang ramai.vii. Sentiasa berhubung dengan pihak luar seperti MARA, PETRONAS, Jabatan

Tenaga Rakyat dan agensi-agensi lain bagi membantu perkembangan kerjaya murid dengan cara memanggil setiap agensi tersebut untuk mengadakan bengkel/ceramah mengenai peluang-peluang pekerjaan di tempat mereka.

viii. Mengadakan tayangan video atau slaid mengenai kerjaya.

Page 4: Contoh Soalan EDU 3107.docx

Bahagian C

1. Idea terapi rasional emotif tingkah laku (REBT) oleh Albert Ellis mengambil kesimpulan

bahawa kebanyakan masalah emosi berpunca daripada pola pemikiran murid yang tidak

rasional. Masalah pada pemikiran yang tidak rasional ini bermula seawall peringkat kanak-

kanak dan diteguhkan oleh orang-orang lain melalui budaya dan persekitaran. Bincangkan

tindakan yang boleh diambil dan implikasi apabila guru menggunakan pendekatan (REBT)

untuk membantu murid menghadapi masalah emosi.

i. Menganalisis pemikiran murid

ii. Menggalakkan murid mencari fakta

iii. Mencabar murid menguji situasi secara realistic

iv. Mengajar murid bagaimana mencari punca fikiran yang mengganggu emosinya

v. Merancang langkah-langkah sebagai panduan kepada murid untuk mengubah corak

fikiran yang mengganggunya.

vi. Memberi tugasan (homework) kepada murid untuk mencuba respons yang lebih

rasional di luar sesi kaunseling.

2. Guru bimbingan dan kaunseling selalu berhadapan dengan pelbagai karena tingkah laku

bukan lisan murid di sekolah. Bincangkan tingkah laku bukan lisan dan tindakan-tindakan

yang boleh diambil bagi mentafsir tingkah laku bukan lisan yang ditunjukkan oleh murid-

murid di sekolah.

i. Gaya badan. Banyak maklumat yang berguna dapat dicungkil daripada pemerhatian

bagaimana seseorang duduk, bergerak dan berjalan. Contoh seseorang yang masuk

ke bilik kaunseling tanpa mengetuk pintu dan duduk terus di kerusi sebelum

dijemput, biasanya menunjukkan masalah yang…

ii. Gerak isyarat. Terdapat lebih kurang 76 gerak isyarat yang biasa digunakan dan

difahami oleh kaunselor. Peranan kaunselor ialah berusaha memahami

iii. Kontak Mata.

iv. Nada Suara. Nada suara lebih berupaya membongkar maklumat daripada air muka

kerana emosi kuat biasanya ditunjukkan melalui tinggi rendah pada

v. Mimik Muka.

vi. Memerhati tindakbalas semulajadi murid-murid akan mendampingi seseorang atau

objek yang digemari.

vii. Memerhati tindakbalas semulajadi murid-murid menjauhkan diri daripada orang atau

objek yang mereka benci.

viii. Murid-murid meluahkan perasaan yang terangsang tetapi tidak melibatkan perasaan

seksual iaitu semangat yang ditunjukkan melalui nada suara dan gerakan fizikal.

ix. Memerhati sifat dominan yang ditonjalkan oleh murid-murid yang melibatkan konsep

kendiri.

Page 5: Contoh Soalan EDU 3107.docx

3. Sekolah anda berhadapan dengan masalah ponteng sekolah. Semua guru diminta untuk

membantu menyelesaikan masalah dalam kalangan murid-murid yang terlibat. Sebagai

guru bimbingan, rancangkan satu sesi kelompok untuk membantu menangani masalah

tersebut.

Peringkat 1 (PERMULAAN)

Permulaan pembinaan hubungan

Kaunselor dan ahli-ahli berkenalan/memperkenalkan diri

Masih ada perasaan curiga mencurigai

Peringkat 2 (KONFLIK DAN PERTENTANGAN)

Terdapat unsur konflik dan pertentangan pada peringkat ini.

Terdapat ahli yang tidak berpuas hati dengan peranan kaunselor

Unsur kejelekitan belum wujud pada peringkat ini.

Peringkat 3 (PERKEMBANGAN DAN KESEPADUAN)

Peringkat perkembangan dan kesepaduan/jelekit

Kepercayaan ahli kelompok telah meningkat

Ahli berasa lebih selesa dan bersedia untuk berkongsi masalah. AHli lebih berani

dan jujur memberikan pendapat.

Peringkat 4 (HASIL)

Perhubungan antara ahli bertambah padu.

Peringkat 5 (PENAMATAN)

Penamatan boleh mewujudkan kesedihan kerana perhubungan mesra yang telah

terjalin.

Luahan perasaan ada yang positif dan ada yang negatif.

Matlamat kumpulan dicapai tetapi ada kemungkinan terdapat ahli yang tidak

mencapai matlamatnya.

Masalah baharu berkemungkinan akan dikemukakan.