mte 3107 tajuk 2(edited)

Upload: farah-syazwani-mat

Post on 16-Oct-2015

74 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Modul MTE 3107

TRANSCRIPT

Rangka Isi Pelajaran

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

TAJUK 2TEKNIK DAN KAEDAH PENGAJARAN MATEMATIK

2.3KERANGKA TAJUK

2.4.1 INDUKTIF DAN DEDUKTIF

PengenalanSebagai seorang guru matematik, anda mesti mengetahui teknik-teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran matematik. Dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu, iaitu merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Setiap pendekatan adalah berbeza dari segi konsep dan cara penggunaannya merujuk kepada keadaan murid-murid.

Kesan daripada penggunaan pendekatan yang sesuai ialah murid-murid akan mudah faham dan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan cepat dan mudah. INDUKTIF

Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Induksi Sediakan contoh-contoh yang sesuai

Soalan-soalan disediakan untuk membimbing membuat kesimpulan

Guru tidak menghuraikan isi pelajaran, murid dibimbing untuk mencari kesimpulan

Jenis contoh khusus dipelbagaikan tetapi mengandungi ciri yang sama

Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi.

Murid-murid digalakkan memberi contoh yang sama

Guru tidak harus memberi contoh sekaligus

Sediakan alat bantu mengajar

Libatkan penggunaan deria-deria murid dalam aktiviti lihat, dengar, hidu & sentuh.

Pengajaran mengikut urutan yang tepat contoh-contoh spesifik membawa kepada kesimpulan umum.Contoh Pendekatan Induktif dalam Pengajaran Matematik

Guru memberikan contoh-contoh operasi darab kemudian murid-murid cuba bentukkan suatu kesimpulan atau teori umum sebagai penyelesaian masalah tersebut.

Contoh;

2 x 1 = 2

3 x 1 = 3

4 x 1 = 4 n x 1 = n

5 x 1 = 5 n = 1, 2, 3

6 x 1 = 6

Jenis-Jenis Pendekatan Induktif (a) Generalisasi

Membentuk satu generalisasi ialah suatu teori yang digunakan untuk mudah memahami dan mudah diaplikasikan pada contoh lain.

Contoh; mencari ciri segitiga yang sama sisi dengan segitiga sama kaki, iaitu persamaan segitiga mempunyai tiga sisi, sudut pedalaman ialah 180 dan sebagainya. (b) Prinsip ujikaji

Murid membentuk satu prinsip hasil daripada ujikaji tertentu yang dijalankan. Contoh; ujikaji tentang 0.5kg adalah bersamaan 500g. Dengan pendekatan ini guru menjalankan ujikaji terhadap berat dengan menimbang di atas penimbang untuk menjelaskan persamaan berat tersebut. Oleh itu, murid akan memahami bahawa 0.5kg = 500g walaupun unit adalah berbeza.(c) Membentuk satu hukum dari satu penyataan.

Maksudnya ialah melalui penyataan yang diberikan oleh guru, murid dapat memahami bahawa contoh tersebut boleh digunakan dalam contoh lain yang sesuai. Sebagai contohnya ialah semasa dalam pengajaran unit wang, murid dapat mengaplikasikan penggunaan unit wang dalam kehidupan seharian.(d) Membentuk satu teorem

Murid-murid dapat membuat kesimpulan umum hasil daripada pemahaman mereka. Sebagai contoh, mengukur dan mencari hasil tambah sudut-sudut di dalam pelbagai jenis segitiga untuk mendapat teorem sudut segitiga.

(e) Mendapat satu teori hasil daripada satu urutan pemikiran

Contohnya ialah murid mencontohi urutan-urutan pengiraan yang ditunjukkan oleh guru untuk mendapat hasil pembelajaran seperti yang telah dilakukan oleh guru tersebut semasa membuat pengiraan.DEDUKTIF Pendekatan deduktif

Prinsip-prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Deduktif Pada peringkat permulaan, masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu. Murid dibimbing mengingat kembali generalisasi, prinsip atau teori yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang telah didedahkan. Generalisasi, prinsip atau teori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah atau membukti hipotesis haruslah diketahui serta telah difahami. Guru membimbing murid melalui aktiviti soal jawab sehingga mereka menjalankan aktiviti penyelesaian masalah sendiri.Jenis-jenis pendekatan deduktif(a) Penyelesaian masalah

Guru berusaha memahamkan murid tentang sesuatu teori, prinsip, hukum, teorem atau peraturan tertentu supaya murid dapat menggunakan teori, prinsip, hukum, teorem atau peraturan tersebut bagi menyelesaikan masalah lain yang timbul tetapi mempunyai cara penyelesaian yang sama asalkan tidak lari dari konsep asal Contoh, setelah murid mempelajari konsep pendaraban. Murid disuruh menyelesaikan beberapa soalan operasi darab. (b) Membuat generalisasi baru

Setelah guru mengajarkan kepada murid-murid tentang sesuatu teori atau hukum, tertentu sehingga mereka dapat menguasai konsep tersebut.

Kemudian murid membuat kesimpulan umum yang baru atau teori yang baru bersesuaian dengan kefahaman masing-masing dan tidak lari daripada konsep asal. Misalnya setelah murid mempelajari rumus luas segiempat tepat, mereka diminta menggunakan rumus itu untuk mendapat rumus luas segitiga bersudut tegak.

(c) Membukti hipotesis Setelah murid belajar hipotesis sesuatu ujikaji, mereka juga boleh melakukan ujikaji lain bagi membuktikan sesuatu hipotesis melalui prinsip dan hukum yang telah dipelajari. Misalnya setelah mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan atas garis lurus, mereka diminta menggunakan teorem ini untuk membuktikan bahawa hasil tambah tiga sudut dalam sebuah segitiga ialah 180.2.4.2PENEMUAN DAN PENYIASATAN PengenalanPenemuan adalah satu teknik pengajaran di mana para murid akan mengkaji sesuatu situasi yang berstruktur atau tidak berstruktur sehingga mereka memperolehi satu kesimpulan yang baru (D' Augustine, 1973; Husen & Postlethwaite, 1970). Kaedah penemuan merangkumi semua aktiviti merancang, menyiasat, menganalisa dan menemui. Penyiasatan dalam matematik dijalankan dengan mengemukakan suatu masalah atau situasi yang mana murid boleh menunjukkan pengetahuan mereka. Penggunaan bahan manipulatif boleh mempertingkatkan kefahaman dan menpercepatkan pemerolehan sesuatu penyelesaian atau keputusan. PenemuanPembelajaran melalui kaedah ini memerlukan kemahiran-kemahiran seperti membuat perbandingan dan mencari ciri-ciri yang sama untuk membuat generalisasi. Kaedah penemuan boleh dilakukan dalam dua bentuk iaitu, penemuan kreatif (creative discovery) atau penemuan terpimpin (guided discovery) (Sobel & Maletsky, 1972). Dalam matematik banyak konsep, rumus dan hukum boleh dipelajari dengan menggunakan kaedah penemuan. Contohnya , murid-murid boleh menemui teorem Pythagoras, rumus luas segitiga, pemfaktoran ungkapan kuadratik dan sebagainya. Kebaikan kaedah penemuan

1) Murid berpeluang untuk mengambil bahagian yang aktif dan jumlah murid yang didapati mengambil bahagian meningkat.

2) Murid boleh mempelajari untuk mencari rumus dan pola, sama ada dalam situasi yang melibatkan bahan konkrit ataupun abstrak serta mencadangkan maklumat tambahan dengan memikirkan lebih lanjut tentang sesuatu data.

3) Murid boleh merumus secara teratur soalan-soalan dan menggunakan soalan untuk memperoleh maklumat yang berguna dalam membuat penemuan

4) Membantu murid membina cara kerjasama, berkongsi maklumat dan belajar mendengar serta menggunakan pendapat orang lain.

5) Murid dapat mengingati kemahiran, konsep dan prinsip yang dipelajari dengan lebih lama.

6) Kemahiran yang dipelajari dalam situasi pembelajaran. PenyiasatanDalam kaedah penyiasatan murid diberi peluang untuk berkongsi idea dan pengalaman serta berinteraksi antara murid dengan guru atau antara murid dengan murid. Penerokaan melibatkan cara murid belajar menghadapi soalan-soalan tak berstruktur yang bersifat terbuka, menilai dan membuat hujah sesuatu pernyataan dan hujah secara logik serta menggunakan contoh secara konstruktif. Apabila seseorang murid menyiasat dan meneroka,dia bukan sahaja sedang mencuba untuk menyelesaikan sesuatu masalah tertentu tetapi dia cuba mempertingkatkan kefahamannya tentang sesuatu situasi tertentu. Kebaikan Kaedah Penyiasatan

1) Membantu murid meneroka sendiri konsep dan formula untuk sesuatu tajuk.

2) Membina konsep melalui pengalaman dalam dunia sebenar. Konsep baru yang dibina sendiri melalui pelbagai pengalaman konkrit yang berkait dalam dunia sebenar akan kekal dalam dunia ingatan.

3) Murid menyelesaikan suatu masalah matematik atau situasi dimana murid boleh menyelesaikan masalah menggunakan pengetahuan sedia ada. Apabila seseorang murid menyiasat dan meneroka, dia bukan sahaja sedang mencuba untuk menyelesaikan sesuatu masalah tertentu tetapi dia juga cuba mempertingkatkan kefahamannya tentang sesuatu situasi tertentu.

4) Penggunaan bahan manipulatif boleh mempertingkatkan kefahaman dan mempercepatkan pemerolehan sesuatu penyelesaian atau keputusan.

5) Murid diberi peluang untuk berkongsi idea dan pengalaman serta berinteraksi antara murid dengan guru atau antara murid dengan murid.2.4.3 PERBINCANGAN DAN PENYOALAN PengenalanPerbincangan merupakan satu kaedah dan teknik pengajaran yang melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dan murid dalam kelas, atau suatu jenis aktiviti pembelajaran secara bertukar-tukar fikiran atau idea serta berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara melalui perbualan di bawah penyeliaan seorang guru. Kegunaan kemahiran penyoalan dan perbincangan dalam P&P

Penyoalan boleh mendorong dan merangsang pemikiran murid.

Perbincangan melibatkan perbualan antara murid dengan guru dalam sebuah kelas atau antara sekumpulan murid.

Strategi ini menggalakkan murid bertukar pendapat, idea atau maklumat secara berkesan bersama guru mereka atau di kalangan murid PerbincanganPerbincangan boleh merangsang pemikiran kritikal dan menggalakkan muridmurid yang berkebolehan sederhana dan kurang berupaya melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Perbincangan boleh digunakan untuk mencapai objektif objektif kognitif dan afektif. Dalam domain kognitif, perbincangan boleh menggalakkan murid-murid menganalisis idea-idea dan faktafakta dari pelajaran baru dan mengaitkannya dengan pelajaran yang lampau. Dari domain afektif, perbincangan menggalakkan murid-murid meninjau pendapatpendapat mereka, berinteraksi dan menilai ideaidea murid-murid lain serta mengembangkan kemahiran mendengar dengan baik. Walau apapun objektifnya, perbincangan mesti dirancang dengan baik dan soalan-soalan penting dibentuk sebelum pengajaran dijalankan.

Garis panduan berikut dicadangkan untuk perbincangan:

Ambil kira matlamat perbincangan

Pertimbangkan pengalaman dan perkembangan murid-murid

Kaji isu-isu yang terlibat

Murid-murid diberi orientasi objektif perbincangan

Sediakan persekitaran yang menyokongkan

Bekalkan maklumat baru atau tepat apabila perlu

Ulang, rumus atau jana pendapat dan kenyataan kepada satu unit yang bermakna

Terapkan unsur jenaka (Use humour) Garis panduan ini boleh diaplikasikan kepada kaedah kumpulan dan perbincangan, seperti perbincangan kelas, panel dan perbahasan serta perbincangan kumpulan kecil.

Pada asasnya, terdapat dua jenis perbincangan:

(a) Perbincangan kelas (Whole-class discussion)Guru harus mengendali perbicangan kelas. Sebelum perbincangan kelas, adalah penting untuk memastikan murid-murid mempunyai pengetahuan asas tentang aspek yang dibincangkan.

Panel dan perbahasan: Panel, simposium dan perbahasan melibatkan sekumpulan murid memperolehi maklumat tentang sesuatu topik, menyampaikan maklumat tersebut dan membincangkannya. Panel dan perbahasan direka dengan tujuan membantu murid-murid memahami beberapa pandangan berkaitan dengan sesuatu topik atau isu. Mereka menggabungkan aktiviti-aktiviti dan kenyataan-kenyataan yang dirancang melalui perbincangan tolak ansur. Ia berfaedah dalam kegiatan bilik darjah yang besar apabila perbincangan tidak formal atau kumpulan kecil tidak dapat dijalankan.

Panel dijalankan dalam keadaan tidak formal dimana empat hingga enam orang ahli berbincang satu topik bersama seorang pengerusi sedangkan murid-murid lain dalam kelas mendengar. Kemudian, satu perbincangan tolak ansur akan diadakan bersama kelas. Tiap-tiap ahli memberi kenyataan masing-masing. Meja bulat boleh digunakan sebagai versi panel yang tidak formal.

Simposium hampir sama dengan panel tetapi ia melibatkan penyampaian maklumat yang lebih formal oleh setiap ahli panel.

Perbahasan ialah satu pendekatan perbincangan yang formal. Ia merangkumi ucapan-ucapan yang tersedia oleh ahli-ahli dari dua kumpulan yang mempunyai pandangan yang bertentangan. Tiap-tiap ahli akan membangkang ide dari kumpulan lain.

Panel dan perbahasan dijalankan untuk faedah kelas. Kelas melibatkan diri melalui soal dan jawab selepas panel telah menyampai maklumatnya.

(b) Perbincangan kumpulan kecil Bilangan yang paling sesuai dalam perbincangan kumpulan kecil adalah di antara empat hingga lima orang murid. Perbincangan ini diketuai oleh murid terpilih dengan bimbingan seorang guru. Selain daripada mempromosi kemahiran pemikiran bertahap tinggi, perbincangan kumpulan kecil merangkumi perkembangan kemahiran komunikasi, kepemimpinan, perbahasan dan kompromi. Murid-murid yang terlibat dalam perbincangan boleh tersesat secara mudah. Organisasi yang teliti boleh membantu melicinkan proses perbincangan.

Terdapat sekurang-kurangnya empat perkara yang mana guru boleh lakukan bagi menjamin keberkesanan perbincangan kumpulan kecil:1. Guru harus memantau aktiviti secara teliti dengan meronda dalam bilik bagi memastikan setiap kumpulan fokus kepada objektif perbincangan.

2. Guru harus pastikan murid-murid mempunyai pengetahuan asas untuk menyumbang kepada perbincangan tersebut. Oleh demikian perbincangan kumpulan kecil harus mengikuti satu pengajaran yang fokus kepada isi kandungan dan yang kembang berdasarkan topik-topik yang pernah diajar.

3. Guru harus merancang perbincangan yang pendek.

4. Murid-murid harus diberi arahan tepat. Pada penghabisan aktiviti kumpulan kecil, setiap kumpulan harus melaporkan hasil kepada kelas. Ini boleh dijalankan melalui laporan bertulis atau wakil dari kumpulan memberi laporan secara lisan.Penyoalan

Penyoalan boleh merangsang pemikiran dan aktiviti kognitif. Kaedah penyoalan digunakan untuk meningkatkan proses pemikiran dari satu peringkat ke peringkat yang lain. Apabila guru menyoal, ia boleh menggalakkan aktiviti daripada tahap mengingati fakta hingga kepada tahap analisis, sintesis atau penilaian sesuatu pengajaran. Kaedah penyoalan dapat menggalakkan murid memberi perhatian semasa guru mengajar.

Objektif Penyoalan 1. Mendorong dan merangsang pemikiran.

2. Melibatkan perbincangan dalam kumpulan atau secara individu.

3. Melibatkan lebih ramai murid dalam proses pengajaran.

4. Mengenalpasti kesukaran yang dihadapi oleh murid.

5. Merangsang pemikiran dan aktiviti mental murid.

Semasa melakukan kaedah penyoalan, guru perlu menitikberatkan beberapa proses, iaitu;

Mengingati tujuan pengajaran. Mengawal komunikasi semasa menyampaikan pengajaran.

Mengukur tindakbalas murid yang berbentuk lisan dan bukan lisan.

Mentadbir tingkahlaku murid serta memikirkan soalan yang perlu

ditanya selanjutnya.

2.4.4 KERJA AMALIPengenalanHasil kerja amali sudah lama diperkenalkan pada peringkat sekolah rendah. Banyak guru sudah mula menyedari bahawa pembelajaran secara buat sendiri adalah lebih bernilai daripada pembelajaran sekadar lihat dan dengar sahaja. Terdapat juga beberapa bukti yang mencadangkan terutamanya dalam konteks pembelajaran matematik, perkara ini membantu dalam meningkatkan motivasi dan memperkembangkan konsep peniruan dan kemahiran menyelesaikan masalah seseorang murid.Hasil dapatan kajian yang telah dijalankan membuktikan bahawa kerja amali membantu dalam memperkembangkan peringkat pemahaman murid-murid dengan memberi peluang kepada murid-murid untuk bergerak secara bebas antara sesuatu yang konkrit dan abstrak. Matematik pada kebiasaannya diperkenalkan secara formal, dengan memperkenalkan konsep-konsep asas dan mengabaikan beberapa konsep logik, bersifat terikat dan selalunya berasaskan hasil penyelidikan seseorang ahli teori.

Pendekatan Kerja AmaliBerikut merupakan proses yang terlibat dalam kerja amali. Bagi menyelesaikan sesuatu masalah dalam matematik, seseorang guru matematik boleh menggunakan bahan bantu mengajar untuk menambahkan lagi kefahaman murid-murid. Sebagai contohnya, guru matematik boleh memperkenalkan konsep matematik, fakta matematik, kemahiran matematik dan penyelesaian masalah dengan memilih beberapa bahan bantu mengajar yang betul. Bahan bantu mengajar ini boleh dijadikan bahan bantu belajar kepada murid-murid. Antara aktiviti yang boleh dilakukan semasa mengajar matematik ialah membantu murid untuk menggunting atau melipat kad manila bagi mempelajari konsep pecahan. selain itu, guru boleh membantu murid untuk membahagikan sebuah segitiga untuk memahami konsep luas sebuah segitiga.

2.4.5 EKSPOSITORIPengenalanDalam konteks pelajaran, ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran kepada murid-murid di dalam kelas. Oleh itu kaedah ekspositori ialah cara penyampaian pelajaran melalui penerangan dengan tujuan mengajar sesuatu.EkspositoriSeseorang guru yang mempunyai kemahiran mengajar menggunakan pendekatan ekspositori yang baik dapat menerangkan secara jelas dan lengkap sesuatu idea atau konsep. Pada kebiasaannya proses dialog antara guru dan murid akan berlaku dalam satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru haruslah merancang dengan baik setiap aspek yang diperlukan iaitu cakna pada setiap keperluan murid dan memperkembangkan setiap isi pelajaran dengan baik. Guru-guru bolehlah menggunakan idea-idea yang dikemukakan oleh ahli-ahli teori seperti Gagne, Bruner dan Dienes. Gagne menyatakan bahawa proses pengajaran bermula pada peringkat yang paling rendah iaitu dikenali sebagai prakeperluan kepada sesuatu peringkat yang lebih tinggi. Bruner pula menyatakan bahawa matematik adalah berlandaskan sekurang-kurangnya tiga cara iaitu enaktif, ikonik dan simbolik manakala menurut Dianes, pengaplikasian teknik dinamik sepatutnya dijadikan satu gabungan dalam pengajaran konsep matematik. Dalam proses pengajaran, kaedah ini merupakan kaedah yang paling cepat dan efisyen dalam menyampaikan maklumat kepada murid-murid. Selain itu, kaedah ini sangat mudah untuk dilaksanakan oleh guru namun ianya memerlukan beberapa persediaan guru sebelum mengajar. Kaedah ini juga memungkinkan guru untuk memberikan motivasi dan semangat kepada murid-murid bagi mewujudkan satu sesi perbincangan yang aktif dalam kelas. Tambahan pula, guru boleh mengaitkan isi pelajaran berdasarkan respon yang telah diberikan oleh murid-murid. Hal ini memudahkan guru untuk mengenalpasti aras kefahaman murid-murid.Namun begitu, terdapat beberapa halangan dalam pengaplikasian kaedah ini. Antaranya ialah teknik pendedahan yang kurang cekap akan menyebabkan murid-murid menjadi pasif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, perbezaan individu yang terdapat dalam sesebuah komuniti murid dalam kelas memberi halangan kepada keberkesanan penggunaan teknik ini. Hal ini kerana, adalah menjadi satu perkara yang mustahil kepada seorang guru matematik untuk memenuhi segala keperluan murid dalam satu-satu sesi pengajarannya. Dan halangan yang terakhir ialah sekiranya berlaku kesilapan, guru akan lebih mendominasi sesi pengajaran dan pembelajaran, bukannya murid-murid.2.4.6 LABORATORIPengenalanSuatu pendekatan pengajaran menggunakan bahan konkrit yang menekankan konsep belajar dengan melakukan sendiri. Kaedah Laboratori memerlukan murid melakukan aktiviti dengan bimbingan guru.

LaboratoriKaedah ini hampir sama dengan kaedah amali. Hal ini kerana, pendekatan ini juga menekankan konsep belajar dengan melakukan sendiri. Menurut kajian semasa pembelajaran matematik murid-murid perlu mengorganisasikan aktiviti konkrit dan memahami secara mendalam simbol-simbol matematik yang abstrak itu. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Piaget, Burner dan Dienes telah membuktikan bahawa pendekatan laboratori dalam matematik boleh memberikan impak yang besar dan memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran masteri melalui aktiviti yang konkrit. Pendekatan ini juga sesuai sebagai strategi dalam pengajaran dan pembelajaran murid bagi menjelajahi idea matematik baru melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan di bawah pengawasan guru. Hal ini diharapkan dalam melahirkan generasi murid yang berupaya untuk memperkembangkan matematik dalam aspek prinsip, undang-undang atau teori.Pendekatan ini dapat menyokong setiap teori yang dikemukakan dalam metamatik. Dalam mengorganisasikan beberapa situasi, murid-murid dapat melaksanakan aktiviti mengikut kemampuan diri mereka sendiri. Hal ini dapat meningkatkan semangat dan perasaan ingin tahu seseorang murid. Kaedah ini juga sesuai untuk diaplikasikan kepada murid-murid yang lebih muda mahupun murid lambat dalam pembelajaran. Contoh aktiviti yang dapat dilakukan oleh guru ialah bagi mendapatkan formula luas sesebuah segi empat tepat seseorang murid boleh melukis segi empat di atas kad manila, diikuti dengan mengira jumlah segi empat di atas kad dan membandingkan bilangan segi empat secara melintang dan menegak di dalam sesebuah segi empat tepat yang dilukis.

2.4.7DEMONSTRASIPengenalanDemonstrasi ialah salah satu teknik yang melibatkan kemahiran seseorang guru untuk menunjuk cara dalam melakukan sesuatu aktiviti di dalam kelas. Prinsip pengaplikasian teknik demonstrasi terbahagi kepada tiga iaitu sebelum, semasa dan selepas demonstrasi.

DemonstrasiDemonstrasi adalah suatu jenis teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran guru mendemonstrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan murid. Frasa sebelum berlakunya teknik demonstrasi, guru sepatutnya menentukan topik, objektif, dan isi kandungan demonstrasi sebelum memulakan pengajaran. Hal ini penting bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran guru dapat berjalan dengan lancar dan mempunyai panduan serta rujukan. Selain itu, segala peralatan dan kelengkapa perlu disediakan dan disusun berdasarkan langkah-langkah yang telah dtetapkan. Hal ini bagi memastikan murid-murid dapat memahami setiap langkah tanpa sebarang kemusykilan. Tambahan pula tempat berlakunya tunjuk cara sepatutnya perlu untuk dipastikan bahawa semua murid dapat melihat proses demonstrasi dengan jelas. Bagi menambahkan lagi kefahaman murid, guru hendaklah memberitahu tujuan dan matlamat demonstrasi terlebih dahulu. Tidak dilupakan, para guru mestilah mengutamakan keselamatan penggunaan alatan yang berkemungkinan dapat menyebabkan kecelakaan.

Fasa semasa tunjuk cara, guru mestilah melakukan demonstrasi dalam keadaan mengadap ke arah murid, dan bukannya membelakangi murid. Guru juga perlu untuk mengingatkan murid sekiranya murid mempunyai sebarang kemusykilan dalam beberapa langkah, mereka perlu memaklumkannya kepada guru supaya mengulangi langkah tersebut sehingga faham. Bagi menarik perhatian murid serta menguji kefahaman murid, guru bolehlah menggunakan teknik soal-jawab. Semasa melakukan tunjuk cara, guru haruslah cakna akan setiap perlakuan murid-murid dengan memastikan mereka memberikan sepenuh perhatian terhadap apa yang ditunjukkan. Sekiranya masa mencukupi, guru boleh meminta murid untuk mengulangi langkah yang telah ditunjukkan. Dengan langkah ini, guru dapat menilai aras kefahaman murid-muridnya.

Selepas tunjuk cara berlaku, guru boleh berbincang dengan murid berkaitan kepentingan tunjuk cara yang telah ditunjukkan. Hal ini bertujuan untuk memastikan bahawa murid anda telah mengikut setiap langkah tunjuk cara dengan tepat. guru juga boleh berbincang mengenai tujuan demonstrasi yang telah diadakan dan menyimpulkan beberapa perkara penting. Bagi meningkatkan aras kefahaman murid, guru bolehlah mengadakan aktiviti pengukuhan selepas tunjuk cara dengan menggunakan kepakaran guru atau menggunakan nota rujukan yang terdapat di dalam buku.

Tunjuk cara ataupun demonstrasi mempunyai beberapa prosedur pengajaran. Bermula dengan proses merancang, guru perlu untuk menentukan topik dan objektif tunjuk cara yang ingin dilakukan bersama murid-murid. Kemudian, guru perlu untuk merancang langkah-langkah demonstrasi. Setelah itu, guru perlu memilih dan menyusun alatan serta radas yang diperlukan di tempat yang betul. Hal ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan yang berlaku semasa proses tunjuk cara. Proses kedua ialah perlaksanaan. Semasa melaksanakan tunjuk cara, guru perlu untuk menerangkan tujuan tunjuk cara dilakukan pada sesi pembelajaran pada hari tersebut. Guru juga perlu untuk menerapkan demonstrasi dengan menggunakan guru sebagai model utama. Harus diingatkan, segala alatan yang digunakan haruslah berdasarkan langkah-langkah yang telah dirancang. Seterusnya, guru perlu untuk menyediakan latihan sebagai pengukuhan mahupun pemulihan. Hal ini bermakna, murid-murid dapat mengulangi langkah-langkah yang telah ditunjukkan oleh guru dan sekiranya terdapat masalah guru bolehlah memperbetulkan kesilapan murid. Di bahagian penutup pula, guru berbincang dengan murid berkaitan aktiviti yang telah dijalankan. Murid-murid pula diminta untuk membuat kesimpulan hasil pembelajaran berdasarkan tunjuk cara yang telah dilakukan oleh guru dan merekodkan perkara-perkara yang penting di dalam buku latihan mereka.

2.4.8PEMBELAJARAN KOPERATIF DAN KOLABORATIFPengenalanPendekatan Koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan murid bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya manakala Pembelajaran Kolaboratif memerlukan penglibatan semua ahli kumpulan. Ia memerlukan idea yang mencabar, menyokong dan menambah baik sesuatu idea sehingga mencapai persetujuan kumpulanPembelajaran KoperatifPendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan murid bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya. Berasaskan konsep di mana murid-murid belajar secara kumpulan dan berbincang secara koperatif. Murid-murid dapat berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran.Langkah-langkah dalam pembelajaran koperatif Langkah-langkah yang boleh di ikuti dalam melaksanakan pembelajaran koperatif ialah:i)Guru sampaikan pelajaran baru.

ii)Murid-murid membentuk kumpulan untuk membincangkan secara koperatif.

iii) Ujian dijalankan untuk mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam setiap kumpulan.iv)Peneguhan sosial diberikan kepada kumpulan untuk membincangkan secara koperatif.

Ciri-ciri pembelajaran koperatifAdalah disenaraikan seperti berikut:

1)Murid-murid melibatkan diri secara aktif.

2) Murid dilatih dengan akauntabiliti diri dan tanggungjawab sesama ahli kumpulan.

3) Kemahiran dan interaksi sosial dapat dipupuk .

4) Murid-murid sedar tentang kebaikan pembelajaran ini.

5) Sekumpulan murid boleh dikuasai oleh seorang ahli sahaja.

6)Walaupun penyelesaian terhadap sesuatu masalah merupakan

pandangan seorang sahaja, semua ahli dalam kumpulan akan

bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tersebut7) Ada tanggungjawab berkongsi dikalangan murid8) Ganjaran dan pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi yang baik. Ini juga memotivasikan mereka untuk mencapai sesuatu matlamat9) Guru hendakalah memupuk sikap positif seperti bekerjasama,, bertolak ansur dan tidak mementingkan diri agar objektif kumpulan tercapai10) Guru juga hendaklah melatih kemahiran sosial dan memupuk konsep kendiri untuk membantu ahli kumpulan mencapai objektif dan mengekalkan hubungan positifProsedur pengajaran dan pembelajaran dalam kaedah koperatif Prosedur pengajaran dan pembelajaran dalam kaedah koperatif yang boleh digunapakai adalah seperti berikut:

i) Guru mengajar satu unit kaedah pembelajaran.

ii) Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang mencapai objektif pembelajaran.

iii) Guru membimbing dengan kaedah-kaedah dan teknik-teknik yang sesuai.

iv) Murid mengikuti bimbingan guru.

v)Murid-murid berusaha bersama-sama dalam kumpulan untuk mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan

KAEDAH KOLABORATIF

Mengikut Kamus Dewan (1998), koboratif bermaksud kerjasama erat di antara dua pihak atau lebih. Pembelajaran kolaboratif memerlukan penglibatan semua ahli kumpulan. Ia memerlukan idea yang mencabar, menyokong dan menambah baik sesuatu idea sehingga mencapai persetujuan kumpulan. Melibatkan sekumpulan murid yang berusaha bersama ke arah mencapai prestasi yang cemerlang sama ada dalam bidang akademik atau pun ko kurikulum. Keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan dengan meminta murid menyelesaikan sesuatu masalah dengan satu sama lain dan kemudiannya berbincang. Nilai sosial dan kerjasama dapat dipupuk dengan baik dan masalah disiplin dapat dikurang ke tahap minima.

Ciri-ciri Pembelajaran Kolaboratif

Pembelajaran koperatif dan kolaboratif mempunyai ciri-ciri yang hampir sama di mana kedua-dua kaedah ini menekankan semangat perkongsian antara ahli kumpulan, kerjasama dan corak hubungan antara guru dan murid, dan kombinasi bilik darjah secara kolaboratif. 1) Perkongsian pengetahuan di kalangan guru dan murid.Perkongsian maklumat tentang isi kandungan, kemahiran dan pengajaran dan menyampaikan maklumat tersebut kepada murid.Guru koboratif juga menghargai dan menggunakan pengetahuan yang didapati melalui pengalaman peribadi, bahasa, strategi dan budaya yang dibawa oleh murid ke dalam situasi pembelajaran.

2) Perkongsian kuasa antara guru dan muridMeminta murid menetapkan matlamat spesifik dalam kerangka kerja yang diajar menyediakan pilihan aktiviti-aktiviti dan tugasan yang memenuhi minat dan matlamat murid yang berbeza. Guru mengalakkan murid menggunakan pengetahuan sendiri, memastikan mereka berkongsi pengalaman dan strategi pembelajaran mereka, dan memfokuskan kepada kefahaman bertahap tinggi. Guru membantu murid mendengar pelbagai pendapat, menyokong pengetahuan dengan bukti, melibatkan diri dalam pemikiran kritis dan kritikal dan terlibat dalam dialog.

3) Guru sebagai PerantaraPerantaraan yang berjaya dapat membantu murid untuk menghubungkan maklumat baru dengan pengalaman mereka dan pembelajaran di bidang lain dapat membantu murid mencari jalan penyelesaian apabila mereka keliru dan membantu mereka belajar bagaimana untuk belajar. 4) Pengumpulan murid secara kepelbagaian (heterogen)Perspektif, pengalaman dan latar belakang murid penting untuk memperkayakan pembelajaran dalam bilik darjah memerlukan pemahaman pelbagai perspektif. Bilik darjah yang kolaboratif melibatkan aktiviti kurikulum berfikir dan diberi peluang untuk memberi sumbangan dan mengharga sumbangan orang lain. 5) Mengumpul idea Dalam pembelajaran kolaboratif, murid-murid akan mengumpul idea atau data, berkongsi pengalaman, berbincang sesama mereka, dan menyelesaikan masalah bersama. 6) Kriteria asas dalam pendekatan kolaboratifKebolehan bergaul dan bekerjasama pada peringkat peribadi dan perlunya ada komitmen, kesudian untuk berkorban masa bagi merancang, menilai dan membuat refleksi serta saling membantu antara satu sama lain untuk mencapai prestasi akademik yang baik.KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KAEDAH KOPERATIF DAN KOLABORATIF

ASPEKKEBAIKANKEBURUKAN

K

O

P

E

R

A

T

I

F Mewujudkan semangat saling bergantung antara satu sama lain dalam kumpulan.

Menjalankan aktiviti pembelajaran secara bersemuka

Setiap ahli kumpulan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi kepada kumpulan masing-masing.

Mengajar kemahiran interpersonal kepada murid.

Pemprosesan secara berkumpulan Terlalu bergantung (kurang berdikari)

ASPEKKEBAIKANKEBURUKAN

KOLABORATIF Murid dikehendaki membangunkan kemahiran sedia ada untuk mencapai matlamat pembelajaran.

Murid-pelajr merunding dan mengorganisasi usaha sendiri

Aktiviti kumpulan tidak dipantau oleh guru.

Jika timbul persoalan, soalan itu dijawab oleh kumpulan itu sendiri.

Guru cuma membimbing murid ke arah penyelesaian persoalan.

Murid menyimpan draf kerja untuk kerja-kerja lanjutan.

Murid-murid menilai prestasi individu dan kumpulan tanpa dibimbing oleh guru Tersalah konsep dan fahaman

KOPERATIFKOLABORATIF

Sesi perbincangan konsep matematik di dalam kumpulan kecil

Sesi pembentangan cara kerja bagi mengatasi masalah matematik /penyelesaian masalah

Forum membincangkan kaedah mengingat formula matematik

Study group menyelesaikan latih tubi

Lawatan sambil belajar bagi tajuk wang dan statistik Simulasi jual beli Kaedah visual dalam penerangan konsep

Kuliah di kelas matematik

Pembinaan lagu dan lirik bagi mengingat formula

Pembinaan peta minda bagi konsep matematik yang melibatkan fakta

2.4.9 PENDEKATAN BERPUSATKAN MURID, GURU DAN MEDIAMembandingbeza Pendekatan Berpusatkan Guru, Murid dan Media Dalam Pengajaran Kaedah Dan Teknik MatematikBERPUSATKAN GURUBERPUSATKAN MURIDBERPUSATKAN MEDIA

DEFINISIDi dalam bilik darjah, gurulah yang menguasai dan mengawal segala aktiviti murid, iaitu guru banyak memberi penerangan dan murid hanya duduk mendengar.

Murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Murid terlibat dalam aktiviti seperti perbincangan, penyelesaian masalah, melukis dan banyak lagi. Murid tidak lagi bergantung pada bahan-bahan atau sumber maklumat daripada guru semata-mata.Bahan murid yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran diklasifikasikan

kepada dua kategori, iaitu bahan pengajaran dan bahanpembelajaran. Bahan pengajaran

adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, graf, peta, spesimen, model, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen dan projektor.

CIRI - CIRIGuru memainkan peranan penting

Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap.Kepimpinan guru secara autokratik

Pencapaian objektif guru diutamakan

Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni/perkembangan emosi.

Penyampaian fakta secara menghafal

Interaksi di antara murid adalah pasif.

Kaedah keseluruhan kelas.

Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif.

Murid memainkan peranan penting

Komunikasi dua hala. Guru menyoal/ membimbing.

Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/ galakkan murid memberi pendapat,

objektif pencapaian murid diutamakan

perkembangan murid secara menyeluruh/ seimbang ( j.e.r.i.)

Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid.

Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat kesimpulan,

Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong)

Kaedah kumpulan / perbezaan & minat murid dipupuk,

Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif.

Murid memainkan peranan penting.

Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan pembelajaran

Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan

Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari.

Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan.

Peluang interaksi antara murid banyak. Sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil ujikaji, projek, perbincangan dsb.

Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan murid.

PENGLIBATAN MURIDKeberkesanan pengajaran pemusatan guru banyak bergantung atas kebolehan murid . Penerangan ini lebih memberi keuntungan kepada murid berkebolehan tinggi itu sendiri kerana mereka belajar lebih banyak lagi melalui penerangan bahan kepada rakan-rakannya.

Semua proses pembelajaran dilakukan oleh murid itu sendiri tanpa panduan daripada guru. Murid juga berkeupayaan menggunakan segala kemahiran tersebut dalam situasi-situasi yang lain. Selain itu, naluri ingin tahu murid dapat diperkembangkan melalui kaedah seperti inkuiri penemuan.

Sifat-sifat sosial yang positif dapat diterapkan dalam diri para murid seperti bekerjasama, bertimbang rasa, tolong menolong dan sebagainya .

Bagi memastikan proses pembelajaran ini berkesan, guru telah merancang agar semua murid dapat melibatkan diri di dalam setiap aktiviti yang dirancangkan. Antara contoh aktiviti yang telah digunakan di dalam rancangan mengajar harian ini ialah aktiviti menonton petikan video dan bersoaljawab bagi langkah pertama dan kedua. Berinterksi dengan komputer melalui aktiviti latihan pada langkah yang ketiga. Bagi sesi penutup pula guru melibatkan murid dengan sesi soal jawab.

KAEDAHStrategi pemusatan guru merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran di mana guru

memainkan peranan utama. Guru yang akan menguasai dan mengawal segala aktiviti

murid. Kaedah keseluruhan kelas, demonstrasi, syarahan, bercerita dan pengajaran

berkumpulanKaedah yang digunakan dalam pengajaran berpusatkan murid ialah pembelajaran kendiri, pengarahan kendiri, kaedah dapatan, penyelesaian masalah, perbincangan dalam kumpulan, inkuiri penemuan dan pembelajaran koperatif (Ee Ah Meng, 1997).Murid memainkan

peranan untuk memudahkan guru menyampaikan dengan lebih menarik dan berkesan. Manakala murid-murid boleh memahami dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran dengan sendiri atau berkumpulan tanpa kehadiran guru.

KAEDAH/ TEKNIK

Kaedah & Teknik penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/

pasukan, bercerita, keseluruhan kelas.

Kaedah & Teknik projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil dsb.Kaedah & Teknik komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus, perakam pita, carta, peta, graf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor, dsb.

PENILAIAN TERHADAP KAEDAH

Apa yang dijelaskan oleh guru dianggap benar dan selagi murid mengikut nilai dan standard yang diletakkan oleh guru Dalam pendekatan ini, perkara yang paling penting ialah menguasai pengetahuan, iaitu murid harus tahu tentang kandungan matapelajaran dan akan diuji dan jikalau ingatan murid itu baik, dia mendapat ganjaran markah yang tinggi.Semua kaedah-kaedah ini hanya dapat digunakan dengan baik jika guru sedar tentang peranannya dan peranan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Keberkesanan dinilai dari

Keberkesanan media / kaedah yang digunakanCara mempertingkatkan lagi media / kaedah yang digunakan

Peranan media / kaedah dalam pencapaian objektif

Adakah media / kaedah yang digunakan dapat menarik minat murid?

Adakah media / kaedah yang digunakan dapat melibatkan semua murid?

KESIMPULANPendekatan dan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran adalah perlu dikuasai oleh guru pendidikan awal kanak-kanak. Pendekatan pengajaran membantu guru untuk melaksanakan kurikulum yang dirancang. Aktiviti pembelajaran pula membantu pengukuhan pembelajaran kanak-kanak. Manakala teknik pengajaran yang berkesan dapat menyampaikan kandungan muridan dengan menggunakan pelbagai media. Hasil pembelajaran murid didokumentasikan dan boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada guru terhadap pencapaian muridnya. Transisi merupakan aspek yang penting dalam pendidikan awal kanak-kanak dan perlu difahami oleh guru.

Memahami pendekatan dan aktiviti pendidikan awal kanak-kanak adalah penting untuk persediaan guru sebelum mengajar murid-murid di kelas prasekolah. Kefahaman tentang pendekatan-pendekatan dalam pengajaran lebih memberi keyakinan dalam melaksanakan aktiviti kurikulum. Perancangan pengajaran guru lebih berkesan dan mempunyai prinsip mengajar yang betul untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Guru harus bijak dalam menjana kreativitinya untuk mewujudkan ruang berkenaan sebagai pusat pembelajaran dengan mengambil kira aspek keselesaan , keselamatan dan memanfaatkan kepada murid. Semestilah pusat pembelajaran yang kondusif. Untuk menjadikan sesebuah tadika itu sebuah tempat yang selamat dan penghuninya terjamin dari segi kesihatan sesebuah taska itu harus dapat meransang pembelajaran murid-muridnya. Guru tadika harus memfokus kepada pengukuhan kemahiran bahasa,kemahiran berfikir dan penerapan nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolak ansur dan meningkatkan keyakinan diri.

Alat dan bahan yang disediakan boleh diubah suai dan ditambah dari semasa ke semasa. Guru seharusnya menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut di dalam ruang yang disediakan. Untuk itu pengwujudan ruang tersebut seharusnya mempunyai nilai teraputik yang mampu memberikan keselesaan kepada murid-murid. Pengurusan ruang yang baik membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan secara lancar dan berkesan. Ruang ruang utama seperti ruang dalam bilik darjah, ruang penyediaan makanan, ruang bilik air dan ruang luar bilik darjah merupakan pusat pembelajaran bagi murid. Oleh itu sekiranya salah satu ruang tersebut tidak ada maka tidak lengkaplah keperluan asas dan fizikal di kelas taska.

Kepentingan dalam menyediakan rancangan pengajaran adalah penentu keberkesanan pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Persiapan awal sebelum memulakan pengajaran dapat membantu guru mengenal pasti keperluan pembelajaran murid. Di samping itu guru dapat menambah baik kandungan, hasil pembelajaran, pendekatan dan aktiviti pembelajaran murid dengan menggunakan bahan dan peralatan yang bersesuaian serta menarik minat murid. Persediaan dan perancangan yang teratur memberi kesan yang positif kepada guru dan murid.

Memahami pendidikan awal kanak-kanak dari asek perbandingan adalah penting untuk mengukuhkan kefahaman guru dan juga pengkaji bidang ini. Kefahaman ini akan menjadi pegangan untuk mengenalpasti perbezaan setiap program dan model. Penambahbaikan terhadap program yang sedia ada di Malaysia dengan membandingkan program di luar negara. Banyak yang boleh dipelajari daripada program dan model pendidikan awal kanak-kanak daripada luar negara. Secara tidak langsung mereka yang terlibat dengan bidang ini akan merancang mengikut kesesuaian kanak-kanak, masyarakat dan budaya.Teknik dan Kaedah Pengajaran Matematik

Induktif dan Deduktif

Pembelajaran koperatif dan kolaboratif

Pendekatan Berpusatkan Murid, Berpusatkan Guru dan Berpusatkan Media

Demonstrasi

Laboratori

Ekspositori

Kerja Amali

Perbincangan dan Penyoalan

Penemuan dan Penyiasatan

Induktif

Merupakan satu strategi murid mengumpul dan mentafsir maklumat maklumat kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan.

Guru memberi beberapa contoh khusus yang mempunyai prinsip yang sama, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenalpasti & mentafsir maklumat untuk membuat generalisasi/kesimpulan.

46