amali 3 sce 3107.docx

16
 Amali 3 Tarikh : Julai 2013 Tajuk : Pemuliharaan ex-situ ( Zoo dan Taman Botani ) Tujuan : Mengkaji dan memahami tentang spesis haiwan dan tumbuhan dipulihkan secara pemuliharaan ex-situ. Pengenalan : Strategi jangka masa panjang untuk memelihara ekosistem dan biodiversiti adalah dengan memulihara populasi dan komuniti semula jadi di habitat semula jadi mereka, atau lebih dikenali sebagai pemuliharaan in situ. Walau bagaimanapun, terdapat banyak jenis spesies tidak mempunyai pilihan lain, tetapi perlu dipulihara dalam keadaan buatan manusia yang dihasilkan oleh manusia. Keadaan ini dikenali sebagai pemuliharaan ex situ, ataupun pemuliharaan off-site. Pemuliharaan ex-situ merupakan pemuliharaan terhadap organisma sama ada flora dan fauna di luar habitat semulajadi mereka. Bagi flora spesis tumbuhan yang diambil dari lapangan atau habitat asalnya akan dipelihara dalam kawasan yang disediakan. Sampel atau spesis tumbuhan yang diambil itu bukan sahaja terhad kepada sesetengah bahagian tumbuhan itu, malah ia merangkumi biji benih, debunga, bahagian vegetatif seperti propagul, sel dan tisu kultur. Antaranya ialah untuk meelihara sumber germplasma yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan, simpanan germplasma untuk rujukan dan kegunaan di masa akan datang dan pelbagai manfaat dan faedah lagi dalam memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaan ini. Bagi fauna spesis yang dikategorikan sebagai terancam atau akan mengalami kepupusan akan dilindungi dan dibiakkan dalam kurungan atau habitat buatan manusia sebelum dilepaskan ke habitat semula jdi mereka apabila saiz populasi tersebut telah pulih dan mempunyai habitat yang sesuai. Pemuliharaan ex-situ

Upload: datz-leo

Post on 14-Apr-2018

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

7/29/2019 Amali 3 sce 3107.docx

http://slidepdf.com/reader/full/amali-3-sce-3107docx 1/16

 Amali 3

Tarikh : Julai 2013

Tajuk : Pemuliharaan ex-situ ( Zoo dan Taman Botani )

Tujuan : Mengkaji dan memahami tentang spesis haiwan dan tumbuhan dipulihkan

secara pemuliharaan ex-situ.

Pengenalan :

Strategi jangka masa panjang untuk memelihara ekosistem dan biodiversiti

adalah dengan memulihara populasi dan komuniti semula jadi di habitat semula jadi

mereka, atau lebih dikenali sebagai pemuliharaan in situ. Walau bagaimanapun,

terdapat banyak jenis spesies tidak mempunyai pilihan lain, tetapi perlu dipulihara

dalam keadaan buatan manusia yang dihasilkan oleh manusia. Keadaan ini dikenali

sebagai pemuliharaan ex situ, ataupun pemuliharaan off-site.

Pemuliharaan ex-situ merupakan pemuliharaan terhadap organisma sama

ada flora dan fauna di luar habitat semulajadi mereka. Bagi flora spesis tumbuhan

yang diambil dari lapangan atau habitat asalnya akan dipelihara dalam kawasan

yang disediakan. Sampel atau spesis tumbuhan yang diambil itu bukan sahaja

terhad kepada sesetengah bahagian tumbuhan itu, malah ia merangkumi biji benih,

debunga, bahagian vegetatif seperti propagul, sel dan tisu kultur. Antaranya ialah

untuk meelihara sumber germplasma yang semakin terancam, menyediakan bahan

untuk penyelidikan biologi secara berterusan, simpanan germplasma untuk rujukan

dan kegunaan di masa akan datang dan pelbagai manfaat dan faedah lagi dalam

memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program

pemeliharaan dan pemuliharaan ini.

Bagi fauna spesis yang dikategorikan sebagai terancam atau akan mengalami

kepupusan akan dilindungi dan dibiakkan dalam kurungan atau habitat buatan

manusia sebelum dilepaskan ke habitat semula jdi mereka apabila saiz populasi

tersebut telah pulih dan mempunyai habitat yang sesuai. Pemuliharaan ex-situ

7/29/2019 Amali 3 sce 3107.docx

http://slidepdf.com/reader/full/amali-3-sce-3107docx 2/16

hidupan liar fauna dijalankan seperti di zoo, akuarium, arboreta, dan bank benih.

Pemuliharaan jenis ini mempunyai beberapa tujuan dan kepentingannya tersendiri.

Program pembiakaan kurungan hidupan liar merupakan salah satu kaedah yang

dijalankan untuk memmastikan spesies-spesies hidupan liar tidak pupus.

 Alat dan radas :

I. Komputer 

II. Pelan jalur lebar 

Prosedur :

1. Melawat zoo maya (virtual zoo) atau Taman Maya (virtual garden) dalam

rangkaian sesawang.

2. Maklumat tentang folra dan fauna yang dipulihara secara ex-situ di zoo dan

taman botani dikumpul.

3. Dalam kumpulan tidak melebihi tiga orang, 10 minit pembentangan dalamkelas telah disediakan.

4. Cara kemandirian sesuatu tumbuhan dan haiwan yang diperhatikan dari segi

pemuliharaan ex-situ diterangkan. Imej dan video digunakan semasa

menjelaskan pembentangan dalam kelas.

5. Satu laporan berbentuk esei dibuat dan dibincangkan secara individu tentang

isu-isu yang dikemukakan.

7/29/2019 Amali 3 sce 3107.docx

http://slidepdf.com/reader/full/amali-3-sce-3107docx 3/16

Perbincangan :

1. Apakah julat kedapatan kepelbagaian? Bagaimana jumlah bidiversiti

diwakili pada (a) peringkat kebagngsaan (b) peringkat sejagat dari segi

 jumlah zoo dan taman botani? Apakah mereka fokuskan pada kumpulan

utama atau lain-lain kumpulan yang diwakili? Terangkan .

PENYU :

Peringkat Sejagat

Di dunia saat ini hanya ada tujuh jenis penyu yang masih bertahan, iaitu

  Penyu hijau (Chelonia mydas)

  Penyu sisik (Eretmochelys imbricata)

  Penyu Kemp’s ridley (Lepidochelys kempi )

  Penyu lekang (Lepidochelys olivacea)

  Penyu belimbing (Dermochelys coriacea)

  Penyu pipih (Natator depressus)

  Penyu tempayan (Caretta caretta)

Dari ketujuh jenis ini, hanya penyu Kemp's ridley yang tidak pernah tercatat

ditemukan di perairan Indonesia.

Dari jenis-jenis tersebut, penyu belimbing adalah yang terbesar dengan ukuran

panjang badan mencapai 2,75 meter dan bobot 600 - 900 kilogram. Penyu lekang

adalah yang terkecil, dengan bobot sekitar 50 kilogram. Namun demikin, jenis yang

paling sering ditemukan adalah penyu hijau.

Taburan C. mydas. Bulatan merah menandakan tapak-tapak pembiakkan utama. Bulatan kuning

pula lokasi pembiakkan kecil. 

7/29/2019 Amali 3 sce 3107.docx

http://slidepdf.com/reader/full/amali-3-sce-3107docx 4/16

Peringkat Kebangsaan :

Daripada Tujuh Spesies Penyu Yang Wujud Di Dunia, Empat Bertelur Di

Malaysia. Kesemua Empat Spesies Tersenarai Dalam Buku Data Merah IUCN

(IUCN Red Data Book) Sebagai Spesies Suaka. Keempat-empat spesis penyu ini adalahdipulihara.

PENYU BELIMBING (Dermochelys coriacea)Nama Inggeris : The Leatherback Turtle

Penyu Terbesar, Purata Berat Badan 500

Kg. Dan Panjang 1.5m.

Warna : Hitam Dengan Tompokan Putih

 Atau Kelabu.

Makanan Utama : Obor-Obor 

Satu-Satunya Penyu Yang Tidak

Mempunyai Cengkerang Keras (Hard Bony

Shell)

Sebaliknya Mempunyai Cengkerang Kulit

Yang Licin (A Smooth Leathery Shell) Yang

Ditandakan Dengan Tujuh Rabung

Memanjang (Longitudinal Ridges)

Taburan : Samudera. Bertelur Di Tropika

Tetapi Bergerak Ke Laut Temperat Untuk

Mencari Makanan

PENYU AGAR, PENYU PULAU (Chelonia mydas)

Nama Inggeris : The Green TurtleBerat

Purata : 150 Kg. Dan Panjang Badan 1

Meter.

Warna : Perang Kehijauan, Hijau Atau

Hitam.

Makanan Utama : Rumput Laut Dan

Rumpai Laut.

Taburan : Persisir Pantai Dan Pulau Di

Tropika.

7/29/2019 Amali 3 sce 3107.docx

http://slidepdf.com/reader/full/amali-3-sce-3107docx 5/16

 

PENYU KARAH, PENYU SISIK (Eretmochelys imbricata)

Nama Inggeris : The Hawksbill Turtle

Purata berat badan 45 kg. Dan

panjang antara 75 – 90 cm.

Warna : Kombinasi warn perang

pekat, kuning dan perang.

Makanan Utama : span (sponge)

Taburan : Laut tropika berhampiran

terumbu.

PENYU LIPAS (Lepidochelys olivacea)

Nama Inggeris : The Olive-Ridley

Turtle

Purata berat badan hanya 40 kg.

Dan panjang badan antara 60 – 70

cm.Warna : Perang ke hijauan.

Makanan Utama : Udang, Keta

mTaburan : Pantai Tropika

Senarai pusat pemuliharaan penyu di Malaysia.

• Pusat Penyu Dan Ekosistem Marin, Rantau Abang, Terengganu

• Pusat Santuari Penyu Ma'Daerah, Kemaman, Terengganu

• Pusat Pengurusan & Penerangan Penyu Padang Kemunting, Pengkalan Balak,

Melaka

• Pusat Pengurusan Penyu Segari, Perak

• Pulau Lankayan Sabah

• Pusat Pengurusan & Penerangan Penyu Cherating, Pahang

7/29/2019 Amali 3 sce 3107.docx

http://slidepdf.com/reader/full/amali-3-sce-3107docx 6/16

• Pusat penetasan Penyu Kerachut, Pulau Pinang

BUNGA BANGKAI :

Peringkat Sejagat

Titan Arum atau Amorphophallus titanum yang berasal dari Indonesia ini, bukan hanya ganjil

dan pelik namanya, tetapi rupa dan bau bunga ini turut menjadi perhatian kerana terlalu

busuk dan menyamai bau bangkai. Bunga bersaiz gergasi ini turut disamakan bunga

Rafflesia yang banyak ditemui di hutan Asia Tenggara. 

Titan Arum

Titan Arum dikenali sebagai penduduk tempatan sebagai bunga bangkai ditemui di

Sumatera, Indonesia. Dilaporkan ia mula ditemui pada 1878 oleh ahli botani Itali Odoardo

Beccari. Bunga ini menjadi bunga rasmi untuk wilayah Bengkulu.

Tumbuhan yang jarang ditemui ini dikategorikan sebagai tanaman liar daripada

keluarga Araceae mempunyai bunga yang cantik seakan calalily berwarna perang

mengeluarkan bau busuk untuk menarik kumbang dan lalat yang menjadi makanannya. Bagi

penduduk di negara ini, mereka menggelarkan bunga ini sebagai keladi gajah, namun

rupanya sedikit kecil berbanding bunga bangkai yang ditemui di Indonesia

7/29/2019 Amali 3 sce 3107.docx

http://slidepdf.com/reader/full/amali-3-sce-3107docx 7/16

 Asal dan ditemui di Sumatera, Indonesia

Lokasi Pemuliharaan Ex-situ

• Kew Royal Botanical Garden, London

• Brooklyn Botanical Garden

• UC Berkeley Botanical Garden

• Bonn Botanical Garden, German

• Kebun Raya Cibodas, Indonesia

• Botanical Garden Wilhelma, German

• Sydney Royal Botanical Garden, Australia

• United State Botanic Garden, America

• Bogor Botanic Garden, Indonesia

2. Apakah erti in-situ dan ex-situ? Apakah kelebihan dan kekurangan

pemuliharaan ex-situ?

Pemuliharaan In Situ

Pemuliharan in situ merupakan salah satu cara untuk memulihara flora

dan fauna di kawasan-kawasan semula jadi, di mana kawasan tersebut telah

ditetapkan dan flora dan fauna yang terdapat di kawasan tersebut dijaga dan

dipulihara daripada ancaman alam sekitar. Dengan kata lain, pemuliharaan in

situ merupakan pemuliharaan terhadap spesies yang telah sedia ada di

habitat asalnya.

Pemuliharaan in situ bertujuan untuk pemuliharaan kepelbagaian jenis

dan genetik flora dan fauna yang terdapat di kawasan yang dilindungi

tersebut. Antara contoh pemuliharaan in situ termasuklah taman negara

(national parks), taman hutan (forest parks), taman laut (marine parks), hutan

perlindungan, dan sebagainya.

7/29/2019 Amali 3 sce 3107.docx

http://slidepdf.com/reader/full/amali-3-sce-3107docx 8/16

Terdapat banyak taman negara yang terdapat di negara kita.

Contohnya Taman Negara Endau Rompin, Taman Negara Kinabalu, Taman

Negara Mulu, Taman Negara Bako, dan sebagainya. Salah satu contoh

pemuliharaan in situ yang dianggap amat berjaya di Malaysia ialah Taman

Negara, Titiwangsa, Pahang, Malaysia. Ia merupakan taman negara yang

paling besar di negara dan ditubuhkan untuk memulihara spesies-spesies

yang terancam dan hampir terpupus seperti Harimau Malaya, Badak

Sumatara, Beruang Madu Malayan, tapir, ungka, dan sebagainya. Selain

daripada haiwan yang bersaiz besar, Taman Negara juga memulihara

sesetengah mamalia yang kecil, burung, serangga, dan juga invertebrate.

Malah, Taman Negara juga mempunyai banyak spesies tumbuhan yang amat

berharga, sama ada tumbuhan yang kecil seperti kulat atau tumbuhan yang

besar seperti pokok-pokok besar.

Strategi pemuliharaan in situ merupakan strategi pemuliharaan jangka

panjang dan terbaik. Namun begitu, pemuliharaan jenis ini menjadi semakin

sukar untuk dilaksanakankan disebabkan keadaan habitat dan ekosistem

semula jadi mereka yang makin hari makin banyak mengalami perubahan

serta pembangunan. Usaha pemuliharaan in situ ini perlu diberi perhatian dan

perlu melalui pelbagai teknik bagi memastikan ianya dapat berjalan lancar 

seperti yang dirancangkan.

Pemuliharaan Ex Situ

Pemuliharaan ex situ merupakan strategi pemuliharaan spesies

hidupan liar di luar habitat semula jadi mereka. Pemuliharaan ex situ

merupakan salah satu cara untuk mengumpul dan memindahkan flora dan

fauna ke kawasan yang lebih kecil seupaya mereka dapat dipulihara dengan

lebih baik. Ia merupakan satu alternatif apabila populasi serpihan tidak

berupaya untuk membiak di habitat semula jadi.Antara contoh pemuliharaan

ex-situ termasuklah zoo, santunari, akuaria, taman botanikal, institusi

penyelidikan, bank gen, bank germaplasma, dan sebagainya.

Pada masa kini, zoo dibina dengan menyerupai habitat semula jadi

haiwan-haiwan yang dipulihara. Sama seperti akuaria, pertubuhan zoo ini

didirikan bukan bertujuan untuk memulihara spesies-spesies yang terancamsahaja, tetapi juga bertujuan untuk pembiakbakaan spesies-spesies

7/29/2019 Amali 3 sce 3107.docx

http://slidepdf.com/reader/full/amali-3-sce-3107docx 9/16

tersebut. Santunari pula diwujudkan bertujuan untuk menjaga dan

memulihara haiwan yang diselamatkan daripada penjualan haram. Salah satu

contoh santunari yang terdapat di Malaysia ialah Santunari Orang Utan di

Sabah. Santunari juga menjalankan usaha-usaha pemuliharaan. Selain itu,

taman botanikal dan institusi penyelidikan seperti Institut Penyelidikan Hutan

(FRIM) pula bertanggungjawab untuk memulihara tumbuh-tumbuhan. Jabatan

Pertanian dan MARDI juga berperanan penting dalam pemuliharaan

sesetengah spesies pohon dan pokok buah-buahan liar. Malaysia turut

memiliki bank gen dan bank germaplasma seperti bank biji benih, bank telur,

dan bank sperma untuk menyimpan spesies-spesies ancaman ini.

Pemuliharaan ex situ dijalankan bertujuan untuk memulihara flora dan

fauna yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi

secara berterusan, dan sebagai rujukan untuk kegunaan di masa akan

datang. Sebagai contoh, spesies yang dikategorikan sebagai mengalami

ancaman kepupusan atau akan mengalami kepupusan mengikut kategori

apendiks II menurut CITES (Convention on International Trade in Endangered 

Species) akan dilindungi dan dibiakbakan dalam habitat buatan manusia

sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi mereka apabila saiz populasi

spesies tersebut telah pulih dan mempunyai habitat yang sesuai.

Kelebihan-Kelebihan Pemuliharaan Ex Situ

Terdapat banyak kelebihan sekiranya flora dan fauna dipulihara melalui

strategi ex situ. Antaranya termasuklah ia dapat menghalang sesetengah

spesies flora dan fauna yang terancam daripada terus diancam bahaya

kepupusan. Pada masa kini, aktiviti-aktiviti manusia seperti pembangunan,

pembalakan, pemburuan, dan sebagainya telah memberikan ancaman yang

serius terhadap flora dan fauna. Oleh itu, spesies terancam perlu dipulihara

sebelum mereka menjadi pupus, dan pengekalan populasi spesies-spesies

liar yang subur dan dapat bermandiri dalam keadaan semula jadi merupakan

matlamat utama pemuliharaan ex situ dilaksanakan.

Selain itu, pemuliharaan ex situ juga menyediakan satu peluang yang

berharga untuk para profesional, amatur, atau masayarakat untuk belajar 

biologi, memahami ancaman-ancaman yang dihadapi oleh spesies yang

7/29/2019 Amali 3 sce 3107.docx

http://slidepdf.com/reader/full/amali-3-sce-3107docx 10/16

terancam, dan seterusnya membantu menjayakan program-program

pemulihan spesies yang dilancarkan oleh pihak yang berkaitan.

Strategi pemuliharaan ex situ juga membolehkan dan memudahkan ahli-

ahli saintis dan ekologi untuk menjalankan kajian penyelidikan dan

pembangunan flora dan fauna, tanpa merosakkan populasi semula jadi.

Pemuliharaan ex situ dianggap sebagai pelengkap kepada pemuliharaan in

situ dan ia bertindak sebagai " polisi insurans" apabila spesies diancam dalam

habitat semula jadi mereka. Ini merupakan satu proses untuk melindungi

spesies tumbuhan atau haiwan yang terancam dengan memindahkan

sebahagian populasi spesies tersebut daripada kawasan hábitat yang

terancam, dan meletakkan mereka di lokasi baharu, yang mungkin merupakan

kawasan liar ataupun dalam penjagaan manusia yang rapi.

 Antara kelebihan pemuliharaan ex situ termasuklah memelihara sumber 

germplasma yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan

biologi secara berterusan, menjadi simpanan germplasma untuk rujukan dan

kegunaan pada masa yang akan datang, memastikan sumber biologi sentiasa

mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaan ini,

mengurangkan tekanan daripada pengumpul liar, membekalkan bahan untuk

pameran dan pendidikan, dan sebagainya.

Kekurangan-kekurangan Pemuliharaan Ex-Situ

Sesungguhnya pemuliharaan ex situ mempunyai beberapa kekurangan

yang tersendiri. Pertama sekali, spesies flora dan fauna yang dipulihara

melalui strategi ex situ memerlukan satu tempoh masa peralihan yang

panjang sebelum mereka dapat mengadaptasi dan menyesuaikan diri mereka

dengan keadaan pemuliharaan ex situ tersebut. Oleh itu, terdapat sesetengah

 jenis spesies yang gagal mengadaptasi diri mereka mungkin akan mati dan

seterusnya mengalami ancaman kepupusan.

Selain itu, pemuliharaan ex situ memerlukan banyak sumber tenaga

pakar professional dan ahli-ahli ekologi untuk menjalankan usaha kajian

penyelidikan dan kegiatan eksporasi yang banyak terlebih dahulu. Usaha ini

adalah perlu untuk melihat kecocokan sesetengah spesies terhadap daerah

atau lokasi pemuliharaan ex situ, sebelum flora dan fauna dipindahkan ke

7/29/2019 Amali 3 sce 3107.docx

http://slidepdf.com/reader/full/amali-3-sce-3107docx 11/16

tempat tersebut. Oleh itu, bagi negara yang kekurangan kepakaran dalam

bidang ini, mereka sukar untuk menjalankan pemuliharaan ex situ.

Di samping itu, pemuliharaan ex situ ini juga memerlukan dana wang

yang banyak dan sokongan ekonomi yang cukup kukuh. Sesungguhnya

semua kajian dan tindakan yang dilaksanakan atas tujuan pemuliharaan ex

situ ini memerlukan kos pembelanjaan yang amat tinggi dan mahal. Kos-kos

ini meliputi bayaran kepada tenaga ahli professional, bayaran kepada gaji

sumber manusia, pembiayaan rawatan persekitaran, pembelian peralatan

yang canggih, kos pengangkutan flora dan fauna, kos penyenggaraan

kawasan pemulihan ex situ, dan banyak lagi. Oleh itu, sekiranya dana wang

terhad dan tidak mencukupi, maka usaha pemuliharaan ex situ ini mungkin

akan terganggu dan tidak dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya.

 Antara kelemahan lain yang terdapat dalam pemuliharaan ex situ termasuklah

masalah-masalah untuk menyimpan benih spesies yang degil, membekukan

pembangunan evolusi spesies flora dan fauna, kepelbagaian genetik mungkin

hilang setiap dengan kitaran semula, dan sebagainya

3. Kenapa para ekologis percaya pemuliharaan in-situ sebagai pengurusan

yang cermat, hanya diterima sebagai satu strategi pemuliharaan sahaja, dan

tidak sebagai strategi pemeliharaan untuk jangka masa panjang bagi setiap

habitat semulajadi atau apakah jenis yang boleh membiak dalam keadaan

liar dalam zoo atau taman?

Sesetengah ahli ekologis mempercayai bahawa hanya pemuliharaan in

situ dan pengurusan habitat yang teliti merupakan strategi pemuliharaan yang

beretika. Bagi mereka, pemuliharaan in situ merupakan cara dan langkah

yang terbaik untuk mengekalkan kewujudan sesuatu spesis berbanding

dengan memulihara flora dan fauna di luar habitat asal mereka.

Sesungguhnya pendapat dan pendirian mereka adalah berasas dan

boleh diterima. Hal ini demikian kerana sekiranya haiwan dan tumbuh-

tumbuhan dipulihara melalui cara pemuliharaan ex-situ, maka mereka perlu

mengambil masa yang panjang untuk menyesuaikan diri mereka dengan

7/29/2019 Amali 3 sce 3107.docx

http://slidepdf.com/reader/full/amali-3-sce-3107docx 12/16

keadaan ekosistem-ekosistem tiruan atau buatan manusia, seperti zoo,

akuaria, taman botanikal, arboreta, dan sebagainya. Sekiranya flora dan fauna

tersebut gagal untuk mengadaptasi dan menyesuaikan diri mereka dalam

keadaan ekosistem tiruan, maka mereka mungkin akan mati dan pupus.

Sebaliknya, jika dibandingkan dengan dengan hutan yang merupakan

ekosistem semula jadi, flora dan fauna akan lebih dapat menyesuaikan diri

dan mengadaptasi diri mereka dengan lebih baik. Oleh itu, kebarangkalian

untuk mereka terus hidup dan peratusan kemandirian flora dan fauna di

habitat semula jadi mereka adalah lebih tinggi.

Malah, di kawasan pemuliharaan in situ, keselamatan dan kehidupan

haiwan dan tumbuh-tumbuhan akan lebih terjamin kerana terdapat ranger-

ranger hutan yang akan kerap menjalankan rondaan untuk menjaga kawasan

tersebut. Dengan pengawasan yang sistematik oleh pihak pengurusan dan

penguatkuasaan undang-undang yang ketat, haiwan dan tumbuh-tumbuhan

akan bebas daripada ancaman manusia yang semakin rakus seperti

pemburuan haram atau pembalakan haram.

Bukan itu sahaja, disebabkan keunikan dan kepelbagaian diversiti yang

wujud dalam pemuliharaan in situ, ianya akan menjadi salah satu tempat

tumpuan para penyelidik untuk menjalankan kajian penyelidikan dan

pembangunan di situ. Kesannya, mereka akan dapat menjalankan

pengrekodan flora dan fauna yang lebih bersistematik, merawat dan

memberikan bantuan perubatan kepada flora dan fauna yang sakit, serta

mengikhthiarkan cara untuk memulihara flora dan fauna dengan lebih

berkesan. Oleh itu, dengan pengurusan habitat yang begitu teliti ini, golongan

ahli ekologi tersebut berpegang teguh bahawa pemuliharaan in situ

merupakan strategi pemuliharaan yang paling beretika.

Sehubungan dengan itu, ahli-ahli ekologi ini beranggapan bahawa

mengekalkan spesies yang tidak mempunyai mana-mana habitat semula jadi,

atau tidak dapat membiak di hutan, zoo, atau taman merupakan strategi

pemuliharaan yang tidak beretika. Hal ini demikian kerana mereka

percaya bahawa spesies yang tidak tinggal di habitat semula jadi mereka

akan kehilangan sifat-sifat semula jadi mereka dan seterusnya akan

kehilangan kemahiran untuk bersaing dan mendapatkan keperluan asasmereka, seperti mencari makanan.

7/29/2019 Amali 3 sce 3107.docx

http://slidepdf.com/reader/full/amali-3-sce-3107docx 13/16

Konsep pemulihan semula jadi merupakan satu daya evolusi yang

memilih gen-gen berfaedah dan menghapuskan gen-gen yang tidak

berfaedah. Pemilihan semula jadi memihak kepada spesies yang paling

bersesuaian dengan persekitarannya, mengekalkan spesies yang mempunyai

fenotip yang paling sesuai untuk kemandirian dan pembiakan dalam satu

populasi semula jadi melalui pembiakan seks dan pewarisan. Oleh itu,

sekiranya spesies tersebut sudah kehilangan habitat semula jadi, tidak dapat

membiak, atau kehilangan kemahiran untuk bersaing dan mencari makanan,

maka pemilihan semula jadi harus menghapuskan genotip yang tidak

berfaedah ini kerana ia tidak dapat menghasilkan ciri-ciri penyesuaian yang

membolehkan spesies tersebut bermandiri dan membiak dalam persekitaran

berkenaan.

Tuntasnya, ahli-ahli ekologi percaya bahawa sekiranya manusia berusaha

untuk mengekalkan spesies yang tidak lagi mempunyai habitat semula jadi

atau tidak dapat membiak melalui program-program seperti pembiakbakaan

khas, pengklonan, dan sebagainya, maka ia adalah melanggar peraturan alam

dan mengingkari undang-undang dan hukum semula jadi.

4. Kenapa ramai orang berfikir tidak betul untuk “membawa kembali” spesis

yang pupus seperti Harimau Tasmania? Apakah implikasi terhadap usaha-

usaha pemuliharaan akibat daripada tindakan itu?

Belakangan ini, pelbagai eksperimen dan percubaan telah dijalankan

oleh ahli-ahli saintis yang berhasrat untuk membawa balik spesies-spesies

yang terpupus pada masa dahulu, seperti Harimau Tasmanian, Itik Bobo,

Dinasaor Feniks, dan sebagainya. Kepupusan spesies dapat ditakrifkan

sebagai jumlah populasi spesies menjadi semakin berkurangan dan generasi

akan datang mungkin tidak dapat lagi mengenali apakah spesies tersebut jika

gambar-gambar spesies tersebut tidak ditunjukkan kepada mereka.

Walaupun tindakan mencuba membawa balik spesies terpupus

merupakan satu inisiatif yang baik, tetapi pada hakikatnya ia merupakan satu

perbuatan yang tidak beretika atau moral. Tidak dapat dinafikan bahawa

usaha membawa balik spesies terpupus dapat membolehkan baka dan

7/29/2019 Amali 3 sce 3107.docx

http://slidepdf.com/reader/full/amali-3-sce-3107docx 14/16

spesiesnya dapat direkodkan semula di samping generasi masa kini dapat

melihat spesies tersebut dengan mata sendiri. Tetapi siapakah yang boleh

memastikan kes-kes eksploitasi dan penyalahgunaan tidak berlaku? Apakah

yang terjadi terhadap keselamatan dan perubahan masyarakat jika spesies-

spesies terpupus ini dibawa kembali? Adakah betul bagi manusia memainkan

peranan pencipta dalam proses pembiakan? Pembangkitan isu-isu ini telah

menyebabkan kontroversi dan mengakibatkan masyarakat membantah

perbuatan ini atas isu-isu etika dan moral.

Sesungguhnya kita tidak tahu apakah keperluan-keperluan asas

spesies-spesies terpupus. Selain itu, kita juga tidak tahu adakah mereka

mampu menyesuaikan diri dan hidup dalam cuaca dan iklim masa kini

sekiranya dibawa kembali ke dunia ini. Kita tidak tahu adakah mereka akan

membawa mikroorganisma yang telah pupus dan membahaya kepada kita.

Kita turut tidak tahu sama ada usaha membawa balik spesies terpupus

ini akan memberikan gangguan keamanan dan ancaman keselamatan kepada

manusia. Perbuatan ini juga dikatakan melanggari peraturan alam dan hukum

semula jadi. Ia mengingkari hukum konsep pemulihan semula jadi dan

nescaya bahawa mereka akan tetap pupus walaupun dibawa kembali kerana

mereka tidak berupaya untuk menyesuaikan dan mengadaptasi diri mereka

dengan persekitaran dengan baik.

7/29/2019 Amali 3 sce 3107.docx

http://slidepdf.com/reader/full/amali-3-sce-3107docx 15/16

Kesimpulan :

Pemuliharaan ex-situ merupakan pemuliharaan terhadap organisma atau

spesies tumbuhan yang diambil dari lapangan atau daripada habitat asalnya. Sampel

atau spesies tumbuhan yang diambil ini bukan sahaja terhad kepada sesetengah

bahagian tumbuhan itu, malah ia merangkumi biji benih, debunga, bahagian

vegetative seperti propagul, sel dan tisu kultur. Pemuliharaan jenis ini mempunyai

beberapa tujuan dan kepentingan. Antaranya ialah untuk memelihara sumber 

germplasma yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi

secara berterusan, simpanan germplasma untuk rujukan dan kegunaan di masa

akan datang dan pelbagai manfaat dan faedah lagi dalam memastikan sumber 

biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan

pemuliharaan ini.

Strategi terbaik bagi melindungi biodeversiti adalah dengan memelihara dan

memulihara populasi secara semulajadi dan komuniti semulajadi di dalam habitat

tersendiri dikenali in-situ. walaubagaimanapun, bagi haiwan yang tidak ada pilihan

untuk dipulihara pada habitatnya. Cara yang terbaik dilakukan adalah dengan

menghasilkan habitat baru yang mempunyai sama keadaan seperti habitatsemulajadi haiwan tersebut. Maka pemuliharaan tersebut dipanggil ex-situ.

Pemuliharaan in-situ dilihat lebih baik untuk hidupan liar kerana ianya dibiarkan hidup

di habitat masing-masing.

7/29/2019 Amali 3 sce 3107.docx

http://slidepdf.com/reader/full/amali-3-sce-3107docx 16/16