contoh minit mesyuarat kot 2015

4
MINIT MESYUARAT (BIL 2/2014) JAWATANKUASA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2015 IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK Tarikh : 20 Ogos 2014 Masa : 4.30 petang Tempat : Bilik Mesyuarat, Unit Kokurikulum, IPG Kampus Pendidikan Teknik Kehadiran 1. Pn. Rashida Binti Awang 2. Mohd Nazri Bin Merikan 3. Mohd Amar Izzat Bin Razali 4. Goh Kin Qai 5. Francisca Jonis 6. Tan Kuan Tee 7. Norfadzilah Binti Sulaiman 8. Nur Nadia Adila Binti Zulkifli 9. Siti Khadijah Binti Mad Zin 1.0 Ucapan Pengerusi 1.1. Tujuan mesyuarat diadakan adalah bagi mengumumkan pembentukan jawatankuasa tertinggi dan jawatankuasa kecil bagi acara Kejohanan Olahraga Tahunan, Larian Mesra serta Kursus Kejohanan Olahraga Malaysia yang akan diadakan pada tahun 2014.

Upload: naimahfadhilah

Post on 17-Nov-2015

48 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

minit mesyuarat

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT (BIL 2/2014)JAWATANKUASA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2015IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK Tarikh:20 Ogos 2014Masa:4.30 petangTempat : Bilik Mesyuarat, Unit Kokurikulum, IPG Kampus Pendidikan TeknikKehadiran1. Pn. Rashida Binti Awang2. Mohd Nazri Bin Merikan3. Mohd Amar Izzat Bin Razali4. Goh Kin Qai5. Francisca Jonis6. Tan Kuan Tee7. Norfadzilah Binti Sulaiman8. Nur Nadia Adila Binti Zulkifli9. Siti Khadijah Binti Mad Zin

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1. Tujuan mesyuarat diadakan adalah bagi mengumumkan pembentukan jawatankuasa tertinggi dan jawatankuasa kecil bagi acara Kejohanan Olahraga Tahunan, Larian Mesra serta Kursus Kejohanan Olahraga Malaysia yang akan diadakan pada tahun 2014.

1.2. Tujuan lain adalah menentukan skop tugasan setiap jawatankuasa yang terlibat.Tindakan : Makluman Semua Jawatankuasa

2.0Pengesahan minit mesyuarat ( Bil 1/2014) yang laluMesyuarat kali pertama yang telah diadakan pada 17 Ogos 2014 telah disahkan secara sebulat suara tanpa sebarang pindaan.

3.0Perkara BerbangkitTiada perkara berbangkit

4.0Agenda Baharu4.1 Pelantikan Jawatankuasa Kejohanan Olahraga Tahunan 2015 yang baharu4.2 Penjelasan tugasan yang perlu dilaksanakan oleh ahli jawatankuasa. Puan Rashida menerangkan tentang tugasan beberapa tugas yang perlu dilaksanakan oleh beberapa jawatankuasa yang telah dibentuk. Antaranya:

4.2.1 Menyediakan satu senarai nama jawatankuasa yang lengkap berserta kelas, nombor kad pengenalan dan nombor telefon mengikut senarai nama Jawatankuasa dan senarai nama mengikut kelas. Tindakan : Setiausaha4.2.2 Setiausaha dikehendaki mencetak peraturan Kejohanan Olahraga Tahunan.Tindakan : Setiausaha4.2.3 Makanan hanya perlu disediakan untuk pelajar semester 5 PISMP (Ambilan Januari 2013) dan VIP sahaja.Tindakan : AJK Makanan4.2.4 AJK Siaraya perlu menyediakan reka bentuk baju, logo dan sekurang kurangnya 3 banting.Tindakan : AJK Siaraya4.2.5 Perlu menjemput sekurang-kurangnya 10 buah institusi yang berdekatan, IPG, IPTA, IPTS.Tindakan : AJK Jemputan

5.0 Hal hal Lain5.1 Puan Rashida meminta untuk ahli jawatankuasa merujuk Bryan Constant berkenaan dengan KOT.

6.0 Penangguhan Mesyuarat

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama daripada semua jawatankuasa yang hadir dan berharap semua pihak akan memberikan kerjasama bagi menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan yang akan dilaksanakan pada tahun 2015. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang

Disahkan oleh,

(Mohd Nazri bin Merikan)Pengerusi,Kejohanan Olahraga Tahunan 2015 Kali Ke-3, IPG Kampus Pendidikan Teknik,Bandar Enstek.

Disediakan oleh,

(Norfadzilah Binti Sulaiman)Setiausaha,Kejohanan Olahraga Tahunan 2015 Kali Ke-3, IPG Kampus Pendidikan Teknik,Bandar Enstek.