ciri pelajar gagal

Upload: dennisalap

Post on 14-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

motivasi

TRANSCRIPT

CIRI-CIRI PELAJAR YANGGAGAL1. Mempunyai sifat malas yang menjadi musuh utama kejayaan.2. Tidak bermotivasi.3. Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu memberi jaminan masa depan.4. Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai idola atau model.5. Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah.6. Tiada perancangan untuk belajar dengan berkesan.7. Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang menjurus ke arah perkara-perjara yang tidak baik.8. Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir peperiksaan.9. Datang lewat ke sekolah dan selalu ponteng sekolah.10. Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.11. Berangan-angan dan sering bermain-main dalam bilik darjah.12. Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk proses pembelajaran.13. Sentiasa bermasalah, suka mencari masalah dan mendatangkan masalah di sekolah dan luar sekolah.14. Melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dengan rakan-rakan di bandar-bandar, terlibat dengan kegiatan tidak bermoral15. Menjadikan kemiskinan penghalang kepada usaha untuk berjaya dalam pendidikan.16. Terlalu berserah pada nasib dan tidak mahu lagi berusaha untuk mengubah dirinya.17. Lebih banyak bergantung kepada ibu, bapa, guru dan rakan-rakan untuk belajar. Tidak boleh berdikari.18. Tidak ada perancangan masa untuk belajar seperti mengadakan jadual waktu.19. Sentiasa beranggapan bahawa peperiksaan dalam kelas adalah tidak penting.20. Tidak menggunakan sepenuhnya perpustakaan sebagai gedung untuk mencari dan menambahkan ilmu.21. Tidak sanggup mengorbankan masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit demi untuk pelajaran. Pelajar seperti ini lebih sanggup menghabiskan wang mereka untuk membeli majalah-majalah hiburan atau komik kegemaran mereka.22. Tidak menghormati ibu, bapa, guru, orang tua dan rakan-rakan sekelas.23. Mementingkan diri sendiri dalam apa sahaja yang dilakukan termasuklah pembelajaran.24. Gagal menunaikan tanggungjawab kepada Allah.25. Menyalahkan nasib dan takdir jika berlaku sebarang masalah. Namun tidak pernah mahu menyalahkan diri sendiri.26. Cepat putus asa dan kecewa apabila gagal.KAEDAH PEMBELAJARAN YANG LEBIHBERKESANMay5byxploresainsTeknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha kita menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran.Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu formula yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri. Apa yang penting untuk dijelaskan ialah beberapa garis panduan yang besar sahaja dikenalpasti untuk dijadikan landasan bagi seseorang pelajar bergerak menghadapi peperiksaan.FAKTOR-FAKTOR DORONGAN DALAM PEMBELAJARAN Mengenal pasti wujudnya motivasi dalaman atau faktor-faktor pendorong di dalam diri maing-masing, misalnya kemiskinan. Menginsafi akan kepentingan ilmu, tujuan ilmu dipelajari, untuk apa dan hendak ke mana ilmu yang dikumpulkan itu. Dorongan dari rasa tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Menginsafi peranannya terhadap masyarakat pada masa hadapan.LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN Kesempurnaan kesediaan seseorang dari segi mental, fizikal dan rohani yang mampu mengahadapi peringkat pembelajaran yang baik. Persediaan mental yang baik ialah persediaan tumpuan fikiran yang sepenuhnya terhadap pelajaran. Pemikiran yang masih bercampur-aduk dengan perkara-perkara lain akan mengakibatkan kebuntuan untuk memberi perhatian yang serius kepada pelajaran. Seseorang pelajar hendaklah menghilangkan ingatannya kepada perkara yang lain, sebaliknya ingatan hendaklah ditumpukan kepada pelajaran sahaja. Berkhayal kepada perkara lain ialah penyakit yang paling besar bagi seseorang pelajar yang sedang menghadapi pelajarannya. Oleh itu, pelajar hendaklah mengelakkan diri daripada berkhayal semasa belajar.TEKNIK-TEKNIK PEMBELAJARAN1. Suasana / Tempat Belajar Elakkan suasana yang bising, banyak gangguan, tidak selesa dan sebagainya2. Memilih Masa Yang Sesuai Tidak semua waktu di dalam sehari boleh digunakan untuk menumpukan fikiran pada pelajaran.3. Setiap hari persekolahan, peruntukan sekurang-kurangnya 2 jam untuk menelaah/mengulangkaji pelajaran di samping menyelesaikan kerja-kerja yang diberikan oleh guru. Pada waktu cuti, 4 hingga 5 jam adalah memadai untuk menelaah pada waktu yang sesuai, iaitu pada waktu pagi dan malam.(ingat ! waktu belajar yang sesuai tidak sama antara semua individu)4. Menyediakan satu jadual kerja harian walaupun begitu, mungkin jadual tersebut tidak mampu diikuti sepenuhnya oleh pelajar.5. Pembaziran masa dengan perkara-perkara yang tidak ada hubungan dengan memperkukuhkan mutu pembelajaran baik secara formal atau informal haruslah dielakkan.6. Pembelajaran Di Sekolah Pembelajaran di sekolah merupakan sumber yang penting serta yang paling baik untuk seseorang pelajar menghadapi pelajarannya, dan segala penumpuan yang maksimun haruslah diberikan serta tidak patut berlaku kecuaian, leka, nakal ketika berada di sekolah.7. Membaca, Memahami dan Menghafal Teknik pembacaan yang baik ialah pembacaan yang menyeluruh bagi pusingan yang pertama. Isi dan istilah-istilah yang penting digariskan. Kalau perlu isi yang digariskan itu dicatat sebagai nota pendek atau ringkas.8. Ambil perhatian kepada isi-isi yang penting dan hendaklah dibaca selalu. Kalau perlu setiap isi-isi itu hendaklah dihafal sedaya mungkin terutama apabila hampirnya waktu peperiksaan. (ingat ! hafalan tanpa pemahaman yang kukuh adalah sia-sia).9. Menyusun nota dengan teratur dan berkesan dan mempunyai ciri-ciri seperti :- Mengandungi semua maklumat penting Bersih dan mudah dibaca Terkumpul & Tersusun (di dalam fail/Buku Khas) Ringkas dan padatKesungguhan Belajar1. Elakkan diri dari faktor-faktor yang boleh membosankan ketika membaca. Jangan sesekali membebankan diri dengan kerja-kerja sekolah yang terlampau banyak pada masa tertentu dan berehat panjang selepasnya.2. Kesungguhan belajar mestilah berterusan dari segi semangat belajar dan usaha dari awal hinggalah ke masa peperiksaan.3. Sentiasa meningkatkan semangat belajar dari masa ke semasa. Semakin hampir dengan tarikh peperiksaan semakin bersungguh-sungguh untuk belajar dan semakin berkeyakinan dalam menghadapi peperiksaan.4. Kesungguhan belajar mungkin boleh dibina melalui kerja-kerja secara berkumpulan. Yang pentingnya carilah teman/rakan belajar yang boleh anda manfaatkan pengetahuan dan kefahaman anda kepadanya dan sebaliknya.5. Yakinlah dengan kebolehan yang ada pada diri anda dan kesungguhan anda untuk belajar dan yakinlah dengan pertolongan Allah S.W.T.LUPAAN DAN INGATANApakah sebabnya kita sering lupa ? Kerana Gangguan Membaca perkara-perkara lain selepas buku pelajaran menyebabkan soal peperiksaan luput dari ingatan. Tumpuan Perhatian Tanpa perhatain yang sepenuhnya ketika membaca menyebabkan perkara tersebut tidak dapat kekal lama. Faktor Masa Masa yang terlalu lama mungkin menyebabkan anda lupa akan apa yang telah dipelajari.INGATANManusia lebih senang mengingati sesuatu jika :- Minat Tinggikan minat terhadap perkara yang dipelajari. Pilihan Memilih isi-isi penting untuk diingati bagi peperiksaan. Ulangan Sentiasa mengulangkaji, boleh dibuat melalui perbincangan secara berkumpulan, penulisan semula atau pembacaan yang kerap. Assasiasi Membuat perkaitan dengan sesuatu perkara lain untuk ingatan. Tubi BelajarDi dalam proses pembelajaran terdapat peringkat seperti :-1. Mendengar untuk pertama kali2. Memahami3. Menggunakannya4. Mencipta yang baruJika anda membaca berulang kali, tentunya perkara tersebut akan dapat diingati di dalam satu jangkamasa yang lama.