nurul zawani binti bonyamin - fp.utm.my · 16pf cattell’s 3.1 : jumlah pelajar tahun akhir...

31
HUBUNGAN PERSONALITI DAN TEKANAN BELAJAR DENGAN PENCAPAIAN PRESTASI AKADEMIK DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UTM NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2006

Upload: dangthuan

Post on 05-May-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN - fp.utm.my · 16PF Cattell’s 3.1 : Jumlah pelajar tahun akhir Fakulti 48 Pendidikan ... Soal Selidik 4.1 : Taburan pelajar berdasarkan ciri-ciri demografi

HUBUNGAN PERSONALITI DAN TEKANAN BELAJAR DENGAN

PENCAPAIAN PRESTASI AKADEMIK DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR

TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2006

Page 2: NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN - fp.utm.my · 16PF Cattell’s 3.1 : Jumlah pelajar tahun akhir Fakulti 48 Pendidikan ... Soal Selidik 4.1 : Taburan pelajar berdasarkan ciri-ciri demografi

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: HUBUNGAN PERSONALITI DAN TEKANAN BELAJAR DENGAN PENCAPAIAN

PRESTASI AKADEMIK DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR

FAKULTI PENDIDIKAN, UTM.

SESI PENGAJIAN: SEMESTER II SESI 2005/2006

Saya NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: JLN AIR TAWAR, KG BANDAR, PN. ADIBAH BINTI ABDUL LATIF 42700 BANTING, Nama Penyelia SELANGOR DARUL EHSAN. Tarikh: Tarikh:

Page 3: NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN - fp.utm.my · 16PF Cattell’s 3.1 : Jumlah pelajar tahun akhir Fakulti 48 Pendidikan ... Soal Selidik 4.1 : Taburan pelajar berdasarkan ciri-ciri demografi

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ”

Tandatangan : _________________________________ Nama Penyelia : PUAN ADIBAH BINTI ABDUL LATIF Tarikh : _________________________________

Page 4: NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN - fp.utm.my · 16PF Cattell’s 3.1 : Jumlah pelajar tahun akhir Fakulti 48 Pendidikan ... Soal Selidik 4.1 : Taburan pelajar berdasarkan ciri-ciri demografi

HUBUNGAN PERSONALITI DAN TEKANAN BELAJAR DENGAN

PENCAPAIAN PRESTASI AKADEMIK DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR

TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Mei 2006

Page 5: NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN - fp.utm.my · 16PF Cattell’s 3.1 : Jumlah pelajar tahun akhir Fakulti 48 Pendidikan ... Soal Selidik 4.1 : Taburan pelajar berdasarkan ciri-ciri demografi

ii

PENGAKUAN

“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”

Tandatangan : _________________________________

Nama Penulis : NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN Tarikh : _________________________________

Page 6: NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN - fp.utm.my · 16PF Cattell’s 3.1 : Jumlah pelajar tahun akhir Fakulti 48 Pendidikan ... Soal Selidik 4.1 : Taburan pelajar berdasarkan ciri-ciri demografi

iii

Dedikasi Sekalung budi buat bonda dan ayahanda

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah banyak memberi dorongan dan sokongan sejak kaki ini

mula menjejak ke alam persekolahan sehinggalah sekarang…

sudi berkongsi susah senang walau apa jua terjadi…

Buat kakakku, Noris dan abang iparku, Sabri,

Jutaan terima kasih kerana sentiasa memberikan semangat dan apa jua bantuan yang kuperlukan sepanjang

kajian ini dijalankan.…

Jasa dan pengorbanan kalian amat bermakna di dalam menyiapkan projek ini...

Buat semua ahli keluarga,

Terima kasih di atas segala-galanya…

Buat teman-teman

Terutamanya Ada , Su, Fida, Yu Lis, Kak Kin dan teristimewa, Nas...

jasa dan dorongan kalian terlalu besar sepanjang penulisan dan ketika menjalani kehidupanku di UTM

ini…

dan kepada semua rakan dan orang perseorangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung…

Terima kasih, semoga jasa anda diberkati Allah S.W.T…

Page 7: NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN - fp.utm.my · 16PF Cattell’s 3.1 : Jumlah pelajar tahun akhir Fakulti 48 Pendidikan ... Soal Selidik 4.1 : Taburan pelajar berdasarkan ciri-ciri demografi

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia, taufiq dan

hidayahNYA, penulisan ini dapat disiapkan juga akhirnya.

Dikesempatan ini, penulis ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak

terhingga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam

menyiapkan kajian ini termasuk yang telah memberi dorongan dan sokongan kepada

penulis serta memberi kekuatan dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan

jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga khas kepada Puan Adibah

Abdul Latif selaku penyelia bagi projek ini di atas segala susah payah menunjuk ajar,

menasihat, menyemak, menyumbang idea serta bimbingan yang diberi sepanjang

tempoh projek ini dijalankan sehingga berjaya disiapkan juga.

Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada :

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Pelajar-pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan yang terlibat di dalam kajian ini.

Dengan kerjasama semua, maka projek ini dapat berjalan dengan lancar dan

dapat disiapkan dengan sempurna. Semoga Allah S.W.T membalas segala jasa baik

kalian…

Page 8: NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN - fp.utm.my · 16PF Cattell’s 3.1 : Jumlah pelajar tahun akhir Fakulti 48 Pendidikan ... Soal Selidik 4.1 : Taburan pelajar berdasarkan ciri-ciri demografi

v

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis personaliti , tekanan belajar dan

pencapaian prestasi akademik yang dominan yang dimiliki pelajar. Kajian ini turut

mengkaji hubungan personaliti, tekanan belajar dengan pencapaian akademik.

Responden terdiri daripada 242 pelajar tahun akhir fakulti pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia, Johor yang dipilih secara rawak mudah. Inventori yang digunakan

untuk menguji ciri-ciri personaliti ialah soal selidik yang dibina oleh Buchanan.

Manakala item soal selidik bagi tekanan belajar adalah dibina sendiri oleh penyelidik.

Inventori bagi item personaliti meliputi lima jenis personaliti manakala bagi tekanan

belajar adalah empat jenis tekanan belajar. Kebolehpercayaan soal selidik adalah 0.7967.

Data yang dikumpul dianalisis menggunakan statistik deskriptif, analisis korelasi

Pearson dan Ujian-t. Analisis deskriptif menunjukkan personaliti jenis Penyenang/

Persetujuan (Agreeableness) dan tekanan kewangan adalah lebih dominan di kalangan

pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan negatif yang

rendah antara personaliti dengan tekanan belajar. Manakala tidak terdapat hubungan

yang signifikan antara personaliti dengan pencapaian prestasi signifikan akademik dan

tekanan belajar dengan pencapaian prestasi akademik. Hasil kajian juga menunjukkan

terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tekanan belajar dan pencapaian prestasi

akademik merentas jantina. Manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap

personaliti merentas jantina.

Page 9: NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN - fp.utm.my · 16PF Cattell’s 3.1 : Jumlah pelajar tahun akhir Fakulti 48 Pendidikan ... Soal Selidik 4.1 : Taburan pelajar berdasarkan ciri-ciri demografi

vi

ABSTRACT The aim of this study was to examine the dominant of student’s personality types, the

dominant of study stress and students academic achievement among final year student at

Faculty of Education, University Technology Malaysia, Johor. Besides, this study also

investigated the relationship between personality and study stress, personality and

student’s academic achievement and relationship between study stress and student’s

academic achievement. The selected 242 samples of this study were picked randomly. A

personality inventory developed by Buchanan was used in this study that consists of five

personality types. Researcher was developed study stress inventory that consists of four

types of study stress. The reliability of the inventory was 0.7697. Data gathered were

analyzed using descriptive statistic, Pearson correlation coefficient and t-test. Results

indicated that personality type Agreeableness and study stress type financial were the

dominant factors among students. It also indicated that there were significant

relationship between personality and study stress but there were no relationship between

personality and student’s academic achievement and between stress study and student’s

academic achievement. The finding indicated that there were significant differences

among study stress and student’s academic achievement across gender. On the other

hand there were no significant differences of personality types across gender.

Page 10: NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN - fp.utm.my · 16PF Cattell’s 3.1 : Jumlah pelajar tahun akhir Fakulti 48 Pendidikan ... Soal Selidik 4.1 : Taburan pelajar berdasarkan ciri-ciri demografi

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA

MUKA SURAT

I

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

HALAMAN PENGAKUAN

HALAMAN DEDIKASI

HALAMAN PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

ISI KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI SINGKATAN

SENARAI LAMPIRAN

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

1.1 Latar Belakang Masalah

1.2 Pernyataan Masalah

1.3 Objektif Kajian

1.4 Persoalan Kajian

1.5 Hipotesis

1.6 Pembolehubah Kajian

1.7 Kerangka Konsep

1.8 Kepentingan Kajian

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

xii

xv

xvi

xvii

1

5

10

10

11

12

14

15

16

Page 11: NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN - fp.utm.my · 16PF Cattell’s 3.1 : Jumlah pelajar tahun akhir Fakulti 48 Pendidikan ... Soal Selidik 4.1 : Taburan pelajar berdasarkan ciri-ciri demografi

viii

II

1.9 Skop dan Had Kajian.

1.10 Definisi Operasional Pembolehubah Kajian.

1.10.1 Personaliti

1.10.2 Tekanan belajar

1.10.3 Pelajar

1.10.4 Pencapaian prestasi akademik

1.11 Penutup

SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan

2.1 Model Dan Teori Berkaitan Personaliti

2.1.1 Model “The Big Five” Berkaitan

Personaliti

2.1.2 Model 16 Faktor Personaliti (16 PF)

Berkaitan Personaliti

2.1.3 Model Dan Teori Yang Diguna Oleh

Penyelidik

2.2 Model Dan Teori Berkaitan Tekanan

2.2.1 Model Tekanan

2.2.2 Model Interaksi Antara Pelbagai

Unsur Berkaitan Tekanan

2.2.3 Konsep Tekanan Belajar Yang

Digunakan Oleh Penyelidik

2.3 Hubungan personaliti dengan

pencapaian prestasi akademik

2.4 Tekanan- tekanan yang mempengaruhi

pencapaian prestasi akademik.

2.5 Penutup

19

19

19

22

23

23

24

26

27

27

28

29

33

34

36

37

40

42

44

Page 12: NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN - fp.utm.my · 16PF Cattell’s 3.1 : Jumlah pelajar tahun akhir Fakulti 48 Pendidikan ... Soal Selidik 4.1 : Taburan pelajar berdasarkan ciri-ciri demografi

ix

III

IV

METODOLOGI

3.0 Pengenalan

3.1 Rekabentuk Kajian

3.2 Sampel

3.2.1 Persampelan

3.3 Kaedah Pengumpulan Data

3.3.1 Instrumen Kajian

3.4 Kaedah Penganalisisan Data

3.5 Kajian rintis

3.6 Penutup

DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan 4.1 Bahagian A (Analisis Deskriptif)

4.1.1 Taburan pelajar berdasarkan ciri- ciri

demografi

4.1.2 Analisis jenis domain personaliti

pelajar.

4.1.3 Analisis jenis tekanan belajar pelajar.

4.1.4 Analisis pencapaian prestasi

akademik pelajar.

4.2 Bahagian B (Analisis Inferensi

Hipotesis)

4.2.1 Analisis Korelasi

4.2.1.1 Hubungan Antara Personaliti Dan

Tekanan Belajar Di Kalangan

Pelajar.

46

46

47

48

49

49

52

53

55

56

57

57

58

59

60

61

61

61

Page 13: NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN - fp.utm.my · 16PF Cattell’s 3.1 : Jumlah pelajar tahun akhir Fakulti 48 Pendidikan ... Soal Selidik 4.1 : Taburan pelajar berdasarkan ciri-ciri demografi

x

V

4.2.1.2 Hubungan Antara Personaliti

Dengan Pencapaian Prestasi

Akademik

4.2.1.3 Hubungan Antara Tekanan

Belajar Dengan Pencapaian

Prestasi Akademik

4.2.2 Analisis Ujian-t

4.2.2.1 Ujian-T Terhadap Personaliti

Merentas Jantina

4.2.2.2 Ujian-T Terhadap Tekanan

Belajar Merentas Jantina

4.2.2.3 Ujian-T Terhadap Pencapaian

Prestasi Akademik (CPA/GPA)

Merentas Jantina

4.3 Penutup

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan

5.1 Rumusan Dapatan Kajian

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian

5.2.1 Objektif Pertama:

Jenis Personaliti Dan Jenis Tekanan

Belajar Yang Dominan Serta Pencapiaan

Preastasi Akademik Yang Dimiliki Oleh

Pelajar

5.2.2 Objektif Kedua :

Hubungan Antara Personaliti Dengan

Tekanan Belajar

5.2.3 Objektif Ketiga :

Hubungan Antara Personaliti Dengan

Pencapaian Prestasi Akademik

64

68

70

70

73

75

75

76

77

78

78

81

81

Page 14: NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN - fp.utm.my · 16PF Cattell’s 3.1 : Jumlah pelajar tahun akhir Fakulti 48 Pendidikan ... Soal Selidik 4.1 : Taburan pelajar berdasarkan ciri-ciri demografi

xi

5.2.4 Objektif Keempat :

Hubungan Antara Tekanan Belajar

Dengan Pencapaian Prestasi Akademik

5.2.5 Objektif Kelima :

Perbezaan Terhadap Personaliti

Merentas Jantina

5.2.6 Objektif Keenam :

Perbezaan Terhadap Tekanan Belajar

Merentas Jantina

5.2.7 Objektif Ketujuh :

Perbezaan Terhadap Pencapaian Prestasi

Akademik Merentas Jantina

5.3 Cadangan

5.3.1 Cadangan Kepada Kajian

5.3.2 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang

5.4 Penutup

RUJUKAN

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B

LAMPIRAN C

LAMPIRAN D

83

85

86

86

87

87

88

89

91

99

100

103

104

Page 15: NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN - fp.utm.my · 16PF Cattell’s 3.1 : Jumlah pelajar tahun akhir Fakulti 48 Pendidikan ... Soal Selidik 4.1 : Taburan pelajar berdasarkan ciri-ciri demografi

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 : 16 Trait Personaliti Berdasarkan Model 29

16PF Cattell’s

3.1 : Jumlah pelajar tahun akhir Fakulti 48

Pendidikan, UTM

3.2 : Pembahagian Item Mengikut Bahagian 49

Soal Selidik

3.3 Tahap Pencapaian Prestasi Akademik 50

3.4 : Pembahagian Item Positif dan Item Negatif 51

dalam Bahagian B Soal Selidik4.1

3.5 : Pembahagian Item Dalam Bahagian C 52

3.6 : Penggunaan Kaedah Statistik Mengikut 53

Pecahan Objektif Kajian

3.7 : Nilai Alpha Cronbach Mengikut Bahagian 54

Soal Selidik

4.1 : Taburan pelajar berdasarkan ciri-ciri demografi 56

4.2 : Taburan nilai min (purata) bagi setiap jenis 58

domain personaliti pelajar.

4.3 : Taburan nilai min (purata) bagi setiap jenis 59

tekanan belajar.

4.4 : Taburan pencapaian prestasi akademik 60

(CGPA) pelajar.

Page 16: NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN - fp.utm.my · 16PF Cattell’s 3.1 : Jumlah pelajar tahun akhir Fakulti 48 Pendidikan ... Soal Selidik 4.1 : Taburan pelajar berdasarkan ciri-ciri demografi

xiii

4.5 : Korelasi di antara personaliti keterbukaan 61

(Openess)danTekanan belajar di kalangan pelajar

4.6 : Korelasi di antara personaliti berhemat/ jujur 61

(Conscientiousness) danTekanan belajar di

kalangan pelajar

4.7 : Korelasi di antara personaliti Ekstrovert 62

(Extraversion) dan Tekanan belajar di kalangan

pelajar

4.8 : Korelasi di antara personaliti Penyenang/ 63

Persetujuan (Agreeableness) Dan tekanan belajar

di kalangan pelajar

4.9 : Korelasi di antara personaliti Neurotik 63

(Neuroticism) dan tekanan belajar di kalangan

pelajar

4.10 : Korelasi di antara personaliti keseluruhan dan 64

tekanan belajar di kalangan pelajar

4.11 : Korelasi di antara personaliti keterbukaan 64

(Openess) dengan pencapaian prestasi akademik

4.12 : Korelasi di antara personaliti berhemat/ jujur 65

(Conscientiousness) dengan pencapaian prestasi

akademik

4.13 : Korelasi di antara personaliti Ekstrovert 65

(Extraversion) dengan pencapaian prestasi

akademik

4.14 : Korelasi di antara personaliti Penyenang/ 66

Persetujuan (Agreeableness) dengan pencapaian

prestasi akademik

4.15 : Korelasi di antara personaliti Neurotik 67

(Neuroticism) dengan pencapaian prestasi

akademik

4.16 : Korelasi di antara personaliti keseluruhan 67

dengan pencapaian prestasi akademik

Page 17: NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN - fp.utm.my · 16PF Cattell’s 3.1 : Jumlah pelajar tahun akhir Fakulti 48 Pendidikan ... Soal Selidik 4.1 : Taburan pelajar berdasarkan ciri-ciri demografi

xiv

4.17 : Korelasi di antara tekanan keluarga 68

dengan pencapaian prestasi akademik

4.18 : Korelasi di antara tekanan kewangan 68

dengan pencapaian prestasi akademik

4.19 : Korelasi di antara tekanan rakan sebaya 69

dengan pencapaian prestasi akademik

4.20 : Korelasi di antara tekanan masa 69

dengan pencapaian prestasi akademik

4.21 : Korelasi di antara tekanan keseluruhan 70

dengan pencapaian prestasi akademik

4.22 : Perbandingan personaliti keterbukaan 70

(Openess) antara Jantina

4.23 : Perbandingan personaliti berhemat/ jujur 71

(Conscientiousness) antara Jantina

4.24 : Perbandingan personaliti Ekstrovert 71

(Extraversion)antara Jantina

4.25 : Perbandingan personaliti Penyenang/ 71

Persetujuan (Agreeableness) antara Jantina

4.26 : Perbandingan personaliti Neurotik 72

(Neuroticism) antara Jantina

4.27 : Perbandingan personaliti keseluruhan 72

antara Jantina

4.28 : Perbandingan tekanan keluarga antara Jantina 73

4.29 : Perbandingan tekanan kewangan antara Jantina 73

4.30 : Perbandingan tekanan rakan sebaya antara 73

Jantina

4.31 : Perbandingan tekanan masa antara Jantina 74

4.32 : Perbandingan tekanan belajar antara Jantina 74

4.33 : Perbandingan pencapaian prestasi akademik 75

(CPA/GPA) antara Jantina

Page 18: NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN - fp.utm.my · 16PF Cattell’s 3.1 : Jumlah pelajar tahun akhir Fakulti 48 Pendidikan ... Soal Selidik 4.1 : Taburan pelajar berdasarkan ciri-ciri demografi

xv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 : Kerangka Konsep Kajian 15

2.1 : Model “The Big Five” (Domain dan 28

Facet yang terkandung dalam Revised NEO

Personality Inventory-NEO PI-R).

2.2 : Model Tekanan 35

2.3 : Model Interaksi Pelbagai Unsur. 36

Page 19: NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN - fp.utm.my · 16PF Cattell’s 3.1 : Jumlah pelajar tahun akhir Fakulti 48 Pendidikan ... Soal Selidik 4.1 : Taburan pelajar berdasarkan ciri-ciri demografi

xvi

SENARAI SINGKATAN

CGPA - Purata Himpunan Mata Nilai

SPSS - Statistical Packages For Social Science

Page 20: NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN - fp.utm.my · 16PF Cattell’s 3.1 : Jumlah pelajar tahun akhir Fakulti 48 Pendidikan ... Soal Selidik 4.1 : Taburan pelajar berdasarkan ciri-ciri demografi

xvii

SENARAI LAMPIRAN

BIL. TAJUK

Lampiran A Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan,

UTM

Lampiran B Surat Pengesahan Soal Selidik

Lampiran C Jadual Penentu Sampel Krejcie, R.V., & Morgan,

D.W

Lampiran D Soal Selidik

Page 21: NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN - fp.utm.my · 16PF Cattell’s 3.1 : Jumlah pelajar tahun akhir Fakulti 48 Pendidikan ... Soal Selidik 4.1 : Taburan pelajar berdasarkan ciri-ciri demografi

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Setiap insan dilahirkan dengan ciri-cirinya yang tersendiri. Ciri-ciri ini sama ada

ciri-ciri luaran atau dalaman, unik dan berbeza-beza antara satu individu dengan

individu yang lain. Tiada seorangpun termasuk kembar seiras yang benar-benar

menyamai antara satu sama lain , khasnya dari segi tingkah laku atau personalitinya.

Tingkah laku setiap insan berbeza-beza kerana setiap insan mempunyai personaliti yang

tersendiri dan berbeza dengan insan yang lain.

Personaliti adalah salah satu faktor yang mempunyai kaitan dengan keunikan

manusia (Fiest dan Fiest, 1998). Ini kerana setiap manusia dilahirkan mempunyai

persamaan dan perbezaan yang tersendiri. Tidak kiralah sama ada aspek luaran ataupun

dalaman individu itu. Bak kata pepatah “rambut sama hitam tetapi hati lain-lain”. Maka

tidak hairanlah apabila terdapat ahli teori personaliti yang percaya bahawa setiap

individu adalah unik dan tidak boleh dibandingkan dengan orang lain (Engler, 2003).

Page 22: NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN - fp.utm.my · 16PF Cattell’s 3.1 : Jumlah pelajar tahun akhir Fakulti 48 Pendidikan ... Soal Selidik 4.1 : Taburan pelajar berdasarkan ciri-ciri demografi

2

Allport (dalam Nicholson, 2000) banyak mengkaji personaliti manusia dan beliau

berpendapat personaliti setiap individu adalah berbeza daripada individu yang lain dan

ianya bersifat unik.

Personaliti dapat dibayangkan oleh kecenderungannya sendiri untuk bertingkah

laku mengikut cara tertentu (Kamaruddin Hj. Hussin ,1996:36). Di samping itu ,

personaliti juga merupakan seluruh organisasi mental seseorang insan dalam semua

peringkat perkembangannya (Warren dan Carmichael,1930:333). Personaliti juga boleh

ditakrifkan dengan proses-proses psikologikal dan keadaan seseorang individu ( Linton,

1945:84). Pervin (1975) pula mentakrifkan personaliti sebagai cara individu berinteraksi

di antara satu sama lain atau juga dalam bentuk peranan yang dikaitkan dan diamalkan

oleh seseorang individu di dalam masyarakat. Personaliti merupakan organisasi watak,

perangai, intelek, bentuk badan yang agak stabil dan yang menentukan penyesuaiannya

yang unik dengan persekitaran.

Secara ringkasnya, personaliti menentukan tingkah laku individu yang berlainan

dalam gerak balas terhadap alam persekitaran. Oleh kerana itu, terdapat perbezaan

tingkah laku antara seseorang dengan seseorang yang lain. Ini bererti tidak ada dua

orang yang mempunyai personaliti yang sama. Setiap seorang mempunyai keunikannya

yang tersendiri, tidak mengira sama ada seseorang itu mempunyai taraf akademik yang

tinggi atau hanya sekadar menamatkan sekolah rendah.

Seseorang yang berpendidikan tinggi mungkin mempunyai personaliti yang

berlawanan dengan seseorang yang berpencapaian rendah. Dan begitulah juga

sebaliknya. Terdapat kemungkinan personaliti menjadi salah satu faktor yang

mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar-pelajar di sekolah mahupun di pusat pengajian

tinggi.

Page 23: NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN - fp.utm.my · 16PF Cattell’s 3.1 : Jumlah pelajar tahun akhir Fakulti 48 Pendidikan ... Soal Selidik 4.1 : Taburan pelajar berdasarkan ciri-ciri demografi

3

Personaliti sememangnya memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan

setiap individu. Personaliti merupakan latar belakang yang dapat menonjolkan tingkah

laku seseorang secara amnya. Alder (1964) menyatakan, gaya hidup (lifestyle)

merupakan kesatuan personaliti seseorang individu yang merangkumi segala pendapat

kreatif terhadap diri sendiri, masalah kehidupan dan keseluruhan sikap terhadap dirinya

dan orang lain. Ini membuktikan bahawa personaliti sememangnya mempengaruhi sifat

dan tingkah laku individu sepanjang menjalani kehidupan. Personaliti yang berbeza

antara setiap individu dengan individu yang lain menambah variasi dan corak

kehidupan.

Selain keunikan manusia, personaliti juga banyak memberi kesan terhadap

tingkah laku manusia terutamanya pelajar. Di sekolah mahupun di pusat pengajian

tinggi, setiap pelajar tidak dapat lari dari tekanan yang selalu menghantui diri mereka

semasa bergelar pelajar. Ciri-ciri personaliti yang berlainan inilah yang dapat

membezakan seseorang individu di dalam mengatasi segala tekanan yang mereka hadapi

mengikut cara mereka masing-masing.

Personaliti amat penting bagi setiap individu untuk mengenali diri masing-

masing dan memahami kehendak dan kelebihan serta kelemahan diri. Dengan ini setiap

individu dapat menghadapi segala rintangan hidup dan tekanan yang bakal dihadapi

dengan mudah.

Tekanan bermaksud pelbagai desakan yang dialami oleh seseorang individu

hingga menjejaskan ketenteraman fikiran dan perasaannya (Ibrahim Hashim, 2000: 119).

Tekanan adalah istilah yang merangkumi beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik,

perasaan gemuruh, kemurungan dan hilang daya. Gejala tekanan ini terhasil apabila

seseorang itu merasa bahawa keperluan melebihi dari keupayaan atau sumber yang ada

pada dirinya.

Page 24: NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN - fp.utm.my · 16PF Cattell’s 3.1 : Jumlah pelajar tahun akhir Fakulti 48 Pendidikan ... Soal Selidik 4.1 : Taburan pelajar berdasarkan ciri-ciri demografi

4

Perasaan berkemampuan dan berkesan adalah mustahak pada seseorang individu.

Menyedari yang diri adalah cekap dan efektif (dalam mencapai apa yang dihajati dan

melaksanakan segala tanggungjawabnya) adalah prasyarat penting pada kebanyakan

individu profesional dalam penerimaan diri, nilai diri yang positif dan kesejahteraan

hidupnya. Jika kepentingan ini terlampau kuat dalam diri seseorang itu, maka ia akan

lebih cenderung kepada tekanan yang dicipta dalam dirinya sendiri.

Reaksi tekanan adalah unik kepada individu itu. Apa yang kita definisikan

sebagai tekanan, bagaimana kita beraksi kepada tekanan dan bagaimana baiknya kita

mengawal tekanan adalah bergantung kepada bagaimana individu itu menerima dirinya

dan orang lain. Seperti juga penerimaan seseorang itu kepada kebahagian dalam

kehidupan, ianya adalah begitu subjektif.

Personaliti pelajar sering dikaitkan dengan hasil pencapaian. Menurut Cattel

(1975:78) adalah perkara biasa bagi para pendukung yang berpengalaman dalam hampir

semua bidang mempercayai bahawa personaliti dan kebolehan menentukan hasil dan

keputusan, cuma kepentingan kedua-dua unsur ini berbeza-beza mengikut bentuk

pencapaian yang terlibat. Menurut Marimuthu (1990), pencapaian akademik pelajar

adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Antaranya ialah faktor diri sendiri, rakan

sebaya, keluarga dan persekitaran pelajar. Faktor diri sendiri seperti di atas adalah

terkandung di dalam personaliti seseorang individu atau pelajar. Oleh itu, personaliti

dapat dikaitkan dengan pencapaian akademik pelajar di sekolah mahupun di pusat

pengajian tinggi. Setiap pencapaian yang diperolehi biasanya disokong oleh sesuatu

perangsang dalaman mahupun luaran dari seseorang individu.

Pencapaian pelajar biasanya dapat dilihat dari segi pencapaian akademik pelajar

di sekolah. Biasanya apabila mula melangkah kaki ke sekolah mahupun ke pusat

pengajian tinggi, bermakna telah wujudnya satu beban yang perlu dipikul oleh pelajar,

iaitu untuk mencapai pencapaian akademik yang baik. Ini juga jelas sebagai tekanan

yang perlu dihadapi oleh setiap insan yang bergelar pelajar.

Page 25: NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN - fp.utm.my · 16PF Cattell’s 3.1 : Jumlah pelajar tahun akhir Fakulti 48 Pendidikan ... Soal Selidik 4.1 : Taburan pelajar berdasarkan ciri-ciri demografi

5

Namun tekanan ini tidak akan berlaku kepada individu yang akur dan

menghubungkan diri dengan kekuasaan diri dengan penciptanya. Justeru ia selaras

dengan personaliti yang wujud di dalam diri individu yang sentiasa menanamkan sikap

takut kepada penciptanya. Hal ini kerana dia meyakini bahawa Allah sahaja yang boleh

memberikan ketengan dan hajat yang dikehendaki oleh hambanya.Justeru, halangan dan

dugaan dilihat sebagai satu ujian daripada Allah yang semestinya ditangani dengan baik.

Dia ( orang mukmin) juga dibebaskan oleh Allah S.W.T. dari perasaan khuatir, bimbang

dan dukacita. Firman Allah dalam al-Qur’an, bermaksud:

“ Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata “

Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan

pengakuan iman dan tauhid itu) ; maka tidak ada kebimbangan ( dari sesuatu yang tidak

baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.”

(Surah Al-Ahqaf :13)

1.1 Latar Belakang Masalah

Kehebatan bidang pendidikan di Malaysia sudah tidak dapat dinafikan lagi.

Terdapat begitu banyak sekolah dan pusat pengajian tinggi, tidak kiralah kerajaan

mahupun swasta telah didirikan ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Justeru

peluang untuk pelapis negara mendapatkan pendidikan begitu luas terbentang di

hadapan mata. Namun tidak dinafikan , persaingan yang sengit juga wujud di kalangan

pelajar-pelajar bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam pencapaian

akademik mereka. Persoalannya di sini adakah semua pelajar yang memperolehi

pencapaian akademik yang cemerlang tanpa sebarang masalah?

Menurut Marimuthu (1990), pencapaian akademik pelajar adalah dipengaruhi

oleh pelbagai faktor. Antaranya ialah faktor diri sendiri, rakan sebaya, keluarga dan

Page 26: NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN - fp.utm.my · 16PF Cattell’s 3.1 : Jumlah pelajar tahun akhir Fakulti 48 Pendidikan ... Soal Selidik 4.1 : Taburan pelajar berdasarkan ciri-ciri demografi

6

persekitaran pelajar. Faktor diri sendiri seperti di atas adalah terkandung di dalam

personaliti seseorang individu atau pelajar.

Jika kita renungkan personaliti seseorang individu dengan individu yang lain

mempunyai perbezaan. Menurut (Engler, 2003) perbezaan ini wujud akibat daripada

faktor genetik dan faktor persekitaran. Terdapat pertentangan anggapan di antara pakar

teori personaliti. Sebahagiannya berpendapat personaliti terbentuk akibat daripada faktor

genetik dan sebahagiannya lagi berpendapat ia disebabkan faktor persekitaran (Robbins,

2000). Misalnya, perbezaan personaliti pasangan kembar seiras. Dengan ini, ia dapat

merujuk kepada pelajar-pelajar yang juga mempunyai personaliti yang berbeza di antara

satu sama lain. Hatta pelajar itu juga terdiri dari pasangan kembar seiras.

Menurut Cattell (dalam Engler, 2003) walaupun fizikal pasangan kembar seiras

dilihat serupa namun mereka sebenarnya mempunyai perbezaan. Perbezaan nyata yang

boleh dilihat ialah personaliti. Menurut Cattell (dalam Engler, 2003) lagi, perbezaan

personaliti kedua-dua kembar seiras sebenarnya disebabkan oleh kesan genetik dan

pengalaman hidup yang dilalui oleh kedua-duanya adalah berbeza. Ini menunjukkan

faktor genetik dan persekitaran hidup seseorang sebenarnya saling mempengaruhi

pembentukan personaliti seseorang (Feist dan Feist, 1998). Oleh itu corak pemikiran

bagi setiap individu juga adalah berbeza selaras dengan personalitinya yang berbeza.

Personaliti dihubungkaitkan dengan pelbagai aspek di dalam kehidupan.

Personaliti juga dihubungkaitkan dengan teori pembelajaran. Oleh itu, hubungan di

antara personaliti dan pencapaian akademik perlu dikaji atau ditinjau dengan sistematik

dan saintifik. Kajian-kajian lepas kebanyakannya melibatkan hubungan personaliti

dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar sekolah. Oleh itu, kajian kali ini

penyelidik memfokuskan di kalangan pelajar universiti. Kajian ini lebih diperlukan lagi

kerana didapati pencapaian akademik pelajar di universiti sememangnya penting untuk

persediaan bagi mereka bekerja kelak.

Page 27: NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN - fp.utm.my · 16PF Cattell’s 3.1 : Jumlah pelajar tahun akhir Fakulti 48 Pendidikan ... Soal Selidik 4.1 : Taburan pelajar berdasarkan ciri-ciri demografi

7

Dalam kehidupan harian, ciri-ciri personaliti yang dimiliki oleh seseorang pelajar

akan menentukan cara penyelesaian masalah hidupnya. Masalah-masalah ini

termasuklah masalah pembelajaran sama ada tekanan yang dihadapi semasa belajar atau

sebaliknya. Oleh sebab itu, mengetahui ciri-ciri personaliti sendiri adalah penting bagi

setiap pelajar supaya membantunya memahami diri sendiri.

Dengan itu, kajian ke atas ciri-ciri personaliti memanglah penting, khasnya di

dalam memotivasikan diri pelajar untuk mencapai pencapaian akademik yang

cemerlang. Persoalanya di sini, apakah ciri-ciri yang ada pada pelajar-pelajar di

universiti? Wujudkah perbezaan personaliti antara mereka? Wujudkah perbezaan

personaliti di antara pelajar lelaki dengan ciri-ciri personaliti pelajar perempuan?Adakah

personaliti berkaitan dengan pencapaian akademik? Adakah terdapat satu corak

personaliti bagi pelajar yang cemerlang dan kurang cemerlang di dalam akademik.

Semua ini akan dikaji oleh penyelidik di dalam kajian hubungan personaliti dengan

tekanan belajar dan pencapaian akademik.

Diketahui bahawa tidak semua pelajar di universiti mempunyai pencapaian

akademik yang cemerlang. Ini kerana setiap individu mempunyai personaliti yang

berbeza. Smith (2003) berpendapat bahawa personaliti mempunyai kesan yang

signifikan terhadap cara seseorang berfikir. Oleh itu, kebiasaannya pelajar yang

mempunyai personaliti yang positif memperolehi pencapaian akademik yang jauh lebih

cemerlang berbanding pelajar yang mempunyai personaliti yang negatif. Ini kerana cara

berfikirnya adalah berbeza.

Namun tidak dinafikan juga terdapat pelajar yang mempunyai personaliti yang

positif memperolehi pencapaian akademik yang kurang cemerlang. Ini mungkin

disebabkan oleh beberapa faktor. Menurut Marimuthu (1990), pencapaian akademik

pelajar adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Antaranya ialah faktor diri sendiri,

rakan sebaya, keluarga dan persekitaran pelajar. Faktor-faktor ini juga merupakan

Page 28: NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN - fp.utm.my · 16PF Cattell’s 3.1 : Jumlah pelajar tahun akhir Fakulti 48 Pendidikan ... Soal Selidik 4.1 : Taburan pelajar berdasarkan ciri-ciri demografi

8

tekanan yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik pelajar walaupun mereka

mempunyai personaliti yang positif.

Menurut Dr. Hm. Tuah Iskandar Al-Haj (2004) tekanan boleh melahirkan

perkara baik dan buruk. Oleh itu, tekanan ini bergantung kepada individu itu sendiri

untuk mentafsir dan menanganinya. Tidak semua tekanan yang hadir di dalam diri

individu merupakan faktor negatif untuk seseorang itu beroleh pencapaian akademik

yang cemerlang. Walaupun seseorang itu mempunyai personaliti yang positif, namun

mungkin terdapat kekurangan diri yang tidak disedari oleh pelajar itu sendiri sehingga

menjadikan tekanan sebagai halangan untuk dirinya mencapai pencapaian akademik

yang cemerlang.

Menurut Malekzadeh dan Nahavandi (1999) pula faktor individu yang

menyebabkan tekanan terbahagi kepada tiga iaitu peristiwa hidup, personaliti dan

hubungan personal. Faktor yang mempengaruhi peristiwa hidup seharian dan

mengakibatkan tekanan adalah personaliti. Hatta dan Mohamed Hatta (2002) turut

berpendapat personaliti boleh menyebabkan berlakunya tekanan di dalam diri seseorang.

Hal ini telah diterangkan melalui Model Interaksi Unsur yang menyatakan bahawa

faktor-faktor seperti personaliti, pengalaman, pengaruh emosi dan kepintaran akan

menentukan pentafsiran kognitif seseorang terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku

sehari-harian berinteraksi boleh mendatangkan tekanan. Ini menunjukkan personaliti

berperanan di dalam menentukan tahap mana seseorang individu mampu bertahan

terhadap setiap masalah yang dihadapi. Dengan ini secara tidak langsung mempengaruhi

pencapaian akademik setiap pelajar.

Senario pada masa kini golongan remaja yang merupakan pelajar juga

menunjukkan ramai yang telah terbabit di dalam jenayah seperti penyalahgunaan dadah.

(Harian Metro:3 September 2005) seramai 120 orang penagih tegar yang terpilih

mengikuti program perintis penggunaan dadah gantian (methadone) dimestikan

mengambil ubat berkenaan di hadapan doktor bagi mengelakkan penyalahgunaan dadah.

Page 29: NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN - fp.utm.my · 16PF Cattell’s 3.1 : Jumlah pelajar tahun akhir Fakulti 48 Pendidikan ... Soal Selidik 4.1 : Taburan pelajar berdasarkan ciri-ciri demografi

9

Walaupun menurut Menteri Datuk Seri Hishamuddin Hussien tidak semua lima juta

pelajar kita bermasalah namun segelintirnya sememangnya telah terjebak di dalam

kancah jenayah ini.

Berikutan ini, adalah mungkin disebabkan oleh faktor tekanan yang dihadapi

oleh pelajar sehingga terjebaknya di dalam kancah jenayah ini. Seterusnya boleh

membawa kepada kesan negatif seperti penyakit merbahaya, emosi yang terganggu.

Justeru, ianya secara tidak langsung mempengaruhi pencapaian akademik pelajar

tersebut. Hal ini disokong oleh Yeo (1996) yang berpendapat tekanan boleh memberi

kesan negatif yang tidak diminta seperti kesakitan fizikal, keletihan emosi dan beberapa

gejala penyakit yang lain.

Selain daripada itu melalui kajian yang dilakukan oleh pensyarah Fakulti

Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr. Zuria

Mahmud mendapati hanya beberapa kes pelajar bunuh diri dilaporkan berlaku di tiga

tempat yang dikajinya iaitu Seremban, Kuala Lumpur dan Selangor (Utusan

Malaysia,2005). Menurutnya, kajian yang dilakukannya mendapati pelajar yang

cenderung membunuh diri terdiri daripada mereka yang mempunyai tingkah laku yang

terpinggir. Ini menunjukkan pelajar tersebut mempunyai personaliti yang negatif seperti

merasa rendah diri, tidak suka bergaul dengan orang lain dan biasanya pelajar seperti ini

sentiasa bersendirian. Tingkah laku sebegini akan menjadi lebih buruk apabila ia

menjadi satu tekanan di dalam diri pelajar sehingga tidak dapat membendung lagi lalu

mereka mengambil jalan singkat dengan membunuh diri.

Ini menunjukkan bahawa tingkah laku atau personaliti yang negatif

mempengaruhi tahap tekanan pelajar di dalam diri mereka. Secara tidak langsung ianya

mempengaruhi pembelajaran pelajar tersebut dan semestinya ia mempengaruhi

pencapaian akademik pelajar. Menurut Profesor Madya Dr. Zuria Mahmud (Utusan

Malaysia,2005), kajian beliau turut menyentuh perkara berkaitan masalah dadah, rokok,

laku musnah, menonton video lucah yang disebabkan oleh kurangnya motivasi di

kalangan pelajar dan tekanan yang dihadapi kebanyakan mereka tidak meminati bidang

Page 30: NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN - fp.utm.my · 16PF Cattell’s 3.1 : Jumlah pelajar tahun akhir Fakulti 48 Pendidikan ... Soal Selidik 4.1 : Taburan pelajar berdasarkan ciri-ciri demografi

10

ilmu dan akademik. Ini menunjukkan pengetahuan tentang personaliti yang ada di dalam

diri pelajar sememangnya penting di dalam membina sahsiah diri yang baik. Secara

tidak langsung ketiadaan minat terhadap bidang akademik dapat diatasi dengan

penyesuaian bidang yang diminati seperti dalam bidang teknikal, sukan atau muzik.

Secara keseluruhannya, banyak kajian dan teori menunjukkan personaliti yang

berbeza banyak mempengaruhi tingkah laku pelajar di dalam pembelajaran khususnya

tekanan belajar dan pencapaian akademik. Personaliti boleh diibaratkan sebagai

serampang dua mata yang boleh memberikan impak atau kesan yang baik terhadap

pencapaian akademik dan pada masa yang sama boleh menyebabkan kesan buruk seperti

berlakunya tekanan di dalam belajar. Maka perbezaan personaliti seperti inilah yang

cuba dikupaskan melalui kajian ini.

1.2 Pernyataan Masalah

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji jenis personaliti yang dimiliki oleh pelajar

UTM.Selain itu mengkaji tentang hubungan personaliti dengan tekanan belajar dan

pencapaian akademik pelajar tahun akhir fakulti pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia. Kajian juga dilakukan dengan melihat perbezaan merentas jantina.

1.3 Objektif Kajian

Secara khususnya objektif kajian ini ialah :-

1.4.1 Mengenal pasti jenis personaliti dan jenis tekanan belajar yang dominan serta

pencapaian prestasi akademik yang dialami oleh pelajar.

Page 31: NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN - fp.utm.my · 16PF Cattell’s 3.1 : Jumlah pelajar tahun akhir Fakulti 48 Pendidikan ... Soal Selidik 4.1 : Taburan pelajar berdasarkan ciri-ciri demografi

11

1.4.2 Mengkaji hubungan antara personaliti dengan tekanan belajar di kalangan

pelajar.

1.4.3 Mengenal pasti hubungan antara personaliti dengan pencapaian prestasi

akademik di kalangan pelajar.

1.4.4 Mengenal pasti hubungan antara tekanan belajar dengan pencapaian prestasi

akademik di kalangan pelajar.

1.4.5 Mengenal pasti perbezaan personaliti pelajar merentas jantina

1.4.6 Mengenal pasti perbezaan tekanan belajar merentas jantina.

1.4.7 Mengenal pasti perbezaan pencapaian prestasi akademik merentas jantina.

1.4 Persoalan Kajian Melalui hasil kajian ini, ia diharapkan dapat menjawab beberapa persoalan

mengenai hubungan jenis personaliti dan tekanan belajar dengan pencapaian prestasi

akademik. Beberapa persoalan ingin ditimbulkan melalui kajian ini iaitu:

1.1.1 Apakah jenis personaliti, tahap tekanan belajar yang dominan dan pencapaian

prestasi akademik yang dialami oleh pelajar?

1.1.2 Adakah terdapat hubungan di antara personaliti dengan tekanan belajar

dikalangan pelajar?

1.1.3 Adakah terdapat hubungan di antara personaliti dengan pencapaian prestasi

akademik pelajar?

1.1.4 Adakah terdapat hubungan di antara tekanan belajar dengan pencapaian prestasi

akademik pelajar?

1.1.5 Adakah terdapat perbezaan terhadap personaliti merentas jantina?

1.1.6 Adakah terdapat perbezaan terhadap tekanan belajar merentas jantina?

1.1.7 Adakah terdapat perbezaan terhadap prestasi pencapaian akademik merentas

jantina?