hasmidahsiti.weebly.com · web viewpelajar-pelajar disleksia didapati mempunyai gaya pembelajaran...

34
GGGE2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN SEMESTER 2 2015/2016 TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: APLIKASI TEKNOLOGI DALAM KALANGAN PELAJAR DISLEKSIA DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD NURNIZAM BINTI SUHAIMI (A 151177) NORSHAHIDATUL ASHIMA BINTI RIFIN (A 149874) SITI ZUBAIDAH BINTI ABDULLAH (A 151367) SITI HASMIDAH BINTI HUSIN (A 150808) NOR SYAKIRAH BINTI IBRAHIM (A 151389) PENSYARAH:

Upload: others

Post on 14-Sep-2020

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: hasmidahsiti.weebly.com · Web viewPelajar-pelajar disleksia didapati mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Antara ciri-ciri khas gaya pembelajaran pelajar disleksia adalah (Mortimore,

GGGE2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN

SEMESTER 2 2015/2016

TUGASAN BERKUMPULAN

TAJUK:

APLIKASI TEKNOLOGI DALAM KALANGAN PELAJAR DISLEKSIA

DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMMAD NURNIZAM BINTI SUHAIMI (A 151177)

NORSHAHIDATUL ASHIMA BINTI RIFIN (A 149874)

SITI ZUBAIDAH BINTI ABDULLAH (A 151367)

SITI HASMIDAH BINTI HUSIN (A 150808)

NOR SYAKIRAH BINTI IBRAHIM (A 151389)

PENSYARAH:

CIK MAZALAH BINTI AHMAD

Page 2: hasmidahsiti.weebly.com · Web viewPelajar-pelajar disleksia didapati mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Antara ciri-ciri khas gaya pembelajaran pelajar disleksia adalah (Mortimore,

1.0 PENGENALAN

Penggunaan teknologi merupakan satu isu yang amat penting dibincangkan dalam pendidikan

masa kini. Jika suatu ketika dahulu guru lebih banyak bergantung kepada bahan yang diambil

daripada buku teks, akhbar, majalah, buku rujukan, dan pelbagai bahan bercetak untuk

membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi kini teknologi telah

merubah teknik pengajaran guru dalam bilik darjah. Ini kerana, pelajar hari ini tidak kira pelajar

tersebut dari gologan tipikal mahupun bukan tipikal telah banyak didedahkan dengan teknologi

moden yang serba canggih, malah tidak dinafikan bahawa ramai juga diantara mereka yang

begitu bergantung kepada teknologi moden tersebut dalam kehidupan seharian. Keadaan ini

adalah begitu tepat dengan keperluan bagi kanak-kanak bukan tipikal kerana majoriti daripada

mereka terutama yang mengalami masalah pembelajaran khusus atau lebih dikenali sebagai

Specific Learning Disabilties (SLD) memerlukan teknologi tertentu untuk membantu mereka,

khususnya dalam pembelajaran. Salah satu contoh bagi kanak-kanak yang mengalami

ketidakupayaan ini disebut sebagai Disleksia. Hakikatnya, guru generasi kini sangat beruntung

kerana kerana mereka mendapat banyak peluang dan pendedahan mengenai teknologi moden ini,

berbanding suatu ketika dahulu yang hanya mampu melihat penggunaan teknologi moden dalam

filem sains fiksyen semata-mata. (Mahzan Arshad, 2005).

Masalah murid dalam pembelajaran terutamanya dalam pembacaan merupakan satu isu yang

perlu dititkberatkan kerana ia boleh membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas. Isu ini merupakan masalah yang umum bagi murid-murid di sekolah. Walau

bagaimanapun, kesukaran belajar berbahasa merupakan satu daripada ciri-ciri yang terdapat pada

murid bermasalah pembelajaran dan sering dikaitkan dengan disleksia. Kanak-kanak ini

memerlukan aplikasi yang khusus yang mampu membantu mereka dalam pembelajaran. Aplikasi

yang sering kita dengar dan sering digunakan bagi membantu kanak-kanak yang mengalami

ketidakupayaan ini adalah seperti aplikasi perisian pembelajaran (Learning Content), Learning

Object, dan sebagainya.

Hakikatnya, Program Pendidikan Disleksia di negara kita telahpun dilaksanakan sejajar dengan

aspirasi Pendidikan Negara yang menuntut pendidikan sewajarnya diberikan kepada semua

golongan tanpa mengira agama, bangsa, kaum, keturunan, warna kulit, dan seumpamanya. Oleh

sebab itu, pendidikan disleksia diwujudkan bagi mendepani cabaran untuk memastikan kanak-

Page 3: hasmidahsiti.weebly.com · Web viewPelajar-pelajar disleksia didapati mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Antara ciri-ciri khas gaya pembelajaran pelajar disleksia adalah (Mortimore,

kanak bermasalah pembelajaran spesifik disleksia mendapat pendidikan yang setaraf dengan

kanak-kanak normal.

2.0 DEFINISI DISLEKSIA

Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabungan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang

bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran

menggunakan perkataan. Istilah “buta huruf” juga digunakan untuk kategori ini. Ia merupakan

satu masalah pembelajaran spesifik iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis,

mendengar, dan bercakap di sebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna.

Sebenarnya, masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk

mengubatinya, sebaliknya masalah ini dapat dikurangkan dengan program pendidikan yang

sesuai (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010).

Berikut merupakan ciri-ciri kanak-kanak disleksia

Kanak-kanak pada peringkat pra-sekolah:

Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan

Suka mengganti perkataan dan hiperaktif

Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah

Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari

Tidak merangkak semasa bayi

Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat untuk membaca sendiri

Pada peringkat sekolah rendah:

Seawal dari umur 6 hingga 9 tahun, masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia adalah

seperti berikut:

Kemahiran membaca, menulis, dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan

perkataan, huruf, dan nombor

Menggunakan jari untuk mengira dan membaca

Page 4: hasmidahsiti.weebly.com · Web viewPelajar-pelajar disleksia didapati mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Antara ciri-ciri khas gaya pembelajaran pelajar disleksia adalah (Mortimore,

Keliru dengan kiri dan kanan

Tulisan cermin atau terbalik

Contoh tulisan:

Apabila umur meningkat kepada 9 hingga 12 tahun pula, masalah seperti berikut pula timbul

seperti:

Kesilapan membaca, mengeja, dan lemah dalam kefahaman

Mengambil masa yang panjang untuk menyoapkan latihan

Kesukaran menyalin maklumat di papan putih dan buku teks

Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang

Kelihatan tidak terurus semasa berada di rumah atau sekolah

Kurang keyakinan dan menghadapi masalah jiwa

Apabila meneruskan pelajaran ke sekolah menengah pula, masalah ini mungkin akan timbul

seperti:

Kesukaran menulis karangan

Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral

Kesukaran mempelajari bahasa lain

Page 5: hasmidahsiti.weebly.com · Web viewPelajar-pelajar disleksia didapati mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Antara ciri-ciri khas gaya pembelajaran pelajar disleksia adalah (Mortimore,

Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan

Jenis orang yang suka senyap

3.0 TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT)

meruapakan elemen penting dalam membantu pencapaian matlamat Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan (PIPP) 2006-2010). Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam usaha ke arah

pembestarian sekolah menekankan inisiatif kerajaan dalam pembangunan ICT dalam pendidikan.

Penggunaan ICT dalam pendidikan mestilah difokuskan kepada proses pengaplikasian peralatan

dengan menggunakan prinsip, kaedah, dan teknik yang sesuai dalam pengajaran dan

pembelajaran. Potensi ICT sebagai alat yang boleh membantu dalam pengajaran dan

pembelajaran menjadi semakin penting dan meningkat secara mendadak dalam sistem

pendidikan masa kini. ICT perlu dimanfaatkan oleh guru dan ibu bapa dengan membimbing

pelajar dan anak mereka ke arah penggunaan yang betul. Salah satu cabaran dalam sistem

pendidikan di Malaysia adalah untuk menganjak paradigma guru ke arah perubahan kaedah

pengajaran dan pembelajaran terkini menggunakan komputer dan kemudahan ICT sebagai

pendekata alternatif.

Kanak-kanak masa kini membesar dalam textual landscape di mana mereka mempunyai pelbagai

cara berinteraksi dan bermain dengan lebih aktif di dalam persekitaran yang dicipta melalui

teknologi digital seperti permainan komputer, telefon bimbit, dan dunia virtual. Kajian-kajian

penggunaan ICT pada peringkat awal kanak-kanak menunjukkan pendedahan kepada komputer

multimedia boleh memberangsang dan mendorong kanak-kanak belajar dengan baik, cepat, dan

berkesan. Pendedahan awal kanak-kanak kepada ICT dan teknologi digital dapat membina

pemikiran kritikal, meningkatkan kreativiti, meneroka pelbagai bidang, mengaplikasi

pengetahuan dan kemahiran dalam situasi, di samping meningkatkan minat dan perhatian.

Banyak konsep asas dalam pembelajaran boleh disampaikan dengan berkesan melalui program

pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer multimedia.

Page 6: hasmidahsiti.weebly.com · Web viewPelajar-pelajar disleksia didapati mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Antara ciri-ciri khas gaya pembelajaran pelajar disleksia adalah (Mortimore,

Dalam pasaran masa kini, terdapat pelbagai jenis program dan perisian yang boleh diperoleh

dengan mudah. Kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai bahan pembelajaran yang berbentuk

akademik mahupun permainan. Semua ini merupakan alat rangsangan yang menyediakan

pengalaman pembelajaran berharga sekiranya diurus dan diselia dengan baik.

4.0 JENIS-JENIS PERISIAN YANG DIGUNAKAN UNTUK PELAJAR DISLEKSIA

4.1 PERISIAN LO (LEARNING OBJECTIVE)

Penguasaan terhadap 3M iaitu membaca, menulis dan mengira merupakan satu perkara

asas sebelum memasuki sesuatu pendidikan. Hal ini demikian kerana, tanpa penguasaan

dalam 3M, murid-murid tidak akan mampu untuk mengikuti proses pengajaran dan

pembelajaran dengan lancar. Hal ini juga tidak terkecuali kepada pelajar berkeperluan

khas seperti pelajar disleksia yang mana mereka mempunyai kesukaran dalam menguasai

kemahiran 3M tersebut. Menurut Julina (2005), telah menyatakan bahawa salah satu

faktor penyumbang kepada masalah pelajar tidak berkemampuan menguasai 3M di

peringkat rendah adalah disebabkan oleh pelajar yang menghadapi masalah kognitif yang

berat seperti disleksi. Oleh itu, guru-guru perlu kreatif dalam mencari pelbagai altenatif

bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut.

Bagi mengatasi masalah kurang kemahiran dalam 3M, pendekatan itervensi yang sesuai

perlu dijalankan bagi meningkatkan perkembangan pelajar disleksia dalam kemahiran

tersebut. Perisian multimedia yang dihasilkan dalam bentuk Objek Pembelajaran (LO)

merupakan perisian yang dipopularkan oleh Wayne Hodgins pada tahun 1994 (Abtar,

2005). LO merupakan kaedah terkini serta teknologi masa akan datang dalam

menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran (Hodgins, 2000). Menurut Shepherd

(2001) pula, LO merupakan pemikiran berorentasikan objek yang diaplikasikan kepada

dunia pendidikan. Definisi objek pembelajaran oleh Dunning (2004), LO adalah interaktif

serta membenarkan pelajar mempelajari kandungan sehingga ke peringkat masteri dan

menggunakan pengetahuan tersebut dalam aktiviti kemahiran berfikir.

Page 7: hasmidahsiti.weebly.com · Web viewPelajar-pelajar disleksia didapati mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Antara ciri-ciri khas gaya pembelajaran pelajar disleksia adalah (Mortimore,

4.1.1 Bagaimana Perisian Digunakan

Objektif Pembelajaran (LO) merupakan satu istilah baru namun pada hakikatnya objektif

pembelajaran lebih kurang sama dengan bahan dalam pengajaran yang diajar oleh guru-

guru di dalam kelas. Dalam konteks ini, LO adalah satu bahan pengajaran yang relatif

dan lebih spesifik terhadap sesuatu perkara yang ingin diajar. Selain itu, objektif

pembelajaran juga adalah lebih fokus dan memberikan penjelasan yang lebih jelas

tentang satu konsep yang akan diajarkan serta diterjemahkan dalam bentuk digital.

LO dilaksanakan adalah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak disleksia yang

bermasalah matematik untuk memanfaatkan kelebihan yang ada pada LO yang

dibangunkan seterusnya jumlah pelajar disleksia yang bermasalah numerasi di sekolah

boleh dikurangkan. Selain itu, kandungan LO dapat membantu kanak-kanak disleksia

belajar matematik dan ia juga menyediakan maklumat yang berguna mengenai

bagaimana kanak-kanak disleksia berinteraksi dengan LO yang boleh disediakan dlam

bentuk animasi. Animasi akan dibuat sesuai dengan instruksi khas yang telah direka

bentuk. Kanak-kanak disleksia akan dapat mengadaptasi dengan proses pembelajaran

yang sesuai dengan kehendak merka, (Mortimore, 2008) menurut gaya pembelajaran

disleksia yang mana ia di panggil automaticity. Disamping itu, ia juga amat penting untuk

menetapkan standard untuk produksi LO yang menggunakan animasi, terutamanya untuk

pelajar disleksia. Pada masa yang sma keboleh gunaan LO ini akan menjadi sumber yang

berguna kepada guru dan boleh digunakan untuk kepelbagaian konteks pembelajaran. dan

kepelbagaian masalah pembelajaran yang lain sebagai contohnya untuk pelajar lembab

atau untuk maslah pembelajaran spesifik yang lain.

4.1.2 Kebaikan/Kelebihan Perisian

Antara kebaikan penggunaan LO yang berteraskan multimedia adalah sememangnya

mampu menjadi alat bantu pembelajaran. Keates (2000) menyokong penggunaan perisian

untuk membantu dan memudahkan pembelajaran disleksia. Mortimore (2008) juga

mengesahkan bahawa penyelidikan dan pengalaman mencadangkan bahawa pelajar yang

menghidapi disleksia berjaya apabila pembelajaran dijalankan secara multi-sensori dan

Page 8: hasmidahsiti.weebly.com · Web viewPelajar-pelajar disleksia didapati mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Antara ciri-ciri khas gaya pembelajaran pelajar disleksia adalah (Mortimore,

menggunakan kesemua deria untuk memperkukuhkan pembelajaran seperti deria lihat,

sentuh dan dengar. Melalui kajian penggunaan aplikasi pembelajaran mobile komik

interaktif, Fadilahwati & Ronaldi (2009) mendapati kanak-kanak disleksia sangat

meminati aplikasi tersebut. Melalui pendekatan animasi komik interaktif ini, mereka

didapati tidak mempunyai masalah di dalam mengenalpasti huruf dan membaca

perkataan yang tertera di skrin telefon bimbit.

Menurut Keates (2000), pengidap disleksia tidak pernah gagal dalam menggunakan alat-

alat teknologi maklumat seperti computer. Beachem (2007) juga percaya bahawa

penggunaan multimedia berpotensi untuk menggalakkan pembelajaran kanak-kanak

disleksia. Pada tahun 2010, melalui kajian kebolehgunaan Objek Pembelajaran

Multimedia Interaktif, Fadilahwati et al (2010) mendapati pelajar disleksia berasa

bermotivasi, seronok, mudah dan dibantu di dalam memahami kandungan pelajaran

dengan lebih baik. Sebuah koswer untuk mempelajari bahasa Malaysia telah dibangun

dan dikaji oleh Abdullah et al (2009) yang mana isi kandungannya menyediakan cara-

cara belajar huruf, suku kata dan perkataan. Menurutnya, penggunaan elemen multimedia

memberikan kebebebasan kepada pelajar untuk berinteraksi dan pada masa yang sama

menarik perhatian pelajar untuk mengerjakan sesuatu tugasan.

Menurut Taylor et al (2007), animasi mampu menyokong kefahaman pelajar jika ia

digunakan dengan cara yang konsisten mengikut teori pembelajaran multimedia. Parette

(2011) ada menyatakan bahawa animasi mempunyai keupayaan untuk meanrik perhatian

kepada dimensi kritikal pelajar cacat secara berkesan dan boleh memberikan respon yang

benar keatas sesuatu visual dengan cepat. Disamping itu, perisian LO juga turut

menawarkan akses kepada pelbagai mod pembelajaran kepada pelajar, kos yang efektif

yang mana sumbernya percuma dan boleh digunakan berulangkali serta guru boleh

memilih objektif pembelajaran yang boleh disesuaikan dengan bahan sedia ada dan stail

pembelajarannya.

Menurut kajian lepas yang telah dijalankan oleh beberapa pengkaji daripada Universiti

Teknologi Mara, UiTM Shah Alam, mereka telah mengenalpasti ciri-iri pelajar disleksi

melalui pengamatan hasil ujian bulanan yang telah dijalankan. Hasil dari ujian yang

dijalankan oleh mereka didapati bahawa soalan yang paling banyak gagal adalah soalan

Page 9: hasmidahsiti.weebly.com · Web viewPelajar-pelajar disleksia didapati mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Antara ciri-ciri khas gaya pembelajaran pelajar disleksia adalah (Mortimore,

yang berkaitan dengan pendaraban. Ia juga disahkan oleh guru berkenaan melalui

temuduga yang telah dibuat. Selain itu, pengkaji juga telah membuat pemerhatian kelas

semasa topik tersebut diterangkan. Pelajar-pelajar disleksia didapati mempunyai gaya

pembelajaran tersendiri. Antara ciri-ciri khas gaya pembelajaran pelajar disleksia adalah

(Mortimore, 2008) berfikir seara menyeluruh bukan fokus dan spesifik dan gaya

pembelajaran yang merujuk kepada satu gaya pembelajaran sahaja yang mana boleh

menyebabkan masalah kepada pelajar untuk memberi tindak balas yang terperinci.

Pada peringkat awal, seramai lima orang pelajar telah dipilih untuk melakukan gaya

pembelajaran yang telah ditentukan oleh pengkaji. Hasil kajian mendapati bahawa

kecenderungan untuk gaya pembelajaran visual cukup nyata dan majority pelajar didapati

mempunyai kecenderungan untuk merujuk kepada gambar jika diberi sesuatu arahan.

Antara pendekatan lain yang boleh diambil kira ialah saranan Dean (1996) yang

menyatakan bahawa pendekatan kepada pelajar disleksia boleh dibuat melalui pemecahan

kepada topic-topik kecil, aktiviti yang membolehkan pelajar tersebut membuat latihan

setelah mengulangkaji dan kerja yang melibatkan rangsnagan secara terus.

Semasa proses pembangunan papan cerita dihasilkan dengan mengambil kira isu ciri-ciri

pelajar, gaya pembelajaran dan isi kandungan berdasarkan sukatan pelajaran yang

ditetapkan. Bradford (n.d) mencadangkan penggunaan teks mnggunakan warna cerah dan

berlatar belakangkan warna gelap bagi mengelakkan sensitivity penglihatan pelajar

disleksia. Teknik sebegini juga mampu mengelakkan masalah bagi teks kelihatan yang

bergerak. Jenis hruf seperti “arial” juga sesuai digunakan bagi mengelakkan masalah

yang sama. Huruf sebegini mempunyai bentuk yang sederhana dan jelas. Selain daripada

teks, penggunaan visual juga diberi penekanan yang amat penting. Visual direka khas

untuk memudahkan pemahaman teks, isi kandungan dan juga konsep pembelajaran.

Konsep penceritaan pula dijalankan untuk mendapatkan rangsangan secara terus kepada

pelajar disleksia dengan menggunakan karakter murid pandai yang boleh bercakap, suara

latar belakang, ikon-ikon gambar yang memberi kefahaman secara terus dan animasi

yang menunjukkan proses pendaraban tersebut. Pelajar telah diarahkan untuk turut serta

membuat persiapan majlis hari jadi di mana mereka perlu memasukkan dua buah gula-

Page 10: hasmidahsiti.weebly.com · Web viewPelajar-pelajar disleksia didapati mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Antara ciri-ciri khas gaya pembelajaran pelajar disleksia adalah (Mortimore,

gula ke dalam beg plastik. Kemudian jumlah gula-gula tersebut dikira dan konsep tambah

berulang boleh diperkenalkan.

Page 11: hasmidahsiti.weebly.com · Web viewPelajar-pelajar disleksia didapati mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Antara ciri-ciri khas gaya pembelajaran pelajar disleksia adalah (Mortimore,

4.1.3 Kelemahan/Keburukan Perisian

Antara keburukan pengaplikasian objektif pembelajaran (LO) adalah memerlukan guru

untuk berfikir secara kreatif dan kritis untuk mencari idea-idea yang menarik bagi

menghasilkan komik yang mantap dan berkesan untuk digunakan sebagai bahan

pembelajaran bagi kanak-kanak disleksia. Bagi guru-guru ysng tidak mahir dalam

penggunan ICT, hal ini sangat membebankan mereka untuk menyusun atur animasi-

animasi yang digunakan Seperti yang diketahui umum, sememangnya kanak-kanak

disleksia mempunyai kesukaran untuk memahami sesuatu pembelajaran. Oleh itu, guru

tidak seharusnya menggunakan kaedah pembelajaran yang sama dengan kanak-kanak

tipikal yang lain. Selain itu, guru perlu mengambil kira daripada pelbagai aspek seperti

pemilihan animasi yang sesuai dan menarik, pemilihan warna yang pelbagai. Keadaan ini

menyebabkan guru mengambil masa yang sedikit lama dalam menyiapkan sesuatu topik

pengajaran. Bagi pelajar disleksia pula, mereka sememangnya sukar untuk memahami

sesuatu aplikasi yang baru seperti ini dan memerlukan masa yang lama untuk menguasai

sesuatu topic yang diajar.

Kesimpulannya, penggunaan aplikasi objektif pembelajaran LO ini sememangnya

memberi kesan yang positif kepada pelajar terutamanya kepada pelajar disleksia yang

mana memberi keseronokan kepada mereka sepanjang sesi pembelajaran dijalankan.

Namun begitu, tidak dinafikan juga terdapat beberapa keburukan dan halangan untuk

menggunakan perisian ini Tetapi halangan ini dapat diatasi jika guru sentiasa memainkan

peranan mereka dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dan celik IT. Dorongan dan

bimbingan haruslah diberikan kepada pelajar-pelajar ini supaya mereka berasa tidak

bosan dan yakin dalam meneruskan pembelajaran seharian mereka

Page 12: hasmidahsiti.weebly.com · Web viewPelajar-pelajar disleksia didapati mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Antara ciri-ciri khas gaya pembelajaran pelajar disleksia adalah (Mortimore,

4.2 PERISIAN PEMBELAJARAN (LEARNING CONTENT)

Perisian pembelajaran merupakan perisian yang terdiri daripada penggunaan teknologi

komputer dan multimedia. Perisian tersebuat sangat popular diaplikasikan dalam

pendidikan pada masa kini dan telah menjadi satu keperluan dalam usaha memantapkan

bidang pendidikan selaras dengan arus semasa di alaf yang mencabar ini. Perisian

pembelajaran ini juga merupakan pembelajaran yang berbantukan komputer yang banyak

digunakan dalam pelbagai bidang sama ada bidang pendidikan, bidang perniagaan dan

sebagainya. Hal ini kerana maklumat pada masa kini boleh diperolehi dihujung jari

dengan menggunakan perisian tersebut ditambah lagi elemen multimedia yang menarik

yang boleh diaplikasi dalam pelbagai maklumat pada masa kini tanpa.

Pembelajaran yang berbantukan komputer dan multimedia sangat sesuai digunakan oleh

guru dalam kelas dan juga sesuai digunakan oleh pelajar untuk memahami apa yang

disampaikan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal demikian

melalui perisian berbantukan komputer ini banyak membantu guru dan pelajar dalam

aktiviti dalam kelas terutama sekali perisian tersebut sangat sesuai diaplikasi dalam

kalangan pelajar berkeperluan khas khususnya disleksia. Disleksia merupakan pelajar

Page 13: hasmidahsiti.weebly.com · Web viewPelajar-pelajar disleksia didapati mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Antara ciri-ciri khas gaya pembelajaran pelajar disleksia adalah (Mortimore,

yang mengalami kesukaran untuk membaca kerana tidak dapat menterjemahkan

lambang-lambang bertulis dengan betul sama ada dalam bentuk huruf itu sendiri, dalam

bentuk suku kata atau pun dalam bentuk perkataan. Pelajar ini juga mempunyai masalah

seperi membaca, menulis dan mengigat. Kesannya, akademik pelajar tesebut akan

merosot kerana kekangan tersebut dan mempunyai masalah daya ingatan yang kurang

akibat mempunyai kognitif yang lemah. Dengan menggunakan pengisian pembelajaran

seperti berbantukan komputer dan multimedia dapat membantu kanak-kanak tersebut.

4.2.1 Bagaimana Perisian Digunakan

Perisian ini memfokuskan kepada pembelajaran asas mengenal huruf dan nombor untuk

kanak-kanak yang masih diperingkat awal pembelajaran terutamanya bagi pelajar

disleksia yang tidak tahu mengenal dan meningat huru atau nombor. Strategi

pembelajaran yang digunakan ialah berasaskan visual dengan ciri-ciri multimedia yang

menggabungkan teks, grafik, audio, video dan animasi agen pedagogi mampu memberi

penerangan dan pengajaran yang berkesan untuk pelajar tersebut. Contohnya huruf-huruf

ABC diajar dengan bantuan elemen-elemen multimedia mmapu menarik minat pelajar

dan merangsang daya ingatan pelajar. Selain topik-topik pembelajaran huruf dan

nombor, perisian ini turut menyelitkan unsur-unsur latihan, permainan dan lagu kanak-

kanak yang boleh menarik minat pelajar seperti lagu-lagu ABC atau pra nombor diajar

dengan bantuan elemen multimedia.

Teknik penggunaan pelbagai elemen multimedia beserta persembahan animasi dapat

menggerakkan saluran verbal dan visual di dalam memori yang merupakan strategi

berkesan bagi memperoleh, memproses, mengekod, menyimpan dan mengingat

maklumat di dalam proses pembelajaran dalam kalangan pelajar disleksia walaupun tidak

sepenuhnya.

Page 14: hasmidahsiti.weebly.com · Web viewPelajar-pelajar disleksia didapati mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Antara ciri-ciri khas gaya pembelajaran pelajar disleksia adalah (Mortimore,

4.2.2 Kebaikan/Kelemahan Perisian

Terdapat beberapa kebaikan perisian ini apabila diaplikasi oleh guru mahupun ibu bapa

kepada pelajar disleksia ini. Anatarnya salah satunya ialah pembinaan pembangunan

perisian ini khususnya adalah untuk para pelajar disleksia dalam membantu

meningkatkan pemahaman. Sebagai contoh meningkatkan pemahaman dalam bab pra

nombor. Perisian ini diharap dapat membantu pelajar memahami proses yang abstrak

dalam Matematik dan mencapai objektif pembelajaran. Di samping itu, penerapan ciri-

ciri multimedia di dalam perisian yang menjadi faktor penarik dan interaktif dapat

mendorong pelajar memberi tumpuan serta mengambil bahagian yang menyeluruh dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu penggunaan perisian ini juga dapat menarik minat pelajar dan mewujudkan

suasana pembelajaran yang menyeronok. Hal ini kerana suasana pembelajaran dengan

interaktiviti elemen multimedia seperti teks, grafik, audio dan animasi yang melibatkan

sensori manusia ini diharap dapat menarik perhatian pelajar dan memberi kesan yang

positif dalam prestasi pelajar. Pelajar tidak akan merasa cepat bosan dalam aktiviti

pembelajaran kerana menikmati pembelajaran yang menyeronok dengan belajar

berbantukan perisian diatas dalam kelas khususnya sesuai pada pelajar disleksia. Mereka

mempunyai daya fokus yang kurang dan kurang daya tumpuan serta daya ingatan yang

lemah dalam sesuatu. Dengan berbantukan komputer dan multimedia yang diaplikasikan

dalam subjek yang diajar dapat meningkatkan bangkit minat mereka untuk fokus dan

faham apa yang diajar kerana pembelajaran dilakukan secara abstrak kerana teknologi ini

mewujudkan suatu suasana yang kondusif bagi pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya, perisian yang bukan sahaja memberi kebaikan kepada pelajar bahkan juga

kepada guru. Dengan berbantukan perisian yang diaplikasi dalam kelas, guru dapat

mencpai objektif pengajarannya dan dapat membantu pelajar untuk mengusai bab yang

diajar. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer juga bertujuan untuk

memudahkan kerja seseorang guru dalam penyampaian maklumat pelajaran. Penggunaan

bahan teknologi pendidikan yang boleh dilihat dan menghasilkan bunyi dan suara telah

didapati memberikan banyak faedah seperti melicinkan lagi proses pengajaran dan

Page 15: hasmidahsiti.weebly.com · Web viewPelajar-pelajar disleksia didapati mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Antara ciri-ciri khas gaya pembelajaran pelajar disleksia adalah (Mortimore,

pembelajaran, menjimatkan masa dan tenaga, mengelakkan kebosanan pelajar dan

mengelakkan berlakunya salah tafsir atau tidak faham. 

Penggunaannya juga akan memberikan kelainan (variasi) kepada kaedah mengajar,

misalnya dengan menggabungkan kaedah dan alat (penggunaan perisian pembelajaran),

membolehkan pelajar mengulangi pelajaran secara sendirian dan juga membantu pelajar-

pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang

minimum khususnya bagi pelajar berkeperluan khas yang meempunyai daya kognitif

yang lemah.

Hasil kajian Olofsson (2005) telah menunjukkan bahawa cara terbaik untuk membantu

kanak-kanak yang bermasalah membaca ialah melalui komputer, dimana komputer

mampu menyebut sesuatu perkataan dengan tepat apabila diperlukan.

4.2.3 Kelemahan/Keburukan Perisian

Kelemahan dalam meggunakan perisian tersebut adalah didorongi oleh faktor kewangan.

Pelajar yang mempunyai latar belakang yang miskin dan serba kekurangan terutamanya

dalam kalangan pelajar berkeperluan khas. Ibu bapa mereka tidak mampu menyediakan

kemudahan tersebut dirumah untuk anak-anak mereka. Hal ini menyebabkan terdapat

kanak-kanak yang tidak tahu ilmu ict dan tidak dapat pembelajaran yang menyeronok

melalui batuan perisian komputer. Mereka juga ketinggalan dari segi ilmu bagi pelajar

berkeperluan khas yang timggal diluar bandar berbanding di dalam bandar mampu

memiliki kemudahan tersebut kerana keluarga mereka dating dari golongan yang berada.

Masalah kewangan ini bukan sahaja didorongi oleh factor keluarga bahkan ia juga

dialami oleh sekolah tempat pelajar itu belajar sendiri. Kebanyakan sekolah yang tidak

mampu menyediakan kemudahan tersebut dalam bilik darjah untuk pelajar sedemikian

kerana masalah kewangan. Dengan itu guru hanya akan mengajar dengan berbantukan

bahan maujud dan guru perlu kreatif dalam menyediakan bahan bantu mengajar untuk

mengajar pelajarnya tanpa menggunakan elektronik. Disini guru akan menghadapi

masalah kerana tidak semua guru kreatif dalam menggunakan teknik pengajarannya

Page 16: hasmidahsiti.weebly.com · Web viewPelajar-pelajar disleksia didapati mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Antara ciri-ciri khas gaya pembelajaran pelajar disleksia adalah (Mortimore,

apatah lagi mengajar pelajar berkeperluan khas yang memerlukan kemahiran yang tinggi

oleh guru. Sebagai contoh, pelajar disleksia memerlukan pengajaran yang abstrak dan

menarik untuk mereka faham dan tidak keliru khsusnya dalam mengenal huruf seperti b

dan d. Guru perlu kreatif dengan caranya untuk mengatasi masalah pelajar tersebut

berbanding menggunakan perisian multimedia dalam pengajaran pelajar mampu kuasai

apa yang diajar kerana pembelajaran yang menarik adanya elemen-elemen multimedia

sebagai objek yang menarik perhatian pelajar untuk fokus dalam kelas.

Selain itu, keburukan atau kelemahan menggunakan perisian ini juga adalah

menyebabkan pelajar bergantung dengan kemudahan tersebut dalam pembelajarannya.

Dengan itu guru perlu mengajar setiap masa dengan berbantukan komputer dan

multimedia. Ini akan menyebabkan proses pembelajaran secara berkumpulan dan

tradisional akan terhapus dan akhirnya kurang kejasama sesama pelajar dalam kelas

untuk membuat tugasan dan kurangnya sosial antara satu dengan yang lain. Secara tidak

langsung juga guru akan menjadi kurang kreatif kerana guru hanya bergantung pada

perisian semata-mata dalam melakukan proses pengajarannya.

4.3 PERISIAN PHONICS TUTOR SOFTWARE DISLEKSIA VISUAL

Page 17: hasmidahsiti.weebly.com · Web viewPelajar-pelajar disleksia didapati mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Antara ciri-ciri khas gaya pembelajaran pelajar disleksia adalah (Mortimore,

Malaysia juga turut menghasilkan software yang boleh digunakan untuk mengajar kanak-

kanak disleksia iaitu Perisian Phonics Tutor Software Disleksia Visual. Perisian ini telah

dihasilkan oleh Dr Vijayaletchumy Subramaniam yang bertugas sebagai pensyarah di

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Perisian ini telah

menggunakan 6 kaedah mengeja berteraskan Ortongillingham Phonogram. Ia membantu

mencungkil kebolehan dalam aspek berbeza. Perisian ini telah pun berada di pasaran

dengan harga RM250. Perisian ini berbeza dengan perisian yang lain kerana ia dihasilkan

sepenuhnya dalam Bahasa Melayu dan membolehkan kanak-kanak disleksia lebih mudah

faham. Perisian ini juga menggunakan teori Levinson dan ia sesuai untuk kanak-kanak

yang berusia 4 hingga 9 tahun. Perisian ini dicadangkan untuk digunakan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Khas, Pusat Perkembangan

Kurikulum, guru-guru dan ibu bapa.

4.3.1 Bagaimana Perisian Digunakan

Perisian yang dinamakan Phonics Tutor Software amat sesuai digunakan untuk kanak-

kanak yang menghidapi disleksia visual. Phonic Tutor Software ialah Kaedah Phonics

Tutor pengajaran yang mengajar pelajar tentang bunyi yang sama untuk satu set panjang

Fonogram Orton-Gillingham dengan peraturan ejaan. Bermula dengan Fonogram tunggal

huruf dan kata-kata satu suku kata dan seterusnya ke Fonogram multi-huruf dan kata-kata

multi-suku kata. Selain itu, Phonics Tutor membolehkan pelajar mendapat kesedaran

fonemik tanpa rasa kecewa untuk menghafal set besar Fonogram dan peraturan ejaan

yang berkaitan sebelum membaca perkataan dan ayat. Disampin itu, dengan

mengumpulkan perkataan bersama-sama yang mempunyai pola ejaan yang sama dan

sebutan yang sama, pelajar boleh memahami fonogram yang berkaitan dengan fonem.

Pelan fonik pengajaran Phonics Tutor termasuk penyampaian dan penyelidikan daripada

kata-kata, analisis perkataan, perkataan sebutan, dan ujian ejaan. Kebanyakan pelajaran

berakhir dengan imlak ayat. Phonics Tutor cukup mudah untuk digunakan oleh kanak-

kanak yang berumur emapat tahun dengan pengawasan dan pengajaran diri untuk kanak-

kanak yang berumur enam tahun dan lebih tua.

Page 18: hasmidahsiti.weebly.com · Web viewPelajar-pelajar disleksia didapati mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Antara ciri-ciri khas gaya pembelajaran pelajar disleksia adalah (Mortimore,

Penemuan teknologi ini dapat membantu kanak-kanak disleksia visual untuk menguasai

kemahiran menulis, membaca dan mengira (3M). Perisian ini juga menekankan aspek

bacaan bahasa Melayu yang berteraskan Teori Levinson yang sesuai untuk murid

disleksia yang berumur empat tahun hingga sembilan tahun. Selain itu, perisian ini juga

sesuai dengan suasana pembelajaran di Malaysia yang mana ia menggunakan bahasa

Melayu sebagai bahasa penghantar berbanding dengan produk disleksia yang lain yang

telah menggunakan bahasa Inggeris sebagai Bahasa penghantar.

4.3.2 Kebaikan/Kelemahan Perisian

Antara kelebihan Phonics Tutor Software ini ialah ia direka khas untuk kepentingan

murid-murid pemulihan yang mengalami masalah pembelajaran spesifik disleksia dalam

proses pembelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, perisian ini juga merupakan satu sumber

pembelajaran yang menyeronokkan untuk murid-murid disleksia jika dibandingkan

dengan bahan bacaan Bahasa Melayu berbentuk buku dan jenis pilihan bahan bacaan

yang terbatas. Seterusnya, perisian ini juga dapat membantu pengajaran guru pendidikan

khas akan bertambah mudah bagi menangani masalah pembelajaran serta keperluan

pendidikan bagi kanak-kanak yang mengalami masalah disleksia mengikut tahap

keupayaan pelajar masing-masing. Bukan itu sahaja, hasil program ini dapat

dimanfaatkan oleh Kementerian Pelajaran, guru-guru dan ibu bapa bagi mengatasi

masalah bacaan Bahasa Melayu justeru menggelakkan murid-murid daripada menghadapi

masalah disleksia dengan lebih serius.

4.3.3 Kelemahan/Kelemahan Perisian

Teknologi yang sering dianggap sesuatu perkara yang membawa kepada perubahan yang

baik tidaklah selalunya menggambarkan kebaikan itu sendiri. Malahan timbul pelbagai

persoalan dan perbandingan mengenai perubahan dan perbezaan yang dibawa oleh arus

perkembangan teknologi ini. Tahap penerimaan sesebuah teknologi itu dipengaruhi oleh

pelbagai faktor seperti tahap pengetahuan, taraf ekonomi dan kemudahan fizikal. Seperti

Page 19: hasmidahsiti.weebly.com · Web viewPelajar-pelajar disleksia didapati mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Antara ciri-ciri khas gaya pembelajaran pelajar disleksia adalah (Mortimore,

yang kita tahu, alat-alat teknologi tidaklah dijual atau diperoleh dengan harga yang

murah, ia memerlukan kos yang tinggi. Tambahan pula ia haruslah dikendalikan dengan

pemahaman yang mendalam serta kepakaran yang tinggi. Golongan yang tentunya

terbeban dengan perkara sebegini adalah golongan yang berpendapatan dan

berpendidikan rendah terutamanya yang tinggal di kawasan terpencil dan pedalaman.

Selain itu, ia mengakibatkan jurang digital atau gap yang sedia ada semakin bertambah.

Hal ini bermakna hanya kanak-kanak yang pandai akan menjadi semakin pandai,

manakala kanak-kanak yang lembab atau lembam akan menjadi semakin lembab

seterusnya akan ketinggalan dalam dunia pendidikan. Tambahan lagi, tidak semua

teknologi dapat digunakan oleh semua masyarakat yang memerlukan. Ia dipengaruhi oleh

tahap informasi masyarakat tersebut dan tahap kebolehgunaan alat teknologi tersebut

dalam golongan mereka.

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa kawasan yang mempunyai bilangan kanak-kanak

disleksia tidak diberi pendedahan mengenai alat teknologi yang mungkin boleh

membantu mereka dalam pembelajaran. Namun, disebabkan kurangnya pendedahan dan

informasi, kanak-kanak tersebut terpaksa menerima kaedah pembelajaran secara biasa.

Perkara sebegini haruslah difikirkan sebaik mungkin kerana teknologi tidak selalunya

membawa bermacam-macam kebaikan namun juga boleh menyebabkan beberapa

golongan semakin terbeban dan ketinggalan.

Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus iaitu masalah asasnya adalah

perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual melalui bunyi. Selain

itu, penghidap disleksia mengalami kesukaran membaca, menulis, memahami, mengeja

dan mengira. Oleh itu, teknologi yang direka khas ini amat sesuai bagi membantu kanak-

kanak disleksia untuk mendapatkan pendidikan dengan lebih mudah dan tidak

ketinggalan dalam dunia teknologi.

Page 20: hasmidahsiti.weebly.com · Web viewPelajar-pelajar disleksia didapati mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Antara ciri-ciri khas gaya pembelajaran pelajar disleksia adalah (Mortimore,

5.0 KESIMPULAN

Menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Maju pada tahun 2020 sangat menuntut kepada

lahirnya masyarakat teknokrat yang bertaraf dunia serta bermoral disamping melahirkan generasi

yang memiliki daya kreatif dan daya saing yang tinggi dan mampu menjadikan Malaysia sebagai

pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia. Apabila kita berbicara mengenai masyarakat,

pelajar-pelajar pendidikan khas juga ahli masyarakat yang berpotensi dalam menjayakan

wawasan Negara ini. Justeru itu, peluang yang sama perlu diberikan kepada golongan ini untuk

mengoptimakan potensi diri mereka mengikut tahap kebolehan mereka.

Sebagai seorang guru pendidikan khas, adalah menjadi satu tanggungjawab bagi memastikan

program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sebagai seorang guru,

kemahiran dalam ICT perlulah seiring dengan perkembangan semasa teknologi ini. Ini

bermaksud, guru perlu sentiasa bersifat terkini atau ‘up to date’ dalam bidang teknologi

komunikasi dan maklumat. Guru pendidikan khas yang mahir dalam ICT dan pada masa yang

sama berkemahiran serta berpengalaman dalam pengajaran-pembelajaran samada pendidikan

masalah pendengaran, penglihatan mahupun pembelajaran tahu akan keperluan ICT dalam

bidang masing-masing. Guru-guru sebegini perlu dilahirkan dan bertanggungjawab dalam

menyediakan perisian pengajaran-pembelajaran yang khas untuk pendidikan khas terutamanya

pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang lebih menjurus kepada masalah akademik

pelajar.

Seperti yang diketahui, pengaplikasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di

sekolah-sekolah rendah pendidikan khas bermasalah pembelajaran adalah masih kurang.

Kebanyakkan fasiliti yang ada sekarang lebih bersifat teknikal seperti komputer riba, televisyen,

radio, projektor dan video. Keperluan ICT dalam pendidikan khas bermasalah pembelajaran

adalah perisian/courseware yang lebih bersifat permainan atau yang sesuai pada tahap

penerimaan pembelajaran. Perlu diketahui bahawa pelajar bermasalah pembelajaran di sekolah

rendah mahupun di sekolah menengah terdiri daripada mereka yang mengalami pelbagai

masalah kesihatan seperti disleksia, down syndrom, terencat akal, hyperactive, ADHD, lembam,

dan sebagainya.

Page 21: hasmidahsiti.weebly.com · Web viewPelajar-pelajar disleksia didapati mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Antara ciri-ciri khas gaya pembelajaran pelajar disleksia adalah (Mortimore,

Sungguhpun keperluan prasarana dan fasiliti ICT serta kemahiran guru dalam bidang ini masa

kini masih kurang, namun usaha dan sokongan pihak kerajaan terutamanya Kementerian

Pelajaran Malaysia menampakkan satu usaha yang positif. Usaha pihak kerajaan dan pihak guru

atau sekolah tidak akan berjaya sekiranya tanpa bantuan pihak lain seperti ibubapa, pihak bukan

kerajaan (NGO), pihak swasta dan masyarakat itu sendiri. Semua pihak perlu membina satu

hubungan pintar atau ‘smart partner’ demi kepentingan semua pihak dan sekaligus dapat

mengimbangi antara cabaran dan kejayaan perlaksanaan Program ICT dalam pengajaran-

pembelajaran di sekolah-sekolah pendidikan khas.

Page 22: hasmidahsiti.weebly.com · Web viewPelajar-pelajar disleksia didapati mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Antara ciri-ciri khas gaya pembelajaran pelajar disleksia adalah (Mortimore,

6.0 RUJUKAN

Abdullah, M Haziq, Hisham, S & Parumos. (2009) MyLexics: An Assistive Courseware for Dyslexic.

Abtar Kaur, Ansary Ahmed, Zoraini Wati Abas & David Asinatham (2005). E-Learning in Malaysia: accompany the Aston Index. Wisbech, England: Benrose UK Limited.

Athanasios S. Drigas and Batziaka Elektra N.C.S.R. (2016). Dyslexia And Icts, Assessment And Early Intervention In Kindergarten Dyslexia And Icts. International Journal of Emerging Technologies inLearning (iJET). – Net Media Lab, Athens, Greece.

Dean, J (1996). Managing Special Needs in the Primary School. London. Routledge.

Fadilahwati, Abdul Rahman& Fattawi Mokhtar (2009), Dyslexic Children Learning Styles. Proceedings: 3rd International MalAYSIA Educational Technology Convention, Batu Feringgi , Penang, Malaysia 2009:21-26.

Julina Johan (2005). Kementerian rujuk aduan masih banyak pelajar gagal menguasai 3M, Utusan Malaysia 14 Februari:14.

Keates, A (2000). Dyslexia and Information and Communication Technology: A Guide for Teachers and Parents. London: David Fulton Publishers.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Pengenalan Kepada Pendidikan Khas. Modul Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Liyana Binti Ahmad Afip. Persepsi dan Pengalaman Guru Pendidikan Khas dalam Menghadapi Permasalahan Disleksia dalam Kemahiran Literasi. Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Mahzan Arshad. (2005). Penggunaan Teknologi dalam Pendidikan Literasi Bahasa Melayu. Jurnal Masalah Pendidikan, 28. 269-278. ISSN 0126-5024.

Maria Kazakou, Spyros Soulis, Eleni Morfidi, Tassos A. Mikropoulos. (2011). Themes in Science & Technology Education. Phonological Awareness Software for Dyslexic Children. Education, University of Ioannina, Greece . 4(1), 33-51, 2011.

http://www.phonicstutor.com/ptc.html

http://psasir.upm.edu.my/9616/1/synthesis_36.pdf

http://psasir.upm.edu.my/17758/

http://www.dyslexiamalaysia.org.my/

Page 23: hasmidahsiti.weebly.com · Web viewPelajar-pelajar disleksia didapati mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Antara ciri-ciri khas gaya pembelajaran pelajar disleksia adalah (Mortimore,

http://www.kosmo.com.my/

http://library.oum.edu.my/repository/175/1/Perisian_multimedia.pdf